dr-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ setiausaha parlimen kementerian kewangan, dato’ seri dr....

110
Bil. 18 Rabu 18 April 2007 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 07-Nov-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

Bil. 18 Rabu 18 April 2007

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan
Page 3: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan
Page 4: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan
Page 5: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2007

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2006) 2007 (Halaman 24)

Jawatankuasa: Jadual:

Maksud B.1, B.5, B.7 dan B.9 (Halaman 25)

Maksud B.11 dan B.12 (Halaman 93)

USUL: Usul Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 2) 2006 (Halaman 24)

Jawatankuasa:

Maksud P.6 (Halaman 25)

Maksud P.10 (Halaman 93)

Page 6: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan
Page 7: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO

2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO

3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA

4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC

5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN

6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) – UPKO

7. ” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi - Senator

8. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO

9. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO

10. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) - UMNO

11. ” Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin bin Maidin (Merbok) - UMNO

12. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA

13. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO

14. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO

15. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) - UMNO

16. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) - UMNO

Page 8: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

ii DR. 18.4.2007 17. Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’

Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) - UMNO

18. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO

19. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Chan Kong Choy, P.N.B.S.,S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S.(Selayang) – MCA.

20. “ Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Senator

21. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulhasnan Rafique, D.I.M.P., A.M.N., (Setiawangsa) - UMNO

22. “ Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) - UMNO

23. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP

24. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) - UMNO

25. ” Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed (Jeli) - UMNO

26. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M.,D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO

27. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO

28. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO

29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS

30. “ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA

31. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina binti Othman Said (Pengerang) - UMNO

32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) - UMNO

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong (Telok Intan) - GERAKAN

2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) - PBB

3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) - MCA

4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) - MIC

5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) - MCA

6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) – UMNO

Page 9: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 iii

7. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) - UMNO

8. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) - UMNO

9. “ Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) - UMNO

10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) - SPDP

11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) - MCA

12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) - UMNO

13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) - MCA

14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) - PPP

15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO

16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) - MCA

17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) - GERAKAN

18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow (Kuantan) - MCA

19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) – UMNO

20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum (Kubang Pasu) - UMNO

21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ S. G. Sothinathan (Telok Kemang) - MIC

22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) - MIC

23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) - MCA

24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) - UMNO

25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) - UMNO

26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) - MCA

27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) - SUPP

28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) - PBDS

29. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) - MCA

Page 10: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

iv DR. 18.4.2007 30. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Tuan Ng Lip Yong (Batu) - GERAKAN

31. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO

32. ” Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) – UMNO

33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) - UMNO

34. ” Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) – UMNO

35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) - UMNO

36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) - UMNO

37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) - PBDS

38. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) – UMNO

39. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman - Senator

SETIAUSAHA PARLIMEN

1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) - UMNO

2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO

3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) - MIC

4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Stampin) - SUPP

5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) – MCA

6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Tuan Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) - UMNO

7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) - PBB

8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) - UMNO

9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) - UMNO

10. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan Komala Devi (Kapar) – MIC

11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) - MCA

12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) – UMNO

13. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) - MCA

Page 11: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 v

14. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA

15. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator Dato' Dr. S. Vijayarantnam - Senator

16. ” Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) - UMNO

17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) - UMNO

18. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi bin Miah (Machang) - UMNO

19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ Lee Kah Choon (Jelutong) - GERAKAN

20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Sa. Vigneswaran (Kota Raja) - MIC

AHLI-AHLI

1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) - PBDS

2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) - UMNO

3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) - PAS

4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) - UMNO

5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) – PAS

6. “ Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu) - UMNO

7. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO

8. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) - UMNO

9. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) - PBB

10. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) - UMNO

11. “ Dato’ Seri Adenan bin Satem (Batang Sadong) - PBB

12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) - PBB

13. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) - UMNO

14. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) - UMNO

15. “ Datuk Baharum bin Mohamed (Sekijang) - UMNO

16. “ Tuan Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) - PBRS

17. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) - PBDS

18. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) - UMNO

19. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) – UMNO

20. “ Dato Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) - UMNO

21. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) - DAP

22. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) - DAP

23. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) - BEBAS

24. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) - MCA

Page 12: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

vi DR. 18.4.2007 25. Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) - DAP

26. “ Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) – MCA

27. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) - MIC

28. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) – UPKO

29. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) - PBS

30. “ Tuan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - SAPP

31. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) - PBB

32. ” Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) - UMNO

33. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - DAP

34. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) - DAP

35. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) - UMNO

36. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) - MCA

37. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) - UMNO

38. “ Dato’ Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) - UMNO

39. “ Dato’ Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) - UMNO

40. “ Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) - UMNO

41. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) - PBB

42. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) - MCA

43. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) - GERAKAN

44. “ Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) - UMNO

45. “ Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) - UMNO

46. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) - UMNO

47. ” Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) - PAS

48. “ Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) - UMNO

49. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) - SPDP

50. “ Datuk Dr. James Dawos Mamit (Mambong) - PBB

51. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) - PBDS

52. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) - SPDP

53. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) - PBDS

54. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) - PBS

55. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) - UMNO

56. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) - UMNO

57. “ Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar (Subang) - MIC

58. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) - PAS

59. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) – DAP

60. “ Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) - GERAKAN

61. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) - GERAKAN

62. “ Tan Sri Law Hieng Ding (Sarikei) – SUPP

63. “ Datuk Seri Dr. Leo Michael Toyad (Mukah) - PBB

64. “ Dato’ Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) - MCA

Page 13: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 vii

65. Yang Berhormat Tuan Lim Hock Seng (Bagan) - DAP

66. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor) - DAP

67. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) - MCA

68. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) – MCA

69. “ Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) - UMNO

70. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) - DAP

71. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) - UPKO

72. ” Dato’ Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) - UMNO

73. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) – UMNO

74. “ Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) – UMNO

75. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) - UMNO

76. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) - UMNO

77. “ Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) - UMNO

78. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) - UMNO

79. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) - UMNO

80. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) - PAS

81. “ Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) - UMNO

82. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) - UMNO

83. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) - UMNO

84. “ Dato’ Nasaruddin bin Hashim (Parit) - UMNO

85. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) - UMNO

86. “ Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) - UMNO

87. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO

88. “ Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) - UMNO

89. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) - UMNO

90. “ Dato’ Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) – UMNO

91. “ Datuk Richard Riot anak Jaem (Serian) - SUPP

92. “ Datuk Ronald Kiandee (Beluran) – UMNO

93. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) - UMNO

94. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) – UMNO

95. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO

96. “ Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) - PAS

97. “ Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) – UMNO

98. “ Dato’ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) – UMNO

99. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) – UMNO

100. “ Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh (Kuala Langat) - UMNO

101. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) - SAPP

102. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) – UMNO

103. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) – UMNO

104. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) – UMNO

Page 14: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

viii DR. 18.4.2007 105. Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau)

– UMNO

106. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) - MCA

107. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) - GERAKAN

108. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) - DAP

109. “ Dato’ Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) - GERAKAN

110. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) – DAP

111. ” Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) - MCA

112. “ Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) - UMNO

113. “ Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, (Gua Musang) – UMNO

114. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) – DAP

115. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) - MCA

116. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) - SPDP

117. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) - SUPP

118. “ Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) - PBB

119. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) - UMNO

120. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) - KEADILAN

121. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) – UMNO

122. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) – UMNO

123. “ Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) - PBB

124. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) - MCA

125. “ Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran) - UPKO

126. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) - MCA

127. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) - MCA

128. “ Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) - PBS

Page 15: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 ix

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen

Haji Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mahmood bin Adam

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Roosme binti Hamzah

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Dewan) Abd. Shukor bin Mahmood

CAWANGAN PENYATA RASMI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Hajah Supiah binti Dewak

Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Haji Amran

Ab. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim

Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan Zaida Zuriani binti Mohd Zamli

Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fakhri

Nurul Shahida Haji Ahmad Siti Khadijah binti Md Nor

Page 16: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan
Page 17: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 18 April 2007

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan tatacara dan bilangan terkini pemberian taraf penduduk tetap kepada warga asing mengikut agama dan negara. Bagaimana siasatan latar belakang terhadap pemohon dibuat dan keperluan mengemukakan pengesahan setaraf dengan Sijil Kelakuan Baik daripada negara asal pemohon.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing yang mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

Taraf ini juga diberikan kepada mereka yang lahir di Malaysia sebelum merdeka yang mana kedua-dua ibu bapanya bukan warganegara dan menetap di Malaysia. Mereka yang menggunakan sijil anak angkat di mana maklumat mengenai taraf ibu bapa kandung disahkan tidak diperoleh juga boleh diberikan taraf pemastautin tetap.

Sungguhpun begitu, taraf pemastautin tetap bukan hak kepada individu tetapi satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada orang asing. Kerajaan mempunyai garis panduan mengenai golongan yang biasanya dipertimbangkan taraf tersebut adalah seperti berikut:

(i) seseorang yang mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada;

(ii) seseorang yang kemasukannya memberi faedah ekonomi kepada negara ini;

(iii) isteri atau suami yang sah kepada warganegara yang telah tinggal bersama pasangannya di negara ini secara berterusan selama lima tahun atau lebih;

(iv) anak-anak kepada warganegara Malaysia berumur di bawah enam tahun; dan

(v) seseorang yang dibenarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri masuk ke Malaysia atas dasar belas kasihan.

Sehingga kini seramai 377,842 orang asing telah diberikan taraf pemastautin tetap. Mereka terdiri daripada pelbagai negara seperti Indonesia, China, India, British, Thailand, Filipina, Singapura, Jepun dan lain-lain. Proses permohonan bagi mendapatkan taraf pemastautin tetap mengambil masa kerana setiap permohonan perlu diteliti, dikaji dan diperhalusi supaya setiap permohonan diproses secara adil dan saksama.

Page 18: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

2 DR. 18.4.2007

Pemohon akan ditemu duga oleh pegawai imigresen bagi mendapatkan maklumat dan menyoal siasat. Selain daripada itu tapisan keselamatan daripada pihak polis juga merupakan salah satu prosedur yang perlu diikuti oleh pemohon. Ia akan dijadikan asas dan alasan dalam pemberian taraf tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan dengan pemberian taraf penduduk tetap dan juga Sijil Kelakuan Baik. Semenjak tahun 1992, jumlah pendatang asing tanpa izin yang terlibat dalam kegiatan jenayah telah meningkat hampir tiga kali ganda dari 1,313 kes dalam tahun 1992 kepada 3,500 kes pada tahun 2004.

Dari tahun 2003 hingga 2005, lebih daripada 62% pendatang asing tanpa izin yang terlibat dalam kes jenayah adalah pendatang asing tanpa izin Indonesia. Sehingga Mac 2006, seramai 149,269 warga asing dari 10 buah negara iaitu Indonesia, Kemboja, India, Singapura, Filipina, China, Thailand, Brunei, Taiwan dan Britain telah diberi taraf sebagai penduduk tetap. Dalam angka itu, lebih kurang 95% ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, terus tanya soalanlah.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Ya, boleh beri penjelasan sedikit lagi. Lebih kurang 95% warga asing dari 10 negara itu yang menjadi penduduk tetap adalah warga Indonesia.

Soalan saya ialah selain berdasarkan kepada latar belakang profesionnya, kelulusan akademik, pelaburannya, kepakarannya, banyak negara juga menerima seseorang itu menjadi warga penduduk tetap berdasarkan kepada pengesahan kelakuan baik daripada negara asalnya. Mengapakah ini tidak dilakukan di dalam negara kita?

Berapa ramaikah penduduk tetap yang didapati bersalah di sisi undang-undang telah dilucutkan taraf penduduk tetap? Apakah mekanisme yang boleh digunakan oleh pihak kementerian untuk merujuk kepada institusi kehakiman ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain tentang penduduk-penduduk tetap yang bersalah supaya tarafnya dilucutkan dan dirujuk kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, empat soalan Yang Berhormat.

Datuk Tan Chai Ho: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum warga asing diberikan taraf pemastautin sebagai penduduk tetap, latar belakang warga asing disiasat oleh pihak polis.

Apabila kita dapat green light dengan izin iaitu di mana warga asing yang tidak terlibat dalam jenayah. Jadi kementerian ini barulah boleh timbangkan sama ada memberikan taraf pemastautin tetap kepada warga asing itu. Jadi, jika pihak polis tidak ada memberitahu kementerian ini yang katakan warga asing itu tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. Jadi kita baru boleh setuju supaya PR boleh dibagi kepada warga asing itu.

Jadi selepas itu, kalau warga asing yang mempunyai PR dan melakukan jenayah, jadi ini akan disiasat oleh pihak polis dan mereka akan menghadapi tindakan perundangan oleh pihak polis dan Menteri kementerian ini ada kuasa untuk menarik balik taraf PR itu. Setakat ini yang saya dapat tahu sudah 17 orang warga asing yang mempunyai taraf PR yang telah ditarik balik oleh kementerian ini.

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniahlah kepada Timbalan Menteri kerana kita nampak penyiasatan yang rapi baru kita boleh bagi satu-satu orang warga asing itu untuk mendapat penduduk tetap, tapi masalahnya di sini ada yang betul-betul sudah berada di Sabah dengan rekod tidak ada jenayah profesional. 28 tahun.

Ini kes specific, Mr. Aru dia ada tinggal di Sabah 28 tahun. Dia bekerja dengan Dato’ Haris. Dia pakar pertanian dari Sri Langka. Dia ini dulu waktu Sabah Tea dia buat di Sabah hingga sekarang 28 tahun tidak dapat. Bila ditolak minta supaya merayu. Rayu demi rayu, demi rayu akhirnya tidak ada.

Page 19: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 3

Jadi saya minta peraturan mesti mahu betul-betul peraturan kalau kita bilang dia ada jenayah, hantar dia pulang. Walhal orang ini sudah 28 tahun, takkan dia buat jenayah kalau dia sudah profesional. Ini masalah kepada negara kita, profesional tidak dapat, orang yang masuk dua, tiga minggu sudah dapat. (Dewan riuh)

Mana peraturannya Tuan Yang di-Pertua, soalannya kita tanyalah siasatan demi siasatan tapi adakah peraturan yang dibuat oleh Kementerian ini terperinci? Make sure semua permohonan diteliti dan jika sekiranya kita dapat permohonan itu tidak membuat jenayah, Aru ini dia bukan welfare punya orang, dia bukan minta sedekah.

Jadi kita minta supaya mungkin satu mekanisme baru, mekanisme lama ini tidak boleh pakai. Kita mahu cadang kalau boleh kementerian bikin satu mekanisme baru untuk memastikan yang layak bagi layak dan yang tidak layak, tidak layak. Adakah mekanisme baru yang kita cadangkan ini?

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, yang kata warga asing yang dapat status PR dalam dua minggu ini tidak benar. Biasa Jabatan Imigresen mengambil masa jadi tiga tahun hingga lima tahun untuk memproseskan sesuatu permohonan. Jadi kalau kita berikan taraf PR kepada warga asing ramai-ramai ini akan menjejaskan kepentingan penduduk negara kita... [Dewan riuh]

Oleh itu kita kena berhati-hati, jadi saya setuju mana yang mempunyai kelayakan cukup, kita bagi PR kepada dia, ini tidak ada masalah. Jadi tadi ada sikit cadangan... [Disampuk]

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Mungkin Yang Berhormat tidak ada pintu belakang? Kalau pintu depan tak boleh masuk, pintu belakanglah masuk.

Datuk Tan Chai Ho: Ini tidak betul Yang Berhormat. Jangan emosional, saya nafikan apa yang dikatakan ada pintu masuk, ada pintu belakang.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ini ada berlakulah, di sini pun kita mengaku ada berlaku kesilapanlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada jawapan, berhentilah.

Datuk Tan Chai Ho: Tak, ada,ada…

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Memang tidak ada jawapanlah, berhentilah.

Datuk Tan Chai Ho: Yang Berhormat kata, Yang Berhormat telah mencadangkan satu mekanisme baru. Itu pun saya bersetuju, tapi yang saya nak menekankan bahawa pemberian taraf PR kita hendak berhati-hati. Jadi kena teliti, kena siasat secara rapi...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Itu bukan cadangan baru, tak payahlah itu.

Datuk Tan Chai Ho: ...Dan barulah kita boleh bagi. Jadi kita akan boleh bincang dengan mana-mana pihak...

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ini tak ada cadanganlah, sudahlah, sudah.

Datuk Tan Chai Ho: ...Pihak polis supaya kita adakan mekanisme yang baru. Itu yang saya setuju...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat ini PR boleh dibeli di kedai kopi tak? MyKad ada dijual di kedai kopi?...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam sila duduk. Yang Berhormat bagi Putatan.

Page 20: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

4 DR. 18.4.2007 2. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada pihak kementerian bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam bangunan-bangunan sekolah bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan sekolah dan murid-murid.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran [Puan Komala Devi]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penswastaan pengawalan keselamatan sekolah. Pengawal keselamatan di sekolah bertugas 24 jam bagi membantu pihak pengurusan sekolah, memantau keselamatan harta benda dan peralatan serta tingkah laku murid ketika berada di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2005, syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berjaya mendapat tender kawalan keselamatan sekolah-sekolah telah diminta supaya memasang CCTV di sekolah-sekolah yang dikenal pasti sering berlaku kes pencerobohan. Peralatan tersebut bertujuan menghalang kawasan sekolah daripada dicerobohi oleh orang luar dan membantu pengawal keselamatan memantau keselamatan blok-blok bangunan sekolah yang berisiko tinggi, seperti makmal komputer, pejabat pentadbiran sekolah dan asrama pelajar, khususnya asrama pelajar perempuan.

Selain daripada syarikat-syarikat kawalan keselamatan, terdapat juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG mengambil inisiatif sendiri dengan membiayai perbelanjaan pemasangan CCTV di sekolah masing-masing. Terima kasih.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan tadi memang tidak begitu memuaskan. Kegiatan jenayah di sekolah-sekolah seluruh negara ini Tuan Yang di-Pertua, memang kita, sabar, ini supaya Setiausaha Parlimen faham apa soalan tambahan.

Sebagaimana yang telah disebarkan secara meluas oleh media, ini keganasan di persekitaran sekolah, di dalam sekolah, bukan di luar sekolah. Vandalisme, gangsterisme, pengugutan, kegiatan pengedaran dadah, buli-membuli, ejek-mengejek, mengolok-mengolok, mempelek-pelek antara satu murid dengan satu yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Apa yang mempelek-pelek Yang Berhormat?

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Cikgu, menghina. Yang Berhormat bagi Sungai Petani suka pakai perkataan pelek-pelek ini. Jadi apa kesudahan penyiasatan kalau terhadap guru yang menghina murid yang miskin di SK Kinarut? Kalau Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pernah turun ataupun tidak sendiri ke tempat itu, dan apa hasil penyiasatan?

Daripada tahun 2005, kementerian telah menyatakan telah memasang CCTV di sekolah-sekolah yang dikenal pasti sebagai sekolah yang bermasalah, berapakah unit-unit ini sudah dipasang? Pengawal-pengawal yang dilantik oleh kementerian itu, bagus lagi orang gila. Cuba lihat, periksa dan siasat bagaimana kedudukan pengawal-pengawal yang suka berjalan, bagaimana kementerian mengharapkan pengawal-pengawal ini.

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas soalan itu. Seperti yang saya katakan tadi pemasangan CCTV hanya di sekolah-sekolah yang berisiko tinggi dan antara langkah-langkah lain yang diambil adalah juga pemasangan sistem alarm dan juga pembekalan pengawal keselamatan. Buat masa ini pembekalan pengawal keselamatan mengikut jenis sekolah.

Bagi sekolah harian kita berikan seorang pada sesi pagi dan dua orang untuk sesi malam. Bagi sekolah-sekolah di mana asramanya terletak di dalam kawasan sekolah, kita memberikan tiga orang pengawal pada sesi pagi dan tiga orang untuk sesi malam. Bagi sekolah-sekolah di mana asramanya di luar kawasan sekolah, dua orang pengawal waktu pagi dan dua orang lagi pada waktu malam.

Sekolah-sekolah dengan CCTV seperti yang saya katakan tadi hanya untuk sekolah-sekolah yang berisiko tinggi. Saya rasa bahawa pengawalan ini lagi berkesan untuk mencegah kes-kes disiplin dan salah laku yang berlaku dalam sekolah. Di samping pengawal keselamatan juga, kita dapati bahawa setiap guru di sekolah juga harus membantu dalam mengawal sistem keselamatan di sekolah.

Page 21: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 5

Buat masa ini kita telah memasang CCTV di enam buah negeri bermula dari bulan Oktober 2006. Untuk negeri Perak kita ada 48 zon, Kedah 20 zon, Selangor 44 zon, Pahang 54 zon, Terengganu 29 zon dan Negeri Sembilan 30 zon. Ini bermakna untuk setiap zon kita memasang CCTV dalam sebuah atau dua buah sekolah.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Di Sabah ada berapa?

Puan Komala Devi: Sabah...belum lagi. [Disorak] Minta maaf, di Sabah ada. Walaupun kementerian tidak memasang kemudahan CCTV di kebanyakan sekolah, tetapi ada juga sekolah atau PIBG yang atas inisiatif sendiri memasang CCTV, contohnya SMK Kelombong, Kota Kinabalu, Sabah. Jadi, we have many cases, dengan izin, di mana sekolah-sekolah itu sendiri kalau mengalami banyak kes pencerobohan juga telah mengambil inisiatif.

Berkaitan dengan isu guru SK Kinarut, itu adalah satu isu yang spesifik dan saya akan membuat siasatan dan menjawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Pahat.

Dr, Junaidy bin Abdul Wahab [Batu Pahat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Apabila Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyatakan banyak sekolah dan tengok pula di Johor tidak ada langsung, alhamdulillahlah. Nampaknya di Johor tidak ada sekolah yang berisiko tinggi.

Saya hendak bertanya, apabila berkaitan dengan aspek berisiko tinggi, cuba jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kriteria-kriterianya? Apakah yang dimaksudkan sekolah berisiko tinggi sehingga pemasangan CCTV dijalankan?

Puan Komala Devi: Apabila dikatakan sekolah yang berisiko tinggi, kita cuma menyasarkan tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti makmal komputer, pejabat pentadbiran dan juga asrama dan biasanya di mana berlaku juga kes-kes kecurian seperti notebook, laptop dan sebagainya.

Dr, Junaidy bin Abdul Wahab [Batu Pahat]: Saya rasa itu tidak melibatkan risiko tinggi. Bagaimana dengan bergaduh, gengster atau jenayah?

Puan Komala Devi: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita juga ada lain-lain langkah untuk mencegah kes-kes disiplin dan kita pun telah menjelaskan semua termasuk juga flying squad dan juga jawatankuasa yang menjaga disiplin.

Setiap mesyuarat PIBG, disiplin adalah satu item dalam agenda yg diwajibkan. Jadi kalau ada perkara-perkara seperti yang dikatakan, bolehlah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG dan mengikut statistik kita kes-kes salah laku di sekolah kita nampak semakin lama semakin menurun.

3. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk membantu warga Malaysia yang inginkan perkhidmatan pembantu rumah dari Indonesia memandangkan negara itu sering menukar syarat-syaratnya untuk urusan ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading bertarikh 23 April 2007, kerana soalan-soalan ini adalah berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya.

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, jumlah pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara seramai 1,869,209 orang. Dari jumlah tersebut seramai 310,661 orang iaitu 16.6% merupakan pekerja asing di dalam sektor pembantu rumah.

Rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada pembantu rumah asing untuk menguruskan rumah dan keluarga mereka. Kebergantungan ini menjadi semakin kritikal kerana 294,115 daripada seramai 310,661 pembantu rumah asing ini iaitu 94.8% ialah pembantu rumah asing warga Indonesia.

Page 22: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

6 DR. 18.4.2007 Perubahan cara hidup dan wanita-wanita berkerjaya di negara ini menuntut kehadiran pekerja pembantu rumah asing untuk membantu kerja-kerja rumah mereka. Kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan Republik Indonesia sebagai langkah membantu rakyat tempatan memperoleh perkhidmatan pembantu rumah asing atau PRA.

Antara lain MoU tersebut menetapkan pihak agensi pekerjaan di Malaysia yang menguruskan kemasukan pembantu rumah hanya mengenakan bayaran maksimum berjumlah RM2,415 manakala bayaran berjumlah RM1,300 ditampung oleh pembantu rumah tersebut di Indonesia. Keputusan ini telah dilaksanakan dan berkuat kuasa pada 15 Januari 2007. Sebanyak 30-40 agensi pekerjaan ini telah memaklumkan persetujuan mereka kepada ketetapan ini.

Namun begitu, masyarakat perlu sedar bahawa bayaran kepada pembantu rumah asing yang agak rendah berbanding pekerjaan dalam sektor lain sedikit sebanyak menyebabkan minat pembantu rumah asing ke negara ini mula menurun. Mereka lebih berminat menceburi sektor-sektor lain yang menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan dan boleh bergerak bebas.

Di samping itu juga, kerajaan melihat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di negara asal mereka menyebabkan peluang-peluang pekerjaan telah diwujudkan. Oleh yang demikian semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka kerana wujud faktor-faktor tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Terima kasih kepada jawapan daripada Timbalan Menteri. Sebelum pertanyaan saya menyusul, saya ingin minta penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Indonesia ini negaranya sangat luas, dari Acheh ke Irian. Jadi kita menyebut mereka sebagai ‘Indon’, tetapi saya dapati orang di Indonesia tidak suka disebut sebagai Indon, orang dari India disebut Indian. Jadi apakah istilah yang patut digunakan apabila kita menyebut keluarga warga dari Indonesia.

Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Yang kedua saya ingin bertanya, adakah betul bahawa kerajaan Indonesia ini telah menetapkan beberapa syarikat sahaja yang boleh berurusan dalam urusan pengeluaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia. Dan adakah syarikat-syarikat ini di iktiraf oleh kementerian Yang Berhormat, sekian terima kasih.

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 345 agensi pekerjaan ini yang boleh membawa masuk pembantu rumah asing ke negara ini. Jadi bagi istilah untuk orang Indonesia saya tidak dapat taulah, biasa saya sebut orang Indonesia, itu sahaja.

Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berpandangan bahawa industri pembantu rumah asing ini adalah selaras dengan dasar kerajaan dan cara hidup masyarakat Malaysia.

Kita tahu lebih kurang RM200 juta kutipan levi setiap tahun kepada pembantu rumah asing ini yang menjadi pendapatan negara. Saingan daripada negara luar seperti Hong Kong, Taiwan yang membayar lebih kepada pembantu rumah asing ini sekurang-kurangnya menjejaskan persaingan dalam situasi ini.

Soalan saya, sedarkah kementerian bahawa daripada 342 yang disebutkan tadi hanya lebih kurang 100 sahaja agensi yang berdaftar dengan PAPA atau PAPA saya tak tau yang mana satu, PAPA (miskin) dan PAPA (bapak) Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia.

Kalau 100 sahaja yang berdaftar, ini menggalakkan kemasukan pembantu rumah asing secara haram bagi mengelakkan bayaran yang dikenakan kepada mereka. Dengan cara ini ia menambah masalah kepada kita yang menggunakan agensi ini kerana segala masalah risiko terpaksa dihadapi sendiri oleh yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah melalui agensi-agensi ini.

Jadi, adakah kerajaan mencadangkan semua agensi ini berdaftar dengan PAPA dan hanya yang itu sahaja yang dianggap sebagai agensi yang sah dalam mengendalikan kemasukan pembantu rumah asing ke Malaysia?

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada cadangan untuk memaksa agensi pekerjaan untuk masuk PAPA, sebagai ahlinya.

Page 23: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 7

4. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengundi pos yang mengundi di setiap kawasan Parlimen di Sarawak, bilangan mereka yang bukan berasal dari Sarawak dan apa sebabnya mereka itu harus mengundi melalui pos undi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah keseluruhan undi pos bagi negeri Sarawak sehingga 31 Disember 2006 ialah seramai 14,995 orang, yang terdiri daripada 8,522 anggota tentera dan pasangan mereka dan 6,441 anggota polis dan juga Pasukan Gerakan Am dan pasangan mereka.

Seramai 30 pemilih dari luar negara. Jumlah terperinci kalau untuk Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, tentera ada 337 orang, polis ada 628 orang, orang luar negara tak ada, jumlah 965 orang.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak mempunyai maklumat mengenai bilangan pengundi pos yang bukan berasal dari Sarawak. Kerana kawasan pemilihan pemilih tidak didaftarkan dalam rekod SPR.

Mereka ini dibenarkan mengundi secara pos kerana keadaan tugas mereka yang tidak membenarkan mereka mengundi secara biasa. Dari segi peraturan, mereka adalah layak mengundi secara pos selaras dengan peruntukan peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pengundian Pos 2003.

Dalam hal ini, mereka juga layak untuk mengundi bagi kawasan di mana mereka didaftarkan, tanpa mengambil kira asal usul mereka dengan syarat mereka mestilah seorang warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk sistem pengundi pos ini memang sistem penipuan atas sistem pilihan raya yang dijalankan yang dikekalkan oleh Barisan Nasional... [Disampuk] [Dewan riuh] Supaya ia menambah peluang menang dalam pilihan raya.

Ini bukan sangkaan buruk... [Dewan riuh] Ini adalah kenyataan kerana ini adalah penipuan atas sistem pilihan raya. Soalan saya, kerana Sarawak semasa Pembentukan Malaysia, Sarawak mempunyai beberapa hak keistimewaan dan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr.Yusof bin Yacob]: Terus kepada soalan Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Ya, pengundi-pengundi pos yang tidak berasal dari Sarawak, jikalau mereka dibenarkan mengundi dalam pilihan raya negeri ia akan mempengaruhi pembentukan Kerajaan Negeri Sarawak.

Bilangan pengundi pos yang berasal dari luar negeri Sarawak itu mungkin daripada Semenanjung. Mereka akan mempengaruhi pembentukan Kerajaan Negeri Sarawak. Ini tidak adil! Ini akan menghakis hak-hak keistimewaan negeri Sarawak. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Soalan keduanya, walaupun... [Disampuk] Pegawai-pegawai yang bertugas berhak untuk mengundi secara pos undi, tetapi spouse mereka yang bertugas boleh mengundi sebagai orang biasa. Kenapa tidak beri mereka undi secara orang biasa? Oleh itu saya kata, ini satu cara penipuan atas pilihan raya yang dikekalkan oleh Barisan Nasional, apakah pandangan menteri?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis, tentera ambil maklumlah bahawa Yang Berhormat bagi Bandar Kuching kata dia orang menipu dengan secara undi pos ini.

Kemudian saya ingin menyebutkan ini bahawa untuk makluman Yang Berhormat, pengundi-pengundi di Semenanjung tidak berminat untuk mengundi di Sarawak. Saya boleh cakap secara am, saya orang Semenanjung langsung tidak berminat nak menjadi pengundi di sana. Sebab saya lebih mementingkan sebagai seorang wakil rakyat di kawasan saya, negeri Perak lebih diutamakan daripada negeri Sarawak. Apa yang berlaku di Sarawak ini tiada kena mengena dengan saya.

Page 24: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

8 DR. 18.4.2007

Nombor tiga, betul Yang Berhormat kata saya nak sebut di sini, orang yang mengundi pos ni adalah orang Sarawak yang bekerja di luar Sarawak yang berada di Semenanjung...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Di kawasan DUN Kota Sentosa ada tentera, mereka berasal dari West Malaysia dan bukan dari Semenanjung.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nantilah...kita tak berminat, langsung tak berminat hendak menjadi pengundi di Sarawak, okey.

Sarawak biar orang Sarawak sendiri yang pilih siapa yang dia hendak, kalau ada pengundi Semenanjung pun dia tidak akan membelanjakan beribu-ribu ringgit pada tiap-tiap kali ada pilihan raya. Sekali ada pilihan raya nak pergi ke Sarawak 1,000 kilometer naik kapal terbang siapa nak bayar? Itu kerja gila saya nak bagi tahu.

Yang kedua, saya nak bagi tahu pengundi pos di negeri Sarawak adalah orang-orang yang bertugas di luar daripada negeri Sarawak. Jadi walau pun isteri dia tu bukan anggota tentera tapi isteri dia itu ada di Lumut duduk dengan laki dia. Yang Berhormat nak suruh berpisah ke antara suami isteri orang Sarawak ni, saya nak tanya?

Oleh sebab itulah dia boleh mengundi sebab dia ikut suami, dia duduk bekerja di Sarawak di persempadanan di Ulu Perak, di Kedah, jadi macam mana? Takkan setiap kali pilihan raya, laki ada di Kuala Lumpur isteri kena balik! Jadi tak ada logiklah apa Yang Berhormat kata tadi.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Itu...itu bohonglah, jadi dia tahu berapa ramai pengundi pos yang berasal dari Sarawak. Yang Berhormat kata tak ada angka-angka yang berasal dari luar Sarawak. [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ni bodohlah... [Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa bodoh! Pembohong, pembohong! Mengelirukan... [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya cakap, tidak...

Seorang Ahli: Kucing bodoh!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Pembohong! Mengelirukan Dewan ini!

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh punya lawyer!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa ini!

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sudahlah Kuching, duduk Kuching. Kuching bodoh!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa ini?

Seorang Ahli: Bodoh punya...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sudahlah kucing, duduk Yang Berhormat bagi Bandar Kuching. Kuching bodoh!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Menteri bodoh!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Soalan tambahan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hey! Tarik balik. Aku tidak cakap macam itu, bodoh!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Soalan tambahan. Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Bodoh!

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tuan Yang di-Pertua!

Page 25: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 9

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan...

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Larut.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya minta Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam tarik balik perkataan bodoh kepada menteri dan juga Yang Berhormat bagi Bandar Kuching kerana ini satu sikap yang tidak manis.

Kita berada di sini, janganlah mengambil kesempatan...

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh! [Diajukan kepada Ahli Pembangkang]

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: ...Semata-mata by election di Ijok...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, sila duduk.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: ...Saya mintalah guna jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk menarik balik...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat! Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Yang di-Pertua, saya di provoke. Kalau menteri boleh kata Yang Berhormat bagi Bandar Kuching bodoh...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: [Menyampuk]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk semua, sila duduk!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Ini mana boleh!...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, sila duduk.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Kalau Menteri boleh kata bodoh, mana boleh...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, sila duduk. Menteri sila duduk...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: [Menyampuk]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bohonglah ini! Ini Menteri bohonglah!... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, kita ada Peraturan Mesyuarat. Sila duduk, sila duduklah...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kasi buang itu menteri! Tidak layak duduk di sini.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau menteri boleh tarik balik, saya boleh tarik balik. Tidak ada masalah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh! Duduk!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya sudah beri amaran, kita gunakan perkataan yang Parliamentary lah semua.

Page 26: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

10 DR. 18.4.2007

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Hah!.. Menteri mesti menunjuk tauladanlah...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Duduk, duduk!

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Menteri mula dahulu.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia tarik balik...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Ini Barisan kena tukar slogan ‘Pemimpin Melalui Teladan’...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, cukuplah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya peduli apa! Saya bukan you punya pemimpin. Saya peduli apa!...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa teladan yang ada?...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Saya bukan you punya pemimpin. Bodoh, duduk!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak apalah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Berdirilah kalau mahu cakap!

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hey! Bodoh, duduklah...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bodoh, sangat-sangat bodohlah.

Datuk Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Sila duduk, sila duduk!

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Menteri kata lagi kepada Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Dia ulang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau tidak mahu soalan tambahan saya beralih kepada soalan berikutnya.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mohon tarik balik!

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Saya mahu, saya mahu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Sila duduk, sila duduk!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tarik balik, tarik balik!

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak ada tarik balik, duduk!

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, sila teruskan.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ya, ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa? Duduk!

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Duduklah bodoh, duduk!

Page 27: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 11

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Salah guna...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Duduk, you bodoh! You duduklah... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, terus.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mana soalan tambahannya?

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: ...Adakah Yang Berhormat sedar, tadi jawapan dari Yang Berhormat bahawa di Bandar Kuching undi pos yang duduk di Kuching. Apa yang saya pertikaikan di kawasan Bukit Bintang ada 5,000 undi pos. Adakah polis ada 5,000 orang di kawasan Bukit Bintang? Bolehkah saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau hendak tanya soalan, lain kali tanyalah. Saya boleh jawab secara spesifik. Ini Yang Berhormat bagi Bandar Kuching tanya saya di Sarawak. Jadi Yang Berhormat bagi saya notis kalau 5,000 saya boleh jawab bertulis. Tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bintulu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh! Duduk! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, yang lain sila diamlah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh! Dia bercakap...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat Menteri, cukuplah. [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodoh! Sana bodoh.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Semua yang bercakap ini peguam-peguam. Jadi, kita pun susahlah.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Peguam bodoh!

Seorang Ahli: Menteri pun peguam.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Bintulu, sila.

5. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah kementerian bersetuju dengan langkah-langkah bank tempatan mengenakan bayaran-bayaran ke atas pengguna kad ATM semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM dan, adakah kementerian bersetuju untuk memansuhkan bayaran tersebut; dan

(b) berapakah kadar perlu dibayar oleh pengguna yang menjalankan transaksi melalui internet dan, adakah kementerian bersetuju memansuhkan bayaran tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap penggunaan perkhidmatan institusi perbankan. Berkuat kuasa pada 1 Februari 2005, institusi perbankan dikehendaki menawarkan akaun simpanan asas dan akaun simpanan semasa asas, kepada semua warganegara Malaysia termasuk yang bermastautin tetap.

Page 28: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

12 DR. 18.4.2007

Pemegang akaun tersebut layak mendapat akses 16 transaksi sebulan bagi setiap akaun, terdiri daripada 14 transaksi percuma, termasuk pengeluaran wang daripada ATM dan dua transaksi inter bank GIRO yang dikenakan fee minimum tidak melebihi 50 sen bagi setiap transaksi. Selain daripada itu Bank Negara Malaysia telah pun menggariskan prinsip panduan berhubung dengan penggunaan fee dan caj untuk memastikan fee dan caj yang dikenakan adalah saksama pada pengguna dan institusi perbankan.

Namun, institusi perbankan tidak boleh mengenakan fee sewenang-wenangnya. Bank Negara Malaysia sentiasa memantau fee dan caj yang dikenakan oleh institusi perbankan bagi memastikan fee dan caj yang dikenakan adalah munasabah. Berhubung dengan kadar transaksi melalui internet, memandangkan kos dan pelaburan yang terbabit dalam penyediaan infrastruktur teknologi maklumat agak tinggi adalah munasabah jika institusi perbankan mengenakan fee dan caj yang berpatutan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Namun demikian, pemegang akaun simpanan asas dan akaun simpanan semasa sesebuah institusi perbankan yang mempunyai perkhidmatan perbankan internet layak membuat pertanyaan akaun, pemindahan dana di bawah institusi perbankan yang sama dan pembayaran bilangan, tanpa dikenakan sebarang caj. Bank Negara akan terus memberikan keutamaan terhadap usaha mengukuhkan serta perlindungan individu dan perusahaan kecil dan sederhana, termasuk memastikan akses supaya perkhidmatan perbankan pada kos yang minimum.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi jawapan dan jawapan yang saya fikir ada punya boleh pakailah... [Ketawa] Ada rakyat yang pening, kemungkinan kita punya Setiausaha Parlimen tidak pening tetapi untuk orang kampung memang pening... [Disampuk] Soalan perlahan-lahan.

Tadi saya sudah soal di Parlimen pada sesi yang lepas. Jawapan daripada Menteri Kewangan II, sudah kata memang caj-caj mahu dihapuskan tetapi kita masih lagi nampak ini caj masih lagi di keliling. Berapa ini bank atas ini caj? Kita cuba kira ATM ini. Kalau sejuta orang sebulan guna, jangan katalah kita 20 lebih juta rakyat, sejuta sahaja, sebulan berapa untung sudah. Itu untung juta punya, itu hisab darah daripada rakyat.

Bank sudah untung bilion-bilion, itu tidak boleh hapuskan 50 sen cajkah? Kemungkinan Setiausaha Parlimen mampu bayar tetapi ramai rakyat tidak mampu, mesti mahu faham! Jangan kita sebagai Kerajaan Barisan Nasional kita cakap satu, tetapi dilaksanakan lain. Bank Negara sepatutnya ada satu agensi penting kerajaan yang ditubuhkan...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diamlah.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: ...Kerana menjaga kepentingan negara terutama sekali kepentingan rakyat, tetapi nampak sekarang Bank Negara tidak jaga kepentingan rakyat, tetapi dia jaga kepentingan bank-bank.,,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, soalanlah, bukan ucapan, Yang Berhormat?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: ...Mahu bagi faham sikit, pasal banyak kali kita bahas tidak fahamlah. Ini kementerian tidak faham mungkin pegawai tidak faham terutama sekali itu pemimpin negara tidak faham! Itu Gabenor Bank Negara pergi mana? Turunlah padang, dengarlah rakyat, apa rakyat susah, apa rakyat soal? Sepuluh kali kita bahas, malulah kita sebagai wakil rakyat. Kita bahas tetapi Gabenor Bank Negara masih buat tidak tahu. Boleh lagi sambung lima tahun...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, soalan, Yang Berhormat?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: ...Khidmat tidak ada! Saya mahu tanya Setiausaha Parlimen ini, jawablah betul-betul. Sekarang Bank Negara jaga mana satu kepentingan. Okey, kementerian ada satu cadangan khas atau tidak untuk menyelesaikan masalah-masalah caj ini? Kalau tidak ada hari ini, jawab betul-betul! Sila jawab!

Page 29: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 13

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bintulu saya ingat pagi ini dia makan anak tebuan... [Ketawa]

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Nanti saya makan bom... [Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan tadi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, dia belum makan anak singa, Yang Berhormat... [Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: ...Saya sudah jelaskan tadi bahawa untuk akaun asas, tiap-tiap individu termasuk yang pemastautin tetap dia dibenarkan buka satu akaun asas, saving dan juga untuk current account, Tuan Yang di-Pertua. Dan mereka berhak mendapatkan perkhidmatan tanpa caj 14 kali, iaitu melalui ATM dan kalau GIRO inter bank. Maknanya, kalau dia mengambil duit daripada bank akaun di bank lain dia dikenakan caj 50 sen sahaja. Jadi kalau seribu kali, saya tidak tahulah...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Setiausaha Parlimen!

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Nanti, nanti...

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: ...You sudah lihat atau tidak Maybank pun ada caj, RHB pun ada caj? You ada lihatkah sama bank?...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi peluang dia jawab dulu Yang Berhormat.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Yalah, dia kata saya tidak dengar, saya tidak faham, dia sendiri tidak lihat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Apa yang saya cakap tadi untuk akaun asas, tapi kalau akaun kedua, tentulah kena. Jadi tiap-tiap orang boleh buka akaun asas, saving dan current account. Ada dua akaun, tidak kena caj. Berapa individu Tuan Yang di-Pertua yang menggunakan perkhidmatan bank lebih daripada... mungkin dua tiga orang sebulan sahaja, yang lain tidak kena caj.

Perbankan internet tidak kena langsung untuk individu, korporat kenalah. Korporat memang kena sebab mereka mampu. Jadi tidak timbul masalah bank membuat keuntungan yang banyak kerana perkhidmatan ini. Dia buat untuk dalam hal lain, Tuan Yang di-Pertua. Tugas Bank Negara adalah untuk protect dengan izin, semua rakyat di Malaysia ini yang menggunakan bank.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Setiausaha Parlimen, penggunaan internet RM2 kena caj...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, kalau korporat yes kena caj, tapi individu tidak kena dan saya memang tidak guna.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tumpat.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Amalan antarabangsa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita membuat tempahan bilik hotel atau car for hire, kalau kita pergi secara fizikal, cajnya ataupun bayarannya sedemikian, tetapi kalau lakukan online, maka ia memberikan diskaun kepada kita.

Jadi amalan di Malaysia ini kalau kita menggunakan online dan sebagainya mengikut pengakuan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, kita kena bayar lebih. Adakah kementerian hari ini akan mengarahkan bank-bank, orang yang menggunakan online ataupun ATM, mereka diberi insentif? Kalau saya masukkan RM1,000 melalui ATM cash, saya akan dapat RM1,000.50 dalam akaun saya di akhir bulan. Adakah kementerian bercadang untuk mengambil langkah positif membantu rakan saya daripada Bintulu itu? Terima kasih.

Page 30: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

14 DR. 18.4.2007

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, ini cadangan daripada Yang Berhormat bagi Tumpat, saya akan bawa baliklah kepada kementerian. Terima kasih.

6. Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian] minta Perdana Menteri menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada keupayaan Tabung Haji sehingga dapat mengeluarkan dividen yang tinggi kepada pencarumnya pada tahun 2007 ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, antara faktor penyumbang kepada kenaikan dividen adalah kewibawaan Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Ahli-ahli Panel Pelaburan yang komited, profesional dan berpengalaman di dalam bidang-bidang mereka yang mana telah membantu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang berkesan dan efektif.

Tabung Haji juga mempunyai proses penilaian pelaburan yang menyeluruh, mantap dan rapi di mana semua risiko dan pulangan setiap pelaburan akan dikaji dan dinilai terlebih dahulu. Pengurusan Tabung Haji sentiasa beriltizam untuk mengadakan perancangan dan kawalan bajet yang mantap dan efektif demi menjaga amanah yang diberikan.

Sokongan padu dan komitmen yang tinggi dari seluruh anggota Tabung Haji, Ahli-ahli Panel Pelaburan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta sokongan dari agensi-agensi kerajaan telah sama-sama membantu Tabung Haji dalam memberi pulangan yang kompetitif kepada para pendeposit. Terima kasih.

Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tabung Haji sebuah GLC seperti badan-badan lain juga. Kita selalu melihat di akhbar ada anugerah-anugerah yang dikeluarkan sebagai pengiktirafan kepada kemampuan dan kebolehan di peringkat pengurusan, dari segi pencapaian agensi-agensi berkenaan dalam bidang-bidang dan sektor-sektor yang berkenaan.

Bila agaknya pada pandangan Yang Berhormat, kita buka surat khabar satu hari kita akan tengok CEO of the year, Pengurus Besar Tabung Haji? Kalau kita hendak tengok pencapaian syarikat yang paling berjaya ialah Tabung Haji, bila agaknya Yang Berhormat? Adakah satu bentuk penanda aras telah dibuat oleh pihak Tabung Haji?

Ini kerana kita melihat bahawa peranan GLC ini, Tabung Haji khususnya, ia tentu mencerminkan kemampuan dan keupayaan golongan bumiputera. Ini lebih penting yang hendak kita ketengahkan. Jadi apakah dalam menentukan faktor utama kejayaan Tabung Haji ini, perkara-perkara seumpama ini juga menjadi kata Yang Berhormat tadi, Tabung Haji adalah komited, profesional dan berpengalaman. Macam mana Yang Berhormat hendak asaskan kenyataan yang dibuat itu?

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pontian. Kalau Yang Berhormat tanya bila kita boleh mencapai kepada satu pencapaian yang boleh dibanggakan, itu sukar hendak dijawab bila, sebab soal pelaburan ini mengandungi risiko yang tertentu. Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan kita akan membuat yang terbaik berdasarkan kepada pengalaman Ahli-ahli Panel Pelaburan kita. Terima kasih.

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tabung Haji adalah merupakan badan milik kerajaan yang kita tahu pada hari ini untuk meningkatkan prestasi Tabung Haji. Tabung Haji terpaksa melakukan pelaburan termasuk perladangan di negara luar termasuk di Indonesia yang telah melabur sebanyak RM2 bilion kalau tidak silap saya, dan kita rugi di Filipina.

Jadi apakah pencapaian pada ketika ini, prestasi untung rugi Tabung Haji melalui anak syarikatnya telah memberi kesedaran kepada Tabung Haji? Apakah akan diteruskan dengan kerugian yang dialami dengan menimbulkan banyak masalah? Jadi apakah pihak Tabung Haji memikirkan tentang masih banyak tanah-tanah yang boleh diterokai di negara kita ini? Tanah-tanah terbiar yang beratus ribu ekar sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA dan FELCRA, yang tidak perlu pergi ke luar negara.

Page 31: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 15

Sedangkan kita menghadapi masalah yang begitu banyak di luar negara termasuk birokrasi, red tape dan ada kalanya kita tidak tahu di mana tanah-tanah milik kita. Jadi apakah tadi Yang Berhormat mengatakan begitu teliti sedangkan risiko yang begitu tinggi yang terpaksa dilalui oleh Tabung Haji, terutama sekali nilai pelaburan ke atas kaunter-kaunter tempatan yang terpaksa dilalui oleh Tabung Haji? Jadi apakah jaminan supaya penabung-penabung dalam Tabung Haji akan terus meningkat dari semasa ke semasa? Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. Kalau ikut kepada peningkatan, memang ada peningkatan. Sebab kalau kita tengok dari tahun 2005, kita cuma mampu untuk bagi dividen 4%, tapi kita berjaya naikkan pada tahun 2006 – 4.5% sehingga pada tahun 2007 – 4.75%. Apa pun saya melihat pelaburan ini merupakan satu proses.

Ia bukan satu perkara yang segera kita dapatkan keuntungan. Jadi ia memerlukan satu proses yang panjang dan kita banyak belajar daripada apa yang kita lihat kenaikan dan turun dalam pelaburan ini Yang Berhormat. Jadi cadangan daripada Yang Berhormat supaya kita melihat juga kepada pelaburan-pelaburan dalam negara ini, insya-Allah akan diambil perhatian. Terima kasih.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Tabung Haji dapat melabur dan dapat keuntungan hasil daripada rakyat Malaysia yang menyimpan di Tabung Haji, ini duit rakyat. Kalau Tabung Haji untung dan pelaburannya membanggakan, sudah tentu pada prinsip dan falsafahnya keuntungan itu akan mengalir kembali kepada penyimpan-penyimpan.

Baru-baru ini kita mendengar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hendak mengkaji kenaikan tambang haji tahun ini. Jadi adakah kenyataan ini contradict (bertentangan) dengan falsafah ini? Kenapa untung banyak, pelaburan bagus, tetapi orang kampung dan rakyat hendak naik haji, dinaikkan tambang? Minta penjelasan.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Yang Berhormat, tidak semua pendeposit ini pergi menunaikan haji. Ada yang menyimpan sebagai pendeposit semata-mata sahaja. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kesemuanya pun memang naik.

Selama ini Tabung Haji memang menanggung sebahagian daripada tambang mereka yang menunaikan haji dan sudah sampai masanya mereka yang hendak menunaikan haji ini, perlu membayar tambang yang dinaikkan oleh MAS sendiri yang terpaksa ditanggung. Kalau tidak, ini bererti tidak adil kepada pendeposit lain sebab keuntungan terpaksa diambil membayar sebahagian sahaja untuk menunaikan haji. Terima kasih.

7. Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini, berapa buah IPTA yang tersenarai dalam Academic Ranking of World Top 500 Universities.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi [Datuk Dr. Adham bin Baba]: Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa berusaha ke arah memperkasa kualiti IPT tempatan supaya setanding dengan universiti antarabangsa. Peka dengan kedudukan IPTA Malaysia dan merujuk kepada ranking yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, kementerian sedang merangka serta melaksanakan pelbagai usaha memperkukuhkan kedudukan IPTA kita di peringkat dunia.

Dengan usaha-usaha berterusan dan kesedaran terhadap IPTA, kedudukan institusi-institusi masing-masing dalam ranking berkaitan, ia akan menjadi pemangkin dalam mempergiatkan usaha penambahbaikan IPTA secara berterusan. Namun Yang Berhormat, kementerian ingin menegaskan bahawa adalah menjadi keutamaan bagi IPT untuk memenuhi keperluan negara berbanding memenuhi kriteria global yang digunakan oleh agensi ranking luar negara.

Antara usaha untuk merealisasikan hasrat tersebut, kementerian sedang menjalankan aktiviti penarafan atau pun rating ke atas IPTA kita. Domain dan indicator yang bersesuaian dan ditanda aras dengan rakan universiti antarabangsa digunakan bagi mengenal pasti kekuatan dan juga kelemahan-kelemahan yang ketara di IPTA dalam usaha penambahbaikan.

Page 32: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

16 DR. 18.4.2007

Dalam pada itu kementerian sedang menjalankan aktiviti benchmarking atau penandaarasan dengan universiti terkemuka luar negara yang tersenarai dalam ranking seperti Universiti of Melbourne, Australia, National University of Singapore untuk mengenal pasti amalan-amalan baik di universiti-universiti tersebut. Amalan baik yang dikenal pasti seterusnya akan diterapkan ke IPTA tempatan, dengan itu lompang-lompang kualiti di IPTA tempatan dapat diisi dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kerana menerangkan jawapan untuk perbandingan dengan institusi-institusi di dunia, kemungkinan kita ingin mengimport lecturers atau profesor-profesor dari luar negara. Oleh kerana itu, soalan tambahan ialah, berapa peratuskah atau pun percentage dengan izin, lecturers dan profesor sekarang berasal dari luar negara di institusi-institusi Malaysia ini? Thank you.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kita mengakui antara kaedah untuk meningkatkan prestasi atau pengenalan kesepakaran atau peer review ialah dengan meningkatkan jumlah pensyarah antarabangsa ke negara kita. Mengikut data yang ada setakat ini, kita mempunyai 20,989 pensyarah dalam negara dan antaranya 300 pensyarah antarabangsa untuk membantu dalam tujuan penambahbaikan kualiti. Terima kasih.

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, ada berapa banyak sistem ranking yang wujud di dunia ini sebenarnya dan yang manakah yang dianggap terbaik oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan adakah kriteria-kriteria yang digunakan dalam ranking ini bersifat adil untuk universiti tempatan yang mana di antaranya mengambil kira penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran, sedangkan IPTA tempatan kita kebanyakan kursus ditawarkan menggunakan bahasa Malaysia? Terima kasih.

Dr. Adham bin Baba: Terima kasih Yang Berhormat. Kita akui bahawa ranking yang wujud dalam dunia memanglah banyak, tetapi seperti The Times Higher Education Supplement World University Ranking, telah pun membuat ranking terhadap dunia, Academic Ranking of World Universities, Shanghai Jiao Tong University Ranking, Newsweek Top 100 Global Universities Ranking, sebenarnya di peringkat masing-masing mempunyai ranking-ranking terutama sekali di Europe dan juga di USA.

Antara yang menjadikan kita optimis, kita mempunyai keperluan tempatan untuk mengendalikan kualiti IPTA seperti yang dikatakan merujuk kepada ranking top 100 ini. Mereka mengatakan bahawa original purposes atau keputusan untuk mereka mengadakan ranking adalah untuk mengetahui jurang antara universiti mereka dan universiti dunia. Sebab itulah wujud ranking-ranking ini. Kita mengakui bahawa antara yang ditekankan ialah kewujudan peer review atau pun penilaian kesepakaran.

Sekiranya kita banyak mengendalikan research dalam Bahasa Inggeris dan international, kita akan dapat lebih markah dalam bidang tersebut kerana pelbagai kriteria mengikut ranking-ranking tertentu ini diwujudkan. Sebab itulah saya kata tadi, apa yang perlu kita menandaaraskan universiti kita dan juga menarafkan mereka mengikut keperluan kita sendiri, terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bukankah benar bahawa ranking Malaysia universiti sudah mundur hingga dengan izin, international back waters. Yang Berhormat ada sebut mengenai kita mahu benchmark dengan Universiti Singapura. Pada mulanya dalam tahun 60-an, kita sama taraf dengan Universiti Singapura.

Kita ada premier universiti. Universiti Malaya adalah keunggulan academic excellent di dunia, diakui, tetapi sekarang tengok di Jiao Tong Shanghai University, 500 universiti yang terbaik langsung tidak ada. 100 Top Global Universiti langsung tidak ada. Dalam The Times Higher Education Supplement World University Ranking...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, janganlah beri ucapan, tanya soalanlah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, soalan. The Times Higher Education Supplement, Universiti of Malaya tahun 2004 tempat ke 89. Jatuh kepada 169 pada tahun 2005. Pada tahun 2006 berada di kedudukan ke 192. Bolehkah dalam tahun ini jatuh di bawah 200? Bolehkah jaminan diberi supaya tidak jatuh di bawah 200? USM pada tahun 2004 di kedudukan 111, pada tahun 2005 tempat ke 326, jatuh 200 lebih tempat. Tempat 2006...

Page 33: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 17

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah itu Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...272, akhirnya ialah where ...university, where...ranking, 3,000 premier universiti di dunia. Mana yang terbaik? UTM - 1,300, yang terbaik USM - 1,193. 1,193 yang belakang lapan universiti Thailand, dua universiti Indonesia dan yang lain UTM - 1,317, Multimedia Universiti - 1,338, UPM - 1,226... [Dewan riuh] UM - 1,475...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat bagi Ipoh Timor... [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mereka tidak mahu dengar. Mereka mahu dengar soft question, hard question mereka tidak boleh tahan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Saya hendak...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Itu hard question, bukan soft question dan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Cukup, ya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Bukankah, bukankah….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, jangan beri ucapan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: …Antara untuk membolehkan, memulihkan taraf akademik adalah melalui meritokrasi. Bila meritokrasi akan digunakan, ada search committee untuk universiti Vice Chancellor. Bila bukan bumiputera Vice Chancellor akan dilantik?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, ya.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pembangkang mempunyai satu sindrom fobia atau pun taksub kepada ranking inilah. Saya hendak buktikan bahawa apa Yang Berhormat bagi Ipoh Timor sebut tadi, tetapi beliau tidak sebut fasal UKM. Tengok di sini UTM pada tahun 2004 tidak ada dalam ranking tetapi tahun 2005 tempat ke 289. Kemudian tahun 2006, ranking masuk dalam 200 terbaik 185, kenapa Yang Berhormat bagi Ipoh Timor tidak sebut?... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Itu, itu adalah kenaikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat, ya. [Dewan riuh] Setiausaha Parlimen cukuplah beri jawapan. Cukuplah Yang Berhormat, Yang Berhormat, tenang. Cukuplah, sila duduk. [Dewan riuh] Okey, cukuplah Yang Berhormat bagi Ipoh Timor sila duduk. Ini Ijok punya hal Yang Berhormat macam mana kita hendak menunjuk teladan yang baik kepada penuntut di belakang itu?... [Dewan riuh]

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tengoklah pelajar-pelajar, pemimpin pembangkang dalam Dewan Rakyat. Tengok pelajar-pelajar, tengok perilaku dia. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, soalan Yang Berhormat bagi Pensiangan.

9. Tuan Bernard S. Maraat [Pensiangan] minta Menteri Kewangan menyatakan memandangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan cabaran utama kerajaan ialah inflasi yang mana besar kemungkinan pelabur asing di negara ini akan menarik keluar pelaburan mereka, apakah persediaan kerajaan dalam usaha membendung masalah ini.

Page 34: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

18 DR. 18.4.2007

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi Pensiangan, Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK telah berkembang sebanyak 5.9% pada tahun 2006 dan kadar inflasi ialah 3.6%. Pertumbuhan KDNK pada tahun ini dijangka terus kukuh pada kadar 6% manakala inflasi dijangka menurun di antara 2% hingga 2.5%.

Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah berjaya mengawal inflasi. Ini termasuk kawalan ke atas barang-barang keperluan rakyat seperti gula, garam, tepung, gandum, minyak masak, beras, roti, ayam, petrol dan gas suling.

Tuan Yang di Pertua, pada masa yang sama pelaburan asing FDI meningkat dengan menggalakkan dari RM15.1 bilion pada tahun 2005 kepada RM22.2 bilion pada tahun 2006. Justeru itu kerajaan sebenarnya telah berjaya menarik FDI secara berterusan. Pelabur asing juga melabur semula di Malaysia iaitu reinvest dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, dengan jumlah yang besar iaitu RM16.6 bilion pada tahun 2006, pelaburan semula ini membuktikan komitmen jangka panjang dan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia. Kerajaan juga sentiasa berusaha memperbaiki iklim pelaburan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia. Di samping itu indeks harga pengeluar juga di tahap yang terkawal iaitu 6.7 peratus Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Pensiangan.

Tuan Bernard S. Maraat [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Setiausaha Parlimen. Malaysia adalah di antara yang paling vibrant pada satu ketika dahulu. Mengikut United Nation Conference of Trade Development (UNCTAD) dalam laporan pelaburan 2006, Malaysia duduk di tangga ke enam terbesar dari segi recipient ataupun penerimaan dari FDI, 11 tahun. 2005 Malaysia jatuh merosot ke tangga yang ke 62, lebih jauh belakang daripada Indonesia.

Di antara faktor-faktor kemerosotan ini, Malaysia ketinggalan dengan negara-negara Vietnam dan China ialah:

(i) dari segi produktiviti pekerjanya yang tinggi dan kos rendah;

(ii) gaji pekerja-pekerja yang kurang mahir mengikut perangkaan USD, Malaysia RM545.00, China 507.00 dan Vietnam USD157; dan

(iii) dari segi tambang kos pengangkutan daripada China ke Amerika Syarikat adalah USD2,000. Malaysia pula 3,200.

Apakah strategi kerajaan pada masa kini untuk mengatasi masalah-masalah khususnya untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan khususnya FDI ini yang kita telah jatuh ke tangga yang paling rendah sekali? Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Pensiangan kerana bagi perangkaan tadi. Sebenarnya pertumbuhan KDNK di Malaysia ini bukan hanya bergantung kepada FDI sahaja, tetapi juga bergantung kepada investment dari dalam negeri juga Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita masih ingat penerangan yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan II, iaitu di Malaysia ini FDI ia datang kemudian. Contohnya, katakan dia bawa FDI masuk, tetapi sebahagian besar modal yang diperlukan adalah diambil daripada dalam negara. Katakan dia masuk 20%, katakan RM1 bilion. Dia masuk RM200 bilion, tetapi yang RM800 bilion itu adalah sumber dari dalaman.

Maknanya FDI tidak memberi satu indication tentang pelaburan yang berlaku dalam negara kita. Yang tadi juga berlaku reinvestment yang begitu banyak oleh MNC dan juga daripada syarikat-syarikat tempatan. Maknanya yang sebenarnya, pelaburan tiap-tiap tahun adalah melebihi daripada FDI, lebih banyak kali ganda dari FDI.

Dalam hal ini memang kerajaan berusaha untuk mengawal kos pengeluaran itu dan kita sudah berjaya mengawal di peringkat 6.7% seperti yang saya sebutkan tadi. Maknanya kita cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos. Ini termasuk juga nilai ringgit kita sudah pun kukuh kalau dibandingkan dengan US Dollar dan perdagangan kita adalah menggunakan US Dollar dan ini juga menguntungkan kita.

Page 35: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 19

Barangan raw material dengan izin, yang kita beli dengan menggunakan US Dollar, ini menguntungkan. Bila dieksport juga menggunakan US Dollar. Jadi maknanya, banyak perkara yang boleh dikawal dan kita cuba mengawal sehingga produktiviti kita meningkat berbanding dengan negara-negara lain Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Puchong.

Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Angka-angka yang telah disebut tadi oleh Yang Berhormat bagi Pensiangan itu memang betul, tetapi sedarkah Yang Berhormat, FDI kita telah turun secara drastik kalau dibandingkan dengan negara China?

Untuk tahun 2006 ini, jumlah FDI di seluruh dunia lebih kurang USD110 bilion, tetapi negara China telah menarik lebih kurang USD55 bilion. Kalau tadi penjelasan dari Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, ini bermakna kita hanya 10 peratus daripada jumlah pelaburan negara China hanya datang ke Malaysia. Ini memang menjadi satu masalah kepada kita.

Pada masa yang sama, kerajaan pusat telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet pelaburan yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan baru-baru ini juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa petugas khas, special task force mengenai pelaburan iaitu kombinasi di antara para pemimpin kerajaan dan juga swasta.

Baru-baru ini juga melalui Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan dan telah bercadang untuk menubuhkan satu pusat sehenti, one stop centre mengenai pelaburan. So ini bermakna, kalau kita lihat dari aspek yang positif, ini bermakna kerajaan kita serius menarik pelaburan asing. Namun kalau kita lihat daripada aspek yang negatif, adakah kerajaan kita ini menyelesaikan masalah ataupun sebab-sebab utama mengapa FDI kurang masuk ke Malaysia ini dari segi aspek pelesenan?

Dasar-dasar human resource kita, expatriate dan juga dasar-dasar pembangkang dan juga financial policy kita. So, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah kerajaan betul-betul menyelesaikan masalah ini dengan memberikan resolusi ataupun penyelesaian terhadap punca-punca mengapa kurangnya FDI ke negara ini? Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat telah membandingkan FDI yang Malaysia dapat dengan FDI daripada negara China. Negara China adalah satu ekonomi yang besar, lebih besar daripada negara Jepun.

Kalau dibandingkan dengan Malaysia, Malaysia hanya antara yang sederhana, kecil. Negara kecil dan ekonomi kita kecil. Jadi padanlah saya kira dengan kalau kita bandingkan ratio FDI kalau dibandingkan dengan negara China yang mendapat begitu besar dengan ratio yang kita dapat. Saya kira, tidaklah begitu teruk sangat.

Memang pihak kerajaan berusaha berbagai-bagai cara untuk meningkatkan produktiviti kita dan menunjukkan kepada dunia bahawa membuat business di Malaysia ini adalah menguntungkan daripada segi kawalan harga, inflasi juga telah pun kita kurangkan daripada tahun lepas 3.6%, sekarang sudah turun daripada Januari hingga Mac sudah turun antara 2 hingga 2.5%. Daripada bulan Mac sahaja sudah turun kepada 1.5% Tuan Yang di-Pertua.

Jadi ini cara-caranya kita mengawal kos untuk supaya pihak pelabur yang datang, dia tengok kita menguntungkan, maka dia bawa lagilah modal dia ke negara kita. Memang kerajaan serius dalam hal untuk hendak mencari jalan bagaimana seperti Yang Berhormat sebut tadi. Berbagai-bagai cara dibuat oleh kerajaan untuk hendak meningkatkan produktiviti di Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua.

Page 36: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

20 DR. 18.4.2007 10. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai kayu pengukur untuk mengukur sejauh manakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan sebenarnya dinikmati oleh kontraktor bumiputera di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Khamsiyah binti Yeop]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui pusat khidmat kontraktor adalah bertanggung jawab untuk mendaftar kontraktor kerja awam dan elektrik, memberi pengiktirafan status taraf bumiputera, memberi latihan dan kursus kemahiran kepada kontraktor, menguatkuasakan tindakan tatatertib ke atas kontraktor dan merupakan pusat rujukan yang menyediakan maklumat kontraktor.

Dengan itu, PKK tidak berperanan untuk mengukur prestasi dan pencapaian peruntukan yang disediakan kerajaan, sebenarnya dinikmati oleh kontraktor bumiputera di peringkat akar umbi. Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu dilaksanakan dan dipantau oleh agensi-agensi pelaksana peringkat kementerian dan jabatan masing-masing.

Oleh yang demikian, agensi-agensi pelaksanaan tersebut akan mengukur sejauh mana peruntukan tersebut dinikmati oleh kontraktor bumiputera di peringkat akar umbi dan PKK akan memantau prestasi kontraktor setelah mendapat laporan dari segi pendaftaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Tangga Batu.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kayu pengukur ini amat penting bagi kita mengetahui di mana kedudukan kita dan ke mana kita akan pergi. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, satu indikator. Di negara kita, 25 juta rakyat, kita mempunyai 40,000 kontraktor. Nisbahnya ialah 1 kontraktor kepada 500 rakyat.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Di negara Jepun, 1 kontraktor nisbahnya 20 ribu rakyat. Ini adalah salah satu daripada indicator perimbangan. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dapat maklumat mengatakan usahawan juga perlu memikirkan, bagaimanakah mereka boleh mengoptimumkan kedudukan mereka sendiri dengan menguasai setidak-tidaknya rangkaian pengedaran bahan-bahan. Ini penting!

Jadi hari ini, untuk setiap ringgit yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada usahawan bumiputera, berapakah yang boleh dinikmati oleh seorang bumiputera itu perlu diambil berat oleh pihak kementerian. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah kementerian mempunyai kerangka ataupun perancangan melalui pelbagai kaedah untuk membantu kontraktor khususnya bumiputera dalam mengharungi industri yang mencabar ini?

Soalan saya yang kedua, apakah inisiatif MARA selaku peneraju dalam usaha untuk mewujudkan satu rangkaian pengedaran bahan-bahan binaan melalui perwujudan rangkaian pengedaran bahan-bahan oleh pihak bumiputera? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Khamsiyah binti Yeop: Yang Berhormat, kementerian tidak ada satu indicator menunjukkan kita punya kayu ukur kepada kontraktor yang ada kerana seperti yang saya jelaskan tadi peranan kementerian ialah mendaftar, mengawal selia dan agen pelaksanaan seperti majlis daerah, pejabat daerah yang menentukan projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor.

Saya menyambut baik pandangan Yang Berhormat berhubung dengan apakah usaha yang kita hendak mempelbagaikan kaum-kaum kontraktor, kita di kementerian sedang mempergiatkan dalam sektor IBS iaitu Industri Binaan yang mana kita hendak supaya syarikat-syarikat bumiputera memikirkan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada kontraktor sebagai binaan sahaja malah menjadi kontraktor binaan.

Ini kerana kita dapati hari ini kontraktor bumiputera hanya tertumpu kepada binaan tetapi sedangkan bahagian binaan pembekal-pembekal alat-alat, hardware dan sebagainya dibekalkan oleh orang lain. Ini menyebabkan kita punya pencapaian daripada ekuiti bumiputera menurun daripada segi bina kontraktor. Terima kasih

Page 37: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 21

11. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada kerajaan mempunyai rancangan membina jalan raya dari Long Lama, daerah Marudi, Sarawak ke Sipitang, Sabah.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bukit Mas. Terima kasih, saya sudah tahu itu ‘Marudi’.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan telah menjalankan kajian kemungkinan lebuh raya yang menghubungkan terus dari Sabah ke Sarawak. Kajian ini telah dimulakan pada 1 Mei 2003 dan siap sepenuhnya pada 30 Ogos 2005 yang lalu.

Kerajaan telah mengkaji daya maju projek cadangan tersebut. Skop kajian merangkumi kajian trafik sosial ekonomi guna tanah, alam sekitar, impak sosio, reka bentuk kejuruteraan awalan dan ekonomi pengangkutan. Hasil kajian telah mengesyorkan agar jajaran jalan ini bermula dari Long Lama dan melalui kawasan Long Buang, Long Bedian, Long Seridan, Long Lopeng dan Lawas sebelum berakhir di Sindumin di Sabah.

Panjang jalan ini adalah sejauh 275 km dengan melebarkan kos sebanyak RM1.59 bilion. Di samping itu juga, pembinaan jalan dari Melulu ke Long Lama sedang dalam pelaksanaan oleh JKR Sarawak. Jajaran ini akan menjadi sebahagian daripada cadangan jalan yang menghubungkan Sabah – Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan kos pelaksanaan yang tinggi, kerajaan telah mengesyorkan agar projek ini dilaksanakan dalam 3 fasa seperti berikut. Fasa 1, Long Lopeng ke Long Napier dengan panjang jalan 62 km anggaran kos pembinaan adalah RM613 juta. Fasa 2, Long Napier ke Long Lama dengan panjang jalan 115.3 km anggaran kos pembinaan adalah RM478 juta. Fasa 3 Long Lopeng ke Sindumin dengan panjang jalan 97.3 km anggaran kos pembinaannya adalah RM443 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, oleh kerana kos yang tinggi juga kerajaan telah hanya bersetuju untuk melaksanakan jalan dari Long Lopeng ke Bagan Lalang dan merupakan sebahagian daripada jajaran tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sekian.

12. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapa ramaikah peminjam PTPTN yang telah didakwa di mahkamah kerana enggan membayar balik pinjaman sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi [Datuk Dr. Adham bin Baba] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 31 Mac 2007, PTPTN telah memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM19.06 bilion yang melibatkan seramai 982,066 pelajar. Daripada jumlah tersebut, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM13.15 bilion.

Walau bagaimanapun, amaun pinjaman yang sepatutnya perlu dikutip oleh PTPTN adalah sebanyak RM1.37 bilion yang melibatkan 438,775 peminjam. Sehingga tarikh tersebut iaitu 31 Mac 2007 juga telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 395 peminjam yang ingkar.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 4 peminjam telah membuat bayaran penuh, 37 peminjam telah bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut jadual baru yang ditetapkan dan 22 peminjam tidak hadir ke mahkamah. Manakala selebihnya sebanyak 332 peminjam pihak PTPTN sedang menunggu saman termeterai daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum peminjam dihadapkan ke mahkamah, pihak PTPN telah melaksanakan beberapa tindakan awal bagi memastikan peminjam membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan. Di antara tindakan yang diambil terhadap peminjam yang ingkar ialah:

Page 38: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

22 DR. 18.4.2007

(i) menghantar surat peringatan pertama, kemudian menghantar peringatan kedua dan seterusnya surat peringatan ketiga dan akhir letter of demand;

(ii) menyiarkan nama peminjam ingkar di akhbar;

(iii) mengambil tindakan mahkamah kepada peminjam yang tegar;

(iv) mengenakan kos pentadbiran yang lebih tinggi kepada peminjam yang dikenakan tindakan undang-undang; dan

(v) meningkatkan tindakan penguatkuasaan melalui pelantikan panel peguam dan penyenaraian peminjam ingkar ke dalam C-TOS ataupun Credit Tip of Service dengan izin, Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd.

Terima kasih.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen yang telah menjawab soalan tadi. Soalan tambahan saya, saya ingin bertanya adakah daripada 395 yang di bawa ke mahkamah ini ibu bapa mereka juga turut didakwa bersama-sama, kerana ibu bapa atau penjaga mereka ini adalah penjamin-penjamin kepada peminjam-peminjam ini dan apakah reaksi daripada ibu bapa mereka ini?

Selain daripada itu, adakah setiap peminjam diwajibkan menandatangani perjanjian supaya PTPTN berhak memotong gaji kepada peminjam-peminjam ini daripada majikannya apabila ianya dapat dikesan? Terima kasih.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Terima kasih Yang Berhormat. Sejak 1997 PTPTN ditubuhkan, ibu bapa tidak dikenakan syarat untuk menjadi penjamin. Sebab itulah setakat ini penjamin sebenar kepada pinjaman ini ialah pelajar itu sendiri. Namun untuk masa hadapan, ibu bapa adalah diwajibkan untuk menjadi penjamin.

Yang kedua, semasa pelajar-pelajar membuat pinjaman awal untuk masuk ke IPTA, mereka memang ada menandatangani perjanjian untuk membayar balik, tetapi setakat ini pemotongan gaji melalui majikan belum lagi dilaksanakan. Insya-Allah kita akan cuba melalui Rang Undang-undang Pertubuhan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang akan dibentangkan pada sesi ini, dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat menyatakan mengikut pecahan kaum sama ada peminjamnya yang enggan membayarnya dan juga yang didakwa? Terima kasih.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa, saya mohon notis di atas soalan itu.

13. Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan setakat manakah kebebasan media wujud dalam negara kita dan sama ada peruntukan-peruntukan yang bertindih dalam konteks media yang didapati dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hasutan 1948 akan dipinda untuk merasionalisasikan undang-undang tersebut.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, Perkara 10(1)(a), Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Namun begitu kita perlu sedar bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya dan masing-masing mempunyai sensitiviti yang tersendiri.

Untuk mempastikan kebebasan media tidak disalahgunakan sehingga memudaratkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, maka Parlimen telah meluluskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mengawal selia penerbitan media cetak.

Page 39: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 23

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengamalkan dasar terbuka, liberal dan bertanggungjawab bagi menjamin kebebasan media, khususnya akta di negara ini sejajar dengan prinsip-prinsip demokrasi dan struktur masyarakat Malaysia majmuk. Di samping itu juga kementerian memberi ruang yang luas kepada pihak media agar cenderung ke arah pemberitaan bercorak positif, berpengetahuan serta membina minda masyarakat.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa terdapat peruntukan-peruntukan yang bertindih tidak wujud kerana akta-akta tersebut mempunyai objektif masing-masing. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 adalah khusus untuk menjamin keselamatan dalam negara ini tidak tergugat. Akta Hasutan 1994 pula bertujuan menjaga keharmonian masyarakat agar tidak dipecahbelahkan oleh hasutan-hasutan yang berunsur perkauman, penghinaan terhadap mana-mana agama yang boleh membawa kepada rusuhan dan sebagainya.

Sehubungan itu, buat masa kini Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bercadang untuk membuat apa-apa pindaan terhadap akta-akta tersebut. Terima kasih.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, wujudnya satu badan bebas di Perancis yang meletakkan Malaysia ke atas tangga yang ke-92 berkenaan kebebasan media. Namun daripada perspektif yang lain, ia juga menunjukkan bahawa dari segi kebebasan media di dunia ini, wujudnya 91 buah negara lain di hadapan kita. Jadi saya tidak pasti sama ada pihak kerajaan mempunyai hasrat untuk memajukan tangga kedudukan negara kita dari segi kebebasan media. Itu yang pertama.

Yang kedua, daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sendiri telah pun baca akta-akta yang berkenaan dan saya dapati walaupun objektifnya berlainan tetapi kesannya adalah sama. Jadi saya rasa daripada bacaan saya dan juga peninjauan saya ke atas undang-undang ini, saya rasa memang wujudnya pertindihan dan jika wujudnya pertindihan undang-undang dengan tujuan dan kesan yang sama, sebenarnya ia membawa satu unsur yang tidak rasional dalam undang-undang kita. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat?

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat undang-undang berkaitan, Udang-undang Akta Percetakan dan Penerbitan adalah lebih tertumpu kepada syarikat penerbitan dan percetakan dan tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut, pengarah-pengarah syarikat dan penulis-penulis buku-buku yang tidak dapat kelulusan daripada kementerian. Akan tetapi untuk Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ia lebih bertumpu kepada perseorangan. Perbezaan itu kita perlu sedar.

Tentang keadaan tangga yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka iaitu satu tinjauan di Perancis, saya percaya negara masing-masing mempunyai keadaan masyarakat yang berlainan dan negara kita adalah sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Seperti saya sebut tadi, kita ada sensitiviti-sensitiviti yang perlu kita jaga dan kita tidak boleh samakan dalam membuat perbandingan.

Saya berpendapat bahawa soal kebebasan ini kadang-kala kayu ukurnya boleh berbeza daripada satu negara ke satu negara yang lain. Kita tidak anggap itu sebagai satu pengukuran yang mutlak terhadap kebebasan di negara kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Masa Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Page 40: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

24 DR. 18.4.2007

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya mengemukakan usul semalam 18(1), adakah diterima atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kita belum terima. Kita belum decide.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya faks semalam.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ia mesti dua hari.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Sebelum pukul 10 pagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, ia kena cukup satu hari, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Peraturan Mesyuarat juga, Tuan Yang di-Pertua. Ada soalan untuk jawapan bertulis sampai hari ini belum diterima. Ini...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, kita...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Ada satu minggu lagi, bolehkah minta supaya ia diberi dengan segera?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, serah kepada yang berkenaanlah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2006) 2007

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.2) 2006

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2006) 2007 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2006 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Minta Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian. Sila Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

11.38 pg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak melebihi daripada RM19,081,912,893 untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang diperlukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2006 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1, B.5, B.7, B.9, B.11, B.12, B.13, B.20, B.21, B.22, B.24, B.29, B.41, B.42, B.44, B.45, B.46, B.60 dan B.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual.

Page 41: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 25

Dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM1,997,934,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2006 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.13, P.20, P.21, P.23, P.24, P.26, P.27, P.28, P.29, P.31, P.41, P.48 dan P.60 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2007 dan Kertas Perintah 5 Tahun 2007 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2006 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2006 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan Anggaran Peruntukan Tambahan ini adalah juga diberi dalam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 2007 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2006 dan Kertas Perintah 5A Tahun 2007 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2006.

Oleh itu saya tidak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan.

Maksud B.1, B.5, B.7, B.9 [Jadual] – Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2006] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.1, B.5, B.7 dan B.9 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri dibuka untuk dibahas.

Yang Berhormat saya hadkan masa, setiap ahli yang berucap dibenarkan 10 minit. Jadi Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, sila.

11.40 pg.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: 10 minit? Yang pertama, mengenai BPR, Badan Maksud B.9. Kita tahu bahawa keadaan korupsi di negara kita semakin merosot. Bukan sahaja Transparency International Corruption Perspective Index jatuh kepada 44 tangga daripada 37 pada 2003. Political & Economic Risk Consultancy survey yang buruk, kedudukan yang buruk dan kalau kita tidak berjaga-jaga akan dikejar oleh negara China.

Akan tetapi apa matlamat National Integrity Plan supaya di tahun hadapan, kita sekurang-kurangnya boleh mencapai tangga ke-30? Walaupun selama ini ia lebih serius, tetapi apa yang sangat memeranjatkan ialah sikap kerajaan, khasnya Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, dia rasa sangat bangga.

Dia rasa sangat bangga bahawa kedudukan rasuah di negara kita semakin merosot, tetapi dia makin gembira. Ini sangat jelas daripada jawapan beliau dalam buku ini, return replies semalam yang dijawab kepada Yang Berhormat Tuan Jawah anak Gerang mengenai usaha-usaha menyatakan tahap pencapaian usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Apa Yang Berhormat kata? “Kerajaan amat berpuas hati” Wah! Bukan sahaja berpuas hati, tetapi amat berpuas hati. Amat berpuas hati bahawa negara kita amat korup. Ini ertinya amat berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Page 42: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

26 DR. 18.4.2007

Mana boleh selepas tiga tahun pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana 18 ikan yu sudah lari ke South China Sea, di mana janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu menjadi ‘Pao Shien Tein’ di mana Yang Berhormat pun tahu mengenai lagu itu... [Bercakap dalam bahasa Mandarin]. Ertinya ialah bahawa di Kaifeng ada seorang Justice Pao yang bermuka besi, tegas boleh membezakan betul tidak betul, mana itu ‘Pao Shien Tein’, mana ‘Pao Shien Tein’?

Kalau Justice Pao mahu ‘wang chao mahan’ [Perkataan dalam bahasa Mandarin] mahu ‘hulang’ [Perkataan dalam bahasa Mandarin] beliau, mana itu Kong Chu Cher [Perkataan dalam bahasa Mandarin], mana itu Chan Zhou [Perkataan dalam bahasa Mandarin], siapa? Tidak ada! Saya tanya satu tahun yang lalu, lagi tanya mana ada?

Semua tidak ada, mereka tidak ada orang yang sokong usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu melawan korupsi. Sehingga sekarang orang yang mahu banding siapa lebih kaya-raya sama ada Ketua Menteri Sabah atau Ketua Menteri Sarawak siapa lebih kaya-raya, siapa yang lebih korup? Di sini saya mahu tanya, kenapa perkara ini boleh berleluasa?

Dua hari dahulu apabila saya bangkit hal mengenai tuduhan yang dikemukakan oleh Dr. Jeffry Kitingan, 25 tuduhan Yang Berhormat bagi Kota Belud, bekas ketua menteri kata apa saya cakap tidak benar, apabila saya kata bahawa Ketua Menteri Sabah tidak menghiraukan, dia kata tidak benar ini bukti, Daily Express, ‘I’m not bothered’ cakap tidak benar apabila saya kata bahawa Ketua Menteri Sabah tidak menghiraukan, dia kata tidak benar.

Ini bukti, Daily Express, “I’m not bothered. Chief Minister Dato’ Seri Musa Aman on Sunday said he will not entertain accusations leveled against him by the opposition. I’ve no time to entertain those accusations”, say no time tetapi kenapa BPR tidak ada masa?

Yang Berhormat Menteri pun dalam jawapan masa itu apabila saya ada tanya beliau mengenai, apa hasil siasatan terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Encik Ramli Manan, terhadap Zulkipli masa itu ACA Director General? Dia kata “Oh sudah habis siasatan” dan dia bahawa, inilah daripada Hansard. Dia kata bahawa, “Tuan Yang di-Pertua sebenarnya siasatan telah dibuat dan didapati bahawa tuduhan itu adalah tidak benar”. Mana boleh, laporan dibuat Jun lalu, siapa siasat, BPR siasat atasan. Dan ini tidak benar oleh sebab kita ada laporan di sini, apa yang saya tanya ialah siasatan yang sekarang dijalankan, apa hasil?

Polis sudah siapkan siasatan dakwaan rasuah, guna kuasa membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkipli Mat Nor, 11 April dan di peringkat akhir untuk diperhalusi, belum habis. Kenapa Yang Berhormat Menteri datang sini untuk cover up isu korupsi? Dia rasa sangat amat berpuas hati tetapi kita rasa sangat tidak berpuas hati oleh sebab sikap yang begitu binal syndrome mengenai rasuah di negara kita.

Di sini saya mahu tanya, kenapa sampai sekarang BPR tidak boleh memberi satu kepercayaan kepada orang ramai bahawa masalah korupsi yang bermaharajalela di kedua-dua negeri di negara kita yang terkenal untuk rasuah ialah Sarawak dan Sabah? Kenapa tidak akan ada tindakan untuk membersihkan kedua-dua negeri ini? Itu mengenai tajuk yang pertama.

Tajuk yang kedua ialah mengenai Parlimen. Saya mahu tanya apa sudah berlaku kepada, what is happen to Jawatankuasa Pilihan Corrupt Ethics untuk Ahli-ahli Parlimen yang ditubuhkan, yang diluluskan Disember lalu? Mengikut laporan kita dengar Yang Berhormat Menteri sendiri kata bahawa mesyuarat akan dipanggil, tetapi sekarang tidak dipanggil.

Adakah oleh sebab kerajaan sekarang rasa dengan izin, overwhelm oleh masalah korupsi yang bermaharajalela nampaknya out of control, totally out of control dan di sini kita sudah tiga tahun apabila Yang Berhormat Menteri ditugaskan untuk menjaga urusan hal ehwal Parlimen, tetapi adakah kita boleh kata Parlimen sudah menjadi first world Parlimen, di mana masalah-masalah rakyat adalah peluang untuk dibangkitkan at the first available opportunity sama ada mengenai masalah perpaduan kaum, masalah rakyat jelata?

Page 43: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 27

Semacam apa yang berlaku baru-baru ini, kes penoreh getah Marimuthu di mana keluarganya, isterinya untuk 21 tahun, enam anak boleh dipaksa untuk dipisahkan daripada keluarga, break the family seolah-olah mengikut undang-undang, seolah-olah mengikut fahaman agama Islam...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Isu-isu ini semua patut boleh di bentang, ada channel...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ini tidak ada kaitan dengan Parlimen.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Ada channel, ada kaitan. Parlimen patut ada saluran di mana masalah-masalah macam ini boleh dibincang dan disuarakan at the first ability opportunity. Kalau kita tidak ada saluran-saluran semacam ini, mana boleh kita kata kita first world Parlimen, irrelevant Parlimen atau semacam mengenai satu contoh Suhakam. Suhakam ada kemukakan laporan tahunan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini semua dasar.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukan dasar, Parlimen perlu. Kita mahu peruntukan wang-wang untuk Parlimen perlulah relevant. Sanggupkah mahu masuk bincang mengenai detail, tetapi sebagai contoh, setakat ini tujuh report dikemukakan oleh Suhakam kepada Parlimen tetapi kita tidak pernah membahaskan langsung.

Dalam pandangan Parlimen, Suhakam is irrelevant, totally relevant, tetapi tujuh tahun begitu banyak rekomendasi-rekomendasi. Sebenarnya dalam laporan 2003 dan laporan 2004 pun ada ulasan-ulasan daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan mengenai komen-komen yang dibuat oleh Suhakam...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, tetapi untuk tahun ini, 2006 no more comments. Chapter itu sudah hilang. Adakah ini bererti jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian berkenaan pun tidak mahu menghiraukan apa yang disebut oleh Suhakam?

Mengenai kehakiman, Yang Berhormat Menteri dalam masa soal jawab ada berjanji bahawa dia akan dapatkan maklumat mengenai code of ethics kehakiman. Oleh sebab ada bangkit dia kata hari itu, first time itu dibangkitkan, saya harap beliau boleh memberi satu jawapan yang memuaskan dan pun mengenai Parlimen, kita mahu urusan yang baik.

Baru-baru ini kita baca dalam surat khabar bahawa anggota BNBBC sangat tidak puas hati oleh sebab Pengerusi BNBBC sangat directorial, bahawa adalah penyusunan rombakan BNBBC tidak melalui cara yang demokratik, bahawa mahu satu pemberontakan, tetapi nampaknya sudah totally, total silent has happen. What happen to BNBBC that want call for change?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat adakah perkara BNBBC perlu bincang di Parlimen?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ahli-ahli Parlimen dan mereka adalah Ahli-ahli Parlimen. Kalau BNBBC tidak boleh bergerak dengan baik, bagaimana mereka boleh buat sumbangan dalam Parlimen yang baik?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, terpulang kepada pihak BNBBC.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, sebab itu kalau BNBBC tidak boleh bergerak dengan licin, ahli-ahli mereka pun tidak boleh...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Seperti juga Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kita boleh bergerak dengan licin, itu bukan masalah.

Page 44: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

28 DR. 18.4.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sekiranya hal ehwal berkaitan dengan pembangkang ini terpulang kepada pembangkang.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini reflect terhadap performance. Akhirnya mengenai JPA, kita mahu tahu. Kita mahu tahu mengenai... Yang Amat Berhormat ada kata bahawa akan memastikan bahawa recruitment dan public service akan membayangkan multiracial composition. Apa keadaan sekarang?

Sebenarnya lebih teruk untuk Jun 2005. Apa yang kita dapat angka-angka ialah untuk kaum Melayu atau bumiputera 77%, kaum Tionghoa 9.37% dan kaum India 5.12% dan yang lain, the rest. Berbanding dengan tahun 1971, orang Melayu 60.1%, orang Cina 20.2% dan orang India 17.4%.

Sekarang what is the latest position? Adakah usaha-usaha supaya menentukan bahawa public service peringkat awam sebenarnya boleh mencerminkan multiracial posisi di tanah air kita? Kita harap boleh ada satu angka-angka menunjukkan bahawa don’t just talk only, but get the job delivered. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Serdang.

11.51 pg.

Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Pengerusi, saya hanya ingin bangkitkan satu perkara iaitu tentang Badan Pencegah Rasuah. Seorang penduduk di Seri Kembangan telah melaporkan kepada Ibu Pejabat BPR pada tahun 2004 berkaitan dengan tanah keluarganya yang telah ditukar milik tanpa pengetahuan mereka dan rujukan laporan itu ialah CSK/M No. 76/04.

Namun sehingga kini, kedudukan penyiasatan terhadap kes penipuan ini masih belum diketahui oleh pihak pengadu. Jadi dia datang ke pejabat saya untuk meminta bantuan sama ada pihak BPR dapat mempercepatkan untuk menyiasat kes tanah milik keluarganya yang telah dipindah hak milik tanpa pengetahuan pemiliknya.

Mungkin ada satu kes penipuan telah berlaku dan mungkin ada subahat dengan kakitangan dalaman Pejabat Tanah, maka patutnya dapat di… Sebenarnya laporan tersebut berkaitan dengan Lot 2315 dan Lot 2316, mungkin daerah Petaling yang terletak di Seri Kembangan yang nilainya sangat tinggi, untuk empat ekar itu berjuta ringgit akan hilang.

Maka oleh itu, walaupun sudah dua tahun, pihak pengadu masih belum tahu kedudukan sebenarnya berkaitan dengan siasatan daripada BPR. Saya dengan demikian, minta pihak kerajaan untuk memberi kedudukan sebenarnya berkaitan dengan kes supaya akan dapat tahu kedudukannya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat bagi Tuaran.

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Maksud P.06 di bawah Jabatan Perdana Menteri, Butiran 01000 iaitu Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (P)/(Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, Sarawak).

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan kepada Sabah dalam bentuk pinjaman untuk membina sektor perindustrian di negeri Sabah. Dalam perbekalan tambahan ini, sebanyak RM65 juta diperuntukkan dalam Butiran 01000 ini.

Persoalan saya yang pertama ialah, berapakah sebenarnya yang akan diperuntukkan kepada negeri Sabah dan berapa pula yang akan diperuntukkan kepada negeri Sarawak? Oleh sebab di sini tidak dinyatakan dan cuma diletakkan stroke Sabah dan Sarawak.

Saya juga ingin bertanya kenapakah peruntukan ini yang digunakan untuk pembangunan perindustrian negeri Sabah disalurkan melalui Jabatan Perdana Menteri dan bukan daripada MITI? Saya juga ingin bertanya, kenapakah dalam soal pembangunan perindustrian ini, peruntukan ataupun kewangan daripada Persekutuan diberikan kepada negeri Sabah dalam bentuk pinjaman? Ertinya jumlah wang ini akhirnya akan dibayar balik oleh pihak kerajaan negeri.

Page 45: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 29

Tuan Pengerusi, seperti mana yang saya nyatakan dalam perbahasan peringkat dasar bahawa pembuatan ini adalah salah satu nombor ketiga dalam hala tuju pembangunan negeri Sabah yang amat penting. Namun dalam pembangunan perindustrian, khususnya dalam soal membangun perindustrian hiliran kelapa sawit di negeri Sabah, kerajaan memerlukan lebih RM800 juta untuk membina prasarana khususnya yang diperlukan di POIC di Lahad Datu, tetapi yang diluluskan hanya RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Untuk makluman Tuan Pengerusi, industri kelapa sawit hiliran untuk negeri Sabah dianggarkan lebih RM100 bilion. Dan untuk makluman juga, ini akan menghasilkan pelbagai peluang-peluang pekerjaan dan juga peluang-peluang perniagaan. Akan tetapi peruntukan adalah begitu kecil, hanya RM100 juta. Ini persoalannya. Kenapakah dalam sektor pembangunan perindustrian ini begitu kecil?

Tuan Pengerusi, negeri Sabah dahulu terkenal dengan kayu balak yang telah dieksport dengan dan ia tidak diproses dan kita telah kehilangan peluang untuk menghasilkan, membangunkan perindustrian hasil daripada kayu balak. Selepas itu daripada perindustrian komoditi koko, kita juga telah kehilangan peluang untuk membina perindustrian daripada hasil koko.

Pada hari ini negeri Sabah sekali lagi telah muncul sebagai negeri pengeluar kelapa sawit yang terbesar di negara ini. Hari ini kita sekali lagi mendahului, kerajaan negeri telah menubuhkan POIC Sdn. Bhd. iaitu satu syarikat untuk membina perindustrian hiliran hasil-hasil kelapa sawit, tetapi yang amat menghairankannya peruntukan yang begitu kecil iaitu hanya RM65 juta.

Ini pun dibahagi dengan Sarawak, entah berapa diberi kepada Sabah dan ini hanya pinjaman. Pada pagi tadi Tuan Pengerusi, kita baru balik untuk melihat masalah-masalah pembinaan Dedicated Highway daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya yang kosnya lebih RM2 bilion. Ini membina satu batang jalan raya sahaja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Penggunanya berapa?

Akan tetapi di negeri Sabah untuk membina sektor perindustrian, baru pinjaman sebanyak RM65 juta. Saya mohon mencadangkan Tuan Pengerusi, supaya pihak kerajaan mengkaji perkara ini dengan mendalam. Supaya dengan pembangunan perindustrian di negeri Sabah berasaskan kelapa sawit dalam apa juga bio diesel atau apa juga hiliran industrinya, kita dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan supaya belia dan beliawanis negeri Sabah tidak perlu datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Kita bukan menentang yang belia-beliawanis ini datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja, tetapi dengan pelbagai masalah sosial yang wujud di sini. Oleh sebab itu, saya mohon supaya soal pemberian peruntukan ataupun kewangan dalam pembangunan perindustrian sebab ini juga melibatkan pelbagai pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya beralih ke Maksud B.07 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 020000 - Program Pembangunan Sumber Manusia Sektor Awam. Sekali lagi diberi peruntukan lebih kurang RM28 juta. Dalam hal ini, saya ingin membangkitkan satu perkara yang sudah sekian lama juga saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini, iaitu masalah pengiktirafan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) dari Indonesia.

Saya telah membawa masalah ini dan Allahyarham bekas Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran telah membantu dan lebih kurang 100 orang graduan telah diambil dalam perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Selepas itu ada lagi lebih kurang 40 orang dan sekali lagi kita telah merayu dan akhirnya mereka ini telah ditemu duga oleh Jabatan Pelajaran di negeri Sabah.

Namun akhirnya, selepas temu duga hanya dua orang yang telah diambil dan alasannya ialah mereka ini tidak diberi pengiktirafan oleh JPA. Persoalannya ialah kenapa yang 100 orang dahulu telah diambil dan sudah pun ada surat pengiktirafan daripada JPA? Sekarang ini tiba-tiba tidak ada pengiktirafan daripada JPA.

Saya ingin tahu apakah benar-benar kelulusan daripada IKIP ini, pelbagai IKIP di Indonesia ini diberi pengiktirafan oleh JPA? Kalau diberi pengiktirafan, apakah lagi perkara-perkara yang perlu graduan-graduan ini buat supaya mereka ini boleh diserapkan dan ditempatkan dalam sistem pelajaran negara ini.

Page 46: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

30 DR. 18.4.2007

Kalau tidak diiktiraf apakah pihak JPA sudah memberitahu kesemua graduan-graduan ini tentang keperluan-keperluan mereka terhadap pengiktirafan tersebut? Satu lagi persoalan, kalau ini tidak diiktiraf, apakah nasib ratusan atau ribuan graduan IKIP yang sekarang ini sudah pun mengajar di pelbagai sekolah di seluruh negara?

Tuan Yang di-Pertua, persoalan ini adalah amat penting sebab ramai graduan IKIP ini masih lagi menunggu keputusan daripada pihak JPA dan kita juga ingin tahu, bagaimanakah penyelarasan di antara Jabatan Pelajaran dengan JPA ini dapat diselaraskan dan dapat dipertingkatkan soal pentadbirannya, supaya permasalahan ini dapat ditangani dengan cepat?

Dengan kata-kata itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bagan.

Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Orang tua.

12.02 tgh.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ya, Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Ketawa]

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Maksud B.1...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Apa itu, apa Yang Berhormat bagi Puchong kata siapa orang tua?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Hormati orang tua.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ada lama sedikit sahajalah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah lamalah, belum tua lagi.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Sudah lama sedikit sahaja.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Bekalan, Maksud B1 – Parlimen berjumlah RM1,179,200 dikehendaki untuk penyelarasan elaun bulanan Ahli-ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen sudah mengangkat sumpah bahawa mereka perlu bertanggungjawab kepada negara dan kepada rakyat. Slogan Barisan Nasional semasa pilihan raya adalah ‘Barisan Nasional Membela Nasib Rakyat’. Perlulah Ahli-ahli Parlimen membuat suatu teladan menyahut seruan Perdana Menteri iaitu belanja berjimat dan berhemat.

Namun nampaknya hari ini, semua Ahli-ahli Parlimen melainkan pembangkang di sini, semua mahu pangkat, semua mahu berlagak seperti raja dan mahu kelas. Apabila menunggu kereta api pun ada bilik VIP. Semua ini menunjukkan bahawa mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada satu notis di mana secara diketahui umum bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional boleh dikurniakan sebagai pangkat Kolonel Kehormat di dalam pasukan RELA. Satu upacara untuk penganugerahan pangkat kehormat RELA untuk Ahli-ahli Parlimen akan diadakan pada malam ini.

Sepatutnya, pada asalnya diadakan di Dewan Bankuet Parlimen. Parlimen ini baru sahaja berbelanja RM80 juta lebih untuk mengubahsuai sebagai sebuah bangunan yang unggul, tetapi notis ini diberi dikatakan venue ini akan dipindah ke Hotel Pan Pacific atau Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur malam ini juga yang bertaraf lima bintang...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Lima bintang?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Hotel lima bintang. Saya mahu tanya berapa belanja? Sewa dewan bankuet di Pan Pacific termasuk jamuan makan malam, termasuk semua-semua ini berapa? Berpuluh-puluh ribu ringgit...

Beberapa Ahli Pembangkang: Huh!

Page 47: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 31

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: ...Inilah membela nasib rakyat? Kalau berpuluh-puluh ribu ringgit ini boleh dibelanjakan untuk membina sekolah atau membekalkan air kepada kawasan-kawasan mundur, alangkah baiknya itu...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Khususnya Sabah!

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Saya mencabar Ahli-ahli Parlimen yang berada di sini, khasnya Barisan Nasional. Adakah Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional semua rela untuk membuat suatu protes terhadap...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Pembaziran!

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: ...Pembaziran ini dan menuntut supaya penganugerahan ini diadakan di dalam...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bangunan ini.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: ...Bangunan Parlimen. Kami bukan cemburu. Tak bagi pangkat kepada kami pun kita tak hairan. Mahu apa, ambil, tetapi jangan belanja atas kesusahan rakyat jelata...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sour grape.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,....

Beberapa Ahli: [menyampuk]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Siapa bantah?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tak ada orang mahu protes...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kata bela nasib rakyat?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: ...Semua bersetuju, semua sokong untuk diadakan di Hotel Pan Pacific, hotel lima bintang.

Bandar Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Five star lah mahu, five star.

Seorang Ahli: Cakaplah apa suka cakap.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Yang di-Pertua,...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak ada perkara...

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Lepas ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak ada perkara lebih pentingkah? Tak ada yang lebih penting? Saya... Yang Berhormat bagi Bagan Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Macam kata kita tersasullah. Ahli Parlimen kita kata tak ada perkhidmatan VIPkah untuk kereta api? Sebenarnya bukan itu hasrat kita. Maksud dia, saya tanya maksud dia adalah ada tak first class punya perkhidmatan kereta api daripada Pantai Timur ini?

Bukan maksud dia VIP untuk kepentingan Ahli Parlimen. Tidak bermaksud Ahli Parlimen. Maknanya kepada mungkin agaknya orang korporat yang hendakkan perkhidmatan yang lebih baik dalam kereta api...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi, dia punya...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat. Hendak tanya Yang Berhormat bagi Bagan sama bersetuju dengan apa Yang Berhormat katakan...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Tak, pasal Yang Berhormat bagi Bagan tadi menyentuh seolah-olah Ahli Parlimen Barisan Nasional ini hendak layanan VIP. Tidak begitu maksudnya.

Maksudnya biarlah kereta api itu memberi perkhidmatan kelas pertama, kelas kedua, ikut pilihanlah masing-masing. Itu terpulang bagaimana kereta api hendak menyediakan perkhidmatan lebih baik. Itu maksudnya. Semua ini tentang hotel...

Page 48: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

32 DR. 18.4.2007 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sediakan bilik VIP untuk yang berkelayakanlah. Cukuplah. Duduklah. Baiklah, duduklah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Mungkin orang yang berduit, bukan semestinya Ahli Parlimen. Kemudian tentang hotel ini untuk menganugerahkan Kolonel Kehormat ini. Sebagai anggota Kerajaan Barisan Nasional, jadi...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tak apalah Yang Berhormat. Menteri akan jawablah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Kalaupun buat di hotel, perkara ini perkara biasa Yang Berhormat. Janganlah perkara-perkara seperti ini hendak diisukan. DAP pun kalau buat majlis kadang-kadang dekat hotel yang terkenal, begitulah. Ini perkara biasalah dalam negara yang moden, maju macam ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Saya hendak maklumkan begini supaya jangan timbul salah faham seolah-olah satu pembaziran...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Kita pun memang tak suka pembaziran Yang Berhormat. Ahli Parlimen Barisan Nasional memang tak suka pembaziran.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Minta penjelasan. Penjelasan. Adakah Yang Berhormat fikir bahawa selepas malam ini tentu mereka tak berani dan tidak ada kewibawaan untuk membatalkannya? Bahawa selepas malam ini mereka semua perlu disifatkan sebagai kolonel. Kolonel selepas mereka di colonized oleh phychological feudalisme malam ini, mereka perlu dinamakan colonelitise sama ada male atau female...

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Memang Ketua Pembangkang memberi title yang betul-betul tepat kepada Yang Berhormat bagi Sri Gading dan lain-lain...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Selepas malam ini!

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja upacara penganugerahan pangkat RELA kepada mereka malam ini sahaja, pada masa-masa yang lampau apabila kementerian-kementerian hendak memberi taklimat bagi rang undang-undang Parlimen yang akan dibahaskan itu...

Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: DAP datanglah, kita bagi Jeneral.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dia tak mahulah.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tak mahu. Ambillah semua, tak apa. Mereka menganjurkan taklimat ini di hotel lima bintang. Saya bercadang supaya bilik persidangan satu, dua di tingkat atas sana, ini bilik jawatankuasa diubahsuai seperti satu banquet hall di mana boleh melayan kehendak mereka ini dan kita boleh berjimat wang.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat bagi Bagan, sebagai anggota Barisan Nasional, kita diberi taklimat oleh berbagai-bagai kementerian. Berpuluh-puluh taklimat banyak di ruang Parlimen, di atas ini, berpuluh-puluh. Pukul satu sampai dua setengah berebut-rebut kita di sana di Parlimen, tak ada rehat langsung.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tak apalah Yang Berhormat ini Menteri.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kadang kala Tuan Pengerusi, kadang kala, sekali sekala.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tak apalah Yang Berhormat. Ini Menteri, menteri.

Page 49: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 33

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi bukanlah jadi isu yang besar. Saya nak jelaskan kerana esok akan keluar surat khabar ini mengatakan bahawa Barisan Nasional berjolilah, berpuluh-puluh taklimat yang diambil di atas...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tunggu…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang nombor tiga, macam-macam bilik kita gunakan ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri tunggu jawab.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Menteri, ya sebelum menteri jawablah saya terangkan, supaya adalah maknanya apa yang dikatakan itu tak benar. Itu - puluh-puluh ada satu dua malam, apalah salahnya. Saya rasa tak ada jadi masalah.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Nanti Yang Berhormat bagi Sri Gading layak menjadi menteri untuk menjawab pertanyaan-pertanyaanlah dari sebelah sini. Nanti, Yang Berhormat bagi Sri Gading saya tadi berkata...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa wang ini boleh dijimatkan, lebih baik digunakan untuk Ijok by-electionlah?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Itu pun satu cadangan yang baik supaya Barisan Nasional boleh berbangga-bangga datang ke sini, bahawa mereka dapat sokongan daripada lapisan bawah dengan cara ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Saya ingin menyahut kepada penjelasan daripada Sri Gading bahawa tadi yang saya kata ada Ahli Barisan Nasional menuntut supaya ada bilik VIP di perhentian kereta api, walaupun di kawasan luar bandar. Bukan cabin, memang ada cabin kelas satu, kelas kedua dan kelas ketiga, itu tertakluklah kepada siapa-siapa yang mampu, tetapi di stesen kereta api pun mahu bilik VIP. Tuan Pengerusi, saya ingat setakat itu saja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah. Yang Berhormat bagi Sekijang.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tadi dia tak bangun.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Eh…mana ada tak bangun? Apa ini tak bangun pula, dia kata.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tiada disuarakan oleh Batu Gajah, macam Speaker tidurlah, dia bangunlah.

12.12 tgh.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Jangan dengarlah cakap pembangkang itu...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat bagi Sekijang selalu bangunlah.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Hah! Betullah, tak bangun pun, melompat. Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan menyentuh kepada bidang Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang ingin saya sentuh ialah tentang perkhidmatan perguruan, di mana perkhidmatan perguruan ini adalah mempunyai bilangan perkhidmatan awam yang teramai sekali dalam negara kita.

Kita mendapati bahawa kenaikan pangkat kepada guru-guru patut diambil perhatian kerana ramai guru-guru yang dilantik, contohnya di dalam DG41, dan akhirnya berpencen dengan skim yang sama. Perkara ini telah pun saya bangkitkan pada tahun yang lalu dalam persidangan kita tetapi ianya masih lagi tidak bergerak.

Page 50: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

34 DR. 18.4.2007

Ini berbanding dengan rakan-rakan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan yang lain seperti Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang mana kenaikan pangkatnya begitu cepat. Saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya setiap sepuluh guru contohnya dalam Skim DG41 mestilah ada seorang guru dalam Skim DG44 dan setiap lima orang guru dalam Skim DG44...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Maran.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Pun nak kacau juga.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak beri sokongan serta meminta pandangan kepada Yang Berhormat bagi Sekijang. Ini menggambarkan kepada kita bahawa promotion ataupun kenaikan pangkat di kalangan guru ini agak lewat.

Sebenarnya, saya ramai sahabat-sahabat guru dan kita berbanding dengan perkhidmatan lain. Perkhidmatan lain lebih cepat. Apakah ini bermakna apabila kerajaan mencadangkan supaya PTD ataupun Pegawai Tadbir dan Diplomatik masuk ke dalam perkhidmatan perguruan, bukan masuk dalam DG, tidak dalam pengurusan pendidikan dan sebagainya dengan tujuan untuk mempercepatkan tindakan bagi memudahkan kenaikan pangkat dan sebagainya. Apakah ini bagi memperkemaskan ataupun sebaliknya? Terima kasih.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat bagi Maran. Saya rasa untuk kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini ke jabatan ataupun ke Kementerian Pelajaran, ini telah lama dulu kita telah bincangkan.

Saya mengucapkan tahniahlah kepada kementerian pada hari ini di mana guru-guru pun telah diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus pentadbiran. Yang ini mungkin sedikit sebanyak - yang mana mungkin guru-guru selama ini hanya mengajar tetapi dengan adanya kursus-kursus intensif selama dua hari ataupun seminggu ataupun dua minggu, ini akan memberikan pengalaman-pengalaman kepada mereka untuk mereka terus mentadbir kepada jabatan dan kementerian ini. Jadi saya berbalik semula kepada ucapan saya Tuan Pengerusi.

Saya ingin mencadangkan supaya setiap sepuluh guru dalam Skim DG41 mestilah ada seorang guru dalam Skim DG44 dan setiap lima guru dalam Skim DG44 mestilah ada seorang guru dalam Skim DG48 dan seterusnya perkara ini dibuat. Ini supaya mereka yang berkhidmat lebih daripada lima tahun dalam skim perguruan ini kita tahu bahawa guru-guru ini terpaksa melalui dua tahun ataupun setahun untuk mendapatkan diploma dalam skim pendidikan ini.

Namun, apabila sampai kepada kenaikan pangkat dan dihantar ke kawasan-kawasan luar bandar mereka ini tertinggal dari segi kenaikan pangkat dan kadang kala ada anugerah guru cemerlang pun lambat sampai kepada mereka, circular sampai, dah ditutup. Jadi ini saya rasa ini perlu diambil perhatian oleh Jabatan-jabatan yang berkaitan supaya mereka yang lebih daripada lima tahun dapat menikmati kenaikan pangkat, terutamanya mereka yang berkhidmat dengan begitu cemerlang sekali Tuan Pengerusi.

Ini termasuklah kepada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah, yang mana kebanyakan daripada sekolah rendah ini adalah di dalam kawasan luar bandar dalam negara kita. Sekian saya menyokong, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

12.17 tgh.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengakalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam perbahasan Jawatankuasa ini, saya akan menyentuh secara teknikal dalam B.20, B.23, B.41 dan B.44. Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sebut apa? Ulang sekali lagi.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengakalan Chepa]: B.20.

Page 51: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 35

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat kita sekarang ini di Jabatan Perdana Menteri, belum sampai lagi. Itu belum sampai lagi.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengakalan Chepa]: Di bawah…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kita sekarang bincang B.1, B.5, B.7, B.9 dan B.6. Itu belum lagi. Boleh ya? Bagi peluang kepada orang lain. Okey, Yang Berhormat bagi Pasir Mas.

12.19 tgh.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk sama-sama mengikuti perbincangan dalam maksud B.1 dan B.9. B.1 ialah masalah Parlimen. Saya tengok ada peruntukan tambahan kepada B.1 dan saya bersetuju dengan tambahan-tambahan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.

Akan tetapi masalah ataupun perkara-perkara mesti dibangkitkan dalam Dewan ini ataupun dalam mesyuarat pada kali ini ialah kita nak mengupgradekan bukan setakat nak meramaikan Ahli Dewan, tetapi mutu Dewan ini juga mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Di antara mutu Dewan ini saya rasa bahawa perbincangan yang selalu kita bincangkan di Dewan ini merupakan satu perbincangan yang baik dan bernas. Masing-masing memberi pandangan, pemikiran dan memberi apa yang ada pada mereka untuk membangunkan negara dan tidak ada yang terbaik lebih daripada Parlimen kita.

Namun malangnya rakyat kita di luar daripada Parlimen ini, khususnya rakyat di luar bandar, kalau dulu barangkali kita boleh mempunyai alasan bahawa rakyat kita tidak ada radio, tidak ada televisyen pada tahun 60-an dulu, tetapi sekarang ini setiap rumah ada televisyen, ada Astro. Astro pun masuk kampung sekarang ini.

Jadi tidak ada sebab mengapa Dewan kita masih lagi dikongkong dengan persekitaran yang sempit seperti ini, tidak mahu sebarkan kepada awam. Sedangkan bagi saya Dewan ini selain daripada dewan tempat kita bermesyuarat, ia juga sebuah universiti kerana di sini juga mempunyai kepakaran-kepakaran. Mengapa kita tidak mahu sebarkan kepakaran ini kepada masyarakat kita dalam usaha mendidik masyarakat kita. Mengapa TV, radio RTM Malaysia sekarang ini...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Baru sikit sahaja. Nanti apabila saya selesai, saya bagi.

Mengapa kita tidak mahu hebatkan lagi tentang siar raya kita ini kepada masyarakat kampung kita, supaya mereka menjadi golongan-golongan yang cerdik, tidak lagi buta huruf. Mereka mengetahui apa yang berlaku di Dewan. Saya berada di Dewan ini sudah dua penggal. Saya melihat bagaimana tahun ini kita mempunyai pakar-pakar, pemidato, jurucakap, pembahas yang baik, Yang Berhormat bagi Kinabatangan misalnya...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Namun Yang Berhormat, ada juga kejadian tidak elok ditunjukkan.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Itu sedikit sahaja. Itu orang panggil, luar daripada keperluan kita. Kita jangan siarkan yang itu...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi tunjuk yang baik sahajalah. Tidak dapat tunjukkan sepenuh masa.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Tuan Pengerusi yang paling penting kita siarkan dulu. Yang mana tidak elok itu kita potong. Ini kerana perbahasan yang begini hangat dan bernas hanya diketahui oleh ahli Parlimen dan pegawai-pegawai kita. Saya rasa peruntukan yang sebegini besar, yang sebegini banyak sudah tentu ia tidak memberi banyak faedah kepada masyarakat...

Page 52: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

36 DR. 18.4.2007 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Mambong.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya bagi kepada Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Yang dulu, dia dulukan.

Saya agak sehaluan dengan Yang Berhormat. Kalau kita lihat negara Indonesia dan Filipina, apabila bersidang Dewan Rakyat di Parlimennya, MPRnya, TV dan radionya live telecast. Apa yang hendak kita selindungkan? Apa yang hendak kita bimbang? Wakil Rakyat pun bukan budak sekolah. Kalau ada siaran langsung mungkin mereka akan berhemah. Kalau yang tidak betul pun tidak apalah, rakyat nampaklah bagaimana kerenah wakil-wakil rakyat dia...

Ahli-ahli Pembangkang: Ya.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Satu lagi yang saya hairan, dalam zaman moden ini Dewan kita ini handphone pun di bar, tidak boleh buat panggilan. Tuan Pengerusi pun mungkin memerlukannya untuk bertanya atau hendak memanggil menteri, hendak jawab soalan. Apa pasal? Kita ini bukannya murid-murid sekolah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bila saya tanya menteri, saya pakai mic... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Akan tetapi kalau 3G dapat pula. Jadi tidak ada bezalah. Kalau semua pakai 3G pun kena bar, tidak ada guna juga. Jadi mintalah, kita dalam dunia serba moden ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalan ditujukan kepada...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat bagi Pasir Mas, pandangan saya sehaluan. Mungkin yang berhormat menyeru kepada kerajaan bersama-sama kita, supaya sidang wakil rakyat ini kalau ada persidangan begini, berilah rakyat lihat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Mambong.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih. Jawab serentak nanti. Saya pun sehaluan dengan Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya memang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat itu. Namun, ada masyarakat ataupun rakyat di negara kita boleh terima dan ada sebaliknya seperti keadaan yang kadangkala kelam kabut, screaming dan sebagainya.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah pendapat Yang Berhormat yang saya sudah sekian lama ucapkan dalam Dewan yang mulia ini tentang bidang sains dan alam sekitar, adakah masyarakat boleh terima pandangan-pandangan seperti yang saya telah utarakan dalam Dewan yang mulia ini?

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Mambong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Baru bangun Tuan Yang di-Pertua sudah suruh gulung? [Ketawa] Bagi saya setengah jam, Tuan Yang di-Pertua. Ini penting.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya sudah putuskan tidak lebih daripada 10 minit.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan minta dijadikan setengah daripada ucapan saya. Saya rasa kecewalah dan sebenarnya kita rugi. Kita telah kerugian banyak tahun kerana kita membelanjakan wang yang begitu banyak sedangkan suara kita di sini tidak didengar oleh pihak-pihak luar daripada Parlimen ini. Sebagaimana yang saya katakan tadi pemidato kita ataupun jurucakap kita di Parlimen ini hebat-hebat.

Page 53: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 37

Misalnya Yang Berhormat bagi Jerai, Yang Berhormat bagi Kinabatangan, Yang Berhormat bagi Ketereh, Yang Berhormat bagi Pasir Puteh dan kawalan-kawan kita yang lain, dan jawapan-jawapan daripada menteri sendiri. Juga tidak kurang daripada pembangkang-pembangkang kita. Rakyat kita mesti dibukakan pandangan mereka dengan ucapan-ucapan kita di sini, untuk menambahkan lagi. Saya rasa masalah ini tidak kurang penting, perlu kita bincang dan memperluaskannya.

Tuan Pengerusi, butiran yang kedua ialah masalah Badan Pencegah Rasuah. Saya tidak mahu bercakap tentang Badan Pencegah Rasuah. Apa yang saya hendak cakapkan di sini ialah bagaimana masyarakat dapat memahami tentang rasuah itu sendiri. Rasuah ini bahasa Arab, daripada kalimah ‘roshua’ - ro, syin, wau, ta marbuthah. Bukan bahasa Malaysia. Tidak ada bahasa Malaysia. Bahasa Malaysianya tumbuk rusuk, kata orang Kelantan.

Jadi saya melihat mengapa rasuah di negara kita ini begitu tersebar sekali sehingga orang semacam tidak takut. Barangkali ada beberapa kekurangan yang mesti kita bincangkan. Antaranya, masyarakat kita tidak didedahkan daripada peringkat sekolah rendah lagi tentang bahaya rasuah kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam. Orang Islam kita ada salurannya di sekolah dan di mana-mana kita boleh bentangkan tentang bagaimana rasuah pada pandangan agama kita.

Bagi orang Islam kalau mereka diajar sesungguhnya tentang betapa besarnya padah mereka menerima hanya RM5,000 kita katakan rasuah tetapi balasan api neraka di akhirat cukup padan atau tidak dengan RM5,000 yang dia makan, RM10,000, RM10 juta kita katakan. Allah Subhanahuwataala menyebut dalam firmannya... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah Subhanahuwataala menyebut supaya jangan sekali-kali kamu makan harta yang tidak sebenarnya ini di kalangan kamu.

Cuba kita didik anak-anak kita di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian pergi universiti, tetapi kita tidak mendidik. Kemdian kita terus letakkan bebanan ini kepada Badan Pencegah Rasuah. Badan Pencegah Rasuah ini mereka akan datang pada peringkat yang terakhir sekali bukan peringkat pertama.

Tentulah kita perlu menyebut bahawa bagaimana dalam agama dan dalam nilai manusia sendiri menolak rasuah ini, tetapi malangnya kita tidak dedahkan kepada masyarakat kita dan anak-anak kita sehingga mereka besar dalam suasana rasuah. Bila mereka melihat rasuah ini tersebar mereka juga rasa teringin untuk melakukan suatu perkara yang dikutuk ini. Begitu juga dadah, yang tidak terlibat dengan dadah pun hendak dadah juga.

Jadi kalau kita dapat bendung perkara ini di peringkat sekolah, universiti dan orang ramai, kemudian peringkat penguat kuasa, kemudian ke mahkamah, terus kepada undang-undang, terus kepada penjara ataupun sebat dan hukum takzir di akhir sekali. Dalam Islam ini ada hukum takzir kepada mereka yang...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Pasir Puteh.

12.30 tgh.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih, Tuan Pengerusi yang bijaksana, pasal ini dalam jawatankuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat saya cuba mengambil peluang untuk butiran B.1 hingga B.9 ini dengan secara paling ringkas short and sharp, insya-Allah. Saya dengar banyak yang diberi oleh Pasir Mas definisi rasuah. Sebenarnya saya nak elaborate sikit. Rasuah ini Tuan Pengerusi, bukan sahaja kita sogok duit, rasuah ini benda yang tidak boleh di bolehkan. Dari sekecil-kecil sampai ke sebesar-besarnya. Daripada kerajaan sampai pertubuhan...

Seorang Ahli: Itu dasar!

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat itu dasar, dasar rasuah...

Page 54: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

38 DR. 18.4.2007

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak saya nak cerita pasal rasuah. Saya nak supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana yang melakukan salah guna kuasa tak kira dalam pertubuhan parti atau persatuan-persatuan tidak sahaja kerajaan, ini saya minta tegas...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Belum lagi, belum lagi because no time.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tak apa, tak apa injury time, boleh, boleh.

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bolehlah kalau satu sahaja

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Bagaimana pula kalau rasuah dalam bidang pilihan raya atau pilihan raya kecil?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ia dalam parti ia tidak boleh kata rasuah, sebab parti dia cari duit. Mana ada parti yang beri kerajaan duit untuk buat berkempen tidak ada, dia sendiri cari. Contohnya Pasir Mas, buat ceramah cari duit tadah piah, tadah ‘supik’ untuk isi tabung. Siapa nak boleh marah kat dia nak cari duit dia belanjalah, itu tidak rasuah. Bagan tak faham.

Bagan ini bangga dah, tapi dia tak faham bab parti. Kita sekarang ini kita cadang duit-duit kerajaan disalah gunakan kerana khazanah rakyat. Parti pertubuhan dia sendiri cari dia belanjalah, itu tidak boleh kata salah guna kecuali dia jadikan tauke curi minyak diesel, jual diesel ambil keuntungan modal parti itu salah. Kena ambil tindakan bagi enam kali sebatan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih kawan baik saya dari Pasir Puteh. Saya nak tanya kita lihat Pilihan Raya Kecil Machap yang calon Barisan Nasional bersama dengan ketua menteri dan juga menteri dari MCA memberi makanan kepada pengundi. Ini adalah salah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya dan juga mereka memberi basikal juga memberi banyak manfaat kepada orang tempatan. Bukankah ini satu bentuk rasuah dalam pilihan raya dan kenapa kita lihat BPR tidak ambil tindakan?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat dia dah kalah, Machap dah kalah... [Dewan riuh]

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Duduk Tangga Batu, biar saya jawab, saya jawab...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kenapa Tangga Batu marah?

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Habis tu DAP tak ada bagi barang ke?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Nanti!

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: You jangan sebut macam-macam, sudah kalah kalahlah apa mahu cerita lagi. [Menyampuk]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sudah menang tapi tak boleh bangga. Sebab menang dengan cara yang amat memalukan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Nanti!

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Dia kalah patut malu...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kemenangan yang agak malu, dengan cara yang memalukan...

Page 55: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 39

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Apa nak cerita Machap lagi.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Yang bercanggah dengan Islam Hadhari..

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ini semua untuk Ijok ni.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kemenangan yang tidak boleh di banggakan.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Duduk, keep quiet, jangan cakap banyak! Saya nak cakap ni! Kalau kita nak mengatakan Tangga Batu kata tadi...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Bangun] [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tangga Batu, Tangga Batu!... [Dewan riuh]

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Duduk Tangga Batu. Saya akan jelas, senyap dulu kalau nak dengar Hadhari, senyap dulu. Dalam parti, 30 tahun saya tidak duduk dalam parti, saya duduk dalam kerajaan. Saya tengok DAP pun ada tak betul, Pas pun ada tak betul, UMNO pun ada tak betul, tapi yang tak betul itu kita jangan ambil kira, kita kira yang betul. Apakah salah kita beri basikal, parti beli basikal salahkah? Kita pergi melawat orang sakit kita beri RM10 salahkah?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ini semua di bawah butiran mana satu?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ini dalam rasuah dalam B.5, dalam B.9.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan..

Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak boleh, tak ada masa, tak cukup!... [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kita bukan cakap mengenai betul tak betul, kita cakap mengenai rasuah, rasuah dalam parti UMNO dan ini satu kenyataan bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri sekarang pun pernah tegur mengenai money politic dan rasuah dalam UMNO. Kenapa Yang Berhormat boleh kata rasuah dalam UMNO sekarang dibenarkan, adakah ini adalah tafsiran baru mengenai Islam Hadhari yang membenarkan rasuah?

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang bijaksana, dialah senior lawyer dalam Malaysia. Saya nak gelar dia dalam arena Asia Tenggara dia sama Karpal Singh, saya solute dia. Saya pun ambil syariah law tapi saya tidak faham lebih daripada dia faham. Namun saya cerita ni mana-mana yang salah, orang UMNO salah ambil tindakan, berapa banyak menteri berapa banyak ketua menteri dah jatuh kita ambil tindakan...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Menyampuk] Betul!

Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya nak tanya dalam DAP ada tak satu yang telah diambil tindakan. Saya nak tanya dalam PAS berapa orang telah diambil tindakan, adakah dia malaikat dia perfect? Allah, God and malaikat sahaja perfect, manusia tidak perfect...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ya dengan izin..

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: You tell me, dengan izin.

Tuan Mohd. Yusop bin Majid [Setiu]: [Bangun] Penjelasan, penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Setiu.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Jadi saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang itu tadi, tapi mana-mana yang salah tidak kira dalam parti, dalam pertubuhan seperti yang saya kata tadi, kalau menyalahi hak rakyat sama ada Lojing atau apa pun, ambil tindakan, ambil tindakan.

Page 56: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

40 DR. 18.4.2007

Lojing, kenapa tidak ambil tindakan dah salah kenapa Kementerian Alam Sekitar duduk berdiam diri? Ambil tindakan ke atas 22 syarikat menyalahgunakan. Pembangunan wajib di bina, pembalakan harus, tapi kerana dia tidak mengikut peraturan, tapi kalau Lojing tu mengikut peraturan kita jangan mengambil tindakan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada perkara lain?

Tuan Mohd. Yusop bin Majid [Setiu]: Yang Berhormat ada penjelasan.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih dengan ini saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Maran. Yang Berhormat saya nak ingatkan kerana banyak nak berucap, banyak masa telah dibuang saya nak turunkan kepada lima minit, setiap ahli berucap lima minit. Yang Berhormat bagi Maran sila... [Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bangun]

12.35 tgh.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi ini kurang adillah, kami bangun awal dari mereka sana, mereka dapat sepuluh minit...

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tolong diam, tolong diam...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Menyampuk] You ada 20 kerusi sahaja, nanti you bercakaplah. Sini ada 200 kerusi...

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Pengerusi terima kasih...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Hei Batu Gajah! Diam-diam dululah.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: ...Kerana memberi saya peluang untuk bercakap saya ingin menyentuh tentang perkara B.1 Parlimen dan juga masuk B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya nak beri maklum kepada Parlimen bahawa kita ucapkan terima kasih kepada rombongan-rombongan dan pelawat-pelawat yang datang ke Parlimen bagi melihat persidangan Parlimen...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat jawatankuasa benda lain tak payah sebut, teruskan

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: ...Ya, saya ingin bertanya kepada kerajaan, setakat ini berapakah jumlah rombongan yang telah datang melawat ke Parlimen ini dan adakah kita pernah membuat kajian dan pandangan dari pelawat-pelawat ini tentangan tanggapan mereka terhadap persidangan Parlimen?

Kerana seperti yang Tuan Pengerusi sebutkan tadi bahawa kadang-kadang banyak kita membincangkan isu-isu yang baik tetapi dalam masa yang sama banyak perkara-perkara yang memalukan kita, yang terutama ditimbulkan oleh pihak pembangkang ini.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menimbulkan satu pandangan saya kalau boleh supaya Parlimen ini boleh membekalkan lebih maklumat-maklumat kepada pelawat-pelawat kita. Setakat ini kita melihat pamflet-pamflet yang dikeluarkan oleh Parlimen kepada pelajar dan pelawat-pelawat kita dan kalau boleh apa salahnya disediakan CD yang lebih baik untuk mereka dan dapat mereka bawa balik dan boleh dikembangkan di sekolah dan sebagainya.

Satu lagi ialah tentang Parlimen kita ada persidangan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Negeri. Kadang-kadang perbincangan ini menyentuh isu yang sama kerana masalah yang sama di kawasan luar bandar dan sebagainya. Apakah ada cadangan kerajaan untuk membuatkan pertemuan di antara perbincangan yang diwujudkan di Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara?

Page 57: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 41

Supaya kita dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh dewan-dewan ini dalam konteks kita melaksanakan dan menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan dalam delivery system, saya mintak adakah ada cadangan supaya penyelarasan ini dapat diadakan.

Yang kedua Tuan Pengerusi, ialah tentang Jabatan Perkhidmatan Awam, saya nak mintak kepada JPA dan juga kepada Jabatan Kementerian Pelajaran. Akhir-akhir ini kita mendengar isu kemasukan PTD ke dalam Kementerian Pelajaran ataupun Jabatan Pelajaran Daerah adalah agar serius dan ramai guru-guru yang menemui saya yang tidak berpuas hati, yang melahirkan rasa kecewa dan mungkin rasa tidak senang hati mereka akibat daripada cadangan kemasukan PTD ke kementerian ini.

Saya nak berikan pandangan saya, kalau kita perhatikan di Malaysia di negara kita ini banyak jabatan-jabatan atau pun kementerian lain yang juga menempatkan pegawai-pegawai tadbir dan diplomatik ini di kementerian mereka, umpamanya Kementerian Kesihatan dan juga jabatan kesihatan negeri, Kementerian Kerja Raya dan jabatan kerja raya negeri. Di mana skim kedua-dua ini berbeza di Kementerian Kerja Raya mereka berpegang menggunakan skim J (jurutera atau teknikal) dan Kementerian Kesihatan mereka menggunakan skim U (ubatan).

Sementara itu, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ini menggunakan skim M - pengurusan. Pada saya tidak ada timbulnya masalah. Sebab itu saya sebutkan di dalam soalan tambahan saya tadi kerana saya tahu bahawa ramai daripada keluarga saya juga guru tetapi ramai daripada mereka mengeluh bahawa mereka lambat naik pangkat. Apakah saya kira dengan kemasukan PTD nanti, perkhidmatan guru-guru ini akan lebih cekap...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: ...lebih kemas dan sebagainya. Namun saya minta supaya, Tuan Pengerusi, kerajaan mencari jalan penyelesaian supaya isu ini tidak besar dan menimbulkan konflik ataupun pertelagahan antara perkhidmatan awam dengan perkhidmatan pendidikan. Saya dengan ini, Tuan Pengerusi, mohon menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

12.40 tgh.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Akhirnya sekarang saya dipanggil juga walaupun kami di sebelah sini jarang diberi perhatian...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tidak puas hati lagikah?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya berterima kasih kerana akhirnya dipanggil juga, walaupun di sini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, setiap orang diberi peluang.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih, tetapi...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Semalam Yang Berhormat tidak bangun.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Di saat-saat akhir baru diberi peluang...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini sudah dapat kira baiklah...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak bersyukurlah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Walaupun kami di sini kurang diberi perhatian apabila kami berminat untuk berbahas...

Page 58: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

42 DR. 18.4.2007 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa hendak buat, ini pilihan Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan berkenaan isu peruntukan untuk Parlimen. Keselamatan kerja-kerja mengubahsuai ruang pejabat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, yang kami diminta untuk meluluskan.

Saya ingin tahu setakat ini berapakah jumlah perbelanjaan untuk kerja-kerja mengubahsuai telah digunakan keseluruhannya? Apakah langkah-langkah keselamatan yang akan atau yang sedia ada, untuk memastikan tidak akan berulang lagi masalah kebocoran selepas kerja mengubahsuai? Kami juga risaukan keselamatan Tuan Yang di-Pertua, ruang-ruang pejabat Tuan Yang di-Pertua Dewan.

Kita telah baca di dalam surat khabar tentang kebocoran paip air di Putrajaya di mana ia melibatkan kerja-kerja RM200 juta...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, itu bukan Parlimen.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya buat perbandingan, saya takut, saya risau berulang lagi. Jadi apakah langkah keselamatan untuk mengelakkan ia berulang lagi? Apakah selain daripada kerja-kerja mengubahsuai ruang pejabat ini Tuan Yang di-Pertua, apakah kerja lain yang akan diadakan lagi? Kami hendak satu pelan yang sempurna, yang akan dilakukan di dalam Dewan ini.

Seterusnya saya ingin bangkitkan berkenaan dengan elaun bulanan Ahli-ahli Parlimen. Tuan Pengerusi, kita jarang lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Parlimen. Sekarang mungkin beliau berada di Kenya, sebelum ini di Sudan dan beliau ada memberi nasihat kepada Ahli-ahli Barisan Nasional untuk hadir dan menjaga sikap apabila berbahas.

Akan tetapi saya sangat kecewa dan sakit hati melihat cara dan pendekatan yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat bagi Padang Rengas apabila menjawab soalan. Sikap-sikap itu tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seorang menteri.

Jadi, saya merayu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya tahu beliau mempunyai tugas yang penting tetapi masalah dalaman dalam negara ini juga harus dititikberatkan dan tidak boleh begitu lepas tangan kepada menteri-menteri yang lain. Tindakan, sikap dan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, itu tidak mencerminkan satu imej yang baik bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi, saya haraplah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tunjuk teladan, hadir ke Parlimen dan dengarlah suara-suara masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli di dalam ini, bukan sahaja daripada pembangkang tetapi juga daripada pihak Barisan Nasional. Mesti dengar sendiri, hands-on seperti yang dikata oleh Ketua Pembangkang.

Namun sekarang kita lihat, hanya masa pembukaan sahaja yang hadir dan masa membaca bajet sahaja yang hadir. Jadi, bagaimana kita boleh ada satu keyakinan terhadap segala perubahan dan perancangan yang disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Kita tengok pembaziran yang dilakukan seperti taklimat di five star hotel, pemberian pangkat, itu amat menyedihkan hati saya, Tuan Pengerusi, tetapi Barisan Nasional semua suka...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jangan sakit hati sampai kesihatan terjejas.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tidak, tidak, tidak...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya nasihat sahaja.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya akan jaga. Terima kasih atas keprihatinan, Tuan Pengerusi. Tetapi saya sebagai wakil rakyat muda di dalam Dewan ini, ini harapan saya. Yang Amat Berhormat mesti tunjuk teladan, tetapi yang sedihnya tidak ada sokongan langsung kepada ahli-ahli menteri, timbalan menteri dan ahli-ahli Barisan Nasional. Dia tidak memberi sokongan langsung!...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat boleh gulung.

Page 59: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 43

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tidak dengar seruannya. Saya juga hendak tanya kita dengar kuorum...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Bangun]

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf ya. Nanti saya bagi...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Nanti bagi masa sudah habis.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Kita tengok kuorum Ahli-ahli Parlimen, selalu memberi catatan yang amat rendah. Barisan Nasional ada seramai 200 orang dalam Dewan ini. Kita kadang-kadang tengok pegawai-pegawai kerajaan lebih ramai daripada Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan. Barisan Nasional ramai iaitu seramai 200 orang tetapi tidak dapat mencapai kuorum itu. Saya kadang-kadang kata ada pembaziran...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi boleh bagi saya dua atau tiga minit lagi?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sudah cukuplah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kita tengok pembaziran tenaga...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya kena adillah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Itu pegawai kerajaan semua duduk di dalam Dewan, tunggu sampai kementerian mereka hadir. Kita ada wireless internet, mengapa kita tidak boleh adakan seorang pegawai di sini dan kalau menteri perlu apa-apa jawapan menerusi internet, era IT dan bukan sekumpulan pegawai...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cadangan Yang Berhormat supaya pegawai-pegawai tidak payah datang ke sini.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bukan, seorang atau dua sudah mencukupi. Tidak payah sekumpulan duduk sampai kementerian itu sampai, sepanjang hari. Kaunter-kaunter yang disediakan di lobi, saya selalu kata tidak cukup kakitangan, tetapi kita tengok mengapa perlu kaunter sedemikian daripada wakil setiap kementerian. Ambil alih untuk sediakan kaunter, kita ada nombor telefon untuk kementerian...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, Yang Berhormat. Cukup.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Jadi, saya harap perkara-perkara ini boleh diberi perhatian dan juga saya ada satu isu lagi tetapi saya bagi kepada Yang Berhormat bagi Tangga Batu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat, cukup. Siapa lagi hendak berucap?

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Ketawa] You betul-betul jahatlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu.

12.42 tgh.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Perbincangan saya berfokus kepada Maksud B.07, Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Butiran 030400.

Sebanyak RM155 juta yang akan dibuat untuk bayaran istimewa penerima pencen. Saya ingin sebut di sini bahawa seseorang yang sekarang ini pada tahun 2007 berusia 35 tahun, memerlukan lebih kurang RM1.4 juta ketika dia berusia 56 ataupun 57 tahun ketika dia bersara. Umur hayat rakyat di Malaysia sekarang ini dikatakan akan meningkat kepada 75 tahun.

Page 60: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

44 DR. 18.4.2007

Maka dia perlu menyara hidupnya dengan simpanan yang ada dan setiap sen yang disimpan itu perlu dia menyara hidupnya sepanjang kira-kira 17 tahun ataupun 20 tahun lagi. Maka setiap duit simpanan bagi mereka adalah merupakan sesuatu yang cukup penting. Maka dalam konteks ini, saya ingin mencadangkan supaya Kumpulan Wang Amanah Pencen itu dikendalikan secara profesional agar dapat diberi kebajikan dan dapat meraikan seseorang yang telah bersara daripada kerjayanya.

Oleh yang demikian, saya juga cadangkan pemberian pencen khas sebanyak RM500 untuk menampung khas saraan hidup bagi warga miskin perlu diberikan kepada setiap rakyat...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun]

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Saya juga ingin mencadangkan bahawa umur persaraan sekarang, yakni 56 tahun dilihat sebagai begitu anggun, cantik dan gagah perkasa. Saya ingin mencadangkan supaya umur persaraan itu supaya dipertingkatkan sedikit lagi kepada kira-kira 60 tahun...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, boleh minta penjelasan sedikit?

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: ...Agar di ketika tenaga mereka, pemikiran mereka yang begitu cergas dan otak mereka dapat memberi pandangan yang bernas seperti Yang Berhormat bagi Jerai itu boleh disambung, dipanjangkan lagi perkhidmatan mereka.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih. Penjelasan.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Ada berapa minit lagi, Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lagi tiga minit.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Tidak payahlah, Yang Berhormat bagi Jerai sudah banyak bercakap.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini hendak sambung.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Lepas ini bercakap. Saya ingin menyebut beberapa perkara lagi, iaitu penambahbaikan kepada Akta Pencen 1980...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat tidak memberi kerjasamalah.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: ...Sekejap lagi saya akan beri. Akta Pencen 1980 saya kira perlu disemak semula agar kebajikan warga pencen yang bersara itu dengan kos perubatan dan juga perkara-perkara lain itu harus diberi perhatian juga. Kita jangan ambil mudah bahawa seramai 530,000 orang warga pesara yang sekarang ini ditanggung oleh kerajaan tetapi yang malangnya tidak ada perwakilan daripada orang-orang bersara di Dewan Senat sana.

Maka saya ingin mencadangkan di sini buat beberapa kali, sebenarnya saya sudah mencadangkan beberapa kali bahawa seorang Senator yang mewakili warga pesara, yang mewakili kira-kira 530,000 orang warga pesara seluruh Malaysia ini didengar suara mereka. Apatah lagi sekarang ini umur hayat rakyat di Malaysia ini semakin meningkat. Kalau dulunya diletak umur hayat itu 65 tahun, sekarang sudah sampai kepada 75 tahun. Maka perkiraan-perkiraan ke arah itu harus diberi perhatian.

Dan akhir sekali saya ingin mencadangkan di sini iaitu tentang skim faedah pencen bercarum itu harus diteliti sebaik-baiknya agar ia tidak mengurangkan faedah dan juga mengurangkan keberkesanannya, agar kita dapat meraikan seorang warga yang telah bersara. Yang Berhormat bagi Jerai, sila.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup masa.

Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Jerai berucap.

Page 61: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 45

12.50 tgh.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang menghadiri Dewan Rakyat. Macam saya kata kelmarin, abang adik, jadi kita pakat-pakat duduk di sini walaupun saya faham menteri sibuk kerana hari ini Kabinet dan sebagainya. Tetapi pegawai-pegawai yang berwibawa inilah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, butiran?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Butiran ya Tuan Pengerusi, Parlimen B.1, B.5 dan B.7 yang saya hendak cakap. Ini cukup baik dan saya ucap terima kasih, tolong sampaikan rintihan-rintihan ini kepada menteri dan kami memerlukan jawapan.

Saya minta satu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta bahawa sama ada pejabat menteri, pejabat kerajaan, saya hendak minta sangat-sangat pertolongan. Kalaulah surat-surat rayuan, permohonan daripada wakil-wakil rakyat ini tolong beri jawapan. Sama ada boleh atau tidak boleh itu soalan lain.

Yang pentingnya bila saya menulis surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ke, kepada jabatan-jabatan kerajaan ke, menyokong dan memohon sesuatu untuk seseorang rakyat, saya memohon supaya jawapan daripada jabatan tersebut ataupun daripada pejabat menteri, salinan kepada wakil rakyat dan salinan kepada saya yang telah menyokong sekali gus menunjukkan bahawa kami telah menjalankan tugas.

Kadang-kadang Tuan Pengerusi, orang kampung minta kita tolong. Kita tulis surat kepada jabatan atau kementerian yang tertentu tetapi apabila tidak ada jawapan, orang kampung, rakyat...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, perkara yang kedua?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Orang kampung, rakyat menganggap bahawa kami tidak membuat kerja. Jadi saya hendak minta tolong yang itu...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, perkara yang kedua.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: ...Perkara yang kedua Tuan Pengerusi berkenaan Parlimen. Saya minta Parlimen kalau tidak boleh naik gaji Ahli Parlimen pun tidak apa, saya tidak kecil hati kerana yang ini kita yang tanda borang setuju hendak jadi wakil rakyat, lepas itu hendak berleter pasal apa, buat kerja.

Akan tetapi kalau di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen hendak cari parking space pun tidak ada Tuan Yang di-Pertua, macam mana? Saya bawa kereta sendiri, kadang-kadang hendak cari parking, melilau rata, tidak ada parking. Bagilah parking khusus untuk Ahli-ahli Parlimen ini dan pegawai-pegawai kerana susah kalau tidak ada. Kadang-kadang kita mai hendak cari parking tidak ada, ini menyusahkan kita. Bukanlah hendak minta banyak, kalau hendak caj pun cajlah, bubuh meter caj...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tuliskan nombor kereta Yang Berhormat lah.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya, ya. Dan yang kedua Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Yang ketiga.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang ketiga ke? You tolong kira baguslah. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta protokol Ahli-ahli Parlimen ini termasuk Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua harus diletakkan selepas kedudukan menteri ataupun selepas kedudukan Setiausaha Parlimen. Kadang-kadang kami dijemput untuk menghadiri sesuatu event yang dianjurkan. Kadang-kadang kami ini terkial-kial tang mana kami hendak duduk...

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan. Sini, sini... Bagan. Satu penjelasan berkenaan dengan protokol, ini important ini.

Page 62: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

46 DR. 18.4.2007

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Akan tetapi tidak ada gaduh ya?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tidak ada gaduh, saya sama Jerai punya pasal. Tuan Yang di-Pertua, sedarkah Yang Berhormat bagi Jerai bahawa Ahli Parlimen dalam protokol, dia tidak disenaraikan dalam protokol Jabatan Perdana Menteri. Contohnya kalau kami pergi ke Bayan Lepas Airport, parking di petak VIP kena saman. Dan alasannya ialah untuk protokol di bawah Jabatan Perdana Menteri sahaja. Jadi Ahli Parlimen out, kena saman, setujukah Yang Berhormat?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya ingat ini budi bicara. Kalau dia tengok muka Yang Berhormat bagi Bagan dok hentam selalu, dia samanlah. [Ketawa]

Saya tidak pernah kena pun, ini PR sahaja, hubungan antara manusia dengan manusia. Cuma saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua, secara rasmi saya hendak minta supaya bukan apa... Ini kita bukan kira. Kalau Badruddin Amiruldin, siapalah saya? Hanya hamba Allah biasa sahaja, tetapi hendak jaga Parlimen Jerai... Hendak jaga maruah rakyat, kami minta supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat harus diletak di tempat yang sewajarnya.

Bukannya kami hendak berlagak, tidak! Kita wakil rakyat... Kampung pun boleh, minum air di kaki lima pun boleh, tidak kisah. Cuma dari segi penghormatan, soal gaji itu soal lain. Soal gaji itu terpulang kepada kerajaan hendak timbang atau tidak timbang. Kalau Singapura boleh naik, negeri lain boleh naik, negeri yang paling susah di dunia, India, Bangladesh pun lebih baik.

Itu terpulang, saya tidak mahu minta. Buatlah kajian, tidak kisah. Macam CUEPACS, dia buat kajian untuk pekerja kerajaan, alhamdulillah tapi kami Ahli Parlimen, siapalah yang hendak buat kajian. Kami hendak minta malu, tidak minta teruk, itu sahaja.

Jadi saya berharap minta kerajaan untuk melihat sedikit kerana Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang RM1 yang kami dapat sebagai elaun wakil rakyat, RM0.80 balik kepada rakyat. Kadang-kadang duit itu dah balik hendak beli untuk anak apa-apa, tahu-tahu sekerat jalan mai orang kampung, kematian, itulah, inilah, nah ambil duit ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, masa cukup.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: ...Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tengok juga jawatan sebagai Speaker, Timbalan Speaker, insurans-insurans ini, perubatan-perubatan ini harus diambil kira. Kita bekerja siang malam untuk rakyat dan negara. Keselamatan kita, insurans-insurans kita ini harus diambil kira. Bukanlah banyak yang kami hendak minta sangat Tuan Yang di-Pertua. Jadi inilah harapan saya kepada kerajaan di bawah B.1 supaya melihat sedikit nasib...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun]

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: [Bangun]

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kenapa mereka bertafakur dua-dua orang ini Tuan Yang di-Pertua? Saya tidak mati lagi... [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: [Ketawa] Cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jadi saya mintalah, rintihan ini adalah rintihan bersama dan saya kemukakan dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab pun tolonglah tengok kami, dan kami akan tengok depa juga. Kita tengok-menengok antara satu sama lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Seputeh.

12.57 tgh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan isu berkenaan B.1 - Parlimen, Jabatan Perkhidmatan Awam B.7 dan lain-lain.

Page 63: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 47

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya amat tidak puas hati terhadap jawapan secara bertulis pada 10 April yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya mengenai sebab rang undang-undang yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, tidak dikuatkuasakan sehingga hari ini kerana kedua-dua akta itu sebenarnya telah pun diwartakan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya fikir Yang Berhormat bagi Seputeh boleh beralih kepada tajuk lain kerana Yang Berhormat sudah bangkitkan dan telah diberi peluang untuk berucap, saya fikir cukuplah dalam tindakan pihak yang tertentu.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya hendak tanya, saya hendak tanya. Tuan Yang di-Pertua, saya anggap Jabatan Peguam Negara telah pun mengambil alih kuasa penggubalan undang-undang yang sepatutnya dipegang oleh Parlimen sebagai institusi Parlimen. Kami tidak diberitahu, apakah pindaan lanjut yang akan dibuat dan apa-apa akta yang telah diwartakan seharusnya dikuatkuasakan.

Saya hendak minta Yang Berhormat menteri untuk memberitahu kepada kami, apa yang berlaku? Apa pindaan yang lebih lanjut yang akan dibuat? Kenapakah ini boleh berlaku? Saya juga ingin cadangkan supaya bahagian penggubalan undang-undang, drafting session dalam Jabatan Peguam Negara dipindah ke Parlimen. Kerana institusi Parlimen sepatutnya adalah institusi penggubalan undang-undang tapi sekarang terbalik. Apa yang diberi kepada semua kementerian dan Jabatan Peguam Negara, kini haruslah bahas, lulus dan itu sahaja.

Apakah peranan kami sebagai wakil rakyat sebagai penggubal undang-undang ataupun law maker ini? Jadi saya berharap menteri yang menjaga urusan Parlimen itu, tidak tunduk kepada Jabatan Peguam Negara sahaja tetapi dia juga akan meneliti tentang macam mana memulihkan peranan kita, ahli Parlimen sebagai penggubal undang-undang, law maker.

Saya juga mencadangkan supaya Parlimen kita boleh mencontohi Parlimen-Parlimen di luar negara supaya kita mempunyai lebih Select Committee untuk mereview, menjalankan kajian terhadap undang-undang tertentu. Saya juga sokong cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Dalam ucapannya, beliau cadangkan supaya Parlimen kita mengadakan satu kokus yang baru iaitu Kokus Kebebasan Media. Kami di sini tidak ada masalah untuk memilihnya sebagai pengerusi Kokus Kebebasan Media. Saya sokong cadangan dia supaya ia boleh diterima oleh Parlimen kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bertanya kenapakah siaran langsung televisyen sidang Parlimen yang telah lama dikatakan itu...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Sampai sekarang pun tidak diadakan...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Macam mana hendak tunjuk siaran langsung? Kalau tunjuk siaran langsung, orang lagi marah DAP, hari-hari gaduh...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tidak apa, tidak apa.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: ...Hari-hari naik angin, siapa mahu tengok?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, kadang-kadang termasuk Jerai jugalah.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: ...Seputeh pula nyet-nyet-nyet hari-hari...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Belum tahu lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Okey Yang Berhormat.

Page 64: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

48 DR. 18.4.2007

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Sebenarnya kalau ada siaran langsung, Yang Berhormat bagi Jerai tidak akan berkelakuan begini dan dia akan menyebabkan seluruh negara...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: ...Ini buang rakyat punya duit, mahu tunjuk gaduh buat apa?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Marah kepada kelakuan Jerai kerana saya bangkitkan isu yang serius, tapi you bercanggah, main-main sahaja...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya tidak setuju kerana, pertama wang rakyat habis banyak...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat duduklah, tidak perlu kacau dialah, duduklah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, dalam butiran yang disebutkan ini, termasuklah elaun tambahan kepada Ahli Parlimen. Sebenarnya selepas isu ini disiarkan dalam surat khabar, kami mempunyai pengundi yang menganggap kami sebagai wakil rakyat yang sangat kaya sekarang. Sebenarnya apa yang kita perlu ialah bayaran gaji kepada pembantu, kepada researcher kami.

Saya hendak cadangkan supaya pembantu Ahli Parlimen kita, mereka diberi pengiktirafan untuk diiktiraf oleh Parlimen kita sama seperti Parlimen di negara yang lain. Mereka harus diberi gaji yang dibayar terus daripada Parlimen kepada mereka. Saya rasa ini adalah lebih proper berbanding dengan satu amaun yang diberi terus kepada Ahli Parlimen sahaja...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Itu saya setuju.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung. Yang Berhormat, yang Berhormat bagi Jerai bersetuju kata dia.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, terima kasih. Saya hendak cadangkan bila kita lihat peruntukan ini adalah untuk menambahbaikkan ruang pejabat Speaker. Saya rasa sebenarnya yang Parlimen kita, kita perlu lebih bilik mesyuarat yang agak kecil kerana kita tengok ruang bilik mesyuarat di sebelah BN, BBC itu.

Kadang-kadang kita lihat, menteri ada keperluan untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mereka, dan Ahli Parlimen hendak adakan perbincangan antara sesama sendiri, tapi bilik itu terlalu kecil dan kita perlu bilik kecil seperti ini untuk perbincangan dan tugas, untuk bagi ahli Parlimen, menteri...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu Jerai sokong ke?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sokong, sokong, itu bagus.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Dan kadang-kadang apa yang dibincangkan oleh yang Berhormat bagi Jerai dalam ruang itu, saya boleh dengar kerana dia tidak ada di...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point of order, dia mengikuti apa saya buat ini apa pasal?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi saya berharap ini diambil kira. Tuan Yang di-Pertua, saya juga cadangkan supaya pintu belakang Parlimen kita, saya lihat selalunya banyak hand phone pelawat kita dan juga kamera mereka diletakkan di lantai. Dan kalau ada apa-apa kecurian ataupun pengabaian dari segi pegawai, jadi kesalahan itu akan dituju kepada Parlimen. Jadi saya rasa haruslah diadakan di kedua-dua pintu masuk Parlimen...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Dan akhir sekali, saya juga hendak tanya, sekarang kita bincangkan peranan Jabatan Perdana Menteri. Kita lihat Pilihan Raya Kecil Machap, banyak tuduhan, korupsi, politik wang semua diadakan, tetapi kalau kita lihat apa yang dijawab oleh Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR. Dia kata, “SPR tidak ada kuasa untuk menyiasat politik wang”.

Page 65: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 49

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu butiran Yang Berhormat?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jabatan Perdana Menteri. Jadi saya hendak tanya, dia kata ini adalah Badan Pencegah Rasuah yang harus menyiasat semua tuduhan korupsi politik wang. Saya hendak minta apakah tahap siasatan sekarang, kenapa SPR kita tidak ada kuasa?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Hendak tuntut kepada SPR dan juga di bawah JPM. Dan saya cadangkan akhirnya, SPR itu haruslah menjadi satu institusi yang bebas, yang mempunyai kuasa dan mereka seharusnya boleh menyiasat, semua tuduhan seperti ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masa cukup, kita sambung nantilah.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mesyuarat ditangguhkan.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 petang.

Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa orang hendak berucap? Yang Berhormat bagi Mambong hendak berucap juga? Yang Berhormat bagi Rantau Panjang pagi tidak ada. Masa saya benarkan perbahasan Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Tidak apalah. Cuba bila masa sampai saya akan berhentilah, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat sudah tunggu lama sedikit.

2:32 ptg.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Iaitu Jabatan Perdana Menteri, Tuan Pengerusi. Iaitu mengenai Ketua Hakim Negara. Saya hendak tanya berapakah kes yang tertunggak di Mahkamah Persekutuan dan berapakah kes yang di mana keputusan sedang ditunggu dan berapakah kes yang telah difailkan di Mahkamah Persekutuan?

Perkara yang mustahak ditanya oleh masyarakat di Malaysia adalah mengenai apakah yang terjadi kepada Ketua Hakim Negara dan mengapa beliau tidak membuat satu keputusan yang tertulis pun pada tahun 2006. Sekurang-kurangnya seorang Ketua Hakim Negara dari segi keperluan beliau dengan izin, the Chief Justice, the minimum that is required of our Chief Justice of any country is to produce some of the best judgement if possible to give directions and make case “just make law”.

Namun nampaknya Ketua Hakim Negara, bukan sahaja telah melanggari semua benchmark sejak 50 tahun ini, bukan sahaja sedemikian tetapi tidak menulis satu kes diberi penghakiman bertulis pada tahun 2006. Kita boleh tengok dalam website mereka akan menunjukkan perkara ini. Apakah dengan pengagihan wang yang diperlukan oleh Ketua Hakim Negara untuk membeli perabot lebih RM200 ribu? Bilakah perabot lama telah dijual atau bilakah kali terakhir perabot-perabot ini telah dibeli? Siapakah yang telah ditender untuk menjual perabot-perabot ini?

Page 66: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

50 DR. 18.4.2007

Saya hairan, kita ada satu mahkamah yang terunggul di dunia, mungkin mahkamah yang terbesar di dunia...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, adakah ini termasuk butiran?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Jabatan Perdana Menteri, ada. Ketua Hakim Negara dan sebagainya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Akan tetapi kita tidak diberikan...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ada. Saya ingat menteri pun ada, Ketua Pembangkang pun ada membangkitkan perkara yang berkaitan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ....Saya ingat menteri pun akan menjawab mengenai perkara yang berkaitan dengan perkara ini...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Mendapatkan tambahan untuk hakim.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ya. Perabot-perabot yang dibeli bukankah satu perkara yang perlu di debate di Parlimen? Jadi yang mustahaknya adalah kenapa Ketua Hakim Negara, dia asyik menjalankan administrative duties, tetapi tidak menjalankan yang beliau ditugaskan untuk dijalankan iaitu to make decisions, produce judgements, find points of law. Itu tidak dijalankan.

Semalam saya telah difahamkan dia telah pergi ke Jalan Duta satu hari membuang masa menengok kompleks mahkamah-mahkamah, Mahkamah Hakim, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan bukankah tugas-tugas ini sepatutnya bukan dijalankan oleh beliau sepatutnya dijalankan oleh Chief Registrar.

Apakah sebab ada kalangan peguam yang mengatakan dengan izin “more emphasis is paid to how a man feet is than the brain is” kalau seseorang pergi ke Mahkamah Persekutuan kalau naik lif di sana setiap hari karpet di sana ditukar akan menunjukkan karpet pada hari Isnin satu warna, hari Selasa satu warna, hari Rabu satu warna dan akan ditulis di sana. Monday, Tuesday, Wednesday and the entrance of the lift. Is this what that is expected of lawyers, to give more importance of what is in the feet than on the brain.

Ini yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara. Macam mana ini boleh terjadi dan saya hendak tahu berapakah kekosongan di Mahkamah Persekutuan?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bolehkah saya minta tolong rujuk kepada satu maksud ini satu...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini okey, di Kertas Perintah 4 Lampiran B. RM256,160.00.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: RM250....?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: RM256,160.00. Tuan Pengerusi, saya ingat perkara ini berkaitanlah. Jangan kita, ia tertulis di sini dan saya rasa ini satu perkara yang mustahak yang ditanya-tanya oleh masyarakat di Malaysia ini. Macam mana kita boleh... Sudah saya membangkitkan perkara di mana dalam 50 tahun ini kali pertama di mana seorang Ketua Hakim Negara tidak hadir di pembukaan Parlimen, telah menghinakan Parlimen. Dan pembukaan ini dibukakan dengan rasminya oleh Yang Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Ini menunjukkan bahawa the focus, fokus oleh Ketua Hakim Negara nampaknya adalah kepada beautification of the complex, the structure complex dan sebagainya. Adakah ini mustahak? Bukankah beliau patut ditugaskan sekurang-kurangnya untuk menulis keputusan-keputusan. Kenapa Lina Joy punya kes berapa bulan, sudah berapa tahun dah? Kenapa satu keputusan tidak buat?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa cukup.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ...Dahulu kita sudah ambil tindakan terhadap, bukan saya baru mula...

Page 67: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 51

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat lima minit saya telah hadkan tadi.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, dalam proses saya minta maaf dalam proses ini saya ditanya soalan mengenai apa-apa bahagian, I’ll go straight to the point.

Selain daripada itu juga mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Di mana pegawai-pegawai baru dilantik. Saya difahamkan maksud B5 di mana diagihkan sebanyak RM3 juta untuk 33 jawatan. Bolehkah Yang Berhormat beritahu kepada Dewan ini, apakah jawatan-jawatan di mana pelantikan baru dibuat dan siapakah, dan sila beritahu break down account according to racial break down berapakah antara 33 orang ini ada kelayakan-kelayakan yang tertentu di mana diperlukan mereka dilantik dan apakah pekerjaan di mana mereka dilantik dalam ini?

Juga mengenai pencen Tuan Pengerusi, saya difahamkan oleh satu Ahli Parlimen yang telah menang kerusi pada tahun 1971, saya baru, dia telefon saya mengatakan bahawa, saya kurang faham kerana saya tidak nampak, dia pun seorang peguam. Dia mengatakan bahawa pencen dia dari tahun 1971 sampai sekarang sama sahaja. Apakah, adakah ini betul dan kenapakah perkara ini akan di...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat kata kurang faham, tetapi lebih elok mungkin Yang Berhormat bantu dia. Ambil butiran dan bincang dengan...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan. Itu kalau saya tanya dengan kementerian...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: ...Kecuali kalau Yang Berhormat...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ...Setakat saya tak nampak dokumenlah, tetapi saya faham, saya faham. Bila saya cakap dengan bekas Ahli Parlimen itu, dia mengatakan pada tahun 1971 dia dipilih sebagai Ahli Parlimen, bersara. Sampai sekarang kuantum pencennya tidak dinaikkan dan adakah ini satu kesilapan atau adakah ini satu perkara yang biasa. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebabnya saya cadangkan supaya butiran bekas Ahli Yang Berhormat itu dirujuk dan kita di sini boleh...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya sudah habis, saya sudah habis.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Mambong.

2.40 ptg.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya di sini merujuk kepada Maksud B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 020000 dan Butiran 030000. Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya merancang keperluan sumber manusia termasuk juga kelayakan di dalam jawatan dan skala imbuhan. JPA juga seharusnya menempatkan kakitangan-kakitangan di jabatan yang sesuai.

Di dalam perkara ini, kita ada masalah besar di mana pegawai-pegawai yang kelayakannya tidak sesuai di dalam jabatan itu ditempatkan di jabatan yang dia tidak mengetahui perkara-perkara ataupun ilmu-ilmu yang tertentu. Ini bererti you put a square peg in a round hole. Inilah yang menyebabkan kakitangan kerajaan tidak cekap dan prestasi mereka juga menurun sebab perkara ini.

Oleh yang demikian, saya mohon Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melihat perkara ini agar menempatkan kakitangan-kakitangan kerajaan di tempat yang bersesuaian untuk kelayakan mereka. Lebih-lebih lagi, mereka baru masuk bekerja. Ini adalah penting. Ini berlainan dengan mereka yang sudah ada pengalaman. Mereka yang baru-baru bekerja, cubalah dimasukkan mereka ke tempat yang betul ataupun menempatkan mereka di seksyen ataupun di jabatan-jabatan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Page 68: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

52 DR. 18.4.2007

Yang kedua, tentang kakitangan kerajaan ini, saya ingin bertanya, kenapa kakitangan kerajaan agak ramai bilangannya terlibat dalam pengambilan dadah? Kita tahu minggu lepas di dalam National Newspaper, bahawa polis di Bukit Aman menyebut ada bilangan 42 orang kakitangan kerajaan tested positive for drugs, dengan izin. Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, sepanjang tahun - 88 orang. Baru tiga, empat bulan ini sudah ramai bilangan kakitangan kerajaan tested positive for drugs. Bermakna mereka mengambil dadah.

Jadi, apakah yang berlaku dengan disiplin di dalam jabatan-jabatan kerajaan? Adakah mereka ini tidak memahami bidang tugas mereka dan selepas itu kena tekanan ataupun stress oleh ketua-ketua mereka di dalam pelbagai seksyen ataupun pelbagai jabatan sehinggalah mereka ini tidak boleh berbuat apa-apa lagi, tetapi mengambil dadah untuk melupakan stresses ini ataupun tekanan ini yang mereka hadapi? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Sabak Bernam.

2.44 ptg.

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terlebih dahulu hendak mengalu-alukan pelajar dan guru daripada Sekolah Bukit Mertajam dan yang lain-lain. Sabak Bernam hendak membangkitkan dua perkara sahaja Tuan Pengerusi.

Yang pertama ialah tentang B.1, Parlimen. Ahli-ahli Parlimen wajar diatur untuk terlibat di dalam berbagai-bagai program televisyen selain daripada TV Perdana, TV1, TV2. Kewajarannya untuk mereka ini dilibatkan dalam berbagai-bagai program di TV swasta supaya mereka ini kalau kita dengar dalam sidang Parlimen ini, banyak perkara, banyak maklumat, banyak berita dan cerita yang boleh dikongsi yang akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat. Itu perkara yang pertama.

Perkara kedua, ialah berkaitan dengan JPA. Saya setuju dan menyokong supaya JPA ini mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap kekurangan pegawai dan kakitangan yang terdapat di jabatan, kementerian dan pejabat-pejabat. Sebab ini boleh melancar dan melicinkan satu-satu rancangan kerajaan. Ia ada kaitan dengan agenda meningkatkan perkhidmatan kita.

Selain daripada itu, dalam konteks ini kita berharap supaya rancangan PTD untuk dimasukkan dalam domain pendidikan ini ditangguhkan dahulu. Saya telah ditemui, telah ditelefon, telah diSMS oleh ramai sahabat-sahabat daripada pendidikan bahawa selama ini usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan khidmat pendidikan ini sudah begitu jelas berjaya dan telah dipuji di sana-sini, tiba-tiba hendak dimasukkan PTD ini dengan alasan yang begitu simplistic iaitu untuk meningkatkan, menambahbaikkan perkhidmatan ini.

Oleh itu saya berharap dan saya merayulah pihak kerajaan supaya menangguhkan, dibuat kajian lebih lagi mengenai perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Rembau.

2.46 ptg.

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh satu perkara iaitu mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya harap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menimbangkan untuk memberikan taraf jawatan pencen kepada kakitangan KEMAS yang berkhidmat di luar bandar khususnya, kerana kakitangan KEMAS ini merupakan jentera kerajaan yang penting di dalam membangunkan masyarakat luar bandar.

Termasuk juga dalam usaha untuk memberikan didikan awal kanak-kanak di luar bandar melalui kelas tadika dan juga KEMAS kerana sebahagian besar sekarang ini, kakitangan Kemas sama ada penyelia, guru-guru atau pembantu guru adalah merupakan kakitangan kontrak.

Page 69: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 53

Begitu juga dengan kakitangan Jabatan Perpaduan Negara. Daripada 3,481 perjawatan, sebanyak 2,949 atau 80% merupakan jawatan kontrak. Jadi kakitangan perpaduan juga penting dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan negara untuk membantu kawasan-kawasan KRT dalam merancang program-program perpaduan dan juga yang boleh mengeratkan silaturahim antara kaum. Jadi sebab itulah pegawai-pegawai ini perlu diberi perhatian dari segi kedudukan mereka. Sebab sehingga ini, seperti yang saya sebutkan tadi, 80% pegawai perpaduan ini adalah merupakan pegawai kontrak.

Jadi sekurang-kurangnya kalau ada pencen, adalah boleh mereka mengharapkan masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak mereka. Kemudian dalam masa yang sama juga, saya cadangkan kalau boleh pegawai-pegawai perpaduan daerah ini dinaikkan sekurang-kurangnya Kumpulan B. Sekarang ini kebanyakannya Kumpulan C, Gred S17 yang saya rasa sangat junior sedangkan usaha untuk mewujudkan perpaduan memerlukan usaha dan perancangan yang lebih teliti dan lebih licin dalam usaha kita untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan negara. Terima kasih, saya menyokong Tuan Pengerusi.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, tadi ada bangunkah? Tak ada? Tak adalah, saya ingat selepas disebut mengalu-alukan kedatangan pelajar... [Dewan riuh][Ketawa]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ada, sudah bangun...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Rantau Panjang.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Semalam sudah bangun.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tak adalah. Semalam belum Jawatankuasa ini Yang Berhormat.

2.48 ptg.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. P.23, B.1 ada dua perkara yang hendak disebut di sini. Pertamanya berkenaan dengan program mencuci sungai diperuntukkan RM40 juta di Melaka ini. Kenapa setiap tahun kita memperuntukkan begitu banyak untuk mencuci sungai di Melaka sahaja? Sedangkan ia heboh...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, butiran...?

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Ya, P.23.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Belum sampai lagi Yang Berhormat...[Ketawa]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Tak, tak, biar B.1, pasal Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebabnya saya cakap betullah, Yang Berhormat baru masuk.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Saya bangun cepat tadi. Masalah Parlimen ini, satu saya hendak minta kepada menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ini. Hasil saya melihat, saya memantau setiap hari, ada satu perkara yang agak kurang manis sedikit yang perlu diambil berat oleh pihak menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ini.

Iaitu pakaian kepada pelawat-pelawat, khususnya pelawat-pelawat yang dianggap VIP yang datang menemui orang-orang besar. Bukan masuk di Parlimen seperti adik-adik kita ini, tidak. Ini smart pakaian, okey. Yang datang berjumpa dengan orang-orang yang ada kepentingan dan mereka mempunyai kepentingan dengan orang-orang tertentu, cari di Parlimen ini terutama sekali menteri-menteri, timbalan menteri, dealing sesuatu.

Page 70: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

54 DR. 18.4.2007 Biasanya saya melihat kalau yang membawa secretary yang pakaiannya yang begitu ghairah dan boleh menarik perhatian orang-orang yang kurang iman suka tengok. Orang yang beriman kuat gagah ini, okeylah, tapi ada yang pakai skirt, ada yang pakai baju fit, kadang-kadang ada yang pakai jeans dibenarkan masuk di sini, tidak dalam Parlimen tapi di kawasan Parlimen.

Saya anggap ini kalau kebetulan, pelawat-pelawat luar negara, melihat keadaan ini cukup-cukup memalukan kita kerana kita tidak mengawal pakaian-pakaian mereka yang masuk ke sini. Sedangkan kita mempunyai kuasa sama ada kita tidak membenarkan mereka berpakaian demikian atau tidak, tetapi perkara in menjadi loose. Jadi saya minta menteri yang berkenaan, yang prihatin tentang kedudukan Parlimen supaya mengetatkan sedikit syarat-syarat berpakaian kepada mereka yang hadir di Parlimen ini untuk berjumpa ataupun melihat dengan sesiapa yang berada di sini.

Saya berterima kasih kepada Parlimen yang telah memberi pakaian baru kepada beberapa staf di sini, smart duty itu satu pakaian yang baik, bagus. Cuma masih ada lagi beberapa staf di bawah seksyen mana saya lupa masih lagi berpakaian lama yang nampaknya tidak begitu sesuai barangkali pada zaman ini.

Yang lain ialah berkenaan dengan persiapan keselamatan di bawah. Saya nampak ada kelemahan sedikit. Pertama sekali kalau kita bawa pistol atau senjata api. Kalau kita masuk melalui pintu hadapan ini memang ada kawalan ketat. Screen akan nampak kalau kita bawa senjata api. Apa kata kalau kita masuk pintu sebelah sana dan saya cuba beberapa kali saya masuk pintu di sana memang tidak ada kawalan.

Maknanya kalau Ahli Parlimen yang membawa pistol, di dalam Parlimen pun boleh kerana pintu sana tidak ada, pintu belakang dan pintu depan ini ada tetapi pintu untuk naik ke tingkat bertingkat itu memang tidak ada terutama sekali pintu hendak naik dengan menteri kita. Saya bimbang juga menteri kita ini walaupun tidak ada musuh tetapi kita bimbang kerana menteri kita ini bekerja kuat, takut-takut ada musuh bawa naik pistol dan sebagainya.

Jadi saya minta kepada pihak yang menjaga Parlimen ini supaya betul-betul jaga keselamatan di Parlimen ini Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pengkalan Chepa

2.52 ptg.

Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan bercakap mengenai B.1 Parlimen dan B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ada dua perkara dalam B.1 ini saya hendak sambung Yang Berhormat bagi Jerai tadi, sahabat saya, yang saya rasa sangat penting parking ini. Kenapa Parlimen tidak boleh membuat, tidak ada peruntukan untuk buat bangunan bertingkat untuk parking di sebelah sana atau sebelah sini cukup untuk pegawai-pegawai, kakitangan Parlimen dan juga cukup untuk Ahli-ahli Yang Berhormat? Saya hendak tengok kehebatan menteri Parlimen, akan adakah bajet dalam bulan September ini mengenai bangunan parking yang bertingkat ini yang cukup untuk VIP, untuk pelawat dan sebagainya.

Yang keduanya, saya hendak minta sekali lagi dalam Jawatankuasa Select Committee kerana perlu kita rujuk kepada pegawai undang-undang, kita hendak rujuk kepada LA, kepada AG, ianya pegawai kerajaan.

Jadi apa yang hendak disarankan supaya Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen ini cuba meninjau melawat ke Indonesia, Thailand, Filipina, Australia tengok, apakah ada satu panel lawyer untuk membuat rujukan kepada Select Committee ini apabila ada kepentingan mengenai law. Saya pun hendak tengok, saya percaya kehebatan Yang Berhormat Menteri dapat menyelesaikan masalah yang saya rasa kita hadapi di peringkat-peringkat Select Committee.

Yang ketiganya mengenai perkhidmatan awam. Saya banyak terima rungutan daripada pelajar dan juga ibu bapa kepada pelajar yang mendapat tajaan kerajaan ataupun tajaan agensi kerajaan mengenai doktor sama ada di England, Irelend. Dalam masalah ini kita tengok SPA ini kalau pelajar-pelajar medic di dalam negara, dia interview satu tahun sebelum pelajar itu tamat, begitu juga di Indonesia.

Page 71: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 55

Pergi interview tetapi di England yang begitu ramai pelajar, kenapa tidak ada yang pergi? Boleh jadi tidak ada peruntukan. Saya harap bahawa kerajaan memberi peruntukan kepada SPA untuk interview pelajar-pelajar kita di luar negara yang telah pun hampir tamat mengenai pengajian medic ini sama ada mereka itu daripada Ireland ataupun England supaya mereka balik dengan cepat, dapat bekerja dengan cepat dan dapat berkhidmat pada negara dengan lebih. Sekian.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua, Bukit Mertajam dan Bandar Kuching. Bukit Mertajam.

2.56 ptg.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada satu tempoh, Ahli Parlimen Beruas iaitu yang baru bersara daripada Parti Gerakan sebagai Pengerusi. Dia telah mengatakan bahawa janganlah menganggap Ahli Parlimen ATM machine kerana orang ramai selalunya menganggap Ahli Parlimen ada banyak duit, boleh bagi duit, apa-apa occasion sahaja.

Saya berpendapat dan pernah satu masa Yang Berhormat bagi Sri Gading pun kata begitu. Pengundi-pengundi selalunya mengharapkan Ahli Parlimen boleh menolong mereka dari segi kewangan. Mengapa terjadi begini? Saya rasa ini adalah kerana sistem kita yang tidak telus dan rakyat selalu melihat Ahli Parlimen boleh memberi peruntukan, manakala Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional tidak memberitahu peruntukan ini dari mana. Mereka selalunya, saya beri peruntukan ataupun saya beri wang derma sampai RM2,000, RM3,000. Itulah sebabnya rakyat melihat Ahli Parlimen sebagai ATM machine.

Satu lagi kerana Parlimen tidak disiar secara langsung walaupun ada siaran 30 minit sekarang iaitu Hari Ini Dalam Parlimen, tapi itu hanya setengah jam. Kita bermesyuarat lapan jam satu hari dan itu selected juga. Jadi rakyat tidak faham apakah fungsi Parlimen, apakah fungsi Ahli Parlimen? Jadi saya rasa kalau kita hendak meningkatkan kualiti ataupun fungsi Parlimen ataupun kualiti Ahli Parlimen saya rasa kita mungkin sudah sampai masa untuk mengadakan siaran secara langsung...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ramai antara Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pandangan...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, itulah saya hendak sokong. Saya pun tidak faham mengapa Kerajaan Barisan Nasional enggan mengadakan siaran secara langsung walaupun Yang Amat Berhormat katakan kita inginkan satu kerajaan yang telus, tapi Parlimen pun tidak telus, peruntukan pun tidak telus.

Kita lihat peruntukan untuk kawasan ini, kita tidak tahu walaupun dalam kertas kita tahu bagaimana ia dikendalikan tetapi dalam realitinya ia berbentuk lain. Itu semua orang tahu, dan semua orang tahu ia selalunya kalau RM3,000 peruntukan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau semua orang tahu, Yang Berhormat sudah tahu. Tidak payah bangkit lagi.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, ...enggan diakui oleh Barisan Nasional. Kita sudah tahu bahawa selalunya RM3,000 atau RM30,000 peruntukan mungkin hanya RM3,000 yang betul-betul menjalankan kerja dan 90% yang lain tidak tahu pergi ke mana. Saya rasa ini merupakan satu cara yang tidak produktif. Walaupun kita bertujuan hendak memberi untuk kepentingan rakyat, tapi rakyat tidak menerimanya. Dia di hijack on the way, telah di hijack.

Jadi saya mengharap cara ini boleh diubah, sekurang-kurangnya ada cara untuk pemantauan oleh pembangkang kerana ia sekarang tidak ada pemantauan. Dia buat secara suka hati sahaja. Dia mengikut ADUNnya, mengikut Ahli Parlimennya, dia hendak bagi RM5,000 kepada Banana Club. Ada satu Banana Club di kawasan Padang Balang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu kelab jual banana?

Page 72: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

56 DR. 18.4.2007

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa itu Banana Club?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kelab Pisang.

Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Kita ada technician. Technician dia ada.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dia bagi RM5,000 setiap tahun buat apa? Tidak ada orang tahu.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Makan pisang.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak ada orang tahu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Banana Club ya? Apa dia bikin?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tanam pisanglah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dia tanya Banana Club, saya pun tidak tahu. Dia ada jamuanlah. Selalunya ada jamuan, ada minuman, ada jamuan makan tetapi dia boleh menerima RM5,000 peruntukan, tetapi orang yang miskin, yang sampai di Sabah sana, sampai gantung diri tidak dapat RM1,000. Saya rasa ini adalah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukuplah, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Ini untuk patronage, untuk mendapat sokongan. Apa yang berlaku di Machap dan akan berlaku di Ijok itu adalah serupa. Bukankah ini satu cara rasuah?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat, cukup masa.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Satu rasuah untuk mendapat undi. Sekarang Ijok penamaan belum bermula lagi tetapi sudah diberi RM36 juta...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kita sekarang bukan bincangkan masalah berkaitan dengan pilihan raya.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, saya tahu tetapi ini peruntukan rasuah...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Yang Berhormat, sekarang rakyat sudah...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan rasuahlah, itu kerajaan punya.

Seorang Ahli: Ini B.1. Itu Parlimen.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sekarang rakyat telah kata. Saya mahu tolong Barisan Nasional untuk mengadakan politik yang sihat kerana sekarang rakyat di mana-mana pun...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu sihatlah, kerajaan punya peruntukan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Mereka kata...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Sri Gading cukup.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Mereka kata seolah-olah kalau hendak dapat peruntukan yang banyak, big money itu, mesti tunggu by-election. Ini tidak baguslah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat. Tidak bagus, duduklah Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Kalau ada by-election, maksudnya orang yang selalu meninggal dunia selalunya daripada Barisan Nasional...

Page 73: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 57

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya cukup adil, Yang Berhormat tidak mahu ikut nasihat saya pun tidak adil kepada saya.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Apa itu? Ini rasuah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini di bawah B.9.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu pun salah guna, Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Okey, yang terakhir ialah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kita kena tunjuk cara kita yang baik kepada pelajar-pelajar dari Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, memang mereka kata ini baik.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini mereka hendak bawa...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya bawa ke sini juga...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ikutlah cadangan saya di sinilah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya sudah nasihat Yang Berhormat, masa cukup.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa untuk mencegah rasuah ini patut ada satu mekanisme untuk pembangkang memantau segala peruntukan ini. Kalau tidak ada, tentu akan berlakunya rasuah dan penyelewengan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah. Berapa kali hendak saya tegur lagi?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Jadi, yang di bawah Parlimen, yang terakhir sekali, saya rasa negara kita sudah maju dan kita hendak menjadi negara maju pada 2020, tetapi di dalam negara maju kita ada tanda-tanda juga ataupun indeks-indeks untuk mengukur...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak mahu berhenti, terpaksa saya selepas ini minta Yang Berhormat Menteri jawab.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sudah lima minitkah?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, sudah lima minit.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dua perkaralah, dua perkara sahaja. Yang satu, bolehkah...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya minta menteri sedia.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bolehkah setiap orang Ahli Parlimen diberi seorang assistant?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu pun sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itu saya sokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya masih ingat Yang Berhormat bagi Jerai sokong. Baik, cukup.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yakah?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup.

Page 74: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

58 DR. 18.4.2007

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Okey, satu, kewangan untuk...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bandar Kuching.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Pusat perkhidmatan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bandar Kuching hendak berucap?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itu sahajalah. Saya hendak tolong ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tidak ada, saya minta menteri jawab.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Sudah takut. [Ketawa]

3.04 ptg.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.9 – BPR. Saya fikir tambahan RM380 ribu ini BPR tidak layak terima, itu emolumen kerana apa-apa latihan yang dijalankan pun tidak ada guna kerana tidak ada political will untuk membanteras rasuah.

Minggu lalu kita telah bangkitkan satu kes, satu tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak mengenai RM32 million kickback in commission kepada satu syarikat Regent Star di Hong Kong yang diberi oleh pengimport-pengimport kayu balak dari Sarawak yang di Jepun sana.

Ini ada satu penjelasan daripada syarikat-syarikat di Jepun. Dia kata, dengan izin, “When one of the companies was barred from entering the port, Regent Star went between the company and Dewan Niaga Sarawak". Maksudnya, Regent Star adalah satu mediator, go between dan adalah dituduh bahawa Regent Star ini adalah dimiliki oleh syarikat-syarikat ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak. Dewan Niaga juga adalah dimiliki oleh ahli-ahli keluarganya...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya tidak ada masa.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ketua Menteri Sarawak merupakan menteri...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Saya mohon penjelasan ini.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Yang bertanggungjawab untuk sumber asli Sarawak. Semuanya ada kaitan...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Bagilah, tolong bagilah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Kenapa tidak ada siasatan?

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Bagi penjelasanlah. Ha, terima kasih Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, amat baik hati memberi penjelasan kepada saya. Perkara ini pun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak sudah memohon peguam dia untuk mengambil tindakan ke atas sama ada dakwaan ini betul atau tidak...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: ...Yang Berhormat selalu menyebut perkara ini...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bukan, bukan. Ini bukan satu...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: ...Dari hari pertama sehingga hari ini...

Page 75: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 59

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Sikap yang patut ditunjukkan oleh seorang Ketua Menteri. Dia mesti menjelaskan kepada rakyatnya dan bukan sahaja satu kes. Ada tuduhan lagi, Adelaide Hilton Hotel dimiliki oleh satu syarikat Sites Host Private Limited, Australia. Syarikat itu juga dimiliki oleh ahli-ahli keluarganya. Satu lagi Sacto Corporation...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Mambong bangun.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Penjelasan lagilah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mahu penjelasan, panggil ketua menteri datang sini. Dia juga Ahli Parlimen bagi Samarahan.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kenapa tidak datang sini?

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Yang Berhormat ada maklumat. Itulah sebabnya saya mohon penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini tuduhan yang diletakkan di dalam internet.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Kalau ada bukti itu, saya minta penjelasanlah daripada Yang Berhormat. Bolehkah Yang Berhormat?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Pengerusi, jikalau seorang pemimpin politik...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Jikalau dia kaya...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Saya mohon penjelasan, Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dia kaya itu bukan pasal kita, tetapi when he is ‘fewty’ rich then it is everybody’s business to know, dengan izin. Oleh itu kita hendak tahu. Saya akan tunjukkan dan akan beritahu Dewan ini bagaimana dia memperoleh kekayaan ini melalui CMS di Sarawak.

Hampir segala kontrak yang dianugerahkan secara peribadi, bukan open tender diberi kepada CMS. Itu Mukah Power Plant yang bernilai RM800 million diberikan kepada CMS tanpa tender. Aluminiums smelter plan, satu projek yang akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan beratus-ratus juta pun...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Belum, belum.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tadi Yang Berhormat bagi Mambong...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat gulung.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, saya akan gulung.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Yang Berhormat, penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Pun dianugerahkan kepada dia tanpa open tender.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Sikit, sikit. Minta penjelasan. Haiya!

Page 76: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

60 DR. 18.4.2007

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Jangan try to protect your chief.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Saya mahu mohon penjelasan Yang Berhormat. Janganlah guna dalam Dewan ini...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dan itu penganiayaan...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: ...Untuk mendakwa...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...4,000 kilometer, 20 tahun juga diberi kepada CMS punya subsidiary dan jambatan...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Jangan tangan macam ini. Saya mahu mohon penjelasan daripada dia.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...300 lebih jambatan di Sarawak diberi, telah dianugerahkan kepada Titanium Management Sdn. Bhd. yang juga dimiliki oleh ahli keluarganya...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Penjelasanlah, Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Apakah ini? Ini melibatkan RM900 juta kontrak-kontrak ini...

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, minta penjelasan.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Saya memberitahu bahawa dengan ini, saya mahu penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Bagilah. Bagilah Yang Berhormat i Bandar Kuching.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Yang Berhormat bagi Bandar Kuching saya hendak bertanya.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Oleh itu, saya ingin tahu...

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Takutkah?

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Adakah siasatan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Yang beratus-ratus, beribu-ribu million dianugerahkan.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, cukuplah.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan beri kepada Yang Berhormat bagi Mambong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, jawablah.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Public statement di luarlah dan buat balik.

3.10 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa dan juga di peringkat Majlis.

Page 77: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 61

Saya hendak bahagi jawapan saya kepada dua. Satu, bagi menjawab perkara-perkara yang telah dibangkit dalam Majlis dan ini akan mengikut tajuk. Dan yang keduanya, jawapan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa. Ini akan mengikut wakil rakyat yang telah berucap.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Jerai mencadangkan agar kemudahan cuti mengerjakan haji dipanjangkan kepada kakitangan di sektor swasta. Kerajaan telah pun melaksana dasar kemudahan cuti haji bagi membolehkan seseorang pegawai beragama Islam menunaikan fardu haji sekali sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.

Di bawah dasar ini, ketua jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan kepada pegawai untuk menunaikan haji di Mekah. Walau bagaimanapun, kemudahan ini hanya meliputi pekerja dalam sektor awam sahaja dan majikan-majikan di sektor swasta adalah digalakkan memanjangkan kemudahan ini kepada semua kakitangan di sektor swasta.

Yang Berhormat bagi Jerai juga menyuruh mengkaji semula gaji pokok kakitangan awam dan pencen kakitangan kerajaan khususnya bagi polis dan tentera. Cadangan untuk mengkaji semula gaji kakitangan awam termasuk polis dan tentera sedang diperhalusi bagi membolehkan pertimbangan dan keputusan mengenainya dibuat. Cadangan gaji minimum dan pencen minimum ditetapkan pada RM1,000.

Cadangan untuk mengkaji gaji kakitangan awam sedang diperhalusi bagi membolehkan pertimbangan dan keputusan mengenainya dibuat. Dalam pada itu, kerajaan berpendapat bahawa kadar bayaran pencen yang diberi pada masa ini adalah memadai kerana kadar pencen yang diterima oleh pesara dan penerima pencen akan meningkat setiap kali berlaku penyelarasan gaji anggota yang sedang berkhidmat.

Kemudian Yang Berhormat bagi Pasir Puteh bangkitkan ini dalam perkhidmatan awam dulu. Pegawai yang diberikan kemudahan perumahan kerajaan adalah tidak dikenakan sewa dan tidak layak diberi Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Oleh itu, pegawai juga tidak layak diberikan kadar perbezaan di antara kadar sewa rumah dengan kadar ITP yang layak iaitu seperti mana mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996.

Kemudian Yang Berhormat bagi Sungai Petani membangkitkan tentang Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa memberi perhatian kepada permohonan awam. Semakan dari segi peluang kenaikan pangkat sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan kerjaya yang seimbang untuk semua skim perkhidmatan.

Jawapan yang seterusnya berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sungai Petani saya akan beri nanti oleh kerana jawapan di sini samar-samar disebabkan oleh printing yang tidak berapa bagus.

Kemudian Yang Berhormat bagi Kuala Krai membangkitkan tentang bayaran elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan dan anggota kumpulan sokongan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih dalam peringkat perincian pelaksanaannya. Ianya akan dilaksanakan secepat mungkin. Pada masa kini, kerajaan belum bercadang untuk memberikan insentif kepada jawatankuasa pemantauan yang terlibat.

Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu membangkitkan dalam perkara yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan penstrukturan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dibuat atas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memantapkan pengurusan JPN itu sendiri. Dalam hal ini, kewujudan jawatan PTD adalah untuk membantu Pengarah JPN dalam hal-hal pengurusan kewangan dan tadbiran am.

Jawatan Pengarah JPN masih dipegang oleh pegawai pendidikan dan bukan oleh pegawai PTD seperti yang didakwakan oleh sesetengah pihak. Tambahan pula jawatan PTD yang diwujudkan adalah jawatan-jawatan baru dan tidak menggantikan jawatan-jawatan pegawai pendidikan yang sedia ada. Oleh itu ia tidak langsung menjejaskan peluang kerjaya pegawai-pegawai pendidikan.

Page 78: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

62 DR. 18.4.2007

Di dalam urusan penstrukturan JPN, sebanyak 179 jawatan naik pangkat diwujudkan di peringkat JPN untuk pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan. Parlimen...

Seorang Ahli: [Bangun]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti dulu Yang Berhormat. Ini yang semalam dan yang dibangkitkan hari ini akan saya jawab sebentar nanti. Cadangan laporan yang dibentangkan dalam Parlimen dibuat dalam bentuk CD. Parlimen Malaysia akan memaklumkan kepada semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan supaya mengemukakan CD selain daripada hard copy laporan-laporan mereka untuk dibentangkan di Dewan Parlimen Malaysia.

Yang Berhormat bagi Lipis membangkitkan tentang kemudahan dan keselesaan seperti bilik khas VIP, anggota pentadbiran tidak ada bilik khas dan kuarters untuk kakitangan Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, bangunan Parlimen ini telah beberapa kali diubahsuai untuk menampung keperluan yang semakin bertambah.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan kemudahan dan keselesaan mereka yang terlibat di dalam urusan Parlimen sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran, pengawal, kakitangan Parlimen dan termasuklah pelawat-pelawat serta orang awam. Kita mengetahui bahawa keperluan untuk bilik-bilik semakin bertambah.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pengurusan Parlimen sudah pun mengadakan mesyuarat dengan pihak EPU dan JPM mengenai cadangan membina blok pentadbiran yang baru dan juga kuarters untuk kakitangan Parlimen. Insya-Allah masalah-masalah yang dibangkit ini akan dapat diatasi apabila bangunan-bangunan tersebut siap dibina kelak.

Yang Berhormat bagi Beluran membangkitkan apakah ada keperluan untuk jamkan talian telefon dalam Parlimen. Maksud Yang Berhormat bagi Beluran dalam sinilah, saya ingat memanglah perlu sebab waktu kita mengadakan perbahasan, saya rasa tidak sepatutnya waktu tengah bercakap telefon berbunyi. Jadi saya rasa dalam Dewan ini kita jam lah supaya ada kelicinan dalam perbahasan kita dalam chambers ini.

Yang Berhormat bagi Lipis juga mencadangkan pegawai penyelidik dilantik secara tetap dan bukan secara kontrak. Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai penyelidik yang ada sekarang adalah dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman. Bagi menarik minat mereka yang berpengalaman, gred jawatan yang ditawarkan adalah agak tinggi iaitu Gred 48.

Ini merupakan gred naik pangkat dan mengikut kaedah pengisian jawatan naik pangkat, ia tidak boleh diisi secara tetap dan ia mestilah diisi secara kontrak. Sekiranya jawatan ini ingin diisi secara tetap, maka lantikan hendaklah dibuat pada gred kemasukan Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu Gred 41.

Yang Berhormat bagi Ipoh Timor menimbulkan persoalan mengenai sama ada BPR menjalankan siasatan terhadap Datuk Seri Panglima Osu bin Haji Sukam, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Pengarah LKIM. BPR sememangnya sedang menjalankan siasatan terhadap tuduhan-tuduhan tersebut yang telah dibangkit.

Namun begitu, Yang Berhormat tahulah kita ada seksyen yang menghalang kita daripada menceritakan tentang perkembangan siasatan itu, seksyen 21 (4) Akta Pencegahan Rasuah tidak membenarkan untuk kita menzahirkan progress siasatan yang telah dibuat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa pada Jun 2003, BPR ada mengumumkan satu dasar baru mengenai ketulusan (transparency) supaya lebih accountable kepada orang ramai mengenai kegiatan-kegiatan BPR. Antara lain diumumkan ialah mengenai kes demi kepentingan orang ramai BPR akan memberi maklumat perkembangan yang terkini mengenai siasatan-siasatan yang ada dijalankan oleh BPR.

Bukankah ini contradictory dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri menggunakan akta Prevention of Corruption Act sebagai satu helah tidak mahu memberi maklumat? Atau adakah pengumuman yang dibuat oleh BPR pada Jun 2003 satu penipuan sahaja untuk menipu rakyat bahawa BPR pada masa itu akan mengadakan satu dasar baru mengenai transparency?

Page 79: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 63

Kedua, mengenai siasatan terhadap Osu Sukam lebih daripada satu tahun diambil. Kenapa mahu mengambil masa begitu panjang apabila kes siasatan Osu Sukam sangat mudah sama ada declaration of asset yang dibuat oleh Osu Sukam semasa dia memegang jawatan Ketua Menteri adalah tidak sah, semua bohong sehingga beliau boleh berjudi beratus-ratus juta ringgit di London dan di Australia. Ini sangat simple kenapa mahu mengambil masa yang begitu panjang. Bukankah ini menunjukkan bahawa BPR tidak kuasa atau tidak berkesan?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kenyataan yang dibuat pada tahun 2003, saya percaya ia bukan dalam konteks untuk menzahirkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kerana Akta Pencegah Rasuah ini telah diwartakan pada tahun 1997. Tidak mungkin BPR membuat kenyataan yang boleh menyebabkan ia melanggar mana-mana peraturan yang orang kata mengawal tindak tanduk dia.

Saya percaya kalau kita akan dapat penjelasan daripada pihak BPR sudah tentulah saya percaya apa-apa kenyataan yang dibuat itu lebih menunjukkan iaitu di mana yang dia boleh menunjukkan yang dia itu telus, dia akan buat, tetapi ketelusan itu memerlukan dia melanggar undang-undang, saya tidak fikir dia akan berbuat demikian.

Yang keduanya berkenaan Yang Berhormat Osu Sukam. Saya percaya Yang Berhormat tidak sabar untuk melihat siasatan dibuat. Saya rasa kita kena memberi masa kepada BPR kerana satu tahun atau dua tahun yang pentingnya ialah akhirnya nanti. Memang Yang Berhormat sebut mudah iaitu hutang sekian juta. Harta sekian.

Pokoknya kalau hutang dia RM7 juta pertamanya kita kena fikirkan iaitu apakah dia telah membayar seluruh RM7 juta itu. Kalau dia membayar seluruh RM7 juta, maka saya percaya kita dengan mudah akan dapat menyelesaikan masalah ini kerana saya percaya sudah tentulah declaration of asset tidak menampakkan dia boleh memperoleh RM7 juta dalam masa 10 tahun pun.

Akan tetapi oleh kerana dia tidak bayar, kerana dia telah diberi hutang untuk berjudi dan dia tidak bayar. Sebab dia tidak bayar itulah kasino ambil tindakan kepada dia. Walaupun kasino ambil tindakan RM7 juta dan mahkamah mendapati dia berhutang sebanyak RM7 juta tetapi hutang itu belum dibayar lagi kerana dia terhutang.

Itu tidak mencukupi untuk kita mengenakan dia di bawah tuduhan rasuah. Kita mungkin boleh kenakan dia di bawah perkara-perkara lain, tetapi RM7 juta dia belum bayar lagi. Sebab itulah dia didakwa. Namun, Yang Berhormat percayalah kita akan ikuti kes ini dan seperti mana telah disebutkan BPR akan siasat dan kita akan siasat kes ini.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Perkara-perkara hutang RM7 juta dan itu kes sivil kita tidak ada apa-apa minat. Isu ialah sekarang yang baru-baru melepaskan jawatan Ketua Menteri boleh pergi ke kasino-kasino di UK dan Australia dan berbelanja berjudi beratus-ratus juta ringgit dan akhirnya hutang RM7 juta kepada satu kasino.

Masalahnya ialah bagaimana seorang Ketua Menteri yang ada kerap kali perlu buat perisytiharan harta benda kepada Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau bersih bahawa tidak ada income disproportionate, kekayaan disproportionate daripada income yang biasa?

Bukankah ini menunjukkan bahawa luar biasa beratus juta ringgit. Seorang yang kalau mahu berjudi beratus juta ringgit kekayaan luar biasa dan bagaimana seorang Ketua Menteri boleh berbuat begitu kalau daripada gaji-gaji beliau atau sebelum itu berjawatan sebagai Timbalan Menteri?

Tentulah prima facie sudah menunjukkan bahawa ada disproportionate daripada income bukankah ini sangat simple untuk check dan kalau benar, dari mana dan kalau punca itu illegal, haram tindakan diambil. Kenapa begitu sukar?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat tak faham apa yang saya hendak sebut di sini. Dia berjudi itu kesalahan yang lain. Saya tak tahu kesalahan apa. Kalau di United Kingdom berjudi tak salah. Itu satu kesalahan.

Page 80: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

64 DR. 18.4.2007 Kesalahan rasuah bukan di situ. Kesalahan rasuah ialah kerana dia terhutang RM7 juta, tetapi RM7 juta ini kalau Yang Berhormat faham tentang kasino. Dia bagi peluang kalau kita berjudi. Yang Berhormat, kalau dia bayar RM7 juta katalah, kalau dia berjudi, dia kalah dan dia bayar. Kita tidak akan tahu berapa yang dia kalah sebab saya percaya pihak kasino akan merahsiakan, tetapi sekarang ini yang kita dapat tahu kerana dia tak bayar hutang kerana dia diberi kredit, bagi kredit, bagi kredit, bagi kredit. Sebab itu dia terhutang RM7 juta.

Kalau dia bayar RM7 juta ini kita hendak tahu dari mana dia dapat RM7 juta, tetapi oleh kerana dia tidak bayar, itulah sebabnya mengapa dia didakwa di mahkamah kerana dia tidak bayar. Sebenarnya hutang RM7 juta itu tidak ada wang cash RM7 juta yang dibayar. Sebab itu dia orang dakwa. Prima facie pun belum ada kes lagi sebab dia tak bayar, tetapi kalau dia bayar, walau pun saya kata setengah sebanyak RM3.5 juta kita hendak tahu mana dia dapat duit sebanyak RM3.5 juta.

Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat memang marah. Saya pun marah, kecewa, tetapi bagilah peluang kepada BPR untuk mereka menyiasat sehingga dapat bukti yang sahih, yang boleh, kuat, boleh dipertahankan dalam mahkamah untuk bukan sahaja mendakwa tetapi mendapati dia bersalah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Yang Berhormat Menteri lari daripada tajuk. Isu bukan RM7 juta yang terakhirnya. Oleh kerana dalam masa dekat satu tahun di mana Osu Sukam ada berjudi di kasino-kasino London, kita tengok dia ada bayar berpuluh-puluh juta ringgit dan bayar.

Ada hutang, ada menang, ada rugi dan membuat pembayaran. Ini sudah menjadi suatu public document sehingga beratus juta ringgit menjadi jumlah perjudian masa itu, bukan RM7 juta yang final bill yang dia tak mampu untuk bayar. Akan tetapi tens of million, hundred millions pembayaran ini public document. Bagaimana Yang Berhormat Menteri kata baru RM7 juta tak tahu pun ada bayar atau tak bayar. Itu running away from the issue dan menunjukkan ketidakseriusan untuk menghapuskan rasuah...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Di kasino ini yang kita tahu, yang RM7 juta, yang kasino tuntut bermakna belum bayar. Yang lain-lain itu, itulah maklumat yang seharusnya dicari oleh pihak BPR yang mungkin tidak akan dizahirkan oleh pihak kasino sebab dia mempunyai peraturan dia sendiri, kerana di sana siapa yang berjudi di kasino itu legal. Dia, kalau dia tidak mahu menceritakan kepada kita sebelum ini berapa juta, kita tidak boleh buat apa-apa.

Namun itulah yang akan dicari oleh pihak BPR, maklumat-maklumat seperti Yang Berhormat katakan tadi yang bukan RM7 juta ini, yang lain-lain ini. Saya pun tak tahu juga yang lain-lain ini Yang Berhormat tahu. Saya pun percaya BPR pun hendak cari ini. Bagilah peluang kepada mereka mencari maklumat-maklumat ini dan saya sudah sebut dia sedang disiasat.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya pergi kepada jawapan untuk hari ini dan saya ada maklumat di sini Yang Berhormat. Memang sekarang ini pun BPR menyiasat, akan menumpukan kepada dakwaan kekayaan luar biasa. Ini kita sedang siasat. Keadaan kekayaan luar biasa bekas Ketua Menteri itu, ini kita siasat dahulu. Dia kena jelas...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan, bagaimana tentang kekayaan luar biasa...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti dulu, you punya turn. Semalam you tak bercakap, tunggulah, sabar. Nanti kalau saya cakap tak faham bahasa Malaysia kang marah. Sekarang saya, ada satu lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.

Isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor ialah berkenaan dengan pelantikan hakim iaitu Badariah Shamid. Yang Berhormat, saya bukan mewujudkan orang kata apa precedent, tak. Saya tidak mewujudkan precedent, cuma saya menyatakan ini bukanlah suatu perkara yang baru, kerana sebelum ini pun kita telah pernah membuat pelantikan seorang akademia. Akademia yang dilantik untuk menjadi hakim dan dalam hal ini saya rasa tidak ada masalah dengan apa yang dilakukan.

Page 81: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 65

Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan Perlembagaan satu, dua dan tiga. Saya ingat perbezaan antara Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor dengan saya ialah berkenaan dengan active practice. Jadi Judicial Commissioner yang baru dilantik ini, dia menjadi orang kata apa officer of the court kerana dia telahpun called to the bar pada tahun 1988.

Jadi oleh kerana itu, daripada segi satu, dua dan tiga walaupun dia tidak practice actively, dia menjadi seorang akademia tapi dia telah pun called to the bar pada tahun 1988 yang membolehkan dia menjadi officer of the court di bawah 123B itu. Dia tidak menyebut definasi officer of the court melainkan kita faham kalau officer of the court bermaknanya dia mesti called to the Bar.

Dia tidak menyebut bahawa officer menjadi peguam mahkamah di mahkamah itu menyatakan mesti ada active practice, tidak ada! Jadi sebab itu daripada segi interpretasi kita, asalkan dia telahpun called to the Bar, maka dia merupakan officer of the court dan dia telahpun called to the Bar pada tahun 1988...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta penjelasan, apa yang disebut dalam artikel 123B adalah terus terang dengan izin, “for the ten years preceding his appointment, he has been an advocate of those court”. Itu bermakna active practice in those court.

Ini sudah diputuskan dalam kes Raja Segaran baru-baru ini oleh Mahkamah Persekutuan. So don’t play with words. Ini baik untuk menerima apa yang ada dalam Perlembagaan, iaitu jika seorang akademia dilantik sebagai hakim ataupun sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Itu bukan dalam silap artikel 123B.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingat kes yang Yang Berhormat sebut itu adalah kes industry court yang mempunyai kelayakan yang lain. Namun yang ini kita bukan mereka-rekakan satu kelayakan baru ataupun definisi baru. Akan tetapi kepada kita, dia maknanya seorang yang layak dilantik di bawah perkara 122B sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai Hakim Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika:

(a) dia sebagai warganegara; dan

(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum perlantikan dia telah menjadi peguam bela di mahkamah-mahkamah itu.

Jadi tak sebut kata active practice atau apakah? Jadi kalau Yang Berhormat tak puas hati boleh bawa ke mahkamah dan minta mahkamah putuskan tentang definasi ini tapi bagi kita, she was called to the bar dengan izin, in 1988. Itu melebihi sudah dekat 19 tahun dah, kerana being called to the bar sebenarnya menjadi officer of the court.

Jadi sebab itu, daripada segi mengikuti kehendak peraturan-peraturan di dalam Perlembagaan, pihak kita merasakan kelayakan ini telahpun dipenuhi, tetapi kalau Yang Berhormat tak berpuas hati kita bawa ke mahkamahlah sebab hari ini pun tak selesai...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan. Apa yang dikatakan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri. Jika apa yang dikatakan oleh Menteri ini benar seorang boleh menerima sebagai advocate, tidur untuk kesepuluh tahun dan dia boleh dilantik kerana dia have been called to the bar dan dia adalah officer of the court.

Apa yang perlu adalah untuk memberi interpretasi melalui ‘prophecy’ approach bagi apa yang ada di dalam kes kebelakangan iaitu presiden yang ada disebut oleh menteri kelmarin atau kelmarin dulu. Pagi ini dalam Mahkamah Rayuan saya sudah cabar pelantikan Profesor Visu Sinnadurai sebagai unconstitutional dan tak berapa lama lagi boleh dapat satu keputusan daripada Mahkamah Rayuan. Itu lebih baik daripada menunggu keputusan itu...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Baguslah, saya pun memang mencadangkan itu bahawa kita ada mahkamah. Jadi soal-soal constitutional ini kita halakan kepada sana dan saya menggalakkan tindakan Yang Berhormat. Sebab kita juga mahu putus bagi kali yang muktamad berkenaan dengan definisi advocate of the court. Kemudian saya pergi kepada perkara-perkara...

Page 82: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

66 DR. 18.4.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, yang hari inikah, yang hari kelmarin?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, mengenai Pesuruhjaya Hakim. Dua-dualah iaitu Tuan Pengerusi, boleh dapat satu penjelasan mengenai satu perkara ini. Ada pandangan. Saya rasa ini perkara mustahak di mana perlantikan Pesuruhjaya Hakim ini adalah satu proses tidak patut dilanjutkan lagi kerana ia memberi satu sistem di mana pihak-pihak yang dilantik dengan kontrak, macam dia terpaksa menjalankan tugas dengan niat untuk menolong pihak-pihak yang melantik beliau.

Sebenarnya ini satu sistem yang temporary nature adalah satu perkara yang tidak baik. Bukankah kita ada sistem yang dulu di mana perlantikan terus sebagai hakim itu lebih diterima pakai dan adakah niat kerajaan berniat untuk mengalih balik ke sistem yang lama di mana perlantikan direct sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan bukan sebagai Pesuruhjaya Tinggi?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, inilah yang memperkukuhkan apa yang dilakukan oleh judiciary sekarang ini iaitu kita melantik judicial commissioner selama tempoh beberapa tahun.

Sebab kalau ada perlantikan yang kita buat dan selepas itu orang yang dilantik itu tidak menampakkan prestasi yang baik, kalau sekiranya dia telah dilantik terus sebagai hakim, maka selepas itu untuk apa-apa tindakan yang diambil terhadapnya sudah tentu kita terpaksa menggunakan prosedur-prosedur because judges have to be tried by the peers.

Akan tetapi kalau kita lantik secara kontrak Judicial Commissioner dan kita merasakan bahawa kita tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. Maka kita ada kesempatan untuk pertamanya sudah tentu memberitahu kepada dia supaya dia buck up ataupun kalau selepas itu dia tidak buck up dia terus menunjukkan prestasi yang buruk, kita tidak perlu memanjangkan dia lagi.

Jadi saya ingat dalam hal saya ini ada pros and cons dia. Satu Yang Berhormat betullah dia the guaranteed ‘tenure’ dia sebagai hakim mesti diberi supaya dia selesa dalam keadaan yang lain pula kita perlu ambil kira keraan dia seorang yang baru, kita tak tahu lagi prestasi dia macam mana. Maka kena ada trial period. Oleh sebab itu di peringkat ini kerajaan tidak bercadang untuk kembali kepada cara yang asal.

Saya akan terus menjawab...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta penjelasan. Bagi Security of Tenure, adakah tidak baik untuk mengikut apa yang ada dalam Artikel 123 iaitu experience bagi 10 tahun sebagai advocate and solicitor atau dalam judicial and legal services untuk menentukan seseorang ada kelayakan yang boleh diterima untuk pelantikannya sebagai hakim?

Adalah lebih baik untuk mengikut apa yang ada dalam Artikel 123...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Debatable, Yang Berhormat. Sebab kalau yang 10 tahun pengalaman atau lebih 10 tahun pun, maka apa sekali pun dia akan menjadi seorang hakim baru yang sebelum ini tidak pernah menjadi hakim.

Walaupun dia ada pengalaman 10 tahun sebagai advocate ataupun bekerja selama 10 tahun sebagai legal officer, tetapi apa yang dia rasai pada hari itu, sewaktu mula dia pegang jawatan ialah satu pengalaman baru bagi dia. Oleh sebab itu, kita tahulah dia dalam mahkamah, kalau dia advocate pun, dia berhujah, dia bela, tetapi dia duduk di atas menghakimi adalah satu different war game, sebab itu dia baru juga.

Walaupun pengalaman 20 tahun, 30 tahun tetapi tetap akan menjadi hakim baru dan setiap yang baru itu kita kena bagi trial period. Sebab itu saya kata debatable. Pada kami di pihak kerajaan kita merasakan apa yang ada ini sudah pun elok dan kita lantiklah dia sebagai judicial commissioner terlebih dulu, kemudian kita tengok prestasinya.

Page 83: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 67

Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan perkara yang dibincangkan pada hari ini. Pertamanya, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor mahu tahu apakah status terkini kedudukan orang-orang Melayu, Cina dan India yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia dan berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil untuk memasukkan lebih ramai kaum dan bangsa lain selain daripada Melayu dan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam.

Pihak kerajaan telah menjalankan langkah-langkah berikut untuk menarik perhatian rakyat bukan Melayu untuk berkhidmat dalam sektor awam. Antaranya kita telah mengiklankan kekosongan jawatan di sektor awam dalam akhbar-akhbar bahasa Mandarin dan juga bahawa Tamil. Selain itu kerajaan juga mengadakan taklimat-taklimat dan sesi penerangan di sekolah-sekolah.

Pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang kuota mengikut kaum untuk berkhidmat di sektor awam. Jadi saya harap supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang boleh membantu dengan menyediakan kaunter DAP sendiri untuk memberikan awareness kepada mereka yang bukan Melayu supaya mesti beramai-ramai menganggotai pentadbiran awam ini kerana dia mesti menjadi Malaysian civil service dan bukan Malay Civil Service...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih. Oleh kerana kita mahu satu Malaysian civil service dan bukan menjadi Malay public service maka kita ada bangkitkan perkara ini. Kita mahu tahu apakah kedudukan terkini mengenai statistik?

Adakah selepas tiga tahun usaha-usaha yang dijalankan kedudukan tidak berubah sebaliknya lebih Malay civil service diwujudkan. Jika dibandingkan dengan Jun 2005, apabila angka-angka orang Melayu ialah 77%, orang Cina 9.3% dan orang India 5% adakah kedudukannya lebih baik?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Lain kali bagilah peluang saya jawab dulu sebab saya tidak habis lagi. Sebab itu kalau bagi saya peluang habiskan jawapan, Yang Berhormat akan mendapat jawapannya. Ini yang saya hendak jawab ini.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Okey, okey.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi status terkini setelah langkah-langkah tahun 2006 yang telah dilaksanakan bagi kaum Melayu yang berkhidmat di sektor awam seramai 8,992 orang iaitu 77.5%.

Bagi kaum Cina malangnya menurun, yang berkhidmat di sektor awam seramai 747 orang iaitu 6.4%. Bagi kaum India yang berkhidmat di sektor awam seramai 633 orang iaitu 5.4%, jatuh juga, dan lain-lain kaum seramai 1,244 orang iaitu 10.7%, bagi pengambilan tahun 2006.

Jadi inilah statistik yang terkini dan saya ingin mengatakan bahawa saya juga merasa tidak begitu puas hati dalam hal ini dan kita akan sekali lagi mengingatkan kepada pihak JPA untuk memperkuatkan lagi usaha untuk mendapatkan orang-orang bukan Melayu dalam civil service kita.

Yang Berhormat membangkitkan berkenaan Kod Etika Hakim. Memang betul saya berjanji untuk mendapatkannya. Cuma Badan Kehakiman Malaysia sedang dalam tindakan menyemak semula Kod Etika Hakim ini. Jadi kalau Yang Berhormat hendak yang lama saya boleh berikan tetapi kalau hendak yang baru ia dalam semakan buat masa ini. Pick your choice...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya bukan mahu tahu apa itu kod etika tetapi apa hasil daripada jaminan Ketua Hakim pada tahun 2003 bahawa beliau akan ada consultation dengan stakeholders untuk meminda (revamp) kod etika.

Oleh kerana kita tahu kod etika yang digubal pada tahun 1997 kalau tidak silap, tidak berkesan dan berguna khasnya apabila penggubal itu (originator) bekas Ketua Hakim melanggar kod etika itu. Kita mahukan kod etika yang berkesan dan bermakna dan bukan satu kod etika yang kosong sahaja.

Page 84: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

68 DR. 18.4.2007

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya kata ini sedang dalam tindakan menyemak oleh pihak kehakiman. Jadi, kalau saya beri maklumat sekarang, ini bermakna ia maklumat yang tidak penuh sebab ia sedang disemak. Sebab itu di peringkat ini saya tidak dapat beri sebagaimana yang saya janjikan sebab ia sedang dalam semakan...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sudah disemak selama enam tahun. Sebenarnya sebelum bekas Ketua Hakim ia sudah disemak, selepas itu Tun Dzaiddin dan hingga sekarang, kenapa perlu enam tahun? Apakah progress yang sudah dicatat?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya di pihak eksekutif, saya tidak menguasai judiciary, tetapi apa yang saya boleh lakukan, saya akan bertanya kepada Ketua Hakim apakah perkara ini disemak selama enam tahun ataupun semenjak dia menjadi Ketua Hakim. Perkara ini saya boleh tanyakan kepada dia. Kalau saya memberi jawapan, nanti Yang Berhormat kata saya menguasai, tetapi saya tidak menguasai judiciary ini...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Pengerusi, penjelasan. Di atas tajuk kehakiman, baru-baru ini kes Altantuya, kes ini adalah ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Hakim KN Segaran di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada mulanya. Akan tetapi selepas itu dipindahkan kepada seorang hakim yang lain. Bolehkah saya dapat tahu siapa yang mengarahkan kes itu dipindah kepada satu hakim yang lain. Itu perkara yang pertama.

Kedua, kelmarin saya ada membangkitkan mengenai adakah Timbalan Perdana Menteri ada kaitan, ambil bahagian dalam pembunuhan Altantuya. Saya ada bangkitkan perkara ini kelmarin dan saya cabar dia untuk datang ke Dewan ini untuk menafikan perkara itu. Namun sampai hari ini dia tidak datang, tidak datang untuk buat satu ministerial statement. Mengikut peraturan-peraturan mesyuarat itu dia kena buat.

Bolehkah saya dapat tahu adakah Timbalan Perdana Menteri akan datang ke Dewan ini untuk menafikan tuduhan yang saya buat terhadap beliau kelmarin?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berkenaan dengan Timbalan Perdana Menteri. Kes ini sedang dibicarakan dan yang dibicarakan ini pun ialah orang lain daripada Timbalan Perdana Menteri. Jadi tidak ada keperluan untuk Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri datang ke sini.

Sudah tentu jika perkara ini sedang dibicarakan dalam mahkamah, maka Yang Berhormat sendiri pun tahu maka kita tidak boleh beri komen ataupun mendahului penghakiman yang belum dibuat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini kerana apa juga yang dikatakan dalam Dewan ini tidak bermakna kerana akhirnya nanti hakim dalam kes Altantuya ini yang membuat penghakiman. Jadi oleh sebab itu needlesslah untuk memanggil Yang Berhormat Timbalan Perdana untuk membuat kenyataan yang di peringkat awal, pertamanya bukan dia yang didakwa di mahkamah dan yang keduanya kes ini sedang dibicarakan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Mengikut Peraturan 36(2) saya baca dalam bahasa Inggeris, “Reference shall not be made to any matter which is sub judice, in such a way as might, in the opinion of the Chair, prejudice the interest of parties thereto”. Ia tiada kaitan dengan apa yang saya bangkitkan di sini. Saya buat tuduhan bahawa Timbalan Perdana Menteri ada bahagian dalam pembunuhan Altantuya. Saya mahu dia datang di sini untuk menafikan itu, perkara ini tiada kaitan apa yang ada dalam mahkamah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat perkara ini adalah dalam tindakan mahkamah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bukan, bukan itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang kedua Yang Berhormat, kalau saya tak silap Yang Berhormat sendiri juga seorang peguam untuk mengadakan watching brief untuk keluarga yang berkenaan. Jadi saya rasa ia tidak sesuai untuk kita bangkitkan.

Page 85: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 69

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Lagi sekali saya nak baca Peraturan 36(2), “...in such a way as might in the opinion of the Chair prejudice the interests of parties thereto.” Timbalan Perdana Menteri bukan party thereto. Ini Parlimen, Tuan pengerusi, the highest legislative body in the country. Jika tidak boleh berbahas perkara seperti ini di sini, nak berbahas di mana?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah beberapa kali Yang Berhormat Menteri telah menerangkan apa sebab mengapa tidak diperlukan. Yang Berhormat Menteri telah terangkan tadi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, the key point disebut sendiri oleh Yang Berhormat dari Bukit Gelugor the highest legislative body. Kalau sekiranya Yang Berhormat datang ke sini dan menyatakan bahawa di dalam this August House, saya bagi tahu saya tidak terlibat dengan kes pembunuhan. Tidakkah Yang Berhormat fikirkan iaitu ia sudah tentu it will affect the parties thereof kerana saya rasa kes Razak Baginda is a goner.

Sebab yang pertamanya dalam Dewan ini tidak boleh tipu, sebab kalau sudah dikatakan Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat, saya rasa the pressure on the hakim untuk mendapat keputusan yang sama sepertimana yang disebut dalam Dewan ini sudah tentu wujud. Dia tidak akan selesa dan bebas untuk membuat keputusan itu.

Sebab itu walau a shadow of influence pun kita tidak boleh benarkan kerana inilah - the highest legislative body. Di mana di sini orang tak akan cakap benda yang tak benar dan orang akan terima benda yang dia jawab itu sebagai benda yang betul. Surely there will be a pressure dengan izin, on the judge to come to the same conclusion. Apatah lagi jawatan dia sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebab itu Yang Berhormat, saya bersetuju dengan peruntukan itu dan saya ingin mengatakan bahawa it would affect the interested parties kalau sekiranya Timbalan Perdana Menteri datang untuk menjawab di sini. Itu pandangan saya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan pengerusi, penjelasan. Ini adalah highs of fantasies. Apa yang saya cakap kelmarin adalah adakah dia ada apa-apa kaitan dalam pembunuhan Altantuya. Altantuya dibunuh dengan ditembak di kepalanya dua kali dan dia diletupkan dengan C4 explosives. Siapa boleh mengarahkan polis untuk buat apa yang telah dibuat ke atas Altantuya? Ini tentu dibuat oleh pihak atasan.

Dalam fikiran saya, Timbalan Perdana Menteri jika dia tidak jawab soalan itu bermakna apa yang saya cakap di sini adalah benar.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Tuan Pengerusi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Adakah dia berani untuk datang ke sini untuk menafikan itu? Itu saja dan mengikut Peraturan 14(1)(i) dia boleh buat satu ministerial statement .

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Petra Jaya, Yang Berhormat nak tanya pada siapa?

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Bukan, bukan. Point of Order, apa nak katakan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor mungkin merupakan satu tuduhan ataupun sangkaan jahat kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Sebab kes ini kalau benar berlaku, kalau ada berlaku pun kita kena ada proses mahkamah untuk membawa bukti untuk membuktikan. Ini mengatakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantuya adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Melainkan ada bukti-bukti kukuh yang dapat dibawa.

Ini Parlimen, Dewan yang mulia. Saya mintalah Tuan Pengerusi, kalau dapat menghalang menggunakan Peraturan 36 untuk menyekat Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor dari membawa perkara ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, perkara ini adalah dalam timbangan mahkamah...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: [Menyampuk]

Page 86: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

70 DR. 18.4.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Bukan ada dalam mahkamah. Apa yang sudah ada dalam mahkamah adalah ketiga-tiga orang yang tertuduh.

Tuan pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat saya bersetuju. Kes ini dalam mahkamah, jadi sekiranya kita membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sedikit-sebanyak dengan kes itu dengan panjang lebar, saya fikir tentu merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Tuan Pengerusi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Pihak Timbalan Perdana Menteri...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya tidak sebut pihak Timbalan Perdana Menteri...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Bukan pihak-pihak yang ada di dalam mahkamah?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Di mahkamah, kepada sesiapa yang tertuduh ataupun ada saksi-saksi akan dipanggil dan sebaginya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jadi bagaimana pertuduhan ini boleh terlibat dengan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekiranya perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar...

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah tentu akan melibatkan kes sekarang yang berlaku perbicaraan di mahkamah. Jadi Yang Berhormat, memandangkan kes ini dibicarakan tak lama lagi, saya mintalah kita boleh tunggu...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa yang saya bangkitkan adalah mudah. Jika Timbalan Perdana Menteri ada mengambil bahagian dalam pembunuhan Altantuya, dia boleh dituduh...

Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Tuan Pengerusi, ini merupakan satu andaian dan andaian ini merupakan satu tuduhan dan merupakan satu sangkaan jahat kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini adalah anggapan Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, sekiranya ada seorang Ahli Yang Berhormat yang lain membuat satu tuduhan terhadap orang yang lain ataupun seorang menteri yang lain, adakah kewajipan kita panggil menteri datang sini memberi keterangan? Saya fikir tidak perlu. Yang Berhormat, saya fikir tidak kenalah. Teruskan jawapan Yang Berhormat Menterilah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Pengerusi, saya mahu dapat tahulah bagaimana explosives C4 jatuh dalam tangan polis yang telah digunakan untuk meletupkan Altantuya?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, apa juga yang saya jawab dan apa juga yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor adalah merupakan semata-mata hanya spekulasi sahaja. Oleh kerana itu, saya tidak mahu engage in speculation yang akhirnya tidak membawa... Kita sendiri pun tidak tahu, tapi yang penting biarlah kita tunggu sehingga mahkamah bersidang dan pada ketika itu kita akan tahu cerita sebenarnya akan keluar.

Jadi, apa yang perlu adalah untuk kita sabar sedikit, ia bulan Jun, tidak lama lagi. Berkenaan dengan tarikh bulan Jun ini, sebenarnya saya ingin maklumkan iaitu dua bulan yang lepas, kita telah meluluskan memorandum yang telah dibawa di mana kita telah bersetuju dengan pelantikan lebih ramai lagi hakim-hakim Mahkamah Tinggi, hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan juga tidak silap saya, Hakim Persekutuankah, saya tidak ingat.

Page 87: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 71

Jadi, pertambahannya itu adalah daripada hingga kepada 88 orang hakim. Bermakna kita akan mendapat pertambahan hakim yang baru, yang sudah tentu boleh menghakimi kes-kes yang mungkin dilepaskan oleh seorang hakim yang mempunyai dia punya buku hariannya yang penuh diberikan kepada seorang hakim yang lain, yang mungkin buku hariannya sudah pun tidak menjadi penuh disabitkan oleh kerana ada pertambahan hakim-hakim ini.

Juga oleh kerana itulah kalau tidak ia akan di dakwa setahun daripada sekarang tetapi dengan pertambahan hakim-hakim ini, juga di Shah Alam ada pertambahan hakim, maka ini yang telah membolehkan kes yang sepatutnya didengari di hadapan seorang hakim yang lain, yang buku hariannya hanya membenarkan dia mendengar kes ini setahun daripada tarikh mention date hari itu tetapi sekarang ia boleh didengar dengan lebih awal.

Dan, ini juga saya percaya untuk kepentingan orang ramai supaya kes ini tidak dilengah-lengahkan. Ini kerana lebih lama kita lengah mungkin saksi-saksi juga pelbagai yang akan mungkin boleh berlaku, dia meninggal dunia, ataupun dia boleh sakit, jadi interest of the public, maka dengan penambahan hakim ini kita dapat membawa ia ke hadapan pada Jun, iaitu daripada 4 hingga 29 Jun tahun ini. Itulah alasan yang mengapa kes ini telah di bawa ke hadapan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan. Kes ini bukan satu kes biasa. Satu kes di mana satu warganegara Mongolia ada terlibat, bukan terlibat, meletup. Hakim K.N. Segara adalah seorang hakim dengan pengalaman yang luas dan dia adalah hakim yang tetapkan hari perbicaraan bagi kes ini. Bagaimana kes ini jatuh dalam tangan seorang hakim yang baru dilantik, yang tidak ada pengalaman? Tidakkah lebih baik untuk Hakim K.N. Segara untuk mendengar kes itu dengan tarikh yang ditetapkan sekarang iaitu pada selepas 4 Jun. Ia boleh. Kenapa tukar?

Dalam kes Anwar Ibrahim pada masa lampau, kes itu ada dalam tangan kes “KC”, satu hakim dengan pengalaman yang luas tetapi kes itu jatuh dalam tangan satu JC, iaitu pesuruhjaya kehakiman, iaitu Augustine Paul yang ada di Melaka, dia dibawa ke Kuala Lumpur, Hakim “KC" ditukar kepada satu division yang lain. Ini semua permainan politik. Bolehkah saya dapat sebab-sebab yang boleh diterima, bukan sebab-sebab yang tidak ada apa-apa makna?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab-sebab saya beri, Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor terima atau tidak terima itu bukan saya kisah sangatlah. Saya memberikan soal sebenarnya mengapa dia telah dibawa ke hadapan. Terima tidak terima, itu you punya pasallah, sebab saya tidak boleh memberi alasan menipu di sini. Kalau ada sebut. Kita sebenarnya tidak boleh pilih hakim, kita lihat kepada mahkamah sahaja.

Jadi, kalau Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor kata kita boleh pilih hakim, ini satu perkara yang tidak baik kerana apa yang berlaku ialah mungkin di kalangan pengamal-pengamal undang-undang dia hendak failkan kes dia, dia pilih hakim-hakim. Ini tidak bolehlah sebenarnya.

Jadi, hakim sama sahaja. Siapa individu itu tidak penting tetapi mahkamah itu adalah Mahkamah Tinggi di negara kita dan saya tidak ada alasan yang lain untuk memuaskan hati Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.

Berkenaan dengan siasatan terhadap CM negeri Sabah, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur juga, siasatan terhadap CM Sabah ini sedang dijalankan oleh BPR.

Dan, sekali lagi hasil siasatan itu baru mula sahaja, saya percaya bukti-bukti sedang dipungut, orang-orang sedang dipanggil dan sudah tentu kita belum ada satu keputusan penyiasatan yang boleh diberikan kepada pihak Peguam Negara untuk beliau menimbang sama ada di dakwa ataupun tidak. Benda ini baru lagi, kita tunggulah hasil siasatan itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Page 88: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

72 DR. 18.4.2007

Saya ingin sebut berkenaan dengan Yang Berhormat bagi Ipoh Timor kata saya gembira, amat berpuas hati. Memang betullah saya amat berpuas hati tetapi bukan kerana indeks CPI jatuh. Saya orang gila kalau seperti mana Yang Berhormat sebut , indeks 37 jatuh ke 40 lebih, saya amat berpuas hati. Itu gila. Orang yang mendakwa saya macam itu pun, dia itu pun gila juga. [Ketawa]

Saya tidak gila dan saya tidak pernah kata saya amat berpuas hati. Saya sentiasa menyatakan iaitu bahawa kita tidak ada pilihan lain, indeks ini, walaupun kepada kita, bukan sahaja kepada kita, kepada banyak negara. Saya pergi ke Afrika Selatan, Yang Berhormat kata, pergi ke Afrika Selatan bukan bermakna ini boleh naik indeks. Saya tidak kata benda itu. Cemburukah saya pergi ke Johannesburg. Lain kali ikut sayalah, senang. Saya boleh bawa, tidak ada masalah. Saya tidak pernah kata...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Boleh, saya boleh bawa. Tidak ada masalah. Apa kita hendak...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Nanti sekejap, saya tidak habis lagi.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Nanti sekejap, saya tidak habis lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi lagi, Yang Berhormat. Sila duduk.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sabar, sabar...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mengenai tidak puas hati...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Nantilah dahulu, sabarlah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Amat puas hati.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, saya hendak jawablah ini. Nantilah dahulu.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Okey.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi, apa yang saya kata saya amat puas hati ialah terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk membanteras rasuah. Dan saya tidak pernah menyatakan saya berpuas hati dengan kemerosotan itu. Apa yang kita suruh, kita ini manusia, apa yang kita suruh BPR buat, kita fikir, itu yang boleh bantu kita. Arahan kita yang dia buat kita puas hati tetapi kalau indeks pun jatuh hendak buat macam mana. Ya, hendak buat macam mana?

Yang Berhormat pun sebut, Perdana Menteri China...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Relakslah. Sudah lama tau, kena tunjuk you cool sikit. Jangan apabila kena sikit sudah merah. Duduk dahulu, saya akan bagi...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bila saya tidak bagi Yang Berhormat? Bila saya tidak bagi? Beritahu bila?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sekarang pun saya bagi, tapi tunggu saya jawab dahulu. Perdana Menteri di negara China itu, saya pun tidak tahu sama ada dia masih lagi PM. Masih lagi PMkah? Yang Yang Berhormat kata siapkan keranda...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sekarang dia bekaslah.

Page 89: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 73

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, bekas. Maknanya dia bagus. Sekarang dia bekas Perdana Menteri tetapi apa yang dia cadangkan di negara China itu, apakah pada hari ini rasuah telah pun kurang di negara China? Tidak juga!

Dia tidak jadi Perdana Menteri pun masih lagi dia orang perang rasuah ini. Bermakna ia satu proses. Dan, saya memanglah kalau saya di negara China memang dia siapkan keranda sebab di sana korupsi dia tembak. Bagus juga itu. Kalau Yang Berhormat boleh cadangkan di dalam Dewan ini kata, siapa yang terlibat dengan rasuah, execute them, Vietnam tembak, negara China tembak... [Disampuk]

Sebab itu sediakan keranda. Kita tidak tembak sebab itu kita sediakan jail, tetapi Yang Berhormat maksud saya di sini, kita sokong apa yang dibuat oleh Chee Kwang Ji tetapi Chee Kwang Ji telah pun retire, tetapi rasuah masih lagi ada juga di sana...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, betul kita tidak menafikan ada rasuah di negara China. Satu masa lebih teruk daripada Malaysia tetapi masalah adalah lebih baik apabila dibandingkan dengan Malaysia yang ini boleh dilihat daripada survey yang terkini oleh Political and Economic Research Consultancy (PERC) yang menunjukkan bahawa negara China sudah sangat dekat dengan Malaysia.

Sungguhpun Malaysia pada beberapa tahun dahulu lebih jauh, lebih baik daripada negeri China dan kalau ada undang-undang untuk tembak mereka yang rasuah mungkin di depan sini bukan you 0:0, tetap kosong. Kerusi ini tetap kosong bukan mereka absent oleh sebab ponteng. Mungkin kosong oleh kerana sudah masuk keranda.

Apa yang saya sebut tadi ialah Yang Berhormat kata, saya ada “Kerajaan amat berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menghapuskan rasuah di negara ini”. Itu saya tahu Yang Berhormat bukan gila. Yang Berhormat Menteri bukan orang yang gila, Yang Berhormat Menteri sangat pandai, tapi apa erti ayat ini? Ayat ini ialah, “Sungguhpun kedudukan korupsi lebih teruk daripada tiga tahun yang dahulu lebih teruk daripada masa Tun Dr. Mahathir”.

Tun Dr. Mahathir sendiri boleh kata yang sekarang ini masalah rasuah di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Pak Lah lebih teruk apabila berbanding dengan masa beliau. Sungguhpun ada hasil itu, Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab portfolio rasuah boleh kata berpuas hati dengan usaha-usaha sungguhpun hasilnya ialah lebih teruk.

Sebab itu kita boleh ambil satu kesimpulan bahawa bukan sahaja Yang Berhormat amat berpuas hati dengan usaha-usaha tetapi pun dengan result atau adakah Yang Berhormat sekarang kata sungguhpun Yang Berhormat amat berpuas dengan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, Yang Berhormat tidak puas hati dengan hasil. Dengan kedudukan rasuah sekarang, adakah Yang Berhormat rela buat penjelasan itu?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya banyak kali sudah sebut. Saya tidak puas hati dengan kedudukan kita punya CPI ini. Bila saya kata saya berpuas hati? Bila? Cuba Yang Berhormat tengok dalam Hansard saya kata kita bangga dan berpuas hati dengan kedudukan kita, tidak pernah? Setiap kali saya kata iaitu bahawa kita tidak mempunyai indeks yang lain.

Kita tidak gembira dengan kedudukan kita. Walau pun kita tahu bahawa CPI ini bukanlah satu CPI yang 100% full proof dan saya sebut dalam jawapan saya dahulu. Saya kata itu bahawa United Nation punya commissioner pun merasakan bahawa kita perlu mencari satu mekanisme yang lebih tepat. Itu United Nation. Jadi sebab itu saya tidak pernah kata saya puas hati Yang Berhormat, kita mesti perang habis-habisan. Mesti perang habis-habisan bagaimana untuk menghapus...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kalau begitu, what’s the meaning? What’s the meaning puas hati di sini?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, saya...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: What’s the meaning amat puas hati?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …Apa, kita dengan usaha kita BPR. Arahan yang kita…

Page 90: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

74 DR. 18.4.2007

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: What are you amat puas hati about?

Tuan Pegerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, dia belum beri jalan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, what are you amat puas hati about?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …Arahan yang kita beri kepada BPR untuk menghapus rasuah, kita puas hati dengan tindakan mereka yang diambil, maknanya dia tidak lax dalam dia punya kerja-kerja. Kita suruh dia buat A, dia buat A, jika B maka B lah yang kita fikirlah yang patut dilakukan dia buat, kita puas hati dengan dia punya tindakan yang diambil, tapi jatuh CPI itu hendak buat macam mana?

Sebab kalau hari-hari Ketua Pembangkang hendak cakap...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sehingga Ketua Pengarah ACA dituduh rasuah? Amat puas hati?

Tuan Pegerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, seperti saya sebut! Itu saya sebut tindakan. Jadi bila kita sebut tindakan kalau rasuah mesti menghapus rasuah. Menghapus ini kalau kita tidak faham, kita ingat tidak sabar macam dia, boleh jejak sifar. Sifar, mana boleh ada sifar. Tidak ada negeri yang sifar...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Betul.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Sekurang-kurangnya satu...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Perdana Menteri kata. Perdana Menteri sendiri apabila menjadi, apabila Perdana Menteri kata zero corruption no tolerant...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Betul. Because kalau kita...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sekarang sudah surrender?..

Tuan Pegerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Adakah cakap bagi Perdana Menteri sudah surrender, no more zero corruption, very tolerant…

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau kita hendak target sebagai sasaran apa juga, sudah tentu kita aim for the highest dan sebagai praktiknya di seluruh dunia ini belum ada lagi negara sifar. Paling rendah pun 1. Jadi ini satu perjuangan yang lama.

Bukan mudah, dan bila kita bercakap tentang rasuah mestilah menghapus. Tidak ada kita cakap tentang meratakan rasuah atau pun kita katakan meninggikan rasuah. Mesti perjuangan kita, cogan kata kita, slogan kita ialah menghapus rasuah. Dan tindakan-tindakan yang diambil ini ialah untuk menghapus rasuah.

Jadi tindakan-tindakan ini telah kita suruh dia ambil sudah tentu tidak mencukupi, tapi setakat mana yang telah mereka lakukan, kita amat puas hati. Namun masalahnya Ketua Pembangkang pergi kata-kata, bercakap macam ini, bercerita yang kita ambil tindakan dia duduk diam. Tiap-tiap kali Parlimen dia akan berucap. Bukan kerana dia prihatin tentang rasuah kerana dia hendak pastikan iaitu bahawa kedudukan CPI kita tetap akan menjadi rendah. Itulah masalah dia. Itu sahaja.

Kita hendak dia bekerjasama dengan kita let’s fight rasuah. Itu, dengan harapan supaya mari pilihan raya, jadi orang akan kata kerajaan rasuah, rakyat akan sokong dia, tapi sudah tiga, empat pilihan raya kita duk menang sahaja. [Tepuk] Soalnya tanya rakyatlah, jangan you bercakap. You bercakap berkali-kali ini tapi kita tetap menang pilihan raya. Rakyat tidak percaya dengan apa yang dia cakap. Dan rakyat faham hendak lawan rasuah bukan senang dan rakyat appreciate tentang apa tindakan yang diambil kita.

Saya hendak ucapkan tahniah kepada BPR. Pegawai-pegawai saya tunggu daripada pagi semalam, hari ini. Mereka betul hendak lawan, mereka pun tidak suka juga duk kena kutuk dengan Ketua Pembangkang. Tiap-tiap kali sesi Parlimen kena bantai. They were working very hard. They very concern sebab itu dia hadir. Bukan satu, dua. Empat, lima orang di sini untuk mendengar supaya apa yang dibangkit mereka akan catatkan.

Page 91: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 75

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, amat puas hati, ya. Amat puas hati, ya.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak payahlah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terakhir mengenai...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: You tidak boleh paksa saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...Adakah Yang Berhormat Menteri, beri satu sebab kenapa amat puas hati BPR dia tidak mahu negara kita ada petunjuk-petunjuk yang baik. Kita mahu negara kita, antara the 10th list corrupt negara. Kita patriotik, kita cinta negara. Dan tadi all completely niat jahat, tapi apabila Yang Berhormat kata bahawa sangat puas hati dengan BPR, kita mahu kuasa di tangan BPR pun tetapi bagaimana kita hendak berpuas hati dengan BPR apabila tengok Ijok by-election belum ada nomination sudah RM36 juta dijanjikan.

Political corruption open, flare grant, mana BPR? Kalau BPR benar-benar boleh jalan tugas, sudah pergi tangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, ambil dia pergi mahkamah oleh kerana political corruption tapi mana boleh. Mereka mahu guna itu untuk menang di Ijok RM36 juta, Machap berpuluh-puluh juta ringgit. Inilah corruption di mana BPR totally blind, death, mute oleh kerana mereka tidak ada kuasa yang bebas. Dan itu sebab Yang Berhormat kata amat-amat berpuas hati.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pegawai BPR catatlah ya. Mengatakan you are mute, you are blind, saya rasa ini akan mendorong untuk mereka buat kerja. Dia natural tidak ada apa tapi cuma catat apa yang dia kata. Berkenaan dengan pembangunan dalam negeri dan dalam negara, kerajaan tidak terhenti daripada menjadi sebuah kerajaan semata-mata kerana ada pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum dijalankan.

Sememangnya kita tahu penamaan calon belum diadakan lagi. Jadi edah tidak bermula. Edah hanya bermula daripada penamaan calon pada ketika itu kita tidak bolehlah hendak buat pengumuman yang boleh menyakitkan rakyat. Itu kita berhati-hati, tapi kerajaan tidak terhenti dua hari sebelum penamaan calon. Kerajaan tetap terus berjalan.

Jadi saya tidaklah marah kepada pihak pembangkang sebab dia tidak faham tentang pemerintahan ini, tidak pernah perintah saya kesian. Saya muda daripada dia, sudah dekat 11 tahun dah jadi pemerintah dan insya-Allah terus jadi pemerintah dan takkan jadi macam dia... [Ketawa]

Menyusahkan pegawai kerajaan. Ini masalah dia, menyusahkan pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Bagilah dia jalankan tugas dia, biar dia buat. Saya percaya apabila sampai waktu ketika dia akan didakwa. Tidak ada menteri minta didakwa. Tan Sri Kasidah Ghadam hendak buat macam mana sekarang court kes dah. Hendak buat macam mana? Kalau sudah ada kes, Exco kerajaan, dua orang datang jumpa saya.

Kata, “Dato’... tolonglah...tolonglah jaga...”. Saya kata “tak boleh buat apa. You kena hadapilah”. Dia kata, “saya tak buat benda itu.” “You buat, tak buat, itu biarlah mahkamah putuskan”. Saya tak boleh masuk campur dalam hal ini. Bagi kebebasan mereka. Dah kena sudah. Sudah dua, tiga orang dah kena... Jadi, sebab itu Yang Berhormat, sabar!!! Saya tahu you tak sabar. Yang Berhormat jangan hot.

Saya bimbang, takut Ahli-ahli Parlimen ini, sebelum 17 Mei ini, apa-apa berlaku kepada kita. Sebab kita bersidang 17 Mei, tiga tahun dahulu. Kalau ada berlaku kepada kita, pilihan raya kecil pula. Jadi, saya nak jaga kesihatan Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Tolong relax ya!!! [Dewan riuh][Ketawa] Okey, be patient. Sabar... [Ketawa]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kalau berlaku, semua sana akan berlaku. Semua depan. [Ketawa] Semua depan. Lagi berapa hari? [Ketawa]

Page 92: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

76 DR. 18.4.2007

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Macam-macam tuduhan dibuat, tetapi perkara tidak benar. Tidak ada apa-apa berlaku kepada mereka, ya? Tolong jaga kesihatan kita. Saya tak kira. Saya jaga Parlimen, semua Ahli Parlimen saya hendak jaga baik-baik.

Jangan ada apa-apa berlaku sebelum 17 Mei. Kalau terpaksa, itu.. hendak... Misi tu tahan dulu, jangan bagi dia padam. So, Yang Berhormat sabar. Sabar, please. [Ketawa] I want you to be around for next two years before next election, ya? Okey. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Serdang.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Habis? Saya habis?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey. Saya dah datang. Okey just...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, saya ada rasa mengenai satu Parlimen di mana kita ada relevan mengenai isu-isu rakyat yang sangat sensitif perlulah kita the first available opportunity. Ada peluang, ada saluran. Saya ada sebut masalah semacam Marimuthu di mana dipisahkan dari keluarga, oleh sebab undang-undang dan agama.

Sebenarnya baru-baru ini, saya mendapat berita yang terkini. “Revathi Masoosai, Siti Fatimah’s hundred day extension dengan izin, detention for Islamic rehabilitation which day has been extended by the Malacca Syariah Court for another 80 days. Revathi’s husband, Surej Veerapan, was informed by the Malacca Syariah Court Officials. Their detention at the fifth rehabilitation centre in Ulu Yam, has been extended for 80 days because she did not cooperate during their hundred days stay which ended today. And their demand for the copy of the court order on the extension was denied. Revathi did not go to Malacca Court from Ulu Yam in Selangor. Thousand of relatives were waiting to see her. Revathi suffered from her asthma. She told her husband last week that she was not taken to the doctor although she was sick”.

Sebenarnya kita Ahli-ahli Parlimen DAP ada hantar satu memorandum kepada Perdana Menteri satu kes di mana lelaki, isteri, anak mereka berusia 15 bulan dipisahkan dengan paksa di tiga tempat yang berlainan. Semacam kes Marimuthu, ada isteri dan lima anak terpaksa dipisahkan daripada penoreh getah, sungguhpun mereka sudah berkahwin 21 tahun. Mana isu ini boleh berlaku mengenai agama, mengenai undang-undang, mengenai nilai-nilai kekeluargaan.

Bukankah isu nampaknya ada spate of such cases taking place? Perlulah ambil tindakan supaya kita menjaga keharmonian dan nilai keluarga di negara kita. Parlimen pun perlu memainkan peranan, tetapi nampaknya sekarang, Parlimen diketepikan. Bolehkah kita ada satu reformasi, modenisasi Parlimen supaya ada saluran di mana isu-isu ini boleh ditangani dengan serta-merta?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Dewan Rakyat bukan tempat untuk kita membincangkan perkara ini. Memandangkan kepada soal yang amat sensitif, dan ramai yang di bawah tidak akan memahami apa yang kita bahaskan secara waras. Sebab itu pada saya, saya selalu menyebutkan soal penukaran agama, soal agama-agama, soal peribadi dan emosional, ia tidak boleh diputuskan oleh undang-undang.

Kerana undang-undang ini very clear dan tidak semestinya apa yang ada dalam undang-undang itu akan memuaskan semua pihak. Sebab itu saya rasa memang urgent perkara ini dan saya juga sentiasa menghubungi pihak peguam negara supaya mempercepatkan apa juga bentuk mekanisme yang telah dirancang untuk menyelesaikan masalah ini, extra legallah. Kerana kalau soal legal sahaja, kalau soal Islam sahaja dia mesti pergi ke Syariah. Tidak kira bila dia convert, apa latar belakang dia, itu undang-undang.

Sebab itu soal ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang. Dia mesti diselesaikan menerusi satu mekanisme yang lain dan sudah tentu bukan Dewan Rakyat. Kerana kalau di Dewan Rakyat ini, kalau dibincangkan perkara ini, saya rasa pengawalan perasaan pun sukar untuk dijaga. Ini akan menyebabkan kes itu akan bertambah lebih buruk. Jadi, saya harap Yang Berhormat bagi Ipoh Timur, kita tunggulah sehingga satu mekanisme akan disediakan oleh pihak Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua, Serdang...

Page 93: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 77

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Habis? Belum tanya mengenai Select Committee Ethics? MPs, apa sudah berlaku?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Oh, okey, okey, okey. Ini Yang Berhormat, pasal dia waktu saya menjawab tadi, dia datang bertalu-talu. Jadi dia hazard sedikitlah aturannya.

Berkenaan dengan Ethics Committee ini, kita boleh... co ethics. Kita boleh rancang Yang Berhormat, tetapi Tuhan yang menentukan. Manalah kita tahu bahawa dalam masa yang singkat kita telah kehilangan dua wakil rakyat dan mereka pun tidak mahu pergi terlebih dahulu, melainkan Tuhan telah menentukan.

Jadi, kita ada Machap dan kita juga ada Ijok. Ini semuanya berlaku semasa kita mengadakan sidang Parlimen dan pengerusi bagi Jawatankuasa Select Committee ini ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, the chief whip dan dia terlibat secara langsung mengetuai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional dalam kedua-dua pilihan raya kecil ini.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi saya... ya?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Stay by-election.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Stay by election. Begitulah tanggungjawab kita. Tidak memandang kecil walaupun yang meninggal dunia itu stay by-election. Saya tak tahulah DAP. Dia tak kisah kot kalau ADUN dia meninggal dunia, lantak pergilah selepas itukan? Akan tetapi kita prihatin, kita turun. Kita hendak beritahu kepada pengundi-pengundi kita, sebab kalau dia jadi pengundi ADUN pun, satu hari nanti dia akan jadi Ahli Parlimen juga.

Kita hendak beri keyakinan iaitu bahawa kita tidak lupa mereka ketika mereka menghadapi kesusahan di mana wakil rakyat dia meninggal dunia. Oleh sebab itulah, saya terpaksa tangguhkan dahulu. Saya tidak dapat tarikh daripada dia, tetapi Yang Berhormat, pilihan raya akan datang dan berlalu. Insya-Allah, Parlimen Select Committee kita ini ada masa untuk mengadakan mesyuarat selepas ini. Saya akan panggilkan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mengenai Suhakam.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Suhakam, kita tidak bersetuju untuk dijadikan sebagai satu topik perbahasan kerana perkara-perkara boleh dibangkitkan pada bila-bila masa. Tidak perlu satu hari diberikan dan kita masih berpendapat bahawa ia boleh dibangkitkan pada bila-bila masa. Yang Berhormat boleh bangkitkan dua kali setahun iaitu dalam ucapan terima kasih kepada Agong dan juga ucapan perbelanjaan. Ada lagi Yang Berhormat?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, nanti, Ipoh Barat nanti dahulu. Ipoh Timor dahulu, nak habis Ipoh Timor dahulu. Dia ketua...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Memberi jalan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini berkaitan dengan Suhakam. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar ramai di antara Suhakam Commissioners sendiri telah mengatakan bahawa mereka tidak ada kuasa.

You become just reference body. Apa guna kita ada satu pertubuhan di mana hanya recommendation boleh dibuat tetapi tidak boleh mengikat atau memberi. There is no power to any effective power toothless tiger. Macam mana kita boleh memberi mereka kuasa supaya betul-betul lebih efektif just not satu badan atas nama sahaja tetapi betul-betul ada kuasa untuk mengambil tindakan?

Page 94: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

78 DR. 18.4.2007

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, saya teringat saya punya perbincangan dalam satu majlis Suhakam. Kita berbincang tentang kita punya Asean Charter. Hendak bangkit, hendak wujudkan satu mekanisme human rights dan dalam perbincangan itu, ada seorang peguam membangkitkan soal kata di Afrika pun ada apa yang dikatakan Human Rights Commission.

Jadi adalah orang agak ketawa gelak. Dia kata what, in Africa? That’s worst abuse of human right, tapi jawapan daripada orang Afrika dia kata “It is better to have than not to have”. At least you can improve on the present Human Right Commission yang ada. Jadi saya ingat benda ini sama juga Yang Berhormat. We can...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: So, kita ada untuk name sake hanyalah? Name sake.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yalah, itu pandangan yang lebih kerana apabila dibandingkan di antara negara yang tidak ada Human Right Commission dengan negara yang ada, sudah tentu negara yang tidak ada itu akan dianggap sebagai the biggest abuser of human rights.

At least dia kata walaupun dengan kekurangan dia, there is Human Right Commission. Ini satu argument yang disebut oleh kerajaan-kerajaan Afrika. You jangan ketawa dengan kita, at least dia kata di Afrika ada Human Right Commission satu mekanisme untuk memutuskan even mahkamah pun ada di Afrika.

Jadi sebab itu Yang Berhormat kita improve on what we already have, don’t throw it out, then we have to start all over again dengan izin. Jadi sebab itu saya faham sebenarnya commissioner ada hentam saya dalam perjumpaan dengan duta-duta, seorang commissioner Suhakam, tapi ini semua kita ambil sebagai dalam proses untuk memperbaiki kedudukan.

I’ve got no problem, the only thing is that, hari itu dia bercakap saya tidak ada. Dia quote tentang saya yang saya tidak diberikan satu masa untuk membela diri saya, itu yang saya kesalkan. But other than that okeylah...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi..

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...So we try to improve dengan apa yang ada sekarang kalau mereka merasakan is toothless in all that ini semua akan terus menjadi rumusan-rumusan untuk memperbaiki Human Rights Commission yang ada. Kalau tidak ada, hendak memperbaiki apa?...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: So, Suhakam, jadi setujulah dengan saya bahawa sebenarnya kerajaan ini mengadakan Suhakam sebagai public relation exercise, showcase only kerana hanya as a punching bag only bukan satu yang betul-betul serius bahawa perkara-perkara yang dibawa kepada Suhakam akan diambil tindakan susulan kerana Yang Berhormat Menteri actually are going around the motherly bush, round and round tidak memberi jawapan kepada saya.

Saya mengatakan bahawa Suhakam ada satu toothless tiger bagaimana kita memberi kuasa supaya would be affective. Adakah kerajaan akan memberi atau tidak? Kalau tidak mengapa tidak?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, yang pentingnya kita ada wujud Human Right Commission walaupun dengan ada kelemahannya, we can improve on that. I don’t’ bit around the bush, okey perkara ini sekiranya ada rumusan yang dibuat sudah tentu boleh dihalakan kepada pihak kerajaan dan kita akan pertimbangkanlah.

Saya bukan autocratic macam DAP ini, seorang buat keputusan. Saya bukan autocratic, saya tidak boleh hendak bagi satu kenyataan di sini kalau perkara ini belum saya bincangkan lagi. Jadi yang kaki putar, kaki pusing di sana itu. Ipoh Barat kaki pusing, saya tidak ada.

Siasatan terhadap kes tanah di Serdang, pengadu boleh mengetahui status siasatan dengan menulis surat rasmi kepada pihak BPR, mereka ada di sini. Ini adalah bagi menjaga kerahsiaan aduan yang dibuat. Yang Berhormat pun bagus tidak sebut nama, kita harap macam itulah, sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 21(4). Yang Berhormat tolong hantar ada pegawai di belakang sana.

Page 95: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 79

Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa dicadangkan panel peguam menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Sebarang cadangan sedemikian adalah tertakluk kepada terma dan rujukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dan itu diputus oleh mesyuarat sendirilah. Saya rasa select committee boleh duduk bincang dan boleh bincang dengan Parlimen selepas itu. Kerana kita kerajaan, kerajaan ini termasuklah ‘suspicion of flowers’ the judiciary, the legislative ke, the executive ke semua kerajaan dan dia punya legal advisory dia AG.

Jadi kalau sekiranya hendak mendapat pendapat selain daripada kerajaan, itu terpulang kepada select committee dan mereka boleh bincang dengan pihak Parlimen. Perkara-perkara ini mesti dibincangkan dengan speaker kita juga. Tidak ada sebarang peruntukan khusus di dalam peraturan mesyuarat berkenaan dengan perwujudan panel yang sedemikian.

Yang Berhormat bagi Ipoh Barat bertanya berapakah kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Persekutuan yang masih menunggu keputusan dan kes-kes yang telah difailkan. Jumlah kes yang tertunggak di Mahkamah Persekutuan adalah sebanyak 403 kes setakat 31 Ogos 2007, yang kita tahu sehingga Ogos kerana ini semua date telah ditentukan. Jumlah kes yang menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan adalah 24 kes setakat 31 Mac 2007. Jumlah kes yang telah didaftarkan di Mahkamah Persekutuan adalah 109 kes setakat 31 Mac 2007.

Yang Berhormat bertanya mengapakah kes Lina Joy masih belum ada keputusan. Saya telah sebut dalam penjelasan waktu menggulung Titah Ucapan Agong. Dia bukan satu kes yang mudah, dia banyak isu yang kompleks dan kita tidak boleh buat secara terburu-buru. Biarlah beri masa, biar mereka buat keputusan. Walaupun saya percaya memang semua orang tidak sabar menunggunya tetapi ia bukan satu kes yang mudah.

Pengkalan Chepa juga...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang mana? Yang Lina Joy?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ya, ada ramai di antara kalangan peguam mengatakan bahawa satu keputusan mengenai Lina Joy belum dibuat kerana Ketua Hakim Negara sangat sibuk. Sibuk dengan hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan urusan penghakiman. Macam dia pergi ke luar negara, he’s the most travel Chief Justice in the whole of this country.

Dalam 50 tahun dia lebih kurang sudah pergi ke semua negara di dunia ini termasuk Sweden, negeri China dan Rusia untuk mempelajari sistem kehakiman mereka. Jadi ini adalah pandangan peguam-peguam. Bukankah itu yang benar dan perkara kedua saya juga ada rujuk kes-kes tidak ada satu kes keputusan pun yang dilaporkan yang telah dibuat oleh Ketua Hakim Negara yang telah dilaporkan pada tahun 2006. Apakah keadaan itu?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dalam sistem profesional kita ini termasuklah apabila ramai doktor atau engineer kah, kalau doktor kalau dia sudah menjadi pengarah daerah bermakna dia banyak terikat dengan perkara-perkara pentadbiran, tidak boleh lari. Kalau kita seorang doktor profesional dan kita jadi pegawai kesihatan daerah, kita lebih banyak terikat dengan kerja-kerja pentadbiran. Begitu juga engineer, engineer daerah.

Jadi memang tidak boleh dinafikan kalau kita sudah jadi Ketua Hakim maka banyak perkara yang harus diselesaikan oleh kita. Yang Berhormat kata macam kata saya serah kunci, Dato’ Samy serah kunci kepada saya kemudian saya serah kunci. jadi CR boleh pergi. Yang Berhormat mungkin difikirkan kita ini orang timur, mereka merasakan bahawa dalam keadaan yang begitu adalah baik kalau ketua kepada mahkamah itu sendiri kerana yang datang itu dua menteri.

Jadi kalau hanya setakat CR sahaja datang daripada segi protokol pun tidak betul. Jadi ini semua perkara yang harus diikuti termasuk Yang Berhormat pun membangkit soal apabila CJ tidak datang Yang Berhormat pun hendak merasa kerana Yang Berhormat sayang kepada Agong yang baru, mengapa dia tidak hadir, macam itulah juga perasaannya.

Page 96: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

80 DR. 18.4.2007

Jadi kalau katakan ketua hakim turun, bukan satu hari setengah hari sahaja daripada pukul 10.00, itu ialah kerana dia menghormati protokol. Yang Berhormat hendak orang hormati protokol dan sebab itu dua menteri turun hendak serahkan bangunan, dia menghormati protokol dia turun.

Dalam soal membuat penghakiman memang sudah saya sebut dia terikat dengan kerja-kerja pentadbiran. Pelantikan Ketua Hakim Malaya pun walaupun Judge Norma Yaakob telah pencen pada 5 Januari kalau tidak silap saya, sehingga hari ini belum dilantik. Ini semualah kerana ada kerja-kerja yang perlu dilakukan yang tidak dapat diselesaikan.

Jadi ini semua kerja yang ketua hakim perlu lalui. Kalau dia hendak duduk juga dengar kes dan buat penulisan, melainkan kalau yang diperlukan kalau Mahkamah Persekutuan bersidang, itu lainlah. Jadi dia pun tidak ada masa. Tidak boleh nafikan. Sudah jadi ketua ini, kerja-kerja pentadbiran itu terlalu banyak misalnya hendak melantik hakim yang baru dan diluluskan perjawatan yang baru. Bukan hendak ganti yang telah pencen tetapi nak isi yang perjawatan baru. Itu juga memakan masa.

Jadi Yang Berhormat, perkara-perkara ini yang menyebabkan mengapa beliau tidak dapat duduk dan membuat penulisan seperti yang diharapkan oleh Yang Berhormat kerana kerja pentadbiran itu adalah terlalu banyak...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ya, saya harap penjelasan dan kenyataan menteri ini adalah tidak benar. Saya haraplah kerana this could be perverse logic kerana kalau betul Ketua Hakim Negara dikatakan perlu berada dan melapangkan masa untuk administrative duty, kita sudah salah faham.

I think the basic role of Ketua Hakim Negara sudah hilang dia punya tugas kerana ini adalah sesuatu yang unik kerana dalam 50 tahun ini, tidak pernah perkara macam ini terjadi. Tidak pernah terjadi kerana setiap Ketua Hakim Negara dari tahun 1957 sampai sekarang, mereka memegang bukan satu jawatan yang tertinggi dalam kehakiman negara ini tetapi juga membuat case-law yang sangat mustahak.

Ini adalah yang diharapkan oleh mereka. Saya kasihanlah. Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak mendapat ulasan atau dengan sengaja want to cover up for the Ketua Hakim Negara. Saya rasa kita jangan pandang satu perkara yang senang macam itu. Saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahak kerana kebelakangan ini, ini adalah satu negara yang sangat unik di mana setiap Ketua Hakim Negara, bila dia retire, dia masuk corporate world...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ...Dia masuk sebagai director of public listed company...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tanya sahajalah.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ...Mana ada di seluruh dunia? Tidak ada macam itu. Dia tiba-tiba boleh. Sebenarnya mereka diharapkan, the legal circles mengharapkan selepas mereka bersara, mereka dapat menulis buku-buku berkaitan dengan undang-undang.

Bukan terlibat dengan mendapat gaji-gaji yang lumayan, dapat kontrak yang lama dan kontrak-kontrak yang besar. I think we got the whole direction wrong. I hope, dengan izin, the Law Minister will understand this in a better perspective...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: ...Because if you are not good, you must go for a necessary teaching.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, panjang lagikah?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Panjang, panjang, panjang. You suka atau tidak suka, saya de facto Law Minister dan saya menjawab perkara ini, apa yang disampaikan kepada saya which is true.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Totally?

Page 97: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 81

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Totally, that is your problem, your business, not mine. Okay, it is your problem. So just hope that...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya rasa...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Hendak buat macam mana? Itu jawapan sebetulnya. Kalau dia broke down dengan kerja-kerja...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya. Bukan saya datang sini saya hendak protect dia atau apa ke. Itu benda yang betul. Sebagai contoh, kalau ada hakim-hakim yang berhenti, kemudian dia jadi korporat. Yang Berhormat fikirkanlah. Maknanya satu keputusan, kita fikirkan tidak boleh. Sebenarnya saya pun sendiri kalau hakim hari itu practice law balik, saya pun rasa kasihan juga kepada ex-judge ini. Satu, kasihan pada dia.

Nombor dua, tidak bolehlah sebab dia pernah duduk di atas hari itu, kemudian dia pula jadi advocate solicitor, memang tidak patutlah. Jadi benda-benda seperti ini kalau tidak boleh, kita mesti kata kepada tidak boleh. Ini kita hendak tengok etika-etika. Pada saya, saya bersetuju. To me, it is my personal opinion. Orang yang jadi hakim, duduk di atas itu, bila dia sudah habis itu, gracefully, melibatkan diri dalam hal-hal yang ada kaitan dengan dia punya kerja-kerja dulu sebab kita hendak menjaga dan menghormati kedudukan (position) dia dulu sebagai hakim.

Kalau dia sudah jadi advocate solicitor, dia appear depan Sessions Court Judge atau yang junior, very more junior, saya rasa itu tidak betullah, tetapi ini kita boleh bincang lagi. Saya boleh memberi pandangan-pandangan ini, saya beritahu kepada pihak CJ tentang adanya di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang merasakan bahawa sepatutnya tidak perlulah hakim-hakim sampai pencen itu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merendahkan kedudukan dia...

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ya.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa lagi?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sedikit mengenai pelantikan hakim iaitu sebelum krisis kehakiman pada tahun 1988. Saya difahamkan dan saya diberitahu oleh seorang hakim sendiri bahawa semasa mereka dilantik, mereka membuat satu surat pengakuan bahawa selepas mereka bersara, mereka tidak akan terlibat dalam arena selain daripada bersara dan tidak terlibat dalam perniagaan dan sebagainya.

Saya difahamkan beberapa tahun kebelakangan ini, surat-surat seperti tidak lagi disediakan. Bolehkah kerajaan mengambil satu inisiatif dan memberi arahan kepada hakim-hakim kerana kekhuatiran masyarakat adalah ini - apabila seorang hakim bersara, tiba-tiba selepas satu bulan, dia dilantik di public listed company.

Kemahiran apa yang beliau ada? Apa ada kena-mengena? There should be some social contact, some business contact sebelum itu. Itulah sebab dia dilantik. Mereka meragui bahawa ada campur tangan pihak-pihak korporat dalam decision making process of the hakim. Inilah supaya kita tidak ada satu senario macam itu. Saya rasa ini perlu satu pandangan, satu perkara yang serius perlu diambil.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak boleh mengarah hakim tetapi saya akan maklumkan tentang pandangan-pandangan Ahli-ahli Parlimen dalam perkara yang ada kaitan dengan mereka. Saya akan maklumkan tentang pandangan-pandangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa – untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini pihak berkuasa melantik iaitu SPA sememangnya telah menjalankan urusan tersebut iaitu menemu duga pelajar-pelajar di luar negara untuk pulang bekerja dalam negara. Urusan pelantikan dan pengambilan adalah di bawah kuasa pihak berkuasa melantik SPA dan bukannya JPA.

Yang Berhormat bagi Ipoh Barat – pencen yang diterima pada tahun 1971 tidak berubah. Adakah perkara ini benar atau satu kesilapan? Peraturan pencen...

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Minta penjelasan sedikit.

Page 98: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

82 DR. 18.4.2007

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sudah jelas, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Tidak, tidak, pasal macam ini. Saya...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jawapannya sama juga itu. Nanti bagi...

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Tidak. Di London tidak cover lagi...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya?

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: ...Di London tidak cover lagi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, saya akan check sama ada cover atau tidak cover lagi...

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Yang dalam negeri dan selain itu selebihnya cover.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak apalah. Saya akan ambil maklum. Peraturan pencen telah memperuntukkan pencen seseorang pesara diselaraskan setiap kali berlaku pelarasan gaji anggota sektor awam yang sedang berkhidmat. Jadi ia naik apabila setiap kali gaji naik, maka pencennya pun ikut. Jadi tidak kira gaji.

Kalau macam 30 tahun dahulu, dia masih hidup, umur 90 tahun, kalau gajinya RM300, besar pada ketika itu, jadi pencen dia katalah 30%, berapa sangat? Takkanlah sekarang macam itu juga. Jadi dia punya gaji naik dengan penyelarasan gaji yang sekarang. Oleh itu, amaun pencen yang diterima oleh seseorang pesara tidak statik, sebaliknya akan meningkat dari semasa ke semasa. Adillah dengan orang yang bekerja pada waktu ini.

Yang Berhormat bagi Mambong tidak ada, tidak apa, saya jawab lain kali, bagi bertulis. Yang Berhormat bagi Rembau pun tidak ada.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nantilah. Yang Berhormat bagi Ipoh Barat ada lagi.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ada, ada.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ada, ada, ada. Berapakah kekosongan jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan? Buat ketika ini, tiada kekosongan bagi jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Yang Berhormat bagi Ipoh Barat lagi – mengapa Ketua Hakim Negara tidak menghadiri pelantikan rasmi Parlimen baru-baru ini? Tuan Pengerusi, pertamanya Yang Berhormat, tidak betul kalau Yang Berhormat kata setiap kali ada pembukaan Parlimen, CJ tidak akan hadir, tidak betul. Tidak silap saya tahun lepas ataupun dua tahun yang lalu, yang hadir ialah Justice Tan Sri Abdul Malek, dia hadir. Ya, two years ago. You check balik.

Jadi ini bukanlah satu penghinaan. Dia tidak hadir kerana dia menghadiri Mesyuarat Hakim-hakim Mahkamah Sesyen Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah. Biarpun begitu, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah hadir mewakili Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara. Dia di Sabah berjumpa dengan Hakim-hakim Mahkamah Sesyen. Itu pun penting juga dalam tugas dan tanggungjawab dia menjadi seorang ketua hakim. Dia telah menentukan tarikh, semuanya telah pun disediakan dan kalau tidak, nanti batal, Yang Berhormat akan kata hakim membazirkan wang kerajaan.

Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, isu CM Sarawak. Yang Berhormat, saya hendak sebut sekarang kita tengah siasat selain daripada kita dengar daripada kenyataan akhbar yang dibuat oleh pegawai akhbar Ketua Menteri Sarawak dia kata ketua menteri akan ambil tindakan, itu hak dia, tetapi dari segi BPR kita menyiasat dan Yang Berhormat jangan takut.

Page 99: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 83

Kalau Yang Berhormat bagi Bandar Kuching mempunyai perincian berhubung dakwaan rasuah terhadap CM Sarawak, kita mohon kerjasama membuat aduan rasmi dan bekerjasama dengan BPR dan kenyataan Yang Berhormat bagi Bandar Kuching tidak akan kita under section yang kita tidak benarkan beritahu kepada orang kita akan guna seksyen itu juga untuk tidak menzahirkan apa Yang Berhormat beri bukti-bukti perincian kepada pihak BPR, tetapi jangan rasa takut pula...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bukan takut, kalau takut saya tidak akan sebutkan hal ini dalam Dewan ini.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hah, betul! Kerana sudah pun disebut dalam Dewan, ya bagus...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tadi saya dengar jawapan Yang Berhormat kata buat laporan rasmikah? Tidak payah saya fikir itu sekarang apa telah disebut di sini, BPR tidak perlu lebih proaktif.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, kalau Yang Berhormat boleh beri kerjasama kalau dipanggil untuk mendapatkan penjelasan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Boleh, boleh sentiasa saya mahu bekerjasama, thank you.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, problem. Pegawai kita ambil itu sebagai satu kenyataan rasmi di dalam Dewan. Jadi saya bagi jaminan Yang Berhormat tidak akan diambil tindakan apa-apa kerana kita hendak bantu menyiasat. Yang Berhormat tidak berperangai macam kucing seperti mana kawasan yang diwakili Yang Berhormat, okey.

Kemudian Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, ada tidak? Tidak ada tidak payah, bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang jawapan bertulis. Yang Berhormat bagi Jerai pun jawapan yang bertulis, nanti Yang Berhormat bagi Seputeh ada. Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak ada, mana? Okey, tidak pasal duduk sebelah Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor tidak nampak.

Yang Berhormat bagi Batu Gajah, berapakah jumlah keseluruhan ubahsuai Pejabat Yang di-Pertua Dewan? Untuk makluman Yang Berhormat, Parlimen Malaysia telah mengemukakan waran peruntukan kepada JKR bagi kerja-kerja ubahsuai tersebut secara lump sum berjumlah RM1,893,650. Perkiraan terperinci mengenainya akan saya berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya keseluruhannya sejak 2002 lebih kurang dua tahun lalu sehingga kini, pengubahsuaian jumlah besar itu berapa dan apakah lagi pengubahsuaian yang akan dilakukan di dalam Dewan ini?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey yang itu saya akan bagi jawapan bertulis. Pihak Parlimen tolong catatkan. Yang Berhormat bagi Batu Gajah dia sensitif kena jawab baik-baik sebab dia kata saya rude jadi saya kena jawab baik-baik, berhati-hatilah.

Langkah-langkah Yang Berhormat bagi Batu Gajah minta langkah-langkah keselamatan sedia ada untuk mengelakkan kebocoran bumbung daripada berulang, tindakan preventif maintenance, penyelenggaraan pencegahan telah pun diambil oleh pengurusan Parlimen dengan mengadakan pemeriksaan berkala terhadap peralatan-peralatan termasuk loji-loji, pemasangan elektrik dan lain-lain lagi untuk mencegah berlakunya kerosakan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini.

Yang Berhormat bagi Pasir Mas, cadangan supaya disiarkan perbahasan kepada masyarakat umum secara langsung. Yang Berhormat benda ini kita telah, okey lah sekalilah, Yang Berhormat bagi Seputeh dengan Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Saya telah menjawab banyak kali tentang perkara ini dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengadakan siaran langsung persidangan Parlimen kerana laporan-laporan media dan media elektronik sedia ada sudah memadai untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang perlu berkaitan dengan persidangan ini.

Kemudian Yang Berhormat...

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: [Bangun]

Page 100: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

84 DR. 18.4.2007 Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Relakslah, baru cocok sedikit sudah, relaks-relaks. Dia macam ini Yang Berhormat sebab waktu kita bersidang ini siaran langsung. Siaran langsung ini bila kita bersidang waktu kita bersidang pukul 10.00 pagi sampai 1.00 petang, tiga jam. Pukul 2.30 sampai 5.30 petang, tiga jam lagi. Ini waktu orang bekerja Yang Berhormat, apa fasal hendak suruh dia orang pergi tengok siaran langsung pula, dia bekerja. Suri rumah tangga pun bekerja dekat rumah di rumah dia memasak, membasuh.

Jadi produktiviti akan turun kalau kita buat siaran langsung sebab itu kita ada siaran yang tertunda supaya malam itu kita boleh terima. Kadangkala Yang Berhormat sepanjang kita bermesyuarat ini bukan semuanya maknanya kita berbahas dengan feisty kah apakah kadang-kadang tidak ada benda hendak dibahas pun seorang bercakap.

Nanti kalau orang yang tidak faham dia kata apa benda ini Yang Berhormat bercakap ini. Jadi sebab itu pada saya kita biarkan kepada berita untuk mereka memilih yang mana mereka fikir hendak sampaikan kepada rakyat itu pilihan mereka, tetapi yang untuk siaran langsung ini saya tidak setuju sebab produktiviti akan turun, sila Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat siaran yang disiar oleh tv ataupun Radio Malaysia di Parlimen kita ini iaitu mereka mengambil masa tengah malam sangat, jam 12.00 malam. Jam 12.00 malam itu pun disiar kepada kebanyakannya kepada pihak kerajaan. Kalau pembangkang yang bercakap ini hanya mulut sahaja bergerak kadang-kadang suara tidak ada, saya tengok saya. Mulut saya bergerak tetapi suara tidak ada dia bawa lari suara macam mana? Jadi mengaibkan. Ini satu.

Yang kedua pulanya, apakah tidak boleh kita mengambil misalnya pukul 10.00 malam ataupun 9.30 malam kerana waktu itu orang sudah balik. Lagipun di Kuala Lumpur ini pasar raya-pasar raya dan tempat-tempat awam itu kita siar. Saya rasa itu dapat manfaat lebih meluas kepada masyarakat kita daripada kita kongkong Parlimen kita dalam keadaan yang semacam tidak teruruslah Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dia yang ramai orang minat ini semenjak saya ambil alih Parlimen lah kan, sebelum itu tidak berapa? Dia Yang Berhormat, dia macam ini, waktu ini dia ada peak hours dia dan pada ketika ini, ini RTM lah.

Jadi daripada dia punya statistik menunjukkan itu bahawa dia terpaksa memberikan slot-slot ini kepada perkara-perkara yang pertamanya sudah tentu menjadi kehendak orang ramai. Jadi kita punya ini selalunya pukul 11.30 malam itu pun orang tunggu, orang tunggu. Pukul 11.30 malam pun orang tunggu, pada saya ini satu perkara yang baik...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Duduklah sekejap, saya bagi jalan. Jadi pukul 11.30 malam pun orang tunggu. Pada saya pada hari ini saya tengok sebenarnya dia orang tidak kisah pukul 11.30 malam pun, tetapi dia orang minta kalau boleh panjangkan, kalau setengah jam, jadikan satu jam. Jadi sebab itu saya akan cuba beritahu kepada menteri berkenaan, untuk Parlimen ini apa salahnya kalau kita bagi pukul 11.00 malamkah. Pukul 11.00 malam pun dia orang tidak kisah, tetapi dia orang hendak lebih lama lagi.

Berkenaan dengan mulut itu saya akan beritahu kepada mereka iaitu supaya ialah aniaya lah sebab kesian bukan senang hendak datang ke Dewan Rakyat, pakai lebai ini pun hendak pasang lebai sudah setengah jam. Saya faham Yang Berhormat. Jadi saya akan beritahu kepada mereka suara itu pun bagilah keluar, apa salahnya tidak ada masalah, betul, setuju tidak? Kenapa Yang Berhormat, okeylah itu...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Suara yang baiklah keluar.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya rasa di negara-negara jiran kita contohnya Thailand, Indonesia masing-masing dapat menyiarkan berita ini secara terus-menerus walaupun mereka mengambil tidak banyak masa.

Page 101: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 85

Bukan ertinya terus-menerus itu kita mengambil tiga, jam, sepuluh jam, tidak. Misalnya kita kata jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi di waktu soal jawab lisan, ambil satu jam cukup. Setidak-tidaknya memberi satu gambaran bahawa Parlimen kita ini bebas bercakap.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, okey.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya boleh bercakap dan ada jawapan kemudian boleh tanya. Begitu, gambaran ini mesti diperjelaskan kepada rakyat. Kalau tidak rakyat menuduh kita...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey. Itu cadangan yang baik. Saya sebenarnya saya hendak memberitahu bahawa saya telah pun mencadangkan kalau sekiranya tidak boleh dibuat siaran langsung satu hari sebab kita pun tahu kadang-kadang satu hari punya debate bukan semuanya yang menarik.

Namun sekurang-kurangnya soal jawab itu, tapi itulah, nanti orang tak kerja pula Yang Berhormat kalau siaran TV secara langsung mulai 10.00 hingga 11.30 pagi – satu setengah jam mereka tidak bekerja. Dia tengok TV sahaja kerja tak buat. Pasal kita akan menarik perhatian mereka.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Kalau yang lain kita boleh buat siaran terus menerus bagaimana?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hah?

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Yang lain kita boleh buat siaran terus menerus.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu sebelah malam. Bola sebelah malam. Ada yang kerja pergi tidur.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya bukan hendak berbahas dengan Yang Berhormat, tetapi realiti yang berlaku di negara kita ini...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang lain yang kita buat siaran langsung pun katalah macam Pertabalan Agong, itu sekali dalam masa lima tahun. Yang ini hari-hari Yang Berhormat, hari kerja, jadi itu semua kita kena kiralah... [Tepuk]

Nampak tak berpuas hati ini Yang Berhormat. Okey? Balik ke Kelantan kang tak sedap pulak.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat bagi Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Menteri, saya ingat Yang Berhormat Menteri tak pernah menonton program Parlimen Hari Ini. Sila tonton malam ini. Ia akan tengok yang menunjukkan perbahasan dalam Dewan hanya 15 minit sahaja. Yang lain, mereka selalu pilih Sri Gading lah, pilih Jerai lah. Semua budak nakal dari Barisan Nasional bagi wawancara khas. [Dewan riuh]

Mana ada, macam kita hari ini sesi soal jawab, kita Yang Berhormat bagi Bintulu yang bertanya mengenai ATM, kita ada Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor bertanya tentang Altantuya sama ada Timbalan Perdana Menteri melibatkan diri dalam itu, semua menarik minat rakyat. Kalau kita ada siaran langsung, sebenarnya ini adalah juga merupakan suatu pendidikan kepada suri rumah tangga dan juga budak-budak sekolah.

Mereka hendak pergi ke sekolah tengok, “Oh! Ini Parlimen”. Mereka akan tahu banyak melalui televisyen dan juga satu lagi kebaikan ialah ini akan memaksa kita sebagai wakil rakyat akan tekun membuat research supaya kita tak cakap bodoh, dan Yang Berhormat bagi Jerai, Sri Gading, Kinabatangan mereka juga tidak akan berkelakuan kebudak-budakan...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Dan mengeluarkan kata-kata yang tidak patut kini termasuk Yang Berhormat bagi Tangga Batu... [Dewan riuh]

Page 102: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

86 DR. 18.4.2007 Saya rasa ini satu format atau satu bentuk disiplin kepada kita wakil rakyat supaya lebih tekun supaya memainkan peranan kita lebih bersungguh-sungguh...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Termasuk juga Yang Berhormat bagi Seputeh lah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Saya rasa ini adalah baik untuk negara, baik untuk Parlimen, baik untuk imej Ahli-ahli Parlimen dan saya minta Yang Berhormat Menteri yang menjaga urusan Parlimen boleh mempertimbangkan membawa perkara ini ke Kabinet...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini malam Yang Berhormat bagi Seputeh keluarlah TV.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Barisan Nasional sudah control 92% kerusi, apa bimbang lagi...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat bagi Seputeh. Cukuplah, ya.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Hayia! Program Parlimen Hari Ini hanya tunjuk 15 minit sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Seputeh sila duduk.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya cabar RTM siarkan perbincangan ini pada malam ini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini malam Yang Berhormat bagi Seputeh keluarlah... [Ketawa] [Dewan riuh]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, sebenarnya Yang Berhormat bagi Seputeh tidak betul. Saya tengok tiap-tiap malam pukul 11.30, saya tengok sebab saya pun selalu keluar. Saya tengok, biasalah kalau kita tengok gambar ramai-ramai itu yang pertama sekali dia orang itu akan cari gambar dia. Saya selalu keluar, saya tengok, jadi tak betul itu pertama. Itu pertama.

Keduanya, sebenarnya saya juga mendapat maklumat bahawa tidak betul tuduhan dibuat terhadap Yang Berhormat bagi Sri Gading, Kinabatangan, dan Tangga Batu kerana mereka minat hendak tengok. Kerana mereka orang minat hendak tengok, ya. Saya tanya kalau saya pergi ke mana - ini Yang Berhormat bagi Sri Gading nya. Yang ini Yang Berhormat bagi Kinabatangan ini, Datuk Bung, Bung ini Indon ini mereka kata Indon. Saya kata inilah, jadi sebenarnya yang dia orang minat ialah kerana orang-orang ini yang bercakap... [Dewan riuh]

Salah tanggapan itu. Ini sebab dia kata bila pembangkang bercakap, hentam dia kata biasalah sebagai pembangkang hentam kerajaan, buat apa pun kerajaan tidak betul, tetapi bila Backbencher bercakap, dia kata ini betul ini sebab dia kerajaan, dia berani, walau pun kerajaan dia berani bantai... [Dewan riuh]

Tahniah saya ucapkan kebudayaan Yang Berhormat bagi Sri Gading dan Kinabatangan. Yang ini yang dia orang hendak tengok. Sebab dia tahu yang ini bercakap, saya ambil kira...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya! Ini cakap benda betul sebab kalau pembangkang bercakap, dia orang tidak mahu dengar. Dia kata, pembangkang ini apa pun kerajaan tak betul. Semua salah, tetapi yang Backbencher itu waras sebab kita tahu dia orang ini Backbencher, kerajaan. Bukan calang-calang yang boleh kritik kerajaan ini.

Hah! Tengok macam mana Setiausaha Parlimen kena, Timbalan Menteri kena. Yes, kerana mereka Yang Berhormat, orang hendak tengok, tetapi saya sudah bawa perkara ini, termasuk ini. Jangan lupa Yang Berhormat bagi Ketereh, ini saja. Saya telah bawa perkara ini, siaran langsung.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Menteri sudah setujulah pandangan kami ini? Setuju tak?

Page 103: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 87

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Siaran langsung?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Setuju tak?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nantilah saya bercakap dahulu. Saya telah bawa pertama ke Jemaah Menteri. Jemaah Menteri pun tidak bersetuju. Saya cakap kepada Speaker, Speaker sebagai ketua Dewan pun tidak setuju siaran langsung, jadi kita tidak boleh teruskanlah sehingga satu keputusan lain dibuat di masa akan datang.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Adakah kerana mereka bimbang nanti rakyat lihat macam mana Barisan Nasional punya Ahli Parlimen berkelakuan tidak begitu baiklah. Saya tidak mahu menggunakan perkataan samseng.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Seputeh, cukuplah, ya. Yang Berhormat Menteri tak beri jalan berhentilah.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan, bukan kerana itu. Kerana kita bimbang takut pasal orang ramai tengok kelakuan pembangkang yang tidak baik... [Dewan riuh]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu yang sebenarnya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab kalau dalam pilihan raya, dalam Dewan ini 92% kerusi kita sudah menang, kita kasihan juga dekat dia orang...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta penjelasan. Minta penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Jangan sampai pupus nanti, tetapi kalau kita siar dalam ini TV orang lain tengok, lagi dia orang meluat kepada pembangkang lagi esok kosong terus. Kita pun tak seronok dalam Dewan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, dia tak bagi Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Murid-murid dari Bukit Mertajam sudah balik.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini tajuk saya juga. Ini tajuk saya juga.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tajuk? Okey.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini tajuk saya juga. Saya rasa tak kiralah sama ini baik untuk Barisan Nasional atau pembangkang kerana ini Dewan yang dipanggil Dewan Rakyat. Rakyat pun berhak dan perlu tahu apa yang berlaku dalam Dewan ini kerana mereka tidak tahu apakah Yang Berhormat ini buat di dalam Dewan.

Mereka ada salah faham bahawa ini Ahli-ahli Parlimen hanya memberi peruntukan. Itulah mereka pandang Ahli Parlimen sebagai ATM mesin yang memberi wang, jadi saya rasa adalah penting. Mereka tahu apa yang berlaku di dalam Dewan ini, apa dasar yang telah diluluskan. Apakah undang-undang yang telah diluluskan dan dibahas.

Kalau tidak boleh disiarkan secara langsung saya pun bersetuju mungkin tidak dapat dijalankan pada waktu ini, tetapi boleh dibuat siaran secara tertangguh seperti yang dikatakan dia boleh mula mungkin di pagi soal jawab itu disiarkan secara langsung dan selepas itu dia disiarkan selepas pukul 9.00 malam.

Page 104: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

88 DR. 18.4.2007 Sesiapa yang minat mengikuti apa yang diperbincangkan di dalam Dewan ini, jadi mereka boleh sama ada mereka minat atau tidak, sama ada perbahasan itu berkualiti atau tidak, sama ada Yang Berhormat Menteri menjawab dengan berkualiti, dengan baik atau tidak biarlah rakyat yang membayar cukai itu membuat tafsiran sendiri. Ini merupakan suatu indeks sama ada negara ini sudah maju, sama ada kerajaan ini telus atau tidak.

Apa salahnya seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh. Barisan Nasional sudah mengawal 92%...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sekarang pun budak-budak sedang tengok itu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Dan ada hebat-hebat yang Ahli-ahli Parlimen dari Backbencher pun hebat juga...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Bukit Mertajam cukuplah. Cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Saya rasalah sekarang sudah sampai masa kita menghormati hak untuk tahu kepada rakyat the rights to know kepada rakyat.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak adalah, kita tak ada takutlah hendak buat siaran ini cuma seperti yang telah saya sebutkan, ini waktu kerja. Kita tidak mahu produktiviti turun.

Walau bagaimanapun, macam kata soal jawab itu, saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat Menteri, kalau Menteri Penerangan dia bersetuju kita ada deferred, sebab saya fikir soal jawab ini dia khusus ada soalan dan ada jawapan. Rakyat boleh dengar.

Tak semestinya siaran langsung. Kita mula dengan soal jawab. Kalau sekiranya perlu ada censorship pun buatlah kalau nampak macam Ketua Pembangkang menjerit-jerit, tak padan dengan umur dia 60 lebih bukan? Kita boleh potong... [Dewan riuh]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau guna perkataan babi itu?

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Hati muda. Hati muda.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya fikir sebagai permulaan kita boleh minta soal jawab ini dahulu, kerana soal jawab dia khusus, ada soalan dan ada jawapan dan ini akan sememangnya melibatkan rakyat di bawah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Seputeh bertanya berkenaan CCTV di pintu masuk No. 7 dan tempat meletak kamera dan telefon bimbit untuk para pelawat. Pengurusan Parlimen mengambil maklum perkara ini dan tindakan sewajarnya akan kita ambil.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Bukan CCTVlah. Sudah ada CCTV. Saya minta adakan peti televisyen. Kadang-kadang ada pelawat yang datang ke Parlimen oleh kerana pakaiannya dia dihalang untuk masuk ke Dewan bahagian ini. Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok melalui kaca TV apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat dan selalunya ada yang menunggu terlalu lama di bawah, selepas satu jam baru boleh naik...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pintu nombor 7? Letak di pintu nombor 7?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Ya, ya, nun di hujung. Saya rasa adalah lebih baik kalau kita adakan satu set TV diletakkan di sana. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku dalam Dewan sebelum mereka naik.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Oh! Itu kita fikirkanlah. Kalau wajar kita ambil tindakan, kita akan ambillah. Perlu lebih banyak bilik mesyuarat di Parlimen Malaysia. Yang Berhormat, saya ada sedikit perbezaan. Saya ingat ia adalah berbahaya. Nanti ia akan dirakam oleh orang awam. Rakaman itu boleh dibuat macam-macam. Parlimen akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih baik macam ini sahajalah...

Page 105: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 89

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Takut mereka rakamlah!

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mungkin. Sebab saya pun jawab di sini tindakan sewajarnyalah diambil. Kalau tidak wajar kita tidak ambillah. Jadi ada pandangan yang berbeza, kita akan mengambil kira juga pandangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Kemudian Yang Berhormat bagi Seputeh membangkitkan mengenai Jabatan Peguam Negara telah pengambil alih kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Jabatan Peguam Negara tidak mengambil alih kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, kerana Jabatan Peguam Negara cuma memastikan bahawa beberapa peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan yang dipinda dapat dilaksanakan dengan baik. Pindaan itu tidak keluar daripada skop pindaan itu iaitu tidak bertambah atau berkurang daripada skop pindaan itu.

Jabatan Peguam Negara sedang berusaha untuk memuktamadkan pindaan ini untuk di bawa ke Persidangan Parlimen dengan secepat mungkin. Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam perbahasan pada 2 April, walaupun saya tidak menjawab secara lisan, saya telah memberikan jawapan secara bertulis iaitu seksyen 9, seksyen 20, perenggan 33(b), (f), (g) dan (h) Kanun Tatacara Jenayah dan semua peruntukan dalam Kanun Keseksaan kecuali seksyen 9 telah dikuatkuasakan pada 6 Mac 2007 dan telah masing-masing disiarkan dalam Warta Kerajaan PU(B)68/2007 dan PU(B)67/2007 pada 5 Mac 2007. Berikutan daripada penyiaran dalam warta itu, ia telah menjadi pengetahuan umum tentang penguatkuasaan peruntukan-peruntukan itu.

Berkenaan dengan cadangan memindahkan Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara ke Parlimen, setakat ini tiada cadangan daripada kerajaan untuk memindahkan Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara ke Parlimen. Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara cuma membantu Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen.

Oleh itu tidak timbul soal pihak agensi kerajaan tidak menghormati cadangan dan hasil kajian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atas keengganan untuk menguatkuasakan kedua-dua akta itu...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti sekejap. Yang Berhormat bagi Tuaran? Yang Berhormat bagi Tuaran tidak ada.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini berkaitan dengan jawapan...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, nanti sekejap. Sabar, sabar.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan, sila duduk.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat bagi Maran ada? Yang Berhormat bagi Maran tunggu. Okey, okey.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih. Apa yang saya tidak faham ialah yang di holdback itu, yang tidak dikuatkuasakan itu. Saya masukkan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas itu adalah 90% daripada cadangan kami tidak dikuatkuasakan walaupun diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga diwartakan. Ini tidak patut!

Jadi apa yang salahnya dalam 90% cadangan yang dibentangkan itu. Kami sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas tidak diberitahu dan Jabatan Peguam Negara hanya menahan kedua-dua undang-undang ini untuk dikuatkuasakan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri kalau hendak menjaga keutuhan integriti Parlimen sebagai institusi penggubalan undang-undang kita haruslah bersetuju bahawa tidak perlu ada lebih select committee untuk mengkaji undang-undang kita.

Kita juga perlu pindahkan Bahagian Gubalan Undang-undang itu ke Parlimen supaya kita sebagai law maker yang sebenarnya, bukan sebagai alat yang meluluskan semua akta rang undang-undang dipindahkan oleh Jabatan Peguam Negara ke sini. Saya mahu Yang Berhormat Menteri tidak tunduk kepada little Napoleon, menjadi menteri yang ada kuasa dari segi penggubalan undang-undang.

Page 106: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

90 DR. 18.4.2007 Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat macam inilah. Perkara ini teknikal. Saya bersetuju kita law makers, apa yang select committee putuskan, yang kita telah mengadakan public meeting dan kita telah mengambil semua feedback, ini perlu di translate kepada undang-undang yang kita hendak.

Jadi, saya rasa yang elok saya akan memaklumkan kepada pihak Attorney General supaya mereka mengadakan perjumpaan dengan select committe dan saya hadir bersama supaya saya juga akan faham tentang apakah perkara yang menjadi ketidakpuasan hati ahli-ahli select committee. Boleh, Yang Berhormat? Terima kasih.

Yang Berhormat bagi Maran membangkitkan mengenai PTD - urusan penstrukturan Jabatan Pendidikan Negeri dibuat atas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memantapkan pengurusan JPN itu sendiri. Dalam hal ini pewujudan jawatan PTD adalah untuk membantu Pengarah JPN dalam hal-hal pengurusan kewangan dan pentadbiran am.

Jawatan Pengarah JPN masih dipegang oleh Pegawai Pendidikan dan bukan oleh pegawai PTD seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Tambahan pula jawatan PTD yang diwujudkan adalah jawatan-jawatan baru dan tidak mengganti jawatan-jawatan Pegawai Pendidikan sedia ada. Oleh itu ia tidak langsung menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai pendidikan. Di dalam urusan penstrukturan JPN sebanyak 179 jawatan naik pangkat diwujudkan di peringkat JPN untuk pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan.

Yang Berhormat bagi Sekijang - kerajaan telah memperuntukkan...

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Mohon penjelasan. Saya tidak tahu bagaimana dikatakan bahawa tidak menjejaskan peluang-peluang bagi pihak DG ataupun didik guru itu dalam peluang-peluang kenaikan pangkat ini? Saya pasti pegawai-pegawai PTD yang akan menduduki post yang disebut sebagai ketua sektor di sekolah itu sudah pasti pegawai yang datang adalah pegawai-pegawai muda sedangkan seorang guru untuk naik daripada DG41 ke DG48 itu memakan masa hampir 30 tahun.

Namun saya kira, pegawai-pegawai PTD kumpulan M41 untuk naik M48, dia cuma mengambil masa hanya tujuh tahun sahaja. Saya pasti yang akan mengambil alih ketua sektor di jabatan pelajaran itu terdiri dari pegawai-pegawai jauh lebih muda. Ini akan menyinggung perasaan guru-guru yang lebih senior dalam perjawatan yang akan menyebabkan mereka itu tidak beruntung daripada mendapatkan peluang-peluang itu. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya pegawai-pegawai yang di belakang itu telah mencatat apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Ini satu perkara teknikal yang perlukan satu jawapan yang betul. Jadi saya harap dapat memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

Kemudian Yang Berhormat bagi Ipoh Barat membangkitkan mengapa RM3 juta diperlukan untuk pertambahan jawatan baru seramai 33 jawatan. Apakah jawatan lantikan baru itu? Kenapa perlu dilantik? Perbelanjaan sebanyak RM2.7 juta digunakan bagi tujuan urusan temu duga dan pengambilan di perkhidmatan awam, peningkatan perbelanjaan berlaku berikutan pertambahan jadual temu duga.

Bagi pengambilan anggota perkhidmatan awam, selaras dengan penyerahan semula kuasa kepada SPA bagi melantik jawatan dalam Kumpulan Sokongan II dari kementerian dan jabatan, perbelanjaan sebanyak RM300,000 pula digunakan sebagai perjawatan baru seramai 33 orang di SPA memandangkan wujudnya bahagian baru.

Peruntukan ini diguna untuk bayaran emolumen, ubahsuai pejabat, pembelian peralatan pejabat bagi perjawatan baru terdiri daripada PTD M48 seorang, PTD M44 - seorang, PTD M41 - 3 orang. Pegawai Sistem Maklumat F48 - 1 orang, Penolong Pegawai Sistem Maklumat F29 - 3 orang, Penolong Pegawai Tadbir N32 – 1 orang, Penolong Akauntan W27 – 1 orang, Ketua Pembantu Tadbir N22 - 2 orang, Pembantu Tadbir N17 - 17 orang, Pembantu Tadbir Rendah N11 - 1 orang dan Pembantu Am Rendah N1 - 2 orang.

Page 107: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 91

Yang Berhormat bagi Sekijang juga mencadangkan supaya kenaikan pangkat bagi guru-guru dipercepatkan. Kerajaan telah membuka peluang kenaikan pangkat secara biasa bagi mengisi kekosongan gred jawatan lebih tinggi. Kenaikan pangkat secara time base dan kenaikan pangkat melalui konsep Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang dengan tujuan untuk memperluaskan peluang kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan.

Yang Berhormat bagi Sekijang juga mencadangkan supaya setiap sepuluh orang guru DG41 mesti ada seorang guru DG44 dan setiap lima orang guru DG44 mesti ada seorang guru DG48 dan seterusnya. Cadangan yang dibangkitkan akan diambil perhatian dalam melaksanakan kajian penyusunan struktur Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagaimanapun perlu juga dimaklumkan bahawa penetapan gred jawatan hendaklah juga mengambil kira antaranya beban tugas dan tanggungjawab, kompleksiti tugas, output, bidang pengkhususan guru dan kategori sekolah-sekolah.

Yang Berhormat bagi Sekijang juga membangkitkan tentang kenaikan pangkat bagi perkhidmatan guru. Beliau mencadangkan supaya guru-guru yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat, terutama mereka yang cemerlang.

Pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah berkhidmat melebihi lima tahun dan menunjukkan prestasi cemerlang serta memenuhi kriteria kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan boleh dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan gred jawatan kenaikan pangkat atau mengisi jawatan Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang.

Kemudian, Yang Berhormat bagi Seputeh - perlu lebih banyak bilik mesyuarat di Parlimen Malaysia. Berkenaan perkara ini, keperluan-keperluan ini telah diambil kira di dalam cadangan pembinaan blok pentadbiran yang baru. Yang ini memang tidak boleh buat apa sudah kerana telah disediakan pada tahun 1965...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tunggu dapat duitlah, kita kena mohonlah dahulu. Kita buat permohonan, saya telah pun mengarahkan Ketua Pentadbir untuk dia berjumpa dengan EPU untuk mendapatkan kewangan supaya kita dapat membina blok baru ini. Ini sudah ada di dalam cadangan kita.

Kemudian, Yang Berhormat bagi Seputeh juga - memberi pengiktirafan kepada Pegawai Penyelidik dengan membayar terus kepada Ahli Parlimen. Berkenaan dengan Pegawai Penyelidik, kaedah yang digunakan sekarang adalah teratur dan selaras dengan peraturan-peraturan perjawatan yang sedang berkuat kuasa.

Ianya menjamin keperluan penyelidikan yang berterusan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di samping dapat menjaga kebajikan dan kerjaya pegawai-pegawai penyelidik sedia ada. Kalau Yang Berhormat ada calon-calon...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Menteri, pegawai yang catat itu putar-belitlah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hah?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya sebenarnya kata, elaun tambahan yang diberi yang dicatat di dalam buku ini sepatutnya adalah lebih baik kalau dibayar terus kepada pembantu Ahli Parlimen ataupun menteri-menteri dan nama mereka juga dimasukkan di dalam rekod Parlimen.

Ini sebagai satu pengiktirafan kepada penyelidik pembantu Ahli Parlimen. Ini adalah lebih baik daripada menaikkan elaun kepada Ahli Parlimen kerana ini menyebabkan pengundi rasa kita sudah jadi orang kaya. Ini cadangan saya.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, saya....

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Macam di Taiwan seorang Ahli Parlimen ada enam pembantu dibayar terus kepada Parlimen... [Disorak]

Page 108: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

92 DR. 18.4.2007

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, nanti saya beritahu kepada pihak pentadbiran.

Yang Berhormat bagi Maran ingin tahu iaitu jumlah rombongan pelawat ke Parlimen dan sama ada kajian untuk mendapat pandangan pelawat mengenai Parlimen. Jumlah pelawat pada tahun 2006 ialah sebanyak 35,000 dan tahun 2007 hingga April sahaja sudah menjangkau 9,902.

Dia memohon supaya maklumat mengenai Parlimen boleh dibuat lebih banyak dan dalam bentuk CD. Maklumat mengenai Parlimen dibuat pada masa ini hanya dalam bentuk brosur sahaja serta dalam laman web Parlimen. Jadi, CD ini kita belum dilaksanakan, kita akan pertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, maaf. Saya tadi ada bangkitkan satu perkara, saya sedang tunggu...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa dia?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mengenai kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Parlimen ini. Saya harap boleh disampaikan kepada Yang Amat Berhormat, agar dia tunjuk teladan hadir ke Parlimen untuk mendengar pandangan Ahli-ahli Parlimen. Kalau kata tulis surat, surat yang dihantar oleh Ketua Pembangkang juga tidak dibaca oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Jadi, saya haraplah dan agar ini kita boleh secara terus sampaikan kepada Yang Amat Berhormat masalah Ahli-ahli Parlimen...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Yang Berhormat bagi Batu Gajah, cukup.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kadang-kadang tidak masuk akal langsung... [Disorak] Jadi, kami pohonlah...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dia suruh saya berbaik dengan dia tetapi dia cakap kurang ajar, susah. Jadi kalau saya jawab, nanti dia kata saya rude dengan dia tetapi dia yang mulakan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Yang Berhormat sudah habis.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi, Yang Berhormat itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM12,672,850 untuk Maksud B.1; RM3,730,900 untuk Maksud B.5; RM252,765,900 untuk Maksud B.7, dan RM380,000 untuk Maksud B.9 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM12,672,850 untuk Maksud B.1, RM3,730,900 untuk Maksud B.5, RM252,765,900 untuk Maksud B.7 dan RM380,000 untuk Maksud B.9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM65,000,070 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2006 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM65,000,070 untuk Maksud P.6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2006.

Page 109: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

DR. 18.4.2007 93

Maksud B.11, B.12 [Jadual] – Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2006] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.

5.26 ptg.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.12 – Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun berjumlah RM220 juta yang mana sebanyak RM50 juta adalah untuk Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam bagi kemudahan perbelanjaan dan kemudahan pinjaman berkaitan penambahbaikan sistem pengangkutan awam negara.

Saya ingin bertanya apakah sudah terjadi kepada langkah penjimatan subsidi harga minyak menerusi langkah kenaikan harga petrol pada tahun yang lalu berjumlah lebih kurang RM4.4 bilion yang kerajaan berjanji untuk menambahbaikkan sistem pengangkutan awam terutama di Lembah Klang? Saya ingin bertanya bagaimanakah wang tersebut telah digunakan untuk menambahbaikkan sistem pengangkutan awam?

Pada masa sekarang sistem pengangkutan awam Lembah Klang terutama bandar raya Kuala Lumpur masih diselubungi pelbagai masalah seperti:

(i) kekurangan bas pengangkutan awam;

(ii) tempoh menunggu yang lama oleh penumpang;

(ii) koc transit laju ringan tidak mencukupi;

(iii) kekurangan bas pengantara;

(iv) kesesakan lalu lintas; dan

(v) hentian bas tidak menyediakan kemudahan yang cukup seperti tidak berbumbung atau tidak berpelindung yang mana apabila panas atau hujan para penumpang sentiasa dirundung malang. Ada penumpang yang terpaksa kuyup dek mandi hujan dan dibahangi kepanasan matahari semasa menanti bas di hentian bas kerana hentian tersebut terbuka.

Rancangan kerajaan untuk menambah laluan-laluan baru memang baik tetapi ia amat perlu dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan meletak kenderaan bagi mengelakkan mereka memasuki pusat bandar.

Tuan Pengerusi, langkah mengenakan levi kenderaan masuk ke pusat bandar tidak lama lagi. Saya percaya tidak banyak membantu untuk mengurangkan jumlah kemasukan kenderaan ke pusat bandar. Saya bimbang, sungguhpun levi banyak dikutip tetapi kenderaan yang masuk ke pusat bandar makin bertambah. Oleh itu, adalah perlu sistem rel transit ditambah dengan pembukaan laluan baru dan laluan berhubung antara stesen.

Tuan Pengerusi, pada hari ini ramai pemandu teksi Kuala Lumpur merungut kerana kesukaran mencari penumpang. Sepanjang hari bekerja untuk mendapatkan lebihan tambang setelah ditolak kos sewa, minyak dan perbelanjaan lain pun sangat sukar apatah lagi gaji sendiri. Kerajaan perlulah mengawal pengeluaran permit baru iaitu jangan lambakkan teksi baru di Kuala Lumpur akibatnya para pemandu sendiri sukar mencari makan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion adalah dikehendaki untuk membiayai menyediakan geran kepada Yayasan Amanah Harta Bumiputera bagi melaksanakan operasi belian hartanah-hartanah berpotensi di lokasi-lokasi strategik.

Tuan Pengerusi, saya ingin tahu di manakah tempat...

Page 110: DR-18042007 - edit - edit.pdf · 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan

94 DR. 18.4.2007

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sambung esok.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Boleh.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.