pejabat ketua pengarah tingkat 12, bangunan …...6.1.2 permohonan sic i. pekebun kecil getah atau...

29
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN RISDA IBU PEJABAT RISDA Karung Berkunci 11067 KM 7, JALAN AMPANG Tel : 03- 4256 4022 50990 KUALA LUMPUR. Fax : 03- 4252 2422 Email: [email protected] Bil ( 26 )dlm.6.0/9740.03 Klt 4 Tarikh : 2 Februari 2016 Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian Tuan, ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 11 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD SIC) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA (MPBR) kali ke-238 pada 16 Disember 2014 telah bersetuju untuk melaksanakan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card SIC) kepada semua pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA mulai program Banci Pekebun Kecil RISDA 2013. MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

PEJABAT KETUA PENGARAH

TINGKAT 12, BANGUNAN RISDA

IBU PEJABAT RISDA

Karung Berkunci 11067

KM 7, JALAN AMPANG Tel : 03- 4256 4022

50990 KUALA LUMPUR. Fax : 03- 4252 2422

Email: [email protected]

Bil ( 26 )dlm.6.0/9740.03 Klt 4

Tarikh : 2 Februari 2016

Semua Pengarah Bahagian

Semua Pengarah RISDA Negeri

Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian

Tuan,

ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 11 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL

(SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA (MPBR) kali

ke-238 pada 16 Disember 2014 telah bersetuju untuk melaksanakan Kad Pengenalan

Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card – SIC) kepada semua pekebun kecil

yang telah berdaftar dengan RISDA mulai program Banci Pekebun Kecil RISDA

2013.

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI

AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Page 2: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

Bil ( 26 )dlm.6.0/9740.03 Klt 4

Tarikh : 2 Februari 2016

3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Kad Pengenalan

Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card – SIC) untuk rujukan dan tindakan

selanjutnya.

4. Arahan ini berkuatkuasa serta merta mulai dari tarikh surat ini diterima.

s.k.

i. Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan )

ii. Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan & Korporat )

iii. Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI

AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Page 3: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)

Page 4: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

1

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL

(SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TUJUAN 2

2 LATAR BELAKANG 2-3

3 OBJEKTIF 3

4 JAWATANKUASA PEMANDU KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

3-4

5 PENGENALAN KEPADA SIC 5-7

6

KAEDAH PELAKSANAAN

- KELAYAKAN PEMEGANG SIC - PEMOHONAN SIC - PENCETAKAN SIC - PENGEDARAN KAD - PENERIMAAN SIC - PENGGUNAAN SIC - KESELAMATAN SIC - ADUAN - PENGEMASKINIAN SIC - PEMANTAUAN DAN PELAPORAN - MANUAL PENGGUNA SISTEM E-SIC

7-13

7 CARTA ALIR PELAKSANAAN SIC 14

8 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14-15

9 TARIKH KUATKUASA 15

10 LAMPIRAN 16-26

Page 5: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

2

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)

=================================================================

1.0 TUJUAN

Garis Panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada semua

Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri (PRN) dan Pegawai RISDA

Daerah/Jajahan/Bahagian (PRD/PRJ/PRB) berkaitan pelaksanaan Kad

Pengenalan Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card - SIC).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Akta 85, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah 1972 menyatakan, bahawa RISDA bertanggungjawab;

2.1.1 Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan daripada

segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi pekebun-pekebun

kecil (Seksyen 6(2)(a)(iv)); dan

2.1.2 Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang

perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil untuk diberikan

kepada kerajaan (Seksyen 6(2)(a)(v)).

2.2 RISDA telah melaksanakan empat kali bancian pekebun kecil iaitu pada

tahun 1977, 1992, 2002 dan yang terkini 2013. Banci 2013 merupakan

banci kali pertama dilaksanakan meliputi seluruh negara iaitu

Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

2.3 Sejak penubuhan RISDA lebih empat dekad, tiada satu pengenalan diri

disediakan kepada pekebun kecil yang boleh diterima pakai sebagai kad

rasmi untuk semua urusan bantuan Kerajaan dan perkhidmatan yang

disalurkan melalui RISDA.

Page 6: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

3

2.4 Maka pada 16 Disember 2014 Mesyuarat Pihak Berkuasa Kemajuan

Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kali ke 238 telah meluluskan

pelaksanaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) kepada semua

pekebun kecil yang telah dibanci atau berdaftar dengan RISDA.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah

berdaftar dengan RISDA.

3.2 Digunakan sebagai kad rasmi pekebun kecil untuk berurusan dengan

RISDA.

3.3 Kemudahan kepada RISDA dalam mengenalpasti bilangan dan

mengemaskini maklumat pekebun kecil yang berdaftar.

3.4 Memastikan semua pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.

4.0 JAWATANKUASA PEMANDU KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

4.1 Mesyuarat Pengurusan Bil. 32/2015 bertarikh 23 Oktober 2015 telah

meluluskan satu Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan Pekebun

Kecil (SIC) yang terdiri daripada:-

4.1.1 Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

4.1.2 Setiausaha : Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan

Strategik

4.1.3 Ahli-ahli :

i. Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan

ii. Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan

Teknologi

iii. Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan

iv. Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan

v. Pengarah Bahagian Bekalan Input Pertanian

Page 7: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

4

vi. Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran

vii. Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat

viii. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat

ix. Pengarah Bahagian Program Khas

x. Pengarah Bahagian Latihan

4.2 Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan

Pekebun Kecil (SIC) adalah:-

4.2.1 Menentukan dasar dan hala tuju SIC dari semasa ke

semasa.

4.2.2 Menyelaras penggunaan SIC dalam semua program yang

telah dirangka oleh RISDA.

4.2.3 Memastikan SIC dilaksanakan mengikut garis panduan yang

dikeluarkan.

4.2.4 Memantau pelaksanaan dan keberkesanan SIC di peringkat

lapangan.

4.2.5 Mencadangkan penambahbaikan SIC kepada Pihak

Pengurusan RISDA.

4.2.6 Menyemak dan mengesahkan Laporan Kemajuan

Pelaksanaan SIC.

Page 8: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

5

5.0 PENGENALAN KEPADA SIC

Kad Pengenalan Pekebun Kecil atau lebih dikenali sebagai SIC adalah satu

bentuk dokumen pengenalan diri bagi pekebun kecil yang berdaftar dengan

RISDA. Ia merupakan sekeping kad pracetak jenis Polyvinyl Chloride (PVC)

yang dicetak berwarna kuning keemasan dan mempunyai maklumat atas

kad seperti berikut dan rujuk Lampiran 1:-

5.1 Muka Hadapan kad

5.1.1 Logo RISDA

5.1.2 Tulisan :-

i. PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH (RUBBER INDUSTRY

SMALLHOLDERS DEVELOPMENT AUTHORITY)

ii. KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

5.1.3 Nombor Kad Pengenalan Pekebun Kecil

i. Nombor Kad Pengenalan Pekebun Kecil Getah dan Sawit

yang telah berdaftar dengan RISDA (Nombor Kad

Pengenalan baharu 12 Digit).

ii. Contoh :- 560610-03-XXXX.

5.1.4 Nama Pekebun Kecil

i. Nama Pekebun Kecil Getah dan Sawit yang telah berdaftar

dengan RISDA (seperti di MyKad).

ii. Contoh :- CHE HASSAN BIN ISMAIL

5.1.5 Nombor SIC

i. Nombor SIC adalah nombor ID Pekebun Kecil yang unik

bagi setiap pekebun kecil.

Page 9: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

6

ii. Nombor SIC tersebut terdiri daripada kombinasi beberapa

maklumat iaitu:-

a) Kod negeri lokasi pekebun kecil berada, kategori

pekebun kecil getah atau sawit, tahun kad dicetak

dan nombor siri pekebun kecil.

b) Contoh :- DG-2015-0122492 (Negeri Kelantan,

pekebun kecil getah , tahun cetak 2015 dan

nombor siri pekebun kecil 122492).

5.2 Muka Belakang Kad

5.2.1 Logo Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW)

5.2.2 Tulisan:-

i. MAKLUMAN :- KAD INI DIKELUARKAN KEPADA

PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA,

JIKA DIJUMPAI SILA KEMBALIKAN KEPADA PEJABAT

RISDA YANG BERDEKATAN

5.2.3 Alamat Ibu Pejabat, Nombor Telefon, Nombor Fax dan

Laman Web RISDA untuk dihubungi:-

i. Alamat Ibu Pejabat :

IBU PEJABAT RISDA , BANGUNAN RISDA, KM 7

JALAN AMPANG, KARUNG BERKUNCI 11067,

50990 KUALA LUMPUR.

ii. No. Telefon : 03 - 4256 4022 / 03 - 4257 4022

iii. No. Fax : 03 - 4257 6725

iv. Laman Web RISDA : http://www.risda.gov.my

Page 10: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

7

5.2.4 QR CODE - Quick Response Codes

i. QR Code yang disediakan menyimpan alamat atau

‘URL link’ yang disediakan untuk menyambungkan kepada

paparan web maklumat pekebun kecil yang didaftarkan bagi

tujuan pengesahan identiti pekebun kecil.

ii. QR Code yang diimbas akan memaparkan maklumat asas

pekebun kecil sepertimana di Lampiran 2.

5.2.5 Nombor Sekuriti

i. Nombor sekuriti dicetak menggunakan tulisan laser di sudut

bawah kanan dan unik bagi setiap kad.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Pelaksanaan SIC ini meliputi perkara berikut:-

6.1.1 Kelayakan Pemegang SIC

i. Pekebun kecil getah dan sawit yang memiliki tanah kurang

dari 40.4686 hektar (100 ekar)

ii. Telah dibanci atau berdaftar dengan RISDA (Semenanjung,

Sabah dan Sarawak)

iii. Warganegara Malaysia.

Page 11: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

8

6.1.2 Permohonan SIC

i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di

mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA

Daerah / Jajahan / Bahagian (PRD/PRJ/PRB) di

Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen

berikut:

a) Satu (1) keping salinan geran tanah yang sah.

b) Satu (1) keping salinan Kad Pengenalan (MyKad).

c) Satu (1) keping gambar terbaharu berukuran

passport berlatarbelakangkan warna biru.

iii. Setiap permohonan hendaklah didaftarkan. Pendaftaran

pekebun kecil dibuat dengan mengisi borang soal selidik

yang disediakan. Seterusnya diinput oleh Pusat

Tanggungjawab (PT) secara atas talian melalui laman web

e-Banci iaitu: http://webapp.risda.gov.my/ebanci.

iv. Setelah pekebun kecil didaftarkan, PT hendaklah mengisi

permohonan SIC dalam Modul Pendaftaran melalui sistem

e-SIC di laman web: http://www2.risda.gov.my/sic/admin.

v. Maklumat pekebun kecil yang telah didaftar melalui

e-Banci dan e-SIC akan disahkan lulus oleh BDPS.

vi. Pekebun kecil yang menyertai program RISDA hendaklah

didaftarkan.

Page 12: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

9

6.1.3 Pencetakan SIC

i. Kerja-kerja pencetakan SIC hanya dibuat di Ibu Pejabat

RISDA.

ii. Proses pencetakan adalah disokong dengan sistem yang

telah dibangunkan oleh BTM iaitu e-SIC.

6.1.4 Pengedaran Kad

i. BDPS akan mengasingkan kad mengikut daerah dan negeri

berdasarkan alamat kediaman pekebun kecil.

ii. Kad akan disusun di dalam kotak mengikut Nombor Lot

Kotak dan Nombor Batch sebelum diedar kepada PRN atau

PRD/PRJ/PRB.

iii. Senarai Pekebun Kecil untuk pengedaran SIC iaitu SIC.02

seperti di Lampiran 4 boleh diakses mengikut Nombor

Batch atau Nombor Lot Kotak melalui sistem e-SIC dalam

Modul Pengedaran.

iv. PT boleh membuat edaran kepada Pekebun Kecil dengan

cara :-

a) Mengadakan program penyerahan kepada pekebun

kecil melalui program pengembangan dan

sebagainya yang dijalankan di PT (melibatkan

pemimpin tempatan); atau

b) Menghubungi pekebun kecil untuk hadir ke Pejabat

PRN/PRD/PRJ/PRB untuk mengambil kad; atau

Page 13: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

10

c) Membuat hebahan dan iklan dengan menggunakan

pelbagai saluran media seperti iklan di radio, notis di

masjid dan balai raya atau saluran lain yang sesuai

bagi tujuan tersebut.

v. PT mesti menyelesaikan pengedaran kepada pekebun kecil

dalam tempoh 30 hari selepas SIC diterima di PT.

vi. PT bertanggungjawab menggantikan mana–mana penerima

SIC yang gagal dikesan dengan pekebun kecil yang baru.

Keutamaan diberi kepada pekebun kecil yang sudah

menyertai program RISDA seperti Program Tanam Semula

tetapi belum pernah dibanci.

6.1.5 Penerimaan SIC

i. PT perlu membuat penerimaan kad yang dihantar oleh

BDPS dan membuat pengesahan bilangan kad yang

diterima dengan mengisi Borang Penghantaran /

Penerimaan SIC iaitu (SIC.01) seperti di Lampiran 3 serta

mengemaskini tarikh terima dalam Modul Pengedaran

melalui sistem e-SIC.

ii. PT perlu memastikan pekebun kecil atau wakil yang dilantik

oleh pekebun kecil untuk menandatangani Borang (SIC.01)

dan senarai edaran (SIC.02) sebagai bukti penerimaan oleh

pekebun kecil.

iii. Semua PT juga hendaklah mengemaskini status terimaan

kad oleh pekebun kecil dalam sistem e-SIC melalui Modul

Pengedaran (Papar Lot Kotak).

iv. Borang SIC.01 dan senarai SIC.02 hendaklah dihantar ke

BDPS sebagai rujukan dan simpanan urusetia.

Page 14: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

11

6.1.6 Penggunaan SIC

i. PT boleh mendapatkan maklumat Pekebun Kecil dengan

cara mengimbas QR Code menggunakan:

a) Alat Pengimbas QR Code

b) Telefon Pintar (Smartphone) yang mempunyai

Aplikasi QR Code Reader yang boleh dimuat turun

dari Google Play Store atau App Store.

ii. Pekebun kecil yang akan memohon bantuan dan

perkhidmatan daripada RISDA perlu membawa SIC

sebagai bukti pekebun kecil tersebut telah berdaftar dengan

RISDA.

6.1.7 Keselamatan SIC

i. SIC adalah sebahagian daripada hakmilik RISDA. Ia

hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi RISDA sahaja.

Penggunaan SIC yang tidak berkaitan dengan urusan

RISDA adalah satu kesalahan.

ii. SIC hendaklah disimpan di tempat selamat dan tidak

terdedah kepada perkara-perkara berikut:

a) Suhu tinggi dan cuaca panas;

b) Bahan kimia yang menghakis (corrosive);

c) Bahan kimia lain yang boleh mengakibatkan

kerosakan kad.

Page 15: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

12

6.1.8 Aduan

i. PT dan pekebun kecil yang mempunyai masalah dengan

SIC perlu mengisi Borang Aduan (SIC.03) seperti di

Lampiran 5 dan dihantar kepada BDPS untuk tindakan.

ii. Antara masalah yang mungkin berlaku adalah seperti:

a) Kesilapan Nama Pekebun Kecil

b) Kesilapan Nombor ID Pekebun Kecil

c) Kerosakan kepada fizikal SIC

d) QR Code tidak boleh diimbas

e) Kehilangan SIC

iii. Sekiranya berlaku kehilangan, tindakan serta – merta

seperti berikut perlu diambil:

a) Pekebun kecil perlu melaporkan kepada Ketua PT

melalui Borang Aduan (SIC.03).

b) Pekebun kecil perlu membuat permohonan semula

SIC.

c) Ketua PT hendaklah memaklumkan kepada BDPS.

6.1.9 Pengemaskinian SIC

i. Sebarang pengemaskinian maklumat berkaitan profil dan

pemilikan tanah pekebun kecil hendaklah dibuat melalui

Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK).

ii. SIC hendaklah dikembalikan apabila berlaku perkara

berikut:-

a) Apabila pemilikan tanah pekebun kecil mencapai

atau melebihi 40.4686 hektar (100 ekar).

Page 16: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

13

b) Tanah pekebun kecil tersebut dijual atau status

pemilikan tanah telah ditukar.

c) Pekebun kecil telah meninggal dunia.

6.1.10 Pemantauan dan Pelaporan

i. Format pelaporan yang tersebut boleh dijana melalui sistem

e-SIC seperti berikut:

a) SIC.04 - Laporan Prestasi Pengedaran SIC dari Ibu

Pejabat kepada PT. (Lampiran 6)

b) SIC.05 - Laporan Prestasi Pengedaran SIC dari PT

kepada Pekebun Kecil. (Lampiran 7)

ii. Pengemaskinian perkara di para 6.1.5 (i) dan para 6.1.5 (iii)

yang dilakukan setiap kali penerimaan SIC oleh PT dan

pekebun kecil akan dilaporkan kepada pihak pengurusan

pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan.

6.1.11 Manual Pengguna Sistem e-SIC

Manual pengguna sistem e-SIC boleh dimuat turun melalui

laman web e-SIC iaitu http://www2.risda.gov.my/sic/admin.

Page 17: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

14

7.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN SIC

7.1 Carta Alir Pelaksanaan SIC boleh dirujuk di Lampiran 8.

8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS)

8.1.1 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan

Pekebun Kecil (SIC).

8.1.2 Menerima permohonan, memproses, mencetak dan

mengedarkan SIC kepada PT dan Pekebun Kecil yang layak.

8.1.3 Menyelaras dan memantau prestasi pengeluaran SIC melalui

sistem e-SIC.

8.2 Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

8.2.1 Ahli Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan Pekebun Kecil

(SIC).

8.2.2 Bekerjasama dengan BDPS dalam menambahbaik sistem e-SIC.

8.2.3 Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan sistem dan operasi

penyediaan SIC.

8.3 Bahagian-Bahagian di Ibu Pejabat

8.3.1 Merancang fungsi dan peranan SIC dalam Program

Pembangunan Pekebun Kecil.

Page 18: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

15

8.4 Pejabat RISDA Negeri (PRN) dan Pejabat RISDA

Daerah/Jajahan/Bahagian (PRD/PRJ/PRB)

8.4.1 Menerima permohonan, mendaftar pekebun kecil dan

mengedarkan SIC kepada Pekebun Kecil.

8.4.2 Merekodkan penerimaan SIC daripada Ibu Pejabat dan

pengedaran SIC kepada Pekebun Kecil melalui Sistem e-SIC.

8.4.3 Menyediakan dan mengemaskini laporan pengedaran SIC dari

semasa ke semasa.

8.4.4 Melaksanakan fungsi dan peranan SIC berdasarkan arahan dari

semasa ke semasa.

9.0 TARIKH KUATKUASA

9.1 Pemakaian Garis Panduan Pelaksanaan Kad Pengenalan Pekebun

Kecil (SIC) ini berkuatkuasa serta merta mulai dari tarikh surat Arahan

Ketua Pengarah dikeluarkan. Garis Panduan ini adalah digunapakai

sehingga terdapat garis panduan yang baharu dikeluarkan dari semasa

ke semasa.

Page 19: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

16

LAMPIRAN 1

PENGENALAN KEPADA SIC

PANDANGAN HADAPAN

5.14: NAMA PEKEBUN KECIL

5.15: NO SIC D : Negeri Kelantan

G : Pekebun Kecil Getah

2015 : Tahun SIC Cetak

0122492 : No Siri Pekebun Kecil

5.13: NO. KAD

PENGENALAN

PEKEBUN KECIL

PANDANGAN BELAKANG

SCAN DI SINI

5.2.4: QR CODE URL link

www2.risda.gov.my/sic/index.php?sic=56061003XXXX

0003001

5.2.5: NO SEKURITI

Page 20: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

17

PAPARAN MAKLUMAT ASAS PEKEBUN KECIL

LAMPIRAN 2

QR CODE DIIMBAS

MENGGUNAKAN:

ii) APLIKASI QR CODE READER

i) ALAT PENGIMBAS QR CODE

Page 21: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

18

RESIT PENERIMAAN

Adalah saya / wakil yang sah mengakui telah menerima SIC dalam keadaaan baik daripada ____________________( PRD/PRJ/PRB)

No. SIC: ________________ bertarikh: _____________________

_________________

(Tandatangan)

KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

BORANG PENGHANTARAN/PENERIMAAN KAD

NEGERI : ...........................................................

PUSAT TANGGUNGJAWAB : ...........................................................

TARIKH : ...........................................................

NO. RUJUKAN @ NO SIC * : ...........................................................

DARI KE

URUSETIA SIC BDPS PEJABAT RISDA NEGERI (PRN) PEJABAT RISDA DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN (PRD / PRJ / PRB) PEJABAT RISDA STESEN PEKEBUN KECIL WAKIL PEKEBUN KECIL

URUSETIA SIC BDPS PEJABAT RISDA NEGERI (PRN) PEJABAT RISDA DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN (PRD / PRJ / PRB) PEJABAT RISDA STESEN PEKEBUN KECIL WAKIL PEKEBUN KECIL

BUTIR-BUTIR PENGHANTAR BUTIR-BUTIR PENERIMA

Nama:………………………………………...

No. K/P :……………………………………..

Tandatangan :……………………………….

Tarikh :…………………………………….....

Cop Rasmi Jabatan/Pejabat

Nama :………………………………………...

No. K/P :……………………………………..

Tandatangan :……………………………….

Tarikh :…………………………………….....

Cop Rasmi Jabatan/Pejabat

Nota: * No Rujukan : Merujuk kepada nombor rujukan surat yang berkaitan antara RISDA ke RISDA dll. Nombor SIC: Merujuk kepada

nombor siri pekebun kecil antara RISDA kepada Pekebun Kecil

SIC.01

Potong di sini

ms 01 /02

LAMPIRAN 3

Page 22: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

19

BIL PERKARA NO BATCH BIL. LOT KOTAK KUANTITI KAD

CATATAN HANTAR TERIMA HANTAR TERIMA

Kad Pengenalan Pekebun

Kecil (SIC)

1. PT:

2. PT:

3. PT:

4. PT:

5. PT:

6. PT:

7. PT:

8. PT:

9. PT:

10. PT:

11. PT:

12. PT:

13. PT:

14. PT:

15. PT:

JUMLAH

ms 02 /02

KEGUNAAN PEJABAT*

*Nota: Kegunaan untuk merekod maklum balas daripada pekebun kecil dan lain-lain

Page 23: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

20

No No Lot Kotak

No. Siri

Nama No. K/P

No. SIC Alamat No. Tel Tanda tangan

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)

SIC.02

PERAKUAN SEBELUM MENERIMA MAKLUMAT:

"Saya mengaku janji bahawa segala maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan dalaman RISDA sahaja. Sekiranya saya

didapati melanggar peraturan tersebut, saya bersetuju bahawa Pengurusan RISDA berhak mengambil tindakan yang difikirkannya

sesuai dan berpatutan terhadap saya kelak"

RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH

SENARAI SIC

PT : ……………………

BATCH : ……………………

NOTA KAKI:

a) Bilangan maklumat pekebun kecil b) Nombor lot kotak c) No siri borang banci d) Nama pekebun kecil e) No. Kad Pengenalan (Mykad) pekebun kecil f) Nombor ID pekebun kecil g) Alamat kediaman pekebun kecil h) No. telefon pekebun kecil i) Tandatangan pekebun kecil / wakil setelah menerima SIC.

LAMPIRAN 4

Page 24: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

21

KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

BORANG ADUAN / MAKLUM BALAS

A. MAKLUMAT PEKEBUN KECIL

1. Nama Pekebun Kecil :

2. No. Kad Pengenalan :

3. Alamat :

4. No. SIC :

5. No. Telefon :

6. E-Mail (Jika Ada) :

B. KATEGORI

Aduan Maklum Balas

C. Jenis Aduan

Kehilangan *Kod QR Tidak Boleh Digunakan

*Kesilapan Pada No Kad Pengenalan / Nama

Pekebun Kecil

Masih Belum Menerima Kad Pengenalan

Pekebun Kecil

*Kesilapan Nombor SIC

Lain-Lain (Nyatakan):

____________________________

Butir –butir Aduan / Maklum balas :

* Kad Pengenalan Pekebun Kecil perlu dikembalikan bersama dengan borang ini.

Tandatangan Pengadu : Tarikh :

Nama :

Untuk Kegunaan Pejabat

1. Nama Pegawai Pengesah :

2. Jawatan :

3. Tandatangan :

4. Nama Pegawai Penerima :

5. Jawatan :

6. Ulasan / Tindakan :

SIC.03

LAMPIRAN 5

alyasa
Rectangle
Page 25: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

22

LAPORAN PRESTASI e-SIC MENGIKUT PT DAN NEGERI

(PENGEDARAN SIC KE PT)

BIL PUSAT

TANGGUNG JAWAB

BILANGAN BATCH

BILANGAN LOT KOTAK

BILANGAN SIC DIHANTAR

KE PT

BILANGAN SIC

DITERIMA PT

BAKI BELUM

DITERIMA PT

PERATUS DITERIMA PT

(%)

SIC.04

RISDA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH

LAMPIRAN 6

Page 26: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

23

LAPORAN PRESTASI e-SIC MENGIKUT PT DAN NEGERI

(PENGEDARAN SIC KE PEKEBUN KECIL)

BIL PUSAT

TANGGUNG JAWAB

BILANGAN BATCH

BILANGAN LOT KOTAK

BILANGAN KAD DIHANTAR

(KE PEK. KECIL)

BILANGAN KAD DITERIMA

(OLEH PEK. KECIL )

BAKI BELUM DITERIMA PEK. KECIL

PERATUS DITERIMA PEK. KECIL

(%)

SIC.05

RISDA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH

LAMPIRAN 7

Page 27: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

24

CARTA ALIR PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)

Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh 1 2 3 4 5 6

Permohonan SIC yang lengkap dari Pekebun Kecil diterima dan disemak. Status pendaftaran dan pencetakan SIC disemak dan dimaklumkan kepada Pekebun Kecil.

- Status SIC terdiri daripada

o Telah cetak o Belum cetak - Pekebun Kecil yang tidak

mempunyai maklumat perlu dibanci dan didaftarkan ke dalam e-Banci dan e-SIC.

Cetak Kad SIC Semak kualiti kad dari segi fizikal kad dan paparan QR Code.

- Kad yang tidak berkualiti akan dicetak semula.

Kad SIC yang telah siap, disusun dan dibungkus mengikut daerah. Pengedaran SIC ke PT dibuat secara pengambilan sendiri di Ibu Pejabat dan pos ( Sabah dan Sarawak)

Pt PT Pt PT Pt BDPS Pt BDPS Pt BDPS Pt BDPS & PT

A

Terima

Permohonan Dari

Pekebun Kecil

Maklum

Status SIC

Kepada

Pekebun Kecil

Semak

Status

SIC

Pencetakan

Tiada

Rekod

Ada

Rekod

Daftar dalam e-SIC

Semak

Kualiti

Kad

Lulus

Pembungkusan

Mengikut Daerah

Tidak

Lulus

Pengedaran ke PT

A

Belum

Cetak

Telah

Cetak

4 Hari

2 Hari

LAMPIRAN 8

Mengisi Borang Banci

dan didaftar dalam

e-Banci

Page 28: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

25

Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh 7 8 9 10 11 12

SIC yang diterima disemak dari segi kualiti dan kuantiti kad.

- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah

Pekebun Kecil datang ke PT untuk mengambil kad.

- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah

Borang terima SIC diisi dan dikembalikan ke PT Tarikh terima dikemaskini dalam e-SIC dan dihantar untuk tindakan BDPS Laporan terimaan SIC Pekebun Kecil dikemaskini PT mewajibkan penggunaan SIC untuk sebarang program.

Pt PT Pt PT PK / Pt PT Pt PT Pt BDPS PT & PK

Pekebun Kecil terima kad dan

mengisi Borang Terima SIC

Edar kepada

Pekebun

Kecil

Tidak

Lulus

Lulus

Aduan ke

BDPS

Semak Kad

Diterima

Lulus

Tidak

Lulus

A

BDPS terima borang dan

mengemaskini Laporan

SIC

Penggunaan Kad SIC untuk

Program Pembangunan

Pekebun Kecil

B

PT mengemaskini tarikh terima

dalam e-SIC dan menghantar

Borang Terima Ke BDPS

2 Hari

Page 29: PEJABAT KETUA PENGARAH TINGKAT 12, BANGUNAN …...6.1.2 Permohonan SIC i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA Daerah

26

Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh

13

PT mengimbas QR Code sebagai pengesahan status Pekebun Kecil RISDA.

- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah

Pt PT

PRD/PRJ/PRB

mengimbas QR

Code pada Kad

SIC untuk

pengesahan.

Lulus

Tidak

Lulus

Pekebun Kecil memperoleh

bantuan atau faedah

melalui Program

Pembangunan Pekebun

Kecil.

B

Aduan ke

BDPS

Tamat