patient information leaflet - nhg pharmacy · pdf fileph004-002-m-0517-v1 page 1 of 2 medicine...

2
PH004-002-M-0517-V1 Page 1 of 2 MEDICINE TO TREAT: ALZHEIMER’S DISEASE UBAT UNTUK MERAWAT: PENYAKIT ALZHEIMER Donepezil (Aricept Evess®) 1. Apakah kegunaan ubat-ubat ini? Ubat ini adalah digunakan untuk merawat tanda-tanda penyakit Alzheimer. Ubat ini tidak akan menyembuhkan penyakit ini dengan sepenuhnya dan juga tidak akan mencegah penyakit ini daripada bertambah teruk. Donepezil adalah dikenali sebagai penghalang kolinesterase. Ubat ini mencegah pemecahan asetilkolin, salah satu penghantar utusan kimia dalam otak yang penting untuk memori dan fungsi-fungsi pemikiran yang lain. Justeru, paras asetilkolin dapat dikekalkan pada paras yang tinggi walaupun sel-sel yang menghasilkan penghantar utusan ini telah rosak atau mati. Ubat ini amat berkesan untuk penyakit Alzheimer tahap ringan atau sederhana. 2. Bagaimana seharusnya saya makan ubat ini? Jangan berhenti makan ubat ini tanpa berbincang dengan doktor anda Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja anda teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya, ambil dos anda seperti biasa saja. Jangan gandakan dos ubat anda atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa. Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan Pastikan tangan anda kering sebelum mengendalikan ubat ini. Keluarkan ubat dari paket blister apabila anda sedia mengambil ubat. Ubat ini harus diletakkan di atas lidah supaya ia boleh larut sebelum ditelan. Anda boleh menelan ubat tersebut yang telah larut dengan atau tanpa air. 3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya alami semasa makan ubat-ubat ini? Kesan-kesan sampingan yang lazim dialami termasuk rasa loya, muntah, cirit- birit, sukar untuk tidur, sakit kepala, letih, pening, dan kekejangan otot. PATIENT INFORMATION LEAFLET

Upload: dokhue

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PATIENT INFORMATION LEAFLET - NHG Pharmacy · PDF filePH004-002-M-0517-V1 Page 1 of 2 MEDICINE TO TREAT: ALZHEIMER’S DISEASE UBAT UNTUK MERAWAT: PENYAKIT ALZHEIMER Donepezil (Aricept

PH004-002-M-0517-V1 Page 1 of 2

MEDICINE TO TREAT: ALZHEIMER’S DISEASE

UBAT UNTUK MERAWAT: PENYAKIT ALZHEIMER

Donepezil (Aricept Evess®)

1. Apakah kegunaan ubat-ubat ini?

Ubat ini adalah digunakan untuk merawat tanda-tanda penyakit Alzheimer. Ubat ini tidak akan menyembuhkan penyakit ini dengan sepenuhnya dan juga tidak akan mencegah penyakit ini daripada bertambah teruk. Donepezil adalah dikenali sebagai penghalang kolinesterase. Ubat ini mencegah pemecahan asetilkolin, salah satu penghantar utusan kimia dalam otak yang penting untuk memori dan fungsi-fungsi pemikiran yang lain. Justeru, paras asetilkolin dapat dikekalkan pada paras yang tinggi walaupun sel-sel yang menghasilkan penghantar utusan ini telah rosak atau mati. Ubat ini amat berkesan untuk penyakit Alzheimer tahap ringan atau sederhana.

2. Bagaimana seharusnya saya makan ubat ini?

Jangan berhenti makan ubat ini tanpa berbincang dengan doktor anda

Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja

anda teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya,

ambil dos anda seperti biasa saja. Jangan gandakan dos ubat anda atau

ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa.

Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan

Pastikan tangan anda kering sebelum mengendalikan ubat ini. Keluarkan

ubat dari paket blister apabila anda sedia mengambil ubat. Ubat ini harus

diletakkan di atas lidah supaya ia boleh larut sebelum ditelan. Anda boleh

menelan ubat tersebut yang telah larut dengan atau tanpa air.

3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya alami semasa

makan ubat-ubat ini?

Kesan-kesan sampingan yang lazim dialami termasuk rasa loya, muntah, cirit-birit, sukar untuk tidur, sakit kepala, letih, pening, dan kekejangan otot.

PATIENT INFORMATION LEAFLET

Page 2: PATIENT INFORMATION LEAFLET - NHG Pharmacy · PDF filePH004-002-M-0517-V1 Page 1 of 2 MEDICINE TO TREAT: ALZHEIMER’S DISEASE UBAT UNTUK MERAWAT: PENYAKIT ALZHEIMER Donepezil (Aricept

PH004-002-M-0517-V1 Page 2 of 2

4. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mempunyai alahan terhadap ubat ini? Tanda-tanda alahan ubat termasuk salah satu atau beberapa yang berikut:

Muka/mata/bibir bengkak

Kesukaran bernafas

Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan

Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda seharusnya berhenti ambil ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor dengan segera.

5. Apakah langkah-langkah pengawasan yang harus saya ambil semasa

makan ubat-ubat ini?

Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai mana-mana keadaan berikut sebelum anda mula mengambil Donepezil:

Ulser perut atau usus

Sawan

Denyutan jantung yang tidak teratur atau lambat

Penyakit paru-paru seperti asma

Penyakit hati yang serius

Sukar untuk membuang air kencing

6. Bagaimanakah seharusnya saya simpan ubat ini?

Simpan ubat-ubat anda dalam botol atau kotak yang asal. Pastikan

botol atau kotak tersebut ditutup ketat dan disimpan di tempat yang

dingin dan kering serta jauh dari sinaran matahari.

Jauhi ubat-ubat ini daripada kanak-kanak

Buangkan semua ubat-ubat yang telah luput

Suhu yang disyorkan untuk menyimpan ubat ini adalah antara 15

hingga 30°C.

Ubat ini harus dibiarkan dalam paket blister asal sehingga anda ingin

mengambilnya kerana warna ubat tersebut mungkin akan berubah jika

terdedah kepada cahaya.

Risalah ini hanya menjawab sesetengah soalan lazim mengenai ubat ini. Ia tidak

mengandungi segala maklumat yang sedia ada. Ia juga tidak menggantikan

perbincangan anda dengan doktor atau ahli farmasi anda.