ameza binti musa - fp.utm.my fileiii dedikasi dedikasi ini saya ditujukan kepada: ibu tercinta,...

23
POLA PEMAKANAN KANAK-KANAK BERLEBIHAN BERAT BADAN DAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN AMEZA BINTI MUSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenque

Post on 02-May-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POLA PEMAKANAN KANAK-KANAK BERLEBIHAN BERAT BADAN

DAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN

AMEZA BINTI MUSA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

POLA PEMAKANAN KANAK-KANAK BERLEBIHAN BERAT BADAN

DAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN

AMEZA BINTI MUSA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini saya ditujukan kepada:

Ibu tercinta, Zaleha binti Hj Ahmad

Ayah yang dikasihi, Musa bin Lakaria

Adik-Adik saya Akhmal Hakin bin Musa dan Ainin Sofiya binti Musa,

semoga menjadi pendorong kalian berusaha memajukan diri.

Rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya kepada

Faradila, Azzah, Haris, Suriyani, Zuraidah dan Noridayu.

Teman sepejuangan SPH sesi pengambilan 2006/2007

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi ALLAH S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan

salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabatnya. Syukur

alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya penyelidik dapat

menyiapkan kajian ini dalam masa yang ditetapkan.

Ucapan terima kasih dan penghargaan ikhlas buat penyelia kajian Pn Christina

Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah di atas komitmen, kesabaran , bimbingan, nasihat

serta dorongan kepada penyelidik tempoh kajian ini dijalankan. Penyelidik juga ingin

berterima kasih kepada semua pensyarah, tenaga pengajar Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu penyelidik menyiapkan

kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah memberi

kerjasama membantu penyelidik dalam proses mendapatkan data untuk melengkapkan

kajian ini. Seterusnya kepada ibu bapa dan adik-adik di atas dorongan dan bantuan

kepada penyelidik.

Semoga diberkati ALLAH S.W.T

Wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kekerapan pengambilan makanan kanak-

kanak berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam seminggu.

Kuantiti pengambilan makanan mengikut nutrien kanak-kanak berlebihan berat badan

dan kanak-kanak kurang berat badan dalam sehari. Keseimbangan pengambilan nutrien

makanan kanak-kanak berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan

untuk setiap hidangan dalam seminggu. Seramai 98 orang kanak-kanak diambil sebagai

sampel kajian. Sampel yang dipilih terdiri dari kanak-kanak yang berumur sembilan

hingga sebelas tahun yang berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan

mengikut piawai Body Mass Index. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Taman

Universiti 2 dan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3, di daerah Skudai, Johor. Soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperoleh kemudiannya

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

untuk mendapatkan nilai peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak

berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan sangat kerap mengambil

makanan dalam seminggu. kanak-kanak berlebihan berat badan mengambil kuantiti

makanan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun kanak-kanak

kurang berat badan mengambil kuantiti makanan kurang dari saranan Kementerian

Kesihatan Malaysia. Kanak-kanak berlebihan berat badan memilih nutrien makanan

dengan seimbang untuk setiap hidangan. Manakala kanak-kanak kurang berat badan

memilih nutrien makanan kurang seimbang pada setiap hidangan.

vi

ABSTRACT

The research was carried out determine the frequency of food intake of the

overweight and underweight children in a week. Quantity of food intake according to

nutrients the overweight and underweight children in a day. Balance nutrient intake the

overweight and underweight children for each meal of the week. 98 children becoming

the samples of this research. The selected samples consist of children nine to eleven

years old that are overweight and underweight children according to the standard of

Body Mass Index. The research was conducted in Sekolah Kebangsaan Taman

Universiti 2 and Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3, in Skudai, Johor. The

research instrument was questionnaire. The obtained data was then analyzed by using

Statistical Package for Social Science (SPSS) to calculate the percentage and mean. The

result showed that the overweight and underweight children

take food very often. Overweight and underweight children take the quantity of food

according to the recommendations of the Ministry of Health Malaysia while

underweight children took less than recommended quantity afford. Overweight children

choose foods with balanced nutrients for each meal. While underweight children choose

foods nutrient unbalanced at each meal.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definasi Istilah/ Operasional 8

viii

1.9 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 10

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Piramid Makanan 11

2.3 Garis panduan pola makan 16

2.4 Faktor pengambilan makanan 18

2.5 BMI 19

2.5.1 BMI percentile 20

2.6 Kanak-kanak berlebihan berat badan 23

2.7 Kanak-kanak kekurangan berat badan 24

2.7 Tanggungjawab ibu bapa dalam 25

menentukan pola pemakanan kanak-kanak

2.8 Penutup 26

BAB 3 METODOLOGI 27

3.1 Pendahuluan 27

3.2 Rekabentuk kajian 27

3.3 Populasi kajian 28

3.4 Pemilihan sampel 29

3.5 Instrumen kajan 30

3.6 Kajian rintis 32

3.7 Prosedur kajian 34

3.8 Analisis data 34

3.9 Penutup 36

ix

BAB 4 ANALISIS DATA 38

4.1 Latar belakang responden 38

4.2 Analisis persoalan kajian 1 40

4.3 Analisis persoalam kajian 2 42

4.4 Analisis persoalan tiga 44

4.5 Penutup 47

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 48

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 49

5.3.1 Persoalan kajian 1 49

5.3.2 Persoalan kajian 2 51

5.3.3 Persoalan kajian 3 53

5.4 Cadangan 54

5.4.1 Cadangan kajian lanjutan 55

5.5 Penutup 55

RUJUKAN 56

x

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sumber dan Kepentingan Vitamin Larut Air 13

2.2 Sumber dan Kepentingan Vitamin Larut Lemak 13

2.3 Sumber dan Kepentingan Mineral 14

2.4 Kumpulan Vitamin 15

3.1 Pecahan Item 30

3.2 Pengelasan Skala Likert untuk Pilihan Jawapan 31

Bahagian B

3.3 Pengelasan Skala Likert untuk Pilihan Jawapan 31

Bahagian C

3.4 Perkali Alpha Cronbach 33

3.5 Pengelasan Tahap Responden Berdasarkan Skor Min 35

3.6 Pengelasan Interpretasi untuk Persoalan Kajian 1 35

3.7 Pengelasan Interpretasi untuk Persoalan Kajian 3 36

3.8 Pengelasan Interpretasi Persoalan Kajian 2 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratus 39

Latar Belakang Responden

4.2 Pengelasan Interpretasi Responden Berdasarkan Skor Min 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Min Kekerapan 41

Pengambilan Makanan dalam Seminggu.

4.4 Pengelasan Interpretasi Responden Berdasarkan Skor Min 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Min Kuantiti Pengambilan 42

Makanan dalam Sehari.

4.6 Pengelasan Interpretasi Responden Berdasarkan Skor Min 44

xi

4.7 Taburan Responden Mengikut Min Keseimbangan 44

Nutrien Yang Diambil untuk Setiap Hidangan dalam

Seminggu.

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Piramid makanan 11

2.2 Rajah CDC untuk kanak-kanak lelaki 21

2.2 Rajah CDC untuk kanak-kanak perempuan 22

xiii

SENARAI SINGKATAN

BMI - Body mass index

CDC - Body mass index percentile

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A Jadual Analisis Kepercayaan

B Borang Soal Selidik Pelajar

C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

D Surat Kebenaran Mendapat Maklumat Universiti Teknologi

Malaysia

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pola pemakanan yang betul merupakan tabiat makan yang baik. Pengambilan

pola pemakanan yang betul sangat penting untuk kanak-kanak agar mereka dapat

membesar dengan sihat dan sempurna. Ini termasuk berat dan ketinggian badan,

pembinaan tulang dan otot, perlindungan dari penyakit dan mempercepat proses

penyembuhan. Persoalan timbul apabila berlaku pertambahan ketara penduduk

Malaysia yang mengalami masalah berlebihan berat badan khususnya golongan kanak-

kanak. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah berkata masalah berlebihan berat

badan dalam kalangan rakyat negara ini telah meningkat dua kali ganda daripada 16.6

peratus pada tahun 1996 kepada 29.1 peratus pada tahun 2006. (Utusan Malaysia,

Oktober 2009) Individu yang mengalami masalah berat badan lebih berisiko diserang

penyakit kronik seperti kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi. Jika dahulu

penyakit tersebut lazimnya dihidapi golongan dewasa namun kini bilangan kanak-kanak

yang dikesan menghidapi penyakit yang sama kian meningkat. Hal ini mendorong

penyelidik mengkaji pola pemakanan kanak-kanak berlebihan berat badan dan kanak-

kanak kurang berat badan. Walaupun masalah kanak-kanak kurang berat badan kurang

diambil berat namun masalah ini juga harus diberi perhatian sewajarnya supaya

pertubuhan fizikal dan perkembangan kanak-kanak tidak terbantut. Menerusi kajian ini

dapat diketahui adakah kanak-kanak berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang

2

berat badan makan secara betul dan sihat kerana mereka mempunyai masalah berat

badan tidak normal. Sekiranya keputusan menunjukkan mereka tidak mengamalkan

pola pemakanan yang sihat dan betul maka usaha perlu dilakukan untuk

memperbaikinya kerana tabiat makan ini akan dibawa sehingga dewasa. Namun,

sekiranya keputusan menunjukkan mereka makan secara betul dan sihat dapat

dirumuskan terdapat faktor lain yang lebih mempengaruhi berat badan kanak-kanak

selain pola pemakanan mereka. Oleh itu, pentingnya kajian ini untuk mengetahui

keputusannya. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini dapat digunakan untuk

mendidik mereka mengamalkan pola pemakanan yang betul.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-

kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 13.2 peratus kanak-kanak di negara kita

kurang berat badan, 5.4 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan dan 15.8

peratus pula terbantut tumbesaran. Faktor utama yang menyumbang masalah ini adalah

pola pemakanan kanak-kanak dan diikuti dengan gaya hidup mereka.

Sementara itu, Danial (2006, April 18) melaporkan, Presiden Persatuan Jantung

Kebangsaan Malaysia dan juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Dr Khoo Kah Lin

menyatakan kebimbangan terhadap masalah kegemukan kerana ia merupakan punca

kepada pelbagai jenis penyakit menerusi Berita Harian. Masalah berlebihan berat badan

mendapat perhatian serius sehinggakan Hospital Putrajaya membuka klinik obes sekali

dalam sebulan khusus memberi nasihat, rawatan dan perhatian kepada golongan ini.

Tujuan pembukaan klinik obes adalah untuk memastikan golongan ini

mengamalkan perkara yang betul dari segi pemakanan, senaman dan pengambilan ubat-

ubatan. Dr Fauziah yang merupakan salah seorang daripada doktor yang bertugas di

Hospital Putrajaya berkata dalam Bernama dan ditulis oleh Rohana (2008, November

3

26) mengakui agak sukar mendidik kanak-kanak berlebihan berat badan untuk

mengamalkan pola pemakanan yang betul kerana mereka lebih gemar mengambil

makanan tidak sihat seperti terlalu banyak lemak, minyak, gula, garam dan karbohidrat.

Keadaan ini bertambah teruk apabila mereka lebih suka menonton televisyen dan

bermain komputer daripada bermain di luar.

Hasil kajian Malayisa RDA mendapati peratusan kanak-kanak yang disahkan

signifikasi kurang berat badan, terbantut dan terlebih masing-masing adalah 45.3

peratus, 51.6 peratus, dan 7.8 peratus. Pengambilan pemakanan yang kurang daripada

2/3 tahap RDA adalah kalori, kalsium dan zat besi. Namun begitu, pengambilan protein,

vitamin A, vitamin C dan niasin adalah melebihi dari jumlah RDA dan kebanyakkan

sumber bagi nutrien ini adalah nasi, ikan, dan sayuran hijau. Di dalam 5 jenis kumpulan

makanan, hanya jumlah hidangan dari kumpulan bijirin/produk bijirin/ubi telah

mencapai jumlah yang ditetapkan berbanding bagi kumpulan susu/produk tenusu.

Majoriti kanak-kanak (68.7%) adalah kekurangan, 31.3% adalah mencukupi namun

tiada yang unggul dalam kualiti diet mereka

Menurut Dr Tee E Siong dalam Bernama yang ditulis oleh Nurul Halawati

(2009, Mei 7), walaupun masalah kanak-kanak kurang berat badan di Malaysia tidak

terlalu membimbangkan, tetapi ia masih perlu diberi perhatian yang serius kerana pada

peringkat ini kanak-kanak sedang membesar. Sekiranya badan tidak dapat menerima

tenaga yang mencukupi daripada makanan sudah pasti berat badan akan menurun dan

kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang kurang berat badan tidak

dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Selain itu, kanak-kanak

ini lebih berisiko mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan

jangkitan penyakit yang berlaku.

Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak mendapat keperluan makan

yang betul. Walau bagaimanapun, masalah yang dinyatakan di atas tidak mendapat

perhatian serius oleh masyarakat dan berlarutan hingga kini. Oleh yang demikian,

4

kajian perlu dijalankan untuk mengetahui pola pemakanan kanak-kanak berlebihan berat

badan dan kanak-kanak kurang berat badan. Amatlah penting jika kajian dijalankan ke

atas kanak-kanak kerana masalah ini bermula dari peringkat kanak-kanak lagi dan pada

usia ini pola pemakanan mereka sedang dibentuk.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian mengenali corak permakanan kanak-kanak telah ada namun penyelidik

sebelum ini hanya mengkaji corak pemakanan kanak-kanak secara keseluruhan bukan

tertumpu kepada kanak-kanak berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat

badan. Sebagai contoh Sarina (2004) dan Siti Nur Fatihah (2004) mengkaji corak

pemakanan dikalangan pelajar melayu sekolah rendah. Berdasarkan kajian Sarina

(2004), dapat dirumuskan kebayakan kanak-kanak tidak mengamalkan diet yang

seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Melalui kajian tersebut kanak-

kanak kurang mengambil sayuran dan susu dalam diet seharian mereka.

Kowtaluk (1994) mendefinasikan pola pemakanan kepada bila, apa dan berapa

kuantiti makanan dimakan. Dalam kajian ini penyelidik mengkaji dua daripada tiga

faktor tersebut bagi mengetahui pola pemakanan kanak-kanak berlebihan berat badan

dan kanak-kanak kurang berat badan.

Keperluan mengkaji nutrien makanan adalah untuk mengetahui apa yang

dimakan. Kowtaluk (1994) mendefinisikan,

“Nutrient is study of nutrients and how they are used by the body.The term nutrition can also refer to the effect of your choices onyour health. If your food choice provides all the nutrients you needin the right amount, you are practicing good nutrient.”

Pg 21

5

Jenis makanan boleh di kelaskan mengikut aras pada piramid makanan, dengan

itu nutrien dapat diketahui. Selain itu, piramid makanan turut mencadangkan panduan

saiz hidangan yang betul yang juga merujuk kepada kuantiti makanan yang diambil.

Untuk mengetahui kuantiti makanan yang diambil Jklimis (2002) menggariskan,

Penyelidik tidak mengkaji bila kanak-kanak makan tetapi menggantikannya

dengan mengkaji kekerapan pengambilan makanan. Hal ini disokong oleh McGuire dan

Beerman (2005),

Kajian ini hanya dijalankan ke atas kanak-kanak kerana mereka bersifat neutral

dan mudah terpengaruh. Pada peringkat ini pola pemakanan mereka sedang dibentuk

dan biasanya akan dibawa sehingga dewasa. Amatlah penting jika penerapan tabiat

makan yang betul dapat dilakukan dari peringkat kanak-kanak lagi.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian bagi mencapai matlamat utama kajian:

(i) Mengenal pasti kekerapan pengambilan makanan kanak-kanak berlebihan

berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam seminggu.

“Another retrospective dietary assessment method is foodfrequency questionnaire, which typically elicit informationconcerning food intake pattern.”

Pg 34

“A portion can be thought of a amount of a specific food anindividual eats for dinner, snack, or other eating occasions. Portionof course, can be bigger or smaller than the servings listed in thefood guide pyramid.”

Pg 19

6

(ii) Mengenal pasti kuantiti pengambilan makanan mengikut nutrien kanak-

kanak berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan

dalam sehari.

(iii) Mengenal pasti keseimbangan nutrien yang diambil kanak-kanak

berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam

seminggu.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan asas panduan bagi membina soal selidik. Pada akhir

kajian kesemua persoalan kajian akan terjawab.

Persoalan kajian ini adalah:

(i) Apakah kekerapan pengambilan makanan kanak-kanak berlebihan berat

badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam seminggu.

(ii) Apakah kuantiti pengambilan makanan mengikut nutrien kanak-kanak

berlebihan berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam

sehari.

(iii) Apakah keseimbangan nutrien yang diambil kanak-kanak berlebihan

berat badan dan kanak-kanak kurang berat badan dalam seminggu.