form 1 pantun

49
PANTUN DUA KERAT Pantun Kanak-kanak | Pantun Nasihat MAKSUD Rangkap Maksud 1 Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza. 2 Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak. 3 Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar. 4 Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil. 5 Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya. TEMA Bertemakan nasihat dalam menjalani realiti kehidupan seharian. PERSOALAN 1. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Contoh :- Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. 2. Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti. Contoh :- Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. 3. Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai. Contoh :- Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang. 4. Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Contoh :- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas, Itik bertelur ayam menetas. 5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu. Contoh :- sebab pulut santan binasa, 1

Upload: jenniferho0830

Post on 18-Jan-2017

2.143 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: form 1 Pantun

PANTUN  DUA  KERATPantun Kanak-kanak | Pantun Nasihat

MAKSUDRangkap Maksud

1 Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.

2 Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.

3 Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.

4 Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.

5 Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.

TEMABertemakan nasihat  dalam menjalani realiti kehidupan seharian.

PERSOALAN1.     Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.Contoh :-          Lain dulang lain kakinya,                        Lain orang lain hatinya.

2.     Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.Contoh :-          Hujung bendul dalam semak,                        Kerbau mandul banyak lemak.

3.     Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai.Contoh :-          Taptibau puyuh padang,                        Hilang pisau berganti parang.

4.     Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan.Contoh :-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,                        Itik bertelur ayam menetas.5.     Tidak bersopan dalam bertutur  terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu.Contoh :-          sebab pulut santan binasa,                        sebab mulut badan binasa.

1

Page 2: form 1 Pantun

BENTUK

1.     Mempunyai lima rangkap2.     Setiap rangkap mempunyai dua baris.3.     Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata.4.     Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris.5.     Rima akhirnya  aa.

GAYA BAHASA1.     Repitisi             -           pengulangan perkataan  laincontoh :-   Lain dulang lain kakinya      Lain orang lain hatinya.2.     Asonansi          -          pengulangan vokal aContoh :-          hilang pisau berganti parang3.     Aliterasi            -           pengulangan konsonan  bContoh :-          sebab mulut badan binasa.4.     Imejan   -           imej alamContoh :-          kerbau, puyuh, itik, ayam,

NILAI1.     Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.Contoh :           Hujung bendul dalam semak,Kerbau mandul banyak lemak.2.     Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan. Contoh:-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,Itik bertelur ayam menetas.Contoh :-          Taptibau puyuh padang,Hilang pisau berganti parang.

3.     Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi kebaikan diri.Contoh :-          Sebab pulut  santan binasa                        Sebab mulut  badan binasa

2

Page 3: form 1 Pantun

PENGAJARAN1.     Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati orang lain.            Contoh :-              Sebab pulut  santan binasa                                       Sebab mulut  badan binasa2.     Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan.                          Contoh :-            Taptibau puyuh padang,Hilang pisau berganti parang.3.     Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada menghidapi pelbagai penyakit.Contoh :           Hujung bendul dalam semak,Kerbau mandul banyak lemak.

3

Page 4: form 1 Pantun

SYAIR

Pohon Buluh( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh )

MAKSUDRangkap Maksud

1

Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

2Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat.

3Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.

4Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.

TEMABertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.

PERSOALAN1.     Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.Contoh :-                ( rangkap 3 )          Besar kecil ikat binanya                                                Terlalu kuat pula asasnya.

2.     Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.Contoh :-                ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat.

3.     Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar megah.Contoh :-                ( rangkap 2 )  Yang ada sedia panji-panji bendera.

4.     Kelicinan kulit  batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .Contoh :-                ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam.

BENTUK1.     Mempunyai empat rangkap2.     Setiap rangkap mempunyai empat  baris.3.     Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.

4

Page 5: form 1 Pantun

4.     Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.5.     Rima akhirnya  aaaa.

GAYA BAHASA1.     Asonansi                 -               pengulangan vokal a. Contoh :mata-mata menjaga segenap pangkat

2.     Aliterasi                  -               pengulangan konsonan  g .Contoh :menara tinggi banyak bertingkat

3.     Kata ganda             -               panji-panji, mata-mata,

4.     Simile                      -               gelapnya di dalam seperti malam

5.     Sinkof                     -               tak6.     Imej alam                                -               kolam,  alam7.     Inversi                    -               banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya,   ia ada banyak saudara)

NILAI1.     Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.Contoh :besar kecil ikat binanya.

PENGAJARAN

1.     Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.              Contoh :-                besar kecil ikat binanya.

5

Page 6: form 1 Pantun

Kita Umpama Sehelai  Daun(Smahadzir)

MAKSUD SAJAKRangkap Maksud

1

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

2Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

3

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

4Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

TEMAMengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan 

menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK

1. Bebas2. Terdapat empat rangkap3. Baris-baris ayat dan rima akhir

·         Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd·         Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

6

Page 7: form 1 Pantun

GAYA BAHASA

1. Simile

Contoh :  kita umpama sehelai daun

1. Personifikasi

Contoh :  tempat bercanda unggas meriang

1. Pengulangan baris

Contoh :  kita umpama sehelai daun

1. Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh :  andai kikir jasa dan bakti

1. Aliterasi – pengulangan konsonan m

Contoh :  hijau menunas menyegar mata

NILAI

1. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

1. Nilai prihatin

Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

1. Nilai kesederhanaan

Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

7

Page 8: form 1 Pantun

Kuingin Berterima Kasih(Ihsan Noorzali)

MAKSUD SAJAKRangk

ap Maksud

1Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa  mampu meredakan api kemarahan.

2Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan.

4

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.

5

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

8

Page 9: form 1 Pantun

6Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMAMenghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN      i.        Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.     ii.        Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.    iii.        Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.   iv.        Menghargai jasa perwira-perwira negara.    v.        Dunia akan menjadi aman damai dan  indah jika semua orang menghargainya.

BENTUKBebasTerdapat enam rangkapBaris-baris ayat dan rima akhir·         Rangkap 1 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abca·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abccc·         Rangkap 4 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbb·         Rangkap 5 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd·         Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc

GAYA BAHASASimileContoh:  kepada hujan bagai tetamu

PersonifikasiContoh:  ikan-ikan yang riang

MetaforaContoh:  darah kesetiaan

Kata GandaContoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vokal a             Contoh :  kepadamu pejuang negara

Aliterasi - pengulangan konsonan k             Contoh :  sesekali kuingin kalungkan kagum

9

Page 10: form 1 Pantun

\

NILAIMengenang jasaContoh:  mengenang jasa pejuang negara.

KeinsafanContoh:  perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

KesetiaanContoh: pejuang setia kepada negara.

KesyukuranContoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

10

Page 11: form 1 Pantun

Aku(Rosli  K. Matari)

MAKSUD SAJAKRangkap Maksud

1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.

3Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia  pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

6 Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.

7 Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta.

TEMAKewujudan diri dan menghayati alam sekitar.  Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.

PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar.  Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk

manusia menggunakannya sebaik mungkin.

BENTUKi.          Bebasii.          Terdapat tujuh rangkapiii.         Baris-baris ayat dan rima akhir

11

Page 12: form 1 Pantun

Rangkap 1 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc Rangkap 2 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc Rangkap 3 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb Rangkap 5 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir aab Rangkap 7 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA

Sinkope

Contoh:  kecuali diriku

Kata ganda

Contoh:  bertiup di mana-mana

Imej alam

Contoh:  laut, langit, pohon, angin, ombak.

Asonansi-perulangan vokal a

Contoh: kerana aku baru ada

Aliterasi-perulangan konsonan l

Contoh:  laut, langit dan pohon

NILAI

Percaya kepada Tuhan.

Contoh:  aku percaya Kau Pencipta.

Kesyukuran

Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

Keinsafan:

12

Page 13: form 1 Pantun

Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan

PENGAJARAN

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita. Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya. Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa

kemurkaan Tuhan.

13

Page 14: form 1 Pantun

Kunci Bahasa(Abdul Hadi Yusof)

MAKSUD SAJAKRangkap Maksud

1Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

2 Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.

3 Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

6 Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata  serta bahasa yang puitis.

TEMABahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi

PERSOALAN

1. Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya.

2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang ditelan zaman.

3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.

BENTUK

1. Terikat2. Terdapat enam rangkap3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

14

Page 15: form 1 Pantun

GAYA BAHASA

1. Pengulangan kataContoh:  bahasa dan tidak

2.Bahasa ArabContoh:  ukhwah dan ummah

3.MetaforaContoh:  jambatan ukhwah

4.Asonansi - pengulangan vokal i                Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah

5.Aliterasi - pengulangan konsonan b                Contoh :  bahasa berbuah

NILAI

1. Bersopan santun

Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

2.Pemurah

Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.

Contoh:  Bahasa bermaruah               tidak berbilur bahasa di lidah

1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

Contoh:  Bahasa bersejarah               tidak luput bahasa bertingkah

15

Page 16: form 1 Pantun

ASAL  PADI SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.

TEMA·         Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi

16

Page 17: form 1 Pantun

dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.o    Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.o    Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.o    Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.·Bersungguh-sungguh menjaga hak.o    Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKANWatak utamaSi Bongsu 

Seorang lelaki. Seorang anak yatim piatu. Anak bongsu daripada dua beradik. Seorang yang berani.

·         Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.

·         Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih

·         Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.

17

Page 18: form 1 Pantun

·         Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.

·         Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak SampinganSi Sulung

Abang kepada Si Bongsu Anak yatim piatu. Seorang yang setia.

o    Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

Anak yang cacat.

o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.·         Seorang yang gigih.o    Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati

o    Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.

o    Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati

o    Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

18

Page 19: form 1 Pantun

·         Seorang yang cerdiko    Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit·         Seekor burung yang tidak jujuro    Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.·         Seekor burung yang liciko    Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

LATARLatar Masa

Waktu siang.

o    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

   Di kampung

o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

   Di Kayangan

o    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di  o    kayangan.

Di kolam

o    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

19

Page 20: form 1 Pantun

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.

o    Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.

o    Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA

Peribahasa

o    Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda

o    Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope

o    Contoh: tak, ku

imej alam

o    Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.

o    Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

20

Page 21: form 1 Pantun

·         Simile.o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI

Nilai keberanian.

o    Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

Nilai kesetiaan

o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.

o    Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.

o    Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.

o    Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.

o    Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.

21

Page 22: form 1 Pantun

o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

·         Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.o    Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

22

Page 23: form 1 Pantun

Cerpen: OrenKarya: Saifullizan Yahaya

SINOPSISCerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN

i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwanContoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii.    Konflik antara Oren dan KelabuContoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang samaContoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

23

Page 24: form 1 Pantun

PLOTi.      Permulaan/EksposisiKisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga

ii.    PerkembanganAyah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.

iii.   KlimaksAyah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv.   PeleraianAnis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut

TEKNIK PENCERITAANi.      PemerianContoh:  Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii.    DialogContoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii.   MonologContoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.

iv.   Monolog DalamanContoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v.    Imbas KembaliContoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

vi.   Imbas Muka

24

Page 25: form 1 Pantun

Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayahi.      Seorang ayah yang penyayangii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabuiii.   Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oreniv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Orenv.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Orenvi.   Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan1.    Oreni.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna orenii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ibunyaiii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makaniv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

2.    Kelabui.      Salah seekor daripada kucing belaan ayahii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabuiii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganyaiv.   Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnyav.    Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATARLatar Masai.      Kehilangan Oren selama empat hariii.    Sudah seminggu hujan turuniii.   Setiap malamiv.   Hujung pertengahan Disemberv.    Makan malamvi.   Dua hari yang lalu

25

Page 26: form 1 Pantun

Latar Tempat/ Ruangi.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumahii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumahiii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anisiv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susuv.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayahvi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakati.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucingii.    Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipeliharaiii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

GAYA BAHASAi.     Simile – seperti ada yang membersihkannyaii.    Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemuiii.   Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabuiv.   Sinkof – tika (ketika)

NILAIi.      Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan merekaii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunyaiii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

PENGAJARANi.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.

26

Page 27: form 1 Pantun

Hadiah(Tie Camar)

SINOPSISMengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

            Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.

            Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya  telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.

            Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

TEMAKegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

PERSOALANPersoalan menghargai jasa guru.i.      Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

27

Page 28: form 1 Pantun

ii.    Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu,       dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

PLOTi.      PermulaanSekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

ii.      PerkembanganAzizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.

iii.   KlimaksAzizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.

iv.   PeleraianAzizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PENCERITAANi.      Dialog                Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii.    Monolog DalamanContoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.

iii.   SaspensContoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-        lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.

WATAK PERWATAKAN

28

Page 29: form 1 Pantun

Watak UtamaAzizahi.      Seorang murid yang miskin.ii.    Murid kesayangan Cikgu Zaleha.iii.   Seorang yang terlalu merendah diri.Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.iv.   Seorang murid yang rajinContoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar  yang berdisiplin.

Watak SampinganCikgu ZalehaI.              Cikgu kepada AzizahII.            Seorang guru yang berdedikasi

Emaki           emak  Azizahii          seorang yang cacat sebelah kakiiii         mengambil upah menganyam tikar mengkuang

Bapai           bapa Azizahii          berkerja sebagai penarik beca

LATARLatar Masai.           Waktu pagiContoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii          Waktu petang            Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii         Hari Guru            Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.

Latar Tempat

i           Kelas            Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

29

Page 30: form 1 Pantun

ii          Rumah Azizah            Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

iii         Bilik Guru            Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.

iv         Tapak Perhimpunan            Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakati           Masyarakat Pelajarii          Masyarakat yang miskiniii         Masyarakat Guru

GAYA BAHASAi           Sinkof            Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

NILAIi           Nilai Ketabahan

ii          Nilai Kasih Sayang            Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.

iii         Nilai Kerajinan            Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

PENGAJARANi           Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidupii          Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerjaiii         Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

Kuih Bakul Limau Mandarin(Mohd. Helmi Ahmad)

30

Page 31: form 1 Pantun

SINOPSISMengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

TEMAKasih sayang keluarga  yang kembali terjalin.Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

PERSOALANi.      Kepercayaan pada perkara khurafatContoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.ii.    Keegoan seorang bapaContoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.iii.   Keberanian menyuarakan pendapatContoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.iv.   Keinsafan seorang bapaContoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

PLOT

i.      Permulaan/EksposisiSim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

ii.    PerkembanganLim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi  meminta maaf kepada Lim Meng.

31

Page 32: form 1 Pantun

iii.   KlimaksLim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv.   PeleraianLim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAANi.      PemerianContoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii.    Imbas KembaliContoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii.   Imbas MukaSim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

iv.   DialogContoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v.    Monolog DalamanContoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?

vi.   SaspensContoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKANWatak utamaSim Paui.      Isteri kepada Lim Pooiii.    Ibu kepada Lim Foong dan Lim Mengiii.   Memiliki keberanian menyatakan kebenaranContoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.iv.   Memiliki kesabaran

32

Page 33: form 1 Pantun

Contoh : Selama ini, Sim  Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.v.    Mudah terasa / sensitifContoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi  yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooii.      Suami kepada Sim Pau.ii.    Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.iii.   Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.iv.   Memiliki sikap suka berdendamContoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.v.    EgoContoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi.   Peniaga yang tamakContoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.vii.  PemarahContoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.viii.Menginsafi kesalahannyaContoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Mengi.      Anak bongsu daripada dua beradik.ii.    BertanggungjawabContoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.iii.   Suka mengalahContoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.iv.   PemaafContoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foongi.      Anak sulung daripada dua beradik.ii.    Anak kesayangan Lim Pooi.iii.   Suka berjudi.iv.   Mati lemas.

Sudini.      Penduduk kampungii.    Ikhlas

33

Page 34: form 1 Pantun

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang bangsa.

LATARLatar Masai.      Beberapa hari sebelum Tahun Baru CinaContoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar.

ii.    Sehari sebelum Tahun Baru CinaContoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii.   Tiga hariContoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng.

Latar Tempati.      DapurContoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii.    KedaiContoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii.   Stor di belakang kedaiContoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.

Latar Masyarakat1.    Masyarakat yang berdendam.Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong.

2.    Masyarakat yang menginsafi kesalahan.Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.

3.    Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASAi.      Simpulan bahasaContoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

34

Page 35: form 1 Pantun

ii.    PeribahasaContoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii.   Sinkof/sinkopeContoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv.   PersonifikasiContoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v.    SimileContoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi.   MetaforaContoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii.  Bahasa perbualanContoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.

NILAIi.      Nilai keberanianContoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.ii.    Nilai keikhlasanContoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.iii.   Nilai kasih sayang.Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN

i.      Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.

35

Page 36: form 1 Pantun

ii.    Kita mestilah bersikap jujur.Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.iii.   Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

Hadiah(Aripin Said)

SINOPSIS

Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak

36

Page 37: form 1 Pantun

dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.

PEMIKIRANKegigihan menuntut ilmu.Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.

PERSOALANi.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.

ii.    Gigih meneruskan pelajaran. Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.

iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.

PLOTSecara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

i.      PermulaanContoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.

ii.    PerkembanganContoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya.  Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.

iii.   KlimaksPenghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara.

iv.   Peleraian

37

Page 38: form 1 Pantun

Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.

TEKNIK PENCERITAANi.              Imbas KembaliContoh:  Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya.

ii.            DialogContoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati.

iii.           Imbas MukaContoh:  Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.

iv.           PemerianContoh:  Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.

WATAK DAN PERWATAKANWatak UtamaHayatii.              Gadis yang berusia 15 tahun. ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.iii.           Gigih berusahaContoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar.iv.           Tabah.Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.v.            Penyayang.Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung.vi.           Mementingkan pelajaranContoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.

Watak Sampingan

1.    Fauziahi.      Ibu kepada Hayati.ii.    Tabah.Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.iii.   Penyayang.Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

2.    Pak Maili.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.ii.    Tabah.

38

Page 39: form 1 Pantun

Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.iii.   Bertanggungjawab.Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.iv.   Penyayang.Contoh:  seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

3.    Datuk Penghului.      Bertanggungjawab.Contoh:  seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.ii.    Amanah.Contoh:  seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

4.    Encik Musai.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegasii.    AmanahContoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.

LATARLatar Masai.              PagiContoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.ii.            Petang :Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.

Latar Tempati.                      Rumah Pak MailContoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.

ii.                    Pejabat guru besarContoh:  Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.iii.                   Asrama sekolahContoh:  Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

iv.                   Perbatasan negaraContoh:  Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

Latar Masyarakat

39

Page 40: form 1 Pantun

i.                      Masyarakat kampungContoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

ii.                    Masyarakat yang berusaha gigih.Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

iii.                   Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

iv.                   Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.

GAYA BAHASAi.              Bahasa istanaContoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii.            Kata gandaContoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii.           SinkofContoh: mak, tuk, nak, dahiv.           Simpulan bahasaContoh: minta diriv.            Bahasa ArabContoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam.

NILAI      i.        Nilai kasih sayang.Contoh:  Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

    ii.        Nilai ketabahanContoh:  Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

   iii.        Nilai kegigihan.Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

   iv.        Nilai bekerjasama.Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

PENGAJARAN      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan.

    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.

40

Page 41: form 1 Pantun

Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.

   iii.        Kita hendaklah percaya kepada TuhanContoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.

   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

41