pekerja kerajaan sukar dibuang_ benar

3
Trending Stories Cari Cari Malaysia Informasi Terkini Semakan Keputusan BR1M 2.0 Online 2013. Status Permohanan! Penjawat & Kakitangan Awam SBPA Terbaru. Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPA BATAL!! Penjawat & Kakitangan Awam Gaji Kakitangan Awam 2010 Akan Naik? Penjawat & Kakitangan Awam BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik? Penjawat & Kakitangan Awam TERKINI : Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!! Search... Search =Menu HOME VVIP MALAYSIA EKONOMI PENJAWAT AWAM SWASTA ISU SEMASA ADUAN SKANDAL 1MDB Pekerja Kerajaan Sukar Dibuang? Benar? Oct 15, 2010 29 comments Hari ini, kami ingin menyentuh topik tentang pekerja kerajaan atau penjawat awam, yang melakukan kesalahan tatatertib dan mempunyai masalah disiplin, sukar dibuang? Adakah ianya benar? Adakah pekerja kerajaan ini kebal dari tindakan dan salah laku? Seperti pembaca semua sedia maklum, dalam setandan pisang, pasti ada beberapa biji yang tidak elok. Begitulah resam dalam kakitangan awam ini. Terdapat segelintir dari merekamereka ini,banyak melakukan kesalahan. Kesalahan yang paling banyak kita dengar tentang pekerja kerajaan ini adalah, masalah disiplin, dadah, dan sebagainya. Namun, tindakan yang dikenakan terhadap mereka, amatlah tidak wajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kita ambil contoh daripada petikan akhbar The Star di bawah. Sexdrugs teacher who sold stimulants transferred to another school By FARIK ZOLKEPLI [email protected] JOHOR BARU: A disciplinary teacher at a secondary school in Skudai, who had been IklanIklan oleh Google ► Gaji ► Jawatan ► Kerja kerajaan ► Pelajar sekolah

Upload: zoellus-dominic-henry

Post on 12-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Isu Semasa

TRANSCRIPT

Trending StoriesCari Cari Malaysia Informasi Terkini Semakan Keputusan BR1M 2.0 Online 2013. Status Permohanan!Penjawat & Kakitangan Awam SBPA Terbaru. Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPABATAL!! Penjawat & Kakitangan Awam Gaji Kakitangan Awam 2010 Akan Naik? Penjawat &Kakitangan Awam BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 JutaPenjawat + Elaun Perumahan Naik? Penjawat & Kakitangan Awam TERKINI : Semak Draf CadanganCuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!

Search... Search

=Menu

HOMEVVIPMALAYSIAEKONOMIPENJAWAT AWAM

SWASTAISU SEMASAADUANSKANDAL 1MDB

Pekerja Kerajaan Sukar Dibuang? Benar?Oct 15, 2010 29 comments

Hari ini, kami ingin menyentuh topik tentang pekerja kerajaan atau penjawat awam, yang melakukan kesalahantatatertib dan mempunyai masalah disiplin, sukar dibuang? Adakah ianya benar? Adakah pekerja kerajaan ini kebaldari tindakan dan salah laku?

Seperti pembaca semua sedia maklum, dalam setandan pisang, pasti ada beberapa biji yang tidak elok. Begitulahresam dalam kakitangan awam ini. Terdapat segelintir dari mereka­mereka ini,banyak melakukan kesalahan.Kesalahan yang paling banyak kita dengar tentang pekerja kerajaan ini adalah, masalah disiplin, dadah, dansebagainya.

Namun, tindakan yang dikenakan terhadap mereka, amatlah tidak wajar dengan kesalahan yang mereka lakukan.Kita ambil contoh daripada petikan akhbar The Star di bawah.

Sex­drugs teacher who sold stimulants transferred to another schoolBy FARIK [email protected]

JOHOR BARU: A disciplinary teacher at a secondary school in Skudai, who had been

Iklan­Iklan oleh Google Gaji Jawatan Kerja kerajaan Pelajar sekolah

distributing brochures on sex enhancement drugs in his school, has been transferredout.

Johor Education Department director Sufaat Tumin said that the teacher was transferredto another secondary school in Johor Baru recently following reports lodged againsthim.

“The investigation was completed last month and the report has been sent to theEducation Ministry,” he told The Star yesterday.

“Further action against the teacher depends on the severity of the offence,” he said.

The teacher’s side business came to light after businessman Ng Ching Sea, 58,discovered brochures on sex enhancement drugs among his son’s books about twoweeks ago.

It was later discovered that the teacher was responsible for distributing the brochures tothe students.

Sufaat said the case involving the teacher was an isolated incident.

He explained that the state had some 48,000 teachers but only a few had in disciplinaryproblems.

He added that school heads were responsible for monitoring their teachers’ activities.

“It is important for all teachers to adhere to the rules and set a good example forstudents.”

Meanwhile, Ng said he was satisfied with the decisive action taken to deal with theteacher.

“Good values should be cultivated by parents at home and teachers in school,” he said.

The teacher was said to have been selling sex enhancement products that includeddrugs, gels and pills.

Jelasnya di sini, kesalahan tersebut dilakukan oleh seorang yang bergelar Guru. Daripada menjadi lilin untuk anakmurid, sebaliknya, guru tersebut menjual produk perangsang seks di sekolah, dan anak­anak murid yang menjadisasaran. Apa yang berlaku kemudian, guru terbabit hanya ditukarkan ke sekolah lain buat sementara sebelum kesnyadisebutkan atau ada laporan polis dibuat bagi menyabitkan kesalahan.

Namun di sini, kami berpendapat bahawa sememangnya hukuman terhadap salah laku seorang pendidik tersebut,amatlah berat. Dan hukuman yang dikenakan, sememangnya amat tidak setimpal. Perbuatan menjual alat meransangseks, kepada anak murid, merupakan satu kesalahan serius dan amat memberikan impak yang negatif kepadamereka.

Kesalahan yang serius sedemikian, hanya mengakibatkan guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain. Adakah ianyamemberi kesan yang positif ? Baik terhadap guru dan sekolah dimana dia ditukarkan? Dalam konteks ini, sepatutnya,kami berpendapat bahawa tindakan menggantung kerja dan menahan gaji adalah lebih baik daripada ditukarkan kesekolah lain sementara menunggu siasatan.

Ini secara tidak langsung dapat memberikan pengajaran terhadap kakitangan awam yang melakukan kesalahan.Umumnya, semua tahu bahawa prosedur untuk membuang pekerja kerajaan ini sememangnya amat penuh dengankerumitan dan prosedur. Jadi, tindakan buang kerja ini memerlukan penelitian yang mendalam terhadap segalapekeliling di dalam kerajaan dengan menggunakan prosedur yang betul.

Ini kerana, sudah acapkali bekas­bekas pekerja kerajaan yang pernah dibuang kerja dan digantung tugas, menangdalam saman mereka di mahkamah terhadap kerajaan. Ini adalah kerana proses pemberhentian yang tidak menepatiprosedur yang ditetapkan. Tidak macam pekerja swasta, hari ini buat hal, dalam 30 minit dah dapat notis berhentikerja 24 jam.

Untuk pekerja kerajaan, ada terdapat banyak prosedur dan kerenah birokrasi. Segalanya perlu mengikut turutan. Dankeputusan akhir pula hanya boleh dibuat oleh Jabatan Perhidmatan Awam yang akan membuat penilaian berdasarkanmaklumat Ketua Jabatan dan juga keputusan mahkamah. Ini kerana pekerja kerajaan tertakluk kepada PerlembagaanPersekutuan, dan Perintah Am. Manakala bagi kes jenayah, seperti rakyat biasa juga, ia tetap tertakluk pada KanunKeseksaan.

Untuk kes di atas, kita semak kepada pekeliling Tindakan Tatatertib di bawah:

Peraturan (34)Tiada Tindakan Tatatertib boleh di ambil sementara menunggupenyelsaian prosiding jenayah

34(1). Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai dan masihbelum selesai, tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap pegawai itu berasaskanalasan yang sama dengan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai itu.

34(2). Tiada apa­apa jua dalam subperaturan(1) boleh ditafsirkan sebagai menghalangtindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu sementara menunggu penyelesaianprosiding jenayah itu berasaskan apa­apa alasan lain yang berbangkit daripadakelakuannya, dalam pelaksanaan tugas­tugasnya.

Secara jelas mengikut peraturan di atas, hukuman yang dikenakan terhadap guru terbabit adalah mengikut prosedur,namun, secara logiknya, dimanakah praktikalnya peraturan ini. Seorang guru yang melakukan kesalahan yang amatserius dari segi akhlak, masih boleh bertugas lagi dan hanya ditukarkan ke sekolah lain?

Jelas di sini, peraturan ini yang melindungi mereka sebelum prosiding. Namun, secara logik, ianya tidak praktikal.Adakah dengan menukarkan tempat bertugas, akan menjamin bahawa guru terbabit tidak melakukan kesalahan yangserupa? Sudah tentu tiada jawapan yang pasti. Sebaliknya, Ketua Jabatan mempunyai hak dan kuasa dalammemberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Sebab itu boleh kami katakan, ada segelintir pekerja kerajaan yang “naik lemak” kerana pandai memanipulasiperaturan­peraturan yang melindungi mereka. Sesuatu perlu dibuat bagi menjadikan teori dan segala peraturan dantindakan tatatertib, menjadi lebih praktikal dan seterusnya menjamin status penjawat awam agar lebih positif dikalangan orang awam.

Kami berpendapat bahawa, sememangnya pekerja kerajaan sukar untuk dibuang kerja.Lebih­lebih lagi, sekiranyajawatan mereka itu tetap dan telah pun mendapat pengesahan jawatan. Segala proses akan menjadi lebih rumit danterpaksa melalui prosedur yang amat panjang. Berikut di bawah pula merupakan peraturan menamatkanperkhidmatan.

Penamatan Demi Kepentingan Awam

(1) Walau apa pun apa­apa peruntukan dalam Peraturan­Peraturan ini, jika Kerajaanmendapati atau jika representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa adalah wajarperkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam, Kerajaanbolehlah meminta laporan yang penuh daripada Ketua Jabatan di mana pegawai itusedang berkhidmat atau telah berkhidmat. Laporan tersebut hendaklah mengandungibutir­butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan­ulasanKetua Jabatan, jika ada.

(2) Jika, setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1), Kerajaanberpuas hati bahawa memandangkan syarat­syarat perkhidmatan, kegunaan pegawai itukepada perkhidmatan, kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kesitu, adalah wajar demi kepentingan awarn untuk berbuat demikian, Kerajaan bolehmenamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukanoleh Kerajaan.

(3) Adalah sah di sisi undang­undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaanuntuk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai ituditamatkan demi kepentingan awam walau pun prosiding tatatertib belum dijalankan dibawah mana­mana peruntukan Peraturan­Peraturan ini; dan Kerajaan boleh dengandemikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut. Subperaturan (4) hendaklahterpakai berkenaan dengan penamatan perkhidmatan pegawai awam itu di bawahsubperaturan ini.

(4) Walau apa pun apa­apa jua dalam Peraturan­Peraturan ini dan mana­mana undang­undang lain yang berlawanan, apabila menamatkan perkhidmatan mana­mana pegawaidemi kepentingan awam di bawah peraturan ini, pegawai itu boleh tidak diberikan apa­apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai yang perkhidmatannya telahditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh, bagi maksudPerkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan, dianggapkan telah dibuang kerja, tidak kirasama ada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan suatu elemen hukuman atauyang berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang Kerajaanmenganggap tak memuaskan atau patut disalahkan.

Jelas disini, ketua jabatan dan kerajaan masih boleh menurut budi bicara yang berasas untuk menjatuhkan hukumansetimpal kepada penjawat awam yang melakukan kesalahan yang serius. Namun adakah pelaksanaannya benar­benarberkesan?