sulit kod kertas: 940/1 - · pdf filecontohnya di england – raja henry vii telah berjaya...

38
1 Kod Kertas: 940/1 JABATAN PELAJARAN MELAKA STPM 2009 SKEMA PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 ) PERINGATAN : Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. Skema ini terdiri daripada 38 halaman bercetak. Hakcipta Jabatan Pelajaran Melaka 2009 [ Lihat Sebelah SULIT* SULIT

Upload: phungdan

Post on 24-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

1

Kod Kertas: 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA

STPM 2009

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH

KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN :

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada

pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 38 halaman bercetak.

Hakcipta Jabatan Pelajaran Melaka 2009

[ Lihat Sebelah

SULIT*

SULIT

Page 2: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

2

BAHAGIAN A

1. Huraikan kepecayaan dan agama yang terdapat dalam masyarakat Cina.

Pengenalan (3M)

1. Konsep tamadun dan salah satu ciri tamadun adalah kepercayaan dan agama.

2. Konsep kepercayaan dan agama

3. Latar belakang tamadun China.

4. Menyenaraikan kepercayaan dan agama dalam tamadun China.

Isi-isi Penting ( 5 isi x 4M = 20M)

1. Kepercayaan Alam Sekitar

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit

adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan,

bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya

masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

2. Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan

pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan

mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang

melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai

soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat

Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah

syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang

diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan

tawanan musuh.

3. Kepercayaan kepada Anak Syurga

Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is

dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan

rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga.

Page 3: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

3

Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah

Dinasti Chou.

4. Kepercayaan kepada dewa.

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman

kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia

di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-

bijian’

5. Agama Buddha

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha

mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk

dari Sri Lanka.

6. Ajaran Confuciusnisme

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah

seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan

idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta

disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral

maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-

undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan

konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima

kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini

menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

7. Ajaran Toisme

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan

alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak

mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi

serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’.

Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan

kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini

berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Page 4: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

4

Kesimpulan ( 2M)

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan

kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama.

Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada

pemerintah.

Page 5: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

5

2. Jelaskan tentang sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam tamadun Rom.

Pengenalan (3M)

1. Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui

pilihanraya.Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh Presiden.

2. Sebelum kelahiran sistem pemerintahan republik, Rom mengamalkan pemerintahan

beraja.Pemerintahan beraja di Rom bermula sejak 753 S.M dan diperintah secara mutlak oleh

raja-raja Etruscan

Isi-isi Penting ( 4 M x 5 isi = 20 M)

1. Konsul

Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik.Terdapat dua orang

konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun

2. Lantik

Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa

dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, keagamaan dan kewangan.Ia berperanan

sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif

3. Dewan Senat

Diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli Dewan Senat

dipilih oleh Konsul. Dewan Senat bertindak menasihati Konsul dalam urusan pentadbiran negara

4. Bidang Tugas

Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal pentadbiran negara,

menggubal undang-undang untuk dibincang dalam Dewan Perhimpunan, mengadakan

rundingan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diurus oleh Konsul,

menguruskan hal-ehwal kewangan, menyelesaikan krisis keagamaan

5. Dewan Perhimpunan :

oleh semua rakyat Rom.Ia dikenali sebagai forum. Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk

mendapat laporan tentang perbincangan Dewan senat

Dewan ini membantu Dewan Senat melaksanakan pemerintahan.Juga bertindak meluluskan dan

mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat

Page 6: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

6

Kesimpulan (2M)

1. Pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam

pemerintahan republik, terdapat imbangan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif

dan badan kehakiman.

2. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada zaman Julius

Caesar.Beliau menamatkan pemerintahan republik dan mengisytiharkan diri sebagai diktator

setelah mengalahkan Jeneral Pompei.

Page 7: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

7

3. Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah

Pengenalan (3M)

Konsep Negara - Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai

kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama,

mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan

daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa

ialah England, Perancis dan Sepanyol.

Isi-isi penting ( 5 isi x 4M = 20M)

Faktor Pembentukan Negara Bangsa ( 3 isi x 4M = 12M)

1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adat

Landlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segi

politik pada zaman pertengahan.

Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan

penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah

negara. Kesannya sistem feudal tidak

lagi diterima oleh masyarakat Eropah.

Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-

undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas,

melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasa

yang khas dan lain-lain.

Page 8: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

8

2. Perkembangan Zaman Renaissance

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran

orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara

mereka.

Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan

bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu

Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam

sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup,

sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya.

3. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan

rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan

membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa.

Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan

berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan.Di

Eropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti

agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg.

Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti

Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris .Begitu juga Raja Henry VII

di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.

4.Kemajuan Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan

golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong

dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang

besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan

cukai kepada raja.

Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan

mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera.Secara tidak

langsung melemahkan golongan feudal.

Page 9: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

9

5.Bahasa Kebangsaan

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan

penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak.

Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa

dialek tempatan. Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan

lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa.

Kesan Pembentukan Negara Bangsa ( 2 isi x 4M = 8M)

1. Golongan Bangsawan Hilang kuasa dan pengaruh

Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka

mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat.

Golongan bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

Raja mula menggubal undang-undang baru bagi menghadkan kuasa dan pengaruh golongan

bangsawan.

2. Kemerosotan Golongan Gereja

Penubuhan negara bangsa menyebabkan golongan agama semakin hilang

pengaruh. Raja mula mengawasi perkembangan agama disamping

menggunakan gereja untuk mengukuhkan kekuasaan masing-masing .

Perlantikan ahli agama dilakukan sendiri oleh golongan raja.

3.Pemusatan kuasa

Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah.

Pemerintah mempunyai kuasa penuh terhadap semua bidang. Sekaligus mengenepikan kuasa

golonga gereja dan golongan bangsawan.

Page 10: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

10

Kesimpulan (2M)

Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal dan

seterusnya telah menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah.

Zaman Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah.

Page 11: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

11

4. Bincangkan sumbangan Artashastra oleh Kautilya dalam bidang ketenteraan di India.

Pengenalan (3M)

1. Konsep ketahanan

2. Konsep Pertahanan

3. Latar belakang Kautilya.

Isi-isi Penting: (5isi x 4M = 20M)

1. Pendekatan ‘bheda’ iaitu melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitive

Pendekatan ini dilaksanakan oleh seseorang pemerintah kepada musuh mereka. Pemerintah perlu

menimbulkan isu-isu sensitive antara kedua-dua belah pihak. Hal ini membolehkan pemerintah tersebut

memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak yang kuat kemudian memusnahkannya.

2. Menggunakan cara ‘saman’ iaitu melakukan perdamaian dengan Negara lemah bagi meraih

sokongan.

Pemerintah berusaha mencari perdamaian dengan pihak atau Negara yang lemah. Sekiranya pemerintah

bermusuh dengan Negara yang lemah ia akan merugikan masa. Oleh itu, jalan terbaik untuk

mengukuhkan kedudukan dan pengaruh adalah dengan cara ‘saman’ atau perdamaian.

3. Pemberian ‘dana’ iaitu rasuah dalam pelbagai bentuk kepada musuh yang masih belum

ketahui kekuatannya.

Pemberian dana atau rasuah akan dapat melalaikan musuh sekaligus pihak musuh yang kuat tidak akan

menganggap pemberian dana sebagai tanda permusuhan. Ini memberi peluang perkukuhkan kedudukan

pemerintah.

4. Memperkenalkan teori ‘mandala’ iaitu pemerintah hendaklah bijak mencari kawan dan

berbaik-baik dengan musuh yang akan diperangi.

Page 12: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

12

Pemerintah perlulah bijak mengatur strategic dengan mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh

Negara yang diperangi . Apabila berlaku peperangan maka pihak yang diperlakukan sedemikian akan

membantu pemerintah tersebut.

5. Konsep ‘danda’ iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh atau orang yang jahat.

Konsep ini adalah idea Kautilya sendiri untuk menghadapi ancaman musuh dengan menggunakan tipu

muslihat. Danda iaitu kayu atau besi yang kuat untuk memukul. Kautilya menyarankan ancaman

kekerasan perlu digunakan kepada musuh atau orang yang jahat.

6. Menubuhkan unit pengintip untuk mendapatkan rahsia dan menyampaikan maklumat kepada

pemerintah.

Kautilya menyarankan pemerintah tidak terlalu mempercayai orang luar walaupun anak atau isteri

kerana mereka boleh menjadi ejen musuh sekaligus menjatuhkan kuasa raja. Selain itu, makanan raja

perlu diuji terlebih dahulu kerana dibimbangi makanan tersebut akan mengandungi racun. Pemerintah

yang baik mempunyai musuh dalam selimut. Kautilya mencadangkan supaya raja atau pemerintah

sentiasa memerhatikan gerak-geri askarnya menerusi ejen pengintip untuk mencari rahsia dan

menyampaikan maklumat pengkhianatan kepada pemerintah.

7. Matlamat spritiual dituntut dengan cara berjuang bersungguh-sungguh walaupun nyawa

sendiri terkorban atau berjuang sehingga mati.

8. Kautilya menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Sehubungan dengan itu, orang

yang kuat tidak perlu berasa simpati dan kasihan kepada golongan yang lemah. Raja yang bersikap jujur

dan bersimpati kepada musuh adalah bodoh kerana pemerintah tersebut akan mudah dikalahkan oleh

musuhnya.

Kesimpulan (2M)

1. Artashastra merupakan sumber rujukan pemikir ketenteraan India yang menkadi rujukan pemerintah

untuk mengekalkan kuasa.

2. Menjadi rujukan tentera sehingga ke hari ini kerana terdapat teori taktik dan strategi yang masih

relevan.

Page 13: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

13

5. Bandingkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan antarabangsa

antara Kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan Melaka

Pengenalan (3M)

a. Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-13M. Berjaya

mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di Nusantara sebelum Majapahit dan

Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport.

b. Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar kukuh di Nusantara dan

menjadi pusat perdagangan antarabangsa

c. Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan antarabangsa tetapi faktor yang

mendorong fenomena tersebut berbeza.

Isi-isi Penting (5 isi x 4 M = 20M)

2.1. Faktor-faktor perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka

a. Kedudukan Geografi

Srivijaya

Kedudukan strategik kerana menguasai jalan sungai utama dari pelabuhan ke pedalaman

Hasil hutan kawasan pedalaman dapat dibawa ke pelabuhan melalui sungai Batang Hari dan Sungai

Musi

Melaka

Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun

Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat

Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik

b. Hubungan dengan Negara China

Srivijaya

Mendapat perlindungan daripada China menyebabkan lebih banyak pedagang China datang berdagang

di Srivijaya. Pedagang lain dari India dan Arab juga berdagang di Srivijaya

Page 14: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

14

Melaka

Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting

di Asia Tenggara

Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit

Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka

c. Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik

Srivijaya

Mempunyai sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang teratur

Orang Laut berperanan mengawal keselamatan pelabuhan dan sepanjang perairan Srivijaya supaya

bebas dari lanun

Orang Laut berperanan menarik kapal-kapal dagang untuk berdagang di Srivijaya

Melaka

Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan

Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.

Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca memudahkan

interaksi pedagang.

Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan

Melaka

d. Dasar perdagangan

Srivijaya

Pedagang asing tidak dibenarkan secara langsung berada di kawasan pedalaman

Pedagang dibenarkan berdagang di pelabuhan yang tertakluk kepada kuasa kerajaan Srivijaya

Tiada paksaan ke atas saudagar yang berdagang di Srivijaya

Melaka

Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi

Syahbandar –orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai

Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di pelabuhan Melaka

Kiwi –mengikut kapal yang membawa barang dagangan

Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3%ke

atas barangan dari kepulauan Melayu. Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga

Page 15: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

15

Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan. Sistem tukar barang atau mata wang

diamalkan

e. Pelbagai jenis barang dan bahan mentah

Srivijaya

Memperoleh barangan dan bahan mentah dari kawasan pedalaman Sumatera dan Riau Lingga

Untuk memenuhi permintaan Srivijaya meluaskan pengaruhnya ke Kedah Tua dan Langkasuka

Hasil perdagangan rempah terpenting ialah rempah ratus

Kepelbagaian barang ini menggalakkan kunjungan pedagang

Melaka

Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging

Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu

Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

f. Kemudahan-kemudahan

Srivijaya

Tempat penginapan, stor dan gudang disediakan

Mempunyai kemudahan membaiki kapal

Melaka

Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga. Gudang untuk menyimpan barangan pedagang

Kemudahan membaiki kapal turut tersedia

Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang disediakan kepada pedagang

g. Peranan keagamaan

Srivijaya

Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Nusantara. Membantu dalam perkembangan

perdagangan dengan China dan India yang seagama

Melaka

Membentuk sebuah empayar Islam. Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka

Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke

Melaka

Page 16: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

16

h. Penjajahan

Srivijaya

Meluaskan pengaruh dengan menakluk negeri-negeri kecil

Abad ke-7M hingga ke-13M berjaya kuasai kebanyakan Bandar pelabuhan di Alam Melayu

Membentuk sebuah empayar yang kuat

Melaka

Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera

Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan dan Kampar

Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul

Kesimpulan (2M)

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan

Melaka

Faktor-faktor tersebut berbeza namun Srivijaya dan Melaka berjaya menjadi pusat perdagangan

antarabangsa yang terkenal suatu ketika dulu.

Page 17: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

17

6. Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan dalam Tamadun China.

Pengenalan (3M)

1. Latar belakang Tamadun China – di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho.

2. Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan

pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan.

3. Kurikulum pendidikan di China dipengaruhi ahli falsafah Confusius zaman dinasti Chou dan

Dinasti Han dan seterusnya. Tetapi zaman Dinasti Chin, falsafah Legalisme yang diasaskan oleh

Han Fei Tsu lebih dominan.

Isi – isi penting (4 isi x 5 M = 20M)

1. Tahap pendidikan.

a. Peringkat rendah – Kanak-kanak berumur 7 tahun mula bersekolah di kuil, kampung atau

persendirian. Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli

akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram

dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna.

b. Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan

sastera serta pengkajian esei.

c. Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa

China moden,menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei.

d.

4. Zaman Dinasti Shang.

a. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran

dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram.

b. Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar.

c. Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

Page 18: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

18

3. Zaman Chou

a. Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandar-

bandar lain. Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil.

Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam. Kurikulum –

terdiri daripada 6 bidang seni (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu kereta kuda

beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat)

b. Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu

(kaedah menghafal dikutuk). Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah

pembaziran.

c. Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought”

d. 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan

peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat.

e. Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik

golongan intelektual.

f. Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang

berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

4. Dinasti Chin

a. Berasaskan falsafah legalisme.

b. Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran

confucious.

c. Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.

Page 19: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

19

5. Dinasti Han.

a. Dakwat diperkenalkan. sekolah yang wujud ialah peringkat kerajaan pusat dan tempatan.

Sekolah swasta berkembang dengan pesat terutama dalam bidang kesusasteran klasik.

Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar.

b. Maharaja Han Wu Ti memperkenalkan institusi pengajian tinggi dan mengalakkan pembinaan

sekolah di seluruh empayar, sistem pendidikan, dan teks klasik ajaran Confucious. Peperiksaan

terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.

c. Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan

sekolah biasa didirikan di seluruh negara.

d. Peperiksaan awam dijalankan di peringkat daerah,wilayah, dan negara. Hasilnya lahirlah ahli

sejarah,penyajak, dan pelukis. Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah

Negara China.

Kesimpulan (2M)

Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah

untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Page 20: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

20

BAHAGIAN B

1. Huraikan masyarakt Islam yang terdapat dalam Tamadun Cina sehingga 1800 M.

Pengenalan (3M)

1. Perkembangan masyarakat islam dalam tamadun China bermula pada zaman Dinasti Tang sejak

kurun ke 7 masihi apabila orang Arab mengenali Negara China. Agama islam sendiri telah mendapat

sambutan yang baik dari masyarakat Kazakhs, Kyrgyz, Uzbeks dan Tajik.

2. Sejarah kedatangan islam ke China dirujuk kepada ‘Babad Kwantung’ yang merakamkan tentang

sejarah kedatangan orang Islam ke China di zaman Dinasti Tang, apabila beberapa bilangan tidak

dinyatakan dengan tepat orang asing dari Annam, Kemboja dan Madinah telah dating ke Canton.

Mereka menyembah syurga iaitu tuhan dan tidak menyimpan patung atau berhala di dalam rumah

mereka.

3. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan satu rombongan seramai 15 orang yang dipimpin oleh Saad

bin Abi Waqas telah sampai ke Canton untuk menyebarkan agama Islam dan mendapat sambutan yang

baik daripada Maharaja Yung Wei. Saad telah mendirikan masjid di Bandar Guangzhou dan dikenali

Masjid Goangta yang bermaksud menara. Terdapat ungkapan pada masjid tersebut iaitu ‘Inilah masjid

pertama di China dibina oleh Saad bin Waqqas RA ketika dating ke sini atas perintah Nabi SAW untuk

menyebarkan Islam’ Saad telah meninggal dunia dan dikebumikan di Kwangchou.

Isi-isi ( 4 markah x 5 isi = 20 M)

1. Islam bermula berkembang ke China oleh Hamzah bin Hamzah iaitu anak kepada Hamzah bin Abu

Talib sepupu Nabi Muhammad S.A.W. telah sampai ke China bersama-sama 3000 orang Muhajirin dan

menetap di San Gan Foo. Hubungan China-Arab semakin baik semasa zaman Bani Umayyah dan dapat

dibuktikan dengan terdapatnya penempatan orang Arab di Canton pada tahun 758 M. Pada zaman

pemerintahan Khalifah Khalid al-Walid (705-715M) tentera Islam pimpinan Qutaibah bin Muslim telah

sampai ke China Selatan dan menguasai Samarkhamd dan Khawarizm di Asia Tengah.

2. Hubungan Arab dengan China bertambah kukuh pada zaman Bani Abbasiyah apabila Khalifah al-

Mansur menjalinkan hubungan dua hala dalam bidang ketenteraan dengan Maharaja Su Tsung telah

meminta bantuan tentera untuk menewaskan pemberontak iaitu Panglima Tentera An Lu Syan pada

Page 21: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

21

tahun 755M . Khalifah al-Mansur telah mengirimkan bantuan tentera seramai 10,000 orang tentera dan

berjaya menewaskan pemberontak. Kejayaan ini membolehkan tentera-tentera Islam menyebarkan

agama Islam ke China.

3. Perkembangan Islam di China pada zaman Choong (841-847M) juga disebabkan faktor perkahwinan

antara orang Islam dengan wanita-wanita China. Mereka telah menetap di daerah Kansu dan Syensi.

4. Golongan Hui Hui adalah golongan China beragama Islam tinggal di sekitar wilayah Yunan, Shenzi

dan Kansu. Mereka dikatakan golongan pengembara Islam dan pedagang yang dating ke China sekitar

abad ke 7-8 masihi. Mereka berinteraksi dengan orang China tetapi masih mengekalkan identity sebagai

orang Islam dan lama kelamaan mereka bercampur dengan orang tempatan dan mereka dikenali pula

sebagai orang Hui.

5. Pada zaman dinasti Moghul, berlaku kemuncak penyebaran Islam selama 88 tahun. Maharaja Yuan

telah menjemput intelektual Islam untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran seperti gabenor

dan wakil gabenor. Ini kerana kemajuan Islam di Asia Barat telah diketahui dalam bidang pentadbiran

dan intelektual.

6. Pada zaman dinasti Kublai Khan terdapat 8 daripada 12 orang Islam telah dilantik menjadi gabenor.

Salah seorang daripada mereka ialah Abdul Rahman telah dilantik menjadi pemungut cukai dan

mengendalikan urusan kewangan Negara , Syed Umar Shamsudin dilantik menjadi menteri kewangan

dan kemudian Gabenor Yunan dan apabila beliau meninggal dunia tempatnya telah digantika oleh

anaknya iaitu Nasarudin Syed Umar. Beliau telah berjaya mempertahankan wilayahnya daripada

serangan tentera Burma.

7. Masyarakat Islam juga terdapat dalam dinasti Ming. Kebanyakkan mereka terlibat dalam bidang

ketenteraan. Menurut sarjana Islam China iaitu Ibrahim T.Y. perkataan ‘Ma’ merujuk kepada orang

Islam di China atau Muhammad S.A.W. dan beliau telah menyusur salasilah Maharaja Ming iaitu Chu

Yuan Chang dan permaisurinya, Chee Men adalah berketurunan Ma atau Islam. Ia dibuktikan dengan

pembinaan masjid di Nanking dan sajak puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang dipahat pada

dinding masjid tersebut. Selain itu juga. Dinasti Ming mempunyai penasihat dan pegawai tertinggi dari

kalangan orang Islam seperti Laksmana Cheng Ho (Zheng He) atau nama Islamnya Ma Poh Sam yang

berjaya mengangkat kegemilangan dinasti Ming ke seluruh dunia ketika itu.

Page 22: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

22

8. Masyarakat Islam juga terdapat pada zaman dinasti Sung. Pada zaman ini keselamatan dan kebajikan

orang asing dipelihara setelah tergugat pada zaman dinasti Manchu kerana Manchu memusuhi orang

Islam khususnya yang bukan China dan menindas mereka serta melaga-lagakan mereka antara puak-

puak lain seperti Han, Monggol dan Tibet. Pada zaman dinasti Sung orang Islam mengukuhkan

kedudukan kembali dan prestasi orang Islam sememangnya unggul di China sehubungan dengan itu, Pu

Shou Keng berketurunan Arab telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Cukai dan Keamanan di Fokien.

Kesimpulan (2M)

Islam berjaya dikembangkan sehingga ke Negara China dan ke seluruh pelusuk dunia.

Faktor utama kejayaan ini adalah ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pemimpin berkaliber

dan bijaksana disamping contoh tauladan yang baik menjadi ikutan sepanjang zaman dan menjadi

ikutan dan panduan masyarakat Islam di China.

Page 23: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

23

2. Jelaskan fitnah-fitnah terhadap Khalifah Uthman bin Affan dan huraikan juga kesan-

kesan ekoran fitnah itu.

Pengenalan (2M)

a. Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah yang ketiga selepas khalifah Umar al

Khattab.Baginda memegang teraju pemerinthan bermula tahun 23 H sehingga tahun 35H setelah

baginda dibunuh oleh sekumpulan pemberontak yang menyerbu ke rumahnya.

b. Dari segi peribadi,beliau merupakan sahabat yang terawal menerima Islam.Beliau terkenal

dengan gelaran ‘Dhu al Nurain’kerana pernah mengahwini puteri dua orang puteri Rasulullah

s.a.w.Beliau juga terkenal dengan sikap seorang dermawan terutamanya pada awal

perkembangan Islam.

c. Enam tahun pertama perintahannya,Negara Islam telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai

bidang manakala enam tahun terakhir pemerintahannya , keadaan Negara agak huru-hara

disebabkan timbulnya pelbagai masalah dalaman.

Isi – isi Penting ( 7 isi x 3 M = 20M)

A. Fitnah-fitnah (4 isi x 3 M = 12M)

1. Khalifah Uthman dituduh mengamalkan dasar nepotisme atau memihak kepada kaum

keluarganya dalam soal perlantikan jawatan pegawai-pegawai kerajaan.contohnya Uthman telah

melantik saudara angkatnya,Abdullah bin Saad bagi menggantikan Amru Al As sebagai

Gabenor Mesir

2. Khalifah Uthman dituduh sebagai seorang khalifah yang boros kerana membelanjakan wang

yang begitu banyak dari Baitulmal

3. Polisi khalifah Uthman yang membenarkan orang-orang Arab berhijrah di daerah-daerah yang

baharu dikuasai oleh kerajaan Islam menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khasnya di tanah

jajahan yang berkaitan.

Page 24: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

24

4. Khalifah Uthman juga dituduh memihak kaum Quraisy akibat tindakan gabenor Kufah Said bin

al As mengisytiharkan tanah di Iraq sebagai kepunyaan kaum Quraisy.

5. Sikapnya yang selalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang yang

telah melakukan kesalahan telah memakan dirinya .

6. Tindakan beliau memusnahkan beberapa salinan alquran yang ditulis dalam pelbagai loghat dan

menerbitkan satu satu naskah baru yang standart yang ditulis mengikut loghat Quraisy.

7. Beliau juga melantik beberapa pegawai yang pernah murtad dan mereka yang pernah melakukan

kesalahan besar tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak.

B. Kesan-kesan fitnah (3 isi x 3M =9M)

8. munculnya gerakan pemberontakan di Mesir,Kufah, mereka mendesak Khalifah Uthman

memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap,yang menpunyai hubungan keluarga dengannya

serta mahukan beliau meletak jawatan.

9. Peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman telah menimbulkan perpecahan yang makin serius di

kalangan umat Islam.

10. Pembunuhan Uthman menyebabkan timbulkan semula semangat assabiyyah yang telah

dihapuskan oleh Rasulullah.

11. Zaman huru-hara ini telah menyebabkan punca berakhirnya perintahan Khulafah ai Rasyidin

pada tahun 40 H.Pembunuhan Uthman telah dijadikan alas an oleh Muawiyah,Gebenor Syam

untuk menentang Khalifah Ali.

Kesimpulan (1M)

Fitnah yang timbul pada zaman beliau merupakan titik tolak kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Sebenarnya fitnah yang timbul ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepincangan yang

dihadapi oleh masyarakat Islam kerana mereka alpa terhadap wasiat Rasulullah supaya kembali kepada

ajaran al quran dan Hadis.

Page 25: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

25

3. Bincangkan etika peperangan dan pengajaran peperangan dengan merujuk kepada

perang Uhud.

Pengenalan (3M)

Perang Uhud merupakan salah satu daripada siri peperangan yang berlaku dalam zaman Nabi

Muhammad s.a.w bagi melaksanakan jihad dan mendaulatkan agama Allah. Peperangan yang

kedua dalam sejarah Islam ini berlaku di kaki Gunung Uhud pada pertengahan bulan Syaban

pada tahun 3 Hijrah di antara 3000 tentera Quraisy dengan 700 orang umat Islam. Tentera

Quraisy dipimpin oleh Abu Sufian manakala umat Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w

sendiri. Kaum Quraisy yang menerima kekalahan yang memalukan di Badar telah bertekad

untuk membalas dendam dan menebus kembali maruah mereka.

Nabi Muhammad s.a.w telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan

pertahanan dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lereng-

lereng gunung. Pasukan pemanah ini di ketuai oleh Abdullah bin Zubir.

Strategi ini lah telah menghancurkan barisan tentera Quraisy sehingga mereka

lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta yang banyak. Pasukan

pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat lalu

mereka meninggalkan lokasi masing-masing untuk turun merebut harta-harta

rampasan.

Peluang ini digunakan oleh panglima Khalid al-Walid untuk mengumpulkan

semula pasukan berkudanya dan mara dengan pantas untuk merampas kubu

pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Setelah kubu strategic umat Islam

itu jatuh, Khalid al-Walid menyerbu umat Islam dari belakang sehingga mereka

bertempiaran lari.

Kekalahan umat Islam sehingga seramai 70 orang mati syahid termasuk bapa

saudara Nabi Muhammad s.a.w sendiri iatiu Saidina Hamzah bin Abdul

Mutalib. Beliau telah dibunuh oleh hamba berbangsa Habsyah bernama Washy

Yang telah dijanjikan oleh tuannya bernama Zubair bin Mut’im untuk

Merdekakannya sekiranya ia berjaya membunuh Hamzah.

Page 26: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

26

Etika-etika Peperangan Dalam Islam ( 5 isi x 2 M =10M)

1. Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu

Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan

kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.

Contohnya, dalam Perang Badar.

3. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak

memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh,

paderi atau pendeta.

4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah

kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan

kesejahteraan.

5. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau

kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia

kepada pemerintah Islam.

6. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak

boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

7. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian

Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada

musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.

8. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah

berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah

diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah

wang tertentu.

Page 27: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

27

9. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh

Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan

Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk

pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Natijah peperangan (5isi x 2M = 10M)

1. Kabilah-kabilah Arab yang lain mula memandang rendah kepada umat Islam.

Mereka mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Mekah.

Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang-wenangnya seperti

Bani Bakar yang telah membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di

suatu tempat bernama Bir-Mauna.

2. Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad s.a.w mengirimkan

pendakwah kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka dibunuh,

manakala dua yang lain di bawa ke Mekah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum

Quraisy. Dua orang bersaudara bersama Tulaihah dan Salama bin Khuwailid

telah berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi Muhammad mendengar

berita ini lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang untuk

memerangi mereka terlebih dahulu.

3. Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya bahawa

kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin

bersemangat untuk berusaha mengalahkan umat Islam pada peperangan seterusnya.

4. Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan Yahudi dan

Munafikin di Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi

pengajaran agar lebih patuh dan taat kepada arahan pemimpin pada masa-

masa akan datang.

5. Peperangan ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Mekah memang

sentiasa berazam untuk menghancurkan umat Islam pada bila-bila masa sahaja

dan tanpa di duga. Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati-hati

Page 28: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

28

dalam menghadapi serangan-serangan yang bakal diterima daripada musuh-

musuh mereka

6. Bagi pihak umat Islam, mereka menerima pengajaran mengenai konsep

ketaatan terhadap pemimpin dengan bayaran yang sangat mahhal. Kekalahan

itu mengajar mereka betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap

mereka telah membawa padah yang amat besar.

7. Namun umat Islam tidak bersedih selama-lamanya. Mereka mengambil iktibar

daripada kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatu-

padu, berdisplin dan taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang

seterusnya.

8. Perang ini juga memberikan gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat

dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar

umat Islam untuk lebih berhati-hati menghadapi golongan tersebut yang hanya

bersemangat di bibir tetapi bukan di hati.

Kesimpulan (1M)

Peperangan Uhud membawa banyak pengajaran kepada umat Islam walaupun mereka dianggap

telah mengalami kekalahan. Setiap umat Islam sewajarnyalah patuh kepada pemimpin dan

dalam perjuangan janganlah terlalu mementingkan aspek kebendaaan.

Page 29: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

29

4. Galurkan perkembangan penggunaan mata wang Islam sehingga abad ke 18 Masihi.

Pengenalan (3M)

1. Konsep ekonomi Islam.

2. Menyenaraikan sahaja tahap/tempoh masa penggunaan mata wang Islam.

3. Kerajaan Jahiliyah- Rom dan Parsi. Mata wang Rom dalam bentuk dinar emas dan Mata wang Parsi

dalam bentuk dirham perak telah digunakan sebelum kedatangan Islam.

Isi-isi Penting (5 isi x 4M=20M)

1. Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Penggunaan mata wang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima pengaruh daripada

kerajaan Rom dari dinar emas Rom Timur dan dirham perak Parsi. Setelah baginda dilantik sebagai

rasul, baginda telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai mata wang yang sah bagi orang Islam

berurus niaga. Baginda telah melaksanakan standard mata wang berdasarkan uqiyyah, dinar, daniq,

dirham, mitsqal dan qirath. Baginda juga telah menetapkan kadar 1 dinar bersamaan 10-12 dirham serta

ia mengikut keperluan tersebut.

2. Zaman Khulafah Al-Rasyidin – Khalifah Umar bin Al-Khattab.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (634-644M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu

Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab sebagai model mata wang berteraskan dinar dan dirham. Piawaian

7 dinar emas bersamaan 10 dirham perak. Setiap 1 dinar seberat 4.25 gram dan 1 dirham beratnya

adalah 3 gram. Emas yang digunakan ialah 91.7 %, 22 karat dan bergaris pusat 23 milimeter sementara

bagi dirham pula 25 milimeter. Kedua-dua mata wang ini bergambar kaabah dan tertulis kalimah

syahadah di kedua-dua permukaan.

3. Zaman Khulafah Al-Rasyidin – Khalifah Ali bin Abi Talib.

Khalifah Ali bin Abi Talib telah menetapkan dan memperakui penggunaan dirham Islam yang tertentu

sahaja iaitu dirham Rumi yang berdasarkan dirham Rom Timur, dirham Tabari berdasarkan dirham dari

Asia Tengah dan dirham Baqhli atau Bajli berdasar dirham Parsi. Kesemua dirham pada zamannya

ditulis dengan khat kufi.

4. Zaman Bani Umayyah

Berlaku perkembangan pesat apabila terbinanya kilang-kilang percetakan mata wang Islam berdasarkan

dirham dan dinar. Kilang-kilang ini dibina di Kota Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah) dan Wasit

Page 30: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

30

(Iraq). Pada masa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, beliau telah mengarahkan

percetakan mata wang dinar dan dirham di Kota Damsyik pada tahun 691 dan 692 Masihi kemudian

diulang cetak pula di Mesir, Andalusia dan Wasit pada 696 Masihi. Pada bahagian permukaan mata

wang terdapat kalimah Allah dan tanda mohor khalifah. Seterusnya gabenor Iraq, Hajjaj Yusof al-

Taqafi telah mengarahkan percetakan mata wang dirham di Kota Kufah manakala gabenor Mesir iaitu

Abdul Aziz bin Marwan mengarahkan percetakan mata wang dinar di Fustat. Khalifah Abdul Malik

juga mengarahkan dinar quqi diselaraskan kepada 4,25 gram daripada 4.55 gram yang telah diubah oleh

kahlifah Bani Umayyah terdahulu. Dirham Baqhali telah ditetapkan antara 2.91 gram hingga 2.95 gram

daripada berat asalanya 3.98 gram. Khalifah juga telah memperkenalkan mata wang tembaga dikenali

Fals.

5. Zaman Bani Abbasiyah

Pada zaman Bani Abbasiyah antara tahun 750-1285 Masihi kilang percetakan mata wang Islam telah

banyak didirikan seperti di Kota Baghdad. Khalifah al-Makmun telah menjadikan percetakan di Kota

Baghdad sebagai pusat penyelarasan. Setiap mata wang tertera nama khalifah yang memerintah

6. Kerajaan Islam Nusantara

Penggunaan mata wang telah merebak ke Nusantara. Pada tahun 1295 M mata wang emas telah

dihasilkan oleh Kerajaan Samudera, Pasai dan Acheh. Manakala Sultan Muzaffar Syah telah

memperkenalkan mata wang Melaka, di bahagian permukaannya tertera pelbagai jenis khat dalam

Bahasa Arab.Ia kemudiannya diwarisi oleh kerajaan Kesultanan Johor selepas kejatuhan Melaka.

Negara Brunei juga turut menggunakan mata wang Islam yang diimport dari Negara Arab Saudi, Mesir,

Iraq dan Parsi. Bukti penggunaannya di Brunei iaitu apabila pada zaman Sultan Nasaruddin (1690-1710

M) telah tertera nama beliau di permukaan mata wang tersebut dengan gelaran ‘Malik al-Zahir’

Kesimpulan (2M)

Sejarah penggunaan mata wang di dunia pada hari ini adalah warisan keintelektualan Islam semenjak

zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mata wang Islam telah melalui perkembangan evolusi sebelum

mempunyai nilai dan teknik yang standard dan pengeluaran yang mantap.

Page 31: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

31

5. Bincangkan Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman Nabi

Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah

Pengenalan (3M)

1. Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah

s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran

2. Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud

membaca jadi asas pendidikan Islam

3. Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah

dan diteruskan di Madinah

4. Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang dan

kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman.

Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di situ

mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun sebelum Muhammad

dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.

5. Madinah – kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategic iaitu jalan

perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk

mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s.

Isi –isi Penting ( 20M)

A. Kurikulum ( 2 isi x 2M = 4M)

1. Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan

sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab

termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan

semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

Page 32: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

32

2. Syariah : Bersolat – hanya Allah sahaja yang disembah Konsep waib sunat,halal,haram, harus dalam

melaksanakan tanggungawab

3. Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata

benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan

B. Pelaksanaan pendidikan di Mekah ( 4 isi x 2 M = 8 M)

1. Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat

seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di

rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.

2. Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd

kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib.

Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara

baginda.

3. Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa - dihadiri olehsemua ketua-

ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani

Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .

4. Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri

tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan

doa. Menanamkan keimanan

C. Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah ( 4 isi x 2 M = 8M)

1. Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak

manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan 1

bulan – kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di

tambah dengan ibadat sunat

2. Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung

dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat

Page 33: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

33

3. Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa

asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-

ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah

4. Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada

semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut

ilmu wajib bagi semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita.

Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

5. Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis

diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan

menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca

dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan

diri mereka.

6. Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang.

“otak yang cergas terletak di badan yang sihat”

7. Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru

Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik

tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.

Kesimpulan (2M)

1. Dapatlah dikatakan kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau

pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual

agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat.

2. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para

sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa

kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan sebagainya.

Page 34: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

34

6. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Islam dengan

tamadun Cina.

Pengenalan. (3M)

1. Penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat. Penerokaan

bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru ditemui atau

diduduki.

2. Latar belakang sejarah penjelajahan dan penerokaan China adalah dapat dikesan bermula

sejak abad 1 masihi lagi. Ini dapat dilihat melalui pengembaraan oleh tokoh-tokoh seperti I

Ching dan Fa Shien. Menjelang abad ke 14m, aktiviti penerokaan dijalankan secara meluas

khususnya untuk aktiviti perdagangan dan perluasan kuasa. Antara tokoh penerokaan

terkenal adalah Cheng Ho dan Yi Ching.

3. Latar belakang sejarah orang Islam dapat dilihat sekitar abad ke 10 hingga 14M. Dilakukan

secara tidak terancang oleh ahli pengembara Islam yang melakukan secara individu.

Antaranya tokoh penerokaan Islam seperti Al-Masudi, Ibn Battutah, Ibn Majid, Ibn Hawqal,

dan ramai lagi.

4. Matlamat penerokaan China dapat dilihat berasaskan faktor 3G iaitu mencari kekayaan,

perluasan kuasa, dan keagamaan. Manakala Islam adalah berkait rapat dengan 3K iaitu,

keilmuan, kebebasan dan keislaman.

Isi-isi Penting : ( 4 isi perbandingan x 5 M = 20M)

Perbandingan Matlamat Penerokaan Orang China dan Orang Islam.(20m)

1. Meluaskan pengaruh

Tamadun Cina - penerokaan orang China dan Islam adalah bertujuan perluasan kuasa dan

tanah jajahan. Ini bertujuan bagi meningkatkan kekuasaan dan empayar mereka. Contohnya,

semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih

dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengecam kawasan

sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian

Page 35: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

35

Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jeneral Pan Chao dilantik

sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Tamadun Islam - Ini mempunyai persamaan di dalam Islam bagi mengukuhkan politik

banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemimpin Islam. Semasa pemerintah Abdul

Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia

dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.

2. Perdagangan

Tamadun Islam - Penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti perdagangan

seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi, menguasai pusat perdagangan

dan sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya

menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang

berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang

dan batu permata. Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan

Pulau Maluku. Di bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (1371-

1434) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan

perdagangan melalui sistem ufti.

Tamadun Islam - Di tamadun Islam, aktiviti penerokaan adalah untuk perdagangan. Di

zaman Khalifah Al Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan

hingga ke Negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal

menguasai jalan laut antara timur dan barat. Mereka telah menjalinkan hubungan

perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka telah berjaya

menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

3. Agama

Tamadun Cina - Pada tahun 399 masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk

menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Buddha. Mubaligh Fa Xian telah

merentasi gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha mempelajari

Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh

Page 36: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

36

Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria dan telah berjaya

mengumpulkan buku suci Buddha untuk di bawa ke China.

Tamadun Islam - Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam.

Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk

kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang

menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara

pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Islam menyebarkan Islam ke Acheh

dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.

4. Ilmu Pengetahuan.

Tamadun Cina - Tokoh pelayaran China seperti Hsuan- Tsang, I-Ching dan Fa Hsien

mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat

dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa-Hasien berjaya menghasilkan buku yang

memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I-

Ching berjaya mengumpulkan 4000naskah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari

India dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.

Tamadun Islam - Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk

menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat mempelajari ilmu

pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke

Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab

dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan

mempengaruhi perkembangan Intelektual Islam.

5. Diplomatik

Tamadun Cina - Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi

politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan

empayar Rom. Pada abad ke 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan

menjalinkan hubungan diplomatic dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat

memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

Page 37: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

37

Tamadun Islam - Ini berbanding dalam tamadun Islam, Kerajaan Islam telah menghantar

utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara luar. Di zaman

Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi

Muhammad s.a.w disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh,

Sultan Alaudin Riayat Shah (1588-1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui

Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim bintang(pingat) yang tertinggi

kepada Sultan Acheh.

Kesimpulan.(2M)

Matlamat penerokaan orang China dan Islam mempunyai persamaan seperti aktiviti ekonomi,

politik, dan keagamaan. Penerokaan orang China dan Islam mempunyai sumbangan yang amat

besar dalam perkembangan tamadun manusia. Aktiviti penerokaan mereka berjaya

memperlopori perkembangan tamadun dan kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan

kuasa-kuasa barat.

Page 38: SULIT Kod Kertas: 940/1 - · PDF fileContohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang- ... golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah,

38