pbs pj 2012-vino

20
REFLEKSI HARIAN Tarikh : 19 Mac 2012 Hari : Isnin Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang Hari ini merupakan hari pertama bagi saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dalam semester ini. Pada pukul 6.50 pagi, saya telah menghadir ke sekolah bersama guru pelatih dari kampus saya. Apabila tiba di sekolah, saya berasa kagum melihat persekitaran dan suasana sekolah itu. Walaupun saya merupakan bekas pelajar sekolah ini tetapi sekolah kelihatan berbeza dengan pelbagai perubahan dalam 8 tahun yang dahulu. Pada pagi itu, saya telah berjumpa dengan GPK1 di pejabatnya. Saya dan guru pelatih yang lain diminta menghadiri perhimpunan pagi. Ketua pengawas sekolah memulakan perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya, guru bertugas menyampaikan ucapan beliau dengan ringkas dan jelas. Guru Besar menperkenalkan kami kepada semua warga sekolah dengan menyatakan kesemua guru baru ini akan bersama-sama dengan kita selama lima hari seterusnya . Saya berasa bangga untuk mendengar gelaran guru seperti yang dinyatakan oleh Guru Besar. Selepas perhimpunan bersurai, semua guru pelatih telah berjumpa di bilik perdana bersama GPK(HEM) dan guru penolong kanan. Kami dikehendaki mengenalkan diri dan menyatakan tujuan serta rancangan aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang minggu ini. Beliau memberi beberapa panduan dan tunjuk ajar untuk mencari maklumat-maklumat tertentu. Kemudian, kami pergi ke bilik guru dan memperkenalkan diri kepada para guru di sana. Kami mendapati

Upload: mac-hari

Post on 18-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mac

TRANSCRIPT

REFLEKSI HARIAN

Tarikh : 19 Mac 2012Hari : Isnin

Masa : 7.00 pagi 2.00 petang

Hari ini merupakan hari pertama bagi saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dalam semester ini. Pada pukul 6.50 pagi, saya telah menghadir ke sekolah bersama guru pelatih dari kampus saya. Apabila tiba di sekolah, saya berasa kagum melihat persekitaran dan suasana sekolah itu. Walaupun saya merupakan bekas pelajar sekolah ini tetapi sekolah kelihatan berbeza dengan pelbagai perubahan dalam 8 tahun yang dahulu. Pada pagi itu, saya telah berjumpa dengan GPK1 di pejabatnya. Saya dan guru pelatih yang lain diminta menghadiri perhimpunan pagi. Ketua pengawas sekolah memulakan perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya, guru bertugas menyampaikan ucapan beliau dengan ringkas dan jelas. Guru Besar menperkenalkan kami kepada semua warga sekolah dengan menyatakan kesemua guru baru ini akan bersama-sama dengan kita selama lima hari seterusnya. Saya berasa bangga untuk mendengar gelaran guru seperti yang dinyatakan oleh Guru Besar. Selepas perhimpunan bersurai, semua guru pelatih telah berjumpa di bilik perdana bersama GPK(HEM) dan guru penolong kanan. Kami dikehendaki mengenalkan diri dan menyatakan tujuan serta rancangan aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang minggu ini. Beliau memberi beberapa panduan dan tunjuk ajar untuk mencari maklumat-maklumat tertentu. Kemudian, kami pergi ke bilik guru dan memperkenalkan diri kepada para guru di sana. Kami mendapati semua guru bergaul dengan baik kepada kami. Setelah beberapa jam, kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Kami bertanya perkara-perkara yang tidak faham kepada para guru di sana dan mereka pula memberi respon yang baik kepada kami. Selepas itu, kami membuat pemerhatian sekitar sekolah dan segala kemudahan sekolah dan mengambil gambar. Tarikh : 20 Mac 2011

Hari : Selasa

Masa : 6.50pagi 2.00petangPada hari ini, saya memutuskan untuk melakukan pemerhatian terhadap guru dan pelajar semasa Pendidikan Jasmani. Dengan lengkap berpakaian riadah, saya dan rakan saya telah pergi ke padang untuk melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan di sana. Ketika kami membuat pemerhatian, kami telah melihat Cik.Shalini (guru pelatih IPGKTI) dan anak-anak buahnya sedang giat melakukan aktiviti senaman. Selain daripada itu, saya telah menyediakan beberapa soalan untuk bertemu duga. Saya telah menemu duga guru penolong kanan, guru panitia Pendidikan Jasmani, guru perpustakaan dan beberapa murid cemerlang. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak adalah sangat memuaskan saya. Mereka sentiasa bersedia membantu saya. Kemudian, kami mengisi borang kolaborasi dan mendapat tandatangan daripada orang yang saya menemu duga. Di samping itu, saya telah mengumpulkan maklumat seperti sejarah sekolah, organisasi sekolah, bilangan murid dan guru, prestasi UPSR dan sebagainya. Saya juga telah memerhatikan seluruh kawasan persekitaran sekolah sambil mengambil fotografi. Tarikh : 21 Mac 2012Hari : Rabu

Masa : 6.50pagi 3.00petangSaya mengambil gambar-gambar prasarana sekolah yang diperlukan untuk portfolio PBS. Semasa mengambil gambar, saya juga mendapat peluang untuk menemu bual pengawal keselamatan sekolah dan staf-staf sokongan yang bekerja untuk membersihkan kawasan sekolah. Saya dapat melihat kemesraan mereka melalui pergaulan mereka walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi. Pada hari ini juga saya telah mengambil kesempatan untuk memantau sebuah kelas dimana seorang guru mengajar Pendidikan Kesihatan kepada pelajar Tahun 5. Ini merupakan suatu pengalaman baru bagi saya. Selepas pemantauan tersebut, saya bersama dengan guru pelatih menemu bual bersama guru Pendidikan Kesihatan tersebut. Pada hari ini, tiada apa-apa tugasan yang penting perlu di lakukan cuma kami ingin mencuba menyiapkan tugasan PBS ini secepat mungkin. Dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dan guru, saya dapat menjalankan pemerhatian dengan cepat dan tepat.

Tarikh : 24 Mac 2011

Hari : Khamis

Masa : 6.50 pagi 7.00malamPada hari ini saya diminta untuk mengantikan seorang guru mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Walaupun, saya merupakan seorang guru pelatih yang bermajor Matematik, saya mengambil inisiatif untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil kerana itu adalah tanggungjawab seorang guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Saya telah melakarkan pelan bilik darjah serta memerhatikan bagaimana seorang guru kelas mengendalikan tanggungjawab mereka sebagai guru kelas. Saya juga memerhatikan bagaimana bahan bantu mengajar dapat memberi ilmu kepada para pelajar, cara mengendalikan para pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku serta membahagikan murid kepada kumpulan kecil. Saya telah meluangkan masa yang lama bagi meninjau dan mandapatkan maklumat yang penting untuk menyelesaikan tugasan saya. Akhirnya, saya berjaya mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah.Tarikh : 25 Mac 2011

Hari : Jumaat

Masa : 7.00 pagi 1.30 petang

Hari ini merupakan hari terakhir saya di sekolah ini. Saya telah menyiapkan segala perkara yang berkaitan dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama beberapa orang murid. Saya amat menghargai jasa dan pertolongan guru dan pelajar sekalian kerana mereka memberi komitmen yang begitu baik. Saya juga berjumpa dengan setiap orang yang membantu menyiapkan portfolio saya dan berterima kasih kepada mereka. Walaupun ini merupakan pengalaman yang ketiga di sekolah, tetapi dalam seminggu ini saya telah memperoleh banyak ilmu yang boleh digunakan pada masa kelak. Saya berasa bangga dan berpuas atas komitmen yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Namun, saya menggunakan hari terakhir ini dengan baik sekali untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang diperolehi. Saya berusaha untuk membuat tugas-tugas yang tertinggal untuk dilaksanakan. Dalam pada masa yang sama, saya membantu guru-guru sekolah tersebut untuk mengubahsuai bilik disiplin sebagai pertolongan dan sumbangan saya dan guru pelatih lain untuk sekolah ini. REFLEKSI KESELURUHAN

Saya Vinoodini A/P Annathurai, pelajar dari PISMP Matematik semester 3 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Pasir Gudang. Ini merupakan pengalaman pertama bagi saya untuk melakukan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sebelum menjalani PBS, saya telah diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang minggu PBS. Pada mulanya, saya berasa tertekan apabila mendengar segala tugasan yang hendak diselesaikan berdasarkan PBS yang hanya akan berlangsung untuk lima hari sahaja. Walaupun begitu, saya tabah dan berani menghadapi segala cabaran.

Melalui PBS, saya dapat memperolehi banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sekolah. Semua warga sekolah SJK (T) Pasir Gudang iaitu Guru besar dan guru-guru lain termasuk pelajar-pelajar banyak membantu saya semasa temu bual mereka. Mereka memberi komitmen yang bagus dan sanggup memberi maklumat berkaitan sekolah tersebut. PBS ini memberi pengalaman yang baru kepada saya walaupun kali ini kali ketiga saya menghadiri ke sekolah. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani. Pada masa itu, murid murid sekolah tersebut memberi komitmen yang bagus kepada saya. Di samping itu, saya berasa gembira kerana dapat berpeluang untuk menemu bual dengan guru-guru dan para pelajar di sekolah tersebut.

Pengalaman Berasaskan Sekolah telah memberikan beberapa pengalaman baru kepada saya tentang pengurusan sekolah, kelas dan persekitaran sekolah. Ini merupakan keputusan hasil daripada pengumpulan data yang telah saya lakukan di sekolah tersebut. Cara yang telah saya gunakan untuk mengumpul data telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Folio PBS. Di samping itu, saya telah memahami bahawa pengurusan sekolah yang sistematik adalah penting untuk mencapai kecemerlangan. Guru Besar bersama-sama dengan guru yang lain saling bekerjasama untuk mencapai hasrat sekolah.

Saya juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk memerhatikan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah, kaedah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah ini. Selain itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Pada pandangan saya, kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi saya untuk mendapat banyak pengetahuan. Saya berpeluang untuk bertemu bual dengan GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulum, Guru Panitia Pendidikan Jasmani, guru-guru lain, staf sokongan dan beberapa orang pelajar. Menerusi kaedah temu bual, saya mendapat tahu pandangan mereka tentang cara mengajar, kemudahan di sekolah, kemajuan sekolah, dan pengurusan sekolah.

Penggunaan kaedah soal selidik juga dilakukan bagi mengetahui maklumat tambahan tentang sekolah ini. Saya telah mengemukakan beberapa soalan dan ia diberikan kepada para guru, dan murid sekolah. Dengan ini saya mendapati bahawa pengurusan sekolah telah berkembang dari aspek intelek, rohani, emosi, dan sosial dalam kalangan pelajar.

Teknik yang berbeza juga telah saya gunakan, iaitu senarai semak. Kaedah ini membolehkan saya mengumpul data-data yang berkaitan tugasan saya dengan lebih sistematik. Saya telah mengikut senarai yang sedia ada supaya dapat melaksanakan segala tugasan yang perlu dilakukan di sekolah.

Selain itu, saya juga mendapat pengalaman baru dalam mengendalikan beberapa kelas. Menerusi ini, saya banyak mempelajari tentang pelbagai jenis murid yang duduk dalam satu kelas, terutama kelas yang mempunyai 35 hingga 40 orang murid. Saya mendapati ia bukan satu kerja yang mudah untuk mengawal murid yang begitu ramai dengan seorang diri. Selain itu, saya juga telah mempelajari bagaimana hendak mengurus dengan murid yang bermasalah. Pada masa yang sama, saya telah memerhatikan perbezaan murid yang tahap kognitif tinggi dan lemah.

Seterusnya, saya juga dapat mengenali tahap kecergasan pelajar-pelajar. Walaupun begitu, pengalaman bersama murid-murid agak berbeza, dan pemerhatian dilakukan membantu saya mengenali tahap kecergasan mereka walaupun umurnya sama. Sebagai guru, saya akan berusaha mengkategorikan pelajar-pelajar mengikut tahap kognitif mereka agar senang untuk mengambil perhatian yang lebih kepada pelajar yang tidak aktif.

Walaupun ini merupakan pengalaman yang ketiga di sekolah, tetapi dalam seminggu ini saya telah memperoleh banyak ilmu yang boleh digunakan pada masa kelak. Saya berasa bangga dan berpuas atas komitmen yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan berkesan. Saya telah menjalani PBS dengan berjaya. Walaupun pada mulanya saya berasa takut dan ragu, tetapi apabila bergaul mesra dengan para guru dan warga sekolah yang lain, saya berasa selesa untuk menjalani PBS. Segala kaedah yang telah saya gunakan amat membantu saya untuk mengetahui tentang pengurusan sekolah dengan lebih mendalam. Saya berharap bahawa pengalaman yang saya perolehi akan saya gunakan pada masa depan.

Secara kesimpulannya, PBS ini banyak memberi pengalaman yang tidak boleh dinyatakan dan dilupakan kepada saya. Saya pasti bahawa segala apa yang saya dapat akan berguna pada masa akan datang. Ini merupakan pengalaman yang baru bagi saya untuk hadir ke sekolah sebagai seorang guru. Sepanjang saya berada di situ, semua guru telah membantu saya untuk mencarikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tanpa pertolongan mereka, maka saya mustahil menyiapkan tugasan saya dengan sempurna dan baik. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menolong saya.

Sekian, Terima Kasih.

TUGASAN

Tugasaan:

a. Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani

1. Semasa aktiviti memanaskan badan:

a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

Berdasarkan pemerhatian saya, guru-guru pendidikan Jaamani di sekolah ini mewajibkan murid supaya melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecederaan , kekejangan otot dan dapat mengamalkan hidup yang sihat.

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal.Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekaligus mengelakkan daripada kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardivaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobic yang mudah.Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari panaskan badan denagn larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.Berdasarkan pemerhatian saya, guru lebih melakukan aktiviti ini berikuti dengan muzik bagi membolehkan murid memberi perhatian kepada setiap pergerakan yang diketuai oleh guru.

Hasil temu bual saya dengan guru pendidikan jasmani di Sekolah jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang, beliau berkata aktiviti memanaskan badan memang dijalankan di sekolah ini semasa subjrk pendidikan jasmani iaitu sebelum sesuatu aktiviti berat dijalankan.Menurut beliau lagi , kadang-kadang beliau sendiri menunjukan cara-cara memanaskna badan dengan betul dan di ikuti oleh muri-murid, akan tetapi setelah murid-murid mengetahui cara-cara memanaskan badan dengan betul setiap kali ada kelas pendidikan jasmani beliau akan memilih secara rawak wakil daripada murid untuk menjadi ketua bagi aktiviti memaskan badan ini.

b) Adakah penerangan mengenai aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar/

Penerangan ini telah diberikan oleh guru secara tidak langsung.Murid hanya tahu bahawa aktiviti memanaskan badan ini penting bagi mengelakkan kecedaraan.Mereka tidak diberikan informasi yang lebih mendalam kerana pada tahap tersebut guru hanya memberikan pengetahuan yang boleh diingati dan boleh dipratikkan dalam kehidupan seharian.

i. Contoh penerangan Kepentingan aktiviti memanaskan badan oleh guru Pendidikan Jasmani

Aktiviti memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekaligus mengelakkan daripada kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Biasanya memmbabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.

Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningakatkan suhu badan dan otot..ia juga meningkatakan kadar degupan jantung dan pernafasan ; meningkatkan pengedaran nutrient dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori)

Kesimpulannya, kepentingan aktiviti memanaskan badan memang diterangkan oleh guru kepada semua murid supaya murid dapat mengetahui mengapakah mereka perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti berat.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan?

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang sesi P&P dijalankan, jikan aktiviti pendidikan jasmani pada sesi tersebut melibatkan banyak penggunaan tangan, guru akan lebih menumpukan aktiviti memanaskan yang lebih pada bahagian otot-otot tangan seperti biceps, quadriceps, brachilis dan lain-lain.

Menurut guru pendidikan jasmani sebelum merancang sesuatu aktiviti mereka terlebih dahulu merancang untuk melibatkan jenis-jenis otot dalam sesuatu aktiviti yang ingin dijalankan bersesuaian dengan jenis-jenis otot yang ingin diberi tumpuan.

Contohnya, jika guru ingin menfokuskan otot kaki yang merangkumi pergelangan kaki, lutut, peha dan juga betis maka aktiviti yang sesuai untuk menfokuskan otot kaki ialah aktiviti berlari.

Kesimpulannya sesuatu aktiviti yang dirancang hendaklah bersesuaian dengan otot-otot besar yang ingin difokuskan oleh guru, keadaan ini bertujuan untuk mengelakkan guru tersalah memilih aktiviti yang tidak berkaitan dengan otot-otot yang ingin difokus atau dilatih.d) Adakah aktiviti yang diberikan membahayakan otot-otto sendi, dan lain-lain anggota?

Guru-guru pendidikan jasmani di sini melakukan aktiviti mengikuti tahun dan tahap murid.Jika di tahap satu, guru-guru banytak menekankan penggunaan otot-otot haluys.Aktiviti yang dijalankan juga tidak membahayakan seperti bermain konda-kondi, batu seremban serta permainan yang tidak membahayakan. Akan tetapi, jika murid ada yang melanggar arahan dari guru, mungkin ini akan mengakibatkan kecederaan pada otot atau sendi dan juga lain-lain anggota.

Bagi murid-murid yang berada di tahap dua pula, aktiviti yang dijalankan oleh guru banyak melibatkan otot-otot kasar dan ini memerlukan persediaan rapi sebelum melakuykan sesuatu aktiviti. Selalunya, muridmurid akan didedahkan dengan permainan yang menjadfi acara utama pada peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah. Peluang ini akan digunakan oleh guru untuk menilai dan mencari bakat-bakat baru yang layak untuk mewakili sekolah dan peringkat seterusnya.

2. adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?

Ramai dikalangan kita mengabaikan aktiviti menyejukan badan selepas bermain atau latihan.Kebanyakan mereka lebih suka untuk terus berehat bagi melepaskan penat.Ini adalah sangat bahaya bagi kesihatan. Ketika kita melakuykan aktiviti, darah banyak disalurkan ke bahagian anggota yang melakukan aktiviti aktif contohnya bahagian kaki semasa berlari, berhenti melakukanaktiviti aktif secara mengejut boleh memberi kesan yang negetif dan berbahaya kepada anggota badan.

Ada tiga tujuan utama kita perlu lakukan aktiviti menyejukan badan. Pertama, asid laktik yang banyak terkumpul di otot dsapat dihantar seula ke hati untuk disimnpan dan dijadikan seula tenaga apabila diperlukan. Kedua, selepas latihan, darah pada otot mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi.Darah ini harus dihantar ke jantung dan seterusnya ke paru-paru. Ketika ini gas karbon dioksida akandilkepaskan ke udara dan gas oksigen akan diambilkan sebagai ganti. Ketiga, menurunkan suhu dan kadar denyutan jantung ke tahap normal.

Sia-sialah kalau guru memberi peringatan kepada murid melakukan latihan untuk kesihatan dan pada akhirnya ia memudaratkan pula tubuh badan kita. Semestinya guru tidak boleh mengambil sikap engteng atau tidak ambil peduli tentang keperluan untuk menyejukan badan selepas melakukan sebarang aktiviti.

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Sepanjang pemerhatian saya di sekolah ini, penggunaan alatan bagi menjalankan aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.Tetapi ada juga murid yang melanggar arahan daripada guru contohnya ada sebahagian murid bermain bola sepak dengan menggunakan bola jarring.Ini mungkin terjadfi akibat teknk kawalan kelas yang tidak cukup kuat daripada guru.Selain itu, murid juga dikehendaki mengfgunakan alatan mengikut arahan guru. Ada juga peralatan sukan digunakan oleh guru untuk bermain permainan kecil

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?

Perangan penggunaan masa memainkan peranan yang penting untuk memastikan sesuatu aktiviti yang dirancang berjalan mengikut masa yang ditetapkan.Mengikut pemerhartian saya semasa menjalani pengalkaman berasaskan sekolah masa yang digunakan oleh guru pendidikan jasmani intuk menjalani sesuatu aktiviti amat sesuai dari mula hingga akhir.

Contohnya pada aktiviti pertama yang dilakukan semasa subjek pendidikan jasmani ialah aktiviti memanaskan badan, aktiviti ini mengambil masa sekitar 10 minit untuk memastikan semua murid bersedia untuk menjalan aktviti sukan yang seterusnya.Aktiviti kedua pula ialah aktiviti sukan yang disediakan oleh guru pendidikan jasmani contoh aktiviti permainan kecil, bola sepak, bola jarring dansebagainya.Aktiviti ini biasanya mengambil masa selama 35 minit. Selepas selesai menjalani aktiviti sukan guru kemudian mengarahkan semua murid untuk berhenti dan aktiviti warm down dijalankan selama 10 minit untuk memastikan keadaan tubuh badan murid kembali normal selepas menjalani aktiviti berat. Seterusnya murid diberi masa 5 minit untuk menyalin pakaian masing-masing di samping mengeringkan peluh untuk meneruskan sesi pembelajaran untuk subjek yang lain. Biasanya ke;las pendidikan jasmani mengfambil masa selama 60 minit.

Oleh itu, di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti bagi subjek pendidikan jasmani di sekolah ini amat sesuai seperti yang dirancang oleh guru.

5. Berikan saranan anda untukl tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut?

Semasa membuat pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani, saya dapat merasakan segala aktiviti yang dirancang amat sesuai untuk semua murid tetapi disini saya ingin memberi sedikit cadangan untuk penambahbaikan edalam pengajaran subjek pendidikan jasmani tersebut.

Cadangan pertama saya ialah, semasa menjalani aktiviti memanaskan badan guru pendidikan jasmani perlu memastikan agar aktiviti memanaskan badan ini dijalankan dengfan betul oleh semua murid, keadaan ini adalah untuk memastikan semua murid dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan baharu mereka dengan cara yang betul. Selain itu juga, untuk mengelakkam urtid-murid mendapat kecederaan yang tidak diduga semasa menjalani aktiviti berat yang seterusnya.Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada murid dan memperbetulkan kesalahan yang ada pada murid semasa menjalani aktiviti memanaskan badan.

Cadangan saya yang kedua ialah berkaitan denagn penggunaan alatan sukan semasa menjalani sesuatu aktiviti. Pemerhatian yang saya lakukan semua peralatan sukan yang digunakan untuk sesuatu aktiviti amat sesuai akan tetapi tidak semua murid dapat menggunakan alatan tersebut kerana jmlah murid terlalu ramai berbanding dengan alatan sukan.Oleh itu, disini sayta ingin mencadangkan agar alatan sukan yang digunakanb hewndaklah cukup untuk semua murid agar semua murid dapat merasai pengalkaman menggunakan alatan terbut.Jika alatan sukan sekolah tidak cukup, guru juga boleh memecahkan murid kepada beberapa kunmpulan dimana setiap ahli kumpulan diberi tempoh masa tertentu untuk menggunakannya setelah tamat kumpulan kedua pula diberi peluang untuk menggunakan alatan sukan tersebut digunakan secara bergilir-gilir agar semua murid dapat menggunakannyaLAMPIRAN (Keunikan Sekolah)