jenayah kawalan dan deviance

Upload: kavilan-gowri

Post on 19-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jenayah kawalan devian

TRANSCRIPT

Jenayah, Kawalan dan Deviance (Murali a/l Murugasen)

Jenayah, Kawalan dan Deviance(Murali a/l Murugasen)Deviance bermaksud tidak mematuhi norma-norma sosial yang terdapat dalam masyarakat. Orang yang menyimpang daripada norma sosial dengan melakukan jenayah dipanggil Criminals. Masalah jenayah yang berlaku adalah terlalu banyak seperti kesalahan lalu lintas sehinggalah kes bunuh, kes rogol, dll. Golongan muda mungkin dianggap sebagai pengacau. Kehadiran golongan Kulit Hitam mungkin merupakan suatu ancaman kepada Kulit Putih kerana mereka dianggap sebagai orang luar (Becker, 1966). Bagaimanakah masyarakat mendefinisikan Devian? Siapakah orangnya? Apakah tindakan masyarakat terhadap orang yang tidak mematuhi norma-norma sosial? Kalau tidak ada yang Hitam, tidak ada Putih (Yin dan Yang). Tidak ada masyarakat yang bebas daripada jenayah. Terdapat juga Penjenayah Politik yang akhirnya menjadi pemimpin negara. . Masyarakat yang tidak ada Devian merupakan masyarakat yang terlalu Rigid. . Kita terpaksa membayar kepada kebebasan yang diberikan kepada sesetengah orang.. Kebebasan yang melampau dalam masyarakat mendorong seseorang untuk melakukan Devian yang berat. Kadar JenayahKadar Jenayah yang dilaporkan di Britain pada tahun 2000 ialah sebanyak 15 juta kes. Amerika Syarikat pula merekodkan kadar jenayah berat yang paling tinggi di dunia. Jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 25 juta kes pada tahun 2000.Antara negara Eropah yang paling banyak terlibat dengan jenayah ialah Belanda, Wales, Switzerland, Scotland, France, dan Austria.Penduduk Ireland Utara dianggap sebagai masyarakat yang sangat mematuhi undang-undang negara. Statistik Jenayah yang dilaporkan di England dan Wales adalah diragui akan kesahannya (Validity) dan Kebolehpercayaannya (Reliability) . Cuma 2 kes daripada 100 kes jenayah yang dilaporkan dapat dikesan oleh pihak berkuasa.Terdapat beribu-ribu kes jenayah yang berlaku tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Kes jenayah ini tidak dimasukkan dalam statistik. Ia dikenali sebagai Dark Figure. Antara andaian yang boleh dibuat mengenai kes yang dilaporkan ialah: i. Sejauhmanakah seriusnya kes tersebut? ii. Keyakinan masyarakat terhadap polis? iii. Jenayah yang berlaku tanpa mangsa (penagih dadah). iv. Apakah kejadian yang berlaku itu satu bentuk jenayah (penipuan)?Kajian yang dilakukan oleh The Youth Lifestyle Survey di England menunjukkan bahawa 1 dari 4 orang lelaki berumur 18-21 tahun atau 1 dari 8 orang perempuan berumur 14-17 tahun telah terlibat dalam melakukan kecurian (Social Trends, 2007). Seseorang yang tinggal bersama keluarga tiri atau ibu tunggal merupakan orang yang bakal melakukan jenayah ini.Dengan ini menunjukkan bahawa banyak kejadian jenayah yang berlaku tidak dilaporkan.Jenayah dan GlobalisasiTernyata bahawa adalah sukar untuk menilai kadar jenayah yang berlaku dalam semua budaya masyarakat (Cross Culture).Di India dan China, jenayah keganasan serta pemusnahan harta benda (Property Crime) dianggap sangat rendah di dunia. Negara Muslim juga merekodkan kadar jenayah yang terlalu rendah. Bandar Manila serta Sao Paulo merekodkan kadar jenayah yang paling tinggi di dunia.Negara kurang maju dari segi ekonomi serta masih bersifat tradisional dengan hubungan kekeluargaan yang kukuh merekodkan kadar jenayah yang rendah kerana membenarkan masyarakat tempatan mengawal jenayah secara informal (Clinard dan Abbott, 1973;Der Spiegel, 1989). Banyak kejadian jenayah berlaku secara antarabangsa (Globalization). Antaranya termasuklah Pengganas (Terrorism), Pengintip (Espionage) serta Menjual Senjata (Arms Dealing).(Martin dan Romano, 1999).Menurut Manual Castells (2002) dalam bukunya berjudul Global Criminal Economy telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 6 jenayah utama yang berlaku di dunia di seluruh dunia. Antara jenayah yang berlaku di dunia termasuklah:- i. Penyeludupan senjata ii. Penyeludupan bahan nuklear iii. Kemasukan golongan imigrant ke luar negara iv. Kemasukan kaum wanita dan kanak- kanak ke luar negara v. Penyeludupan organ-organ badan vi. Penyeludupan wang (Money Laundering)Kumpulan Penjenayah China (Triads) telah mendapat keuntungan kira-kira 2.5 billion setahun hasil daripada kemasukan kaum imigrant ke luar negara secara tidak sah (Cohen dan Kennedy, 2000). Kira-kira 58 orang Cina yang bakal dibawa masuk ke England telah meninggal dunia dalam perjalanan. Mereka telah disumbatkan dalam sebuah lori yang tertutup. Pemandu lori tersebut dipenjarakan selama 14 tahun. Pengedaran Dadah AntarabangsaPengedaran dadah secara berbahaya berlaku di seluruh dunia. Kokaine terdapat di Colombia, Opium dan Heroin di Asia Tenggara (Asian Golden Triangle), Mexico, Turki, Afganistan, Asia Tengah (Castells, 1998). Di Amerika Selatan, terdapat kira-kira 20% daripada rakyatnya bergantung kepada dadah untuk hidup.Sistem Kawalan Sosial (Social Control System)Sistem Kawalan Sosial yang efektif dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku.Antaranya termasuk Sistem Keadilan Jenayah (Criminal Justice), penjara, mahkamah, pegawai polis, reaksi masyarakat, hukuman yang telah dijatuhkan, peranan Kaunseling, ahli Psikatri, dll.Di beberapa buah negara, polis tentera ditempatkan di tempat awam untuk mengawal tingkah laku masyarakat. Pada tahun 2000, Kerajaan British telah membelanjakan kira-kira 12 juta Sterling untuk menyelesaikan masalah jenayah. Terdapat kira-kira 124 ribu orang polis telah direkrut. Banyak penjara baru sedang dibina oleh kerajaan. Sistem kawalan baru telah diperkenalkan dengan adanya Teknologi. Kamera telah ditempatkan di tempat awam dalam abad yang ke-21.Di Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 1.6 juta banduan di sebuah bandar yang sederhana besar iaitu Philadelphia pada tahun 1995. (Young, 1997). Teori Functional Terhadap JenayahMenurut Emilie Durkheim (1887), devian telah berfungsi dalam menentukan 4 peranan utama dalam masyarakat iaitu: i.Devian akan memastikan bahawa lebih ramai orang dalam masyarakat akan mematuhi norma serta nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakat. ii. Devian akan menentukan sempadan moral. iii. Devian akan merapatkan hubungan sosial dalam masyarakat. Contohnya, rakyat Amerika telah bersatu menentang tindakan 2 buah kapal terbang yang menyerang Pentagon dan Twin Tower di World Trade Center pada 11 September 2001. iv. Devian akan membawa perubahan. Sesuatu perkara mungkin akan menjadi Devian pada hari ini tetapi diterima oleh masyarakat pada masa hadapan. Contohnya, muzik Rock and Roll ditentang pada tahun 1950 tetapi telah diterima sekarang oleh golongan muda.Teori Positif Terhadap JenayahPada tahun 1876, Caestre Lombroso (1835-1909), seorang ahli fizik Itali yang bekerja di penjara telah mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada seseorang penjenayah.Pada kurun yang ke-20, Wiliam Sheldon (1949) mendapati bahawa orang yang melakukan jenayah merupakan anak-anak muda yang mempunyai tubuh badan lasak seperti seorang ahli sukan. Kedua-dua teori yang terdapat di atas telahpun dipertikaikan serta diperdebatkan.Ahli-ahli Positivisme sedang berusaha untuk memastikan cara untuk mengenal pasti penjenayah. Didapati orang yang memiliki (Kromosom XYY )mudah terlibat dalam aktiviti-aktiviti keganasan. Ahli-ahli Positivisme juga berusaha untuk memastikan bahawa apakah punca sebenar berlakunya Devian dalam masyarakat. Teori Struktural Strain(Robert Merton)Robert Merton (1938) menafikan segala peraturan yang terdapat dalam masyarakat untuk mengawal Devian.Masyarakat menghargai serta menghormati orang yang menjadi kaya melalui usaha serta kerajinannya (Conventional Success).Namun begitu, cara ini tidak mudah dilakukan oleh semua orang. Ahli-ahli Keluarga miskin sukar untuk menjadi kaya walaupun bekerja keras. Oleh itu, orang miskin mula berusaha menjadi kaya dengan cara yang tidak sah seperti mengedar dadah, dll. Robert Merton memanggil Devian ini sebagai Innovation. Menurutnya lagi, Seorang guru menolak kenaikan pangkat tetapi masih mahu kekal menjadi guru biasa. Tindakan Devian ini dikenali sebagai Ritualism

Ada juga orang yang tidak dapat mencapai matlamat dalam hidup mereka. Oleh itu mereka akan menjadi penagih dadah, pemabuk, dll. Tindakan Devian mereka ini dikenali sebagai Retreatism. Golongan yang tidak dapat mematuhi norma masyarakat serta mahukan perubahan secara mendadal akan menyertai kumpulan penentang kerajaan. Tindakan Devian mereka dipanggil sebagai Rebellion(Pemberontak). Teori LabellingTindakan masyarakat melabelkan orang yang melakukan devian dipanggil Labelling.Keadaan ini akan menjadi suatu Stigma(Erving Goffman, 1963) yang mendorong seseorang melakukan jenayah yang lebih lagi. Idea ini juga terdapat dalam pemikiran yang dipelopori oleh Durkheim serta G.H.Mead yang dikenali sebagai Self-Fullfilling Prophecy iaitu apabila masyarakat melabelkan seseorang, maka ia akan menjadi kenyataan (W.I. Thomas, 1996). Seseorang pernah melakukan jenayah pada masa dahulu. Tetapi dia sudah bertaubat dan tidak melakukan kegiatan jahatnya.Namun begitu, masyarakat masih lagi beranggapan bahawa dia melakukan kegiatan yang sama. Devian ini dikenali sebagai Retrospective Labelling. Terdapat juga keadaan di mana seseorang memindahkan Devian mereka kepada bidang perubatan. Ia dikenali sebagai Medicalisation Devian. Masyarakat sedar bahawa golongan pesakit psikitri, pemabuk, penagih dadah, dll memerlukan rawatan. Pendokong Teori Konflik (Marxists) seperti Spitzer (1980) telah menyalahkan kapitalisme punca berlakunya Deviance.Pekerja bawahan telah diperas, orang miskin yang merompak daripada orang kaya akan didakwa. Golongan yang menentang kapitalisme akibat daripada penindasan, masalah pencemaran, eksploitasi, mogok di kilang, dll akan didakwa.