pelajar baharu program sarjana muda sesi...

10
Universiti Malaysia Terengganu 1 SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Upload: lamtuyen

Post on 07-May-2018

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

1

SENARAI SEMAK DOKUMEN

DAN PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU

PROGRAM SARJANA MUDA

SESI 2013/2014

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Page 2: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

2

1. SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN KEPERLUAN SEMASA LAPOR DIRI Sila bawa bersama semasa hari lapor diri:

(Sila tandakan pada kotak yang berkenaan semasa membuat semakan)

Surat tawaran kemasukan ke UMT Sesi 2013/2014 (Dicetak secara online). Slip Pengesahan Pendaftaran (Dicetak secara online). Salinan transaksi perbankan internet “CIMB Clicks” (successful transaction) atau slip bayaran wang tunai masuk (salinan Bendahari).

Surat tawaran tajaan/bantuan kewangan/biasiswa, pinjaman dll (jika ada) Kad Pengenalan Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan yang telah lengkap dan Filem X-Ray (Diserahkan pada hari yang ditetapkan dalam Minggu Jalinan Mesra (MJM) atau selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh pendaftaran di universiti) - (Dicetak secara online). Surat/ Sijil Nikah (jika ada) Lapan (8) keping gambar berukuran pasport (catatkan nama dan program di belakang gambar) * Sila bawa semasa HARI BERSAMA FAKULTI Borang Maklumat Peribadi yang telah lengkap diisi - (Dicetak secara online). * Sila bawa semasa HARI BERSAMA FAKULTI Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan yang telah lengkap diisi - (Dicetak secara online). Sijil asal SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma (mana yang berkenaan untuk keperluan sepanjang pengajian) * Sila bawa semasa HARI BERSAMA FAKULTI Keperluan Peribadi, Keperluan Minggu Jalinan Mesra (MJM) dan keperluan lain

Page 3: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

3

2. GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT

Semua pelajar dikehendaki berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia dan sebagai bakal para intelek negara, pelajar patutlah sentiasa mengamalkan pakaian bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus. Garis panduan pakaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Universiti Malaysia Terengganu adalah seperti berikut: 2.1 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang

berkuatkuasa oleh Fakulti / Pusat / Bahagian terutama di bilik kuliah, perpustakaan, makmal dan semasa menjalani amali dan sebagainya.

2.2 Pelajar tidak boleh berselipar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat di Universiti Malaysia Terengganu.

2.3 Pelajar tidak dibenarkan memakai baju T tanpa kolar dan seluar sukan

kecuali ketika riadah. Walau bagaimanapun baju T berkolar adalah dibenarkan.

2.4 Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek. Mana-mana pelajar lelaki yang

didapati tidak mematuhi peraturan rambut adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan Universiti Malaysia Terengganu.

2.5 Pakaian yang menjolok mata atau menutup muka adalah tidak dibenarkan.

(Sila rujuk Gambar Rajah 1)

Page 4: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

4

Gambar Rajah 1

Page 5: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

5

3. YURAN PENGAJIAN

3.1 Kadar Yuran Kadar yuran bagi pelajar baru untuk sesi akademik 2013/2014 mengikut program-program pengajian adalah seperti berikut :

PROGRAM YURAN

PENGAJIAN YURAN

ASRAMA JUMLAH

SASTERA

Sarjana Muda Perakaunan 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Kaunseling 1, 320.00 357.00 1,677.00

Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) 1, 320.00 357.00 1,677.00

SAINS TULEN

Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) 1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) 1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)

1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi) 1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) 1, 390.00 357.00 1,747.00

Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) 1, 390.00 357.00 1,747.00

SAINS GUNAAN

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim

1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains (Sains Samudera) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)

1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)

1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) 1, 430.00 357.00 1,787.00

Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

1, 430.00 357.00 1,787.00

Diploma Perikanan 986.00 357.00 1,343.00

PERHATIAN!! *Kadar Yuran Asrama (RM357) adalah untuk bilik berempat. Sekiranya berlaku

kekurangan bilik, pelajar akan ditempatkan di bilik bertiga (RM476) atau bilik berdua (RM595)

Page 6: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

6

Sebarang masalah atau pertanyaan tentang pembayaran yuran, boleh diajukan kepada : Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari

Universiti Malaysia Terengganu Telefon : 09-6684246/4374/4341/4193

Faks : 09-6684217 ATAU E-mailkan ke alamat berikut :

[email protected] [email protected]

4. BANTUAN KEWANGAN

4.1 Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai pengajian dan belum memperolehinya, boleh membuat permohonan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau agensi-agensi lain. Maklumat lanjut mengenai hal ini akan dimaklumkan semasa Minggu Jalinan Mesra.

Sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Kewangan boleh ditujukan kepada:

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) : 09-6684121 Faks : 09-6684450

5. KAD MATRIK

5.1 Semua pelajar diwajibkan membuat kad matrik sebaik sahaja mendaftar

sebagai pelajar Universiti Malaysia Terengganu.

5.2 Urusan membuat kad matrik boleh dibuat di Kaunter Bahagian Keselamatan. Pelajar diingatkan supaya sentiasa memakai kad matrik apabila berada di kampus dan sesiapa yang tidak berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.

6. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN Untuk sampai ke kampus UMT pada hari pendaftaran, pelajar-pelajar boleh

menggunakan perkhidmatan berikut: Bas UMT

Mana-mana pelajar yang tidak datang dengan kenderaan sendiri, bas disediakan untuk urusan pendaftaran seperti berikut: i. Disediakan di Stesen Bas MBKT, Kuala Terengganu ke UMT setiap 2 jam

sekali pada hari pendaftaran.

Page 7: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

7

ii. Disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke UMT mengikut jadual

ketibaan kapal terbang pada hari pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi petugas pendaftaran di talian 09-6684532/4219.

Bas/Teksi Terdapat juga pengangkutan awam seperti bas dan teksi dari bandar Kuala Terengganu ke UMT. Perkhidmatan teksi juga terdapat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Kenderaan Sendiri Bagi pelajar yang datang ke UMT menggunakan kenderaan sendiri, sila rujuk lampiran pelan yang disediakan.

PANDUAN UMUM

1. PROGRAM MINGGU JALINAN MESRA

1.1 UMT akan mengadakan Minggu Jalinan Mesra bagi semua pelajar baru. Program ini adalah aturcara rasmi dan semua pelajar baru diwajibkan mengikutinya.

1.2 Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada

pelajar baru tentang cara hidup dan keadaan di kampus UMT serta mengeratkan silaturrahim sesama pelajar.

1.3 Makanan dan minuman akan disediakan kepada pelajar oleh pihak UMT

sepanjang Minggu Jalinan Mesra.

1.4 Pakaian rasmi Minggu Jalinan Mesra

i. Lelaki

Baju MJM (disediakan oleh pihak UMT), seluar panjang berwarna hitam, kasut bertutup dan pakaian mengikut kesesuaian majlis. Seluar jean tidak dibenarkan.

ii. Perempuan Baju MJM (disediakan oleh pihak UMT), kain labuh berwarna hitam, kasut bertutup dan pakaian mengikut kesesuaian majlis. Pakaian mestilah tidak menjolok mata, jarang, singkat atau ketat.

2. KEDIAMAN PELAJAR

2.1 UMT menyediakan kolej-kolej kediaman yang boleh menampung sebahagian besar pelajar.

2.2 Semua pelajar tahun pertama diwajibkan tinggal di kolej kediaman yang

disediakan untuk selama dua semester kecuali bagi yang telah berkahwin dan yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Page 8: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

8

2.3 Selain itu, terdapat juga rumah-rumah sewa bagi penginapan pelajar di

sekitar kampus dengan kadar sewa yang berpatutan. 2.4 Makanan boleh diperolehi dari kafetaria dalam kampus, restoran atau gerai

makan yang berdekatan. 3. KAUNSELING DAN KERJAYA

Unit Kaunseling dan Kerjaya bersedia membantu pelajar untuk mencapai prestasi akademik dan pembentukan peribadi serta kerjaya yang cemerlang melalui proses mengenal diri serta menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum. Pelajar digalakkan menemui kaunselor untuk berbincang mengenai diri, rancangan serta masalah mengenai pendidikan, akademik, sosial, peribadi, emosi dan mental. Kaunselor juga boleh membantu pelajar mendapatkan maklumat tentang kerjaya dan masa depan mereka.

4. PERPUSTAKAAN

4.1 Perpustakaan UMT terletak berhampiran dengan fakulti, pusat pembelajaran dan pusat pentadbiran. Kedudukannya ini memudahkan para pelajar dan pensyarah mengunjungi Perpustakaan.

4.2 Bangunan Perpustakaan sekarang boleh menampung seramai 2000 orang

pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk menampung keperluan pengguna. Kemudahan ini termasuk waktu perkhidmatan yang panjang dan pelbagai jenis koleksi (bergantung kepada jenis penerbitan dan bentuk maklumat). Kemudahan sistem rangkaian internet juga disediakan untuk kemudahan pelajar.

4.3 Waktu Perpustakaan dibuka

Semester Kuliah Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 11.00 malam Khamis : 9.00 pagi – 4.15 petang

Jumaat : 3.00 petang – 11.00 malam Sabtu : 10.00 pagi − 6.00 petang Cuti Semester

Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.30 petang Khamis : 9.00 pagi – 4.15 petang

Jumaat & Sabtu : Tutup Minggu Peperiksaan

Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 12.00 t/malam Khamis : 9.00 pagi – 6.00 petang

Jumaat : 3.00 petang – 12.00 t/malam Sabtu : 10.00 pagi − 12.00 t/malam

Waktu perkhidmatan adalah juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Page 9: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

9

5. PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR DAN KAKITANGAN

5.1 UMT mempunyai sebuah Pusat Kesihatan yang diwujudkan bagi memberi perkhidmatan dan perawatan bagi kes-kes kecemasan dan pesakit luar untuk pelajar-pelajar di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar.

5.2 Pusat Kesihatan beroperasi seawal 8.00 pagi sehingga 4.45 petang. Ianya

dikendalikan oleh Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan dan Jururawat Terlatih.

5.3 Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan khas, pesakit akan dirujuk kepada

Pegawai Perubatan Kerajaan atau pakar-pakar yang berhampiran dengan kampus ini.

5.4 Berikut disenaraikan jenis-jenis perawatan dan perkhidmatan kesihatan yang

dikendalikan oleh Pusat Kesihatan UMT :

i. Memeriksa dan memberi rawatan yang sempurna bagi kes-kes kecemasan dan pesakit luar berdasarkan diagnosa penyakit.

ii. Menilai keadaan pesakit untuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atau pakar jika difikirkan perlu mendapat rawatan lanjut.

iii. Melakukan pembedahan kecil seperti insisi bisul, jahit luka, buka jahitan, cucian luka dan sebagainya.

iv. Membuat pemonitoran gula dalam darah. v. Membuat pemeriksaan air kencing (mengandung). vi. Membuat pemeriksaan air kencing untuk diagnosa. vii. Membuat ‘Ear mopping’ bagi telinga tersumbat. viii. Mengambil sampel darah untuk kajian pembelajaran. ix. Pendidikan Kesihatan kepada pelajar-pelajar samada secara langsung

atau tidak langsung seperti poster, pamplet dan sebagainya. x. Menganjur program derma darah dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah

(HSNZ) . xi. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar yang memerlukan program kesihatan

seperti Kayak Merdeka, Larian Konvo Fest, program ketrampilan pelajar dan sebagainya.

xii. Menyediakan kemudahan peti rawatan kecemasan kepada Jabatan dan Persatuan Pelajar yang memerlukan.

6. SUKAN DAN REKREASI

UMT ada menyediakan beberapa buah padang dan gelanggang bagi pelbagai sukan seperti bola sepak, tenis, bola tampar, ragbi, badminton, hoki, skuba dan rekreasi air. UMT juga mempunyai kompleks sukan yang lengkap. Walau bagaimanapun pelajar digalakkan membawa peralatan sukan mereka sendiri.

Page 10: PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2013…intake.umt.edu.my/edaftar/src/panduan/PanduanLaporDiriPelajar2013... · SESI 2013/2014 UNIVERSITI MALAYSIA ... Sarjana Muda Sains Komputer

Universiti Malaysia Terengganu

10

IKRAR

Bahawasanya saya sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu sesungguhnya berikrar dan mengaku bahawa saya akan:

Patuh kepada Perlembagaan, Statut, Akta, Peraturan dan Tatatertib yang berkuatkuasa di

Universiti ini;

Sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik Universiti ini dan akan memberi segala khidmat saya kepada Universiti dan masyarakat;

Berusaha sedaya upaya mencari dan memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menjunjung

tinggi kebebasan berbuat demikian.