pantun

3
PANTUN Pantun budi bahasa Tumbuh lalang di tepi padi, Dibuai angin melayang-layang, Manusia sekarang tidak berbudi, Kerana wang bahasa dibuang, Si tua keldai berjalan ketar Di tepi lombong di simpang tiga, Walaupun pandai otaknya pintar, Kalau menyombong tak guna juga, Sungguh indah langit membiru, cuacanya redup tiada panas, Jangan diendah budaya bercelaru, Barulah hidup sentiasa bernas, Burung bangau kakinya panjang, Walaupun tinggi sangat berguna, Manusia berbudi selalu dikenang,

Upload: orizuka-onichi

Post on 11-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

gfddhgfjhg

TRANSCRIPT

PANTUN

Pantun budi bahasa

Tumbuh lalang di tepi padi,Dibuai angin melayang-layang,Manusia sekarang tidak berbudi,Kerana wang bahasa dibuang,

Si tua keldai berjalan ketarDi tepi lombong di simpang tiga,Walaupun pandai otaknya pintar,Kalau menyombong tak guna juga,

Sungguh indah langit membiru,cuacanya redup tiada panas,Jangan diendah budaya bercelaru,Barulah hidup sentiasa bernas,

Burung bangau kakinya panjang,Walaupun tinggi sangat berguna,Manusia berbudi selalu dikenang,Manusia durjana selalu dihina,

Menanam anggur di dalam hutan,Sering dicuri tupai yang jahat,Bercakap jujur menjadi tuntutan,Peribadi mulia pasti terlihat,

Tanah tinggi udara sejuk,Tempat bertapa si mahaguru,Ajaran agama menjadi petunjuk,Supaya hidup tidak keliru,

Memetik bunga di dalam taman,Diberi pada pujaan hati,Pemimpin berbudi negara aman,Rakyat jelata pasti menghormati,