panduan & pen gurus an pbs menengah rendah 2012

Upload: abu-zachary

Post on 18-Jul-2015

4.091 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PERINGKAT MENENGAH RENDAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1

KANDUNGAN HALAMAN PRAKATA

1.

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 Tujuan Dasar Pelaksanaan Pelaksanaan Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Peringkat Menengah Rendah (PMR) Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Peringkat Menengah Rendah

2.

PENGENALAN SEKOLAH 2.1 2.2 2.3 2.4

KOMPONEN

PENTAKSIRAN

BERASASKAN

Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

3.

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 3.1 3.2 3.3 3.4 Jadual Pengoperasian PBS Jawatankuasa PBS Negeri Jawatankuasa PBS Daerah Jawatankuasa PBS Sekolah

4.

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Pentaksiran Rujukan Standard Standard Prestasi Kerangka Standard Prestasi Sistem Pelaporan Peranan Pihak Yang Terlibat dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

5.

PENTAKSIRAN PUSAT (PP) 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Objektif Pentaksiran Pusat Rubrik Instrumen Pentaksiran Pusat Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Istilah Institusi Pentaksiran Pusat 2

6.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) 6.1 Komponen PAJSK

7.

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) 7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik

8.

MANUAL PENJAMINAN KUALITI 8.1 8.2 8.3 8.4 Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan

9.

PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 9.1 9.2 9.3 9.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik

10.

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) GLOSARI

11.

3

LAMPIRAN LAMPIRAN A PINDAAN SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 2 TAHUN 2011 : PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MULAI TAHUN 2012 KP.LP.003.07.14 (2) BERTARIKH 14 FEBRUARI 2011 SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 3 TAHUN 2011: PEMAKLUMAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH KP.LP.003.07.14.05 (1) BERTARIKH 29 JULAI 2011 SURAT SIARAN SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. __ TAHUN 2011 : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) TINGKATAN 1, 2012 KP.LP.003.07.14.0_ (_) BERTARIKH ___DISEMBER 2011. Borang Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK) Borang Pelaporan Ekstra kurikulum (BPE) Instrumen Pemantauan PBS Instrumen Pengesanan PBS

LAMPIRAN B -

LAMPIRAN C -

LAMPIRAN D LAMPIRAN E LAMPIRAN F LAMPIRAN G -

4

PRAKATA

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan bagi Tingkatan 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2012 setelah kita menyaksikan pelaksanaannya bagi Tahun 1 di sekolah rendah pada tahun 2011. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko kurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat Menengah Rendah diterbitkan dengan tujuan memberi panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengendalian PBS. Semua maklumat dalam panduan ini hendaklah dipatuhi untuk memastikan integriti penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan terpelihara. Panduan ini merujuk kepada semua peruntukan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997.

Terima kasih.

Dr. NAIMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

5

1

PENGENALAN

Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat Menengah Rendah ini mengandungi peraturan dan manual pelaksanaan PBS.

1.1

Tujuan

Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan PBS kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah dalam menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah khususnya di peringkat menengah rendah. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dokumen khusus berkaitan Pentaksiran Sekolah dan Standard Prestasi (DSP), Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, Pentaksiran Psikometrik serta dokumen Penjaminan Kualiti yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, yang lebih memperincikan tatacara pengoperasian PBS di sekolah.

6

1.2

Dasar Pelaksanaan

Pelaksanaan PBS bagi peringkat menengah rendah mulai Tahun 2012 adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan Seksyen 69 Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu: 1.2.1 Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; 1.2.2 Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan 1.2.3 Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan: i. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011 Surat Siaran Lembaga Peperik saan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

ii.

7

1.3

Pelaksanaan PBS di Peringkat Menengah Rendah

PBS merangkumi Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1.1 - Pelaksanaan pada Tingkatan 1, 2 dan 3BIL 1 KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu 15. Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris 16. Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina 17. Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban 18. Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Teknikal Mathematics 19. Kemahiran Hidup Science Bersepadu Ekonomi Pendidikan Islam Rumahtangga Pendidikan Moral 20. Kemahiran Hidup Sejarah Bersepadu Pertanian Geografi 21. Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Visual Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

2 3 4

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

Mulai Tingkatan 1 Tahun 2012 Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : 1. Bahasa Melayu 15. Pendidikan Muzik 2. Bahasa Inggeris 16. Pendidikan Sivik dan 3. Bahasa Arab Kewarganegaraan 4. Bahasa Cina 17. Pendidikan jasmani dan 5. Bahasa Tamil Kesihatan 6. Bahasa Iban 18. Kemahiran Hidup 7. Bahasa Kadazandusun Bersepadu Teknikal 8. Mathematics 19. Kemahiran Hidup 9. Science Bersepadu Ekonomi 10. Pendidikan Islam Rumahtangga 11. Pendidikan Moral 20. Kemahiran Hidup 12. Sejarah Bersepadu Pertanian 13. Geografi 21. Kemahiran Hidup 14. Pendidikan Seni Visual Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

8

1.4

Peraturan -Peraturan Am PBS di peringkat Menengah Rendah

1.4.1 Syarat Pelaksanaan 1. Semua murid Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri/ (SABK)/Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah melaksanakan PBS di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) mulai tingkatan 1.

2.

1.4.2 Pengurusan Kes Khas 1. Kes-kes khas adalah seperti berikut: a. Kes Disiplin ( Kes ponteng dan buang sekolah). Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua kes ponteng dan buang sekolah Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah di dalam fail Kes Khas Sekolah Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. iv. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah. v. b. Skor bagi kompenan Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

ii.

iii.

Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang/lama atas sebab kesihatan. Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mendapatkan surat doktor kerajaan/laporan mengesahkan murid berkenaan sakit. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. 9 perubatan yang

ii.

iii.

Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah

iv.

Skor bagi komponan Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

c.

Murid dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mengenalpasti kategori murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) . Kategori murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seperti berikut: Murid Terencat Akal/Sindrom Down Murid Buta Murid Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan lain, murid Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder/(ADD) Autisme/ Learning Disabilities (LD) Murid Bisu Murid Pekak Murid Rabun Murid Spastik/Cerebral Palsy

ii.. Mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai golongan Orang Kurang Upaya(OKU). Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut: surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang mengesahkan murid Orang Kurang Upaya (OKU); atau kad OKU bagi murid yang telah mendaftar sebagai OKU iii. Mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut: Memastikan murid membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan beserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri. Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) boleh diperoleh dari JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.

iv.

Tiada sebarang pengecualian pelaksanaan PBS.

terhadap

murid

berkenaan

dalam

10

Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai. v. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.

vi. Pengetua/Guru Besar sekolah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS. d. Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan yang lain. Pihak sekolah lama murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada murid berkenaan atau ke sekolah baru. Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut . Pengetua/ Guru Besar sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS Pejabat Pelajaran Daerah dan Pegawai PBS Jabatan Pelajaran Negeri.

ii.

iii.

Pihak sekolah baru murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebabsebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor. ii. Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan jika skor semasa murid tidak dapat dikesan/diterima bagi komponan Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Bagi komponan Pentaksiran Pusat, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

e.

Murid yang bertukar dari Sekolah Agama Bukan Bantuan Kerajaan atau dari Sekolah Swasta. Pihak sekolah lama murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada murid berkenaan atau ke sekolah baru. Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut. Pengetua/ Guru Besar sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS Pejabat Pelajaran Daerah dan Pegawai PBS Jabatan Pelajaran Negeri. 11

ii.

iii.

Pihak sekolah baru murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebabsebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor. Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan jika skor semasa murid tidak dapat dikesan/diterima bagi komponan Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Bagi komponan Pentaksiran Pusat, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

ii.

f.

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Menengah Henry Gurney, Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Harapan dan Sekolah Integriti) Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Tiada sebarang pengecualian pelaksanaan PBS. terhadap murid berkenaan dalam

Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai. ii. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah. iii. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperik saan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan. kejohanan Peringkat Negeri dan/atau

g.

Atlet yang terlibat dalam Kebangsaan/Antarabangsa.

Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. ii. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah. iii. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperiksaan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan. 12

h.

Murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa.

1.4.3 Dokumen Rujukan

1.

Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. a. Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i. ii. iii. LP menghantar buku kepada JPN/PPD JPN/PPD mengedarkan buku ke sekolah Pihak sekolah memperbanyakkan dan megedarkan guru yang terlibat dalam PBS. buku kepada semua

Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS. iv. Sebagai alternatif, manual ini boleh diperoleh dari laman sesawang LP.

2.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) i. ii. LP menghasilkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang disediakan oleh LP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS. iii. Sebagai alternatif, DSP boleh diperoleh dari laman sesawang LP.

3.3 Manual SPPBS i. ii. LP menyediakan Manual SPPBS Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru.

13

Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS. iii. Guru mata pelajaran perlu memiliki kata laluan (SULIT) yang diberikan oleh LP/JPN/PPD/SU PBS/SU Peperiksaan.

1.4.4 Jadual Pelaksanaan

1.

Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.

2.

1.4.5 Jawatankuasa PBS Sekolah

1.

Jawatankuasa PBS Sekolah hendaklah Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. Cadangan Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: a. Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun): i. ii. Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS Agihan tugas JK dan menyediakan Carta Organisasi Jawatankuasa Induk PBS Melantik Pentaksir Sekolah Menetapkan sistem fail PBS Mengedarkan surat pekeliling/surat siaran pelaksanaan PBS Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS

2.

iii. iv. v. vi.

vii. Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) Pentaksiran Sekolah/Pentaksiran Pusat/Pentaksiran Psikometrik/Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pogram Pembudayaan PBS (Murid/Guru/Ibu bapa/Jalinan & Jaringan) Latihan/Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS viii Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik .

14

ix.

Pengurusan pelaksanaan PBS bagi murid Berkeperluan Khas dan Kes-Kes Khas Hal-hal lain

x.

b..

Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama): i. ii. iii. Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS Laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS Pentaksiran Sekolah/Pentaksiran Pusat/ Pentaksiran Psikometrik/PAJSK Pogram Pembudayaan PBS (Murid/Guru/Ibu bapa/Jalinan & Jaringan) Latihan/Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS Hal-hal lain

iv.

c.

Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua): i. ii. iii. Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS Laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS Pentaksiran Sekolah/Pentaksiran Pusat/ Pentaksiran Psikometrik/PAJSK Pogram Pembudayaan PBS (Murid/Guru/Ibu bapa/Jalinan & Jaringan) Latihan/Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS Hal-hal lain

iv.

d.

Agenda Mesyuarat Keempat (Akhir Tahun): i. ii. iii. iv. Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga Post Mortem pelaksanaan PBS sekolah Tindakan susulan dan penambahbaikan pelaksanaan PBS Perancangan pelaksanaan PBS tahun berikut 15

ii. 3.

Hal-hal lain

Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah Pengetua hendaklah mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan katalaluan SPPBS

4.

1.4.6 Pengurusan Evidens 1. 2. Evidens PBS diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS Sekolah. Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan bersistematik. Pengurusan evidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri evidens yang dikumpul: a. b. c. d. e. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan penguasaan/pencapaian standard yang telah ditetapkan. menggambarkan

3.

Auntentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid. Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa. Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

1.4.7 Pelaporan 1. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS dan PAJSK perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan. Pelaporan formatif dan sumatif boleh dikeluarkan mengikut keperluan dan ketetapan JK PBS Sekolah. Pelaporan formatif dan sumatif hendaklah dicetak daripada aplikasi SPPBS dan dimaklumkan kepada ibu bapa. Pelaporan PAJSK hendaklah dicetak daripada aplikasi PAJSK dan dimaklumkan kepada ibu bapa.

2.

3.

4.

16

1.4.8 Penjaminan Kualiti 1. Penjaminan Kualiti hendaklah dilaksanakan mengikut Jadual Pengoperasian PBS yang telah ditetapkan di peringkat JPN, PPD atau sekolah. Terdapat empat mekanisme Penjaminan Kualiti yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Penjaminan Kualiti tersebut ialah: a. b. c. d. Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan

2.

17

2

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan kurikulum kebangsaan. PBS mempunyai dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK

BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Rajah 2.1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah

18

2.1

Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. 2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. 2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal dan tahun.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 2.2 Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

2.3

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam SEGAK, BMI, aktiviti sukan aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum.

2.4

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

19

3

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara berikut:

3.1

Jadual Pengoperasian PBS

Jadual 3.1 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan mulai tahun 2012. Jadual 3.1 : Jadual Pengoperasian PBS

BIL 1.

PERKARA Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah

TEMPOH Disember LP

TINDAKAN

2.

Disember

JPN

3.

Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember Januari Februari Sepanjang sesi persekolahan Sepanjang tahun dan mengikut keperluan Sepanjang tahun

JPN/PPD/ Sekolah

4. 5.

Pendaftaran SPPBS Tempoh pelaksanaan PBS

Sekolah Sekolah

6.

Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan Pengumpulan skor murid dalam SPPBS Pelaporan skor murid

Sekolah/PPD/ JPN/ LP/ Bahagian KPM Sekolah

7.

8.

Mengikut keperluan

Sekolah

20

3.2

Jawatankuasa PBS Negeri

3.2.1

Senarai Ahli Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Jawatankuasa : : : : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Ketua Sektor SPP, JPN Semua Ketua Sektor JPN Pengarah IPGM Ketua Nazir JNJK (Negeri) Ketua Penolong Pengarah, BTPN Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN Semua Pegawai Pelajaran Daerah YDP Majlis Pengetua YDP Majlis Guru Besar YDP Majlis Guru Cemerlang

3.2.2

Senarai Tugas i. ii. iii. iv. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar Lembaga Peperiksaan. ke

21

3.3 3.3.1

Jawatankuasa PBS Daerah Senarai Ahli Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Jawatankuasa : Pegawai Pelajaran Daerah : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah : Penolong PPD (Peperiksaan/PBS) : YDP Majlis Pengetua Daerah YDP Majlis Guru Besar Daerah Semua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

3.3.2

Senarai Tugas i. ii. iii. iv. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri.

22

3.4 3.4.1

Jawatankuasa PBS Sekolah Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PBS Sekolah (Gred A) Pengerusi Naib Pengerusi : : Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi/Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (Jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (Jika berkenaan) Setiausaha Peperiksaan/ Setiausaha PBS Guru Kanan Mata Pelajaran Yang Dilantik (Latihan/Penataran) Guru Kanan Mata Pelajaran Yang Dilantik (Penyelarasan) Guru Kanan Mata Pelajaran Yang Dilantik (Pementoran) Guru Kanan Mata Pelajaran Yang Dilantik (Pemantauan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) Guru Mata Pelajaran (Pentaksir Sekolah)

Setiausaha Jawatankuasa

: :

23

3.4.2

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PBS Sekolah (Gred B) : :

Pengerusi Naib Pengerusi

Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi/Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (Jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (Jika berkenaan) Setiausaha Peperiksaan/ Setiausaha PBS GKMP/Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan/Penataran) GKMP/Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan) GKMP/Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran) GKMP/Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan) Semua Semua Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP): Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) Guru Mata Pelajaran (Pentaksir Sekolah)

Setiausaha Jawatankuasa

: :

3.4.3

Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun: a. Mesyuarat Kali Pertama menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya Mesyuarat Kali Kedua Kajian Suku Tahun Pertama Mesyuarat Kali Ketiga Kajian Suku Tahun Kedua Mesyuarat Kali Keempat Post Mortem Pelaksanaan

ii.

b. c. d. iii.

Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah.

Nota: Pelantikan JK PBS Sekolah ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain.

24

4

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut: 1. 2. 3. 4. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara: 1. 2. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun.

25

4.1

Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Rajah 4.1 menunjukkan hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens

Apa yang patut dipelajari

Apa yang dilaporkan tentang pecapaian murid

Rajah 4.1 : Hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi

26

Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

27

4.2

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi: 1. 2. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.

3.

4.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, Band 6) yang disusun mengikut hieraki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.

28

4.3

Kerangka Standard Prestasi

Jadual 4.2 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS. BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

BAND 6

STANDARD Murid-murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Murid-murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid-murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Jadual 4.2 : Kerangka Standard Prestasi

5

4

3

2

1

29

Jadual 4.3 menunjukkan kerangka Dokumen Standard Prestasi yang diguna pakai untuk Pentaksiran Sekolah. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1 2 3 4 5 6

Penerangan generik/umum tentang tahap kemajuan pembelajaran

APA murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat

Jadual 4.3 : Kerangka Dokumen Standard Prestasi BAND Pernyataan Standard STANDARD Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan. Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek-aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir. Evidens merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan/pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Deskriptor

Pernyataan Evidens

Evidens

30

Rajah 4.2 Menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah.Guru pilih standard kurikulum yang akan diajar

MULA

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Pemulihan

Guru melaksanakan pengajaran pembelajaran dan pentaksiran

Belum mencapai Tahap penguasaan Telah mencapai Tahap penguasaan

Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan evidens

Pilih standard kurikulum yang baru dan laksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran seterusnya

TAMAT

Rajah 4.2 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah Permulaan proses pembelajaran dan pengajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru. Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal. Contohnya menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum.

31

Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

32

4.4

Sistem Pelaporan

4.4.1 Formatif Pernyataan evidens atau evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid 4.4.2 Sumatif Pernyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid

4.5

Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan masyarakat/organisasi luar. 4.5.1 Pentadbir Sekolah i. ii iii iv v. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS Menyediakan peralatan, bahan dan jadual Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan

4.5.2 Guru i. Menjadi pentaksir/pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran Menyediakan instrumen pentaksiran Memberi maklum balas tentang pencapaian murid Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh

ii iii iv v.

vi. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid

33

4.5.3 Murid i. ii iii iv Mengetahui dan memahami standard prestasi Mengetahui perkara yang perlu dikuasai Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

4.5.4 Ibu Bapa i. ii Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak

iii iv

Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan

4.5.5 Masyarakat/Organisasi Luar i. ii Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran

iii

34

5

PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran. Pelaksanaan Pentaksiran Pusat ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat ini boleh disesuaikan mengikut kehendak guru mata pelajaran selagi tugasan tersebut disiapkan mengikut jadual pelaksanaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. PP mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid. Berjadual iaitu pelaksanaan tugasan boleh mengikut kesesuaian masa dan persekitaran tetapi mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar Merujuk rubrik penskoran berdasarkan tugasan.

2.

3. 4. 5.

5.1

Objektif Pentaksiran Pusat

Objektif Pentaksiran Pusat ialah untuk: 5.1.1. Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah. 5.1.2. Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid adalah mencukupi dan tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen. 5.1.3. Check and Balance dengan Pentaksiran Sekolah.

5.1.4. Penyamataraan dan standardization

35

5.2

Rubrik

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Pemeringkatan pencapaian murid boleh berasaskan kriteria aras lemah ke cemerlang atau skor rendah ke skor tinggi. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas dan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan kefahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. 5.2.1. Rubrik Analitik Rubrik analitik terdiri daripada penerangan terperinci beserta agihan markah bagi setiap skor (point) untuk menilai hasil kerja murid. 5.2.2. Rubrik Holistik Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai hasil kerja murid secara keseluruhan.

5.3

Instrumen Pentaksiran Pusat

Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen yang digunakan ialah: 5.3.1. Tugasan bertulis Laporan atau dokumen dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan. 5.3.2 Kerja amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. 5.3.3 Penghasilan produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan kepada tugasan yang diberikan. 5.3.4 Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Projek membolehkan murid mengintergrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

36

5.3.5

Kerja kursus Kerja yang ditugaskan kepada murid dan dilakukan untuk tujuan pentaksiran atau penilaian dalam menyempurnakan sesuatu program pembelajarannya.

5.3.6

Pemerhatian Satu instrumen yang memerlukan murid melaksanakan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. . Persembahan Persembahan ialah tugasan yang bersifat lebih fleksibel berbanding dengan ujian dan melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amali.

5.3.7

5.3.8

Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian yang dijalankan di luar bilik darjah atau makmal untuk mendapatkan data, maklumat dan sebagainya. Ini dilakukan bagi memenuhi tujuan tertentu.

5.3.9

Karya penulisan Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan karangan atau kreativiti bentuk bertulis berpandukan kepada tugasan yang diberikan. dalam

5.3.10 Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian tentang sesuatu isu berdasarkan data atau maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam masa tertentu atau yang ditetapkan.

Pelaksanaan Pentaksiran Pusat melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Pengoperasian Pentaksiran Pusat merangkumi: 5.4.1 Perancangan Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian Pentaksiran Pusat supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi tugasan, dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan. Perancangan Pentaksiran Pusat melibatkan Lembaga Peperiksaan dan pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

37

Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada i. Murid yang akan ditaksir, ii. Bila pentaksiran dilaksanakan, iii. Bila pentaksiran dilaksanakan, iv. Siapa yang terlibat, v. Pemahaman tugasan yang dibekalkan, vi. Penskoran, perekodan dan pelaporan. 5.4.2 Penyediaan Jadual Kerja Tindakan utama dalam perancangan ialah menyediakan satu jadual kerja yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti/tindakan yang akan dijalankan, tempoh masa dan penglibatan/tanggungjawab. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah: i. Peringatan kepada murid ii. Kualiti tugasan Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan/penghasilan mestilah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut mata pelajaran seperti dalam Panduan bagi setiap mata pelajaran Perlu mencapai tahap yang ditetapkan 5.4.3 Penataran Penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan dengan tujuan memberi penget ahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

38

5.4.4

Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan juga dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

5.4.5

Pelaporan Pelaporan Pentaksiran Pusat merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Pelaporan skor menunjukkan tahap penguasaan dan pencapaian murid dan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Rajah 5.1 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat di semua peringkat manakala Rajah 5.2 menunjukkan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah.

39

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MULA MULA

JABATAN PELAJARAN NEGERIMenerima penataran PP dari KPM

PEJABAT PELAJARAN DAERAHMenerima penataran PP dari JPN

SEKOLAH

Menyediakan bahan Penataran

Menerima penataran PP dari PPD

Taklimat kepada JK PBS Negeri

Taklimat kepada JK PBS Daerah

Taklimat kepada JK PBS Sekolah

Mengadakan penataran PP peringkat Negeri

Mengadakan penataran PP peringkat Daerah

Mengadakan penataran PP peringkat Sekolah

Menyediakan laporan penataran

Menyediakan laporan penataran

Menyediakan laporan penataran

Menerima rumusan penataran daripada sekolah

Menghantar laporan penataran ke PPD

Merumuskan laporan penataran peringkat daerah

Menerima rumusan penataran daripada PPD

Menghantar rumusan keseluruhan penataran PP ke JPN

Menerima laporan dari JPN

Menghantar rumusan keseluruhan penataran PP ke KPM

TAMAT

Rajah 5.1 : Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat 40

MULA

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran

Guru melaksana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran

Pentaksiran semulaGuru metaksir, menskor berdasarkan evidence dan merekod

Penyelarasan dan pemantauan

Pelarasan skorPembetulan skor dan pelaporan. Merumus dan melapor dalam sistem dan memberi maklum balas

TAMAT

Rajah 5.2 : Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah

41

5.5

Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksaan Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. 5.5.1 Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Pusat. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Pentaksiran Pusat. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

ii. iii. iv. 5.5.2 Guru i. ii.

Mengumpul rekod dan data pencapaian murid. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran. Melaksanakan pentaksiran. Memberi maklum balas tentang pencapaian murid. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

iii. iv. v.

vi.

5.5.3

Murid i. ii. iii. iv. Mengetahui dan memahami rubrik penskoran. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

5.5.4

Ibu Bapa i. ii. iii. Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksira n. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences). Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

iv.

42

5.5.5

Pihak yang berkepentingan/PIBG i. ii. iii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran. Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat. Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan penyebaran ilmu. Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi.

iv.

5.6

Istilah Institusi Pentaksiran Pusat

Antara istilah institusi Pentaksiran Pusat yang digunapakai di sekolah adalah seperti berikut: 5.6.1 Ditadbir Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa PDP dan pengurusan evidens. 5.6.2 Diskor Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran/rubrik. 5.6.3 Dilaporkan Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. 5.6.4 Dimoderatkan Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran. 5.6.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dala m Dokumen KBSM/ Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan dan pemantauan.

43

6

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.1

Komponen PAJSK ekstra

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan kurikulum seperti dalam Rajah 6.1. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

SEGAK BMI

Sukan

Kokurikulum Ekstra kurikulum

Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti sukan: -Sekolah -Daerah -Negeri -Kebangsaan -Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam: -Kelab -Persatuan -Unit Beruniform

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti ekstrakurikulum: -Sekolah -Daerah -Negeri -Kebangsaan -Antarabangsa

Rajah 6.1 : Komponen PAJSK

44

6.1.1 Pentaksiran SEGAK SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk" dan "Jangkaun". a. b. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid Konstruk yang diukur i. Perkembangan fizikal murid ii. Kecergasan

iii. Senaman c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK

6.1.1.1 Pentaksiran BMI BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index (BMI). a. Objektif Pentaksiran BMI i. ii. Mengukur BMI murid Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid

b.

Konstruk yang diukur i. ii. iii. Tinggi Berat Tafsiran BMI

45

c.

Pelaksanaan Pentaksiran BMI i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terllibat Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta merekod dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan

ii. iii.

iv.

6.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan membangun modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Pentaksiran Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental. yang

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Jadual 6.1 menunjukkan Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum) a. b. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid Konstruk yang diukur i. ii. iii. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Pencapaian kokurikulum atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan

c.

Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK - Lampiran B) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan

ii. iii.

46

iv.

Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 6.2 adalah

v.

Jadual 6.2 Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum Aspek (110 Markah) Penglibatan (50 Markah) Elemen Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Penyertaan (40 Markah) Elemen Kehadiran Nilai Skor 10 40 Prestasi (20 Markah) Elemen Pencapaian Nilai Skor 20

Nilai Skor 10 20 10

6.1.3.1 Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat di luar waktu persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstra kurikulum murid. Konstruk yang diukur i. ii. iii. iv. Perkhidmatan Anugerah daripada badan-badan lain Khidmat masyarakat Program NILAM

b.

47

c.

Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum i. Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan selepas aktiviti ekstra kurikulum dijalankan Semua murid peringkat menengah rendah terlibat secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstra kurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga Pengesahan aktiviti ekstra kurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur Guru merekod aktiviti ekstra kurikulum menggunakan Borang Pelaporan Ekstra kurikulum (BPE; Lampiran C) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan Pemberatan wajaran aktiviti ekstra kurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM

ii.

iii. iv.

v. vi.

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 6.3 Jadual 6.3 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstra Kurikulum Aspek Perkhidmatan Anugerah Khidmat Masyarakat NILAM Jawatan Rujuk Dokumen Anugerah Komitmen Rujuk Dokumen NILAM Elemen Skor 10 10 10 10

6.2

BORANG-BORANG DALAM PAJSK

6.2.1 LAMPIRAN A Borang Rekod SEGAK dan BMI 6.2.2 LAMPIRAN B Borang Rekod Kehadiran 6.2.3 LAMPIRAN C Borang Rumusan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum 6.2.4 LAMPIRAN D Borang Rumusan Aktiviti Ekstra kurikulum

48

7

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi. Ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaranpembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. 7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik

Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur dalam PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.Kemahiran Berfikir

Aptitud Am

Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Minat, kecenderungan, kesediaan

Aptitud

Verbal Visual Kreativiti Kinentetik

Aptitud Khusus

Muzik Interpersonal Naturalis

Pentaksiran Psikometrik

Interpersonal

Logik Matematik

Komunikasi Penyesuaian budaya Kerja berkumpulan Nilai/ Akauntabiliti

Inventori Personaliti

Kepimpinan Keusahawanan Kestabilan rohani Keselesaan dalam pergaulan Kefungsian emosi Etika

Rajah 7.1 : Konstruk Yang Diukur Dalam Pentaksiran Psikometrik 49

7.1.1 Ujian Aptitud Am Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki. Ujian ini juga dapat mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu. a. Objektif Ujian Aptitud Am i. Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid ii. Membantu murid mengenal potensi diri iii. Membantu guru memahami psikologi murid b. Konstruk Ujian Aptitud Am i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan iii. Minat dan kecenderungan iv. Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Am i. Ujian objektif aneka pilihan ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Am disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan 7.1.2 Ujian Aptitud Khusus Ujian Aptitud Khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu yang tidak diukur dalam Ujian Aptitud Am. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mencungkil potensi murid pada peringkat umur tertentu ii. Membantu guru mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan iii. Membantu murid mengenal potensi diri iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya

50

b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus i. Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual Ruang Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang iii. Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan mengenalpasti, menghargai alam semulajadi seseorang individu

vi. Kinestatik Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep yang asli. viii. Interpersonal (Pintar orang pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. ix. Intrapersonal (Pintar diri refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain. c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran iii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iv. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah 7.1.3 Inventori Personaliti Inventori Personaliti ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid a. Objektif Inventori Personaliti i. Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

51

ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu b. Konstruk Inventori Personaliti Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia i. Komunikasi verbal (lisan) dan komunikasi bukan verbal dengan orang lain, individu dengan kumpulan dan individu dengan organisasi ii. Kerja Berkumpulan: semangat dan sikap meyayangi organisasi, tolong menolong, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain iii. Extraversion: sifat mudah mesra dan selesa dalam pergaulan iv. Nilai/Akauntabiliti: ciri/trait yang menjelaskan sejauh mana seseorang individu mempunyai sifat-sifat seperti pemurah, cekap, tertib, bertanggungjawab, teliti, tekal dan amanah v. Emotional Functionality: keseimbangan, kejelasan dan amalan aspek kefungsian emosi individu vi. Penyesuaian Budaya: kesediaan seseorang individu untuk menerima sesuatu idea untuk dijadikan sebagai suatu budaya dalam masyarakat vii. Kestabilan Rohani: individu yang mempunyai rohani yang stabil dalam aspek ketuhanan, kepercayaan, ketaatan, kefahaman dan amalan kepada agama viii. Kepimpinan: satu kebolehan mempengaruhi serta meyakini orang lain ke arah pencapaian matlamat bersama ix. Keusahawanan: aktiviti yang mendatangkan manfaat pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan melalui

x. Etika: tingkah laku betul dan baik seseorang terhadap masyarakat dan organisasi c. Pelaksanaan Inventori Personaliti i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual ii. Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang memerlukan sahaja iii. Instrumen disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh Sekolah iv. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah 52

8

MANUAL PENJAMINAN KUALITI

Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Pengetua, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: 8.1 Pementoran 8.2 Penyelarasan 8.3 Pemantauan 8.4 Pengesanan

8.1

Pementoran

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. 8.1.1 Objektif Pementoran: a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing/ mentee c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/mentee. d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/mentee.

53

8.1.2 Jenis Pementoran a. Formal b. Informal 8.1.3 Jenis Mentor a. Mentor Dalaman terdiri daripada: i. ii. iii. iv. v. GKMP/Ketua Panitia dan/atau Jurulatih Utama dan/atau Guru Cemerlang dan/atau Pengetua dan/atau Mana-mana guru yang dilantik

b. Mentor Luaran terdiri daripada: i. ii. iii. iv. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau Mana-mana pegawai yang dilantik

Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan 8.1.4 Pelaksanaan Pementoran: a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran d. Memastikan pelaksanaan pembelajaran pentaksiran seiring dengan pengajaran dan

e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/ mentee.

54

8.2

Penyelarasan

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. 8.2.1 Objektif Penyelarasan: a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah

d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid 8.2.2 Penyelaras a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada personal yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh JK PBS dan perlu dijadualkan

8.2.3 Pelaksanaan Penyelarasan: a. Sebelum Penyelarasan i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh JK PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah Mengadakan perbincangan mengenai Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan Kesesuaian instrumen yang digunakan Kefahaman tentang penskoran Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

ii.

55

b. Semasa Penyelarasan i. ii. iii. c. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian Membanding skor yang diberikan oleh guru Menyelaras pemberian skor

Selepas Penyelarasan i. ii. Menyediakan laporan penyelarasan Menyelaras skor murid, jika perlu

. 8.3 Pemantauan

Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. 8.3.1 Objektif Pemantauan PBS: a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. 8.3.2 Jenis Pemantau a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS). b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan: i. ii. iii. iv. Pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia Pegawai Lembaga Peperiksaan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.

56

8.2.3 Pelaksanaan Pemantauan: a. Sebelum Pemantauan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak)

ii.

b. Semasa pemantauan i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau. Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS. Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat. c. Selepas pemantauan i. ii. Melaporkan dapatan pemantauan. Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada guru. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

iii.

8.4

Pengesanan

Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. 8.4.1 Objektif Pengesanan PBS: a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan. b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. 8.4.2 Pegawai Pengesanan a. Pegawai Pengesanan yang dilantik dalam kalangan: i. Pegawai Lembaga Peperiksaan

57

ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS. 8.4.3 Pelaksanaan Pengesanan PBS: a. Sebelum pengesanan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak) b. Semasa pengesanan i. Menyenaraikan pentaksiran. isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen

ii. Mencadangkan penyelesaian. c. Selepas pengesanan i. Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

Jadual 8.1 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS Aspek Pelaksanaan Pementoran 1. Mentor Dalaman terdiri daripada a. GKMP/Ketua Panitia dan/atau b. Jurulatih Utama dan/atau c. Guru Cemerlang dan/atau d. Pengetua dan/atau e. Mana-mana guru yang dilantik 2. Mentor Luaran terdiri daripada a. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau b. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau c. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau d. Mana-mana pegawai yang dilantik Tempoh Tindakan

Sepanjang tahun dan mengikut keperluan

JPN/PPD/Sekolah

58

Penyelarasan 1. Peringkat Sekolah Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah 2. Peringkat Negeri dan Daerah Penyelaras Luaran yang terdiri daripada personal yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah

Sekurang-kurangnya sekali setahun Pentaksiran Pusat: Setelah tugasan selesai JPN/PPD/Sekolah

Pemantauan 1. Pemantau Dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah. 2. Pemantau Luaran yang terdiri daripada: a. Pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia b. Pegawai Lembaga Peperiksaan c. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri d. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Sepanjang tahun dan mengikut keperluan

JPN/PPD/Sekolah

Pengesanan 1. Pegawai Pengesanan Luaran yang terdiri daripada Pentaksiran Pusat: a. Pegawai Lembaga Peperiksaan Ditentukan oleh LP b. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri c. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

JPN/PPD

9

PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusan evidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri evidens yang dikumpul: a. Sah Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan/ pencapaian standard yang telah ditetapkan b. Autentik Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri

59

Kecukupan Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk men unjukkan kemampuan murid c. Semasa Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa d. Tekal Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan

9.1

Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah

Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. 9.1.1 Antara contoh evidens murid ialah: a. Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan

ii. b.

Bahan cetakan (bulletin) i. Satu proses hasil kerja murid menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain

ii.

c.

Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempertengahkan bakat yang mereka ada serta diberikan perhatian

d.

Foto i. Gambar atau bayangan merupakan benda buatan manusia, biasanya dua dimensi, yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek biasanya objek fizikal atau benda hidup yang dijalankan

e.

Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambarfoto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya

60

menggabungkan teks, ilustrasi dan warna ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar

f.

Artifak i. Salinan bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

g.

Laporan i. Suatu penulisan yang berformat dan telah direncanakan untuk paparan dan tatapan satu tugasan

h.

Model i. Berbentuk fizikal yang mencirikan evidens yang boleh diketengahkan untuk menjadi contoh antara yang terbaik

i.

Produk i. Barangan atau rupa bentuk fizikal mana-mana objek atau perkhidmatan yang berkualiti atau yang dihasilkan

j.

Rakaman i. Merupakan perekodan/pelaporan dalam bentuk audio atau visual

k.

Bahan ICT i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan sebarang bentuk dan teknologi Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

9.1.2 Penyediaan Fail Murid Terdapat dua fail yang disediakan untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut: a. Fail Perkembangan Murid (FPM) Fail Perkembangan Murid (FPM) adalah untuk menyimpan evidens murid. Hanya evidens terbaik dalam band tertinggi yang dicapai oleh murid disimpan dalam fail untuk tujuan aktiviti penjaminan kualiti. b. Fail Showcase (FS) Fail showcase adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. i. ii. aliran kelas (contoh: semua kelas tahun 1); atau kelas; atau 61

iii. iv. Nota:

mata pelajaran; atau murid

Penyediaan fail murid boleh dirujuk pada Perkara 9.1.2, muka surat 49. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) seperti perkara (a) dan (b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS Sekolah.

9.1.3 Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. Buku Latihan jika digunakan hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. b. Lembaran Kerja dan Artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklumbalas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran. c. Evidens yang terbaik dan terpilih dalam band boleh dijadikan bahan showcase. d. Evidens yang menunjukkan rekod prestasi perkembangan murid mengikut tahun semasa.

9.2

Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat

Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti dalam bentuk produk atau proses yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. 9..1 Antara contoh evidens murid ialah: a. Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan

ii.

b. Bahan cetakan (bulletin) i. Satu proses hasil kerja murid menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain

ii.

62

c. Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempertengahkan bakat yang mereka ada serta diberikan perhatian

d. Foto i. Gambar atau bayangan merupakan benda buatan manusia, biasanya dua dimensi, yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek biasanya objek fizikal atau benda hidup yang dijalankan

e. Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambarfoto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar

ii.

f. Artifak i. Salinan bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

g. Laporan i. Suatu penulisan yang berformat dan telah direncanakan untuk paparan dan tatapan satu tugasan

h. Model i. Berbentuk fizikal yang mencirikan evidens yang boleh diketengahkan untuk menjadi contoh antara yang terbaik

i. Produk i. Barangan atau rupa bentuk fizikal mana-mana objek atau perkhidmatan yang berkualiti atau yang dihasilkan

j. Rakaman i. Merupakan perekodan/pelaporan dalam bentuk audio atau visual

k. Bahan ICT i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan sebarang bentuk dan teknologi Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

63

9.2.3 Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. Penyimpanan. i. Evidens murid disimpan ditempat yang selamat dan bersistematik secara tersusun dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dan diserahkan kepada murid selepas aktiviti Penjaminan Kualiti dan kemasukan markah dalam Sistem Pentaksiran Pusat Lembaga Peperiksaan Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy atau softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti.

ii.

b. Pelupusan i. Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan cara mengembalikan evidens kepada murid untuk simpanan mereka.

64

9.3

Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum menggunakan borang dan aplikasi SPPBS.

9.4

Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik

Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru bimbingan dan kaunseling di tempat yang selamat secara bersistematik dan tersusun.

65

10

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabila diperlukan. SPPBS akademik dibangunkan dengan kaedah webbased dan standalone manakala SPPBS bukan akademik dibangunkan secara standalone. Manual aplikasi ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. __ Tahun 2011: Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Tingkatan 1, 2012 KP.LP.003.07.14.0_ (_) bertarikh __________Disember 2011.

66

CADANGAN CARTA ALIR

67

LAMPIRAN

CARTA ALIR PROSES KERJA PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

SEKOLAH

MULA

L Mengedarkan Pekeliling Ke JPN A M P I R A N

Menerima Pekeliling dari KPM

Menyediakan Dokumen Taklimat Penataran Menyediakan surat arahan hadir taklimat Penataran kepada PPD

Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat Penataran kepada PPD

Menerima Taklimat dan Pekeliling daripada JPN Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada sekolah

Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat kepada sekolah

Memberi taklimat kepada Pentaksir Sekolah

Melaksanakan Pentaksiran

Memantau Pelaksanaan di peringkat sekolah Menyelaras Pelaksanaan di peringkat sekolah

Mengumpul dan merekod skor Menyediakan Laporan pemantauan dan penyelarasan Menghantar skor dan dokumen skor ke PPD Menerima dan menyemak dokumen dan skor Menghantar Laporan pemantauan dan penyelarasan ke LP Lengkap? Ya Menyediakan data kumpul daerah dan cetak Tidak Membuat pembetulan

disahkan oleh PPD

Menerima & Semak data dan Simpan Skor

Menghantar data dan cetakan skor ke JPN serta failkan salinan

Lengkap? Ya Menerima skor dan laporan dari JPN

Tidak

Membuat pembetulan

Menghantar data skor ke LP

TAMAT

68

CARTA ALIR PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN