pcx hybrid, forza dan cbr1000rr fireblade baharu jadi ... · forza mengembangkan lagi barisan model...

5
1 Untuk Siaran Serta-merta PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade Baharu Jadi Tumpuan Pada Pameran Boon Siew Honda di KLIMS 2018 PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi yang membantu tunggangan Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia Kuala Lumpur, 22 November 2018 – Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.” PCX Hybrid Model pertama yang akan mengujakan majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda - PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri

Upload: vanthuy

Post on 03-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Untuk Siaran Serta-merta

PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade Baharu Jadi Tumpuan Pada Pameran Boon Siew Honda di KLIMS 2018

• PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi

yang membantu tunggangan

• Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila

memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya

• “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model

jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia

Kuala Lumpur, 22 November 2018 – Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.” PCX Hybrid Model pertama yang akan mengujakan majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda - PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri

2

Lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberi maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan lebih baik apabila motosikal ingin memulakan perjalanan atau memecut dengan pantas. Enjin 150cc itu menawarkan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6,500rpm. Sementara motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4kW pada 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm. Penunggang juga boleh menikmati tunggangan luar biasa dan mengujakan menerusi tiga mode yang ditawarkan pada model AT premium ini bergantung kepada kecenderungan dan kondisi tunggangan:

1. Mode tunggangan (D) menyediakan tunggangan yang selesa dan penggunaan bahan api lebih baik.

2. Mode Sport (S) untuk penunggang yang mahukan tunggangan lebih sporty. 3. Mode Idling OFF yang membantu penunggang menyahaktifkan fungsi Idling Stop

System (ISS), tetapi mengekalkan prestasi yang sama seperti dalam mode D. Sebagai sebuah model mesra alam, PCX Hybrid baharu diintegrasikan dengan ciri Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan penjimatan bahan api, pada masa sama cukup berprestasi. Ia juga dibina dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Honda SMART Key System. Bukan itu sahaja, model AT premium itu dilengkapi beberapa ciri yang praktikal seperti sistem lampu LED, panel meter digital sepenuhnya, soket DC di dalam kotak konsol untuk kuasa mengecas, ruang bawah tempat duduk yang luas dengan seat stopper dan tangki minyak paling besar dalam kelasnya berkapasiti 8 liter. Gaya PCX Hybrid yang elegan dan mengagumkan itu hadir dalam warna biru mutiara (Pearl Dark Night Blue) yang eksklusif. Dengan pelbagai inovasi dan ciri bernilai tambah, PCX Hybrid sememangnya peneraju dalam segmennya. Forza Forza mengembangkan lagi barisan model AT Honda dan memberikan lebih banyak pilihan kepada para penunggang di Malaysia yang mahukan sebuah model AT yang kelihatan menarik dan memiliki prestasi mantap. Dengan rekaan yang ringan, kompak dan sporty, Forza sememangnya menjadi teman rapat pemiliknya di atas jalan raya bersama prestasi terbaik dari semua aspek.

3

Penampilan moden itu dipadankan dengan enjin empat lejang OHC, sistem pancitan bahan api dan penyejukan cecair bersesaran 279cc. Ia mampu menjana kuasa maksimum 18.5kW pada 7,000rpm dan tork maksimum 27.2Nm pada 5,750rpm. Dengan berat 184kg, Forza menerima rekaan yang radikal untuk meningkatkan kecekapan dan pecutan maksimum. Semua itu dilaksanakan menerusi transmisi V-Matic yang menyalurkan kuasa enjin ke roda belakang dengan efisien. Prestasi mantap ini diselarikan dengan penggunaan bahan api luar biasa yang direkodkan pada 31km/L (mode WMTC) dan satu tangki penuh sebanyak 11.5 liter. Forza direka di atas tapak roda 1,510mm bersama geometri stereng yang tajam untuk membolehkannya mudah menukar haluan, selain sangat lincah apabila penunggang terpaksa mencelah dalam kesesakan jalan raya. Ia merupakan model AT pertama Honda yang dilengkapi ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC). Di samping banyak lagi teknologi dan ciri seperti Brek Anti-Kunci (ABS), Honda SMART Key System, sistem lampu LED sepenuhnya serta ruang penyimpanan kargo di bawah tempat duduk yang boleh menyimpan dua buah topi keledar muka penuh, soket mengecas 12V dan skrin elektrik boleh laras. Model AT ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu putih mutiara (Pearl Horizon White), perak metalik (Sword Silver Metallic) dan hitam metalik (Asteroid Black Metallic). CBR1000RR Fireblade baharu Dalam segmen superbike, Fireblade 2019 mencipta gelombang dengan konsepnya apabila menawarkan satu lagi pilihan motor berkuasa tinggi Honda di Malaysia. Cantik, agresif, ringan dan penuh kuasa, CBR1000RR Fireblade baharu dijangka mengujakan pasaran jentera berkuasa tinggi menerusi pelbagai teknologi dan ciri yang mengagumkan. CBR1000RR Fireblade baharu diinspirasikan oleh konsep “Next Stage Total Control”, rekaan model yang berkuasa ini mengekalkan prinsip utama iaitu “kuasa kepada berat”. Honda telah melihat dari setiap sudut badan dan kerangka model ini, sebelum menjadikannya sebuah superbike yang lebih aerodinamik. Dengan berat 196kg, CBR1000RR Fireblade baharu memberikan kawalan sepenuhnya kepada penunggang menerusi prestasi yang pantas dan stabil. Jentera ini dikuasakan oleh enjin empat lejang 16 injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair berkapasiti 998cc yang mampu menjana kuasa pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm. CBR1000RR Fireblade dilengkapi teknologi-teknologi termaju Honda seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, pilihan Quickshifter dengan Downshift Assist, Power

4

Selector, suspensi Showa boleh laras sepenuhnya dan Honda Electronic Steering Damper (HESD) untuk menawarkan tunggangan dan pengandalian luar biasa kepada penunggang. Untuk membuatkan adrenalin peminatnya terus mengalir, CBR1000RR Fireblade juga didatangkan dengan Riding Mode Select System (RMSS) yang sangat mesra pengguna. Sistem itu menawarkan tiga mode dengan kombinasi HSTC, kuasa enjin dan tahap brek enjin yang berbeza. Mode Pertama untuk kegunaan di litar, Mode Kedua untuk jalan bengkang-bengkok dan Mode Ketiga untuk tunggangan di jalan. Model yang mengujakan ini juga hadir dengan dua mode User untuk memenuhi kecenderungan seseorang penunggang di mana semua parameter boleh digabung dan diubah sesuai secara bebas. Penunggang hanya perlu menekan butang Mode untuk menukar mode bagi RMSS dan menolaknya ke atas serta ke bawah bagi memilih dua mode User pada sebelah kiri bar hendal. Kombinasi prestasi luar biasa dan reka bentuk sporty superbike ini telah mengukuhkan kedudukan motosikal berkuasa tinggi Honda di pasaran tempatan. Didatangkan dalam warna merah (Grand Prix Red) dan hitam metalik (Matt Ballistic Black Metallic), CBR1000RR Fireblade baharu direka dengan gayaan yang agresif dan aerodinamik. Dengan pelancaran tiga model yang menarik ini, Boon Siew Honda sudah pun memperkenalkan 12 model baharu pada tahun ini. Pengenalan model-model tersebut dilihat berjaya menaikkan semula kedudukan syarikat dalam pasaran motosikal di Malaysia. Boon Siew Honda komited untuk memastikan produk dan perkhidmatannya melepasi ekspektasi pelanggan, mencipta nilai-bilai baru dan mengekalkan falsafah Joy of Buying. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon Siew Honda 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum). Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd. Boon Siew Honda Sdn Bhd, anak syarikat Honda Honda Motor Co., Ltd adalah usaha sama di antara Honda Motor Co., Ltd. dan Oriental Holdings Bhd. Ia mula beroperasi pada September 2008 dengan dua matlamat utama: Untuk menyatukan pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia, serta untuk mencapai kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Sebelum kemunculan syarikat baru ini, Boon Siew Sdn. Bhd. bertanggungjawab ke atas aspek pengilangan dan perniagaan borong produk motosikal Honda di Malaysia. Walaupun

5

menyimpan keinginan untuk berkerjasama dengan syarikat-syarikat Honda lain di seluruh dunia, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan mengukuhkan daya saing dan berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang melebihi jangkaan pelanggan

Untuk Makluman Media:

Jireh Consult Nur Suraya Abu Hassan 016-2455982 [email protected]

Boon Siew Honda Zharif Zaini 012-4990162 [email protected]