pelaksanaan probim 2011

11

Click here to load reader

Upload: tintaimi

Post on 03-Jul-2015

6.220 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan probim 2011

PROBIMJABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN LANJUTAN

PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN MENGIRA

(PROBIM)

SEKOLAH MENENGAH

TINGKATAN 1, 2 & 3

2011

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIKJABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

Page 2: Pelaksanaan probim 2011

1.0 MATLAMAT

1.1 Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tingkatan 1, 2 & 3 menguasai kemahiran asas mengira.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif Program ProBiM Matematik

Pada akhir program pemulihan kemahiran mengira,

Murid ProBiM-M3 Tingkatan 1, 2 & 3 dapat :

2.1.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000;

2.1.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000;

2.1.3 Menguasai Operasi tolak dalam lingkungan 10 000;

2.1.4 Menguasai fakta asas darab;

2.1.5 Menguasai fakta asas bahagi;

2.1.6 Menguasai Siri dan Jujuk Nombor;

2.1.7 Menguasai Nombor Perpuluhan;

2.1.8 Menguasai Nombor Pecahan;

2.1.9 Menguasai Nombor Integer.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Kumpulan sasaran adalah murid Tingkatan 1, 2 dan 3 yang belum menguasai asas matematik.

3.0 KANDUNGAN PROGRAM

2.1 Pengenalan

2.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. BPK menyediakan Modul Nombor Bulat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas untuk diikuti oleh murid.

2.1.2 BPK juga menyediakan 4 modul tambahan iaitu modul Siri dan Jujukan Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Integer sebagai

2

Page 3: Pelaksanaan probim 2011

bahan pengajaran dan pembelajaran asas lanjutan untuk murid PROBIM.

2.1.2 Penilaian dijalankan di akhir setiap unit pembelajaran untuk menilai pencapaian murid.

2.1.3 Aktiviti mengira yang dijalankan dalam modul bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan M3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat.

2.2 Kandungan Modul PROBIM-M3

Modul 1 : Nombor Bulat

Unit 1: Nombor bulat hingga 10 000o Membilango Nilai tempato Pembundaran

Unit 2: Tambah dalam lingkungan 10 000o Tambah dalam lingkungan fakta asaso Tambah dua nombor hingga 4-digit

Unit 3: Tolak dalam lingkungan 10 000o Tolak dalam lingkungan fakta asaso Tolak dalam lingkungan 10 000

Unit 4: Pendarabano Darab dalam lingkungan fakta asaso Darab 2-digit dan 1-digito Darab 3-digit dan 1-digito Darab 2-digit dan 2-digito Darab melibatkan 10, 100 dan 1000.

Unit 5: Pembahagiano Bahagi dalam lingkungan fakta asaso Bahagi hingga 4-digit dengan 1-digito Bahagi hingga 4-digit dengan 2-digito Bahagi melibatkan 10, 100 dan 1000

Modul 2 : Siri dan Jujukan Nombor

Modul 3 : Pecahan

Modul 4 : Perpuluhan

Modul 5 : Integer

3

Page 4: Pelaksanaan probim 2011

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1 Sekolah

Program ini telah dilaksanakan di dua buah sekolah menengah bagi setiap PPD seluruh negara dan 2 buah sekolah rintis bagi setiap

negeri yang telah melaksanakan program ini pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, program ini telah dilaksanakan di 16 buah sekolah menengah di negeri Sabah. Program ini diperluaskan ke semua sekolah menengah pada tahun 2009 kecuali sekolah yang mempunyai semua murid Tingkatan 1 yang telah menguasai kemahiran asas mengira.

Murid PROBIM-M3 Tingkatan 2

Program intervensi PROBIM-M3 berterusan untuk murid PROBIM-M3 Tingkatan 2 berdasarkan prestasi pencapaian kebolehan murid itu sewaktu berada di Tingkatan 1 atau selepas Ujian Pasca ProBiM yang dijalankan pada tahun 2010.

Murid PROBIM-M3 Tingkatan 3

Program intervensi PROBIM-M3 berterusan untuk murid PROBIM-M3 Tingkatan 3 berdasarkan prestasi pencapaian kebolehan murid itu berada Tingkatan 2 atau selepas Ujian Pasca yang ProBiM yang dijalankan pada 2010.

3.2 Pengurusan PROBIM-M3

3.2.1 Jawatankuasa pelaksanaan PROBIM-M3 perlu ditubuhkan di peringkat sekolah.

Penasihat: PengetuaPengerusi 1:Penolong Kanan Kurikulum/Penyelia PetangPengerusi 2:Ketua Bidang Sains dan MatematikSetiausaha: Ketua Panitia MatematikAhli: Semua guru Matematik

Guru pemulihanKaunselor

3.2.2 Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini.

3.3 Penentuan Murid

3.3.1 Murid Tingkatan 1:

4

Page 5: Pelaksanaan probim 2011

• Pengenalpastian murid Tingkatan 1 yang terlibat dalam program ini berdasarkan cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran mengira berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta peperiksaan penggal.

• Murid yang dikenalpasti akan menduduki Ujian Pra PROBIM-M3. Ujian ini diadakan untuk mengesahkan tahap penguasaan mengira murid berkenaan.

• Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian ujian pra perlu mengikuti PROBIM-M3.

3.3.2 Murid Tingkatan 2 :

• Murid PROBIM Matematik Tingkatan 2 yang dikenalpasti berdasarkan Ujian Pasca yang dijalankan pada tahun yang lalu akan menduduki Ujian Pra PROBIM-M3 Tingkatan 2 dan mengikuti intervensi PROBIM-M3 seterusnya.

3.3.3 Murid tingkatan 3 : • Murid PROBIM Matematik Tingkatan 3 yang dikenalpasti berdasarkan

Ujian Pasca yang dijalankan pada tahun yang lalu akan menduduki Ujian Pra PROBIM-M3 Tingkatan 3 dan mengikuti intervensi PROBIM-M3 seterusnya.

3.4. Guru

Guru yang menjalankan program ini ialah semua guru Matematik dan dibantu oleh guru pemulihan.

3.5 Pelaksanaan

3.5.1 Jangka masa program :

Penguasaan Kemahiran Asas Mengira (Nombor Bulat) 10 - 12 minggu ( Penggal 1)

Intervensi Lanjutan (Siri & Jujukan Nombor, Perpuluhan, Pecahan dan Integer) 10 - 12 minggu ( Penggal 2)

3.5.2 Secara prinsip, PROBIM-M3 dijalankan pada waktu Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah digalakkan untuk menjalankan program ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan

5

Page 6: Pelaksanaan probim 2011

jadual waktu yang sesuai untuk melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat.

Dicadangkan jadual waktu PROBIM-M3 bagi matematik sekolah menengah 2011 adalah selama 2 jam / 3 waktu mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang (Sesi pagi) atau 4.30 petang hingga 6.30 petang (sesi petang) bagi setiap hari dalam tempoh pelaksanaan program ini.

3.5.3 Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan Ujian Pra PROBIM-M3 diperolehi (rujuk carta aliran PROBIM-M3).

3.5.4 Ujian Pasca PROBIM-M3 akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas PROBIM-M3 selama 10 – 12 minggu bagi mengenalpasti tahap baru penguasaan kemahiran asas mengira. (Alternatif: Guru boleh memberikan ujian pelepasan ProBiM kepada murid bila-bila waktu yang difikirkan perlu agar boleh di alihkan terus ke aliran pembelajaran biasa walaubagaimanapun pastikan murid benar-benar menguasai kemahiran asas 4 operasi)

3.6 Pihak yang terlibat

Program ini diterajui oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, dan dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua sekolah-sekolah berkenaan.

3.7 Pemantauan

Pemantauan pelaksanaan berfokus dijalankan oleh Pegawai JPN, PPD dan pentadbir sekolah.

4.0 KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Serahan Data ujian Pra dan ujian Pasca

Data ujian Pra dan ujian Pasca adalah berdasarkan format yang disediakan oleh JPN Sabah. Pengumpulan data dan laporan perlu diserahkan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing melalui pihak sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Salinan data dan laporan (softcopy dan hardcopy) perlu diserahkan bersama. Seterusnya pihak PPD akan menyerahkan data dan laporan kepada JPN Sabah.

6

Page 7: Pelaksanaan probim 2011

4.2 Salinan Penghantaran Maklumat

PPD ;-Alamat e-mail: Rujuk PPD JPN Sabah :-Alamat e-mail: [email protected]

4.3 Format Analisis Data

Rujuk kepada Softcopy yang disertakan.

7

Page 8: Pelaksanaan probim 2011

5.0 CARTA ALIRAN PROBIM-M3 TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2 (2011)

PRAUJIAN PROBIM-M3

16 Februari

KELAS PROBIM1FEB – 29 APRIL – MODUL 1

13 JUN – 26 OGOS - MODUL 2

PASCAUJIAN 12 SEPT – 16 SEPT2011

ANALISIS/LAPORAN PRAUJIAN PROBIM-M3 PPD KE JPN 24 FEBRUARI 2011

ANALISIS/LAPORAN PRAUJIAN PROBIM-M3 KE PPD

21 Februari 2011

ANALISIS/LAPORAN PASCAUJIAN PROBIM-M3 PPD

KE JPN 30 SEPT 2011

ANALISIS/LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM PROBIM-M3 KE PPD

23 SEPT 2011

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM

FEBRUARI - OGOS

Page 9: Pelaksanaan probim 2011

6.0 PELAN TINDAKAN PROBIM-M3 2011TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2

Tarikh Aktiviti Tindakan

25 & 26 Januari 2011Taklimat Pelaksanaan Lanjutan PROBIM-M3 DAERAH 2011

JPN

1 – 3 Februari 2011Taklimat Pelaksanaan Lanjutan PROBIM-M3 SEKOLAH

PPD

16 Februari 2011 Melaksanakan Ujian Pra PROBIM-M3JPN/PPD/Sekolah

21 Februari 2011 Pelaporan Ujian Pra PROBIM-M3 Ke PPD Sekolah

24 Februari 2011 Pelaporan Ujian Pra PROBIM-M3 Ke JPN PPD

25 Februari 2011Analisa & Ramusan Ujian Pra PROBIM-M3 SM negeri Sabah

JPN

1 Februari – 26 Ogos 2011

Kelas Intervensi Penguasaan Operasi Asas PROBIM-M3 Sekolah Menengah dilaksanakan

Sekolah

12 – 16 Sept 2011 Ujian PascaPROBIM-M3 Sekolah

23 Sept 2011 Laporan Pascaujian PROBIM-M3 Ke PPD Sekolah

30 Sept 2011Laporan Pascaujian PROBIM-M3: PPD ke JPN

PPD

01 Februari - 26 Ogos Pemantauan Pelaksanaan Program PPD / JPN

9

Page 10: Pelaksanaan probim 2011

7.0 SENARAI JURULATIH UTAMA PROGRAM PROBIM-M3 NEGERI SABAH

BIL GURU PROBIM-M3 ALAMAT SEKOLAH

1NORAINI BINTI AWANG DAMBOL

SMK PITAS, KOTA MARUDU

2 ROSILAH ROMILI SMK KUDAT 2, KUDAT

3 HARESSA WILLMA ANUAR SMK TAMPARULI, TUARAN

4 KULIPAH CISON SMK ARSHAD, KOTA BELUD

5 KAREN ALBERT GOH SMK KENINGAU, KENINGAU

6 KWONG PING SHIN SMK TAMBUNAN, TAMBUNAN

7 ABAS BIN IBRAHIM SMK KUNAK, KUNAK

8 SARINI BINTI SULAIMAN SMK AGASEH, LAHAD DATU

9NURFAJALANATI BINTI AHMAD JAMALUDDIN

SMK BEAUFORT, BEAUFORT

10SITI NORHAZIAH BTE OTHMAN

SMK ST MARY LIMBAHAU, PAPAR

11 ROSITA BINTI MAT SAIDIN SMK SRI NANGKA, TUARAN

12 DONNY NG YAU HING SMK BELURAN, BELURAN

13 FATIMAH BT JOKKA SMK TITINGAN, TAWAU

14 HONG IVE SM ST. PATRICK, TAWAU

15 HASIFAH EKING SMK PUTATAN, KOTA KINABALU

16 CHEAH KIM CHONG SM ST MICHEAL, PENAMPANG

17IRFAH SAMAHAH ABU BAKAR

SMK SANZAC, KOTA KINABALU

10

Page 11: Pelaksanaan probim 2011

11