pelajar cemerlang negara gemilang

8
”PELAJAR CEMERLANG NEGARA GEMILANG” Bismillah……Alhamdulillah…….. Emas sarat tampak memikat, Hiasi dulang berisi gelang, Kualiti hebat prestasi ditingkat, Insan cemerlang negara gemilang. Teraju Perdana majlis nan budiman, panel juri penjunjung kesaksamaan Penjaga masa penghitung perjalanan, Dan warga dewan yang dimuliakan. ..Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwah berbungakan kemesraan.

Upload: nur-atiqah-norselin

Post on 05-Dec-2014

215 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajar Cemerlang Negara Gemilang

”PELAJAR CEMERLANG NEGARA GEMILANG”

Bismillah……Alhamdulillah……..

Emas sarat tampak memikat,Hiasi dulang berisi gelang,Kualiti hebat prestasi ditingkat,Insan cemerlang negara gemilang.

Teraju Perdana majlis nan budiman, panel juri penjunjung kesaksamaanPenjaga masa penghitung perjalanan,Dan warga dewan yang dimuliakan.

..Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwah berbungakan kemesraan.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit

dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya”Remaja

Cemerlang, Negara Gemilang”

.Sidang hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Frasa remaja cemerlang menurut

Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialah insan yang berdaya saing dan mampu

memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan seiring perkembangan zaman.Tun Dr Mahathir

Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yang dipimpin oleh pemimpin

berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalamsegala aspek termasuk politik,

ekonomi mahupun sosial.

Sidang penonton yang penuh santun ,Bicara saya yang pertama ialah ”remaja

berakhlak aset keharmonian negara. Remaja merupakan masa peralihan dan

ketergantungan pada masa anak-anak kemasa dewasa. Manakala Berakhlak merujuk

kepada perilaku, perangai atau tabiat yang baik. Dewasa ini ramai remaja yang runtuh

akhlaknya. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini

Page 2: Pelajar Cemerlang Negara Gemilang

antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab atau

akhlak yang mulia dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk

mempersiapkan remaja ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan akhlak mereka pada masa

akan datang?.Oleh itu, Jawapannya adalah kembali kepada al-quran dan hadis sebagaimana sabda Rasulullah:

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selamanya selagi mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu al-quran dan sunnahku” Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “Remaja BerakhlakNegaraTerbilang”Sejarah

membuktikan bahawa sesebuah negara yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg

kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu

runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai- nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru

itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta

keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak

dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia. (Riwayat al-Baihaqi)

Kata kunci saya yang ketiga “Remaja Berakhlak Tonggak Negara”. Untuk menjadi

pemimpin yang cemerlang pada masa hadapan remaja haruslah mempersiapkan diri mereka

dengan akhlak yang mulia, Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan

begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan

dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi

Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan

perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Buktinya sebagaimana sabda Rasulullah:

Page 3: Pelajar Cemerlang Negara Gemilang

“Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik." Sidang audian yang dirahmati Allah Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “Remaja Berakhlak Harapan Bangsa” Seorang remaja berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.

Kebebasan seorang remaja sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup

tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan

perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang remaja berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba

kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan

adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di

akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan

kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat. Sebagaimana firman Allah:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya

dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan sholat dan menunaikan zakat; dan yang

demikian Itulah agama yang lurus.[1595] Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.”

Prestasi Akhlak remaja kunci kegemilangan Negara, atas kata bicara “ sirnanya akhlak Rasulullah hingga keakhir zaman. Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia

Page 4: Pelajar Cemerlang Negara Gemilang

Sidang hadirin warga dewan budiman,Bicara saya yang kedua, remaja bersatu negara maju.

Konsep 1 Malaysia ”Rakyatdidahulukan, pencapaian diutamakan” yang telah digagaskan

oleh YAB PerdanaMenteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan

rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakap

belakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaan mentaliti

berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1Malaysia

menuntut remaja Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggembleng tenaga dalam

membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke

dalam sanubari remaja dan diamalkan oleh segenap lapisanmasyarakat. Inilah yang kita

inginkan, remaja bersatu, masyarakat berpadu negara kitaMalaysia pasti akan

maju.

Bicara saya yang ketiga ”remaja kreatif dan inovatif meningkatkan

produktiviti”.Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh

kerajaan terhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan

pendidikan negara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara.

Hal inikerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu kuat

menghadapi mehnah dan cabaran dengan cara yang paling bijaksana.

Page 5: Pelajar Cemerlang Negara Gemilang

sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yangingin

dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajar PHD

dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini

mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan namanegara

menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insanyang kreatif dan

inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agarberjaya mengharungi arus

globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-

negara yang lain.

Bicara saya yang keempat. ”remaja berilmu meningkatkan kualiti insani”.

Hakikatdan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi

diberikeutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah

membuktikanbahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap

keintelektualan dannilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang

cukup ulungdalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada

teoritrigonometri. Tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan

menganggaptokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-

contohpelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil,

Azali Azlandan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM

membuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus

mampumemberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan.Tuntasnya, insan

cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju danke hadapan dalam

membina dan mencanai negara ke arah kegemilangan yang sejagat. CEMERLANG NEGARA

GEMILANG SALAM INTEGRITI