pantun dan ungkapan melayu sebagai wahana kepemimpinan

16
Jurnal Melayu (9)2012: 155-170 Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan Melayu ke Arah Pembangunan Modal Insan Zuraidah Abdullah Zahir Ahmad Nuwairi Khaza'ai Abstrak Makalah ini meninjau bagaimana definisi, fungsi, tanggungjawab dan sifat pemimpin yang selaras nilai agama, adat istiadat serta norma sosial terterap dalam pantun Melayu. Sumber tinjauan adalah pantun-pantun yang lazim ditemui dalam masyarakat Melayu. Didapati sejak zaman tradisi lagi pantun telah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan khususnya daripada segi penerapan akal, ilmu dan akhlak di dalamnya. Kata kunci: pantun, pemimpin, modal insan, akal, akhlak. Abstract This paper demonstrates how the definition, functions, responsibilities and attitudes of leadership which are aquatinted with religious values, customs and social norms had been interpolated in the Malay pantun. The source of this demonstration are the typical pantuns found in Malay life. It is found that the pantun had played important role in human capital development particularly by inserting astute, knowledge and moral in it. Keywords: Pantun, leader, human capital, astute, moral. Pendahuluan Pantun dan ungkapan Melayu merupakan sastera rakyat yang telah diguna pakai dengan begitu meluas di dalam masyarakat Melayu tradisi sehingga kini. Banyak kajian telah menunjukkan puisi lama ini telah berjaya memaparkan falsafah hidup masyarakat Melayu dan malah dianggap sebagai salah satu wahana yang penting dalam meluahkan dan menyampaikan hasrat serta manifestasi pemikiran masyarakat Melayu. Justera, puisi lama ini telah dapat merakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan tamadun sesuatu bangsa di dunia seperti

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

42 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

Jurnal Melayu (9)2012: 155-170

Pantun dan Ungkapan Melayu sebagaiWahana Kepemimpinan Melayu ke Arah

Pembangunan Modal Insan

Zuraidah Abdullah

Zahir Ahmad

Nuwairi Khaza'ai

Abstrak

Makalah ini meninjau bagaimana definisi, fungsi, tanggungjawab dan sifatpemimpin yang selaras nilai agama, adat istiadat serta norma sosial terterapdalam pantun Melayu. Sumber tinjauan adalah pantun-pantun yang lazimditemui dalam masyarakat Melayu. Didapati sejak zaman tradisi lagi pantuntelah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan khususnyadaripada segi penerapan akal, ilmu dan akhlak di dalamnya.

Kata kunci: pantun, pemimpin, modal insan, akal, akhlak.

Abstract

This paper demonstrates how the definition, functions, responsibilities andattitudes of leadership which are aquatinted with religious values, customs andsocial norms had been interpolated in the Malay pantun. The source of thisdemonstration are the typical pantuns found in Malay life. It is found that thepantun had played important role in human capital development particularly byinserting astute, knowledge and moral in it.

Keywords: Pantun, leader, human capital, astute, moral.

Pendahuluan

Pantun dan ungkapan Melayu merupakan sastera rakyat yang telahdiguna pakai dengan begitu meluas di dalam masyarakat Melayu tradisisehingga kini. Banyak kajian telah menunjukkan puisi lama ini telahberjaya memaparkan falsafah hidup masyarakat Melayu dan malahdianggap sebagai salah satu wahana yang penting dalam meluahkan danmenyampaikan hasrat serta manifestasi pemikiran masyarakat Melayu.Justera, puisi lama ini telah dapat merakamkan sejarah perkembanganpemikiran, peradaban dan tamadun sesuatu bangsa di dunia seperti

Page 2: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

156

bangsa Melayu. Ramai sarjana tempatan telah menjadikan pantun danungkapanMelayusebagaisumberrujukanutamabagikajiansosiobudayamasyarakat Melayu kerana ia adalah cerminan peradaban dan tamadunMelayu yang sudah bertapak berabad-abad lamanya terutama dalammemperkatakan tentang ketinggian akal budi bangsanya.

Kedua-dua khazanah boleh dikaji, diteliti dan diamati setiapmasa terutama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumatbagi membina modal insan generasi Melayu tradisi. Lantaran modalinsan yang hendak dibangunkan adalah modal insan yang menghayatidan mengamalkan budaya tinggi (Mohd Roslan dan Ahmad Zaki2010). Justeru, persekitaran masyarakat Melayu tradisi ketika itu telahmenggunakanpantun dan ungkapanMelayu sebagaiwahana pendidikandalam membentuk acuan modal insan ke arah pembentukan budayatinggi. Ketinggian budaya Melayu ini boleh dilihat melalui keindahanpenciptaan pantun dan ungkapan Melayu yang menghasilkan susunankata-kata yang indah, bermakna dan menarik sehingga menterjemahkanjiwa, seni, kebijaksanaan dan budi bahasa Melayu. Nilai-nilai keindahandalampantundanungkapanMelayuini telahdapatdihayati olehsegenaplapisan anggota masyarakat ketika itu. Selain itu, pantun dan ungkapanMelayu ini telah menunjukkan genius orang Melayu menyampaikanpandangan dan akal-budinya.

Makalahini meninjau salah satu aspek ilmu sains sosialkhususnyabidangsosiologi, antropologi, politik,dan ekonomiiaituberkaitandengankepemimpinan dalam membangunkan modal insan bangsa Melayu.Kepemimpinan menjadi fokus utama bahasan ini kelak. Di dalammasyarakatMelayu,kepemimpinanmerapakan satu daripadatiga perkarayang menghayatiadat (Nordin 1983).Oleh sebab itu di setiaptempat adapemimpinnya seperti kata bidalan; Luhak berpenghulu, Rantau beraja,Kampung bertua, Rumah bertunggu, Berjunjung naik, Bertangga naik(Nordin 1983:1).Kelahiran dan kejayaan sesebuah masyarakat acap kalidiwarnai oleh kesan kepemimpinan. Sejarah menjadi bukti bagaimanabangsa dan tamadun yang hebat dicorakkan dan dibentuk oleh pemimpinberjiwa besar, berpandangan jauh dan berani melakukan perubahan.Dalam masyarakat Melayu, pemimpin sememangnya sentiasa dihargaisepertimana tercermin dalam ungkapan:

Elok negeri kerana ada rajaElok kampung kerana ada tuanya

Page 3: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

157

Bila negeri tidak berajaBila kampung tidak berpenghuluBila rumah tidak bertuan

Angin lalu tempias pun laluTuah hilang marwah terbuangHidup celaka sengketa datang

Kepimpinan Rumpun Melayu

Dalam budaya Melayu, pemimpin amatlah pelbagai, mulai daripadapemimpin rumah tangga, dusun dan kampung sehingga kepada pemimpinbangsa dan Negara. Bidang kepemimpinan ini bermula daripadakekeluargaan, adat, agama dan hinggalah ke bidang organisasi danpemerintahan. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh pemimpin dalamkehidupan maka pemimpin diberi kepercayaan, kekuasaan dan kebebasanuntuk melaksanakan hak dan kewajipan serta tanggungjawabnya dalammemimpin umatnya. Walau bagaimanapun, pemimpin datang dan pergibertekad waja, berdaya tahan dan berwawasan jelas akan dikenangsebagai pemimpin tersohor dan terulung. Pemimpin terbilang pula tidakdatang dari sekadar manusia biasa, merekajuara di antara semua, merekaumpama raksasa dalam pemikiran dan mereka penghulu pada sebuahperubahan. Ini jelas menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjadipemimpin seperti yang dibayangkan dalam ungkapan klasik;

Yang diberikan kepercayaan,Yang diberikan kekuasaan,Yang diberikan beban berat,Yang diberikan tanggungjawab,Yang diikat janji dan sumpah,Yang disampai petua amanah.

Demikianlah orang Melayu meletakkan martabat seorang pemimpindalam masyarakat Melayu. Selain itu, yang paling utama seorangpemimpin itu perlu ada kualiti yang bukan sahaja terletak pada rapa parasdan personaliti yang menarik malah corak pemikiran yang hebat, tingkahlaku yang kamil, nilai hidup yang mulia dan gaya kepimpinan yangterpuji. Melalui pantun dan ungkapan, masyarakat Melayu tradisionalsecara lisan menyampaikan hasrat mereka dalam menilai dan memilihseseorang menjadi pemimpin untuk menerajui pemerintahan ataumenjadi pucuk atau induk dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsadan bernegara.

Page 4: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

158

Justera,apabilamemperkatakan tentangkepemimpinan, tidakbolehtidak membicarakan tentang etimologi perkataan kepemimpinan dalamalam Melayu. Menurut Shaharir (2010), 'pimpin' memberi makna yangberbeza dengan 'lead', yang sekali gus membezakan teori kepimpinanrumpun Melayu danInggeris. Perkataan pimpin bukan daripada bahasaSanskrit atauArab malah tiadadalam senarai Malayu-Indonesia-Sanskrit(de Casparis 1997). Namun mengikut Sugiarto (1993) dan Tryson (1994),'pimpin' itu adalah daripada perkataan Jawa Sunda (dengan ejaan'pingpin'). Sebagaimana yang diketahui ramai kata 'pimpin'bermaknamemegang tangan seseorang seiring dengan yang memegang itu untukdibawa bersama menuju ke destinasi yang dikehendaki oleh yangmemegang itusahaja. Sebaliknya maknakepimpinan padahariiniadalahlebih luas lagi iaitu satu proses pengaruh, khususnya pengaruh terhadapgelagat dan pemikiran orang lain dan malah pemimpin memainkanperanan penting dalammenentukanprestasi tinggi atau rendah sesebuahinstitusi atau organisasi itu.

Olehitu, dalam usaha melahirkan pemimpin Melayuyangmemilikikualiti atau keupayaan yang tinggi pada ketika itumasyarakat Melayutradisitelahmenggunakan pantundanungkapan Melayusebagai wahanamengingat, menegur, mengajar, membimbing dan malah menyindirpemimpin-pemimpin Melayu ketika itulebih pekaterhadap kepentinganmemaksimumkan penggunaan diri mereka dalam mencapai sesuatuyang terbaik dalam segala aspek kehidupan mereka berlandaskan ajaranIslam. Sememangnya pemimpin Melayu amat diberi ingatan danharusmemfokuskan kepada tigadimensi utamayangsaling berkaitan diantarasatu sama lain iaitu akal atau minda, pengisian nilai-nilai kerohaniandan seterusnya jasmaniahyang membawa kepadapembentukan akhlakpemimpin yang disegani dan dihormati. Ini dapat dibuktikan melaluiungkapan Melayu ini yang mewajibkan seseorang pemimpin itumemiliki 'pakaian', iaitu 'pakaianbatin'yanglazimnya disebut sifatataukeperibadian terpuji yang sentiasa melekat dalam dirinya yang sempurnadari segiilmunya, rohaninyadanjasmaninya. 'Pakaian' ini secaracermatdan indah dikekalkan dalamungkapan adatyang berbunyi:

Memakai syarak lahir dan batinImannya tebal adat pun kentalTakwanyaNampak ilmu pun banyakBerdada lapang berfikiranpanjangBermuka jernih berlidah fasih

Page 5: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

159

Berpendirian kukuh berakal senonohBerpijak tidak berkisarBercakap tidak beralih

Berani menahan ujiSetia tahan dicuba

Taatnya tahan dilipat

Tegaknya pada yang hakDuduknya pada yang elok

Berbekal pada yang halalBerpetua pada yang berfaedahBerwasiat pada yang bermanfaat

Ketiga-tiga dimensi ini juga dapat melahirkan manusia yangmempunyai kekuatan dan kehebatan dari segi kemajuan ilmu, keindahandan kehalusan seni, ketertiban dan kerukunan hukum dan undang-undangyang merujuk kepada pembangunan modal insan yang dianggap asetutama pembentukan tamadun bangsa. Melalui kajian ini pasukan kamisekali lagi mendapati di dalam pantun dan ungkapan Melayu kerapkali terpancar kepentingan tiga dimensi ini apabila membicarakantentang i) maksud pemimpin, ii) kedudukan pemimpin, iii) fungsi dantanggung jawab pemimpin, iv) sifat atau keperibadian pemimpin dansifat yang dilarang (dipantangkan) dikaitkan dengan nilai-nilai agama,adat istiadat dan norma sosial masyarakat Melayu berlandaskan ilmu,rohani danjasmani. Pantun dan ungkapanMelayu adalah di antarawadahdan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskankeseluruhan tentang keperibadian kepimpinan Melayu yang membawakepadamelahirkanmodal insanyang sempurnabukan sahajakepadadiripemimpin malah juga kepada pengikut-pengikut yang dipimpinnya.

Pemimpin dalam Pantun dan Ungkapan Melayu

Berdasarkan kepada sejumlah pantun dan ungkapan Melayu tentangpemimpin yang kami kumpulkan, terdapat beberapa perkara yangdapat dikemukakan dan seterusnya dapat menjelaskan segala maksudpemimpinMelayu.Lazimnyapemimpindisebutorangyang dituakanolehbangsanya. Pemimpin seharusnya dekat dengan umatnya sebagaimanatercermin dalam ungkapan:

Page 6: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

160

Yang didahulukan selangkah,Yang ditinggikan seranting,Yang dilebihkan serambut,Yang dimuliakan sekuku.

Ungkapan inijelasmenunjukkan bahawa antara pemimpin denganumatnyajaraknyahanya sekadar 'didahulukan selangkah dan ditinggikanseranting', sehingga mudah dijangkau dan dihubungi. Bahkan dalamungkapan adat yang lain ditegaskan lagi 'jauhnya tidak berjarak, dekatnyatidak berantara'. Dengan demikian, akan terjalin hubungan yang akrabantara pemimpin dengan umatnya yang mewujudkan keakraban dankeserasian sebagaimana disebutkan dalam ungkapan 'bagaikan aurdengan tebing, bagaikan kukudengan isi, bagaikan putih dengan matahitam'. Ungkapan Melayu ini telah mengingatkan kepada pemimpinMelayu agarmempunyai nilai-nilai kepimpinan yangberhati rakyatdansentiasa mengambil tahutentang kehidupan orang yang dipimpinnya.Selain itu, terdapat juga di dalam ungkapan Melayu yang dikajimenunjukkan harapan pengikut terhadap pemimpin agar mampumembimbing, melindungi, menjaga, mengawal pengikut-pengikutnyaatau orang yang dipimpin. Dalam ungkapan tersebut menyatakanbahawa seseorang pemimpin itu bertanggungjawab kepada orang yangdipimpin. Seorang pemimpin adalah seorang yang diberi kepercayaandankekuasaan penuh oleh pengikutnya sepertimana dengan ungkapan ini;

Yang dikemukakan oleh rakyatnyaYang dimuliakan oleh kaumnyaYang didudukkan pada patutnyaYang ditegakkan pada layaknyaYang dikukuhkan dengan adatnyaYang ditinggikan dari orang banyakYang didahulukan dari orang ramaiYang diutamakan dari orang biasaSesuai menurut adat lembaga

Melalui ungkapan ini, jelas menunjukkan seseorang pemimpinitu seharusnya mampu melaksanakan tugas-tugasnya sebagai ketuadan pemerintah yang dapat menentukan kesejahteraan rakyat, bangsadannegara. Ungkapan inijuga membuktikan bahawa jatuhbangunnyaseseorang pemimpin itu ditentukan oleh rakyat. Rakyat berkuasamenentukan kepemimpinan 'Yang dikemukakan oleh rakyat, Yangdimuliakan olehkaumnya, Yang didudukkan padayang patut'setiap baris

Page 7: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

161

yang diucapkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini menunjukkanmereka memastikan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan layaksahaja yang dijadikan ketua atau penghulu atau pembesar Negara.Selain itu, pemimpin Melayu juga telah diikat dengan perjanjian(waadat) dan persetiaan sepertimana dalam kitab Sejarah Melayu secaralangsung menyatakan i) sifat-sifat pemimpin yang tidak boleh sekali-kalimemalukan orang bawahnya walau sebesar mana sekalipun dosa orangbawahannya, ii) pemimpin tidak sepatutnya dipertanggungjawabkanatau diluahkan dengan kata-kata yang tidak menyenangkan dan iii) yangdipimpin pantang menderhaka kepada pemimpinnya, malah sepatutnyatidak sanggup menunjukkan apa-apa kelemahan pemimpinnya dikhalayak ramai. Ini dapat ditunjukkan melalui pantun dua kerat danungkapan adat yang berbunyi:

Raja adil rajah disembahRaja zalim raja disanggah

Atau,

Adat terhadap yang dituakan,Pertama pantang berbalik belakangKedua pantang bercakap temberangKetiga pantang dikebelakangkan,Keempat pantang direndahkanKelima pantang disia-siakanKeenam pantang dipermainkanKetujuh pantang dipermalukanKelapan pantang dilangkahkan

Justeru, seseorang pemimpin (raja atau pembesar atau ketua)memiliki kedaulatan kerana persetiaan tersebut seharusnya menj adi pagaryang menjaga, melindungi, mengawal, mempertahankan maruah, hargadiri, martabat pengikutnya. Begitulah sebaliknya sebagai pengikut dalamadat Melayu mewajibkan pengikutnya setia, mendukung dan membantusekuat dayanya untuk pemimpin. Penderhakaan terhadap pemimpin sejatimenjadi pantangan besar sehingga dianggap mencorengkan arang dimuka keluarga dan masyarakat. Sepertimana ungkapan adat dikatakan' Siapa durhaka kepada pemimpinnya, aibnya tidak terkira-kira' atau jugadikatakan 'Siapa menderhaka yang dirajakannya, di sanalah tempat diabinasa'.

Selain itu, seorang pemimpin diibaratkan oleh pemikir Melayuseumpama pohon yang memberi perlindungan kepada pengikutnya.

Page 8: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

162

Mana kala rakyat itu seumpama akar yang menyuburkan pohonnya.Pemerhatian dan penelitian masyarakatMelayu terhadap pertumbuhandan perkembangan sebatang pohon yang hidup subur tiada akan berdirijikalautiada keteguhan akamya. Kiasan dan metafora ini cukup jelasmemperkatakan tentang konsep kepemimpinan Melayu. Konsepkepemimpinan inijarangsekali terdapat dalam pemikiran budaya bukanMelayu-Islam (Hassan 1985). Maka dengan itu, sesebuahinstitusi atauNegara memerlukan pemimpin yang terdidik melalui konsep raja (disini bermaksud kerajaan) yang seumpama pohon, rakyat itu umpamaakar. Pohon tiada akan berdiri jikalau tiada akamya. Malah, konseppemimpin umpama pohon digarap melalui ungkapan Melayu yangberbunyi:

Bagaikan kayu (pohon) di tengah padang,Tempat beramu besar dan kecil,Rimbun daun tempat berteduh,Kuat dahannya tempat bergantung,Besar batang tempat bersandar,Kukuh uratnya (akarnya) tempat bersila.

UngkapanMelayu ini jelas menunjukkan pemimpinMelayuyangmelaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua masyarakat mahupunnegaraituhendaklah terdiridaripada merekayangberilmu, amanah, jujur,bersih dan bermoral tinggi. Apabila pemimpin itu berilmu maka sudahpasti mereka ini bijak menterjemahkan dalam membuatkeputusan danmempamerkan tingkahlakuyang adil dan saksama. Oleh itu, pemimpinadalahpelindung danpemimpinjuga adalahtempatrujukan sertatempatmenyelesaikan masalah. Pemimpin diberikan kuasa dan kepercayaanoleh pengikutnya kerana kebijaksanaannya dan ketinggian ilmunya. Iniditunjukkandalam ungkapanMelayuyang merujukpemimpin:

Tempat kusut diselesaikan,Tempat keruh dijernihkan,Tempat sengketa disudahkan.

Bagi memastikan pemimpin melaksanakan keadilan, kebenaran dankesaksamaan dalam menyelesaikan masalah, seseorang pemimpin ituharus memiliki ilmu. Melalui ilmu terpancarkebijaksanaannyameramaldanmenekakemungkinan-kemungkinan yang akanberlaku(futuristik).Bagimemastikan pemimpin itubijaksana danadilseharusnya pemimpinitu dipilih atas kehendak pengikutnya. Hal ini dapat ditunjukkan dalam

Page 9: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

163

pantun yang berbunyi:

Jika memilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Jika memilih pemimpin negeri,Pertama elok kedua pandai.

Pantun ini apabila dianalisis dengan teliti telah menunjukkanbahawa masyarakat Melayu tradisional menyatakan secara tersiratbetapa peri pentingnya pemilihan pemimpin yang bijak dan pandai.Umpama memilih tempat mandi antara teluk dan pantai, yang disarankandi dalam pantun pilihlah teluk yang berlekuk berbanding pantaiterbuka. Simboliknya masyarakat Melayu harus menjaga auratnyaserta memastikan sejauh mana sempurnanya proses membersihkandiri daripada kotoran luaran dan dalaman - maka begitu jugalah prosesmemilih pemimpin negeri, pengikut harus mengelakkan pendirian yangsempit atau perasaan yang sangat subjektif semasa membuat pemilihan.Ini juga adalah untuk memastikan pemimpin-pemimpin yang berwibawadan layak memimpin pengikut-pengikut atau memerintah negara. Secaralangsung, pantun ini juga telah menunjukkan adanya konsep demokrasidalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu. Makanya, pilihlah yangelok berbanding pandai kerana elok itu sendinya akhlak bertiangkansyariat, j ika dibandingkan dengan pemimpin yang hanya suka memandai-mandai.

Matlamat akhir seorang pemimpin di dalam masyarakat Melayuadalah memastikan kesejahteraan dan keamanan masyarakatnya tercapai.Sekiranya kezaliman yang ditegakkan masyarakatnya akan dalam porak-peranda dan kacau bilau akan berlaku. Bagi menangani permasalahanini pemimpin perlu mempunyai keupayaan yang menuntut kecerdasanemosi (emotionalintelligence)yang tinggi. Hasil analisis kami mendapatipemikir Melayu tradisional juga telah lama mementingkan kecerdasanemosi yang haras diterapkan dalam kalangan pemimpin Melayu agar tidakmembuat keputusan mengikut perasaan. Dengan kata lain, pemimpinberkebolehan menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaanmereka seharian. Menurut Mayer dan Salovey (1993), sekiranya tingkahlaku serta keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaanmaka hasilnya boleh dijangka dan lebih baik serta berkesan. Ini dapatditunjukkan dalam ungkapan Melayu yang berbunyi:

Hatinya terang fikiran cerdasIlmunya banyak pengetahuannya luasTahu menyemak hujan dan panas

Page 10: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

164

Tahu memilih antah dan beras

Tahu berlembut pandai berkerasNegeri makmur rakyat pun puas

Ungkapan Melayu ini telah menunjukkan bahawa pemimpinMelayu dahulu sudah lama mengamalkan danmenggalakkan pemimpin-pemimpinnya mempunyai kesedaran diri dalam melakukan tindakan.Pemimpin Melayu seharusnya tahu mengawal emosi terutama dalammembuat keputusan yang tepat danbijak dengan mengambil kiraperasaanpengikut-pengikutnya. Ini selari dengan dapatan kajian Shaharir (2010)yangtelahmenyenaraikan nilai-nilai unggul seorang pemimpin rumpunMelayu (lapan belas nilai). Salah sarunya ialah pemimpin itumempunyaijiwa yang tenang, sabar, bijaksanadan tidak lekas menggelabah. Selainitu,beliaujugamengatakan bahawa pemimpin unggul inijugamendapatkepercayaan daripada rakyatdan menjaga kepercayaan itu sebagai satutanggungjawab dan kehormatan serta yang lebih utama adalah dikasihidan mengasihi rakyatnya.

Hasil kajian ini telah membuktikan kepentingan pemimpindalam kehidupan manusia, kehidupan berbangsa dan bemegara malahbermasyarakat dan berumah tangga. Kepentingan pemimpin ini jugajelas ditunjukkan melalui usaha orang Melayu mengangkat martabatpemimpinnya, yanglazimdisebut orangyangdituakan olehmasyarakatatau kaumnya. Pemimpin diharapkan dapat membimbing, menjagadan menuntun masyarakat Melayu dalam erti yang lebih luas dapatmembangunkan modal insan.

Kepemimpinan Melayu dalam PembangunanModal Insan

Modal insan merupakan aset penting bagi sesebuah masyarakat,bangsa dan negara. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negaraadalahwarganya. Modal insan inilahyang merupakan aset yang bolehdisuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya sertadiperkayamodal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagimeningkatkan dayasaingdanproduktiviti negara. Makawajarlahsumbermanusiayangmenjaditunjangsesebuahnegaraitumempunyai kualitidankebolehan yang dapat meningkatkan harga diri modal insan itu sendiri.Melaluipantun danungkapanMelayusebagaiwadahdanwahanadalammelihat peranan kepimpinan dalam membangunkanmodal insan dalamkalangan masyarakat Melayupasukankamimelihatdarisegitigadimensi

Page 11: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

165

utama iaitu akal atau minda, rohani dan jasmaniModal insan ini adalahmerujuk kepada keupayaan manusia memaksimumkan kapasiti diridalam mencapai matlamat yang terbaik dalam segala aspek kehidupanberlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang didapati daripada ajaranIslam. Ini adalah kerana masyarakat Melayu di Malaysia telah dianggapsebagai masyarakat Melayu beragama Islam berdasarkan Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam,mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur bahasa Melayu.

Justera, masyarakat Melayu yang berada dalam persekitaran Islammempercayai bahawa alam dan segala kandungannya adalah dicipta olehAllah SWT. Justera, Allah telah memerintahkan kepada manusia yangdikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawalaini. Firman Allah SWT yang bermaksud "Perhatikanlah apa yang adadi langit dan di bumi..." Dengan kata lain manusia yang ada di duniaini telah diberikan akal. Akal ini akan berfungsi jika adanya ilmu. Olehitu, manusia itu sama ada seorang pemimpin atau pengikut hendaklahmemiliki ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam. Dengan demikian

dapat melaksanakan hak dan kewajipannya secara lebih mudah dan dapatmenyelesaikan masalah. Ini dapat ditunjukkan dalam ungkapan Melayuini menyatakan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan penguasaanilmu merapakan pemangkin dalam proses menyuburkan potensi modalinsan ke arah menghasilkan pemimpin dan pengikut-pengikut yangberkebolehan dan berkemahiran:

Ilmu dunia ilmu akhirat

Ilmu tersurat ilmu tersirat

Ilmu dipakai membawa manfaatIlmu disemak membawa berkat

Ilmu dikaji membawa rahmatIlmu dipegang hidup selamat

Bergura pada yang pandaiMenuntut pada yang patutMencontoh pada yang senonohMeniru pada yang sejujurMeneladan pada yang patut

Cerdiknya mengurang dengan lidahCerdik mengikat dengan adatCerdik menyemak dengan syarak

Page 12: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

166

Selainitu, ungkapanMelayujuga telah dapatmenunjukkanbahawamanusia yang disifatkan yang paling sempurna dan lengkap (ahsanitaqwin) penciptaannya, diberi amanah mengurus dunia ini sehinggadiangkat martabatnya menjadi pemimpin atau khalifah. Lantaranitu, manusia diberi tanggungjawab untuk mengurus pekerjaannya,keluarganya, bangsanya dan negaranya. Justera, sudah pasti pengikutmemerlukanilmu dantunjuk ajar (kemahiran)bagimemudahkanmerekamenguraskannya. Pemimpin Melayu diamanahkan untuk memastikanmatlamat untuk menyediakan modal insan yang bertakwa dan unggul.Ini dapat ditunjukkan melalui tiga rangkap pantun di bawah:

Wahai anakanda tumpuan nyawa,Terhadap pemimpin engkau percaya;Amanahnya jangan disia-sia,Supaya hidupmu tidak teraniaya.

Wahai anakanda mustika hati,Terhadap pemimpin luruskan hati;Tunjuk ajarnya engkau turuti,Supaya selamat hidup dan mati.

Wahai anakanda tambatan kasih,Terhadap pemimpin bemiat bersih;Amanahnya dijadikan amalan soleh,Supaya hidupmu tidak tersisih.

Melalui kajian ini juga kami mendapati pemimpin dan pengikutnyayang semakin banyak ilmu semakin subur mindanya. Malah, semakinsubur mindanya semakin dekat dirinya dengan Penciptanya. Pemimpinini mempunyai sifat-sifat 'mahmudah' seperti menyantuni manusia,bertimbang rasa, ikhlas, jujur dan segala macam penampilan integritiyang lain. Pemimpin ini lahir batinnya memancarkan keimanan danakhlak terpuji dan melakukan amalan secara berkesinambungan.

Ialah pemimpin Muslim sejatiImannya tinggi mulia pekerti

Ilmunya banyak dan rendah hatiKepada rakyat ia bersebatiMenjalankan tugas sepenuh hatiBertanggungjawab hidup dan matiDijadikan pemimpin bertuah negeriSebarang kerjanya Allah berkati

Page 13: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

167

Apabila pemimpin orangnya berimanNegeri sentosa rakyat pun aman

Contoh ungkapan Melayu di atas menunjukkan penguasaan ilmupengetahuan yangbertunjangkan rohanidapatmembawa pemimpin danpengikutnyamencapaikecemerlangan dalamkehidupanmerekadenganterpancamya akhlak yang utuh dari kekuatan akidah dan penghayatansyariat. Ia merapakan pelengkap kepada apa yang diimani, dihayati,diamalkan dan seterusnya menjadi sebati dalam diri dan jiwa tanpaada pihak yang memaksa untuk menjayakannya. Proses pendidikanyang bersepadu yang tidak memisahkan pendidikan agama akan dapatmelahirkan pemimpin dan pengikut yang berintegriti dan beretika tinggi.MasyarakatMelayutradisionalsememangnyategas dalammembicarakanperkara ini seiring dengan misi penting perutusan Rasulullah SAW.Sepertisabdanya,".. .tidak aku diutusmelainkanuntuk menyempurnakanakhlak yang baik..." dan bukan sebaliknya. Ungkapan Melayu inimemperlihatkan pemimpin hasad yang amat dibenci kerana hatinyayang penuh hasad dengki dan penuh iri berserta keji. Contoh ungkapanMelayu berbunyi:

Menjadi pemimpin hatinya hasadFikiran burak akalnya sesat

Bekerja tidak berlurus niatHidup mendengki serta khianatIri mengiri ke laut ke daratRosaklah negeri binasa umat

Dijadikan pemimpin membawa laknatDijadikan tua membawa mudaratDijadikan induk membawa maksiatDijadikan tiang celaka dekatDijadikan tudung menimpa umatMemimpin negeri dunia kiamat

Oleh itu, orang tua-tua mengatakan pemimpin dan pengikut yangada hasad akan membawa celaka dunia akhirat. Pemimpin dan pengikutyang mempunyai ciri-ciri hasad dengki, khianat, derhaka kepada ibu bapadan pemerintah dianggap berakhlak 'mazmumah'. Sifat yang negatif iniperlulah dijauhkan kerana ia akan menjadi racun yang membunuh dankeji, menjauhkan manusia dari Allah SWT dan menjerumuskan manusiake perangkap syaitan. Mereka ini dianggap pemimpin mungkar yang amat

Page 14: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

168

dibenci olehorangMelayu (Tenas Effendy 2000)danakanmenyebabkansesebuah masyarakat, bangsa dan negara musnah dan binasa:

Menjadi pemimpin ianya mungkarJanji dan sumpah ianya langgar

Ke sana mengugut ke mari mencabarKe laut menganiaya ke darat menampar

Di dalam hatinya iblis berakarKerja menanyalah tak ada yang benarTuah hilang namapun cemar

Dijadikan pemimpin balanya besarDijadikan tua orang mencabarDijadikan induk orang menengkarMemimpin negeri pasti bertengkar

Oleh itu, akhlak seseorang pemimpin dan pengikut merupakansebahagian daripadaasasuntukmelahirkanmodal insanyangberkualiti.Nilai akal melambangkan keperibadian dan tatasusila sesuatu bangsaumat manusiadalam sesebuah peradaban. Kajian terhadap pantun danungkapanMelayuini telahmenunjukkankepentinganunsurakhlakdalamMelayu-Islam sehingga iamenjadiobjektifutamadalammembangunkanmodal insan. Nilai-nilai kerohanian ini yang akan memandu manusiadalam segala aktiviti dan tindakannya.

Selain itu, dimensi jasmani juga memainkan peranan pentingdalam menentukan pembangunan modal insan di sesebuah institusi atauorganisasi ataunegara. Bagimemastikan pemimpin danpengikutdapatmelaksanakantugas denganbaikdanmenjadimodal insanyang bernilaitinggimemerlukan manusiayangmempunyai kesihatan danbadanyangsihat. Ini adalahkeranamanusia yang sihat dan cergasakan memberikanrangsanganideayangbemasketikaberfikirdanmemberipendapatsepertiungkapan Melayu di bawah:

Dalam memimpin lakunya cergasBerfikir cepat bekerja tangkasHatinya lapang fikiran luasMenghadapi masalah tiada cemasMenunaikan tugas pantang bermalasMenunaikan janji ianya kemas

Page 15: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

169

Dijadikan pemimpin rakyat 'kan puasDijadikan tua lapanglah nafasDijadikan induk tidak terpapasSayapnya panj ang terbangnya bebas

Ungkapan Melayu di atas menunjukkan bahawa pemimpin yangmempunyai kekuatan fizikal mempunyai kemampuan untuk bekerja danmengatasi permasalahan secara cepat. Selain itu, di dalam masyarakatMelayu tradisi, pemimpin yang dipilih biasanya orang tua. Tua inimerujuk kepada umur seseorang. Orang Melayu menganggap seorangketua lazimnya seorang yang berumur, banyak pengalaman dan telahmelalui asam garam kehidupan.

Adat rumah ada tuanyaAdat kampung ada penghulunyaAdat ke negeri ada rajanya

Tua disebut membawa tuah

Tua tidak tersia-sia

Tua ada tunjuk ajarTua umur tua pengalamanTua tempat minta petua

Rumusan

Pantun dan ungkapan Melayu adalah satu hasil nukilan ikhlasmasyarakatnya yang secara langsung menggambarkan kebudayaanMelayu yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan falsafah bangsanya.Dua khazanah Melayu yang dikaji ini kaya dengan himpunan nilai rasaorang Melayu yang diucapkan secara tersirat tetapi ringkas dan padatdari segi maksudnya. Keringkasan dan kepadatan maksud pantun danungkapan Melayu ini memperlihatkan keperibadian orang Melayu yanghalus tutur katanya, beradab, tertib dan beradat. Oleh itu, dalam kajianini mendapati pemimpin Melayu begitu rapat dengan adat yang menjagaadab orang Melayu sehuigga memancarkan keperibadian orang Melayuyang sentiasa menjaga harga diri dan seterasnya memiliki kekuatan diriyang membentuk jati diri Melayu. Kajian ini menunjukkan pemimpinMelayu menjadi contoh teladan yang selalu diidam-idamkan dan menjadisebutan ramai orang. Justeru, kepemimpinan Melayu mempunyaikarekteristiknya yang tersendiri dalam membangunkan modal insanyang mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan. Melalui kajian ini

Page 16: Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan

170

juga telah menunjukkan orang-orang Melayu telah lama menjadikanilmu sebagai budaya kehidupan bagi memastikan generasi mudamenjadi sumber tenaga manusia yang berkebolehan, berakhlak muliadan menyepadukan kepentingan jasmaniah bagi melahirkan pemimpinunggul dalam kalangan masyarakat Melayu. Pantun dan ungkapanMelayu telah menjadi wadah dan wahana ke arah pembangunan modalinsan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rujukan

Hasan Ayub. 1985. Al-Suluk al-Ijtima'iy al-Islam. Kuwait: Dar al-Buhuth al-Ilmiyah.

Mayer, J.D. dan Salovey, P. (1993). The intelligence of emotionalintelligence. Intelligence 17(4): 433-442.

Mohd Roslan dan Ahmad Zaki Berahim. 2010. Pembangunan Modal Insandan Tamadun dari PerspektifIslam. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nordin Selat. 1983. Anatomi kepimpinan Melayu. Petaling Jaya: InsularPublishing House.

Shaharir Mohamad Zain. 2010. Pembinaan Semula TeoriKepemimpinan danKepengurusan Rumpun Melayu. Kuala Terengganu: Universiti MalaysiaTerengganu.

Sugiarto. 1993. Kamus Indonesia-Daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.Tenas Effendy. 2000. Pemimpin dalam ungkapan Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Pustaka.

Tenas Effendy. 2005. Tunjuk Ajar Berkaitan dengan Kepimpinan. LembagaAdat Melayu Riau. Telindo Publishing.

Tryson, D.T. (ed.). 1994. Comparative Austronesian Dictionary. New York:Mouton de Gruyter.