pelaksanaan bacaan pantas di sekolah terpilih: … · seminar kepustakawanan 2014 memperkasakan...

19
Seminar Kepustakawanan Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014 1 PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: KAJIAN TERHADAP PENCAPAIAN PESERTA 1 Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06-7986208 Emel: [email protected] ABSTRAK Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membangunkan modul bacaan pantas untuk diajar dan disebarluaskan kepada warga universiti dan masyarakat umum. Modul ini dibangunkan untuk membantu meningkatkan kadar pembacaan serta membina budaya intelek dalam setiap individu yang telah mengikutinya. Satu kajian untuk melihat pencapaian peserta dilakukan di kalangan pelajar di empat buah sekolah yang terpilih. Antara objektif kajian ialah untuk mendapatkan maklumat berkaitan peningkatan bacaan peserta sebelum dan selepas pengajaran, untuk mengenal pasti kadar bacaan dan kefahaman peserta, dan untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan klasifikasi atau pengelasan bacaan pantas. Setiap peserta diberikan tunjuk ajar kaedah bacaan pantas serta latihan-latihan bacaan. Masa dan kefahaman peserta diukur dan dikira berdasarkan ujian yang diberikan. Berdasarkan hasil dapatan kajian, ia membantu Perpustakaan USIM untuk melakukan penambahbaikan terhadap modul yang dibangunkan supaya ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Kata kunci: Bacaan Pantas, Pengelasan Bacaan, Pengelasan Kefahaman, Kaedah Bacaan Pantas, Pembacaan. PENGENALAN Membaca adalah keperluan utama untuk meneroka pengetahuan. Ia berkait dengan pembinaan minda manusia supaya kita berupaya untuk mentadbir alam, mengimarahkan pembangunan marcapada, dan melestarikan perhubungan sesama makhluk dan Maha Pencipta. Lim (2014) menyatakan “membaca aktiviti bersifat aktif kerana melibatkan bahan yang kemudiannya dicernakan di dalam fikiran untuk diperoleh sesuatu faedah dan kebaikan; sedikit atau banyak kebaikan itu bergantung kenapa tujuan kita membaca dan bentuk bahan yang dibaca”. Faedah dan kebaikan yang diperoleh melalui membaca adalah nilai intelek yang menentukan kebijaksanaan seseorang. 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kepustakawanan 2014, anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS. Kuching: 25 & 26 September 2014.

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

1

PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH:

KAJIAN TERHADAP PENCAPAIAN PESERTA1

Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan

Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia,

Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Tel: 06-7986208

Emel: [email protected]

ABSTRAK

Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membangunkan modul bacaan pantas

untuk diajar dan disebarluaskan kepada warga universiti dan masyarakat umum. Modul ini

dibangunkan untuk membantu meningkatkan kadar pembacaan serta membina budaya intelek

dalam setiap individu yang telah mengikutinya. Satu kajian untuk melihat pencapaian peserta

dilakukan di kalangan pelajar di empat buah sekolah yang terpilih. Antara objektif kajian ialah

untuk mendapatkan maklumat berkaitan peningkatan bacaan peserta sebelum dan selepas

pengajaran, untuk mengenal pasti kadar bacaan dan kefahaman peserta, dan untuk mengenal pasti

tahap bacaan peserta berdasarkan klasifikasi atau pengelasan bacaan pantas. Setiap peserta

diberikan tunjuk ajar kaedah bacaan pantas serta latihan-latihan bacaan. Masa dan kefahaman

peserta diukur dan dikira berdasarkan ujian yang diberikan. Berdasarkan hasil dapatan kajian, ia

membantu Perpustakaan USIM untuk melakukan penambahbaikan terhadap modul yang

dibangunkan supaya ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Kata kunci: Bacaan Pantas, Pengelasan Bacaan, Pengelasan Kefahaman, Kaedah Bacaan Pantas,

Pembacaan.

PENGENALAN

Membaca adalah keperluan utama untuk meneroka pengetahuan. Ia berkait dengan pembinaan

minda manusia supaya kita berupaya untuk mentadbir alam, mengimarahkan pembangunan

marcapada, dan melestarikan perhubungan sesama makhluk dan Maha Pencipta. Lim (2014)

menyatakan “membaca aktiviti bersifat aktif kerana melibatkan bahan yang kemudiannya

dicernakan di dalam fikiran untuk diperoleh sesuatu faedah dan kebaikan; sedikit atau banyak

kebaikan itu bergantung kenapa tujuan kita membaca dan bentuk bahan yang dibaca”. Faedah dan

kebaikan yang diperoleh melalui membaca adalah nilai intelek yang menentukan kebijaksanaan

seseorang.

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kepustakawanan 2014, anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS. Kuching: 25 & 26

September 2014.

Page 2: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

2

Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan faktor intelektual manusia. Ditambah dengan

kepantasan bacaan, maka ia akan menggandakan kebijaksanaan dan menjadi manifestasi kepada

banyaknya maklumat dan pengetahuan yang kita peroleh. Membaca pada kadar kelajuan atau

kepantasan yang biasa hanya membolehkan kita mendapat pengetahuan yang sedikit. Dengan

melajukan tempo bacaan, kita berupaya membaca dan mengumpul lebih banyak pengetahuan

meskipun mengambil tempoh masa yang sama ketika membaca dengan kelajuan yang biasa.

Bacaan pantas adalah penyelesaian yang diterima dan telahpun diamalkan oleh ramai orang di

seluruh dunia. Pembaca terpantas dunia adalah milik Sean Adam yang mampu membaca 3,850

patah perkataan seminit atau kira-kira 300 muka surat dalam masa 24 minit (Buzan, 2000).

Gagliardi (2009) mendedahkan pembaca pantas mengambil mudah pembacaan sebaliknya

menekankan isi kandungan. Bradfield (2002) memetik kata-kata Mark Van Doren yang

menyatakan “ada buku yang dibaca laju dan yang lainnya dibaca dengan perlahan, tetapi tiada buku

yang boleh difahami jika membacanya dengan kelajuan yang salah”. Di sini, Van Doren ingin

menyampaikan bahawa kelajuan adalah penting ketika membaca dan tanpa kelajuan yang betul

mungkin kita tidak memahami apa yang dibaca. Buzan (2000) ada menyatakan “mempelajari

bacaan pantas dan menguasainya merupakan pencapaian yang paling penting dalam hidup oleh

ramai orang seluruh dunia”. Penulis mendefinisikan bacaan pantas sebagai satu teknik bacaan yang

dilakukan tanpa membunyikan apa yang dibaca serta menggunakan peralatan dan pergerakan yang

minimum secara tuntas dengan kelajuan yang maksimum.

LATAR BELAKANG BACAAN PANTAS

Konsep Bacaan Pantas

Bacaan pantas adalah berkisar kepada dua konsep iaitu Skimming dan Scanning. Apabila kita

membaca secara pantas, secara tidak langsung kita melaksanakan kedua-dua konsep tersebut.

Secara mudah, skimming merujuk kepada sepintas lalu iaitu proses di mana kita membaca secara

cepat untuk mengetahui idea utama bahan bacaan. Proses ini melibatkan kita merujuk kepada muka

depan dan belakang buku, kata pengantar, dan juga mukadimah. Selain itu, kita juga harus melihat

kepada isi kandungan, indeks, dan glosari untuk mendapatkan gambaran secara maya apakah yang

hendak disampaikan oleh penulis dan secara tidak langsung untuk membina motivasi diri supaya

membacanya dengan jaya.

Berbeza dengan skimming, scanning merupakan proses kita mengimbas buku dengan membaca

pada kadar kelajuan yang tinggi. Scanning merupakan amalan bacaan pantas menggunakan teknik-

teknik bacaan pantas yang sedia ada seperti Teknik Berkelompok, Teknik Satu Baris, Teknik Dua

Baris, Teknik S, Teknik Zig Zag, dan banyak lagi. Tidak kira menggunakan teknik apa sekalipun,

konsep asas yang perlu dilakukan ialah tidak membunyikan teks yang dibaca, kebolehan seseorang

untuk menggerakkan mata secara vertikal dan horizontal, penggunaan penunjuk bacaan, dan eye

fixation iaitu kebolehan mata memandang sekurang-kurangnya dua perkataan atau lebih dengan

sekali gus.

Page 3: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

3

IMPLEMENT

DEVELOP

DESIGN

ANALYZE

EVALUATE

Pembangunan Modul

Perpustakaan USIM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan modul bacaan pantas sebagai

memecahkan dominasi latihan yang selama ini diterajui oleh pihak swasta. Pembangunan modul ini

adalah berasaskan kepada model ADDIE seperti berikut:

Berdasarkan model di atas, struktur pembangunan modul telah dibahagikan mengikut fasa-fasa

yang ada. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan pembangunan modul bacaan pantas:

Fasa Perkara

Analisis - Keperluan kandungan pengajaran

- Keperluan latihan

- Keperluan kemahiran dan pengetahuan

Reka bentuk - Objektif pengajaran dan pembelajaran

- Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP)

- Latihan dan penilaian

- Pemilihan media

- Susun atur pengajaran

Pembangunan - Pembinaan draf modul

- Semakan modul

Pelaksanaan - Melatih fasilitator

- Bahan-bahan latihan

- Penerapan RSP

- Sesi pengajaran dan pembelajaran

Penilaian - Penilaian berterusan terhadap fasa

- Penilaian pengajaran dan pembelajaran

- Penilaian peserta

Rajah 1: Model ADDIE dalam pembangunan Modul Bacaan Pantas

Jadual 1: Pelaksanaan model ADDIE dalam pembangunan modul bacaan pantas

Page 4: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

4

Pembangunan modul telah dimulakan pada 7 Jun 2010 dan telah disiapkan pada 21 Disember 2012.

Ujian rintis telah dilakukan dua kali pada 13 dan 16 Jun 2013 yang melibatkan kakitangan

Perpustakaan USIM. Kemudiannya, program ini diperluaskan ke persekitaran sekolah yang

melibatkan empat buah sekolah yang terpilih.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam pelaksanaan program bacaan pantas, fokus utama kajian untuk mengenal pasti keberkesanan

modul yang dibangunkan supaya penambahbaikan boleh dilakukan. Usaha ini membantu dalam

meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan serta tahap intelektual pelajar. Untuk mencapai

objektif kajian, empat buah sekolah telah dipilih sebagai sampel bagi kajian kes ini.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenal pasti peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan selepas

pengajaran.

2. Untuk mengenal pasti peningkatan kadar bacaan dan kefahaman peserta.

3. Untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan pengelasan atau klasifikasi bacaan

pantas.

PELAKSANAAN BACAAN PANTAS

Sekolah Terpilih

Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih merangkumi dua buah dari kawasan Lembah Klang

manakala dua buah lagi di sekitar Seremban. Berikut adalah maklumat sekolah yang berkenaan:

Bil. Kod Nama dan Alamat Singkatan Jenis

1 BFT4001 SAM Hulu Langat

Batu 10 Cheras, 43200 Kajang, Selangor

SAMTEN SABK

2 BRA4003 SMA Persekutuan Kajang

Batu 13 Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor

SMAPK SBP

3 NRA4001 SMKA Sheikh Hj. Mohd Said

Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

SHAMS SBP

4 NRA4002 SMA Persekutuan Labu

KM 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan

SMAPL SBP

Jadual 2: Maklumat sekolah yang mengikuti program bacaan pantas

Page 5: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

5

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran yang digunakan adalah Kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-

Centered Learning) yang juga merupakan kaedah Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based

Education). Melalui kaedah ini, peserta memainkan peranan yang penting serta aktif semasa

pengajaran dilakukan selain menghalakan pembelajaran supaya fokus kepada objektif dan

pencapaian. Pengendali bengkel yang dibantu oleh fasilitator bertindak sebagai pemudah cara

kepada pembelajaran. Antara strategi yang digunakan adalah:

1. Komunikasi dua hala – Pengendali memberi soalan atau meminta pendapat dan peserta

memberi jawapan dan idea.

2. Demonstrasi – Peserta mengikut contoh dan mengulang semula petunjuk yang diberikan.

3. Latih tubi – Pengulangan dan pengukuhan berterusan supaya dapat mencetuskan tindak

balas automatik dan positif melalui pertandingan dan persaingan yang positif.

4. Permainan dan simulasi – Memberikan gambaran realiti dan mencipta situasi seperti

keadaan sebenar kepada peserta supaya menjadi motivasi untuk mengikuti pembelajaran

serta merangsang keseronokan.

Kaedah Latihan

Kaedah latihan yang diberikan kepada peserta adalah:

1. Latihan pembacaan – Mengukuhkan kaedah bacaan pantas yang telah diterapkan.

2. Latihan mata – Melatih pergerakan mata secara horizontal dan vertikal.

3. Latihan Pergerakan – Menggunakan tenaga dan pergerakan fizikal secara minimum dan

konsisten semasa pembacaan.

4. Latihan minda – Membina siap siaga mental supaya fokus dengan pembacaan.

HASIL DAPATAN

Setiap peserta diberikan tujuh artikel untuk dibaca dan dicatatkan masa bacaan. Data dilihat

menggunakan kaedah statistik ukuran kecenderungan memusat seperti min, median, mod,

minimum, dan maksimum.

1. Demografi peserta

Sekolah Jumlah Peserta Peserta

Lelaki

Peserta

Perempuan

SAMTEN 23 9 14

SMAPK 24 9 15

SHAMS 22 11 11

SMAPL 21 8 13

Jadual 3: Demografi peserta

Page 6: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

6

2. Perbandingan pencapaian masa Latihan 1

Latihan 1 merupakan catatan kadar bacaan biasa bagi peserta. Kadar ini merujuk kepada kadar

bacaan sebelum peserta diberi pendedahan dan berlatih bacaan pantas. Perbandingan Latihan 1

antara sekolah-sekolah yang terlibat memperlihatkan dari sudut nilai minimum, SHAMS

mencatatkan kepantasan terendah dengan 147.6 perkataan seminit dengan SMAPK mencapai nilai

tertinggi sebanyak 168.5. Bagi nilai median, nilai terendah adalah 202.2 oleh SMAPL manakala

tertinggi adalah SHAMS dengan 279.5. Nilai maksimum menunjukkan SMAPL mencapai kadar

tertinggi dengan 423.9 berbanding SHAMS dan SMAPK yang sama-sama mencapai kadar

terendah sebanyak 365.0. Untuk nilai min, kadar tertinggi dicapai oleh SHAMS dengan 272.1

manakala terendah oleh SMAPL dengan 223.2. Untuk nilai mod pula, SHAMS dan SMAPL

mencapai 262.8 manakala 219.0 oleh SAMTEN dan SMAPK.

3. Perbandingan pencapaian masa Latihan 2

Rajah 2: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 1

Rajah 3: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 2

Page 7: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

7

Latihan 2 diberikan kepada peserta selepas mereka diberi sedikit pendedahan tentang bacaan

pantas. Merujuk kepada nilai minimum, didapati SHAMS mencapai kadar terendah dengan 131.7

manakala tertinggi adalah SMAPK dengan 207.5. Nilai median pula menunjukkan pencapaian yang

agak seimbang antara semua sekolah. Pencapaian terendah adalah 261.5 oleh SHAMS dan tertinggi

adalah SAMTEN dengan 274.5. SHAMS mencapai kadar tertinggi bagi nilai maksimum sebanyak

610.0 yang jauh meninggalkan SMAPL yang hanya mencapai 392.1. Nilai min memperlihatkan

SMAPL mencapai kadar terendah sebanyak 273.8 manakala SHAMS mencapai kadar tertinggi

dengan 321.3. Bagi nilai mod, SHAMS dan SMAPK mencapai kadar yang sama dengan 305.0

manakala kadar 255.3 pula dicapai oleh SAMTEN dan SMAPL.

4. Perbandingan pencapaian masa Latihan 3

Dalam Latihan 3, pencapaian setiap sekolah sebenarnya menunjukkan peningkatan. Walau

bagaimanapun, perbandingan nilai minimum memperlihatkan SHAMS mencapai kadar terendah

dengan 155.7 dan yang tertinggi dicapai oleh SAMTEN sebanyak 265.5. Untuk nilai median, kadar

tertinggi dicapai oleh SHAMS sebanyak 376.5 manakala yang terendah dengan kadar 316.8 oleh

SMAPK dan SMAPL. SHAMS sekali lagi mendominasi nilai maksimum dengan kadar 602.0

sebagai pencapaian tertinggi manakala kadar terendah oleh SMAPL sebanyak 440.5. Nilai min pula

menunjukkan nilai terendah oleh SMAPK dengan 317.4 manakala yang tertinggi oleh SHAMS

dengan 394.0. Bagi mod, kadar tertinggi dicapai oleh SMAPL dengan 321.0 manakala terendah

oleh SMAPK dengan 250.8.

Rajah 4: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 3

Page 8: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

8

5. Perbandingan pencapaian masa Latihan 4

Latihan 4 diberikan kepada peserta untuk menguji kepantasan bacaan dan juga kefahaman.

Hasilnya, secara umum memperlihatkan peserta memperlahankan kadar bacaan kerana ingin

mendapatkan kefahaman yang lebih. Berdasarkan graf, nilai minimum memperlihatkan SAMTEN

mencapai kadar terendah sebanyak 172.9 manakala SMAPK tertinggi dengan 213.0. Nilai median

menunjukkan SHAMS mencapai kadar 358.5 sebagai tertinggi dan SAMTEN terendah dengan

282.6. Sungguhpun mencapai kadar terendah untuk minimum dan median, SAMTEN mencapai

kadar tertinggi untuk nilai maksimum dengan 544.0 manakala SMAPL terendah dengan 377.0.

Untuk nilai min, SHAMS telah mencapai kadar tertinggi dengan 338.6 berbanding SMAPK dengan

294.6 sebagai terendah. Nilai mod memperlihatkan SMAPL terendah dengan 210.0 dan tertinggi

oleh SHAMS dengan 300.0.

6. Perbandingan pencapaian masa Latihan 5

Rajah 5: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 4

Rajah 6: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 5

Page 9: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

9

Dalam Latihan 5, untuk nilai minimum, SMAPL telah mencapai kadar terendah dengan 180.6.

Pencapaian yang tertinggi telah dicapai oleh SMAPK dengan 283.0. Perbandingan nilai median

pula menunjukkan SHAMS memperoleh kadar tertinggi dengan 471.7 manakala SMAPK dengan

kadar terendah sebanyak 361.3. Untuk kali kedua selepas Latihan 4, SAMTEN mencapai kadar

tertinggi dalam nilai maksimum sebanyak 738.2 jauh meninggalkan SMAPL yang mencapai kadar

terendah dengan 514.6. SMAPL sekali lagi mencapai kadar terendah untuk nilai min dengan 365.3

berbanding kadar tertinggi oleh SHAMS dengan 453.9. Untuk nilai mod, SHAMS mencapai kadar

tertinggi dengan 471.7 manakala SMAPK terendah dengan 326.5.

7. Perbandingan pencapaian masa Latihan 6

Perbandingan pencapaian dalam Latihan 6 memperlihatkan SHAMS mencapai kadar terendah

dalam nilai minimum dengan 152.3 manakala SMAPK tertinggi dengan 298.3. SHAMS telah

mencapai kadar tertinggi dalam nilai median dengan 429.6 berbeza dengan 330.4 oleh SAMTEN

sebagai yang terendah. SHAMS terus mendominasi nilai maksimum untuk kali ketiga dengan kadar

692.0. Kadar terendah pula dicapai oleh SMAPK dengan 537.0. Untuk nilai min, kadar terendah

dicapai oleh SMAPL dengan 350.5 manakala tertinggi oleh SHAMS dengan 432.9. SMAPK

mencapai kadar tertinggi untuk nilai mod dengan 358.0 berbanding SHAMS terendah dengan kadar

152.3.

Rajah 7: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 6

Page 10: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

10

8. Perbandingan pencapaian masa Latihan 7

Latihan 7 adalah latihan yang terakhir diberikan kepada setiap peserta. Melalui graf, perbandingan

nilai minimum memperlihatkan kadar terendah dicapai oleh SAMTEN dengan 200.1 manakala

tertinggi oleh SMAPK dengan 336.3. Nilai median pula menunjukkan pencapaian terendah oleh

SMAPL dengan 363.8 berbanding SHAMS yang mendapat kadar tertinggi sebanyak 465.2.

SHAMS terus mencapai kadar tertinggi untuk kali keempat nilai maksimum sebanyak 667.0

berbanding SAMTEN terendah dengan 571.7. Nilai min juga menunjukkan SHAMS mencapai

kadar tertinggi dengan 448.5 manakala SMAPL terendah dengan 376.2. Bagi nilai mod, SMAPK

mencapai kadar tertinggi dengan 470.0 berbanding terendah oleh SMAPL dengan 224.8.

9. Perbandingan Pencapaian Kefahaman Latihan 4

Rajah 8: Perbandingan pencapaian masa bagi Latihan 7

Rajah 9: Perbandingan pencapaian kefahaman Latihan 4

Page 11: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

11

Ujian kefahaman diberikan kepada peserta sebaik habis membaca artikel yang disediakan. Untuk

Latihan 4, nilai minimum terendah dicapai oleh SAMTEN dengan 25.0% manakala baki tiga buah

sekolah lagi mencapai kadar 50.0%. Untuk nilai median pula, SAMTEN dan SMAPL mencatatkan

75.0% manakala SMAPK dan SHAMS mencapai kadar 100.0%. Dari sudut maksimum, semua

sekolah mencatatkan pencapaian 100.0%. Bagi nilai min, catatan terendah adalah SAMTEN

dengan 77.6% manakala tertinggi pula oleh SMAPK dengan 93.4%. Untuk nilai mod, hanya

SMAPL mencatatkan 75.0% manakala baki tiga buah sekolah lagi mencapai 100.0%.

10. Perbandingan Pencapaian Kefahaman Latihan 5

Bagi Latihan 5, nilai minimum terendah yang dicatatkan adalah 25.0% oleh tiga sekolah iaitu

SAMTEN, SMAPK, dan SMAPL. SHAMS telah mencatatkan nilai minimum yang paling

memberangsangkan iaitu 75.0%. Bagi nilai median pula, SAMTEN dan SMAPL mencatatkan

kadar 75.0% manakala SHAMS dan SMAPK mencatatkan 100.0%. Semua sekolah telah mencapai

kadar 100.0% bagi nilai maksimum. SHAMS telah mencatatkan kadar min tertinggi iaitu 97.1%

berbanding yang terendah SAMTEN dengan 75.0%. Perbandingan bagi mod pula menunjukkan

SHAMS dan SMAPK mencapai 100.0% manakala SAMTEN dan SMAPL mencapai 75.0%.

Rajah 10: Perbandingan pencapaian kefahaman Latihan 5

Page 12: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

12

11. Perbandingan Pencapaian Kefahaman Latihan 6

Berdasarkan graf, perbandingan bagi nilai minimum menunjukkan SHAMS mencatatkan kadar

tertinggi iaitu 50.0% berbanding tiga buah sekolah lagi dengan 25.0%. Bagi nilai median, kesemua

sekolah telah mencatatkan kadar 75.0%. Begitu juga dengan nilai maksimum, semua sekolah telah

berjaya mencapai kadar 100.0%. Untuk nilai min, SHAMS dilihat menerajuinya dengan 82.4%

berbanding kadar terendah oleh SAMTEN dengan 68.4%. Bagi nilai mod, SAMTEN dilihat

mencatatkan 50.0% sebagai terendah berbanding tiga buah sekolah lagi yang semuanya mencapai

kadar 75.0%.

12. Perbandingan Pencapaian Kefahaman Latihan 7

Rajah 11: Perbandingan pencapaian kefahaman Latihan 6

Rajah 12: Perbandingan pencapaian kefahaman Latihan 7

Page 13: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

13

Perbandingan kefahaman bagi latihan yang terakhir ini menunjukkan perbezaan yang tidak ketara

untuk semua nilai kecuali minimum. Untuk nilai minimum, SMAPK telah mencatatkan 75.0%

yang merupakan kadar tertinggi berbanding tiga buah sekolah lagi yang mencatatkan 50.0%. Paling

menarik, nilai median semua sekolah mencapai kadar 75.0%. Begitu juga dengan nilai maksimum,

semua sekolah mencapai 100.0%. Demikian juga halnya dengan nilai mod apabila semua sekolah

mencatatkan kadar 75.0%. Perbezaan kecil hanya dilihat daripada nilai min iaitu kadar terendah

sebanyak 75.0% oleh SAMTEN, manakala tertinggi dicatatkan oleh SHAMS dengan 83.3%.

KESIMPULAN

Objektif 1: Untuk mengenal pasti peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan

selepas pengajaran.

Graf di atas menunjukkan perbandingan kadar kepantasan bacaan sebelum dan selepas pengajaran

di antara keempat-empat buah sekolah yang diukur melalui perkataan per minit. Corak menaik

telah berlaku di mana setiap sekolah melonjak kadar bacaannya dengan SAMTEN mencatatkan

perbezaan tertinggi sebanyak 2,586.0 perkataan seminit. Ini diikuti oleh SMAPL dengan 2,053.1,

SHAMS berbeza sebanyak 2,052.1 dan pencapaian terendah adalah SMAPK sebanyak 1,470.8.

Merujuk kepada graf juga, didapati purata kepantasan sebelum pengajaran adalah sebanyak 5,718.9

manakala selepas pengajaran pula sebanyak 8,304.9. Ini menjadikan marginal perbezaan antara

keduanya adalah dengan peningkatan sebanyak 2,586.0 perkataan seminit.

Rajah 13: Perbandingan pencapaian sekolah sebelum dan selepas latihan bacaan pantas

(perkataan per minit)

Page 14: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

14

KESIMPULAN – Berdasarkan analisis di atas, didapati objektif pertama yang digariskan iaitu

untuk melihat kadar bacaan peserta meningkat telah tercapai. Setiap peserta dapat mengikuti

dengan baik pengajaran yang disampaikan. Melalui pengajaran berkenaan, peserta telah

menterjemahkan kepantasan bacaan melalui latihan-latihan intensif yang diberikan. Gabungan ini

mengetengahkan kejayaan pembangunan modul yang ternyata telah membantu meningkatkan kadar

kepantasan bacaan peserta.

Objektif 2: Untuk mengenal pasti peningkatan kadar bacaan dan kefahaman peserta.

1. Kemajuan kadar bacaan peserta dalam Latihan 1 - 3

Graf di atas menunjukkan peratusan kemajuan bacaan peserta dalam Latihan 1 hingga 3. Dapat

dilihat majoriti peserta di semua sekolah mencatatkan kadar bacaan yang menaik. SAMTEN

mencatatkan 87.0%, SMAPK 41.7%, SHAMS 50.0%, dan SMAPL 76.2%. Hanya 1 sekolah iaitu

SHAMS yang mencatatkan penurunan dengan 4.5%. Terdapat juga kadar bacaan yang tidak

konsisten dengan yang tertinggi dicatakan oleh SMAPK sebanyak 58.3%, diikuti oleh SHAMS

36.4%, SMAPL 23.8%, dan SAMTEN 13.0%.

KESIMPULAN – Berdasarkan analisis di atas, didapati objektif kedua untuk melihat peningkatan

kadar bacaan peserta tercapai. Peningkatan kadar bacaan diukur dalam bentuk jumlah perkataan

seminit. Dalam erti kata lain, kadar bacaan yang baik merujuk kepada penurunan masa yang

diambil untuk membaca. Corak kenaikan ini jelas dipaparkan dalam graf di atas. Sungguhpun

penurunan kadar bacaan hanya sedikit, namun catatan yang tidak konsisten menunjukkan bahawa

penguasaan teknik bacaan pantas di kalangan peserta masih tidak jitu dan tidak kukuh. Apa pun, ini

adalah pendedahan yang julung kali untuk setiap peserta. Maka, dengan adanya corak peningkatan

ini, menjadi bukti bahawa latihan dan pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah signifikan

dan relevan.

Rajah 14: Kemajuan kadar bacaan peserta dalam Latihan 1 - 3

Page 15: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

15

2. Kemajuan kadar bacaan peserta dalam Latihan 4 - 7

Graf di atas menunjukkan peratusan kemajuan bacaan peserta dalam Latihan 4 hingga 7. Didapati

majoriti peserta di setiap sekolah mencatatkan tidak konsisten. Peratus tertinggi adalah sebanyak

95.2% di SMAPL dengan diikuti oleh SAMTEN 87.0%, SHAMS 81.8%, dan SMAPK dengan

54.2%. Peratus tertinggi untuk naik adalah 37.5% di SMAPK, diikuti SHAMS 13.6%, SMAPL

4.8% dan SAMTEN 4.3%.

KESIMPULAN –– Didapati kadar kepantasan bacaan peserta di semua sekolah berada di tahap

tidak konsisten. Semua sekolah mencatatkan peratusan tertinggi di tahap ini. Kenaikan di sekolah-

sekolah lain adalah tidak signifikan kerana sangat sedikit. Kadar kepantasan yang tidak konsisten

jelas mendominasi tahap bacaan Latihan 4 hingga 7. Hal yang demikian berpunca daripada peserta

memperlahankan kadar kelajuan bacaan untuk membolehkan mereka mengingati fakta yang

terdapat dalam artikel seterusnya untuk menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, berdasarkan

pemerhatian dan analisa yang telah dilakukan, didapati peningkatan kadar kepantasan bacaan untuk

Latihan 4 hingga 7 tidak berlaku.

Rajah 15: Kemajuan kadar bacaan peserta dalam Latihan 4 - 7

Page 16: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

16

3. Kemajuan kadar kefahaman Latihan 4 - 7

Berdasarkan graf, semua sekolah mencatatkan tahap kefahaman yang tidak konsisten melebihi

tahap yang lain. Peratusan tertinggi dicatatkan oleh SMAPK dengan 70.8%, diikuti oleh SMAPL

66.7%, SAMTEN 65.2%, dan SHAMS dengan 54.5%. Ada juga peserta yang mencatatkan

kenaikan iaitu 8.7% di SAMTEN, 8.3% di SMAPK, 4.8% di SMAPL, dan 4.5% di SHAMS. 14.3%

peserta di SMAPL mengekalkan tahap kefahaman mereka, diikuti oleh 13.6% di SHAMS, 4.3% di

SAMTEN, dan 4.2% di SMAPK.

KESIMPULAN – Melalui analisis di atas, didapati peratusan tertinggi kefahaman peserta hasil

daripada pembacaan melalui teknik bacaan pantas berada dalam keadaan tidak konsisten. Memang

sukar untuk mengekalkan kadar kefahaman apatah lagi untuk mempertingkatkannya ketika peserta

turut berkejar untuk membaca secara pantas. Sungguhpun begitu, di setiap sekolah menunjukkan

sekurang-kurangnya seorang atau lebih mencatatkan kenaikan pada kadar kefahaman mereka. Oleh

itu, melalui penelitian ini, didapati kenaikan kadar kefahaman tidaklah seperti yang diharapkan.

Namun, ia telah dijangka berdasarkan kadar kepantasan bacaan yang turut sama mencatatkan tahap

tidak konsisten.

Rajah 16: Kemajuan kadar kefahaman peserta dalam Latihan 4 - 7

Page 17: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

17

Objektif 3: Untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan pengelasan atau

klasifikasi bacaan pantas.

1. Pengelasan kepantasan bacaan peserta Latihan 1 – 7

Graf menunjukkan pengelasan bacaan peserta bagi setiap sekolah setelah mengikuti Latihan 1

hingga 7. Majoriti peserta berada di kategori Sederhana dalam setiap latihan yang dilalui. Di

SAMTEN sebanyak 30 kekerapan peserta beroleh kategori Pantas manakala bagi kategori

Terpantas hanya sebanyak 1 sahaja. Di SMAPK pula, sebanyak 31 kekerapan peserta beroleh

kategori Pantas manakala sebanyak 4 peserta beroleh kategori Terpantas. Di SHAMS, 44

kekerapan peserta mencatatkan kategori Pantas dan 6 peserta untuk kategori Terpantas. Di

SMAPL, 26 peserta mencatatkan kategori Pantas manakala 2 peserta sahaja untuk kategori

Terpantas.

KESIMPULAN – Pengelasan kepantasan bacaan boleh dibahagikan kepada empat iaitu Terpantas,

Pantas, Sederhana, dan Lembap. Berdasarkan analisis di atas, didapati majoriti peserta di setiap

sekolah mencapai kategori Sederhana (66%). Sungguhpun begitu, tidak dinafikan bahawa ada juga

peserta yang berada dalam kategori Pantas (21%). Malahan, dapat dikenal pasti juga sebilangan

kecil peserta yang berada di dalam kelas yang tersendiri apabila mencapai kategori Terpantas (2%).

Sebanyak 11% peserta berada dalam pengelasan Lembap.

Rajah 17: Pengelasan atau klasifikasi bacaan peserta dalam Latihan 1 - 7

Page 18: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

18

2. Pengelasan kefahaman peserta Latihan 4 - 7

Graf menunjukkan pengelasan kefahaman peserta dalam Latihan 4 – 7. Setiap peserta diberikan set

soalan sebaik mereka habis membaca artikel dengan kaedah bacaan pantas. Hasilnya, majoriti

peserta mencapai kategori Tertinggi dan Tinggi berbanding tahap Sederhana dan Rendah. Di

SAMTEN, sebanyak 37 kekerapan peserta mencatatkan kategori Tinggi manakala sebanyak 22 lagi

berada di kategori Tertinggi. Di SMAPK, 34 peserta mencatatkan kategori Tinggi dan kategori

Tertinggi pula sebanyak 35 kekerapan. Di SHAMS, sebanyak 29 kekerapan dicatatkan untuk

kategori Tinggi manakala sebanyak 46 lagi untuk kategori Tertinggi. Di SMAPL pula, sebanyak 45

kekerapan dicatatkan untuk kategori Tinggi dan sebanyak 29 lagi untuk kategori Tertinggi.

KESIMPULAN – Kefahaman peserta diukur berdasarkan jawapan yang diberikan kepada ujian

kefahaman. Hasil dari itu, kefahaman mereka dikategorikan kepada Tertinggi, Tinggi, Sederhana,

dan Rendah. Peserta harus menyeimbangkan antara keperluan memecut bacaan dan mendapatkan

kefahaman daripada hasil bacaan. Oleh itu, didapati bahawa penguasaan peserta terhadap artikel

yang dibaca adalah tinggi. Kefahaman yang mereka peroleh hasil daripada pembacaan meletakkan

mereka secara majoritinya di kategori Tinggi (40%) dan Tertinggi (37%). Sebanyak 23% peserta

berada dalam kategori Rendah. Walaupun peningkatan kefahaman tidak berlaku sepertimana yang

dicatatkan dalam Objektif 2 tetapi peserta di setiap sekolah menunjukkan prestasi yang

memberangsangkan dari sudut keseluruhan kefahaman. Ia menjadi manifestasi terhadap kefahaman

mereka sewaktu latihan dan ujian diadakan.

Rajah 18: Pengelasan atau klasifikasi kefahaman peserta dalam Latihan 4 - 7

Page 19: PELAKSANAAN BACAAN PANTAS DI SEKOLAH TERPILIH: … · Seminar Kepustakawanan 2014 Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2 Oleh itu, banyak atau sedikit pembacaan merupakan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti 2014

19

IMPLIKASI HASIL DAPATAN

Analisis kepada hasil dapatan dan objektif kajian telah membolehkan beberapa penambahbaikan

dilakukan terhadap modul sedia ada. Antaranya ialah:

1. Penambahan artikel untuk latihan pembacaan dari untuk kategori artikel pendek dan

panjang.

2. Menambah konsep latihan mata dan bacaan berbentuk satu patah perkataan, dua patah

perkataan, tiga patah perkataan, dan empat patah perkataan.

3. Menambahkan latihan mata dan bacaan berbentuk persepsi perkataan dan nombor.

4. Menambahkan latihan mata berbentuk visual nombor.

5. Memperkenalkan konsep kuiz dalam modul.

6. Penambahan klip video bacaan pantas.

RUJUKAN

Bradfield, Bill. (Eds.) (2002). Books and reading; a book of quotations. New York: Dover

Publications.

Buzan, T. (2000). The speed reading book. London: BBC Worldwide Limited.

Gagliardi, J. (2009). Speed reading: Can it work for you? Biomedical Instrumentation &

Technology, 43(4), 285-6. Retrieved from

http://search.proquest.com/docview/208674770?accountid=33993

Goode, Chris (2007). An introduction to speed-reading, Chicago Review, 53(1) : 50-53,229-230.

Retrieved from http://search.proquest.com/docview/221012284?accountid=33993

Lim, Swee Tin (2014). Budaya membaca dalam kalangan generasi Y. Wacana ilmu: Ceramah

bersempena dengan Sambutan Hari Buku Sedunia 2014. Nilai: Perpustakaan USIM.

Rasinski, T. V. (2000). Speed does matter in reading. The Reading Teacher, 54(2), 146-151.

Retrieved from http://search.proquest.com/docview/203276209?accountid=33993

Salhah Abdullah (2005). Guru sebagai mentor. Bentong, Pahang: PTS Publications.

Salhah Abdullah & Ainon Mohd. (2005). Guru sebagai fasilitator. Kuala Lumpur: PTS

Publications.

Zaini Ujang (1993). Motivasi dan kaedah membaca. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.