paper work

7
1 KERTAS KERJA P ROJEK INOVASI DALAM P&P MURID TAHUN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN 2 TAJUK : PROJEK INOVASI MENGHASILKAN BAHAGIAN POKOK DARIPADA BAHAN SEDIA ADA Rasional: Projek inovasi ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara terperinci tentang bahagian pokok daripada bahan terbuang secara jelas dan tepat kepada murid-murid. Matlamat : Projek Inovasi menghasilkan bahagian pokok daripada bahan terbuang yang disediakan ini adalah bertujuan sebagai satu projek yang dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid Tahun 1 Terbilang di Sekolah Taman Dato’ Harun 2 di samping menguasai semua aspek perkembangan, kemahiran asas justeru memberikan pengetahuan secara mendalam secara perlahan-lahan kepada murid. Dalam pada itu, tujuan utama projek ini adalah

Upload: wan-nur-erisha

Post on 05-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

saya

TRANSCRIPT

Page 1: Paper Work

1

KERTAS KERJA

P ROJEK INOVASI DALAM P&P MURID TAHUN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN 2

TAJUK : PROJEK INOVASI MENGHASILKAN BAHAGIAN

POKOK DARIPADA BAHAN SEDIA ADA

Rasional:

Projek inovasi ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara terperinci

tentang bahagian pokok daripada bahan terbuang secara jelas dan tepat kepada murid-

murid.

Matlamat :

Projek Inovasi menghasilkan bahagian pokok daripada bahan terbuang yang

disediakan ini adalah bertujuan sebagai satu projek yang dapat membantu meningkatkan

pemahaman dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid Tahun 1

Terbilang di Sekolah Taman Dato’ Harun 2 di samping menguasai semua aspek

perkembangan, kemahiran asas justeru memberikan pengetahuan secara mendalam secara

perlahan-lahan kepada murid. Dalam pada itu, tujuan utama projek ini adalah untuk

memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai bahagian-bahagian pokok dan

kegunaannya.

Murid akan didedahkan dengan pengalaman yang sebenar menggunakan bahan bagi

menghasilkan satu replika pokok daripada bahan sedia ada. Dengan adanya projek

inovasi seperti ini, sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang berguna dalam

meningkatkan tahap pengetahuan tentang sesuatu topik yang dilaksanakan. Malahan,

Page 2: Paper Work

2

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijalankan dengan

melibatkan semua murid sepanjang menjalankan projek inovasi ini. Ini kerana, aktiviti

yang dijalankan adalah bertumpu kepada murid. Pdp millennium sangat menekankan

pendekatan ’Permainan Dalam PdP’ yang tidak formal dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk membantu murid belajar dan menghadapi dunia sebenar dalam

keadaan yang mengembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan. Guru-guru di sekolah

seharusnya kreatif bagi menyesuaikan keadaan pengajaran dan pembelajaran dengan

keperluan, kebolehan dan latar belakang murid.

Objektif

Objektif Am :

Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-istilah Sains dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid memahami dan meminati Tunjang

Sains Dan Teknologi. Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk

melaksanakan sesuatu yang baru. Selain itu projek inovasi ini juga dapat meningkatkan

pengetahuan sedia ada murid semasa aktiviti inovasi dijalankan. Ia juga boleh dijadikan

sebagai pengukuhan kepada sesuatu tema yang telah dipelajari dan dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid sepanjang aktiviti

dijalankan.

Page 3: Paper Work

3

Objektif Khusus:

- murid dapat mengenali bahagian-bahagian pokok

- murid dapat menyatakan nama bahagian-bahagian pokok dengan betul

- murid dapat menonjolkan kreativiti semasa menjalankan projek tersebut.

- penglibatan murid dalam aktiviti tersebut sedikit sebanyak memberikan daya ingatan

yang lebih kukuh.

Manual Pelaksana Projek Inovasi Membina Bahagian-Bahagian Pokok

Bahan yang diperlukan:

a) Ranting pokok

b) Plastisin

c) Manila kad 6 keping

d) Kertas Keras

e) Tali

f) Pasu 6 unit

g) Pen berwarna

Perlaksanaan.

Projek dijalankan selama 45 minit selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Page 4: Paper Work

4

Tentatif Perlaksanaan.

Hari : Rabu

Tarikh : 29 April 2015

Masa : 1.50 - 2.50 ( PDP )

: 3.10 - 4.10 ( Projek Inovasi )

Tempat : Kelas 1 Terbilang

Langkah-langkah

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan kecil.

2. Murid diberikan bahan-bahan

3. Murid diberikan arahan oleh guru tentang cara menjalankan projek

4. Murid mula melengkapkan pokok replika

5. Seterusnya murid melukis bahagian-bahagian pokok seperti

buah,ranting,daun,akar,dahan,batang.

6. Murid-murid akan melabelkan bahagian pokok menggunakan kad label.

7. Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

Rumusan

Diharapkan projek inovasi ini dapat membantu murid-murid tahun 1 Sekolah Taman

Dato’ Harun Dua dalam perkembangan Dunia Sains Dan Teknologi yang semakin

mencabar pada abad ini.

Page 5: Paper Work

5

Disediakan oleh,

......................................... (Wan Afendi Bin Wan Aripin)Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP), Program Pensiswazahan Guru (PPG),Kampus UITM Shah Alam.

Disemak oleh,

.......................................... (Puan Kavitha a/p Maslamany)Guru Pembimbing, SK Taman Dato’ Harun(2)KM 12 Jln Klang Lama46000 Petaling Jaya.

Disahkan oleh,

.......................................................... (En. Hassan bin Taslim) Guru Besar,

SK Taman Dato’ Harun(2)KM 12 Jln Klang Lama4600 Petaling Jaya.