pelajar antarabangsa unissa · program| pembangunan unissa pupuk semangat keusahawanan dalam...

24
www.unissa.edu.bn PG 04 PG 17 Vol. 4, No. 2 Rejab - Syawal 1439 / April- June 2018 UNISSA Dekati Masyarakat Melalui RFD dan Safari Ramadhan Pelajar Antarabangsa UNISSA PG 20 Forum Israk Dan Mi’raj Kolokium Pasca Siswazah UNISSA-ISDEV PG 08 Erat Silaturrahim Pelajar Antarabangsa UNISSA Erat Silaturrahim

Upload: lamliem

Post on 23-Aug-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

www.unissa.edu.bn

PG04

PG17

Vol. 4, No. 2 Rejab - Syawal 1439 / April- June 2018

UNISSA Dekati Masyarakat MelaluiRFD dan Safari Ramadhan

Pelajar Antarabangsa UNISSA PG20

Forum Israk Dan Mi’raj Kolokium Pasca SiswazahUNISSA-ISDEV

PG08

Erat SilaturrahimPelajar Antarabangsa UNISSA

Erat Silaturrahim

Page 2: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

SIDANG EDITORIAL

PENAUNG

PENASIHAT

PENOLONG PENASIHAT

PENGARANG

PENOLONG PENGARANG

SETIAUSAHA

PEREKABENTUK GRAFIK

REKALETAK DALAM

1

Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal Rektor UNISSA

Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad Timbalan Rektor UNISSA

Dr Arman bin Haji Asmad Penolong Rektor UNISSA

Dr Hajah Rose binti Abdullah Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Dr Ismail bin Abdullah Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Dayang Julia binti Radin Penerbit Kanan Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Asia Printers

Siti Nur Zuhaidah binti Haji Abdullah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, Al-Nashrah vol. 4 no. 2, keluaran April - Jun 2018 ini dapat diterbitkan. Penerbitan Al-Nashrah dalam keluaran ini meliputi aktiviti-aktiviti Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi bulan April hingga bulan Jun 2018. Alhamdulillah, UNISSA terus bergiat aktif. Ini memberi peluang kepada sidang Editor memuatkan banyak berita dan liputan peristiwa untuk menjadi tatapan pembaca. Al-Nashrah terus berperanan sebagai wadah menyambung UNISSA dengan dunia luar. Semoga berita-berita yang dimuatkan kali ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sekian, Wassalam.

2

Kandungan

UNISSA dan Masyarakat

Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yaasiin) Kuliah Umum: Pengenalan ilmu Hadith Bengkel Aplikasi Perkiraan Zakat Misi berdakwah ke Daerah Temburong UNISSA dekati masyarakat melalui RFD dan Safari Ramadhan Program Ziarah Mahabbah santuni 10 keluarga Penyerahan sumbangan untuk Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Kursus Titik Teroka di Daerah Temburong

14

14

15

16

17

18

18

19

Program Pembangunan

UNISSA pupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar Forum Israk dan Mi’raj Ihya Tadarus Al-Qur’an Bulan Ramadhan

3

4

4

Kecemerlangan Akademik

Online Journal Ar-Rā’iq dilancarkan Penghayatan Islam di Brunei Halal Awareness on Harmonizing of Halal Standard Negara Melayu Islam Beraja: Sejarah dan Kelangsungan Maqasid Syariah pemangkin Negara makmur Design and Development Research Methodology workshop Halal and Kosher: Dietary management and laws Halal industry sustainability through business excellence

5 5 5

6

6

7 7

7

Wacana Ilmu

Kolokium Pasca Siswazah UNISSA-ISDEV Kolokium Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang UNISSA dan AMBD bincang isu wakaf Sumbangan buku daripada Pakistan Fadhilatul Imam Al-Akbar bangkit isu hadapi ancaman keganasan Sesi Bincang-Bincang Buku sempena Hari Buku Sedunia Rektor hadiri Mesyuarat Ke-8 AIUA di Indonesia UNISSA promosi pakej buku di Pesta Buku Brunei

8

8

9

9

10

10

11

11

Jaringan Antarabangsa

UNISSA dan UWGM perkukuh hubungan strategik Kunjungan Muslim Administration of Daghestan, Rusia Kunjungan Jurnalis Akhbar India ke UNISSA Kunjungan Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam Kunjungan Majlis Tertinggi Jamiah Islam Syeikh Daud al-Fathani (JISAA) Patani, Thailand Kunjungan Universitas Islam Malang (UNISMA)

12

12

12

13

13

13

Berita Staf UNISSA

21 Ucapan tahniah, selamat datang dan penghargaan & terima kasih kepada staf UNISSA

Kecemerlangan Pelajar

20

20

Pelajar Antarabangsa UNISSA erat silaturrahim UNISSA sertai Lumba Perahu Tradisi Sungai Brunei 2018

Page 3: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

SIDANG EDITORIAL

PENAUNG

PENASIHAT

PENOLONG PENASIHAT

PENGARANG

PENOLONG PENGARANG

SETIAUSAHA

PEREKABENTUK GRAFIK

REKALETAK DALAM

1

Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal Rektor UNISSA

Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad Timbalan Rektor UNISSA

Dr Arman bin Haji Asmad Penolong Rektor UNISSA

Dr Hajah Rose binti Abdullah Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Dr Ismail bin Abdullah Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Dayang Julia binti Radin Penerbit Kanan Pusat Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA

Asia Printers

Siti Nur Zuhaidah binti Haji Abdullah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, Al-Nashrah vol. 4 no. 2, keluaran April - Jun 2018 ini dapat diterbitkan. Penerbitan Al-Nashrah dalam keluaran ini meliputi aktiviti-aktiviti Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi bulan April hingga bulan Jun 2018. Alhamdulillah, UNISSA terus bergiat aktif. Ini memberi peluang kepada sidang Editor memuatkan banyak berita dan liputan peristiwa untuk menjadi tatapan pembaca. Al-Nashrah terus berperanan sebagai wadah menyambung UNISSA dengan dunia luar. Semoga berita-berita yang dimuatkan kali ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sekian, Wassalam.

2

Kandungan

UNISSA dan Masyarakat

Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yaasiin) Kuliah Umum: Pengenalan ilmu Hadith Bengkel Aplikasi Perkiraan Zakat Misi berdakwah ke Daerah Temburong UNISSA dekati masyarakat melalui RFD dan Safari Ramadhan Program Ziarah Mahabbah santuni 10 keluarga Penyerahan sumbangan untuk Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Kursus Titik Teroka di Daerah Temburong

14

14

15

16

17

18

18

19

Program Pembangunan

UNISSA pupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar Forum Israk dan Mi’raj Ihya Tadarus Al-Qur’an Bulan Ramadhan

3

4

4

Kecemerlangan Akademik

Online Journal Ar-Rā’iq dilancarkan Penghayatan Islam di Brunei Halal Awareness on Harmonizing of Halal Standard Negara Melayu Islam Beraja: Sejarah dan Kelangsungan Maqasid Syariah pemangkin Negara makmur Design and Development Research Methodology workshop Halal and Kosher: Dietary management and laws Halal industry sustainability through business excellence

5 5 5

6

6

7 7

7

Wacana Ilmu

Kolokium Pasca Siswazah UNISSA-ISDEV Kolokium Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang UNISSA dan AMBD bincang isu wakaf Sumbangan buku daripada Pakistan Fadhilatul Imam Al-Akbar bangkit isu hadapi ancaman keganasan Sesi Bincang-Bincang Buku sempena Hari Buku Sedunia Rektor hadiri Mesyuarat Ke-8 AIUA di Indonesia UNISSA promosi pakej buku di Pesta Buku Brunei

8

8

9

9

10

10

11

11

Jaringan Antarabangsa

UNISSA dan UWGM perkukuh hubungan strategik Kunjungan Muslim Administration of Daghestan, Rusia Kunjungan Jurnalis Akhbar India ke UNISSA Kunjungan Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam Kunjungan Majlis Tertinggi Jamiah Islam Syeikh Daud al-Fathani (JISAA) Patani, Thailand Kunjungan Universitas Islam Malang (UNISMA)

12

12

12

13

13

13

Berita Staf UNISSA

21 Ucapan tahniah, selamat datang dan penghargaan & terima kasih kepada staf UNISSA

Kecemerlangan Pelajar

20

20

Pelajar Antarabangsa UNISSA erat silaturrahim UNISSA sertai Lumba Perahu Tradisi Sungai Brunei 2018

Page 4: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

PROGRAM| Pembangunan

UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar

Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diadakan pada 20 Rejab 1439 bersamaan dengan 7 April 2018 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Acara yang julung kalinya diadakan di Kampus UNISSA itu disertai oleh 60 usahawan yang menawarkan pelbagai aktiviti keusahawanan seperti jualan barangan, perkhidmatan, pameran dan permainan. Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA (FEKIm), Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku Pengerusi Majlis menjelaskan bahawa, jumlah penglibatan daripada kalangan pelajar dan kakitangan UNISSA amat menggalakkan iaitu daripada 21 petak berkenaan adalah dari kalangan warga UNISSA sendiri. Beliau menambah, penglibatan warga UNISSA dalam Hari Keusahawanan UNISSA 2018 ini memberikan satu gambaran yang jelas tentang minat mereka dalam bidang keusahawanan. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif, FEKIm sentiasa proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu bakal graduannya agar menjadi nadi utama dan penggerak yang mampu memacu ekonomi negara ke tahap yang mapan dan berdaya tahan, sekali gus membantu usaha pihak kerajaan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

3

Page 5: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

PROGRAM| Pembangunan

UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar

Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diadakan pada 20 Rejab 1439 bersamaan dengan 7 April 2018 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Acara yang julung kalinya diadakan di Kampus UNISSA itu disertai oleh 60 usahawan yang menawarkan pelbagai aktiviti keusahawanan seperti jualan barangan, perkhidmatan, pameran dan permainan. Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA (FEKIm), Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku Pengerusi Majlis menjelaskan bahawa, jumlah penglibatan daripada kalangan pelajar dan kakitangan UNISSA amat menggalakkan iaitu daripada 21 petak berkenaan adalah dari kalangan warga UNISSA sendiri. Beliau menambah, penglibatan warga UNISSA dalam Hari Keusahawanan UNISSA 2018 ini memberikan satu gambaran yang jelas tentang minat mereka dalam bidang keusahawanan. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif, FEKIm sentiasa proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu bakal graduannya agar menjadi nadi utama dan penggerak yang mampu memacu ekonomi negara ke tahap yang mapan dan berdaya tahan, sekali gus membantu usaha pihak kerajaan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

3 PROGRAM| Pembangunan

Ihya Tadarus Al-Qur’an Bulan Ramadhan

Forum Israk dan Mi’raj

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mi’raj pada 9 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 25 April 2018 di Surau Al Syafi'i UNISSA. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Majlis Sambutan Israk dan Mi’raj diserikan dengan Forum Khas disampaikan oleh pelajar-pelajar lepasan ijazah UNISSA, Awang Nur Muhammad Firdaus bin Abu Bakar, mahasiswa Program PhD. Sejarah dan Tamadun Islam, serta pelajar antarabangsa; Aman Chehama, mahasiswa Program Phd. Bahasa Arab dari Pattani, Thailand; dan Danang Kuncoro Wicaksono, mahasiswa Program Sarjana Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i dari Indonesia. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Awang Hafini bin Mahmud, mahasiswa Program PhD. Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang dinantikan seluruh umat Islam. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Ihya Tadarus Al-Qur’an bermula pada 3 Ramadhan 1439 bersamaan dengan 19 Mei

2018 di Surau Al-Shafi`i, UNISSA. Aktiviti bacaan tadarus Al-Quran secara berhalaqah diadakan selepas solat Fardhu Zohor berjemaah bagi mengisi aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.

Bacaan tadarus Al-Qur’an secara berhalaqah telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan di Surau Al-Shafi`i, UNISSA.

Pensyariatan sembahyang yang diterima dalam peristiwa ini menunjukkan keistimewaan dan kepentingan ibadah sembahyang fardu lima waktu itu sebagai amalan yang mengangkat darjat manusia. Bertepatan dengan tema sambutan Israk dan Mi’raj peringkat negara tahun ini iaitu 'Sembahyang Berjemaah Meraih Berkat', forum ini telah membincangkan mengenai kepentingan sembahyang berjemaah sebagai wadah memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam. Oleh itu, institusi masjid menjadi platform untuk menangani masalah sosial dan kemasyarakatan melalui sembahyang berjemaah pada setiap waktu. Turut hadir, Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pegawai-Pegawai Utama, pensyarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA.

4

Page 6: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

5 KECEMERLANGAN | Akademik

Halal Awareness on Harmonizing of Halal

Standard

Halalan Thayyiban Research Centre (HTRC) held a knowledge

sharing session at Room L1.2, UNISSA on 22 Rejab 1439

correspondence to 9 April 2018. This session entitled "Halal

Awareness on Harmonizing of Halal Standard" was presented by

the Director of HTRC, Associate Prof. Dr Nurdeng Deuraseh and

Dayang Raihana bte Mohd Raffi. The session involved a discussion

on the harmonization of halal standards in MABIMS countries.

Bengkel Pengurusan Jurnal dalam Open Journal System (OJS) telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 12-13 Ramadhan 1439 bersamaan dengan 28-29 Mei 2018 bertempat di Bilik Bankuet, Bangunan Pentadbiran UNISSA. Bengkel selama dua hari tersebut telah dibimbing oleh Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Roosfa Hashim. Tetamu kehormat pada majlis penutup bengkel berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan seterusnya melancarkan Online Journal UNISSA iaitu ‘Ar-Rā’iq’: A Refeered International Biannual Journal UNISSA’. Pihak UNISSA telah mula melakukan transformasi terhadap penerbitan jurnal ilmiahnya bagi menjadikan jurnal universiti ini visible dan mudah dilayari serta mempunyai nilai impak yang tinggi.

Online Journal

Siri Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diadakan pada 17 Rejab 1439 bersamaan dengan 4 April 2018 bertempat di Auditorium UNISSA. Dengan tajuk “Sejarah Kedatangan Islam di Negara Brunei Darussalam”, kuliah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad menjelaskan semenjak kemasukan Islam ke Brunei Darussalam lebih enam abad yang lalu, penghayatan Islam sangat menonjol dari segi ibadah, dakwah Islamiah, budaya, seni, sosial, ekonomi, permakanan, pendidikan, perundangan, perlembagaan, perubatan, ketenteraan, patriotisme, dan sebagainya.

Penghayatan Islam di Brunei

Ar-Rā’iq Dilancarkan

Sebahagian peserta yang menghadiri Bengkel Pengurusan Jurnal. Tetamu kehormat menyampaikan sijil penghargaan kepada fasilitator bengkel,Profesor Madya Dr Roosfa Hashim (kanan).

Page 7: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

6KECEMERLANGAN | Akademik

Kuliah Khas MIB bertajuk “Negara Melayu Islam Beraja: Sejarah dan Kelangsungan” telah disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pegawai Tugas - Tugas Khas Kanan di Pejabat Sekretariat Majlis

Tertinggi MIB yang diadakan pada 2 Sya’ban 1439 bersamaandengan 18 April 2018 di Dewan Jubli, Universiti Islam SultanSharif Ali (UNISSA). Kuliah Khas tersebut membicarakanmengenai kepentingan penyebaran dan pengukuhanNegara Melayu Islam yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik,untuk mencapai Wawasan 2035. Kuliah itu telah dipengerusikanoleh Dr. Shohibuddin bin Haji Laming, Pensyarah PusatPenataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UNISSA.

Negara Melayu Islam Beraja: Sejarah dan

Kelangsungan

Maqasid Syariah Pemangkin Negara Makmur

Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS), UNISSA telah mengadakan Seminar Kebangsaan Mazhab Syafi’i pada 5 Sya’ban 1439 bersamaan 21 April 2018 bertempat di Auditorium, UNISSA. Seminar ini berhasrat untuk memberikan kefahaman yang mendalam tentang Maqasid Syariah dan isu-isu mengenainya dalam pelbagai aspek amali. Selain itu juga, untuk memelihara kewujudan dan memastikan Islam berlandaskan pandangan Mazhab Syafi’i sebagai pegangan mazhab di Negara Brunei Darussalam dan aliran mazhab lainnya sebagai mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah akan terus utuh. Hadir selaku tetamu kehormat semasa Seminar Kebangsaan berkenaan ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin. Turut hadir bersama ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Pembentangan Ucaptama disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato (Dr) Nooh bin Haji Gadot, Penasihat

Majlis Agama Islam Negeri Johor, Malaysia, dengan tajuk “Maqasid Syariah: Amalan Negara Madinah

Sebagai Motivasi Kepada Negara Islam Kontemporari”. Antara kertas lain yang dibentangkan ialah “Maqasid Syariah Sebagai Landasan Penerapan Dalam Institusi Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam” oleh Pengarah PPMS UNISSA, Dr Azme bin Haji Matali diikuti dengan pembentangan

daripada Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Dr Haji

Abdurrahman Raden Aji Haqqi dengan tajuk “Maqasid Syariah Dalam Perlaksanaan Perintah

Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013” dan terakhir daripada Pegawai Pemerintah Daerah Polis

Temburong, Supt Haji Azree bin Haji Abd Manaf dengan tajuk “Maqasid Syariah Dalam Konteks Menjaga Keamanan Negara”.

Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong (kiri) menyampaikan kuliah MIB.

Page 8: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

7 KECEMERLANGAN | Akademik

Halal Industry

Sustainability through Business

Excellence

Design and Development Research Methodology Workshop

Halal and Kosher: Dietary Management and Laws

On 1st May 2018 equivalent of 15 Syaaban 1439, Halalan Thayyiban Research Centre (HTRC) held a knowledge-sharing session between Universiti Islam Sultan Sharif Ali and Universiti Sains Islam Malaysia at L1.3 Training Room, UNISSA with the theme "Halal Industry Sustainability through Business Excellence". This knowledge-sharing session is one of UNISSA-USIM's matching grant research activities. Presenters from UNISSA were the Director of HTRC, Associate Prof. Dr Nurdeng Deuraseh, with a paper entitled “Halal Slaughtering Business for Global Reach” and Dayang Nor Surilawana bte Haji Sulaiman whose topic was “Striving for Excellence in Halal Business”. Meanwhile, presenters from USIM consisted of Dr Norailis Ab. Wahab, with a paper entitled “Matching Industry and Halal Market Needs” and Dr Rosnia Masruki who presented a paper on “Challenges and Hopes for Halal Business Excellence towards Sustainability”.

Centre for Research and Publication, UNISSA has organized a Design and Development Research Methodology Workshop on 8 Sya’ban 1439 corresponding to 24 April 2018 at the L1.3 Training Room, UNISSA. Some participants comprising academic staff attended the workshop. Dr Adam bin Haji Jait, Director of the Centre of Technology and Multimedia, UNISSA was the facilitator during the workshop.

Halalan Thayyiban Research Centre (HTRC) held a knowledge-sharing session at the L1.3 Training Room, UNISSA on 29 Syaaban 1439 equivalent to 15 May 2018. The session was titled "Halal and Kosher Dietary Management and Laws" and was presented by Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak. The session discussed on the similairities and differences between halal and kosher food, particularly the dietary laws and the slaughtering processes.

Page 9: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

8

Pada 8 Rejab 1439 bersamaan 5 April 2018, Pusat Pengajian Lepas Ijazah (PPLI), UNISSA telah mengadakan “Kolokium Pasca-Siswazah 2018 UNISSA-ISDEV” bertempat di Auditorium, UNISSA. Kolokium ini merupakan kesinambungan daripada kolokium yang telah dianjurkan oleh PPLI pada semester-semester sebelumnya di UNISSA. Pihak PPLI telah berkolaborasi dengan pihak penyelaras program Lepas Ijazah peringkat Fakulti dan Pusat di UNISSA serta siswazah daripada Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia. Ia menjadi salah satu pendedahan awal kepada pelajar pascasiswazah terhadap dunia penyelidikan melalui medan diskusi. Kolokium ini dilihat sangat penting khususnya dalam usaha melahirkan Siswazah berkualiti yang berani tampil di khalayak ramai mengongsikan pengetahuan dan melontarkan idea untuk sebuah

perbincangan ilmiah dan pencambahan minda. Penganjuran kolokium ini khusus bagi membantu pihak fakulti dalam memantau perkembangan penulisan dan penyelidikan para pelajar siswazah dari pelbagai disiplin ilmu. Antara matlamat pengendalian kolokium ialah untuk memenuhi sebahagian aktiviti ilmiah dan wacana ilmu di peringkat universiti dengan melibatkan pelajar pascasiswazah. Di samping itu, ianya diadakan untuk membantu dan melatih calon pascasiswazah dalam penyediaan dan pembentangan proposal. Pada masa yang sama, aktiviti ini dihasratkan memberi impak kepada peningkatan kemajuan dan potensi siswazah dalam menghasilkan penulisan jurnal atau penerbitan sebarang bentuk artikel yang dikehendaki oleh pihak fakulti dan universiti.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah mengadakan Kolokium Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang pada 7 Sya’ban 1439 bersamaan 23 April 2018 bertempat di Auditorium UNISSA.

Kolokium Pasca Siswazah UNISSA-ISDEV

Dr Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah, Pengarah Pusat Pengajian Lepas Ijazah UNISSA.

WACANA | Ilmu

Kolokium Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang

Page 10: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

WACANA | Ilmu

Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), UNISSA dengan kerjasama Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat Wakaf (RTDW) sebanyak dua siri, iaitu siri pertama pada 25, 26 dan 28 April 2018 sementara siri kedua pada 9, 10 dan 12 Mei 2018. Hadir dalam siri RTDW tersebut ialah wakil-wakil dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), AMBD, BIBD, TAIB, Universiti Brunei Darussalam (UBD), UNISSA, dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi swasta dan NGOs. Inisiatif UNISSA dan AMBD dalam mengadakan RTDW ini telah mencapai sasaran objektifnya apabila berhasil mewujudkan satu cadangan pelan tindakan memperkasa dan mengarusperdanakan wakaf sebagai salah satu mekanisme kewangan Islam yang unggul dan penting dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sama ada dalam jangka masa pendek, sederhana, dan panjang.

UNISSA dan AMBD

Bincang Isu Wakaf

Hadir dalam salah satu siri pembentangan dan perbincangan kertas kerja RTDW tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir dalam siri yang berasingan ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Pegawai-Pegawai Eksekutif UNISSA yang lainnya.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima sebanyak 55 buah buku yang disumbangkan oleh Suruhanjaya Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam pada majlis yang diadakan pada 17 Rejab 1439 bersamaan 4 April 2018 di Perpustakaan UNISSA. Sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan kepada Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Buku yang disumbangkan pada majlis tersebut meliputi pelbagai tajuk dan bidang seperti pengajian Islam, hubungan antarabangsa, ekonomi politik, sejarah Republik Islam Pakistan dan banyak lagi. Dalam ucapan alu-aluannya, Rektor UNISSA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buku berkenaan dan berharap agar ia dapat menjadi medium untuk memperkaya dan memperluaskan lagi pengetahuan mereka pada Republik Islam Pakistan. Sebelum ini, pada tahun 2016, Perpustakaan UNISSA juga telah menerima sejumlah 123 buah buku daripada Suruhanjaya

Republik Islam Pakistan. Kini koleksi antarabangsa perpustakaan berkenaan berkembang menerusi sumbangan daripada Suruhanjaya Republik Islam Pakistan dan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam.

Bergambar ramai bersama para peserta RTDW. Dr Hajah Rose binti Abdullah membentang semasa RTDW.

9

Page 11: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

10 WACANA | Ilmu

Ceramah khas bertajuk “Cabaran Umat Islam Dalam Menghadapi Ancaman Keganasan” yang disampaikan oleh Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Profesor Dr Ahmed Muhammad Ahmed Al-Tayeb Sheikh Al-Azhar Al-Syarif telah diadakan pada 21 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 7 Mei 2018 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Ia adalah merupakan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Turut hadir pada ceramah khas berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar dan Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal selaku pengerusi bersama majlis.

Ceramah berkenaan yang telah dihadiri oleh menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis

Mesyuarat Negara, duta-duta dan wakil dari kedutaan besar dan perwakilan asing di

negara ini didahului dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara 2017, Awang Ahmad Zulwaqar bin Suhaili,. Ceramah yang dihadiri lebih kurang 2,000 orang yang terdiri daripada para pegawai

dan kakitangan KHEU, para pensyarah, pelajar UNISSA dan KUPU SB serta orang

ramai itu turut menyaksikan perasmian Penubuhan Rabithah Antarabangsa Alumni

Universiti Al-Azhar cawangan Brunei Darussalam.

Fadhilatul Imam Al-Akbar Bangkit Isu Hadapi Ancaman Keganasan

Sesi Bincang-Bincang Buku sempena Hari Buku Sedunia telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 12 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 28 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat L1.2 UNISSA. Buku-buku yang dibincangkan dalam sesi tersebut ialah buku bertajuk‘ Deposit Withdrawal Behaviour in Islamic Banking ‘oleh Dr. MuhammadAbduh, pensyarah Universiti Brunei Darussalam (UBD), buku ‘Kepedulian Masyarakat Brunei Darussalam Terhadap Bacaan Surah Al -Fatihah’oleh Dr Haji Shohibuddin Laming dan buku ‘Al-Qira’ah Al-Arabiyyahli al-Naatiqin bi Ghairiha’ oleh Dr Abuel Bashar Ali Adam, masing-masingmerupakan pensyarah UNISSA.

Fadhilatul Imam Al-Akbar Profesor Dr Ahmed Muhammad Ahmed

Al-Tayeb Sheikh Al-Azhar Al-Syarif.

Sesi Bincang-Bincang Buku Sempena Hari Buku

Sedunia

Page 12: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

11

Rektor hadiri Mesyuarat Ke-8 AIUA di Indonesia

WACANA | Ilmu

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagai ahli Lembaga Eksekutif Asian Islamic Universities Association (AIUA) telah menghadiri mesyuarat kali ke-8 AIUA pada 19-21 Syawal 1439 bersamaan 3-4 Julai 2018 di UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia. Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, telah menghadiri mesyuarat selama tiga hari tersebut. Dalam usianya yang masih muda, AIUA kini berjaya mengumpul keahlian dari sejumlah 63 buah universiti dari negara-negara Asia. AIUA adalah sebagai pelantar yang menyatukan universiti-universiti Islam di rantau Asia.

Pihak Universiti Islam Sultan Sharif Ali iaitu UNISSA Press telah menyertai Pesta Buku Brunei 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah diadakan selama 10 hari bermula 11 hingga 20 Jamadilakhir 1439 bersamaan 27 Februari hingga 8 Mac 2018 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Dalam Pesta Buku kali ini, UNISSA Press telah menawarkan jualan Pakej Buku termasuk mengadakan Pakej Wakaf Buku untuk orang ramai. Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei Dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2018 telah diadakan pada 30 Jamadilawal 1438H bersamaan 27 Februari 2017. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Page 13: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

12JARINGAN | Antarabangsa

Penandatanganan MoU antara UWGM dan UNISSA.

Kunjungan Muslim Administration of Daghestan, Rusia

Pada 22 Rejab 1439 bersamaan dengan 9 April 2018, UNISSA telah menerima kunjungan delegasi daripada Muslim Administration of Daghestan, Rusia yang diketuai oleh Timbalan Mufti Daghestan, Sheikh Dr Syihabuddin Hasinuf.

UNISSA telah menerima kunjungan daripada Jurnalis Akhbar India pada 5 Sya’ban 1439 bersamaan 21 April 2018 yang diketuai oleh Tuan Mujeeburrahman.

Kunjungan Jurnalis Akhbar India ke UNISSA

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus menerus menjadi sasaran institusi pengajian tinggi luar negara dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan. Perkara ini terbukti dengan adanya kunjungan silaturrahim delegasi Universitas Widya Gama Mahakam (UWGM) Samarinda, Indonesia pada 22 Rejab 1439 bersamaan 9 April 2018. Mengalu-alukan kunjungan tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. Manakala delegasi (UWGM) Samarinda, Indonesia seramai tujuh orang diketuai oleh Rektor universiti berkenaan, Dr H Abdul Rachim AF. Timbalan Rektor UNISSA dalam ucapan alu-aluannya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap kunjungan ini menjadi langkah awal untuk perlaksanaan jaringan kerjasama strategik dalam bidang ilmiah dan penyelidikan. Hadir sama dalam perjumpaan tersebut ialah Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

UNISSA dan UWGM Perkukuh Hubungan Strategik

Page 14: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

JARINGAN | Antarabangsa

Pada 8 Sya’ban 1439 bersamaan 24 April 2018, UNISSA telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hiroki Akasaka. Kunjungan tersebut telah dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan T i m b a l a n R e k t o r , D r H a j i Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

UNISSA telah menerima kunjungan daripada Majlis Tertinggi Jamiah Islam Syeikh Daud al-Fathani (JISAA) Patani, Thailand pada 16 Sya’ban 1439 bersamaan 2 Mei 2018. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Presiden Majlis Tertinggi universiti berkenaan, Yang Berbahagia Dr Sheikh Haji Wan Abdul Rahman bin Sheikh Haji Wan Senik dan diiringi oleh Sheikh Haji Abdullah bin Haji Yousuf, selaku konsultan serta dua orang pegawai.

Pada 16 Sya’ban 1439 bersamaan 2 Mei 2018, UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia yang diketuai oleh Rektor UNISMA, Dr H. Maskuri, M.Si bersama 12 orang yang terdiri daripada Dekan-Dekan dan Pengarah-Pengarah Pusat di UNISMA.

13

Page 15: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

UNISSA dan Masyarakat

Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yaasiin)

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Qur’an khususnya surah Yaasiin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan program ilmiah untuk orang ramai iaitu Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yassin) yang berlangsung di dewan serbaguna Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang. Bengkel ini adalah salah satu daripada pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan Ramadhan. Seramai 30 orang telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan dan swasta, Muslimah Masjid, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan. Peserta telah didedahkan dengan kaedah penggunaan hukum-hukum tajwid yang mudah difahami dan dipraktikkan khususnya dalam bacaan surah Yaasiin. Bengkel ini telah dilaksanakan oleh tenaga akademik UNISSA yang diketuai oleh Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar selaku penceramah dan pembengkel utama. Di samping itu empat orang pendamping bagi menjayakan sesi praktikal; Dr Gumma Ahmed Himmad Adam, Dr Ousmane Manzo, Ustaz Awang Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan Ustazah Yusfariza binti Yussop.

Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar menerangkan perkara yang berhubungkait dengan bacaan Surah Yaasin.

Dalam usaha untuk mengetengahkan maklumat-maklumat asas tentang ilmu Hadith kepada orang ramai, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan Kuliah Umum: Pengenalan Ilmu Hadith pada 21 Ramadhan 1439 bersamaan dengan

6 Jun 2018 bertempat di bilik kuliah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang. Kuliah umum bagi orang ramai ini adalah salah satu daripada

(sambung ke mukasurat 15)

Dr Ousmane Manzo membimbing peserta bengkel.

14

Kuliah Umum: Pengenalan Ilmu Hadith

Page 16: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

UNISSA dan Masyarakat

Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran berkaitan bab Perkiraan Zakat, seramai lebih kurang dari 38 orang peserta yang terdiri daripada golongan muallaf, orang awam dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid telah menghadiri Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’i anjuran bersama Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS) dan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH), UNISSA, dengan kerjasama Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong. Bengkel yang diadakan pada 17 Rejab 1439 bersamaan 4 April 2018 tersebut telah dilaksanakan secara teori dan praktikal dan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang,

UNISSA selaku pemudahcara dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Khalid bin Haji Timbul, Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) selaku pendamping bagi bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada para peserta mengenai kepentingan zakat serta pendedahan mengenai kaedah untuk membuat perkiraan zakat menurut Mazhab Syafi’i dengan lebih praktikal dan mudah difahami. Pada masa yang sama juga akan dapat memberi nilai tambah kepada para peserta terutamanya para tenaga pengajar untuk melebarluaskan lagi ilmu pengetahuan khususnya berkaitan zakat dan pengiraannya.

Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (duduk sebelah kanan) bergambar ramai bersama peserta-peserta bengkel yang diadakan di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan ramadhan. Seramai 36 orang menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan dan swasta, Muslimah Masjid, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan. Peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat asas dalam ilmu Hadith seperti Mustalahat Hadith dan pengertiannya. Kuliah umum ini telah disampaikan oleh tenaga akademik UNISSA iaitu Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu dan Prof. Madya Dr Sayuthy bin Abdul Manas, selaku penceramah.

(sambungan dari mukasurat 14)

Ceramah oleh Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

15

Bengkel Aplikasi Perkiraan Zakat

Page 17: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

UNISSA dan Masyarakat

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin telah mengadakan satu program dakwah yang dikenali sebagai “Lawatan Sambil Berdakwah Ke Daerah Temburong 2.0”. Seramai lebih kurang 40 orang pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 3 termasuklah pelajar-pelajar yang mengambil Minor in Contemporary Dakwah telah mengikuti program selama empat hari. Tidak ketinggalan juga pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) program Mobiliti Pelajar turut menyertai program yang berkebajikan ini dengan kerjasama padu daripada Unit Dakwah, Daerah Temburong. Lawatan Dakwah kali ini telah diadakan pada 26 hingga 29 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 12 hingga 15 Mei 2018. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah program anak angkat bersama keluarga saudara

Aktiviti Dakwah kepada golongan Mu’allaf di Balai Ibadat Kampong Semabat, Temburong.

Aktiviti sukan ria bersama Keluarga Angkat dan KBM di Taman Batang Duri.

Penyerahan sumbangan kepada keluarga Rumah Panjang Kampong Sumbiling Lama dalam Aktiviti Dakwah kepada Non Muslim.

baru selama dua hari untuk membantu meningkatkan kefahaman mereka mengenai amalan beragama. Selain itu, pihak UNISSA telah berkolaborasi bersama Kelas Bimbingan Muallaf dalam menjayakan aktiviti sukan ria yang diadakan bersama keluarga angkat peserta, di samping mengadakan bimbingan Solat Fardhu, Kafe Usuluddin (Bimbingan Sunnah-Sunnah Permakanan Nabi) serta Panduan Berpuasa sempena menjelangnya bulan Ramadhan.

Aktviti Kelas Bimbingan Muslimah yang diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh.

Rombongan pelajar mengadakan Lawatan Berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di Kampong Sumbiling Lama yang melibatkan lapan buah keluarga yang tinggal di sebuah kediaman rumah panjang. Pada hari terakhir program diisikan dengan Kelas Bimbingan Muslimah di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar. Rombongan kali ini juga berkesempatan menyaksikan Majlis Pengislaman seorang saudara baru.

Misi Berdakwah ke

16

Page 18: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

UNISSA dan Masyarakat

UNISSA Dekati

Masyarakat Melalui RFD dan Safari

Ramadhan

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah meneruskan usaha untuk mendekati masyarakat melalui program “Ramadhan Food Drive” (RFD) dan “Safari Ramadhan” anjuran Persatuan Pelajar UNISSA. “Ramadhan Food Drive” yang berlangsung pada 26-27 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 12-13 Mei 2018 adalah usahasama Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA dengan Persatuan Mahasiswa Syariah Dan Undang-Undang (ShaLawSoc), UNISSA. Projek tersebut telah berjaya mengumpulkan sumbangan bantuan berbentuk kewangan dan barang keperluan asasi bagi 20 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Daerah Brunei dan Muara. Sumbangan tersebut diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga berkenaan dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadhan agar mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna. Turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal beserta pegawai-pegawai eksekutif UNISSA serta pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISSA.

Manakala Safari Ramadhan yang diterajui oleh Unit Keugamaan dan Kerohanian, MPP UNISSA, bertujuan untuk memanfaatkan bulan

Ramadhan dalam menjalankan aktiviti kemasyrakatan dan berkebajikan di samping mengeratkan

ukhuwwah di antara pelajar dan masyarakat, serta turut menyumbang kepada

pembangunan sahsiah mahasiswa di luar kuliah.

Antara pengisian program ini ialah sembahyang Maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid Kampong Bukit, Yang Mulia Awang Haji Muhd Azli bin Aliuddin dan seterusnya sesi

perkongsian dan perbincangan secara berkumpulan mengenai

bulan Ramadhan di antara pelajar dan jemaah yang hadir. Di samping

berbincang mengenai persoalan-persoalan yang timbul mengenai ibadah

berpuasa, para pelajar juga berpeluang untuk mendengar perkongsian dari jemaah masjid yang

hadir yang ada di antaranya mualaf yang akan menjalani ibadah puasa buat pertama kali pada tahun ini. Program akan diteruskan lagi semasa bulan Ramadhan di lokasi yang lain dengan pengisian yang berbeza.

Unit Keugamaan dan Kerohanian, MPP UNISSA bergambar ramai bersama sebahagian Penduduk Kampong Bukit Daerah Tutong.

Sesi Perkongsian dan perbincangan secara berkumpulan mengenai Bulan Ramadhan.

17

Page 19: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

Program Ziarah Mahabbah Santuni 10 Keluarga

Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menyampaikan bantuan kepada 10 buah keluarga dari Mukim Tanjong Maya dalam Program Ziarah Mahabbah ke-4 yang diadakan pada 28-29 Sya’ban 1439 bersamaan dengan 14-15 Mei 2018 di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA) Kampung Sengkarai, Tutong. Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya bersama pegawai-pegawai UNISSA, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan tetamu jemputan lain.

Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA menyampaikan sumbangan bantuan.

Program Ziarah Mahabbah ini merupakan anjuran UNISSA melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) dengan kerjasama Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, BIBD membawa tema ‘Belia Mahabbah, Menjalin Ukhuwah Sesama Insan’. Peserta terdiri daripada 83 orang pelajar Tahun 1 dan 3 FEKIm UNISSA berserta 16 orang pegawai pengiring. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan rumah-rumah keluarga sasaran, menyampaikan kuliah dan tazkirah agama serta ceramah motivasi.

Sejumlah BND3,678 berjaya dikutip daripada penyertaan orang ramai semasa acara Basikal Amal 'Varsity Cycle 3.0' pada 4 Mac 2018 lalu sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Ke-44 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB). Hasil kutipan tersebut telah diserahkan kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) pada 13 Ramadhan 1439 bersamaan 29 Mei 2018 di Pejabat MKM, Kampung Sungai Hanching. Sumbangan cek telah diserahkan oleh Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; Rektor UNISSA, Dr Haji

Penyerahan Sumbangan untuk Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM)

Norarfan bin Haji Zainal; dan Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan diterima oleh Presiden MKM, Awang Haji Mohd. Yusof Syeikh Abdul Halim. Presiden MKM berkenaan melahirkan penghargaan kepada ketiga-tiga universiti berkenaan atas sumbangan tersebut, di mana ianya telah digunakan bagi projek MKM pada bulan Ramadan iaitu membeli juadah berbuka puasa bagi orang-orang yang kurang berkemampuan serta Projek Sejambak Kasih iaitu bagi pembelian hamper Hari Raya untuk orang-orang kurang berkemampuan di negara ini.

UNISSA dan Masyarakat 18

Page 20: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

Bahagian Pentadbiran UNISSA telah

mengadakan aktiviti “Kursus Titik

Teroka” bagi semua pegawai dan

kakitangan sokongan (bukan akademik)

di Pusat Outward Bound Brunei

Darussalam (OBBD), Daerah Temburong.

Kursus berkenaan telah dibahagikan

kepada tiga kumpulan. Kumpulan

pertama seramai 31 orang peserta telah

mengikuti kursus selama dua hari pada

10 & 11 Rejab 1439 bersamaan 28 & 29

Mac 2018. Manakala kumpulan kedua

seramai 32 orang peserta telah menjalani

kursus pada 15 & 16 Rejab 1439

bersamaan 2 & 3 April 2018. Kursus Titik

Teroka untuk para Pegawai-Pegawai

Utama UNISSA pula telah diadakan pada

2 & 3 Sya’ban 1439 bersamaan 18 & 19

April 2018.

UNISSA dan Masyarakat

‘Kursus Titik Teroka’ di Daerah Temburong

19

Page 21: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

20 KECEMERLANGAN| Pelajar

Pada 20 Rejab 1439 bersamaan 7 April 2018, Rektor

UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, telah

berkesempatan beriadah bersama lebih 80 orang pelajar

antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di

UNISSA. Perhimpunan yang diadakan setiap tahun ini

adalah anjuran Kelab Pelajar Antarabangsa UNISSA. Pada

tahun ini mereka telah mengadakan perhimpunan di

Rekreasi Hutan Simpan Berakas. Turut hadir semasa

perhimpunan tersebut ialah Timbalan Rektor, Dr Haji

Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahamd,

Penolong Rektor, Dr Arman bin Haji Asmad, pensyarah-

pensyarah antarabangsa serta ahli-ahli keluarga mereka.

Pe l aj a r A n t a rab a n g sa UN I S SA Erat Silaturrahim

UNISSA Sertai Lumba Perahu Tradisi Sungai

Brunei 2018

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Lumba Perahu Sekolah-Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi dalam Acara Lumba Perahu Tradisi Sungai Brunei yang telah diadakan pada 14 Rejab 1439 bersamaan dengan 1 April 2018 bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Acara tersebut diadakan bersempena dengan cuti penggal persekolahan dan menceriakan Bandarku Ceria.

Bergambar ramai bersama para pelajar antarabangsa UNISSA.

Rektor UNISSA menyampaikan hadiah saguhati kepada pelajar antarabangsa.

Page 22: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

BERITA | Staf UNISSA

Ucapan Selamat Datang kepada:

Awang Abdul Wafiuddin bin Ali

Pembantu Teknik Kanan Bahagian Estet, UNISSA Melapor Diri: 15 Sya’ban

1439H /1 Mei 2018.

Amanina Ashikin binti Abdullah

Kerani

Pejabat Pendaftar, UNISSA Melapor Diri: 29 Rejab 1439H /16 April 2018.

Ucapan Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah kepada:

Dr Arman bin Haji Asmad (hujung kiri) atas penerimaan

“Sijil Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kali Ke-25” &

Dayang Hajah Nurul Nabilah binti Haji Ali (hujung kanan) & Awang Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit (tiada dalam gambar)

atas penerimaan “Sijil Program Eksekutif Muda (YEP) Kohot-2”

pada 27 Ramadhan 1439 bersamaan 12 Jun 2018.

21

Page 23: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …

22BERITA | Staf UNISSA

Dr Sulaiman Dorloh

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang

Tamat kontrak kerja pada 10 Ramadhan 1439 / 26 Mei 2018.

Dr Sadeq Shaif Noman Ahmed

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang

Tamat kontrak kerja pada 21 Rejab 1439 / 8 April 2018.

Profesor Dr Abdul Ghafar bin Ismail

Profesor Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam

Tamat kontrak kerja pada 16 Syawal 1439 / 30 Jun 2018.

Dr Arif Karkhi Abukhudairi Mahmoud

Profesor Madya Fakulti Bahasa Arab

Tamat kontrak kerja pada 12 Sya’ban 1439 / 28 April 2018.

Penghargaan & Terima Kasih kepada:

Page 24: Pelajar Antarabangsa UNISSA · PROGRAM| Pembangunan UNISSA Pupuk Semangat Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Hari Keusahawanan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang …