pbs

35
SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BIODATA 2 PENGENALAN 4 LAPORAN HARIAN 6 LAPORAN BERGAMBAR 9 SOALAN 1 12 SOALAN 2 13 SOALAN 3 14 REFLEKSI 15 LAMPIRAN

Upload: ku-amir

Post on 07-Apr-2016

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rr

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BIODATA 2

PENGENALAN 4

LAPORAN HARIAN 6

LAPORAN BERGAMBAR 9

SOALAN 1 12

SOALAN 2 13

SOALAN 3 14

REFLEKSI 15

LAMPIRAN

Page 2: Pbs

MAKLUMAT DIRI

NAMA : KU MOHAMAD AMIRUDIN BIN KU AZAHARKUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN SEJARAH SEMESTER 4NO. MATRIK : A0611/862NO. K/P : 931225 - 02 - 5045NO. H/P : 017 – 5204833TARIKH LAHIR : 25 DISEMBER 1993EMEL : [email protected]

Page 3: Pbs

BIODATA

Nama : MOHD FADHLI BIN MOHD NASIR

Umur : 22 TAHUN

No. K/P : 921012-02-5149

Program : PISMP SEM 3 PENDIDIKAN SEJARAH PENDIDIKAN

RENDAH (SK)

Ambilan : JANUARI 2013

Alamat Rumah : 98 TAMAN BUNGA RAYA, 06000 JITRA, KEDAH

Alamat Hostel : P1-A1-15 IPG KAMPUS DARULAMAN, BANDAR

DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

Motto : “Simple is better. Jangan susahkan yang senang”

Hobi : BERSUKAN & REHAT

No. H/P : 017-552 1175

E-mel : [email protected]

Page 4: Pbs

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar telah didirikan oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1882.

Tapak asal sekolah ini ialah di tepi laut. Pada mulanya, bangunan itu berbumbungkan

genting, bertiangkan kayu keras, manakala dinding dan lantainya dibuat daripada papan.

Pada tahun 1926, bangunan baru untuk murid-murid perempuan didirikan bersebelahan

dengan sekolah lelaki. Ketika itu, En. Hussain adalah Guru Besar yang pertama. Beliau

dibantu oleh lima orang guru.

Pada tahun 1933, bangunan asal sekolah tepi laut diruntuhkan dan digantikan dengan

bangunan baru. Pada awalnya, murid lelaki dan perempuan diasingkan, tetapi pada

penghujung tahun 1930an, mereka dicampurkan di dalam kelas dan sekolah yang sama. Di

dalam tahun 1937, sebuah bangunan didirikan di kawasan padang, tidak jauh dari bangunan

asal.

Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun. Semua murid

diarahkan berpindah ke Sekolah Cina Telok Kumbar. Pada tahun 1955, bangunan dua

tingkat didirikan di sekolah padang. Sejak itu, sekolah padang menjadi pusat pentadbiran

sekolah. Pada tahun 1971, kantin didirikan untuk kemudahan guru dan murid-murid.

Pada 1 Februari, 1978, bangunan empat tingkat didirikan, menggantikan bangunan yang

didirikan pada tahun 1946. Perasmian bangunan ini disempurnakan oleh YB Dato’ Musa bin

Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 21 Jun 1980. Pada tahun 1989, sebuah bangunan

baru didirikan di bawah Projek Bank Dunia, yang mengandungi dua tingkat dengan empat

buah bilik kelas.

Page 5: Pbs

VISI

Sekolah akan berusaha melengkapkan murid-murid dengan pendidikan seimbang di dalam

aspek:

1. Kurikulum

2. Kokurikulum

3. Keagamaan/moral

4. Nilai-nilai murni

5. Kasih sayang

6. Tekun berusaha, bertanggungjawab

7. Kesihatan dan kecergasan

MISI

1. Melahirkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas   dalam

membaca, menulis dan mengira serta berpengetahuan sebagai asas kesenimbungan

ke sekolah menengah.

2. Membina budaya positif di kalangan murid-murid seperti budaya membaca, budaya

belajar dan budaya bersih.

3. Menyediakan murid-murid sebagai aset dalam menjayakan Wawasan 2020.

Page 6: Pbs

LAPORAN HARIAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4

HARI PERTAMA

ISNIN – 22 SEPTEMBER 2014

Kami bertolak ke sekolah pada jam 7.00 pagi. Jarak sekolah hanyalah kira-kira 2km

daripada rumah sewa kami. Setibanya di sekolah, kami pergi ke Bilik Pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Teluk Kumbar untuk berjumpa dengan Guru Besar namun beliau bercuti pada

hari ini. Jadi kami dikehendaki untuk berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran.

Kemudian kami dikehendaki menghadiri perhimpunan pagi yang dibuat di dewan sekolah.

Perhimpunan bermula pada jam kira-kira 7.30 dan berakhir pada jam 7.50. Selesai

perhimpunan kami sekali lagi berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Dalam

pertemuan ini, kami membincangkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan sepanjang

seminggu berada di sekolah ini. Beliau kemudiannya membenarkan kami berada di bilik

guru.

Kami kemudiannya berjumpa dengan guru Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah ini iaitu

Puan untuk berbincang berkenaan dengan tugasan yang perlu kami laksanakan. Beliau

memberikan kami kunci dan membenarkan kami untuk melawat bengkel Reka Bentuk dan

Teknologi. Kami kemudiannya bergerak ke bengkel dan mengambil peluang untuk melihat

suasana dan mengambil gambar sudut-sudut di dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi

di sekolah ini.

HARI KEDUA

SELASA – 23 SEPTEMBER 2014

Kami bertolak ke sekolah pada jam 7.00 pagi. Sepanjang hari kedua ini, kami mengambil

kesempatan untuk memantau persekitaran sekolah. Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar ini

merupakan sekolah yang agak kecil keluasannya. Ianya hanya mempunyai dua buah blok

bangunan sahaja.

Kami mengambil kesempatan untuk memantau kemudahan-kemudahan dan persekitaran

sekolah ini seperti padang, perpustakaan dan makmal komputer. Selain itu, sekolah ini

Page 7: Pbs

mengamalkan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi adalah untuk

murid tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang adalah untuk murid tahun 1,2 dan 3.

HARI KETIGA

RABU – 24 SEPTEMBER 2014

Pada hari ketiga, kami dikehendaki untuk menjadi guru ganti bagi mata pelajaran Reka

Bentuk dan Teknologi serta kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi memandangkan

guru kelas itu terpaksa mengikuti kursus selama tiga hari. Kelas tersebut bermula pada jam

7.35 sehingga 8.35. Kami berdua membahagikan kelas itu kepada dua dengan Mohd Fadhli

mengambil kelas Reka Bentuk dan Teknologi manakala Ku Mohamad Amirudin

menggantikan kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kelas tersebut merupakan kelas tahun 4 Gemilang. Untuk kelas Reka Bentuk dan

Teknologi, murid-murid kelas ketika ini sedang dalam proses menghasilkan projek. Mereka

dikehendaki untuk menghasilkan sebuah rumah api yang dibuat dengan bahan berasaskan

botol plastik, kayu dan turut digabungkan dengan penggunaan elektronik asas.

Menurut guru kelas itu iaitu Puan Zurina, masa pelaksanaan projek itu sebenarnya sudah

agak lewat. Jadi, sepanjang waktu kelas tersebut, kami dikehendaki untuk memastikan

murid melaksanakan projek mereka dengan secepat mungkin.

Dalam masa yang sama, untuk murid Teknologi Maklumat dan Komunikasi, murid terpaksa

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dewan memandangkan

bilangan kelas tidak mencukupi dan makmal komputer dijadikan kelas untuk murid dari kelas

lain. Hal ini memandangkan sebahagian daripada kelas telahpun diubahsuai menjadi dewan

peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Jadi, sepanjang pengajaran dan pembelajaran murid di dewan itu, murid-murid diminta

untuk mengenalpasti apakah kebaikan dan keburukan perkembangan teknologi maklumat

dewasa ini. Kemudian, kami bersama-sama murid mengadakan perbincangan dan bertukar-

tukar pendapat yang bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan pengetahuan

am murid.

Selesai menggantikan kelas, pada jam 10.20 pagi, murid-murid perlu turun ke dewan untuk

mengambil kotak susu bagi mengikuti Program Susu 1 Malaysia.

Page 8: Pbs

HARI KEEMPAT

KHAMIS – 25 SEPTEMBER 2014

Pada hari ini, kami dikehendaki untuk menggantikan kelas Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan seawal jam 7.35 dan berakhir pada jam 8.05. Namun begitu, memandangkan

kami diberitahu agak lewat mengenai proses penggantian kelas ini, kelas Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan ini bermula agak lewat.

Di samping itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tersebut juga tidak meninggalkan

kunci stor sukan. Jadi ini menyebabkan kami terpaksa menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran tanpa penggunaan sebarang alatan.

Selesai menggantikan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kami dikehendaki pula

untuk menggantikan kelas Reka Bentuk dan Teknologi serta kelas Teknologi Maklumat dan

Komunikasi pada jam 10.55 sehingga 11.55. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi, kami mengarahkan murid-murid untuk menyambung semula

projek rumah api mereka. Manakala untuk murid kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

HARI KELIMA

JUMAAT – 26 SEPEMBER 2014

Pada hari terakhir, kami memulakan sesi persekolahan pada hari ini dengan menyertai

murid membaca surah Yasin beramai-ramai di dewan sekolah. Aktiviti membaca surah

Yasin ini merupakan rutin bagi sekolah ini pada setiap hari Jumaat.

Kemudian, selesai membaca Yasin, kami bergerak ke bilik guru untuk berbual dengan para

guru memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kami di Sekolah Kebangsaan Teluk

Kumbar ini.

Pada jam kira-kira 11.30 pagi, kami dikehendaki untuk pergi ke bangunan Pentadbiran untuk

berjumpa dengan Guru Besar. Kami menyerahkan borang penilaian Pengalaman

Berasaskan Sekolah kepada beliau. Beliau kemudiannya menanda borang tersebut dan

Page 9: Pbs

memberi sedikit nasihat yang berguna kepada kami dalam usaha menjadi seorang guru

yang berdedikasi dan berkaliber.

Kami kemudiannya bergerak meninggalkan kawasan sekolah pada jam 12.15 iaitu selepas

tamat waktu persekolahan.

LAPORAN BERGAMBAR PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4

LOGO SEKOLAH SK TELOK KUMBAR

Page 10: Pbs

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

CIKGU LEE JIA CHERN

BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Page 11: Pbs

BILIK GURU SK TELOK KUMBAR

KAMI BERSAMA MURID-MURID KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Page 12: Pbs

SOALAN 1

Jelaskan aktiviti pengurusan dan penyelengaraan makmal Kemahiran Hidup yang dilaksanakan oleh guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar dan berkesan. Gambar foto atau rajah berkaitan perlu disediakan bagi menyokong penerangan anda.

Aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan

Teluk Kumbar dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh guru-guru Kemahiran Hidup di

sini.Terdapat tiga komponen pengurusan dan penyelenggaraan bengkel yang dapat saya

fokuskan iaitu dari segi pengurusan dan pentadbiran sumber manusia, pengurusan dan

pentadbiran bengkel, serta yang terakhir ialah penyelenggaraan bengkel. Komponen

pertama iaitu pengurusan dan pentadbiran sumber manusia.Struktur organisasi bengkel

Kemahiran Hidup SK Teluk Kumbar diterajui oleh Guru Besar, kemudiannya Guru Penolong

Kanan 1, Ketua Panitia dan Guru Kemahiran Hidup seperti dalam rajah di bawah.

Seterusnya, Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar adalah

sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut.

Terdapat dua orang sahaja guru Kemahiran Hidup di sekolah ini iaitu Cikgu Mohamed Nabil

Fahimy Bin Mohamad Noor dan Cikgu Nurul Wahida Binti Hamdan,

Cikgu Fahimy merupakan ketua Panitia Kemahiran Hidup sekolah ini. Beliau

bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup berjalan dengan lancar di sekolah.

Antara tugas Cikgu Fahimy selaku ketua panitia ialah beliau menyelaras sukatan dan

Page 13: Pbs

rancangan pengajaran harian dan semester tahunan. Selain itu, beliau turut membuat

pesanan bahan dan alatan yang menjadi keperluan untuk digunakan di dalam bengkel

Kemahiran Hidup tersebut. Seterusnya, Cikgu Fahimy turut mengagihkan tugas mengajar

dan tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru

Kemahiran Hidup seorang lagi iaitu, Cikgu Nurul Wahida Binti Hamdan.

Beliau turut berperanan menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah

mengajar yang terkini selain melaksanakan mesyuarat panitia seperti yang telah ditetapkan

oleh pihak pentadiran Sk Telok Kumbar iaitu sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Seterusnya, Guru Kemahiran Hidup sekolah ini sangat bijak dalam menguruskan murid-

muridnya. Murid- murid ditekankan dengan peraturan keselamatan bengkel yang dipelajari

dan diamalkan semasa berada di dalam Bengkel Kemahiran Hidup. Guru Kemahiran Hidup

sekolah ini juga mengamalkan sistem kepegawaian ataupun staffing kepada murd-muridnya.

Pengurusan murid-murid juga lebih tersusun dengan adanya struktur organisasi bengkel.

Namun, saya meneliti segenap aspek namun tidak menjumpai sebarang carta organisasi

bengkel yang ditampal di dalam bengkel sebaliknya ia hanya terdapat di dalam buku

Kemahiran Hidup murid-murid pada halaman pertama. Setiap murid mempunyai carta

organisasi bengkel bagi kelasnya yang ditulis dengan kemas dan penuh ketelitian. Ini

menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Kemahiran

Hidup.

Komponen kedua ialah pengurusan dan pentadbiran bengkel di Bengkel Kemahiran Hidup

di Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar. Ia dibahagikan kepada ruang, susun atur dan

keselamatan. Ruang bengkel ini amat sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Ianya tidak terlalu sempit sehingga membataskan pergerakan murid-murid dan

guru untuk menjalankan amali dan tidak pula terlalu luas sehingga sukar untuk diuruskan.

Walaupun bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar ini terletak di

tingkat tiga iaitu aras paling atas, namun hal ini tidak membataskan bengkel ini supaya

dapat digunakan sebaiknya ruang yang ada. Aspek pencahayaan yang terang di dalam

bengkel ini amat baik terutama semasa aktiviti amali. Tingkap yang berada di dalam bengkel

juga berfungsi dengan baik dan diselenggara mengikut jadual. Ruangan dalam bengkel ini

boleh dibahagikan kepada beberapa ruang seperti ruang belajar, ruang amali, ruang guru,

rak-rak alatan dan bahan, ruangan hasil kerja pelajar, sink dan stor.

Melalui pemerhatian dan anggaran saya, bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan

Telok Kumbar ini mempunyai keluasan 20 meter X 30 meter dan boleh memuatkan

sehingga 40 orang murid dalam satu-satu masa. Lantainya pula diperbuat daripada bahan

tahan lasak, mudah dibersihkan, tidak menampung habuk dan tidak licin. Seterusnya,

Page 14: Pbs

bengkel ini mempunyai tingkap yang besar bagi membenarkan cahaya masuk sebanyak

mungkin serta pengudaraan yang bebas walaupun sudah dilengkapi dengan lampu dan

kipas yang sedia ada. Saya juga mendapati bengkel ini mempunyai pintu yang mempunyai

daun yang besar bagi memudahkan pergerakan jalan keluar semasa kecemasan.

Seterusnya, empat meja kerja yang tahan lasak berukuran 1.2 meter X 1.5 meter dan

ketinggian 0.8 meter. Bengkel ini juga dilengkapi dengan sistem perparitan dan bekalan air

siap dengan pili dan sinki bagi pencucian. Saya turut meneliti susunatur di dalam Bengkel

Kemahiran Hidup Sk Telok Kumbar yang kemas dan praktikal ini.Bengkel ini dilengkapi

dengan rak-rak panel alatan dan kelengkapan yang mudah digunakan dan diakses oleh

murid-murid yang menggunakan Bengkel Kemahiran Hidup ini. Selain itu, Cikgu Fahimy

turut menyediakan rak-rak simpanan bahan binaan projek yang boleh menempatkan hasil

kerja murid-murid dengan baik. Terdapat jugarak-rak bahan bantuan mengajar yang

dikemaskini dan mempunyai pelbagai bahan bantu mengajar bagi kemudahan guru-guru

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan menarik dan mudah difahami. Manakala,

dari aspek keselamatan, Cikgu Fahimy menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja

semasa beliau melakukan projek bersama anak muridnya. Selain itu, terdapat peti

pertolongan cemas dan tempat rawatan sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa di

dalam bengkel. Seterusnya, saya melihat sebuah alat pemadam api yang berada pada

tahap yang baik dan boleh digunakan sewaktu kecemasan. Cikgu Fahimy dan Cikgu juga

ada memaparkan carta keselamatan berserta nombor telefon panggilan kecemasan seperti

Bomba, Polis dan lain-lain.

Menurut Cikgu Fahimy, terdapat tiga jenis senggaraaan yang sering dilakukan di Bengkel

Kemahiran Hidup Sk Telok Kumbar, Bayan Lepas Pulau Pinang ini. yang paling kerap

dilakukan ialah senggaraan kawalan iaitu senggaraan yang sangat efektif dilakukan sebelum

peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ianya dilakukan dari masa ke masa

mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Antara senggaraan kawalan yang

dilakukan oleh Cikgu Fahimy ialah dengan memasang peralatan dengan betul apabila

sesuatu alat itu hendak digunakan, membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya

ianya sempurna dan berada pada tahap yang optimum.Selain itu, beliau turut memastikan

alatan besi yang tajam diletakkan bahan pelincir dengan sempurna dan mencukupi serta

pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan. Senggaraaan

pembetulan pula beliau lakukan apabila sesuatu peralatan itu rosak. Menurut beliau lagi,

biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan kecil yang tidak digunakan terlalu

kerap. Contohnya, seperti hot glue gun yang jarang-jarang digunakan oleh murid-murid.

Page 15: Pbs

SOALAN 2

Bincangkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru bagi meningkatkan kefahaman dan motivasi serta penguasaan murid berkaitan

teori dan amali mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Kepelbagaian kaedah atau gaya pengajaran dan juga teknik adalah penting dalam

pengajaran Kemahiran Hidup kerana ia menuntut para guru untuk memastikan proses

penyampaian maklumat dan memupuk tingkah laku pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Berikut merupakan antara beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang diamalkan oleh

Cikgu Fahimy yang sempat saya perhatikan sepanjang tempoh lima hari saya di Sk Telok

Kumbar Projek merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan murid-murid secara individu atau berkumpulan dalam sesuatu situasi

pembelajaran. Saya sempat melihat proses dan kronologi projek lampu suluh yang

dijalankan murid-murid Tahun 5 Nilam secara individu. Melalui kaedah ini, murid-muridakan

didedahkan kepada suatu cara penyelesaian kepada satu masalah yang memerlukan

mereka menghasilkan satu laporan tinjauan mudah ataupun membina satu yang berbentuk

kekal sebagai hasil usaha individu dan kerjasama dalam kumpulan.

Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran

secara langsung dan penglibatan diri secara aktif. Murid-murid Tahun 5 Nilam juga

berlumba-lumba untuk menyiapkan projek lampu suluh tersebutdengan sentuhan kreativiti

masing-masing.Pembelajaran melalui sesuatu projek menggalakkan pelajar-pelajar

menggunakan dan memantapkan kemahiran belajarnya. Projek adalah satu kaedah

Page 16: Pbs

pembelajaran yang memerlukan pelajar-pelajar mengaplikasikan kemahirannya dalam

kehidupan hariannya.Bahan-bahan untuk melaksanakan projek disediakan oleh pihak

sekolah seperti kayu, tukul, paku, mentol dan sebagainya.Namun ada juga bahan yang

diminta oleh Cikgu Fahimy daripada murid-muridnya iaitu seperti botol kerana bahan

tersebut mudah didapati dimana sahaja. Kaedah projek menuntut seseorang guru

Kemahiran Hidup berfikir bagaimana projek yang diberi kepada muird-muridnya merupakan

satu kesempatan untuk mengamalkan prinsip penyerapan dan penggabungjalinan dalam

proses pembelajaran.Topik-topik Kemahiran Hidup yang boleh menggunakan teknik projek

adalah seperti penghasilan projek reka cipta, mereka bentuk dan menghasilkan projek

gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam, penghasilan projek elektrik dan

elektronik dan penghasilan ikan hiasan.

Selain itu, Cikgu Fahimy juga menggunakan kaedah demonstrasi.Ia merupakan satu cara

pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali dijalankan di hadapan pelajar-pelajar.

Contohnya, Cikgu Fahimy menunjukkan cara memaku dengan betul kepada murid-murid

Tahun 5 Nilam. Demonstrasi digunakan untuk menerangkan isi pelajaran kepada murid-

murid supaya mereka akan lebih faham apa yang mereka cuba pelajari. Kaedah ini

melibatkan pembelajaran melalui pelbagai deria iaitu deria pendengaran, penglihatan dan

pengamatan yang lebih tajam. Keberkesanan sesuatu demonstrasi akan bergantung kepada

teknik yang diamalkan oleh guru. Terdapat beberapa tajuk tertentu dalam Kemahiran Hidup

yang sesuai disampaikan melalui kaedah demonstrasi. Antaranya ialah baik pulih dan

penyenggaraan alatan tangan, mesin mudah dan perabot. Selain itu, topik jahitan juga

sesuai dengan kaedah demonstrasi. Perbincangan merupakan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang menggalakkan murid bertukar-tukar fikiran sambil berkongsi maklumat

tentang sesuatu tajuk pelajaran yang diperbincangkan. Kaedah ini adalah satu kaedah di

mana kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menyelesaikan tugasannya. Saya

juga berkesempatan melihat kaedah ini digunakan dengan jelas semasa Cikgu Fahimy

mengajar kelas 5 Delima. Murid-muridnya bertukar-tukar fikiran mengenai bahan yang

paling sesuai untuk melekatkan bongkah kayu.Semasa kaedah ini, Cikgu Fahimy bertindak

sebagai fasilitator kepada setiap kumpulan. Beliau mengelak daripada memainkan peranan

yang dominan ketika membimbing murid-muridnya. Seterusnya, beliau membuat rumusan

muktamad setelah wakil-wakil kumpulan membentangkan rumusan atau laporan

kumpulannya kepada kelas.

Saya juga dapati kaedah perbincangan ini dapat menggalakkan murid-murid yang belajar

Kemahiran Hidup ini berfikir dengan teliti sebelum bercakap atau mengemukakan

Page 17: Pbs

pandangannya tentang sesuatu yang dibincangkan.Kaedah ini juga merupakan satu aktiviti

pembelajaran yang bersifat interaktif di mana murid-murid dapat berinteraksi secara

berfaedah. Cikgu Fahimy juga turut mengamalkan kaedah penyelesaian masalah, iaitu satu

kaedah yang melibatkan murid-muridnya secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk

mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi,

perbincangan dan projek boleh dijalankan.Pengetahuan yang diperoleh dalam pelajaran

Kemahiran Hidup hendaklah digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi dalam kehidupan hariannya. Kaedah ini adalah untuk memanfaatkan

pengetahuan yang dipelajarinya. Saya berpendapat bahawa guru Kemahiran Hidup perlu

membiasakan murid-muridnya dengan teknik dan pengalaman menyelesaikan masalah dan

membina keyakinan mereka dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu isu. Selain itu,

guru juga perlu membimbing murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan yang

bertujuan meningkatkan daya berfikir mereka. Melalui kaedah ini, murid-muridakan

berusaha mencari jawapan dan berkeyakinan semasa menyampaikan idea-ideanya.

Page 18: Pbs

SOALAN 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang tempoh lima hari pemerhatian dan penilaian penulis semasa berada di Sk Telok

Kumbar ini, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki khususnya kepada aspek

pengurusan dan penyelenggaraan bengkel kemahiran hidup yang megah ini.

Pertamanya, saya merasakan adalah perlu untuk diletakkan papan-papan kenyataan yang

bermaklumat di dalam bengkel ini. Contohnya, peraturan menggunakan bengkel, carta

organisasi, jadual bertugas dan sebagainya. Penulis yakin dan percaya bahawa topik ini

diajar oleh guru-guru kemahiran hidup du sekolah ini, namun adalah lebih baik sekiranya

maklumat ini ditampal dan sering dilihat oleh murid-murid mahupun guru yang mengajarnya.

Murid-murid cenderung untuk lupa, maka tugas guru adalah untuk mengingatkan kembali

murid-murid ini.

Seterusnya, saya berkesempatan melihat muird-murid yang berpotensi tinggi ini membuat

satu projek kayu. Tempat simpanan alatan pertukangan yang digantung tinggi menyebabkan

sebilangan murid tidak mampu untuk mencapai dan menggunakan peralatan tersebut. Ini

sudah tentu membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan

lancar. Walaupun panel simpanan itu nampak kemas, namun apa guna sekiranya tidak

dapat diakses oleh murid-murid. Justeru, saya mencadangkan agar panel alatan tersebut

diletakkan pada aras ketinggian yang sesuai dengan murid-murid.

Berikutnya, jika diperhati dengan teliti, sebenarnya tempat letak Peti Kecemasan

sebenarnya tidak berada dalam keadaan yang strategik. Peti kecemasan seharusnya

digantung di suatu sudut yang mana mudah untuk diakses oleh semua murid dengan mudah

kerana tempat Peti Kecemasan itu digantung adalah sedikit tinggi dan sukar untuk dicapai

Page 19: Pbs

oleh murid yang rendah.Tambahan lagi, menurut pemerhatian saya, Peti Kecemasan

tersebut juga tidak lengkap seperti yang disarankan oleh standard yang sebenar.Terdapat

beberapa ubat-ubatan dan alatan untuk merawat tidak lengkap yang terdapat dalam Peti

Kecemasan tersebut. Pihak sekolah seharusnya menitikberatkan soal ini kerana kecemasan

boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan semestinya akan menyukarkan lagi keadaan

sekiranya ubat dan alatan yang sepatutnya digunakan tidak ada di dalam Peti Kecemasan

tersebut.

PENUTUP

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menjayakan laporan ini.Jutaan terima kasih diucapkan

kepada pihak SK Sungai Batu yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam

menjayakan laporan ini.

Tidak lupa ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah saya kerana telah banyak

memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan terutama sekali cara-cara bagaimana

untuk menghasilkan laporan yang mengikut standard yang ditetapkan. Segala pengalaman

yang diperoleh sepanjang PBS kali terakhir ini akan saya semat dalam diri dan saya percaya

segala pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang seminggu berada di sana akan

saya gunakan pada masa akan datang jika diizinkan oleh-Nya.

Page 20: Pbs

REFLEKSI

MOHD FADHLI BIN MOHD NASIR

921012 - 02 - 5149

Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar ini selama lima hari bagi

menjalankan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 4, pelbagai pengalaman

berguna telah saya perolehi. Walaupun sudah pernah ke sekolah dalam Pengalaman

Berasaskan Sekolah 1, 2 dan 3, namun peluang untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke

sekolah merupakan suatu peluang keemasan kerana ianya memberikan terlalu banyak

faedah kepada saya.

Pertama, melalui aktiviti ini saya lebih jelas tentang struktur organisasi sesebuah sekolah.

Umumnya setiap sekolah memiliki struktur organisasi yang hampir serupa. Namun begitu,

sepanjang melaksanakan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah, ini merupakan kali

pertama saya ke sekolah yang menjalankan dua sesi persekolahan. Jadi, struktur organisasi

di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar ini agak berbeza berbanding sekolah-sekolah yang

lain.

Antara perbezaan tersebut adalah para guru di sekolah ini turut menjalani sistem pengajaran

dua sesi apabila sebahagian guru akan mengajar di sebelah pagi manakala sebahagian

yang lain akan mengajar di sebelah petang. Selain itu, dalam struktur organisasi tertinggi

sekolah turut terdapat kelainan apabila selain jawatan Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, turut terdapat jawatan

Penolong Petang yang akan bertugas pada sesi petang.

Kedua, menerusi Pengalaman Berasaskan Sekolah 4 ini juga, saya berpeluang untuk

menggantikan sebahagian waktu kelas terutamanya yang melibatkan mata pelajaran Reka

Page 21: Pbs

Bentuk dan Teknologi. Jadi, pengalaman menggantikan kelas Reka Bentuk dan Teknologi

ini merupakan sesuatu yang baru buat saya memandangkan sebelum ini, saya tidak pernah

menggantikan kelas untuk mata pelajaran ini.

Sepanjang menggantikan kelas tersebut juga, saya terpaksa memantau murid untuk

melakukan projek pertukangan. Mereka dikehendaki untuk membuat rumah api daripada

bahan-bahan berasaskan kayu dan plastik serta turut melibatkan asas elektronik mudah.

Jadi, pengalaman ini merupakan sesuatu yang baik untuk saya kerana saya berpeluang

untuk memahami situasi kelas ketika murid sedang bertukang. Aspek keselamatan

sememangnya sangat perlu dititikberatkan memandangkan murid-murid sekolah rendah

agak aktif dalam pembelajaran yang melibatkan penggunaan hands on seperti bertukang ini.

Selain itu, saya juga dikehendaki untuk membimbing murid-murid yang tidak memiliki

kemahiran dalam ilmu pertukangan. Sebahagian besar murid terutama murid perempuan

tidak begitu berkemahiran dalam bertukang jadi mereka memerlukan bimbingan khusus.

Jadi, peluang untuk membimbing mereka ini digunakan dengan sebaik mungkin dalam

usaha saya menajamkan lagi kemahiran mengajar dan membimbing murid sekolah rendah.

Ketiga, antara pengalaman berguna yang saya peroleh melalui Pengalaman Berasaskan

Sekolah 4 ini juga adalah saya berpeluang untuk mengenal suasana persekitaran di negeri

orang. Memandangkan saya berasal dari Jitra dan turut menyambung pengajian di kawasan

yang sama, jadi saya menggunakan peluang ini untuk merantau ke sekolah di negeri-negeri

lain.

Melalui pemerhatian saya, setiap sekolah mempunyai budayanya yang tersendiri. Begitu

juga dengan karenah para guru di sekolah-sekolah juga berbeza-beza. Di sekolah ini

misalnya, saya mendapati terdapat guru yang peramah dan mudah mesra dan terdapat juga

guru yang agak diam dan tidak begitu banyak berkomunikasi dengan kami. Selain itu,

budaya di sekolah ini juga agak berbeza dengan di sekolah-sekolah lain apabila murid-

muridnya agak nakal dan kadangkala bertindak agak liar dan di luar batasan.

Contohnya, ketika hari akhir persekolahan iaitu hari Jumaat, saya mendapati terdapat

seorang murid yang didenda ekoran daripada ugutannya untuk menendang seorang guru

perempuan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan kawasan tempat tinggal kami berada di

kawasan pinggir bandar dan kebanyakkan komuniti di sini lebih terdedah kepada gejala-

gejala sosial. Hal ini turut diakui oleh seorang Ustaz di sekolah ini yang turut mengakui

bahawa penduduk di kawasan sekitar sekolah ini banyak terlibat dengan gejala-gejala yang

tidak sihat seperti menghisap dadah.

Page 22: Pbs

Selain itu, peluang mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah di Pulau Pinang ini juga

memberi peluang kepada saya untuk meluaskan pemandangan saya. Saya jarang ke

kawasan pulau dan peluang berada di sini selama seminggu membolehkan saya untuk

mengelilingi sekeliling kawasan pulau iaitu bermula daripada kawasan Bayan Lepas ke

Teluk Bahang, kemudian ke kawasan Batu Feringhi dan kawasan Georgetown sebelum

kembali semula ke Bayan Lepas. Melalui pengalaman ini, saya semakin jelas dengan peta

kawasan Pulau Pinang dan ianya merupakan ilmu baru kepada saya kerana siapa tahu,

mungkin suatu hari kelak saya mungkin akan mengajar di sekolah di sekitar kawasan pulau

ini.

Jadi, peluang untuk mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah selama empat kali telah

banyak memberi ilmu dan pendedahan awal yang berguna kepada saya tentang situasi

persekolahan sebenar kelak. Ilmu ini begitu berfaedah dan akan banyak membantu

terutamanya ketika saya mengikuti praktikum pada semester hadapan. Diharap semoga

segala yang diperoleh ini dapat dijadikan pedoman oleh saya dan juga semoga ianya

mendapat keberkatan daripada Allah. Amin.

Sekian terima kasih.

Page 23: Pbs

REFLEKSI

Pada 22 hingga 26 September 2014, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan

Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar (SKTK) bersama rakan saya Mohd

Fadhli bin Mohd Nasir. Pada PBS kali ini kami dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan

yang mana diberikan oleh Jabatan Kajian Sosial kepada kami iaitu dibawak subjek reka

bentuk dan teknologi. Tanggal 22 september merupakan hari yang bermakna dalam sejarah

hidup saya dimana pada hari ini saya menjejakkan kaki di SKTK dengan tujuan menimba

ilmu dan pengalaman bermakna untuk diaplikasikan pada masa yang akan datang. Apa

yang paling menggembirakan adalah apabila saya berjaya lari dari sifat malu dan gementar

sepertimana sebelum ini, kerana PBS pada kali ini merupakan kali yang keempat perasaan

sedemikian mungkin akan hilang kerana ianya sudah menjadi kebiasaan terutamanya

kepada bakal- bakal guru.

Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SKTK iaitu Cik Norati

Bt. Mohd. Othman di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SKTK begitu mengalu-

alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan

membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah

melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah

bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali keempat saya berada di

barisan hadapan sebagai seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika

majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua

guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain

lagi.

Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan persekitarannya

dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para pelajar disini saya

Page 24: Pbs

lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap kebersihan. Pada awal bagi

iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di kawasan persekitaran kelas mereka

dan mula membersihkan kawasan mereka. Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali

sehinggakan begitu sukar untuk saya melihat sampah walaupun dikawasan yang agak

tesorok.

Hari pertama berada di SKTK begitu mengujakan saya. Selepas majlis perhimpunan tamat,

saya rakan yang menjalani PBS di SKTK perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan

beberapa perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penolong

kanan 1 SKTK. Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari yang begitu menarik kerana

pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya

tidak rasai dapat saya rasai kembali pada hari ini sebagai seorang bakal guru.

Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan

kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir seterusnya memberi saya

lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru

disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai orang luar, saya

begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak mencemarkan maruah saya dan

maruah IPGM Kampus Darulaman. Guru-guru yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur

semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka.

Pada hari kedua berada di SKTK, saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan

saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan

tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke

sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok

kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan

tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam kelas.

Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan

segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki

kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya lihat begitu

senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini

memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.

Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat saya. Selain

menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat sekolah

mengenai majlis maulidur rasul yang akan diadakan pada hari khamis ini. Ketika menghadiri

mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar tentang suasana dan

cara bermesyurat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah saya praktikkan. Ketika

Page 25: Pbs

mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia makanan dan minuman

untuk guru dan para pelajar.

Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada tugasan yang diberikan iaitu dengan melihat

bengkel kemahiran hidup di sekolah ini. Kesimpulannya, walaupun agak kecil namun

demikian aspek keselamatan dan kebersihan amat ditekankan oleh guru di sekolah ini.

Peralatan juga disusun dengan kemas dan yang paling penting murid mematuhi segala

peraturan yang diberikan oleh guru supaya memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran

berlaku sepertimana yang telah dirancang. Selain itu saya juga turut tidak terlepas untuk

melawat persekitaran sekolah ini, antara tempat yang paling menarik minat saya ialah kantin

dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama ada sebelum, ketika dan selepas

waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar dilihat beratur untuk membeli makanan

dan tidak membuat bising. Suasana dikantin juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai

input pengetahuan buat para pelajar seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak

lagi input lain. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan,

menarik, bila-bila masa dan dimana juga.

Taman sains SKTK juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan

ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan

taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar disana

ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan pondok belajar

didalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan antara ikan yang

dipelihara oleh SKTK ialah ikan keli dan ikan patin. Program ini sungguh menarik dimana

para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan bersesuaian dengan topik atau subjek yang

mereka pelajari.

Hari keempat berada di SKTK merupakan hari Rabu iaitu hari kokurikulum. Pada hari ini

dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit berunifom masing-

masing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian

seragam seperti mereka, saya berasa agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa

menjadi perhatian orang lain. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari

keempat di SKKB dengan penuh semangat seperti biasa.

Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SKTK, Ketika ini, perasaan sedih

mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKTK. Saya sempat

mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama

saya berada di SKTK dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama

saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKKB setelah dapat mengenali

Page 26: Pbs

ramai para pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan

sebagai seorang pelajar.

Hari-hari berada di SKKB begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara

saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang

berkaliber. Saya berharap, pada semester seterusnya iaitu akan memberikan peluang

kepada saya untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini

bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

KU MOHAMAD AMIRUDIN BIN KU AZAHAR

PISMP SEMESTER 4 PENDIDIKAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH

931225-02-5045

Page 27: Pbs
Page 28: Pbs

LAMPIRAN