pantun

8
KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142 3.0 KEBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT MELAYU 3.1 Definisi Pantun Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris- baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan “air muka” dan adab sopan 1

Upload: anna-ahmad

Post on 31-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kebudayaan melayu

TRANSCRIPT

Page 1: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

3.0 KEBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT MELAYU

3.1 Definisi Pantun

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada

dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama

dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun

lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada

kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu

bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang

bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud,

dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat

ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat

tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan

rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam,

yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan

perasaan. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan

irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan

yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Masyarakat

Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang

mementingkan “air muka” dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat

kritik sosial yang amat berkesan. Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial

mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu

yang tidak mungkin ditelan zaman.

Sesunggunhnya jelaslah bahawa pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli

dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam

Melayu. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan

secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan

dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta

lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.

1

Page 2: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

3.2 Definisi Pantun Budi

Terang bulan terang di paya ,

Anak kambing memakan rumput ,

Jika tak kenang kepada saya ,

Nama yang baik tidak tersebut.

Maksud : Pantun ini disampaikan bahawa jasa dan kebaikan seseorang itu wajar

dikenang dan disebut

Anak merak mati tersangkut ,

Mati dipanah Seri Rama ,

Resam di dunia juga disebut ,

Orang yang mati meninggalkan nama.

Maksud : Telah menjadi fitrah manusia bahawa jasa dan kebaikan seseorang itu

tetap akan disanjung walaupun dia telah meninggal dunia.

Anak itik berenang-renang ,

Air pasang tenang-tenangan ,

Budi yang sikit bilakan hilang ,

Itu menjadi kenang-kenangan .

Maksud : Walaupun tidak banyak budi dan kebaikan yang dilakukan, namun budi

yang sedikit itu tetap akan dikenang dan menjadi sebutan.

Anak ikan berlima-lima ,

Mati ditimpa punggur berdaun,

Kasih tuan saya terima,

Sebagai hutang seribu tahun.

2

Page 3: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

Maksud : Seseorang yang mengasihi yang lain , apabila kasihnya diterima

hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Maksud : Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan

sentiasa mengenangnya sepanjang masa

Ambil galah jolok ramunia,

Kait mari sampai berdiri,

Kita hidup atas dunia,

Buat baik taburkan budi.

Maksud : Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak

menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang

sesudah mati.

Ambilkan saya buah delima,

Masak sebiji di balik daun,

Budi tuan saya terima,

Jadi kenangan bertahun-tahun.

Maksud : Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak

menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang

sesudah mati.

Anak dara berkain cukin,

Dari daik bulan puasa,

3

Page 4: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

Tidak kira kaya miskin,

Asalkan baik budi bahasa.

Maksud : Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu

kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang

3.3 Kepentingan Pantun Budi

3.3.1 Nasihat

Pantun budi bertujuan memberi nasihat secara halus berkaitan dengan kebaikan

dan budi. Budi menjadi kepentingan utama dalam masyarakat. Segala kebaikan dan

jasa perlu disanjung dan dikenang.  Emas dan harta masih boleh dibayar tetapi budi

akan terpahat dalam hati dan lama dikenang.  Pantun ini memberi signifikan kepada

masyarakat untuk sentiasa memberi pertolongan dan bantuan bagi mereka yang

mampu. Budi dan kebaikan itu pula harus lama dikenang dan tidak mudah

dilupakan.

3.3.2 Pengajaran

Pantun ini membawa unsur dedaktif yang penting kepada masyarakat agar

mengamalkan kebaikan dan ketulusan dalam perbuatan.  Mereka yang lemah dan

memerlukan perlu diberi bantuan dan tidak harus dibiarkan. Sebagaimana kata perib

ahasa Melayu “hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah” pantun ini

membawa mesej kebersamaan dan setiakawan sepanjang masa. Hidup

bermasyarakat tidak harus mengutamakan diri sendiri sebaliknya sentiasa

mengambil peduli permasalah dan kesusahan orang lain.  Sikap kepentingan diri,

sombong dan angkuh ditolak masyarakat. Budaya bantu membantu, tolong

menolong dan bekerjasama menjadi falsafah dalam pengajaran pantun tersebut.

Oleh itu, masyarakat harus berpadu dan kental pada amalan Seterusnya pantun

tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong orang lain

atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan

4

Page 5: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

andai seseorang itu memahami maksud pantun di atas. Malah ia juga akan

mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia

akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal dunia.

3.3.3 Citra masyarakat

Sastera adalah cermin masyarakat. Sesebuah karya sastera tidak akan terlepas dari

membawa warna dan suara masyarakat. Pantun budi dapat membina kefahaman

kepada kita berkaitan dengan citra masyarakat.  Citra amalan berbudi dapat dilihat

dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya tolong

menolong sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung

antara satu sama lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong individu

supaya perihatin akan kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka. Budi

dianggap sebagai teratas dalam kepentingan masyarakat.  Citra ini jelas dipapar

pada ungkapan :

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang  juga

Dalam masyarakat Melayu, tidak ada garis pemisah antara budi, bakti dan kebaikan

yang ditumpahkan. Ia sebaliknya akan lama dikenang hingga ke akhir hayat. 

Banyak perkara terbatas oleh kematian tetapi budi akan tetap dikenang dan menjadi

ingatan sepanjang masa. Citra ini menjelaskan keutamaan budi mengatasi yang lain.

Ia menjadi keutamaan dan tidak dipermudahkan kerana budi adalah teratas dalam

segala urusan hidup manusia.

3.3.4 Motivasi supaya berkelakuan baik.

Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang

lain. Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai jasa orang

lain. Malah balasan orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal

dunia. Bagi mereka yang menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain

pada waktu yang sesuai. Budi dan kebaikan tidak ada penghujungnya dan ia harus

5

Page 6: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

diamalkan kerana mereka yang berjasa dan berbakti akan mendapat sanjungan dan

perhatian masyarakat. Pantun ini menjadi pendorong kepada ahli masyarakat untuk

berbuat kebaikan dan menolak kelakuan buruk dan merugikan.

3.3.5 Kesopanan dan kesantunan

Menerusi gaya bahasa yang lembut dan penuh imeja alam, ia memberi gambaran

kepentingan kesantunan dan kesopanan dalam kehidupan.  Suatu yang baik atau

nasihat berguna disampaikan dengan bahasa yang sederhana tetapi berkesan.  Ia

menterjemahkan keluruhan budi masyarakat Melayu yang mengambil banyak

pertimbangan dalam menyampaikan hikmah dan nasihat. Dalam mengekalkan hidup

masyarakat yang sentiasa melakukan kebaikan, mengutamakan keperluan

masyarakat, berhemah mulia dalam menyampaikan nasihat, dan ketinggian bahasa

seninya pantun ini muncul dengan gaya bahasa pantun yang menarik dan berkesan.

Natijahnya adalah supaya pesan dan pengajaran dalam puisi dapat diterima dengan

terbuka dan diamalkan setepatnya.  Bahasa pantun ini memainkan peranan

melahirkan kesedaran, pujukan, peringatan yang sederhana dan tidak memaksa,

agar masyarakat mengengenang budi dan berjasa.

3.3.6 Prihatin

Pantun budi secara halusnya mengangkat keprihatinan masyarakat ke tahap terbaik.

Amalan kepentingan diri, sombong, dan bermegah suatu yang boleh merosakkan

hubungan intim antara ahli masyatakat Pengikat segala hubungan mesra dan

hormat menghormati ini adalah keluhuran dan keikhlasan rasa prihatin sesama ahli

masyarakat. Nilai prihatin ini dikaitkan di antara  budi dan kematian.  Kematian

hanya menghancurkan jasad dan fizikal tetapi tidak lagsung menanggalkan kebaikan

dan budi seseorang. Malah kematian menjadi kemuncak apabila kebaikan dan

kemuliaan nilai budi dianggap berterusan dan dikenang sepanjang masa.  Prihatin

masyarakat begitu tinggi terhadap mereka yang berjasa. Ia tidak boleh dilupakan

dengan mudah walaupun oleh batas kematian.

6

Page 7: pantun

KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3142

Nilai prihatin ini juga disebarkan sebagai amalan bersama dalam hidup

bermasyarakat. Ia berkait dengan falsafah Melayu “harimau mati meninggalkan

belang, manusia mati meninggalkan nama” Nama yang dimaksudkan adalah budi,

kebaikan, dan pekerti mulia seseorang itu. Ia memberi impak kepada masyarakat

agar tidak lupa diri dan mementingkan hidup bersama dan bertimbang rasa.

4.0 TASAWUR DAN KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

4.1

7