pejabat ketua pengarah - risda...pejabat ketua pengarah tingkat 12, bangunan risda kilometer 7.5...

13
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIL 1 ( PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH ) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN RISDA KILOMETER 7.5 JALAN AMPANG Tel : 03-42564022 ext 477 KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-42517541 50990 KUALA LUMPUR Email : [email protected] Bilangan : ( 01 ) dlm.14.0/9650.01Klt.3 Tarikh : 11 November 2014 Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 20 TAHUN 2014 BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH BKKH2.0 DAN BKKH(P) Perkara di atas dan AKP Bil. 12 Tahun 2014 bertarikh 05 Jun 2014, AKP Bil.12 Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 16 Jun 2014, AKP Bil.12 Tahun 2014 (Pindaan 2) bertarikh 25 Ogos 2014, AKP Bil.13 Tahun 2014 bertarikh 30 Jun 2014, AKP Bil.13 Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 25 Ogos 2014, SPBPP Bil.02 Tahun 2014 bertarikh 16 Jun 2014, SPBPP Bil.03 Tahun 2014 bertarikh 10 Julai 2014, SPBPP Bil.03 Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 16 Julai 2014 dan SPBPP Bil.04 Tahun 2014 bertarikh 11 September 2014 adalah dirujuk.

Upload: others

Post on 02-Feb-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA

    MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIL

    1

    ( PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH )

    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN RISDA KILOMETER 7.5 JALAN AMPANG Tel : 03-42564022 ext 477 KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-42517541 50990 KUALA LUMPUR Email : [email protected]

    Bilangan : ( 01 ) dlm.14.0/9650.01Klt.3

    Tarikh : 11 November 2014

    Semua Pengarah RISDA Negeri

    Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian

    ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 20 TAHUN 2014 BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH BKKH2.0 DAN BKKH(P)

    Perkara di atas dan AKP Bil. 12 Tahun 2014 bertarikh 05 Jun 2014, AKP Bil.12

    Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 16 Jun 2014, AKP Bil.12 Tahun 2014 (Pindaan 2)

    bertarikh 25 Ogos 2014, AKP Bil.13 Tahun 2014 bertarikh 30 Jun 2014, AKP Bil.13

    Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 25 Ogos 2014, SPBPP Bil.02 Tahun 2014

    bertarikh 16 Jun 2014, SPBPP Bil.03 Tahun 2014 bertarikh 10 Julai 2014, SPBPP

    Bil.03 Tahun 2014 (Pindaan 1) bertarikh 16 Julai 2014 dan SPBPP Bil.04 Tahun 2014

    bertarikh 11 September 2014 adalah dirujuk.

  • MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA

    MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIL

    2

  • 1

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN

    BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH BKKH2.0 DAN BKKH(P)

    1.0 TUJUAN

    Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Pusat

    Tanggungjawab tentang Pelaksanaan Bayaran Lebihan Permohonan Bantuan

    Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah BKKH2.0 Dan BKKH(P)

    .

    2.0 TAFSIRAN

    Lebihan Permohonan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah BKKH2.0

    Dan BKKH(P) adalah merujuk kepada senarai pemohon yang layak menerima

    dan memenuhi syarat setelah pemurnian oleh Bahagian Teknologi Maklumat

    (BTM).

    3.0 TATACARA PERLAKSANAAN

    3.1 Senarai nama permohonan lebihan BKKH2.0 dan BKKH(P) yang telah

    dibuat pemurnian oleh BTM akan dihantar kepada semua Pusat

    Tanggungjawab oleh BPP untuk dibuat bayaran di PT seperti

    dilampiran.

    3.2 PT akan membuat semakan borang permohonan yang ada di pejabat

    PT mengikut senarai nama yang dihantar oleh BPP iaitu :

    3.2.1 Borang Akaun pemilikan 2.5 Hektar Dan Ke Bawah Dan

    Tanaman Getah (BKKH2.0-01).

    3.2.2 Borang Akuan Penoreh Bukan Pemilik (BKKH(P)-01)

  • 2

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

    3.3 Semakan yang dibuat adalah memastikan maklumat di dalam borang

    adalah sama seperti dokumen yang dilampirkan iaitu :

    3.3.1 Dokumen borang BKKH2.0-01adalah seperti berikut:

    i. Kad pengenalan; dan

    ii. Geran tanah.

    iii. Buku akaun bank (jika perlu).

    2.3.2 Dokumen borang BKKH(P)-01adalah seperti berikut:

    i. Kad pengenalan penoreh; dan

    ii. Kad pengenalan pemilik tanah; dan

    iii. Geran tanah.

    iv. Buku akaun bank (jika perlu).

    3.4 Jika maklumat di dalam borang seperti di para 2.2.1 atau 2.2.2 sama

    seperti dokumen yang dilampirkan dan memenuhi syarat kelayakan

    yang ditetapkan, cop Pengesahan Lebihan Permohonan (seperti

    dilampiran 3) di sudut bawah sebelah kanan borang tersebut. Pegawai

    yang menyemak hendaklah tandatangan pada ruangan disemak oleh

    beserta cop jawatan dan pegawai yang meluluskan hendaklah

    tandatangan pada ruangan diluluskan oleh beserta cop jawatan.

    3.5 Jika borang seperti di para 3.2.1 atau 3.2.2 yang tidak lengkap atau

    dokumen yang disertakan tidak sama seperti maklumat yang diberi

    atau tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan

    lebihan tersebut hendaklah ditolak.

    3.6 Borang seperti di para 3.2.1 atau 3.2.2 yang telah diluluskan hendaklah

    dihantar ke Unit Kewangan PT untuk proses bayaran melalui cek.

  • 3

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

    3.7 Bayaran segera hendaklah dibuat bagi permohonan BKKH2.0 yang

    layak dan memenuhi syarat.

    3.8 Semua penerima lebihan BKKH2.0 dan BKKH(P) hendaklah dihubungi

    melalui telefon atau bersurat supaya hadir ke pejabat

    PRN/PRD/PRJ/PRB/PRS untuk mengambil cek.

    3.9 PT hendaklah membuat Bancian Pekebun Kecil kepada penerima

    lebihan BKKH2.0 dan BKKH(P) yang belum dibanci pada tahun 2013.

    Penerima BKKH2.0 menggunakan borang Banci Pekebun Kecil

    manakala penerima BKKH(P) menggunakan borang Banci Penoreh

    RISDA. Borang banci yang digunakan adalah seperti surat yang akan

    diedarkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

    3.10 Cek hendaklah diserah kepada penerima mengikut kategori berikut :

    3.10.1 Pemilik/Penoreh Bukan Pemilik yang telah dibanci pada tahun

    2013 – cek diserah terus kepada penerima.

    3.10.2 Pemilik/Penoreh Bukan Pemilik yang belum dibanci pada tahun

    2013 – cek diserah kepada penerima selepas borang banci

    diisi dan dilengkapkan.

    3.11 Semua penerima hendaklah menandatangani Slip Kenyataan Bayaran

    yang dijana melalui SMB Kewangan serta Surat Akuan Pemilik

    (lampiran 4) atau Surat Akuan Penoreh (dilampiran 5).

    3.12 Maklumat penerima tersebut hendaklah terus dimasukkan/ dikemaskini

    di dalam Data Penerima BKKH2.0 dan BKKH(P) tahun 2014 yang

    ada di PT.

  • 4

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

    3.13 Data Penerima BKKH2.0 dan BKKH(P) tahun 2014 hendaklah di

    laporkan kepada Bahagian Produktiviti dan Pemasaran dan salinan

    kepada Pejabat RISDA Negeri melalui e-mail [email protected]

    setelah semua proses bayaran di PT selesai.

    3.14 Aliran Kerja Bayaran Lebihan Permohonan BKKH2.0 adalah seperti

    dilampiran 1 dan Aliran Kerja Bayaran Lebihan Permohonan BKKH(P)

    di lampiran 2.

    mailto:[email protected]

  • Lampiran 1

    ALIRAN KERJA BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BKKH2.0

    MULA

    PT TERIMA SENARAI

    PERMOHONAN LEBIHAN

    BKKH2.0 DARIPADA

    BPP/BTM

    PT SEMAK

    MAKLUMAT DALAM BORANG

    AKUAN BKKH2.0-01 SAMA SEPERTI TIDAK SAMA /

    SALINAN YANG DILAMPIRKAN : TIDAK

    1. KAD PENGENALAN MEMENUHI SYARAT 2. HAK MILIK TANAH

    BETUL DAN LENGKAP

    A

    COP SERTA TANDATANGAN :

    1. DISEMAK OLEH:

    2.DILULUSKAN OLEH:

    PERMOHONAN

    DITOLAK

    SELESAI

    MAKLUM

    KEPADA

    PEMOHON

  • Lampiran 1

    A

    HANTAR KE UNIT KEWANGAN PT UNTUK PROSES BAYARAN

    MELALUI CEK

    MINTA PENERIMA HADIR KE

    PRN/PRD/PRJ/ PRB/PRS/

    DEWAN DSB UNTUK

    PENYERAHAN CEK (PANGGILAN

    MELALUI SURAT / TELEFON)

    SELESAI

    PENERIMA LENGKAPKAN

    BORANG BANCIAN (HANYA

    PENERIMA YANG TIADA DALAM

    DATA DIBANCI PK TAHUN 2013)

    CEK DIEDARKAN KEPADA

    PENERIMA DAN

    TANDATANGAN SLIP

    KENYATAAN BAYARAAN

    (DIJANA SMB KEWANGAN)

    SURAT AKUAN PEMILIK

    KEMASKINI DATA PENERIMA

    BKKH2.0 DAN BKKH(P) DAN

    HANTAR KE BPP DAN SALINAN

    PRN MELALUI e-MAIL

  • Lampiran 2

    ALIRAN KERJA BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BKKH(P)

    MULA

    PT TERIMA SENARAI

    PERMOHONAN LEBIHAN

    BKKH(P) DARIPADA

    BPP/BTM

    PT SEMAK

    MAKLUMAT DALAM BORANG

    AKUAN BKKH(P)-01 SAMA SEPERTI TIDAK SAMA /

    SALINAN YANG DILAMPIRKAN : TIDAK

    1. KAD PENGENALAN MEMENUHI SYARAT 2. HAK MILIK TANAH

    BETUL DAN LENGKAP

    A

    COP SERTA TANDATANGAN :

    1. DISEMAK OLEH:

    2.DILULUSKAN OLEH:

    PERMOHONAN

    DITOLAK

    SELESAI

    MAKLUM

    KEPADA

    PEMOHON

  • Lampiran 2

    A

    HANTAR KE UNIT KEWANGAN PT UNTUK PROSES BAYARAN

    MELALUI CEK

    MINTA PENERIMA HADIR KE

    PRN/PRD/PRJ/ PRB/PRS/

    DEWAN DSB UNTUK

    PENYERAHAN CEK (PANGGILAN

    MELALUI SURAT / TELEFON)

    SELESAI

    PENERIMA LENGKAPKAN

    BORANG BANCIAN (HANYA

    PENERIMA YANG TIADA DALAM

    DATA DIBANCI PK TAHUN 2013)

    CEK DIEDARKAN KEPADA

    PENERIMA DAN

    TANDATANGAN SURAT SLIP

    KENYATAAN BAYARAAN

    (DIJANA SMB KEWANGAN)

    SURAT AKUAN PENOREH

    KEMASKINI DATA PENERIMA

    BKKH2.0 DAN BKKH(P) DAN

    HANTAR KE BPP DAN SALINAN

    PRN MELALUI e-MAIL

  • lampiran 4

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIL

    PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    SURAT AKUAN PEMILIK

    1. BAHAWASANYA saya, AHMAD BIN ABU (No. KP: 1234-56-7890)

    dengan ini MENGAKU DAN BERSETUJU bahawa saya adalah –

    i) seorang warganegara Malaysia; dan

    ii) pekebun kecil getah yang berdaftar dengan RISDA; dan

    iii) pemilik tanah yang sah; dan

    iv) memiliki jumlah tanah berkeluasan 2.5 hektar dan ke bawah; dan

    v) belum pernah menerima bayaran BKKH2.0 atau BKKH(P).

    2. DAN BAHAWASANYA saya bersetuju sekiranya akuan saya seperti di

    Para 1 didapati tidak benar, maka saya akan membuat pembayaran balik

    bantuan tersebut sama ada dituntut secara rasmi atau tidak oleh pihak

    RISDA.

    Yang Benar,

    Di Hadapan,

    AHMAD BIN ABU ABU BIN AHMAD

    No. KP: 1234-56-7890

    (Penerima BKKH-P)

    No. KP: 0987-65-4321 (Cop jawatan)

  • lampiran 5

    MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIL

    PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    SURAT AKUAN PENOREH

    1. BAHAWASANYA saya, AHMAD BIN ABU (No. KP: 1234-56-7890)

    dengan ini MENGAKU DAN BERSETUJU bahawa saya adalah –

    i) seorang warganegara Malaysia; dan

    ii) penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA; dan

    iii) penoreh getah tanah berkeluasan 2.5 hektar dan ke bawah; dan

    iv) satu-satunya penoreh bagi tanah yang dinyatakan di Para (ii) di atas

    yang menerima bantuan BKKH(P); dan

    v) belum pernah menerima bayaran BKKH2.0. atau BKKH(P).

    2. DAN BAHAWASANYA saya bersetuju sekiranya akuan saya seperti di

    Para 1 didapati tidak benar, maka saya akan membuat pembayaran balik

    bantuan tersebut sama ada dituntut secara rasmi atau tidak oleh pihak

    RISDA.

    Yang Benar,

    Di Hadapan,

    AHMAD BIN ABU ABU BIN AHMAD

    No. KP: 1234-56-7890

    (Penerima BKKH-P)

    No. KP: 0987-65-4321 (Cop jawatan)

    1.SURAT AKP BIL.20 TAHUN 2014-BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BKKH2.0 DAN BKKH(P).pdf2.GARIS PANDUAN BAYARAN LEBIHAN PERMOHONAN BKKH2.0 DAN BKKH(P).pdf3.ALIRAN KERJA BKKH2.0.pdf4.ALIRAN KERJA BKKH(P).pdf5. COP PENGESAHAN DAN KELULUSAN PERMOHONAN.pdf6.Surat Akuan Pemilik - 121114 - amended per KP's.pdf7.Surat Akuan Penoreh - 121114 - amended per KP's.pdf