pbs umar

Upload: umar-qayyum

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 pbs umar

    1/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    PENDAHULUAN

    Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib

    bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah

    Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap

    semester sehingga semester empat. Program itu bertujuan untuk memberi

    kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang

    guru.

    Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah

    sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melaluipemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti

    sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan

    bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam

    konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS

    pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar

    dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

    Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan

    yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus

    tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi

    mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur

    dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

  • 7/30/2019 pbs umar

    2/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    Tujuan penyataan profesional adalah :

    Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan

    jelas.

    Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang

    difokuskan dengan sistematik.

    Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan

    pelaksanaan aktiviti yang difokuskan.

    Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat

    penambahbaikan / tindakan susulan.

    OBJEKTIF

    Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :

    Memahami budaya sekolah

    Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah

    Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

    Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran

    Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan

    sekolah

    Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan

    sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

    Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara

    kritis dan analitikal

    Membina sikap positif terhadap profesion keguruan

    Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

    Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan

    semasa sesi refleksi

  • 7/30/2019 pbs umar

    3/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

    PENYATAAN SEBELUM PBS

    kenal pasti fokus utama tugasan

    tujuan tugasan

    merancang strategi pelaksanaan

    instrumen penilaian

    Tujuan tugasan

    Fokus utama tugasan

    Peranan dantanggungjawab panitia

    Justifikasi Soalan Ujian (JSU)

    Soalan-soalancontoh

    Jenis peperiksaan Sumatif dan Formatif

    Karangan contoh

    Peranan Panitia BM dan

    setiausaha peperiksaan.Pengurusan bilik darjah

  • 7/30/2019 pbs umar

    4/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    SEBELUM PBS

    Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami

    telah menerima taklimat berkaitan dengan pbs daripada Pn. Inurni selaku penyelaras

    PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Hone

    IPG Kent. Ini merupakan kali ketiga kami guru pelatih semester 3 menjalankan PBS.

    Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih

    tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

    Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian

    dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilikdarjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah

    institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan

    secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras

    dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan

    menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru

    mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah

    mentadbir sekolah.

    Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman

    kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di

    sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi

    pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk

    memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung,

    pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

    juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

    Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul

    maklumat tentang kemahiran Pendidikan Jasmani serta maklumat yang berkaitan

    dan pengurusan bilik darjah, disamping dapat membina kemahiran inkuiri penemuan

    dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru pelatih

    membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

  • 7/30/2019 pbs umar

    5/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan

    tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk

    perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki

    membuat PBS selama seminggu

    Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami

    serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu

    menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi

    Anatomi dan Fisiologi dan tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami

    perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk

    mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

  • 7/30/2019 pbs umar

    6/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    SEMASA PBS

    Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah

    melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya

    telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4

    orang lelaki yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan

    sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru

    Besar,Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan

    Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru

    yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

    Semasa menjalani PBS,saya telah melakukan beberapa pemerhatian

    mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah

    saya dapat memasuki kelas Tahun 5. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat

    menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi

    menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua

    bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Semasa menjalani

    PBS ini, saya turut memasuki kelas pemulihan bagi mengisi masa terluang, melalui

    pemerhatian saya di kelas tersebut, masih terdapat pelajar yang tidak dapat

    menguasai kemahiran 3M walaupun sekolah tersebut merupakan sekolah yang

    berada di tengah bandar. Akan tetapi, guru yang mengajar pelajar terbabit

    merupakan seorang guru yang sangat tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa

    agar mereka dapat bersaing dengan pelajar lain di masa depan. Selain itu, semasa

    PBS juga saya turut melakukan tugasan yang telah diamanahkan, nasib saya sangat

    baik, kerana guru-guru di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang baik bagi

    saya menyelesaikan tugasan tersebut.

    Saya juga belajar mengenai teknik berkomunikasi yang baik serta betul

    apabila bercakap dengan orang yang lebih berkuasa dan berpengalaman dari diri

    sendiri. Saya telah diingatkan oleh Penolong Kanan untuk bercakap secara

    bersopan dan berhemah apabila melakukan sesi temuramah bersama-sama guru-

    guru mahupun staf-staf sokongan. Teknik bercakap dan bertanya yang baik perlu

  • 7/30/2019 pbs umar

    7/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    dalam melakukan sesebuah temubual. Teknik yang baik akan merangsang hasil sesi

    temubual yang baik. Selain itu, Guru Besar turut memberi nasihat mengenai kerjaya

    seorang guru sangat mulia disisi agama kerana ilmu yang kita curahkan akan

    digunakan sampai bila-bila walaupun jasad telah dimamah bumi. Beliau juga turut

    menekankan agar melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan komited agar

    hasil yang diperoleh dapat juga digunakan oleh individu lain.

  • 7/30/2019 pbs umar

    8/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    SELEPAS PBS

    Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah mengumpul

    dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan

    semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai

    beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa

    hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan

    berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat

    daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya

    untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah.

    Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan

    bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akanmendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

    Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa

    dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi

    seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal

    menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar

    sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa

    bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu,

    seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan

    saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap

    semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

    Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah

    serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina

    perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi

    mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik

    dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan

    merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.

    Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran

    dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang

    tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

    ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

  • 7/30/2019 pbs umar

    9/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan

    menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan

    kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil

    akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang

    masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam

    ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

  • 7/30/2019 pbs umar

    10/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    2.2LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

    Saya perlu melaksanakan beberapa aktiviti untuk melengkapkan fail Pengalaman

    Berasaskan Sekolah (PBS). Antara aktiviti yang perlu saya laksanakan ialah

    membuat pemerhatian, temubual, soal selidik, perbincangan dan lain-lain lagi.

    Saya telah membuat satu jadual waktu supaya saya tidak membazirkan masa

    sepanjang minggu ini dan melaksanakan laporan PBS saya dengan sempurna.

    Tarikh Aktiviti yang harus dilaksanakan.

    21 Mac 2011

    Berjumpa dengan Guru Besar sekolah

    Menghadiri perhimpunan mingguan

    Menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan

    semasa PBS.

    Menulis refleksi harian .

    Berjumpa dengan ketua panitia Sains dan ketuapanitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

    Membuat pemerhatian terhadap persekitaran

    sekolah dan mengambil gambar.

    22 Mac 2011

    Menulis refleksi harian.

    Menjalankan pemerhatian di kelas Tahun 5

    Bakung.

    Menemu bual Guru Besar, Encik Khamis Amit

    Berbincang dan berinteraksi dengan kerani

    sekolah dan mentor, Puan Zulit.

    Menyediakan soalan soal selidik untuk guru-

    guru dan murid-murid sekalian.

    Mendapatkan maklumat sekolah daripada

    kerani dan Penolong Kanan Kurikulum.

  • 7/30/2019 pbs umar

    11/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    23 Mac 2011

    Menulis refleksi harian.

    Membuat pemerhatian di sekitar kawasan

    sekolah

    Menemu ramah Penolong Kanan Kurikulum,

    Encik Jerry

    Berbincang dengan guru lain, Encik Jerry yang

    juga merupakan ketua panitia PJK

    24 Mac 2011

    Menulis refleksi harian.

    Membuat pemerhatian di kelas Matematik

    Tahun 5.

    Mengedarkan borang soal selidik di kalangan

    guru.

    Berinteraksi dengan beberapa orang murid

    Melengkapkan folio.

    25 Mac 2011 Menulis refleksi harian.

    Berjumpa dengan pengurus sekolah untuk

    mendapat tandantangan daripada pihak

    pengurus sekolah bagi borang kehadiran PBS

    serta pengisian laporan perkembangan pelajar.

    Memeriksa untuk memastikan maklumat

    sekolah telah diperolehi

  • 7/30/2019 pbs umar

    12/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    2.3 PENILAIAN DAN LAPORAN

    Melalui PBS ini, saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta

    interaksi, komunikasi serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. Malah

    saya juga perlu mempunyai daya tahan mental dan fizikal baik dalam menghadapi

    pelbagai suasana di sekolah pada suatu hari nanti. Kita sebagai seorang bakal

    pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan

    kepada kita. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data, pentadbir, para guru,

    kakitangan sekolah serta pelajar telah memberikan kerjasama dan input yang sangat

    membantu bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun pada masa itusemua pelajar telah selesai menghadapi peperiksaan, dengan susunan meja dan

    kerusi yang masih tidak tersusun seperti keadaan asal, namun semangat mereka

    untuk menolong saya begitu menakjubkan sekali.

    Melalui objektif kajian yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir

    keseluruhan isi objektif kerana memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya

    serta masa yang singkat iaitu seminggu untuk menjalani PBS ini, objektif tidak dapat

    dicapai sepenuhnya. Namun, ojektif utama iaitu menyediakan saya dengan suasana

    sekolah dan melatih interaksi serta pemupukan sikap positif dalam diri dapat

    dilakukan kerana ia merupakan tugasan penting bagi menyiapkan projek yang ingin

    dicapai. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu

    banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut.

    Walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak pentadbir dan para guru

    tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat, layanan mereka terhadap

    saya sangat baik. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam

    proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini,

    merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat

    mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya.

    Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi

    seorang guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa

  • 7/30/2019 pbs umar

    13/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    kita sejajar dengan dasar-dasar yang telah dicetuskan oleh pihak kerajaan agar

    dapat melahirkan tampuk pemerintahan yang begitu unggul di mata dunia.

  • 7/30/2019 pbs umar

    14/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

    3.1 PEMERHATIAN

    Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah

    melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan

    pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap

    pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap

    hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan

    guru.

    Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran

    sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga

    sosial murid-murid tersebut. Selain itu, kesan kemudahan sekolah yang lengkap

    terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah saya turut

    membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti

    kantin, makmal komputer, pusat sumber, padang, dewan dan sebagainya. Melalui

    pemerhatian ini, saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai padang yang

    luas kerana tapak padang telah dibina sebuah dewan sekolah yang baharu. Oleh

    yang demikian, sekolah ini terpaksa berkongsi padang dengan sekolah sebelah

    yakni SSI.

    Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah. Melalui

    pemerhatian juga , saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang

    berkait rapat dengan tugasan saya. Antaranya seperti :

    Apakah aktiviti yang sedang berlaku di sekolah tersebut?

    Menyatakan apakah kekuatan yang ada, kelemahan serta cadangan

    penambahbaikkan yang ada.

    Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitkan dengan tahap

    perkembangan murid-murid.

    Pelaksanaan kurikulum dijalankan berjalan lancar atau tidak?

  • 7/30/2019 pbs umar

    15/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    Semasa perhimpunan yang diadakan, adakah murid mempunyai norma-

    norma atau adab yang betul ketika dalam majlis perhimpunan.

    Apakah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah ?

    Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas? Adakah mereka aktif atau

    kurang berminat ?

    Bagaimana guru menguruskan golongan pelajar yang lemah dengan pandai ?

    Apakah cara yang digunakan oleh guru untuk membahagikan murid dalam

    kumpulan?

    Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat murid-

    murid tersebut?

    Bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah ?Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid ?

    Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk

    memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p?

  • 7/30/2019 pbs umar

    16/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    3.2 SENARAI SEMAK

    Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah

    diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa

    aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini

    memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai

    perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah

    diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan ole pensyarah saya telah

    membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat

    sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara

    penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akanmenjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak

    tersusun dengan baik.

    saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk

    menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari

    sepanjang PBS.

    senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan

    portfolio.

    bagi senarai semak prasarana, gambar yang diambil adalah mengikut apa

    yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan.

    Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan.

    Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak

    dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat

    membahagikan kerja mengikut kriteria.

    Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.

  • 7/30/2019 pbs umar

    17/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    3.3 TEMU BUAL

    Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan

    pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual

    dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya

    menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar,

    Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan

    Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah

    melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan

    penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan

    dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.

    Di samping itu, saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan

    yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu. Tambahan lagi, saya

    turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin

    berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin

    sekolah. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian

    pemeriksaan kendiri kantin. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam

    laporan ini. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT.

    Malah,saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai

    kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Namun,

    terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan. Berikut adalah

    perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak

    dijalankan.

    Guru Besar

    Guru Penolong Kanan 1

    Guru Penolong Hal Ehwal Murid

    Guru Penyelaras Kokurikulum

    Guru Panitia

    Kakitangan Sekolah

    Murid-murid

  • 7/30/2019 pbs umar

    18/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    3.4 SOAL SELIDIK

    Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang

    terdapat dalam senarai temubual diatas. Malah saya turut merangka beberapa

    bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop

    soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan:

    Latar belakang orang yang ditemuduga

    Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas

    Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid

    Berkaitan dengan bagaimana sekolah merealisasikan falsafahpendidikan di sekolah.

    Maklumat tentang sekolah

    Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu

    mengajar dan juga penglibatan murid-murid.

    Skop-skop tugasan guru

    Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru.

    Kesukanan dijalankan ataupun tidak kerana sekolah tersebut tidak

    mempunyai padang.

    Penglibatan murid-murid dengan aktiviti di luar bilik darjah

    Soal selidik penting kerana terdapat tatacara untuk menemuduga seseorang,

    oleh itu, penemuduga itu perlulah mengetahui ;

    Siapa yang ditanya?

    Kerana apa?

    Bagaimana untuk melakukan temuduga?

    Bilakah waktu yang sesuai?

    Mengapa orang berkenaan yang dipilh

    Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih.

    Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian.

    Antara soalan yang ditanya kepada pelajar:

    1. Adakah anda bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah?

  • 7/30/2019 pbs umar

    19/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    2. Adakah anda memberi salam setiap kali bertemu dengan guru?

    3. Adakah anda mengucapkan terima kasih setelah membeli makanan?

    4. Adakah anda seronok belajar dalam kumpulan?

    5. Adakah anda memulakan kelas dengan membaca doa?

    6. Apakah lagu kebangsaan Negara kita?

    7. Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang?

    8. Bilakah tahun kemerdekaan Negara kita?

  • 7/30/2019 pbs umar

    20/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    ILMU/ PENGETAHUAN BARU

    5.1 PEMERHATIAN

    Melalui pemerhatian saya, SSII merupakan sebuah sekolah yang indah dan

    bersih. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai murni dalam

    kalaangan pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru

    mahupun individu yang melawat sekolah mereka. Mereka juga turut diterapkan

    dengan unsur kerohanian dengan membaca doa sebelum dan selepas memasuki

    tandas dan bacaan zikir pada awal pagi menyambut kedatangan murid-murid ke

    sekolah. Tambahan lagi, pelajar di sekolah ini bijak dalam menguruskan soalkebersihan, mereka tidak membuang sampah di merata tempat dan meletakkan

    bekas makanan yang telah kotor ke tempat yang telah disediakan.

    Pada pandangan mata kasar saya ini, saya juga dapat lihat guru sangat bijak

    mengawal pelajar di dalam kelas walaupun mengajar kelas paling tercorot. Selain

    itu, mereka sangat kreatif dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), ini

    membuatkan pelajar sangat berminat untuk belajar malah lembaran kerja yang

    diberikan mengikut tahap kemampuan pelajar agar tidak menjadi bebanan kepada

    mereka. Disamping itu, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan

    kenyataan di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat

    berkaitan topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat

    tetap dan boleh digunakan secara berulang kali. Maklumat yang ditampal dapat

    ditanggalkan dan diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak

    ketinggalan dengan perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan

    jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang

    dipelajari.Murid-murid hanya perlu pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat

    rujukan terus tanpa perlu membuang masa di tempat lain.

    Guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan

    emosi pelajar. Guru di sekolah ini sangat bijak menceriakan kelas lebih-lebih lagi

    guru kelas tahun satu, kerana pada tahap ini pelajar tahun satu sangat gemarkan

    sesuatu yang berwarna-warni. Oleh itu, guru telah mengambil inisiatif dengan

  • 7/30/2019 pbs umar

    21/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    menampal bahan-bahan ilmiah dengan kertas yang berwarna, mereka jadual waktu,

    jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya. Malah papan kenyataan

    dipastikan mempunyai bahan-bahan ilmiah. Selain itu, para guru turut menampal

    perkataan-perkataan ilmiah di dinding sekitar laluan pelajar, contohnya perkataan

    dalam Bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, melalui langkah ini,

    pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka dalam Bahasa Arab.

    Disamping itu, guru-guru di sekolah ini sangat menepati masa, pelajar tidak sempat

    untuk bermain atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Malah

    disini saya dapat lihat sahsiah guru di sekolah ini sangat tinggi.

  • 7/30/2019 pbs umar

    22/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    5.2 SENARAI SEMAK

    Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa

    program Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan.Senarai semak ini

    menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan

    sepanjang berada di sekolah. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan

    senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara.Senarai semak mengelakkan

    saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya

    laksanakan semasa berada di sekolah. Tertinggal sesuatu perkara akan

    menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu di hantar selepas PBS

    dilaksanakan.Saya juga telah belajar cara-cara untuk membuat senarai semak yangtersendiri untuk tugasan PJM. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan

    kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Malah penggunaan senarai

    semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang

    telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun.

    Antara tujuan penyediaan senarai semak:

    Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan

    Membuat perancangan yang rapi

    Memudahkan untuk melakukan rujukan

    Lebih sistematik

    Selamat dan tersusun

  • 7/30/2019 pbs umar

    23/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    5.3 TEMUBUAL

    Semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya telah

    mempelajari pelbagai teknik pertanyaan yang baik dan berkesan. Saya juga telah

    mengetahui mengenai kesan sesebuah teknik pertanyaan terhadap hasil yang

    diperolehi.Teknik pertanyaan yang tidak baik akan membuahkan hasil yang tidak

    baik manakala teknik yang baik dan berkesan akan memberikan hasil yang

    memuaskan hati kedua belah pihak. Saya telah diajar oleh guru panitia Bahasa

    Melayu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkat

    daripada kita. Semasa menjalani PBS, saya telah menemubual Guru Besar, Guru

    Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kokurikulum, paraguru, staf sokongan dan murid-murid. Penggunaan bahasa semasa menemuramah

    mereka sangat berlainan.

  • 7/30/2019 pbs umar

    24/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    5.4 PENGURUSAN BILIK DARJAH

    Dengan mengkaji bilik darjah, saya dapat menyesuaikan diri di sekolah dan

    bilik darjah sebagai seorang guru. Saya juga memahami tentang pengurusan

    pengajaraan dan pembelajaran serta strategi-strategi yang dilaksanakan untuk

    pelajar. Melalui tinjauan dan temubual, saya dapat mengetahui cara penggunaan

    BBM yang berkesan untuk menarik minat pelajar. Saya juga turut mengkaji susun

    atur meja dan ruang belajar yang paling berkesan. Bilik darjah yang kondusif dan

    lengkap ialah bilik darjah yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Selain itu,

    suasana dan iklim bilik darjah yang bersih dan selesa merupakan antara aspek

    terpenting agar proses P&P dapat berjalan dengan baik. Pengalaman BerasaskanSekolah mengajar banyak pengalaman di bilik darjah dan saya dapat merasai

    keadaan sebenar bilik darjah.

  • 7/30/2019 pbs umar

    25/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

    7.0 LAPORAN AKHIR

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib

    dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia

    ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam

    Negara. PBS merupakan pengalaman menarik bagi saya selaku pelajar Program

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3. PBS ini meminta untuk saya

    ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah yang saya buat PBS

    ialah Sekolah Kebangsaan Tinambak, Tuaran.

    Dalam membuat refleksi kendiri, sepanjang saya berada di sekolah, sayatelah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar

    keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri.

    Semasa melaksanakan PBS, saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam

    menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek

    penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak

    sekolah, para guru dan murid-murid. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah

    tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar

    saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan

    cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana

    emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang

    negatif membawa keburukan kepada diri kita.

    Melaui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan

    sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan

    untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan

    dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk

    menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari

    keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan

    meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi

    bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi,

    saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai

    dengan mewujudkan dasar ketebukaan dan telus dalm pergaulan. Melalui PBS juga,

  • 7/30/2019 pbs umar

    26/26

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

    saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di

    kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk

    mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-

    idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.

    Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai

    menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Di

    samping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah

    tersebut, susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi

    gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segikemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk

    mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya

    berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini

    walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana

    sebab yang tidak dapat dielakkan. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah

    tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru

    pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan

    akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan mengajar kelak.