pantun merdeka 1

5
PANTUN MERDEKA Bendera berkibar di rumah Pak Agos Di halaman rumah pasang pelita Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Tarikh kemerdekaan negara kita. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka rakyat hidup aman damai Setiap tahun menyambut merdeka Jalur gemilang berkibar megah Sejarah negara jangan dilupa beratus tahun kita dijajah. Kaum melayu, Cina dan India Hidup sejahtera bersatu padu Jasa pemimpin jangan dilupa rakyat terbilang negara maju.

Upload: al-insan

Post on 25-Jun-2015

15.005 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANTUN MERDEKA 1

  PANTUN MERDEKA

   Bendera berkibar di rumah Pak Agos    Di halaman rumah pasang pelita    Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos    Tarikh kemerdekaan negara kita.

    Bersyukur menjadi rakyat Malaysia    Bumi bertuah indah permai    Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka    rakyat hidup aman damai

    Setiap tahun menyambut merdeka    Jalur gemilang berkibar megah    Sejarah negara jangan dilupa    beratus tahun kita dijajah.

    Kaum melayu, Cina dan India    Hidup sejahtera bersatu padu    Jasa pemimpin jangan dilupa    rakyat terbilang negara maju.

    Para pemimpin silih berganti    Kini Pak Lah di tampuk kuasa    Kita isi kemerdekaan ini    membina peradaban negara tercinta.

Page 2: PANTUN MERDEKA 1

    Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat    Bersama kita menyambut merdeka    Bersatu berazam penuh semangat    Mari pertahankan kemerdekaan kita.

                Abdullatip                  Jelebu            31.Ogos.2004

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,

AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN

INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,

TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,

INDAH REDUP DIHIAS MELATI;

SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,

NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,

DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;

JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,

TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,

KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;

PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,

MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,

DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;

Page 3: PANTUN MERDEKA 1

TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,

DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,

BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;

MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,

DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,

GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;

ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,

NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: http://joharshuib.blogspot.com

Share this:

StumbleUpon

Digg

Reddit

Entri ini dikirim pada hari Khamis, 27 Ogos 2009, 11:11 pm dan diletakkan dalam kategori Koleksi Pantun Melayu.

Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan

respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

33 Responses to “Pantun Merdeka”

1. bulan berkata:

Ogos 30, 2009 at 12:12 amMerdeka!!!Bumi merdekaKerana mu PahlawanKerana mu Negarawan

Page 4: PANTUN MERDEKA 1

Kerana mu Sultan dermawanTanah Melayu maju perkasaBersama bahasa jiwa bangsaBersatu padu membangun nusaJalur jalur berkibar dipuncak kuasaMerdeka! Merdeka !Semangat kebangsaan saluas lautanMelambai lambai dihari peringatanKebanggaan, bebas meneraju watanBangun gagah jiwa pertiwi warisanTanahair ku aman dan makmurBerdasarkan ideology Tun yang suburTanahair ku selalu pandang ka timurBerdasarkan ideology Tun yang mashurMerdeka! (selepas 52 tahun)Putra Putri merai tanah pusakaKetika hati ibu remok berdukaAyer mata bapa menyapu mukaGelombang kuasa para durhakaTanahair merdeka sarupa nerakaMerdeka!Bergema tangis gurindam cuitanSemangat tenggelam didasar lautanMelambai lambai suara tuntutanKeterbukaan amalan perosak watanKembali layu jiwa jiwa pertiwi warisanKemerdekaan lenyap sepi sama hakisan

Dataran Merdeka nama diberi

Buat bernyanyi serta menariPasti ramai yang lupa diriAnak-bini tercari-cari. Twin Tower sungguh lah indahKL Tower bermandi cahayaOrang tua pening dirumahTerkenang dara ntah kemana.

Page 5: PANTUN MERDEKA 1

 31 Ogos kita nantikanWild party rakan dan taulanSebelum party merempit sakan12 malam kita laungkan. Merdeka! Merdeka! Merdeka.....