pelaksanaan perintah gaji minimum 2012 (akta majlis perundingan gaji negara 2011) (akta 732)

46
PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

Upload: hila

Post on 02-Feb-2016

151 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732). SKOP TAKLIMAT. 1. Dasar Gaji Minimum di Malaysia; 2. Perintah Gaji Minimum 2012; 3. Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012; dan 4. Spirit of Moving Forward. 2. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

(Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011)(Akta 732)

Page 2: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

2

SKOP TAKLIMAT

1. Dasar Gaji Minimum di Malaysia;

2. Perintah Gaji Minimum 2012;

3. Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012; dan

4. Spirit of Moving Forward

Page 3: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

3

Page 4: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

DASAR GAJI MINIMUM

Page 5: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

5

OBJEKTIF

1. Untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi;

2. Untuk memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja;

3. Untuk menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan

4. Untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir.

Page 6: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

6

UNDANG-UNDANG

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dikuat kuasakan mulai 15.9.2011

Perintah Gaji Minimum 2012 (P.U(A) 214) diwartakan pada 16.7.2012

Page 7: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

7

DEFINISI

Gaji Minimum (GM) ialah gaji terendah mengikut jam, harian atau bulanan yang perlu dibayar majikan kepada pekerja (ILO)

GM ertinya “GAJI POKOK” di bawah seksyen 2 Akta 732

Page 8: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

8

KRITERIA JUSTIFIKASI

KRITERIAASAS

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Menentukan keperluan-keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja

Gaji Penengah (GP)Satu titik untuk merujuk kepada kemampuan majikan membayar gaji

KRITERIAPELARASAN

Perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP)

Petunjuk untuk mencerminkan perubahan kos sara hidup

Pertumbuhan Produktiviti(P)

Menyelaraskan peningkatan gaji dengan pertumbuhan produktiviti

Kadar Pengangguran Sebenar (KPS)

Bagi memastikan kenaikan gaji tidak menjejaskan keupayaan pasaran untuk mewujud dan mengekalkan peluang pekerjaan

KRITERIA PENETAPAN GM

Page 9: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

GM = Gaji Minimum (RM)PGK = Pendapatan Garis Kemiskinan (RM)GP = Gaji PenengahP = Pertumbuhan produktiviti (%)IHP = Indeks Harga Pengguna (% tukaran)KPS = Kadar Pengangguran Sebenar (%) = (Kadar Pengangguran – 4%)

i = Wilayah (Sem. Malaysia, Sabah, Sarawak dan

Labuan)

9

FORMULA GM

Page 10: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

10

WILAYAHKADAR BULANAN

(RM)KADAR IKUT JAM

(RM)

Semenanjung Malaysia

956.73 4.60

Sabah dan Labuan

771.79 3.71

Sarawak 781.58 3.76

KADAR GM BERDASARKAN FORMULA

Page 11: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

11

WILAYAHKADAR BULANAN

(RM)KADAR IKUT JAM

(RM)

Semenanjung Malaysia

900 4.33

Sabah dan Labuan

770 3.70

Sarawak 780 3.75

KADAR GM YANG DICADANGKAN MPGN

Page 12: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Page 13: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

13

WILAYAHKADAR GAJI MINIMUM

Bulanan Jam

Semenanjung Malaysia

RM900 RM4.33

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

RM800 RM3.85

KADAR GM MENGIKUT PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Page 14: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

14

SKOP PEMAKAIAN

GM adalah untuk semua ‘Pekerja’ iaitu :• yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-

pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955; atau

• yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain, seperti ditakrifkan di bawah Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]

 KECUALI : •Pekhidmat domestik. Contoh: pembantu rumah, tukang masak, penjaga rumah, tukang kebun, tukang cuci, jaga dan pemandu peribadi.•Perantis

Page 15: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

15

PERMULAAN KUAT KUASA

1.1.2013 kepada:

(1) majikan yang mempunyai >5 pekerja (6 pekerja)Ilustrasi 1Jika selepas 1.1.2013:-bilangan pekerja telah menjadi <6 orang, perintah akan tetapterpakai. (Dalam contoh ini, majikan tertakluk kepada prinsip ‘oncein, always in’).

bilangan pekerja menjadi >5 orang, majikan perlu membayar GM kepada semua pekerjanya mulai tarikh pekerja tambahan tersebut digajikan.

(2) majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO tanpa mengira bilangan pekerja.

Page 16: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

16

PENGKELASAN MASCO DI BAWAH KUMPULAN UTAMA 2:

PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN

PROFESIONALKESIHATAN

PROFESIONALPERGURUAN

PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN

PENTADBIRAN

PROFESIONAL INFORMASI DAN TEKNOLOGI DAN

KOMUNIKASI

PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL DAN

KEBUDAYAAN

PROFESIONAL HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN

LAIN

MASCO 2008 Version 3

Page 17: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

17

samb

 

1.7.2013 kepada majikan yang mempunyai ≤5 pekerja (5 dan kurang)

Ilustrasi 2:

Jika antara 1.1.2013 hingga 30.6.2013, majikan A menggajikan 5 orang yangterdiri daripada 2 eksekutif masing-masing bergaji pokok melebihi RM2500sebulan; 2 pembantu cukai masing-masing bergaji pokok >RM800 sebulantetapi < RM2500 dan 1 kerani bergaji pokok RM800 sebulan, maka Perintahini akan terpakai kepadanya mulai 1.7.2013.

Page 18: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

18

PENGURANGAN KADAR GM

• Untuk pekerja dalam tempoh percubaan (probationer)

• Tidak melebihi 30% bagi tempoh 6 bulan pertama sahaja

• Berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja tersebut.

Ilustrasi

Pekerja B dalam tempoh percubaan yang mula bekerja pada 1.10.2012 bagi tempoh 12 bulan dan dibayar gaji sebanyak RM500 sebulan. Sehingga 31.12.2012, beliau telah menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan. Ini bermakna baki tempoh percubaan adalah 3 bulan. Oleh itu, beliau hendaklah dibayar sekurang-kurangnya RM560 sebulan bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2013. Seterusnya mulai 1.4.2013, beliau hendaklah dibayar GM RM800 sebulan.

Page 19: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

19

Majikan dan pekerja, atau kesatuan sekerja boleh MERUNDINGKAN penstrukturan semula gaji di bawah seksyen 7B Akta Kerja 1955, seksyen 9B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 10B Ordinan Buruh Sarawak, sebelum Perintah ini berkuatkuasa, dengan syarat bahawa –

(a) Gaji pokok yang distruktur semula yang kena dibayar kepada pekerja hendaklah mengikut kadar GM yang ditetapkan dalam Perintah;

 (b) Gaji yang distruktur semula hendaklah tidak kurang baiknya daripada gaji yang sedia ada;

RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI MENGIKUT PERENGGAN 6 PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Page 20: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

20

(c) Gaji yang distruktur semula tidak boleh kurang daripada jumlah gaji yang diterima oleh pekerja itu sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebelum penstrukturan semula gaji;

(d) Penstrukturan semula gaji hendaklah hanya melibatkan pembayaran bagi kerja yang dilakukan semasa waktu kerja biasa pekerja itu; dan

(e) Penstrukturan semula gaji tidak boleh menyebabkan pekerja itu kehilangan apa-apa saraan yang dinyatakan di bawah perenggan (a) hingga (f) takrifan upah dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955, seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah dan seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak yang pekerja itu berhak mendapat di bawah kontrak perkhidmatan.

samb.

Page 21: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

21

samb

Bayaran-bayaran di bawah perenggan (a) hingga (f) adalah seperti berikut: (a)nilai rumah, tempat tinggal, bekalan makanan, minyak,air, rawatan perubatan, kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;(b)caruman yang dibayar majikan dalam mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian pekerja, penamatan,rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja;(c)apa-apa elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan;(d)apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan kerana jenis perniagaannya;(e)ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau (f)apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa bonus tahunan. 

Page 22: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

22

PEMBATALAN DAN PENGECUALIAN

Semua perintah berikut yang dibuat di bawah Akta Majis Penetapan Gaji 1947 [Akta 195] hendaklah dibatalkan berkuatkuasa mulai 1.1.2013:

• Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji) (Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta Di Semenanjung Malaysia) 2011;

•  Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji) (Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta Di Sarawak dan Sabah) 2011;

• Perintah Peraturan Gaji (Perhidangan dan Hotel) 1982;• Perintah Peraturan Gaji (Pekerja-pekerja Wayang Gambar) 1972;• Perintah Peraturan Gaji (Pembantu-pembantu Kedai) 1970;• Perintah Peraturan Gaji Pembantu Kedai (Sarawak) 1972; dan• Perintah Peraturan Gaji (Pemunggah-Pemunggah Kapal dan

Pengendali-Pengendali Muatan Pulau Pinang) 1977

Page 23: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

23

Semua perintah majlis penetapan gaji yang dibatalkan hendaklah terus terpakai kepada:-

majikan yang tarikh kuat kuasa Perintah pada 1.7.2013.

majikan yang telah diberi kelulusan untuk menunda pelaksanaan Perintah ini ke suatu tarikh lain sehingga Perintah ini mula dikuat kuasa kepada mereka. Contohnya, Perintah Peraturan Gaji (PPG) Pengawal Keselamatan Swasta 2011.

samb

Page 24: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Page 25: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

25

PENDAHULUAN

Garis Panduan ini disediakan oleh MPGN yang mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya sebagaimana yang diperuntukkan seksyen 4 (2) Akta 732.

Tertakluk kepada PERUNDINGAN yang diperuntukkan di perenggan 6 Perintah Gaji Minimum 2012, pihak-pihak boleh merujuk kepada Garis Panduan ini dalam melaksanakan Perintah Gaji Minimum.

Page 26: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

26

GM KADAR HARIAN

1. GM pekerja sepenuh masa bergaji harian:-

Secara purata tidak kurang RM800 sebulan dengan syarat hadir bekerja pada hari-hari bekerja biasa yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan tanpa mengira jumlah jam bekerja sehari.

Formula pengiraan:

Kadar Gaji Harian = Kadar GM Bulanan x 12 bulan

52 minggu x Bil. Hari bekerja dalam seminggu

• Nota: pengiraan adalah berdasarkan jumlah jam bekerja iaitu maksimum 48 jam seminggu

Page 27: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

27

GM KADAR HARIAN

Bil. Hari Bekerja Dalam Seminggu

Kadar GM Harian Gaji Bulanan Purata

6RM30.77RM800 x 12

52 x 6

RM30.77 X 26 hari

RM800.02 = RM800

5RM36.92RM800 x 12

52 x 5

RM36.92 X 21.67 hari

RM800.06 = RM800

4RM46.15RM800 x 12

52 x 4

RM46.15 X 17.33 hari

RM799.78 = RM800

• Kadar GM harian adalah seperti berikut:

Page 28: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

28

GM KADAR IKUT KERJA

2. GM pekerja yang tiada gaji pokok dan dibayar gaji secara piece-rated, tonnage, trip atau komisyen :-

Jika gaji sedia ada dibayar melebihi GM, maka GM RM800 sebulan dianggap telah dipatuhi;

Jika gaji yang dibayar adalah RM800, maka GM dianggap telah dipatuhi.

Jika gaji dibayar kurang daripada GM, majikan hendaklah menambah apa jua yang kurang untuk memenuhi GM.

Page 29: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

29

KAEDAH PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI

Berpandukan asas-asas berikut dan perenggan 6 Perintah:*proses penstrukturan semula dilakukan HANYA SEKALI SAHAJA iaitu SEBELUM PERINTAH INI MULA BERKUAT KUASA dan bukannya suatu proses yang berterusan selepas tarikh kuat kuasa Perintah;

•penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-bayaran tunai sebagaimana dalam takrifan “gaji” di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76];

•apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam takrifan “gaji” di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] tidak boleh distrukturkan semula sebagai gaji minimum dalam penstrukturan semula gaji.

Page 30: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

30

samb

• elaun-elaun yang dibayar secara spesifik berdasarkan keadaan pekerjaan (nature of work) seperti elaun panas, elaun habuk, elaun bising, elaun berdiri dan seumpamanya yang diberikan kepada golongan pekerja tertentu TIDAK WAJAR untuk distrukturkan semula;

• bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan dilaksanakan, kesemua atau sebahagian kutipan caj perkhidmatan itu boleh diubah untuk dikira sebagai GM;

• bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas (Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200 dilaksanakan, kesemua atau sebahagian daripada bayaran tersebut boleh diubah sebagai GM;

Page 31: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

31

samb

•bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif keselamatan dibayar kepada pekerja seperti dalam Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta) 2011, ia boleh diubah untuk dikira sebagai GM;

•elaun rumah boleh diubah untuk dikira sebagai GM dengan syarat elaun tersebut bukan bersifat gantian kepada nilai kemudahan tetapi bayaran tunai yang diberikan oleh majikan berdasarkan kepada kontrak perkhidmatan;  

Page 32: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

32

samb

•proses penstrukturan semula itu hendaklah tidak akan mengurangkan jumlah keseluruhan gaji yang diterima sebelum penstrukturan semula.

Page 33: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

33

PENSTRUKTURAN GM DAN ELAUN

FORMULA GM = GP + (GM – GP)ESP2 = ESP1 – (GM – GP)GM = Gaji Minimum GP = Gaji PokokESP1 = Elaun Sebelum Perintah ESP2 = Elaun Selepas Perintah     

Page 34: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

34

samb

 Ilustrasi

Bagi pekerja di Sabah yang bergaji pokok RM457.35 dan dibayar elaun tunai RM700, majikannya boleh mengubah sebahagian elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian daripada GM. Baki sebanyak RM357.35 itu hendaklah dikekalkan sebagai elaun tunai.

. Gaji semasa Gaji selepas PerintahRM457.35 (GP)  RM457.35 + (RM800-RM 457.35 = RM342.65 )

= RM800 (GM) 

RM700 (elaun) RM700 – (RM800-RM457.35 = RM342.65)= RM357.35 (elaun)

Jumlah=RM1157.35 Jumlah= RM 1157.35

Page 35: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

35

samb

 Ilustrasi

Bagi pekerja yang bergaji pokok RM553 dan bayaran tunai RM547 berdasarkan kepada kutipan caj perkhidmatan, majikannya boleh mengubah sebahagian daripada bayaran tunai itu sebagai GM. Baki RM300 itu hendaklah dikekalkan sebagai servis perkhidmatan.

.

Gaji semasa Gaji selepas PerintahRM553 (GP) 

RM553+(RM800-RM553)= RM800 (GM)

RM547 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)

RM547 – (RM800-RM553) =RM300 (bayaran tunai daripada kutipan caj perkhidmatan)

Jumlah=RM1100 Jumlah=RM1100

Page 36: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

36

samb

 Ilustrasi

Bagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM700, majikannya perlu menambah sebanyak RM100 sebagai sebahagian GM.

Gaji semasa Gaji selepas Perintah

RM700 (GP)

Jumlah=RM700

RM700+(RM800-RM700)= RM800 (GM) 

Jumlah=RM800

Page 37: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

37

samb

 IlustrasiBagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM650 dan dibayar elaun tunai A sebanyak RM200 dan juga lain-lain bayaran elaun tunai B sebanyak RM21, C sebanyak RM53 dan D sebanyak RM42 yang berdasarkan kepada produktiviti dan prestasi, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai tetap A dan sebahagian daripada bayaran elaun tunai B,C atau D sebagai gaji minimum. Sebahagian bayaran elaun tunai B,C atau D yang tidak dijadikan gaji minimum hendaklah dikekalkan sebagai elaun tunai.

Gaji semasa Gaji selepas PerintahRM650 (gaji pokok)RM200 (elaun A)RM21 (elaun B)RM53 (elaun C)RM42 (elaun D)

Jumlah = RM866

RM650+(RM800-RM650) = RM800 (GM)RM200 (elaun A)(boleh diubah menjadi sebahagian GM)RM21 (elaun B)RM53 (elaun C)RM42 (elaun D)(RM200 + RM21 + RM53 + RM42) – (RM800 –RM650) = RM316 – RM150Jumlah = RM866

RM50 boleh diubah menjadi sebahagian GM

Page 38: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

ILUSTRASI AM 1SEBELUM PENSTRUKTURAN SELEPAS PENSTRUKTURAN

GP RM500 GP(LAMA) RM500

ELAUN KEDTG RM100 ELAUN KEDTG RM100

ELAUN MKN RM150 ELAUN MKN RM150

PERLU TAMBAH RM 50

Gaji seperti yang dinyata dalam perintah RM800

ELAUN PERJALANAN RM100 ELAUN PERJALANAN RM100

JUMLAH RM850 JUMLAH RM900

Page 39: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

ILUSTRASI AM 2SEBELUM PENSTRUKTURAN SELEPAS PENSTRUKTURAN

GP RM600 GP(LAMA) RM600

ELAUN KEDTG RM100 ELAUN KEDTG RM100

ELAUN MKN RM150 SEBHG ELAUN MKN RM100

Gaji seperti yang dinyata dalam perintah RM800

BAKI SEBHG ELAUN MKN RM50

ELAUN PERJALANAN RM100 ELAUN PERJALANAN RM100

JUMLAH RM950 JUMLAH RM950

Page 40: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

KESALAHAN DAN PENALTI

Penalti bagi kesalahan Pertama

Penalti am

Penalti bagi kesalahan berterusan

Penalti bagi kesalahan berulang

Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja .Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok dan bayaran lain.

Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan

RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan

RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

Page 41: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

41

PERMOHONAN PENUNDAAN TARIKH KUATKUASA

• Mana-mana orang atau golongan orang boleh memohon.

• Permohonan hendaklah:• mengandungi alasan dan justifikasi yang

kukuh• sampai kepada Urus Setia MPGN

• sebelum 2.10.2012 (bagi majikan yang tarikh kuat kuasa perintah pada 1.1.2013

• sebelum 1.4.2013 (bagi majikan yang tarikh kuat kuasa Perintah pada 1.7.2013

Page 42: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

42

samb

• Dokumen untuk permohonan penundaan :• Borang Maklumat Syarikat daripada SSM• Laporan Kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun

terakhir• Maklumat bil. pekerja tempatan dan pekerja asing

secara berasingan beserta gaji bagi bulan terakhir

• Berdasarkan seksyen 21, 22 & 23 Akta 732, permohonan tersebut hendaklah dinilai dan ditimbang oleh MPGN sebelum diperakukan kepada Kerajaan untuk keputusan dan disusuli dengan pewartaan.

Page 43: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

43

samb

• secara bertulis sama ada melalui surat atau email dialamatkan kepada :

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara Kementerian Sumber ManusiaAras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8886 5156/ 5162Faks: 03-8889 2377

Email: [email protected]

• Permohonan yang diterima selepas tarikh-tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Page 44: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

RINGKASAN

Gaji pokok dipersetujui dalam Kontrak Perkhidmatan

Kurang daripada kadar GM yang dinyatakan dalam Perintah

Lebih daripada kadar GM yang dinyatakan dalam Perintah

Digantikan dengan kadar-kadar tidak kurang daripada GM yang dinyatakan dalam Perintah

Kadar gaji tidak boleh dikurangkan lebih rendah daripada kadar yang telah dipersetujui dalam Kontak Perkhidmatan

Page 45: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

45

MOVING FORWARD

• ‘Semangat menang-menang’ harus diamalkan.

• GM adalah perkara baru bagi Malaysia. Dalam pelaksanaan tersebut, semua majikan dan pekerja haruslah bersikap terbuka dan bersama-sama menangani sebarang masalah yang timbul.

• Segala maklumbalas akan dikaji secara mendalam bagi menambahbaik undang-undang GM.

Page 46: PELAKSANAAN  PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) (Akta 732)

46

SEKIAN, TERIMA KASIH