pantun

5
PANTUN Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian dan kebudayaan sendiri. Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan.

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 22-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pantun

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun

PANTUN

Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman

berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu

membaca dan menulis lagi. Pantun merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas

dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan

untuk menyampaikan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di

samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-

suka. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat

menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian dan kebudayaan

sendiri.

Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris

serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan

pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan

rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap

tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan.

Page 2: Pantun

2.1 Pantun Budi Bahasa

Lubuk emas di Tanjung Jagar,

Singgah sekali membawa peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Burung Bayan Burung Kedidi,

Dibawa lari ke dalam sarang;

Kalau tuan pandai berbudi,

Sampai mati dikenang orang.

Buah pauh buah rambutan,

Jatuh sebiji atas jambatan;

Indah sungguh budimu tuan,

Dalam hati jadi sanjungan.

Bintang dilangit cahayanya terang,

Terang memancar dari angkasa;

Bukan ringgit dipandang orang,

Orang memandang budi bahasa.

Page 3: Pantun

2.2 Pantun Alam Sekitar

Pergi ke denai bersama teman,

Pasir Putih jadi tumpuan;

Menjaga sungai jadikan amalan;

Agar bersih tiada pencemaran.

Makan ulam pucuk pegaga,

Minum air kelapa sagu;

Andai alam tidak dijaga,

Kesihatan kita akan terganggu.

Bunga kekwa tumbuh melata,

Tumbuh melata di tanah datar;

Sampah jangan dibuang merata,

Agar alam tidak tercemar

Dari pulau ke Tanjung Bidara,

Berpakaian indah ayu menawan;

Bumi hijau harus dipelihara,

Anugerah terindah ciptaan tuhan.

Page 4: Pantun

2.3. Pantun Kasih Sayang

Hilang sepi di raut wajah,

Usah terlerai nilainya budi;

Setia janji tak akan berubah,

Kasih tersemai tetap abadi.

Keruh muara di tasik madu,

Malam berhiba silih berganti;

Merdu suara berputik rindu,

Menganyam cinta di tasik hati.

Dari jauh datang bertandang,

Ke Pantai Cenang airnya biru;

Orang jauh jangan dikenang,

Kalau dikenang pasti merindu.

Bayang mentari membelah bukit,

Bukit Harapan diberi nama;

Kasih sayang bukan sedikit,

Jadi ingatan selama-lama.