naikkan gaji minimum ke rm 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. untuk...

16
DIS 2017 - JAN 2018 RM 1 RM 2 HARGA SOLIDARITI | PQ/PP1505(17864) BERJUANG BERSAMA RAKYAT Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel/Faks: 03-22762247 http://partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis > m/s 5 > m/s 6 baca lanjut di m/s 10 > m/s 13 > m/s 4 Bank Negara cabul hak asasi Bajet 2018 gagal tangani masalah ketidakjaminan kewangan rakyat Kudeta jatuhkan diktator Mugabe, tapi... PSM pecah undi? Naikkan gaji minimum ke RM 1500 baca lanjut di m/s 8 & 9

Upload: phungtu

Post on 10-Jun-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

DIS 2017 - JAN 2018 RM 1 RM 2 HARGA SOLIDARITI | PQ/PP1505(17864) BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel/Faks: 03-22762247 http://partisosialis.org ● E-mel: [email protected] ● Facebook: psm.sosialis

> m/s 5

> m/s 6

baca lanjut di m/s 10

> m/s 13

> m/s 4

Bank Negara cabul hak asasi

Bajet 2018 gagal tangani masalah ketidakjaminan kewangan rakyat

Kudeta jatuhkan diktator Mugabe, tapi...

PSM pecah undi?

Naikkan gaji minimum ke RM 1500

baca lanjut di m/s 8 & 9

Page 2: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

2 PSM Dis 2017 - Jan 2018

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan lambang

Lambang parti ialah geng-gaman tangan kiri yang mel-ambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat PSM

Mengamalkan prinsip sosialisme

sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat

demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pem-

bangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara

adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat

berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi

manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan

Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara,

berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya.

Memastikan tidak berlaku

penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling

menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang

pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru

dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar

daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan

menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk mem-bela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

PSM adalah anggota kepada Gabungan Kiri, satu usahasama antara kumpulan dan individu dalam membina gerakan kiri sebagai alternatif

untuk masyarakat Malaysia.

Langganlah Akhbar

Sosialis

sekarang!

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________________ Alamat: _______________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ Telefon: ______________________________________________ Faks: _________________________________________________ E-mel: ________________________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia 140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel/Faks: 03-22762247 E-mel: [email protected] Laman web: http://partisosialis.org/

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Razak cuba meraih sokongan rakyat dengan memberi gula-gula dalam Bajet 2018, memandangkan pilihan-raya umum sudah pun semakin dekat. Namun, pemberian gula-gula pilihanraya yang mungkin akan menambat hati rakyat untuk seketika itu, tidak akan dapat menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi rakyat biasa, iaitu ketidakadilan sosial yang disebabkan penumpuan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya dan pemusatan kuasa dalam tangan golongan elit pemerintah. Selagi kuasa politik masih dimonopoli oleh golongan elit yang menguasai jentera kerajaan untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni-kroni mereka, selagi kekayaan masyarakat masih dibolot golongan mahakaya yang sentiasa dilindungi kepentingannya oleh kerajaan yang pro-kapitalis, kehidupan rakyat biasa akan tetap diancam dan terjejas. Masalah gaji rendah, waktu kerja yang panjang, ketiadaan perlindungan sosial yang menyeluruh, ketidakmampuan untuk memiliki rumah kediaman dan sebagainya, akan terus menghantui rakyat biasa. Dalam keadaan negara kita dilanda masalah korupsi, penyelewengan kuasa, ketidakadilan sosial dan krisis ekonomi yang semakin serius, pembangkang aliran

utama pula gagal menampilkan diri sebagai satu alternatif politik yang benar-benar dapat dipercayai akan membawa perubahan sebenar, apabila Mahathir Mohamad, seorang politikus yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan merupakan punca kepada kebanyakan kepincangan sistem pemerintahan pada hari ini, telah diangkat sebagai pemimpin utama gabungan pembangkang, malah dianggap sebagai “penyelamat” untuk Malaysia membebaskan diri daripada kleptokrasi versi Najib. Situasi ini bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah menyebabkan sebilangan rakyat yang inginkan perubahan berasa kecewa sehingga berputus asa dalam melibatkan diri dalam perjuangan untuk perubahan. Jadi, adalah tidak mungkin untuk rakyat biasa terus mengharapkan golongan elit politik untuk membawa perubahan dari atas. Sesuatu perubahan tidak akan benar-benar membebaskan rakyat daripada belenggu penindasan dan pemerasan, selagi rakyat biasa tidak memiliki kuasa dan pandangan

mereka diambil kira dalam proses perubahan. Hanya perubahan yang digerakkan dari bawah, oleh rakyat marhaen yang sedar dan tersusun, dapat menjamin pembebasan dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan. ##

Page 3: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

3 PARTI DAN FRON Dis 2017 - Jan 2018

“Masyarakat luar bandar makin miskin,” kata kajian PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah melancarkan Laporan Kemiskinan Luar Bandar pada 28 November lalu, dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di ibupejabat PSM di Kuala Lumpur.

Laporan tersebut merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh PSM untuk 2 tahun yang lepas bagi mengenalpasti masalah pokok yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia, termasuk pekebun kecil getah, pesawah padi, nelayan, peneroka FELDA dan sebagainya. Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, merupakan penggerak utama dalam projek kajian kemiskinan luar bandar ini.

Menurut Dr. Jeyakumar, kemiskinan yang wujud di kalangan masyarakat orang Melayu di kawasan luar bandar adalah masalah kelas. Kemiskinan di luar bandar masih berterusan kerana penguasaan golongan elit ke atas kekayaan yang meminggirkan golongan miskin, di samping wujudnya masalah penswastaan dalam pemberian bantuan dan juga isu pengangguran di kalangan masyarakat luar bandar.

Walaupun kerajaan telah memperuntukkan berbilion ringgit setiap tahun untuk membantu pekebun kecil getah, pesawah padi, peneroka FELDA, nelayan dan lain-lain lagi golongan yang hidup di kawasan luar bandar, tetapi pendekatan kerajaan menyalurkan subsidi-subsidi tersebut melalui kelas kroni Melayu telah mengakibatkan ketirisan yang hebat sehingga menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Yang mendapat faedah daripada sistem yang cenderung kepada membantu kroni-kroni ini

adalah golongan peniaga yang menjadi pembekal baja kepada petani, pemilik lesen untuk membeli susu getah atau pemilik lesen perikanan yang menyewa kepada nelayan luar untuk keuntungan.

Tambahan pula, walaupun terdapat banyaknya agensi kerajaan daripada pelbagai kementerian yang bertanggungjawab untuk menyalurkan subsidi kepada masyarakat luar bandar, tetapi telah dijejaskan oleh karenah birokrasi yang amat serius.

PSM telah mencadangkan supaya peranan BERNAS perlu disemak semula dan mengembalikan model Lembaga Padi Negara (LPN) dalam pemberian bantuan kepada pesawah padi. Menurut Dr. Jeyakumar, “terdapat seramai 180,000 petani yang sepatutnya mendapat bantuan berjumpah RM 400 juta. Sebelum ini, baja dibekalkan oleh LPN. Namun, penswastaan pembekalan baja kepada golongan peniaga menyebabkan petani tidak mendapat baja yang sepatut diterima mereka.”

Sebagai susulan kepada pelancaran laporan ini, PSM akan menganjurkan mesyuarat meja bulat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi komuniti yang berkenaan untuk mendapatkan maklum balas. Cawangan-cawangan PSM juga akan membawa cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini dalam perbincangan di peringkat akarumbi dan memberikan maklum balas.

Turut hadir dalam sidang akhbar pelancaran Laporan Kemiskinan Luar Bandar ialah Azlan Awang daripada Blindspot, sebuah badan masyarakat sivil yang prihatin pada isu-isu keadilan sosial.

Das Kapital masih relevan hari ini Bersempena dengan ulangtahun ke-150 penerbitan buku Das Kapital tulisan Karl Marx, Pemuda PSM telah menganjurkan satu sesi khas di Kuala Lumpur pada 22 November lalu, bagi mengupas isi kandungan buku tersebut dan belajar tentang kerelevanan tulisan yang mengkritik sistem kapitalis tersebut pada hari ini. Peter Boyle, daripada Socialist Alliance Australia, telah membentangkan hujah-hujah yang bernas tentang kepentingan untuk kita memahami sifat asas sistem kapitalis supaya kita dapat mengatur perjuangan untuk menentang sistem kapitalis yang mewujudkan pemerasan dan ketidakadilan sosial. Kehadiran dalam sesi diskusi ini amat menggalakkan, dan menunjukkan bahawa masih terdapatnya minat mendalam terhadap idea-idea sosialis yang kritikal terhadap sistem kapitalis hari ini.

Masalah banjir kilat di Sungai Siput

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, telah memohon untuk berjumpa dengan Menteri Besar Perak untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Sungai Siput (U), Perak. Satu surat berkenaan dengan permohonan perjumpaan tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Khas bagi Menteri Besar Perak pada 6 November lalu. Dalam dua bulan yang lepas, beberapa kawasan di pekan Sungai Siput telah dilanda banjir kilat yang melibatkan lebih daripada 160 buah rumah apabila Sungai Buloh, sungai utama yang melalui pekan Sungai Siput, telah melimpah keluar dari tebingnya. Di antara kawasan taman dan kampung di mana air banjir telah memasuki rumah adalah Taman Shangrila (15 rumah), Jalan Padang Sungai Buloh (30 buah rumah), Taman Aman (di hadapan Ibupejabat Polis Daerah, 40 buah rumah), Kampung Veerasamy (40 buah rumah), Belakang Kilang Papan (6 rumah) dan Kampung Jalan Lintang (25 rumah). Pasar Besar Sungai Siput juga terjejas dengan kerosakan barang jualan ramai peniaga. Menurut Dr. Jeyakumar, ramai penduduk Sungai Siput telah bertanya pada beliau bagaimana peristiwa seperti ini boleh berlaku. Sebelum ini, jurutera projek PR1MA di Sungai Siput (U) telah memberikan jaminan bahawa pembangunan projek-projek perumahan di Ulu Sungai Buloh telah mematuhi semua syarat berkaitan dengan “Storm Water Management” (Pengurusan Air Ribut) di mana kolam-kolam tadahan air diwujudkan di semua projek perumahan baru. Tetapi, nampaknya ada kelemahan dalam perancangan pembangunan tersebut. Penambakan kolam-kolam besar di kaki bukit adalah sebab utama banjir yang sedang dialami di pekan Sungai Siput. “Saya ingin mengesyorkan satu Jawatankuasa bersama yang dianggotai oleh beberapa Jabatan Kerajaan, termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Rakyat (JKR), ditubuhkan dengan segera untuk mengkaji masalah ini dan mencari penyelesaiannya,” Dr. Jeyakumar mengemukakan cadangannya. Dr. Jeyakumar juga mengemukakan syor-

syor daripada rakyat Sungai Siput berkaitan masalah ini, antaranya: 1. Hentikan sebarang pembalakan

ataupun pembersihan hutan di bukit-bukit di belakang Kampung Baru Sungai Buloh yang merupakan kawasan tadahan air.

2. Hentikan penambakan kolam-kolam bekas lombong yang masih wujud di kawasan belakang Kampung Sungai Buloh.

3. Membina kolam kecil serta empangan untuk melambatkan aliran air dari anak-anak sungai bagi Sungai Buloh, Sungai Sintang dan Sungai Bemban. Menanam semula pokok di tebing-tebing anak sungai.

4. Ambil tanah Ladang Sime Darby untuk mewujudkan satu kolam tadahan air di kawasan Sungai Buloh yang berada di kawasan hulu dari Taman Shangrila.

5. Memantau pemendapan pasir (siltation) di Sungai Buloh dengan mengukur dan merekodkan kedalaman sungai di setiap jambatan yang dilaluinya, termasuk Taman Shangrila, Jalan Padang, dekat Balai Polis, Kampung Veerasamy, Belakang Kilang Kayu, Kampung Jalan Lintang dan kawasan belakang Pasaraya TF. Pemendapan pasir adalah satu lagi sebab utama banjir kilat ini telah berlaku.

6. Melaksanakan program di mana Sungai Buloh terus dikorek/dibersihkan, untuk segmen dari Taman Shangrila sampai ke kawasan pasaraya TF, dan pasir yang diangkat keluar dibawa jauh sedikit dari tebing untuk elak kemungkinannya pasir itu akan mengalir balik ke sungai setiap kali hujan berlaku.

7. Letakkan benteng gabion di sepanjang Sungai Buloh, dari Taman Shangrila sampai ke pasaraya TF untuk mengurangkan hakisan tanah apabila air sungai penuh dan laju.

Page 4: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

4 NASIONAL Dis 2017 - Jan 2018

PSM pecah undi? Membina kuasa rakyat lebih penting

daripada sekadar meraih undi dengan harapan palsu oleh S. Arutchelvan PSM parti kecil tetapi berjiwa besar. Kami bertanding dalam PRU hanya di kawasan yang kami buat kerja, ada calon yang baik dan menilai sejauh mana penerimaan rakyat untuk calon parti ketiga selain parti besar macam BN dan PH. Jumlah kerusi yang ditandingi PSM amat kecil berbanding dengan aktiviti PSM di seluruh Semenanjung Malaysia. PSM dari dulu sampai sekarang mengambil posisi melawan BN, namun kebelakangan ini kami dikritik dan dikutuk oleh segelintir penyokong PH kerana kami ini dilihat sebagai pihak yang memecahkan undi dan akan membawa kepada kemenangan BN. Hujah-hujah ini ada masalah. Sebelum PSM bertanding dalam PRU ini pun, sudah terjadi pertandingan 3 penjuru setelah DAP dan PAS berpecah. Itu salah siapa? Mengapa parti yang tidak menyebabkan perpecahan dalam PR kini dituduh menjadi parti yang akibatkan 3 penjuru? Dulu PSM pernah meminta untuk menyertai PR, tetapi permintaan itu langsung tidak dilayan malah kami ditigapenjurukan dalam 3 daripada 4 kerusi yang kami tandingi. Kini orang yang sama cuba setiap kali guna skrip

lama, iaitu minta PSM memohon untuk sertai PH. PSM mengambil keputusan bahawa kami masih sedia berbincang untuk kerjasama pilihan-raya (electoral pact) di kawasan yang kami tandingi untuk menghalang tiga penjuru, tetapi itu tidak diendahkan. Mereka terus menggunakan hujah lapuk bahawa PSM angkuh dan tidak mahu sertai PH dan sebagainya. Sebenarnya siapakah yang angkuh? PH sudahpun mengumumkan untuk bertanding semua kerusi dan kini mereka jika mahu pun, PSM tanding atas tiket mereka kerana mereka tidak mahu PSM guna logo sendiri. Adakah ini adil? Apabila PSM hendak bertanding, mereka cakap PSM akan hilang deposit, parti nyamuk dan sebagainya, tetapi mereka guna begitu banyak masa mengkritik PSM. Satu kontradiksi yang hebat. PH sudah ambil 100% kerusi kerana mereka rasa itu hak mutlak mereka, dan apabila PSM umum bertanding 3% kerusi tetapi akan sokong calon PH jika calon itu berkualiti, mereka masih tidak boleh terima. Sepatutnya mereka gembira kerana kami sokong mereka di 97% kerusi ditandingi mereka manakala mereka lawan kami di 100% kerusi yang kami

tandingi. PSM merasakan PRU kali ini susah untuk PH menang kerana seperti dulu, dengan persempadanan semula dan penipuan pilihanraya BN, maka rakyat harus diperkasakan untuk melawan penipuan ini. Kuasa rakyat jangan diperkecilkan. Namun PH, kecuali sebilangan kecil ahli politiknya, masih memberikan harapan palsu kononnya Tun Mahathir akan membawa undi luar bandar dan Tsunami Melayu. Dalam PRU-13, dengan PAS bersama pun, PR kalah dalam PRU, bandingkan tanpa PAS, bolehkah PH dapat lebih undi di kawasan luar bandar dan kawasan Melayu? Dalam konteks yang sama, walaupun ramai orang yang merasakan kita harus mempergunakan Mahathir untuk melawan Najib, mereka berhujah ini sebagai "gambaran besar". Namun, konsep Gambaran Besar ini digunakan setiap kali - semasa Tengku Razaleigh dalam Semangat 46 dan sebagainya. Nampaknya kita tidak mahu belajar dari sejarah, dan mengusulkan sesuatu supaya rakyat Malaysia terima sahaja? Jangan mempersoalkan? Isu prinsip – kemudian baru ambilkira? Maka sehingga berapa lama pun, politik

menjadi hanya bahan menipu rakyat dengan menggunakan propaganda dan wang. PSM membawa politik dan nafas bersih dalam politik negara yang tepu dengan sikap oportunis. Memperkenalkan calon akar umbi, mengusulkan calon yang kesemuanya akan mengisytihar harta, tidak main politik kaum dan agama. PSM masuk politik berlandaskan prinsip yang bukan untuk menyogok rakyat dengan wang ataupun dengan propoganda manis. PSM masuk bertanding untuk memberikan alternatif baru, pemikiran baru dan beberapa tuntutan yang langsung tidak dibawa oleh parti-parti lain. Yang paling penting adalah posisi untuk menghormati rakyat sebagai agen yang terbaik untuk membawa perubahan - bukan dengan meminta sedekah dari parti bertanding tetapi dengan cara berjuang dan memartabatkan nilai dan maruah diri. Walaupun perjalanan kita jauh, berliku-liku dan dan sukar, namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Yang berbeza, kami menghabiskan 90% masa berjuang untuk memperkasakan rakyat dan 10% masa cakap pasal PRU, parti lain 90% cakap pasal PRU, 10% masa membina kuasa rakyat. ##

oleh Karthiges, Penyelaras Biro Perumahan PSM Bajet 2018 adalah satu perancangan yang amat mengecewakan, kerana tidak menampakkan satu pembangunan terancang untuk membaiki sistem pentadbiran yang sangat kritikal. Kami ingin menyentuh isu perumahan, khususnya untuk merungkaikan apakah yang sebenarnya cuba dibawa oleh Perdana Menteri Najib kali ini. Antara pengumuman berkaitan isu perumahan ialah : 1. Perumahan untuk penjawat

awam 1Malaysia (digalakkan) 2. Blueprint (rangka tindakan)

untuk keluarga angkatan tentera (digalakkan)

3. Projek-projek perumahan yang sepatutnya dijalankan sepanjang tahun 2018, termasuk PR1MA, projek Rumah Mesra Rakyat, MyBNHome dan projek perumahan rakyat.

Antara kritikan terhadap bajet kali ini ialah: a) Perluasan projek perumahan PR1MA kepada pihak swasta. Bagi

menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik, skim step-up financing yang diperkenalkan oleh PR1MA, dipanjangkan kepada pemaju perumahan swasta, berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan. Ini adalah satu tindakan berterusan kerajaan mengalihkan tanggungjawabnya kepada kaum pemodal. Apabila pemodal terlibat dalam perumahan rakyat, objektif keuntungan secara automatik akan diutamakan dan harga perumahan akan naik dan tidak terkawal. b) Harga rumah PR1MA adalah tidak munasabah dengan harganya ratusan ribu ringgit. Adakah seorang pekerja biasa dengan gaji minimum RM 1000 mampu memiliki rumah tersebut. Walaupun campur dengan gaji pasangan, kaum pekerja bergaji rendah masih tidak mampu untuk membelinya. Jadi, siapakah sasaran Perdana Menteri kita apabila menyatakan projek perumahan itu untuk rakyat biasa? c) Tanah yang diambil untuk projek perumahan kerajaan juga menjadi masalah. Dua contoh yang nyata ialah : i. Sebidang tanah di Padang Meha, Kedah, telah dibeli oleh kerajaan daripada tuan tanah yang

enggan membayar pampasan kepada bekas pekerja Ladang Meha yang diberhentikan kerja sejak tahun 1995. Tanah itu digunakan untuk membina rumah PR1MA. Bukankah tanggungjawab kerajaan juga untuk membantu bekas pekerja ini termasuk membina rumah yang menjadi tuntutan mereka? ii. Penduduk Kampung Baru di Padang Tembak, Bukit Pinang, Kedah, juga dalam ambang pengusiran paksa keluar apabila tanah kampung mereka akan diambil untuk tujuan perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Kampung Baru ialah satu kampung warisan Melayu yang berusia hampir 100 tahun. Adakah dalam mengejar usaha projek perumahan seperti ini, kita melupakan masyarakat terpinggir? Antara cadangan mengawal masalah kos rumah yang melambung tinggi yang dibawa oleh Ahli Parlimen PSM, Dr Jeyakumar Devaraj, di parlimen adalah:

Tubuhkan Lembaga yang

bukan untuk keuntungan (non-profit), untuk membina dan menjual rumah pada rakyat kita.

Wujudkan polisi di mana setiap

keluarga dapat membeli rumah pertama mereka daripada Lembaga ini dengan harga pembinaan sahaja.

Polisi yang memastikan tanah

kerajaan digunapakai untuk tujuan ini tanpa cuba mengaut untung bagi syarikat GLC yang dihadiahkan tanah tersebut supaya menjual kepada pemaju.

Polisi di mana adanya

pengkalan data yang menyenaraikan semua pembeli rumah daripada Lembaga Perumahan ini supaya semua keluarga hanya membeli satu rumah daripada lembaga dengan harga terkawal.

Polisi di mana jika keluarga itu

mahu membeli rumah daripada Lembaga di kawasan lain, boleh. Tetapi kena menjual balik rumah pertama itu dengan harga yang dibeli sahaja. Mungkin boleh campur kadar inflasi.

Melalui polisi ini kita boleh mengeluarkan impak spekulasi daripada pasaran rumah di Malaysia dan harga rumah pertama untuk rakyat dapat dikawal. Tetapi kita kena mencabar pendekatan neoliberal yang menyatakan semua perkhidmatan harus dibekalkan oleh sektor swasta atas prinsip perniagaan. Kita kena cabar kepercayaan neoliberal yang mengatakan bahawa sistem pasaran swasta adalah jauh lebih efisyen dalam pembekalan rumah untuk rakyat. ##

Isu Perumahan dalam Bajet 2018

Page 5: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

5 PERJUANGAN RAKYAT Dis 2017 - Jan 2018

Bank Negara cabul hak asasi Aktivis JERIT dimangsakan

Y. Kohila, seorang aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang telah lama terlibat dalam perjuangan masyarakat akar umbi, mencabar keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang memecatnya hanya kerana penglibatannya dalam aktivisme sosial. Kohila telah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan pendengaran pertama untuk permohonan tersebut telah berlangsung pada 7 November lalu. Sebelum pemecatannya, Kohila bekerja sebagai Pengurus di Muzium dan Galeri Seni BNM. Kohila telah berkhidmat di Bank Negara untuk 12 tahun. Beliau menyertai Bank Negara pada 15 Julai 2005, bekerja sebagai pegawai di Jabatan Muzium, Galeri Seni dan Pusat Pengurusan Pengetahuan. Pada bulan Mei 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus di Jabatan Muzium dan Galeri Seni. Sebelum Kohila bekerja dengan Bank Negara lagi, beliau sudah pun aktif dalam aktivisme sosial dan gerakan masyarakat akar umbi. Kohila adalah salah seorang aktivis JERIT yang aktif dan mempunyai pengalaman dalam aktivisme selama lebih 20 tahun, iaitu sejak dari zaman universiti lagi. Beliau adalah seorang aktivis yang mempunyai rekod dalam mempertahankan hak asasi rakyat yang tertindas seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, Orang Asli dan sebagainya. Pada tahun 2010, beliau juga pernah menjadi salah seorang anggota dalam sekretariat SUARAM yang merupakan antara NGO hak asasi manusia yang terulung di Malaysia. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa, Kohila ialah seorang kakitangan Bank Negara yang mempunyai pretasi baik dan berdedikasi sehingga boleh dinaikkan pangkat dalam tempoh masa 5 tahun sahaja, walaupun pada ketika itu beliau juga merupakan seorang aktivis sosial. Namun, pihak Bank Negara telah memulakan beberapa tindakan untuk menyekat kebebasan asasi Kohila walaupun semua aktiviti peribadi beliau dilakukan di luar masa kerja dan langsung tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan bahawa beliau membuat kerja-kerja ini semasa kerja atau menggunakan kedudukannya untuk menyerang atau mencemari imej Bank Negara.

Pada tahun 2011, semasa Himpunan BERSIH 2.0, Kohila telah diberi surat tunjuk sebab serta diadakan Siasatan Dalaman, hanya kerana beliau menyokong BERSIH 2.0. Namun, pada masa itu, beliau dilepaskan dengan amaran keras. Pada 4 Mei 2017, Kohila telah diberi Surat Tunjuk Sebab oleh Bank Negara dengan 3 tuduhan: Tuduhan Pertama: Merayu sokongan untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan ahli PSM, iaitu Dr Nasir Hashim (Kota Damansara), Dr. Jeyakumar devaraj (Sungai Siput), M. Sarasvathy (Jelapang) dan S. Arutchelvan (Semenyih) bagi tujuan bertanding di dalam Pilihanraya Umum ke-13 di bawah logo sendiri melalui satu kenyataan awam bertarikh 12 April 2013 yang bertajuk “Allow PSM to Contest under Their Own Banner”, yang ditulis dan diterbitkan di dalam laman sesawang Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Tuduhan Kedua: merayu sokongan untuk Setiausaha Agung PSM, iaitu Arutchelvan pada hari penamaan calon bagi tujuan bertanding di dalam Pilihanraya Umum ke-13 untuk kawasan Semenyih melalui satu kenyataan awam bertajuk “JERIT supports Arul’s candidacy in Semenyih: urges civil society to show support on nomination day” yang ditulis dan diterbitkan di laman sesawang JERIT pada 17 April 2013. Tuduhan Ketiga: berkelakuan tidak sewajarnya (befitting) dengan status selaku pegawai bank, iaitu dengan menyertai satu perhimpunan awam anjuran PSM yang berlangsung pada 1 Mei 2016 (Hari Pekerja) bertema “Utamakan Pekerja, Selamatkan Malaysia”, di mana perhimpunan awam tersebut tidak memenuhi kehendak di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga memakai kemeja-T yang mempamerkan antara lainnya perkataan “BATAL GST” dan logo anti-GST semasa menyertai perhimpunan awam tersebut. Selepas itu, satu Prosiding Dalaman telah berlangsung pada 30 Mei, 31 Mei dan 2 Jun 2017. Dalam tempoh lebih kurang sebulan, pada 19 Julai 2017, Kohila telah menerima surat yang menyatakan bahawa beliau didapati bersalah dalam ketiga-tiga tuduhan tersebut dan beliau disuruh keluar dari premis Bank Negara dalam tempoh masa 1 jam sahaja. Rayuan telah dibuat ke atas keputusan Bank pada 3 Ogos 2017, di mana rayuan tersebut ditolak pada 5 September 2017. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), organisasi tersebut mengutuk tindakan Bank Negara yang berniat jahat itu, dan

berpendirian bahawa pemecatan Kohila daripada BNM adalah tindakan yang mencabul hak asasi dan kebebasan individu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. “Bank Negara Malaysia tidak menghormati hak seorang individu yang dewasa untuk mengamalkan hak seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 4, 5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Hak Asasi Sejagat dan beberapa lagi instrumen hak asasi sedunia,” begitu katanya Nalini Elumalai, Penyelaras JERIT. JERIT menuntut pada Bank Negara untuk: 1. Membatalkan pemecatan Kohila dan mengambilnya untuk kerja semula dengan pangkat yang sama. 2. Membayar gantirugi untuk pemecatan tidak sah, termasuk gaji bagi tempoh masa tidak kerja, penderitaan emosi, mental dan penjejasan reputasi. 3. Bonus tahun 2016 yang telah ditahan kerana kes disiplin ini. 4. Semua kemudahan untuk Kohila sebagai kakitangan Bank Negara dikembalikan. 5. Semua klausa yang tidak mematuhi perlembagaan negara dalam Kod Etika BNM 2012 termasuk Perenggan 18(3)(d) BNM Code 2012, dibatalkan kerana bertentangan

dengan Perkara 10 (1)(a), 10(1)(b) dan/atau 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Sistem undang-undang yang membenarkan pemecatan daripada pekerjaan semata-mata disebabkan oleh kepercayaan seseorang dalam isu kepentingan awam dan isu politik negara, merupakan pencabulan hak asasi yang serius. Pihak Bank Negara menyalahgunakan segala kuasa yang ada pada mereka tanpa mempertimbangkan dan tanpa menghormati hak asasi manusia. Pencabulan hak dan pemecatan jawatan yang berlaku ke atas Kohila di mana beliau diambil tindakan atas kegiatannya di masa lapang dan aktiviti yang tidak melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia adalah satu trend yang berbahaya. Ini perlu dikutuk dan tidak harus dilaksanakan oleh mana-mana pihak, terutamanya sebuah agensi besar dan berpengaruh seperti Bank Negara Malaysia. Kebebasan berfikir, berhimpun dan mengeluarkan pandangan adalah hak asasi yang amat penting dalam proses demokrasi negara. Menghalang dan menyekat seseorang individu yang melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini pada masa lapang mereka merupakan satu pencabulan yang amat serius. Bank Negara harus insaf, menarik balik pemecatan dan memastikan perkara ini tidak berlaku lagi. ##

Page 6: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

6 EKONOMI Dis 2017 - Jan 2018

Bajet 2018 tidak tangani masalah ketidakjaminan kewangan rakyat (Berikut ialah ucapan yang disampaikan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, semasa membahaskan Bajet 2018 pada 1 November lalu.) Perdana Menteri telah mengatakan bahawa inilah bajet yang terbaik dalam sejarah Malaysia kerana ianya komprehensif serta mengambilkira kepentingan semua lapisan masyarakat Malaysia. Saya telah meneliti Bajet 2018, dan setuju ada hadiah-hadiah, handout untuk pelbagai sektor:

170,000 pesawah padi akan menerima RM 200 sebulan selama 3 bulan.

Unit Amanah Saham PNB bernilai RM 200 akan dianugerahkan kepada setiap orang anak yang dilahirkan di Malaysia. (~500,000 kelahiran setahun)

Baucar RM 250 membeli buku akan diberikan kepada 1.2 juta pelajar IPT dan Tingkatan 6.

Bantuan pendidikan sebanyak RM 100 untuk 3.2 juta murid sekolah.

BR1M akan diberi kepada 7 juta orang dengan anggaran kosnya hampir RM 7 bilion.

Bonus sebanyak RM 1500 akan diberi kepada beberapa kumpulan. (Termasuk 9,800 Ketua Kampung dan Tok Batin; 65,000 Imam, Bilal, Guru KAFA, guru takmir; 1.2 juta kakitangan kerajaan.)

Tetapi soalannya adalah, adakah pemberian handout seperti ini menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang inklusif? Pada pandangan saya walaupun negara bertambah kaya dari segi GDPnya, walaupun pendapatan per kapita telah meningkat ke RM 40,713 tahun ini, tahap jaminan kewangan (financial security) untuk 80% daripada rakyat kita terus berkurang. Tahap insekuriti (ketidakjaminan) telah bertambah. Rakyat kita tidak selamat dari segi kewangan. Negara kaya, tetapi rakyat terasa khuatir terhadap masa depan. Kenapa? Saya rasa ada 2 sebabnya:

Tiada simpanan yang mencukupi

untuk masa depan.

Kos keperluan asas yang terus

melambung tinggi. Sebab Pertama: Tiada simpanan yang mencukupi untuk masa depan. Simpanan KWSP merupakan simpanan utama untuk pekerja di sektor swasta dan mempunyai 6.5 juta pencarum. Mengikut statistik KWSP sendiri, 80% daripada pencarum KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan KWSP yang kurang daripada RM 150,000. Mengikut anggaran KWSP sendiri, 80% menghadapi masa depan yang tidak terjamin. Simpanan mereka akan habis

sebelum mereka mencapai umur 70 tahun. Selepas itu, mereka terpaksa bergantung pada anak – dan untuk ramai antara mereka, anak pun miskin dan memikul beban kewangan yang tinggi. Inilah punca ketidakyakinan terhadap masa depan. Bukan saja pekerja bergaji yang menghadapi masalah tiada simpanan yang mencukupi… - 1.5 juta pekebun kecil, pesawah dan nelayan menghadapi masalah yang lebih teruk lagi dalam ketiadaan simpanan. Mereka tiada simpanan KWSP pun. Majoriti daripada kumpulan ini yang berpendapatan rendah tiada simpanan untuk masa depan. - 1.5 juta perniaga kecil – gerai, pasar malam dan sebagainya dalam situasi yang sama. Tiada KWSP, tiada simpanan, tiada keyakinan. Timbulnya kerisauan terhadap masa depan. Inilah fakta pertama yang menyebabkan ketidakyakinan ataupun ketidakselamatan kewangan terhadap masa depan – tiada simpanan yang mencukupi Fakta kedua yang wujudkan insekuriti di kalangan rakyat kita adalah kos keperluan asas – kesihatan, perumahan dan pendidikan - yang terus melambung tinggi. Ambil kes kos perubatan sebagai contoh: Ramai rakyat Malaysia telah hilang keyakinan mereka terhadap Hospital Kerajaan kerana: - Kelewatan dalam mendapatkan rawatan. - Ramai doktor muda tanpa pengalaman dan kekurangan doktor pakar untuk membimbing. - Sekatan/kekangan bajet. - Kitaran semula alat-alat. Oleh itu ramai yang pergi ke Hospital Swasta. Pada takat ini, hampir satu pertiga daripada kemasukan ke hospital adalah ke Hospital Swasta. Tetapi kosnya tinggi, misalnya,

Pembedahan pintasan (bypass) – RM 60,000

Bagi rawatan kanser, RM 500,000 pun mungkin tidak mencukupi

Jadi, berapakah amaun yang mencukupi untuk memastikan sebuah keluarga supaya boleh memperolehi rawatan yang berkualiti tinggi untuk semua ahli keluarga sepanjang umur? Supaya mereka tidak bersusah payah pada masa depan. Adakah simpanan sebanyak RM 1 juta mencukupi untk keperluan rawatan? Atau RM 5 juta? Kerisauan berkaitan dengan kos

perubatan adalah penyumbang besar kepada perasaan ketidakselamatan kewangan yang dialami oleh majoriti rakyat kita, termasuk keluarga dalam kategori T30 (golongan 30% yang berpendapatan tinggi).

Punca masalah kos perubatan yang tinggi adalah dasar neoliberal, iaitu kepercayaan perkhidmatan asas harus dibekalkan oleh sektor swasta atas prinsip perniagaan. Pendekatan ini telah menggalakkan perkembangan sektor perubatan swasta dan ini yang memacukan penghijrahan doktor pakar dari sektor kerajaan ke sektor swasta. Sebuah kerajaan yang prihatin pada rakyat akan mengambil langkah untuk memperkukuhkan sistem perubatan awam. Kami telah menyarankan supaya perkembangan hospital swasta dibekukan. Kami tidak minta hospital swasta yang sedia ada ditutup. Tetapi jangan bagi dia berkembang, kerana itu akan menarik keluar lebih ramai pakar daripada sektor awam. Pembekuan ini akan membuka ruang untuk hospital kerajaan menambahkan bilangan pakar yang berpengalaman dan memperbaiki nisbah doktor pakar dalam kakitangan mereka. Ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap Hospital Kerajaan dan rakyat tidak perlu menyimpan wang untuk rawatan pada masa depan. Ini akan mengurangkan tahap insekuriti di kalangan rakyat. Tetapi, dalam bajet ini apa yang kita perhatikan adalah sebaliknya. Peruntukan telah disediakan untuk menggalakkan Pelancongan Kesihatan. Nampaknya kerajaan tidak nampak perkembangan sektor perubatan swasta menyebabkan ketidakjaminan kewangan di kalangan rakyat. Apabila rakyat berasa tiada jaminan, mana boleh mereka menghulurkan tangan untuk membantu orang lain? Mana ada masa untuk membina masyarakat penyayang? Ketidakjaminan kewangan menjadikan kita bersikap mementingkan diri sendiri. Kita terpaksa menjaga kepentingan diri sendiri dulu. Kita terpaksa mengumpul lebih duit, kerana tidak yakin terhadap masa depan. Jadi, tidak berguna untuk hanya mengatakan Malaysia adalah sebuah masyarakat yang inklusif, masyarakat penyayang dan sebagainya. Kita kena wujudkan mekanisme yang boleh memupuk solidariti antara rakyat. Saya ingin sentuh isu Pendidikan. Apakah matlamat kita dalam

mendidik generasi muda ke peringkat universiti? Pada saya, tujuan utama adalah supaya mereka dapat memperolehi kemahiran untuk berkhidmat pada rakyat kita. Apabila saya belajar perubatan di Universiti Malaya, saya diberi subsidi yang besar. Walaupun saya tidak diberi biasiswa, saya sedar bahawa yuran saya hanya menampung 10% daripada kos pendidikan saya. Oleh itu, saya sedia pergi berkhidmat di Sarawak selepas dapat ijazah kerana saya ingin membalas budi pada masyarakat yang telah memberi pendidikan kepada saya. Tetapi sekarang, kita mengkehendaki pelajar kedoktoran membayar RM 300,000 hingga ke RM 1 juta untuk menjadi seorang doktor. Lepas itu, kita memaki mereka apabila mereka enggan bekerja di kawasan luar bandar. Kita gelar mereka sebagai orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi adakah ini adil? Memperniagakan pendidikan tertiari, memaksa mereka mengambil pinjaman yang tinggi dan selepas itu mengkritik mereka yang mahu bekerja di bandar besar supaya dapat bekerja lebih masa dan mengumpulkan duit untuk membayar balik hutang mereka. Saya ingin mengalih kepada masalah harga rumah yang melambung tinggi. Punca masalah ini adalah pendekatan neoliberal yang mengatakan bahawa:

Adalah lebih efisyen untuk pembekalan rumah diambilalih oleh sektor perniagaan;

Adalah baik untuk ekonomi negara dengan membenarkan pemodal dari luar negara untuk membeli rumah dan tanah di Malaysia.

Pendekatan ini telah membuka ruang untuk spekulasi dalam tanah dan rumah. Inilah sebabnya harga rumah telah melambung tinggi. Masalah ini tidak dikendalikan dalam Bajet 2018. Perdana Menteri telah berkata bahawa RM 2.2 bilion telah diperuntukkan untuk membina rumah mampu milik. RM 1.5 bilion daripada RM 2.2 bilion ini adalah untuk PR1MA. PR1MA akan membina rumah yang berharga RM250,000. Adakah ini rumah yang mampu dimilik? Semestinya bukan di Sungai Siput. Lebih daripada 60% daripada keluarga Sungai Siput memperoleh pendapatan di bawah RM 2,000 sebulan sekeluarga. Mereka memerlukan rumah berharga RM 50,000 ke bawah.

(sambung di m/s 7)

Page 7: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

7 EKONOMI Dis 2017 - Jan 2018

(sambung dari m/s 6) Caranya mengawal masalah kos rumah yang melambung tinggi adalah:

Tubuhkan Lembaga yang bukan untuk keuntungan (non-profit) untuk membina dan menjual rumah kepada rakyat kita.

Wujudkan polisi di mana setiap keluarga dapat membeli rumah pertama mereka daripada Lembaga ini dengan harga kos pembinaan sahaja.

Polisi yang memastikan tanah kerajaan dipakai untuk tujuan ini tanpa cuba mengaut keuntungan bagi syarikat GLC yang dihadiahkan tanah tersebut supaya menjual pada pemaju.

Polisi di mana adanya pengkalan data yang senaraikan semua pembeli rumah daripada Lembaga Perumahan ini supaya semua keluarga hanya membeli satu rumah daripada lembaga dengan harga terkawal.

Polisi di mana jika keluarga itu mahu beli rumah daripada Lembaga di kawasan lain, boleh.

Tetapi kena menjual balik rumah pertama itu dengan harga yang dibeli sahaja. Mungkin boleh campur kadar inflasi.

Melalui polisi ini, kita boleh mengeluarkan impak spekulasi daripada pasaran rumah di Malaysia dan harga rumah pertama untuk rakyat dapat dikawal. Tetapi, kita kena mencabar pendekatan neoliberal yang menyatakan semua perkhidmatan harus dibekalkan oleh sektor swasta atas prinsip perniagaan. Kita kena cabar kepercayaan neoliberal yang mengatakan sistem pasaran swasta adalah jauh lebih efisyen dalam pembekalan rumah untuk rakyat. Jika kita benar-benar ingin membina sebuah masyarakat yang inklusif, kita perlu mencabar pendekatan neoliberal yang memperniagakan segalanya. Tetapi saya tidak nampak kesedaran ini dalam Bajet 2018. Pagi tadi, Ahli Parlimen Tambun telah mempertahankan cukai GST dengan berhujah bahawa cukai ini sedang diamalkan di 170 buah negara. Hujahnya tentang 170 negara yang mengamalkan GST tidak boleh

dikatakan salah. Ideologi neoliberal telah menular ke seluruh dunia. Dan ia telah membawa penswastaan perkhidmatan awam, pengecutan jaringan kebajikan, mengurangkan gaji dan menjejaskan sekuriti pekerjaan. Inilah sebabnya rakyat biasa di beberapa buah negara telah dan sedang memberontak. Yang terbaru adalah Brexit. Begitu juga dengan pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ramai orang di negara-negara itu menolak status quo yang mengutamakan kepentingan lapisan yang terkaya sambil meminggirkan rakyat biasa. Sentimen yang sama juga wujud semasa pemberontakan “Arab Spring” di Timur Tengah. Rakyat biasa di seluruh dunia menunjukkan perasaan tidak puas dengan polisi-polisi yang menekan mereka tetapi memberi keistimewaan kepada lapisan 1% terkaya. Cabaran yang kita hadapi pada zaman ini adalah bagaimana kita dapat menyekat kerakusan 1% yang terkaya. Bagaimana kita dapat mengawal tipu helah mereka untuk mengelak daripada membayar cukai? Apakah caranya mengimbangkan

pengagihan kekayaan dunia supaya sebahagian daripada kekayaan ini boleh digunakan untuk membina satu masyarakat yang penyayang dan adil untuk semua? Inilah cabaran yang dihadapi kita sekarang. Ini kerana tidak begitu senang untuk menaikkan cukai terhadap 1% terkaya. Ini kerana ada kemungkinan 1% ini akan memulaukan sebuah negara yang berbuat demikian – mereka boleh mensabotaj ekonomi kita. Jadi kita kena menubuhkan satu sepakatan di peringkat ASEAN dan di kalangan G77, supaya kita bersama-sama dapat mengawal 1% yang terkaya dan mencapai pengagihan kekayaan dunia yang lebih adil. Tetapi, nampaknya langsung tiada kesedaran di kalangan kerajaan terhadap isu-isu ini. Bajet ini tidak cuba mengubahsuai polisi makro yang mewujudkan ketidakjaminan kewangan, tetapi hanya memberi beberapa handout. Dan digelar pula bajet terbaik dalam sejarah Malaysia! Bajet ini menunjukkan kebankrapan pemikiran BN dalam mengendalikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat. ##

Petani perlu dilindungi (Berikut ialah ucapan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk Kawasan Sungai Siput, semasa membahaskan Bajet Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Dewan Rakyat pada 15 November lalu.) Saya ingin membawa 4 perkara. Yang pertama adalah Butiran 040500, iaitu Subsidi Baja Padi yang ditingkatkan daripada RM 300 juta tahun ini kepada RM 465 juta untuk tahun 2018. Saya telah menerima aduan daripada beberapa orang pesawah bahawa baja yang dibekalkan kepada mereka tidak dapat diguna di sawah mereka. Mereka terpaksa membeli baja yang lain. Adakah kementerian sedar akan masalah ini? Berapa ramaikah pesawah yang tidak dapat menggunakan baja yang dibekalkan? Adakah Kementerian melakukan siasatan untuk mengenalpasti punca masalah ini? Adakah baja yang dibekalkan itu berkualiti rendah? Ataupun adakah berpunca daripada masalah status tanah? Adakah penggunaan baucar cara yang baik untuk mengendalikan masalah ini? Jika semua pesawah diberi baucar berasaskan saiz tanah mereka, mereka boleh membeli baja yang diperlukan mereka. Jika tidak, peruntukan sebesar ratusan juta ini dibazir! Poin kedua saya adalah berkenaan dengan Pembangunan Komoditi Ternakan, Butiran 020300. Adakah sebahagian daripada RM19.3 juta yang diperuntukkan akan digunapakai untuk mengendalikan masalah yang dihadapi oleh ramai penternak lembu dan kambing di persekitaran bandar-bandar kita? Perkembangan bandar-bandar kita sedang menyebabkan pengusiran

penternak. Ramai penternak kita mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menternak. Kehilangan kemahiran ini amat merugikan kita. Adakah Kementerian mengambil berat terhadap masalah ini dan mencari jalan untuk mengatasinya? Satu cara adalah untuk memakai Akta Pengambilan Tanah dan mengambil tanah perladangan untuk mewujudkan padang-padang ragut yang boleh dipakai oleh penternak kita yang menghadapi pengusiran. Perkara yang seterusnya adalah berkaitan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Berapakah bilangan petani yang terlibat dalam 8 kawasan skim bersepadu yang diwujudkan? Adakah mereka petani yang memang berada di kawasan itu sebelum skim ini ataupun adakah mereka petani

komersial besar? Apakah keberkesanan Projek IADA dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan dalam membekalkan keperluan barang-barang makanan? Adakah tahap sara diri kita dapat ditingkatkan oleh skim-skim ini? Akhir sekali, saya ingin sentuh Butiran 030000 – Pembangunan Dasar. Saya ingin tanya sama ada Kementerian pernah kaji kaedah mewujudkan skim perlindungan sosial bagi petani kecil. Pada takat ini petani dan pekebun kecil tiada sebarang perlindungan sosial. Tiada KWSP. Tiada Perkeso. Saya ingin mengesyorkan kerajaan supaya melancarkan satu skim untuk membayar caruman PERKESO untuk 170,000 pesawah padi di Malaysia. Mereka sedang menjalankan satu perkhidmatan yang begitu penting untuk kita semua – membekalkan

beras untuk kita semua. Jika pendapatan mereka dianggar RM 1500 sebulan seorang pesawah, kerajaan kena bayar 1.25% iaitu RM 18.75 seorang pesawah. Jumlahnya untuk 170,000 pesawah untuk satu tahun adalah RM38.25 juta. Ini bukan satu amaun yang terlalu besar, tetapi ianya akan wujudkan sedikit perlindungan untuk golongan ini – jika mereka terlibat dalam kemalangan, mereka akan menerima pampasan. Jika mereka jatuh sakit dan tidak dapat kerja, PERKESO akan membayar Pencen Ilat. Jika mereka meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun, PERKESO akan membayar pencen kepada isteri mereka. Ini akan wujudkan sedikit sekuriti untuk golongan miskin ini. Saya harap Kerajaan akan mempertimbangkan idea ini. ##

Page 8: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

8 FOKUS Dis 2017 - Jan 2018

Politik perkauman sampai bila?

oleh S. Arutchelvan (Tulisan ini ialah petikan daripada kertas yang dibentangkan semasa Forum Sosialisme 2017 yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur.) Hampir semua isu di negara Malaysia boleh dikaitkan dengan isu perkauman. Ramai orang membuat aduan polis, baik orang Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain, sepanjang masa dengan tuduhan bahawa ada orang mengutuk, memperli atau menghina kaum atau agama mereka. Ada pula kumpulan-kumpulan yang seolah-olah menunggu isu-isu ini berlaku supaya boleh membuat aduan polis dan berkongsi di laman media sosial. Setiap ayat yang sebelum ini boleh diabaikan atau tidak sensitif, hari ini menjadi begitu sensitif. Begitu banyak kes mahkamah, baik kes penukaran agama mahupun kes kesamarataan gender atau hak asasi LGBT, semuanya dipesongkan dan dijadikan isu perkauman dan agama. Walaupun hampir semua kes ini adalah isu peribadi atau isu dalaman keluarga masing-masing, namun di negara kita, setiap isu perkahwinan campur atau penukaran agama mempunyai potensi untuk meletup dan menjadi satu isu nasional. Begitu banyak ketegangan dan serangan juga berlaku di tempat ibadat. Seperti isu najis dan kepala babi dibuang dekat masjid atau surau, kepala lembu di kuil Hindu dan sebagainya. Azan dan loceng kuil yang sebelum ini tidak menjadi isu, hari ini kerap menjadi isu. Hanya di Malaysia, anjing, lembu, kucing dan babi tidak ketinggalan dalam kontroversi perkauman. Baru-baru ini, keadaan menjadi semakin rumit dengan isu seperti dobi mesra Islam, Oktoberfest dan lain-lain. Semuanya boleh menjadi isu nasional dan boleh memecah-belahkan rakyat.

Peninggalan penjajah yang

masih menghantui

masyarakat kita pada hari

ini Politik pecah dan perintah memang dimulakan dan dilaksanakan secara berkesan oleh penjajah British. Untuk membolehkan kuasa pemerintahan penjajah dapat bertahan, maka cara yang berkesan adalah memecah-belahkan rakyat. Polisi ini terus diwarisi dan digunakan secara berkesan oleh Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional sehingga hari ini. Selepas tamatnya Perang Dunia II, apabila gerakan menuntut kemerdekaan semakin rancak di Tanah Melayu, penjajah British telah mendukung

kumpulan politik yang lebih bersifat rasis untuk menjaga kepentingan politiknya. Perlembagaan Rakyat anjuran PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 mengusulkan kerakyatan dibuka kepada semua dengan syarat semua menerima konsep negara sebagai Melayu. Antara cadangan Perlembagaan Rakyat pada masa itu adalah satu Majlis kaum-kaum untuk menangkis diskriminasi kaum dalam undang-undang ditubuhkan. Yang menarik adalah Gabungan bukan Melayu, iaitu AMCJA, mengusulkan dalam dokumen 10 prinsip bahawa agama Islam dan adat perlu dibawa orang Melayu sendiri dan perhatian khas harus diberi kepada kemajuan orang Melayu. Namun, British memberikan kemerdekaan kepada UMNO kerana PUTERA-AMCJA meminta kemerdekaan 100% dari British, manakala UMNO sedia untuk berkompromi. Perlembagaan Persekutuan yang disokong UMNO ini menyebabkan kewarganegaan ketat dan tiada peruntukan untuk menangani isu-isu perkauman. Jika Perlembagaan Rakyat menjadi Perlembagaan kita, maka hari ini kita tidak ada isu Melayu, Cina dan India ataupun isu antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Dari politik kelas ke

politik perkauman Tahun 1969 adalah satu titik tolak dalam hubungan kaum di Malaysia selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei. Walaupun peranan Pemuda UMNO dalam mencetuskan Peristiwa 13 Mei selepas kalah di Selangor dalam Pilihanraya 1969 dan juga hilang majoriti 2/3 tidak boleh dinafikan sebagai faktor utama kepada Peristiwa 13 Mei, tetapi isu pengagihan ekonomi yang timbul hasil daripada penjajahan British tidak boleh dikecualikan sebagai faktor pencetus rusuhan kaum. Politik pembangkang sebelum tahun 1969 memang berkisar pada isu-isu kelas berbanding dengan isu-isu perkauman yang membanjiri agenda politik negara selepas tahun 1969. Semua parti dominan dalam Barisan Nasioanl adalah parti perkauman – UMNO, MCA dan MIC, begitu juga parti-parti di Sabah dan Sarawak. Onn Jaafar, Presiden pertama UMNO, telah diusir keluar dari UMNO apabila beliau mengusulkan supaya UMNO menjadi parti berbilang kaum, dan beliau kemudiannya menubuhkan Parti Negara yang akhirnya kecundang dalam pilihan-raya. Walaupun Parti DAP dan PKR secara teorinya adalah parti bukan

perkauman, tetapi dalam parti-parti tersebut mempunyai bahagian India dan Cina untuk melobi isu-isu perkauman dalam parti dan juga menjadi jurucakap dalam isu-isu perkauman apabila melibatkan isu kaum masing-masing. Jika kita melihat Pakatan Harapan, Parti AMANAH membuka satu lembaran baharu, walaupun berlandaskan politik Islam tetapi membuka keahlian kepada semua kaum. Namun, harapan untuk melangkaui politik perkauman nampaknya telah digagalkan, selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Pakatan Harapan, di mana PPBM telah mengambil keputusan untuk membuka parti kepada orang Melayu sahaja dan mengekalkan status quo sebagai parti berasaskan kaum. Jadi, doktrin yang dibawa oleh Mahathir dalam melawan BN bukannya sesuatu yang baru, tetapi hanya mengikut model politik perkauman serupa BN. Selagi politik Malaysia masih didominasi oleh parti perkauman, maka agenda perkauman akan terus menjadi isu dominan di Malaysia.

Politik perkauman

mengancam gerakan

perubahan Sistem yang diwujudkan daripada propaganda kerajaan dan pendukung sistem kapitalis sentiasa memastikan rakyat dipecah-pecahkan mengikut kaum, agama dan budaya. Ini perlu bagi mewujudkan keseimbangan politik yang tidak mengganggu usaha eksploitasi kapitalisme tanpa disedari rakyat. Perpaduan pekerja pelbagai kaum dan agama akan membawa kerisauan yang amat ketara kepada pihak majikan dan juga pemerintah, kerana solidariti sesama pekerja akan membawa padah kepada kaum

kapitalis. Oleh itu, memecah-belahkan rakyat dengan menggunakan agama dan kaum adalah satu perancangan yang sistematik, teratur dan berhasrat untuk memastikan ketidakwujudan perpaduan di kalangan golongan pekerja atau golongan yang tertindas. Dasar-dasar diskriminasi diwujudkan untuk mengukuhkan fahaman ini. Dasar hak istimewa untuk Orang Melayu dan sistem kuota merupakan polisi-polisi diskriminasi. Dasar itu dijunjung mulia oleh orang Melayu walaupun yang benar-benar untung adalah golongan kapitalis dan kroni pemerintah sedangkan jutaan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu bawahan terus mundur akibat penindasan kapitalisme. Walaupun sistem kapitalis sebagai sistem yang perlu diperangi dan dihancurkan, namun ia mustahil dilakukan dalam keadaan rakyat berpecah-belah dan diselubungi dengan syak wasangka sesama diri. Sistem kapitalisme dan perkauman saling bantu-membantu untuk mengekalkan kuasa 1% terkaya dan mereka yang mendapat faedah daripadanya. Barisan pembangkang yang kita harapkan akan dapat menyelesaikan masalah perkauman dalam negara kita gagal dan mereka juga turut bermain politik perkauman yang sama. Sejarah kegagalan Gerakan Gabungan Pembangkang berkisar pada kegagalan menangani isu perkauman dan agama yang menjadi punca kepada perpecahan dan kekalahan dalam pilihanraya. Sekiranya tidak dapat mengatasi isu berkaitan dengan persoalan nasional dan perkauman di kalangan parti-parti pembangkang, sebanyak mana gabungan politik baru ditubuhkan pun akan terus menghadapi masalah dan kehancuran.

(sambung di m/s 9)

Page 9: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

9 FOKUS Dis 2017 - Jan 2018

(sambung dari m/s 8)

Perjuangan kelas dan

gerakan melawan rasisme PSM berpendirian bahawa adalah amat penting untuk membina satu gerakan pelbagai kaum dan agama berlandaskan perpaduan kelas dan fokus pada isu-isu yang boleh membawa semua rakyat bersama, seperti melawan GST, isu gaji pekerja, perumahan dan sebagainya. Hanya setelah satu gerakan ini dapat dibentuk, maka selepas itu gerakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ini pula akan melawan polisi-polisi diskriminasi. Usaha menggerak dan menyusun masyarakat melalui cara ini amat sukar dan mengambil masa yang lama, kerana rakyat sudah sekian lama tenggelam dalam racun perkauman dan keagamaan yang melampau. Namun, kita tidak dapat maju ke depan jika isu ini tidak diselesaikan. Pendekatan PSM adalah atas premis hanya satu gerakan pelbagai kaum dan agama boleh melawan hegemoni perkauman, dan bukan mana-mana inisiatif oleh satu-satu kaum tersendiri. Dalam konteks ini, kami percaya kepada pendekatan 2 langkah. Langkah pertama adalah membina gerakan dalam isu-isu kepentingan bersama semua kaum dan agama untuk membina perpaduan berlandaskan kelas. Isu yang kita pilih untuk membina gerakan mestinya isu yang dapat menyatukan orang ramai yang luas. Hanya selepas membina pergerakan pelbagai kaum ini, barulah kita yakin dapat melawan dasar perkauman dan diskriminasi daripada pemerintah yang berkuasa. Langkah kedua adalah menggunakan gerakan ini untuk menangani isu perkauman dan diskriminasi. Hanya selepas langkah pertama berjaya, maka adalah senang untuk menangani isu seperti kes penukaran agama, Hudud dan isu sensitif yang lain. Justeru, PSM secara sedar tidak akan mengambil isu satu kaum atau satu agama sebagai wadah perjuangan. Ini tidak bermakna PSM akan membenarkan dasar perkauman atau diskriminasi itu berterusan. Kami

percaya bahawa jika kita gagal membina platform anti-rasisme berbilang kaum terlebih dahulu, maka ia akan terkena balik kita dan akan mengambil wajah berasaskan etnik yang akan membuat kerja kita lebih susah. Dalam Kongres PSM pada tahun 2001, hasil perbincangan dalam parti telah membawa kepada posisi berikut: i. Masalah kaum dan agama

sememangnya satu masalah besar kepada golongan kiri.

ii. Isu-isu kaum dan agama ini melibatkan banyak perkara sensitif dan perlu kita berhati-hati dan mengambilkira persoalan sejarah, budaya dan kematangan rakyat.

iii. PSM tegas dalam menuntut hak yang samarata untuk semua.

iv. Hormati hak individu dan budaya masing-masing, sementara integrasi harus berlaku secara semulajadi dan bukan melalui paksaan.

v. PSM tidak akan membentuk sayap parti berasaskan kaum. PSM perlu menjalankan aktiviti yang boleh melibatkan semua kaum.

Jadi, PSM telah menggariskan program tersendiri dalam menangani politik perkauman, antaranya: 1. Interpretasi semula Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen perpaduan dan membentuk gabungan dengan kumpulan seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), kumpulan kolektif progresif dan sebagainya untuk melawan diskriminasi dengan cara yang dapat menyatukan rakyat dan bukannya memecah-belahkan rakyat. PSM juga menolak hujah meritokrasi, dan berpegang pada tindakan afirmatif yang berdasarkan keperluan. 2. Projek Kuasa Ketiga – PSM sedang dalam usaha membina satu jaringan yang cuba menggabungkan kumpulan-kumpulan masyarakat daripada orang asli, miskin kota, peneroka bandar, pekerja ladang, pekerja swasta, pekerja kontrak, petani dan lain-lain lagi, bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan kolektif anak muda dan sebagainya, di samping mengemukakan tuntutan

sektor masyarakat. Ini akan mengembalikan politik kelas sebagai agenda utama dalam perjuangan rakyat di negara kita. 3. Rangka Tindakan untuk

Membasmi Kemiskinan Luar Bandar. Walaupun

PSM sering dilihat sebagai jaguh dalam isu pekerja ladang, pekerja kilang dan peneroka bandar, namun sejak kebelakangan ini pula PSM telah banyak terlibat dalam isu petani dan Orang Asli. Walau bagaimanapun, terdapat satu kelemahan PSM, iaitu kurang kerja dan penglibatan dalam isu pesawah padi, peneroka Felda, nelayan dan sebagainya. Maka PSM sudahpun membuat satu kajian di kawasan luar bandar di wilayah Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. PSM sedang berusaha mencadangkan rangka tindakan untuk menangani masalah kemiskinan luar bandar. Pembangkang aliran utama gagal menembusi kawasan luar bandar dengan program yang berkesan, maka kita perlukan rangka tindakan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat luar bandar. PSM juga berpendirian bahawa perlu memperbaiki dan mereformasi bantuan kerajaan yang sedia ada untuk masyarakat luar bandar. 4. Menghadapi politik Islam secara berhati-hati. PSM telah menerbitkan dokumen dan buku mengenai Islam dan Sosialisme untuk memberikan interpretasi progresif dan luas. Selain itu, beberapa sesi dialog juga telah diusulkan oleh Ahli Parlimen PSM mengenai isu pertukaran agama termasuk membawa rang undang-undang persendirian. Mengenai isu RUU 355, isu ini perlu dibahaskan dan diselesaikan sebagaimana PUTERA-AMCJA dapat menyelesaikan isu Jus Soli secara matang dan berkesan. Kami merasakan ramai orang menentang pelampau agama tetapi kumpulan ini belum lagi dimantapkan dan disatukan sebagai satu gerakan yang

berkesan.

5. Manifesto Kiri untuk 99% adalah satu dokumen yang diusahakan oleh Gabungan Kiri bersama kumpulan-kumpulan dan individu-individu progresif. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada 20 Disember 2017. Manifesto untuk 99% ini akan mempunyai 18 tuntutan yang cukup adil, merangkumi semua masyarakat Malaysia dan merupakan satu alternatif yang komprehensif kepada sistem kapitalis neo-liberal yang dihidangkan oleh kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Ini adalah dokumen rujukan untuk masa depan yang masih terbuka untuk input daripada semua lapisan rakyat di negara kita. Dasar-dasar progresif untuk Malaysia dalam manifesto ini dibahagi kepada 4 kategori utama, dan boleh digunakan sebagai dokumen untuk membayangkan satu masyarakat yang lebih adil, progresif pada masa depan: i) Pembangunan yang progresif

dan terjamin. ii) Demokrasi bercorak penyertaan

serta mendukung hak-hak asasi manusia.

iii) Pengagihan semula kekayaan secara adil.

iv) Budaya serta masyarakat yang bersifat inklusif.

6. Kempen Melawan Rasisme adalah satu projek

baru yang dicadangkan dalam Kongres PSM tahun ini di Seremban. Antara kempen ini adalah membina gerakan anti-rasis, berjuang bersama dengan semua kumpulan yang anti-rasis, anti-fasis dalam Malaysia seperti Antifa, KOMAS dan sebagainya. Kempen ini akan mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan konkrit, antaranya meluluskan Konvesyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

7. Pasukan Anti-Perkauman - Membina satu

pasukan krisis seperti unit amal yang pentingnya diwakili pelbagai kaum untuk bergerak ke kawasan yang ada krisis perkauman seperti yang berlaku di Kampung Medan, untuk memastikan dapat meneutralisasikan kumpulan-kumpulan pro-rasis pada masa krisis. ##

Page 10: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

10 ISU PEKERJA Dis 2017 - Jan 2018

Tingkatkan gaji minimum ke RM 1500 Satu rombongan delegasi daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengunjungi Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pada 29 November lalu, untuk mengadakan perbincangan dengan Urusetia Majlis Perundingan Gaji Negara berhubung dengan gaji minimum. Pihak PSM telah menyerahkan satu memorandum yang menggariskan rasional untuk menaikkan paras gaji minimum kepada RM 1500. Pelarasan gaji minimum yang baru akan diputuskan pada bulan Mei atau Jun 2018. Setakat ini masih belum lagi adanya angka untuk gaji minimum yang baru. Pihak Kementerian telah berkata bahawa akan mempertimbangkan rasional PSM untuk gaji minimum RM 1500.

Latar belakang sejarah

gaji minimum di Malaysia Polisi gaji minimum diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012 selepas lebih 20 tahun perjuangan daripada pelbagai kumpulan pekerja, seperti Jaringan Rakyat tertindas (JERIT), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi lain. Mulai Januari 2013, gaji minimum ditetapkan paras RM 900 bagi Semenanjung Malaysia, RM 800 bagi Sabah dan Sarawak. Selepas pelaksanaan gaji minimum, satu lagi cabaran adalah majikan yang tidak mematuhi undang-undang ini dan masih membayar lebih rendah daripada gaji minimum. PSM dan JERIT melancarkan khidmat hotline pada bulan Januari 2013 hingga sekarang untuk mengambil aduan daripada pekerja dan membantu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam usaha penguatkuasaan undang-undang gaji minimum. Ratusan aduan telah disalurkan kepada JTK di seluruh negara mengenai majikan yang tidak mematuhi peraturan gaji minimum. Selepas 2 tahun, pada tahun 2015, semasa kerajaan membuat kaji semula amaun gaji minimum, PSM telah menyerahkan cadangan amaun baru selaras dengan kos sara hidup, iaitu RM 1500. Tetapi, Majlis Perundingan Gaji Negara tidak mempertimbangkan cadangan tersebut, dan gaji minimum hanya dinaikkan kepada RM 1000 di Semenanjung Malaysia dan RM 900 di Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi, pelaksanaannya juga dilambatkan, iaitu hanya bermula dari bulan Julai 2016. Tahun ini sepatutnya tiba masa untuk mengkaji semula gaji minimum yang efektif tahun 2018. Oleh itu, PSM mengambil kesempatan untuk mengemukakan cadangan bagi peningkatan gaji minimum.

Kenapa perlu gaji

minimum perlu

dinaikkan? PSM mencadangkan bahawa gaji minimum harus dinaikkan ke RM1500 sebagai amaun baru untuk ditetapkan pada tahun 2018. Rasional untuk cadangan peningkatan gaji minimum ini adalah:

1. Produktiviti meningkat

Statistik kerajaan menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2% dalam suku ketiga tahun 2017 secara keseluruhan. Perbadanan Produktiviti Negara juga mengatakan Produktiviti Buruh meningkat sebanyak 3.5% pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015 secara keseluruhan. Ini menunjukkan keuntungan korporat juga turut meningkat dan kenaikan gaji tidak harus menjadi satu beban.

2. Peningkatan gaji sebenar amat marginal

Tetapi, adakah gaji pekerja dinaikkan? Indeks Gaji Nasional (NWI) yang telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 menunjukkan bahawa NWI hanya bertambah secara marginal, iaitu 0.3% bagi tempoh September hingga Disember 2016. Maka, nampak jelas kenaikan gaji tidak selaras dengan peningkatan produktiviti.

3. Gaji eksekutif pengurusan melambung tinggi

Mengikut ‘Robert Walker Global Salary Survey, 2016’- CEO dan kakitangan pengurusan atasan sesebuah organisasi menerima gaji lebih RM 45,000 sebulan. Ini adalah 45 kali lebih besar dengan amaun gaji minimum yang kita ada sekarang. Ini mewujudkan jurang pendapatan yang sangat besar antara yang kaya dengan yang miskin.

4. Langkah mengurangkan jurang pendapatan

Gaji minimum harus dinaikkan untuk mengurangkan jurang pendapatan

antara B40 dengan T20. B40 (40% rakyat berpendapatan paling rendah) adalah antara golongan yang menggunakan jumlah yang besar daripada pendapatan mereka apabila membuat perbelanjaan. Golongan 20% terkaya di Malaysia, iaitu T20, hanya memperuntukkan 10% daripada pendapatan mereka bagi perbelanjaan makanan, manakala 40% rakyat termiskin terpaksa

menghabiskan lebih 30% daripada pendapatan mereka untuk makanan. Mereka memainkan peranan aktif dalam peredaran ekonomi, tetapi wang yang ada pada mereka adalah rendah. Bagaimana ia akan mengembangkan ekonomi? Maka, jurang perbezaan pendapatan ini harus dikurangkan dengan menaikkan gaji B40. Cadangan menaikkan gaji minimum ke RM1500, jika dibandingkan, golongan CEO dan eksekutif pengurusan yang berada dalam kategori T20 masih berpendapatan 30 kali ganda lebih besar daripada golongan B40.

5. Kenaikan gaji membantu meningkatkan permintaan agregat domestik

Kenaikan gaji pekerja akan meningkatkan permintaan agregat domestik. Pekerja akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi, dan ini akan melonjakkan ekonomi tempatan. Permintaan agregat domestik amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi khususnya semasa krisis ekonomi.

6. Kos sara hidup meningkat

Kos sara hidup yang semakin meningkat amat membebankan golongan pekerja berpendapatan rendah. Pelaksanaan cukai GST 6% menyebabkan hampir semua barangan naik harga. Manakala, kenaikan harga minyak setiap minggu turut memberi lebih beban kepada pekerja. i) Pada bulan Mac 2017,

mengikut Jabatan Statistik Malaysia, harga pengguna (CPI) melonjak ke paras tertinggi 5.1% dan ini merupakan rekod tertinggi dalam tempoh masa 8 tahun.

ii) Satu kajian yang dijalankan oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri daripada Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia membuktikan

bahawa hampir 60% penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos hidup. Dalam keadaan ini, bagaimana pekerja dengan gaji minimum RM 1000 dan RM 920 dapat bertahan dengan kos yang semakin meningkat ini?

iii) PSM telah menjalankan satu kajian pada bulan Mac 2016 bagi menganalisa kos hidup seorang pekerja dengan isteri atau suami yang tidak bekerja dan 3 orang anak (dua orang kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah dan seorang dalam lingkungan umur lima tahun). Daripada kajian terserbut, didapati seorang pekerja memerlukan pendapatan minimum RM 1824 sebulan untuk menampung keperluan rumahtangga.

iv) Satu kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center pada 4-14 Nov 2017 dengan 1203 responden pengundi, telah mendapati beberapa fakta penting: a. Sebanyak 15% rakyat

Malaysia sedang kurangkan makanan harian mereka untuk memenuhi keperluan lain, dan 27% didapati tidak mempunyai RM 500 pun semasa kecemasan.

b. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tertekan dengan kenaikan kos hidup walaupun pertumbuhan makroekonomi yang kuat.

c. 2 daripada 10 orang rakyat Malaysia mengurangkan keperluan seperti makanan untuk teruskan kehidupan.

d. 64% berasa tertekan memikirkan masa depan.

e. 40% lambat ataupun tidak dapat membayar bil mereka, seperti bil elektrik dan telefon.

f. 20% mengambil pinjaman baru sama ada pinjaman persendirian, ataupun kad kredit.

g. 15% menghadapi konflik keluarga akibat masalah ekonomi.

h. 11% melaporkan perlu menjual hartabenda untuk memenuhi perbelanjaan harian.

(sambung di m/s 11)

Page 11: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

11 ISU PEKERJA Dis 2017 - Jan 2018

(sambung dari m/s 10)

7. Meningkatkan gaji untuk mengurangkan hutang isi rumah rakyat

Gaji minimum juga harus dinaikkan supaya pekerja boleh meneruskan hidup dan menangani keperluan kewangan keluarga tanpa meminjam wang. Ini akan mengurangkan hutang isi rumah rakyat Malaysia. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 1 April 2016 menyatakan bahawa bagi tempoh lima tahun (2012-2016), nisbah hutang isi rumah berubah-ubah, dengan tahun 2012 sebanyak 80.5%, 2013 pada 86.2%, 2014 pada 86.8%, 2015 pada 89.1%dan 2016 merupakan 84.4%. Ini adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Hutang isi rumah ini

juga wujud kerana pembelian hartanah, kenderaan dan juga pinjaman peribadi sebanyak 15% dan kad kredit sekitar 3.5%. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hutang isi rumah yang tertinggi bukan sahaja di rantau Asia, malah di seluruh dunia. Golongan berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000 sebulan) yang membentuk 40% daripada isi rumah Malaysia merupakan mangsa yang paling besar dalam masalah hutang isi rumah. Gaji yang rendah adalah punca utama isi rumah menjadi penghutang besar pada akhirnya walaupun mereka bekerja setiap hari.

8. Jaminan simpanan dan sekuriti sosial

Pekerja Malaysia menghadapi masa depan yang tidak menentu. Mengikut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013, majoriti rakyat negara

ini tidak mempunyai aset kewangan yang mencukupi untuk membantu mereka dalam kecemasan. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan, manakala satu daripada tiga orang rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun, demikian kata laporan yang ditauliahkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Gaji minimum yang rendah menyebabkan pekerja tidak dapat membuat simpanan. Menurut KWSP, pada bulan Mei 2016, hanya 22% daripada 6.7 juta pencarum aktif KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan asas sebanyak RM196,800 atau lebih untuk persaraan. Satu kajian juga menyatakan bahawa simpanan dalam KWSP akan habis sebelum akhir 5 tahun selepas persaraan oleh seseorang pekerja. Ini menyebabkan pekerja yang mencapai usia tua juga terpaksa terus bekerja untuk

meneruskan kehidupan. Maka, kenaikan gaji minimum ke RM 1500 adalah amat penting untuk memastikan pekerja membuat sedikit simpanan bagi masa kecemasan dan waktu usia tua nanti.

Kaedah penentuan gaji

minimum PSM juga pernah dua kali menulis kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk mengetahui kaedah yang digunakan bagi menentukan Gaji Minimum semasa, tetapi sehingga kini masih belum mendapat satu jawapan daripada Majlis Perundingan Gaji Negara. Ini bukan satu rahsia dan banyak negara memaparkan kaedah pengiraan tersebut di laman web mereka. Maka, PSM menyeru pada Majlis Perundingan Gaji Negara supaya berkongsi informasi kaedah yang digunakan dalam menentukan Gaji Minimum setiap dua tahun sekali supaya ia dapat menjustifikasikan keputusan kerajaan. ##

Bekas pekerja Ladang Padang Meha tuntut pampasan yang lama tertunggak

Bekas pekerja Ladang Padang Meha, yang terletak di Padang Serai, Kedah, telah mengadakan aksi protes pada 29 Oktober lalu di atas tanah asal ladang tersebut, untuk menyuarakan tuntutan mereka terhadap pampasan yang telah lama tertunggak. Seramai 212 orang pekerja di Ladang Padang Meha telah diberhentikan kerja pada 12 Mac 1995 tanpa sebarang pampasan apabila ladang tersebut dijual oleh bekas majikan, The East Asiatic CO (M), kepada MBF Country Homes & Resorts Sdn Bhd (kemudiannya dikenali sebagai Syarikat Alamanda Development Sdn Bhd). Daripada itu, seramai 207 bekas pekerja telah menarik pihak pemilik ladang ke mahkamah untuk menuntut pampasan dan skim perumahan. Perjuangan untuk tuntutan pampasan akhirnya berjaya melalui tindakan mahkamah, apabila para penduduk ladang telah mendapat keputusan untuk pampasan berserta tambahan RM 22,500 setiap pekerja untuk tujuan ganti rumah pada tahun 2011. Namun, sehingga hari ini, bekas pekerja

masih tidak menerima wang tersebut, kerana syarikat induk diisytiharkan muflis. Para bekas pekerja ladang telah banyak kali berbincang untuk mendapatkan pampasan tersebut melalui pihak pelikuidasi, tetapi gagal. Yang menjadi kehairanan adalah, banyak tanah milik ladang telah berjaya dijual dan melalui fasa pembangunan, termasuk satu projek perumahan PR1MA di situ. Sebahagian daripada penduduk turut menarik pihak syarikat Alamanda ke mahkamah untuk menunaikan keputusan mahkamah sebelum itu. Para bekas pekerja berpendapat bahawa jika pihak Alamanda mencari jalan penyelesaian, penduduk sanggup tarik balik kes tersebut, namun pihak syarikat tidak mahu turun berbincang. Menurut Karthiges, aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang membantu dalam perjuangan bekas

pekerja ladang tersebut, dalam tempoh masa lebih 22 tahun yang lepas, sudah lebih 70 orang daripada 207 bekas pekerja yang menuntut pampasan adil telah meninggal dunia. Kebanyakan bekas pekerja sudah berusia tua, dan mereka tidak mampu menunggu 20 tahun lagi untuk mendapatkan pampasan yang sepatutnya diperoleh mereka seperti yang diputuskan oleh mahkamah.

Jesteru, para bekas pekerja Ladang Padang Meha melakukan protes di hadapan kawasan ladang serta memberi satu tempoh masa kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan pampasan mereka. Bekas pekerja Ladang Padang Meha juga akan mendesak pihak Kerajaan untuk campurtangan dalam menyelesaikan masalah yang telah tertangguh untuk lebih 22 tahun ini. ##

Page 12: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

12 AKTIVITI Dis 2017 - Jan 2018

Alternatif Kiri Relevan Kini

Forum Sosialisme 2017 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 19 November lalu. Forum Sosialisme merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PSM sejak tahun 2005, sebagai ruang diskusi untuk topik-topik berkisar pada teori-teori perjuangan kiri, sejarah, analisis tentang pergolakan semasa dan idea-idea untuk perubahan sosial. Tema Forum Sosialisme tahun ini ialah “Alternatif Kiri, Relevan Kini”. Sesi pertama Forum Sosialisme 2017 membincangkan topik “Perkauman di Malaysia: Sampai bila?” , membariskan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Adli Zakuan (Pusat KOMAS), Prema Arasan (TENAGANITA) dan S. Arutchelvan (AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia). Adli telah mengupas tentang bagaimana perkauman itu bermula. Menurut Adli, sikap perkauman muncul apabila timbulnya pemikiran bahawa merasakan satu kaum lebih unggul daripada kaum yang lain, di samping wujudnya perasaan prejudis terhadap kaum yang lain. Prejudis adalah hasil daripada sifat malas manusia yang membuat keputusan berdasarkan perkara yang mudah. Prema Arasan pula membincangkan masalah prejudis dan diskriminasi yang timbul terhadap golongan migran dan pelarian. Prema mengatakan bahawa realitinya negara kita bergantung pada pekerja migran selama ini. Oleh itu, Malaysia perlu menjadi sebuah negara dan masyarakat yang berperikemanusiaan. Prema menegaskan bahawa perlu untuk kita menghentikan penindasan terhadap migran dan pelarian, di samping menghentikan pengeksploitasian terhadap pekerja migran. Arutchelvan memberikan analisis tentang politik perkauman di Malaysia dengan menjejak sejarah politik perkauman di negara kita sejak zaman penjajahan British. Arutchelvan menegaskan pendirian PSM bahawa adalah amat penting untuk membina satu gerakan massa pelbagai kaum dan agama berlandaskan perpaduan kelas dan fokus pada isu-isu yang boleh membawa semua rakyat bersama, seperti melawan GST, isu gaji pekerja, perumahan dan sebagainya. Hanya dengan adanya gerakan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, barulah kita dapat menangani persoalan perkauman yang sengaja ditimbulkan untuk memecah-belahkan rakyat. Sesi kedua membincangkan topik “Gerakan Anti-Imperialisme di Nusantara / Asia Tenggara: Apakah kemungkinan untuk mengembalikan

Semangat Bandung?” , dengan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Wildan Sena Utama (Penyelidik di Universitas Gadjah Mada, Indonesia), Antonio Tujan Jr (Pengarah IBON International, Filipina) dan Dr. Jeyakumar Devaraj (AJK Pusat PSM). Mengimbas kembali Persidangan Bandung tahun 1955, Wildan mengatakan bahawa persidangan tersebut merupakan kemuncak kepada banyak aspirasi, termasuk solidariti Asia-Afrika, idea untuk dekolonisasi, promosi untuk keamanan dunia, dan kemungkinan untuk penjajaran baru dalam politik dunia. Wildan berpendapat bahawa adalah penting untuk membina gerakan anti-imperialis di Asia Tenggara dalam konteks hari ini, untuk membolehkan gerakan politik progresif belajar sesama lain dan berkongsi perkembangan terbaru yang dihadapi mereka di negara masing-masing. Dr. Jeyakumar menggariskan 4 dasar program transisi yang boleh dijadikan visi alternatif dalam membina gerakan yang mampu mencabar “Konsensus Washington” yang ditaja oleh Bank Dunia dan IMF. 4 dasar yang patut dijadikan fokus adalah: i. Memperluaskan jaringan

keselamatan sosial untuk semua.

ii. Meningkatkan kadar cukai terhadap 1% yang terkaya.

iii. Memperkasakan demokrasi.

iv. Menangani krisis iklim dunia. Dr. Jeyakumar berkata, “Semangat Bandung memang sedang membara dalam hati rakyat biasa di beberapa negara di dunia kita. Adalah tanggungjawab kita sebagai aktivis kiri, untuk berdiri bersama mereka supaya dapat memantapkan perjuangan ini.” Sesi ketiga membincangkan topik “Perjuangan anak muda: media sosial atau turun padang?” , dengan barisan panel yang terdiri daripada Jean Vaneisha (Challenger), Benz Ali (Kuliah Buku) dan Bawani KS (Timbalan Setiausaha Agung PSM). Jean telah menerangkan tentang pengaruh media sosial yang amat hebat pada hari ini, di mana media sosial boleh digunakan oleh sama ada gerakan progresif untuk membawa perubahan ataupun menjadi alat untuk golongan konservatif untuk berkuasa. Benz Ali juga mengatakan bahawa realiti pada hari ini adalah lebih ramai orang menggunakan media sosial. Bawani pula berpandangan bahawa walaupun tidak boleh menafikan media sosial memainkan peranan penting, tetapi masih adalah penting untuk anak muda turun padang dalam kerja-kerja mengorganisasi rakyat supaya membina gerakan rakyat yang padu. Sesi keempat berkisar pada topik

“100 tahun Revolusi Rusia”, membariskan ahli-ahli panel seperti Peter Boyle (Socialist Alliance, Australia), Jeremy Lim (Imagine Malaysia) dan Letchimi Devi (aktivis rakyat).

Peter Boyle mengupas tentang pengajaran daripada perjuangan Revolusi Oktober 1917. Peter berpandangan bahawa keyakinan majoriti kelas pekerja untuk memerintah tidak boleh dibina hanya dengan teori, polisi atau janji, tetapi harus datang daripada praktik dan pengalamannya sendiri dalam perjuangan politik. Menurut Peter, pengajaran daripada revolusi seratus tahun dahulu itu adalah, “dalam segala perkara yang kita lakukan, sosialis sentiasa cuba untuk melibatkan kelas pekerja dalam perjuangan massa yang diorganisasi secara demokratik demi pembebasan mereka sendiri dan menentang segala penindasan.” “Seratus tahun dahulu, Revolusi Rusia membuktikan bahawa melalui kesabaran dan kerja-kerja secara konsisten, kelas pekerja dapat membina kesedaran sosialis dan memperoleh keyakinan untuk melakukan apa yang dipercayai sebelum ini sesuatu yang tidak berkemungkinan,” demikian kata Peter. Jeremy Lim pula membentangkan tentang sifat-sifat demokrasi yang radikal yang ditunjukkan dalam soviet (majlis pekerja) yang ditubuhkan semasa Revolusi Rusia dan boleh dijadikan imaginasi untuk masyarakat alternatif. Letchimi menghujahkan bahawa permasalahan serius yang wujud dalam sistem kapitalis hari ini hanya menunjukkan bahawa alternatif kiri adalah amat relevan pada hari ini. Sekali lagi Forum Sosialisme telah mencetuskan perbincangan dan pertukaran idea-idea yang bernas untuk memajukan perjuangan sosial. Dalam dendangan nyanyian lagu Internasionale, perjuangan diteruskan. ##

Page 13: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

13 ANTARABANGSA Dis 2017 - Jan 2018

Zimbabwe Kudeta jatuhkan diktator, tapi… Pada 14 November lalu, Angkatan Pertahanan Zimbabwe telah berkumpul di Harare, ibu negara Zimbabwe, dan mengambilalih badan penyiaran televisyen dan beberapa kawasan dalam bandar tersebut. Tentera Zimbabwe pada hari keesokannya mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut bukannya kudeta, tetapi Presiden Robert Mugabe yang berkuasa sejak tahun 1980 telah ditahan di rumah. Puluhan ribu rakyat Zimbabwe turun ke jalanan menuntut perletakan jawatan Mugabe. Pada 19 November, Mugabe bersama dengan isterinya dan sekutu rapatnya telah dipecat daripada parti pemerintah, ZANU-PF (Kesatuan Nasional Afrika Zimbabwe – Fron Patriotik). Pada 21 November, Mugabe telah meletak jawatannya sebagai Presiden Zimbabwe. Emmerson Mnangagwa, Naib Presiden Pertama yang mendapat sokongan Angkatan Pertahanan Zimbabwe, telah mengangkat sumpah sebagai Presiden negara tersebut pada 24 November. Kudeta yang menjatuhkan Mugabe ini berlaku dalam keadaan krisis pemerintahan yang berlaku dalam parti ZANU-PF, antara puak Mnangagwa yang didukung pihak tentera dengan Grace Muigabe, isteri Mugabe, dalam menentukan siapa yang akan menggantikan tempat Mugabe sebagai pemimpin negara tersebut. Perlucutan jawatan Mnangagwa oleh Mugabe pada awal bulan November menjadi batu api kepada tindakan pihak tentera menganjurkan kudeta yang akhirnya menjatuhkan Mugabe. Sejak bulan Julai 2016 lagi, telah tercetusnya gelombang protes di Zimbabwe, di mana ribuan rakyat berprotes membantah penindasan kerajaan, perkhidmatan awam yang merosot, pengangguran yang tinggi, korupsi yang semakin serius dan juga kelewatan kakitangan kerajaan mendapat gaji mereka. Seorang diktator dijatuhkan, tetapi penggantinya Mnangagwa bukannya seorang penyelamat kepada rakyat Zimbabwe. Setelah mengambilalih jawatan Presiden Zimbabwe, Mnangagwa telah berjanji bahawa

akan membuka pintu meluas kepada modal antarabangsa untuk melabur di negara tersebut. Mnangagwa bertekad untuk merombak ekonomi Zimbabwe untuk menarik lebih pelaburan asing. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga pemodal dari China sudahpun beria-ia untuk mendorong kerajaan Zimbabwe melakukan rombakan ekonomi yang menguntungkan kapitalis antarabangsa, dengan menggadaikan lagi kepentingan rakyat bawahan negara tersebut. Nampaknya perjuangan rakyat Zimbabwe jauh belum lagi berakhir, tetapi perlu diteruskan untuk menentang serangan yang hebat daripada kerajaan yang pro-kapitalis.

Dari wira anti-penjajah

ke diktator yang dibenci

rakyat Mugabe pernah merupakan wira yang memimpin perjuangan rakyat Zimbabwe dalam menentang penjajahan Barat. Mugabe pernah disanjung tinggi oleh golongan pekerja berkulit hitam dan rakyat miskin di Zimbabwe, menjadi pemimpin pertama selepas Zimbabwe mencapai kemerdekaan, tetapi dia kemudiannya berkompromi dengan kuasa imperialis, akhirnya menjadi seorang diktator yang dibenci ramai. Mugabe mula terlibat dalam gerakan menentang pemerintahan penjajah British di Rhodesia Selatan (iaitu Zimbabwe sekarang) sejak tahun 1960-an. Rhodesia Selatan pada masa itu dikuasai sepenuhnya oleh orang putih, sama ada dari segi politik ataupun ekonomi. Kumpulan pembangkang orang berkulit hitam diharamkan dan ditindas oleh kerajaan. Ramai aktivis politik pada masa itu, termasuk Mugabe, percaya bahawa perlunya perjuangan bersenjata untuk menggugat pemerintahan orang putih. Mugabe membantu dalam pembentukan Kesatuan Nasional Afrika Zimbabwe (ZANU) pada tahun 1963, tetapi ditangkap tidak lama kemudian dan

dipenjarakan sehingga tahun 1974. Perjuangan perang gerila pada lewat 1970-an, telah meletakkan rejim penjajah dalam krisis dan memaksa pihak penjajah berunding untuk penyelesaian. ZANU yang dipimpin Mugabe telah menang dalam pilihanraya pada tahun 1980, dan Zimbabwe mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama. Pada awal pemerintahan ZANU-PF selepas kemerdekaan, memang kehidupan rakyat biasa telah diperbaiki berbanding zaman penjajah. Antara tahun 1980 hingga 1985, kematian bayi dan kanak-kanak telah jatuh hampir separuh, sementara perbelanjaan untuk pendidikan per orang telah digandakan. Namun, rejim Mugabe telah bertindak ganas dalam menghapuskan pembangkang, khususnya ZAPU (Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe), dengan melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap masyarakat suku kaum Ndebele di Matabeleland. Sementara itu, Mugabe membuat kompromi dengan kuasa Barat. Pada pertengahan 1980-an hingga 1990-an, apabila krisis ekonomi sedunia melanda, bank dan kapitalis antarabangsa telah memberi tekanan kepada Mugabe untuk melakukan rombakan ekonomi yang membuka ruang kepada pasaran bebas. Kerajaan Mugabe telah berkompromi dengan kuasa kewangan antarabangsa, dengan memperkenalkan dasar yang menjejaskan kehidupan rakyat miskin untuk membayar balik hutang IMF

dan Bank Dunia. Kerajaan Mugabe telah bersetuju dengan institusi kewangan antarabangsa untuk mengurangkan perbelanjaan sosial, menswastakan banyak syarikat milik negara, menamatkan subsidi makanan, mengalihkan sebarang halangan untuk syarikat multinasional memasuki negara tersebut, dan membiarkan pasaran dalam menentukan harga barangan dan gaji pekerja. Pada tahun 1992, tercetusnya protes pelajar yang membantah kenaikan yuran pendidikan. Pada tahun 1997-1998, hampir 1 juta pekerja mengadakan aksi bantahan terhadap kenaikan cukai. Gerakan untuk Perubahan Demokratik (MDC), sebuah parti politik yang dibentuk oleh gerakan kesatuan sekerja, telah menjadi pembangkang utama kepada pemerintahan Mugabe. Pada tahun 2000, Mugabe mengadakan satu referendum untuk perlembagaan baru yang akan memberikannya kuasa yang tidak terhad, tetapi amat tidak dijangka, Mugabe kalah dalam pengudian. Mugabe terus berkuasa melalui penyelewengan dalam pilihanraya, ancaman keganasan terhadap pembangkang dan taktik-taktik kotor yang lain. Mugabe juga mempermainkan sentimen nasionalis untuk meraih sokongan. Namun, Mugabe bukan lagi seorang pejuang pembebasan seperti pada zaman mudanya, tetapi telah menjadi seorang nasionalis yang bersifat autoritarian, maka tidak hairanlah kebanyakan rakyat bersorak apabila dia dijatuhkan. ##

Robert Mugabe

Emmerson Mnangagwa

Page 14: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

14 CERPEN Dis 2017 - Jan 2018

Wira yang tak didendang sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka berhak untuk mendapat pampasan dan encik tidak boleh sesuka hati merobohkan rumah

mereka. mereka juga ada hak!” jerkah

si pemuda kepada pemaju itu. Akibat tidak berdaya menahan tekanan yang diberikan oleh si pemuda dan rakan-rakannya, pemaju bersetuju untuk berunding. Rundingan yang memakan masa hampir satu jam telah membuahkan keputusan baik yang memihak kepada penduduk-penduduk di hujung kampung itu. Pihak pemaju bersetuju untuk menagguhkan kerja-kerja meroboh dan bersedia memberikan pampasan kepada setiap penduduk. Penduduk bersorak riang meraikan kemenangan mereka. Sekali lagi si pemuda berjaya berbakti kepada rakyat. Kesemua penduduk di situ berterima kasih kepada si pemuda atas jasanya menyelamatkan rumah mereka. Si pemuda merupakan salah seorang ahli yang sangat aktif dalam sebuah parti berhaluan kiri yang konsisten berjuang membela nasib rakyat. Selain bergerak aktif dalam politik, beliau juga sangat aktif berbakti kepada agamanya. Beliau tidak pernah tinggalkan masjid pada setiap kali lima waktu solat. Beliau juga sering

menghabiskan masanya di masjid untuk beriktikaf meminta keberkatan daripada Allah. Ketekunan yang ditunjukkan oleh si pemuda telah menyebabkan dia disenangi oleh setiap lapisan masyarakat. Walaupun kerja si pemuda hanyalah sebagai seorang tukang urut, namun sifat pemurahnya sangatlah tinggi. Beliau tidak pernah berkira wang ringgit, masa dan tenaga untuk bekerja bagi membantu orang yang dalam kesusahan. Si pemuda sering mendapat pujian oleh masyarakat kerana sifat-sifat positif yang dimilikinya itu. Melihatkan kepada sifat terpuji yang beliau miliki ditambah pula dengan semangat sedia berkhidmat untuk rakyat yang dimiliki dalam dirinya, pimpinan parti berhaluan kiri yang disertai si pemuda sebulat suara bersetuju untuk meletakkan beliau sebagai calon parti tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau akan bertanding di kawasannya itu. Sebaik sahaja cadangan itu diterima, parti itu telah membuat hebahan besar-besaran tentang perletakan si pemuda sebagai calon. Banyak suara didengar sebaik sahaja hebahan dibuat. Banyak yang positif dan banyak juga yang negatif. Suara yang positif sedikit sebanyak membantu menaikkan lagi semangat si pemuda. Namun, suara-suara negatiflah yang menjadi permasalahan ketika ini kerana mampu memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap si pemuda. Jelajah parti bersama si pemuda di kawasannya bermula. Ramai kepimpinan parti turun padang untuk turut sama membantu si pemuda berkempen. Program ramah-mesra

diadakan bagi memperkenalkan calon parti itu kepada masyarakat. Majoriti masyarakat menerima si pemuda sebagai calon parti itu dengan baik kerana masyarakat di situ sudah mengenali sikap si pemuda yang baik. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang kedengaran dari belakang. Ada juga masyarakat yang mempersoalkan keputusan parti itu meletakkan si pemuda sebagai calon. Kebanyakan mereka yang menghina si pemuda ini terlalu benci kepada parti berhaluan kiri tersebut kerana mereka telah termakan dedak parti lawan. “Dia ni cuma tukang urut. Ada hati

nak bertanding.” “Eloklah parti pun tak berwibawa

samalah dengan calonnya.”

“Letaklah orang yang lebih layak.” Itulah antara suara-suara sumbang yang kedengaran baik di hujung telinga sendiri mahupun secara maya. Si pemuda turut menerima kritikan daripada alam maya seperti laman facebook, twitter dan sebagainya sebaik dia diumumkan sebagai calon. Namun, si pemuda tetap cekalkan hatinya dan bersedia untuk menempuhi segala cabaran. Si pemuda tidak menerima kecaman dan cercaan hanya daripada rakyat biasa, beliau turut dihina dan dicerca oleh pemimpin parti lawan. Ada pemimpin parti rakan yang menganggapnya sebagai

memecahkan undi. Ada juga yang telah melabelkannya sebagai pengkhianat agama kerana menyertai parti yang memperjuangkan sosialisme. Mereka menganggap sosialisme sebagai bertentangan dengan Islam padahal dalam Islam itu sendiri ada sosialisme dan kesaksamaan. Pemimpin parti itu telah bekerjasama dengan sebuah lagi parti yang memperjuangkan perkauman. Modal bagi parti ini ialah perkauman kerana mereka dianggap pejuang bangsa mereka dan selalu sahaja melaga-lagakan kaum. Kedua-dua parti ini telah bekerjasama mendesak si pemuda supaya menarik diri daripada bertanding dengan alasan jika bertanding atas nama berhaluan kiri, akan rosak aqidahnya dan dia juga dianggap sebagai pengkhianat bangsa. Hari demi hari cercaan dan hinaan dilemparkan kepada si pemuda dengan bertujuan supaya si pemuda mengundur diri daripada pentas pilihanraya. Namun, mereka telah melakukan kesilapan yang sangat besar. Si pemuda tidak akan sekali-kali menyerah tetapi dia akan tetap meneruskan usahanya untuk merampas kerusi kawasan itu daripada tangan sebuah parti kleptokrasi yang menzalimi rakyat. Si pemuda akhirnya telah mengeluarkan kenyataan bagi menangkis segala hinaan dan cercaan yang dilemparkan kepadanya. Beliau mengakui seorang tukang urut tidak layak menjadi calon tetapi jika tukang urut itu bersifat perkauman. Jika tukang urut itu berhati mulia, dia lebih layak menjadi calon daripada seorang kaya yang memakan wang rakyat. Si pemuda juga melaungkan prinsipnya untuk terus berusaha menjaga kebajikan rakyat dan menentang kleptokrasi. Masyarakat bersorak gembira kerana mereka yakin parti berhaluan kiri telah meletakkan calon yang terbaik untuk mewakili suara mereka. Bukan masyarakat di kawasan itu sahaja yang akan memberikan undi kepada si pemuda, tetapi juga seluruh masyarakat di DUN itu kerana rakyat hari ini sudah cerdik dan sudah tahu menilai calon mana yang mampu berjuang untuk kepentingan rakyat. (Nota penulis: Cerpen ini ditulis khas kepada calon PSM DUN Semenyih, Nik Aziz Afiq.)

Page 15: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

15 IDEOLOGI Dis 2017 - Jan 2018

Minda Kiri

Kelas pekerja

Kelas pekerja atau

proletariat, adalah kelas

masyarakat yang menjadi tenaga kerja diupah dalam pengeluaran di bawah sistem kapitalis. Mereka terdiri daripada pekerja kolar biru (iaitu pekerja yang melakukan buruh kasar yang memerlukan tenaga fizikal), pekerja kolar putih (iaitu pekerja yang bekerja di pejabat) dan pekerja yang terlibat dalam pekerjaan perkhidmatan (seperti pengangkutan, perbankan, pelancongan, kesihatan, pendidikan, media, hiburan, telekomunikasi dan peruncitan).

Kelas pekerja menyara hidup mereka

dengan menjual tenaga kerja (termasuk buruh fizikal dan buruh intelektual) kepada kapitalis. Mereka tidak memiliki sumber pengeluaran.

Sebahagian besar daripada hasil buruh mereka diperas oleh kelas kapitalis.

Kelas pekerja adalah sumber buruh yang hidup bernyawa. Kelas pekerja

mencipta nilai baru untuk

komoditi dalam proses pengeluaran. Buruh yang ditaburkan oleh kelas pekerja menghasilkan nilai baru, di mana sebahagiannya ditukar menjadi gaji yang dibayar kepada pekerja (untuk menyara hidup mereka), dan sebahagian besar lagi merupakan nilai surplus yang menjadi keuntungan kapitalis.

Pengumpulan modal daripada

penjanaan keuntungan adalah logik penggerak untuk sistem ekonomi kapitalis. Namun, tanpa pekerja, pengumpulan modal tidak mungkin akan berlaku, kerana tiada nilai surplus akan dihasilkan. Oleh itu, tanpa pekerja, sistem kapitalis tidak akan berfungsi dan kapitalis tidak dapat hidup.

Pekerja adalah pencipta

kekayaan masyarakat. Kelas

pekerja adalah massa masyarakat yang menjalankan aktiviti penciptaan. Buruh mereka mencipta kekayaan masyarakat dan menyokong segala aktiviti ekonomi yang membolehkan kewujudan masyarakat manusia. Walaupun kelas pekerja sangat penting untuk sistem kapitalis itu berfungsi, tetapi fungsi sistem kapitalis yang “normal” telah menjejaskan kelas pekerja dalam semua aspek.

Kapitalis menjadi kaya melalui pemerasan pekerja.

Penumpuan dan pemusatan kekayaan dalam tangan segelintir kecil kapitalis (di peringkat monopoli) memiskinkan lagi pekerja. Pekerja yang hilang kerja atau

menganggur, menjadi “tentera simpanan industri” untuk sistem

kapitalis, kerana ini boleh mengurangkan gaji pekerja (maka meningkatkan lagi keuntungan kapitalis) dan mewujudkan persaingan antara pekerja (pengasingan antara pekerja). Pekerja hanya dapat membebaskan diri daripada pemerasan dan kemiskinan yang berterusan dengan menjatuhkan sistem kapitalis. Oleh sebab pekerja adalah tunjang kepada ekonomi kapitalis, maka faktor terpenting untuk menjatuhkan sistem kapitalis adalah kelas pekerja. Oleh sebab keuntungan kapitalis datang daripada pemerasan ke atas kelas pekerja, maka keperluan kapitalis untuk mengupah pekerja itu akan membolehkan pertumbuhan jumlah kelas pekerja. Dalam erti kata lain, kelas kapitalis sendiri yang mewujudkan penggali kuburnya – kelas pekerja. Kelas pekerja berkemampuan untuk mencipta sebuah masyarakat yang lebih baik. Namun, usaha ini tetap akan dihalang oleh kelas kapitalis kerana masyarakat baru yang dicipta oleh kelas pekerja akan menghancuran kelas kapitalis.

Percanggahan antara kelas pekerja dengan kelas kapitalis dalam masyarakat kapitalis,

mewujudkan perjuangan kelas.

Perjuangan kelas sentiasa wujud dalam masyarakat kelas, termasuklah masyarakat kapitalis. Perjuangan kelas boleh wujud dalam pelbagai bentuk:

Kadang-kadang berlaku secara tersembunyi atau pasif, seperti pekerja menunjukkan sikap “malas”, berpura-pura sakit, sengaja mengambil cuti, melakukan sabotaj dan sebagainya sebagai tanda protes.

Kadang-kadang berlaku secara terbuka, seperti mengadakan aksi piket, bermogok dan sebagainya.

Adakalanya juga mencapai tahap kemuncak, seperti tercetusnya revolusi.

Apabila kelas pekerja meminta pertolongan secara rendah diri (seolah-olah meminta sedekah) daripada kelas kapitalis, golongan kapitalis mungkin akan menghulurkan bantuan dengan menganggapnya sebagai kerja amal (charity), yang mewujudkan ilusi kebergantungan pekerja pada kapitalis. Namun, jikalau kelas pekerja bangkit menuntut hak mereka, respon kelas kapitalis selalunya tidaklah begitu menunjukkan baik hatinya, malah mengerahkan jentera represif untuk memukul dan menghancurkan kebangkitan pekerja.

Di mana ada penindasan, di situ ada penentangan. Kelas

pekerja berjuang untuk membebaskan diri daripada rantai pemerasan dan penindasan kelas. Perjuangan kelas pekerja wujud sejak awal lagi apabila sistem kapitalis mula wujud. Perjuangan kelas awal oleh buruh upah selalunya berkisar pada

tuntutan-tuntuan seperti:

a. Menaikkan gaji, iaitu

mengagihkan semula barangan pengeluaran sosial secara langsung antara pekerja dan kapitalis, supaya pekerja mendapat lebih faedah.

b. Mengurangkan masa kerja tanpa mengurangkan

gaji, iaitu satu lagi cara langsung untuk mengubah nisbah pendapatan antara pekerja dan kapitalis.

c. Menuntut kebebasan untuk berorganisasi secara kolektif. Pekerja dapat

menyatukan kekuatan mereka melalui organisasi pekerja.

Majikan (atau kapitalis) merupakan pemilik untuk modal dan sumber pengeluaran, maka segala kuasa ekonomi adalah berpihak padanya. Jika pekerja masih terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kerja, maka mereka tidak akan mempunyai kekuatan untuk melawan majikan. Dalam keadaan sebegini, “peraturan permainan” hanya menguntungkan kapitalis, di mana kapitalis boleh menetapkan gaji pekerja sesuka hatinya pada tahap amat rendah, dan pekerja terpaksa tunduk padanya kerana takut kehilangan kerja (dan kehilangan punca sara hidup). Hanya apabila pekerja berhenti bersaing sesama sendiri, bersatu sebagai kolektif untuk

berjuang menentang majikan, dan menolak syarat pekerjaan yang tidak munasabah, barulah pekerja boleh mendapat faedah daripada perjuangan menentang majikan itu. Pengalaman perjuangan telah mengajar pekerja bahawa, jika mereka tiada

kebebasan untuk berorganisasi secara kolektif, maka mereka

tiada senjata untuk melawan penindasan kapitalis. (sambung di edisi akan datang)

Page 16: Naikkan gaji minimum ke RM 1500 kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan

16 GALERI Dis 2017 - Jan 2018

Sekitar Jelajah PSM Menuju PRU-14

Pilihanraya sudah semakin hampir, bagi kami ia merupakan sebuah perayaan demokrasi. Perayaan yang bagai pesta ini tentu akan dimeriahkan lagi dengan bendera- bendera yang memakan kos percetakan berjuta ringgit. Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak mempunyai kapasiti kewangan untuk memacak ratusan ribu bendera pada PRU-14 nanti. Malah, kita berharap agar pengundi merayakan pilihanraya ini dengan memperdebatkan isu dan mengutamakan hujah yang dibawa parti-parti bertanding. PSM membuat tempahan 50 ribu bendera untuk kegunaan 20 kawasan pilihanraya yang akan ditandingi nanti. Satu amaun yang sederhana, tetapi membebankan juga. Bendera merah PSM yang bakal dipacak menunjukkan keazaman PSM menawarkan diri demi budaya politik baru. Untuk mengibarkan setiap bendera, kos bendera termasuk buluh/kayu ialah

RM 5. Untuk kibarkan 50 ribu bendera, akan memerlukan

perbelanjaan RM 250,000. Kami

memerlukan sumbangan anda untuk

KIBARKAN BENDERA UNTUK PSM mengibarkan perubahan yang kita ingin bawa bersama. Derma setiap RM 50 boleh menaikkan 10 bendera PSM di PRU-14 nanti. Kibarkan bendera untuk parti yang mana Wakil Rakyat dan pemegang jawatan awamnya mengisytihar harta setiap tahun kepada umum sebagai lambang anti-rasuah. Kibarkan bendera untuk parti di mana calonnya tetap berkhidmat untuk masyarakat akar umbi biarpun menang atau kalah. Kibarkan bendera untuk parti yang tidak reti percaturan politik perkauman atau agama tetapi memperjuangkan nasib bersama rakyat golongan 99%. Kibarkan bendera untuk parti yang menawar alternatif dan pembangkang yang tulen. Sumbangan anda boleh disalurkan kepada akaun

Bank: Maybank Nama: Parti Sosialis Malaysia No: 512080337313

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah selesai mengadakan kempen Jelajah Menuju PRU-14 pada bulan September dan Oktober yang lalu. Rombongan kempen telah mengunjungi kawasan yang bakal ditandingi PSM, termasuk Sungai Siput, Jelapang, Buntong, Menglembu, Tronoh, Malim Nawar, Cameron Highlands, Subang, Kota Damansara, Pelabuhan Klang, Hulu Langat, Semenyih dan Kota Lama. PSM bersedia menawarkan calon yang berkualiti, bersih, berani, berprinsip dan berjiwa rakyat, dalam usaha membina alternatif politik yang sebenar dan memperkasakan rakyat supaya terus memperjuangan kepentingan bersama masyarakat akar umbi.

Semenyih Kota Bharu

Pelabuhan Klang Kota Bharu