pantun

3
kan Pari Ikan Bawal Dua jenis ikan laut Lahir Nabi bulan Rabiulawal Dengan kepimpinannya hati terpaut Ikan Bawal masak kari Makan malam bersama keluarga Berselawat kita setiap hari Dapat syafaat mudahlah ke syurga Air laut biasanya dalam Hidup ikan berbagai jenis Ikut jemaah menguatkan Islam Bila berjuang terasa manis Bulan Islam ada dua belas Bulan Rabiulawal bulan ketiga Dalam berjuang mestilah ikhlas Terbuka luas pintu syurga Warga emas makan kanji Mudah bila berbuka puasa Pemimpin sekulat suka berjanji Membela rakyat sebelum berkuasa Cincin emas cincin suasa Boleh dibeli di kedai emas Berlaku zalim bila berkuasa Di Laut Merah Firaun lemas Isi rambutan dalam guni Bawa ke pasar untuk dijual Mari wujudkan masyarakat madani Baru kos hidup tak mahal Satu, dua, tiga empat Kedengaran suara dari Pasti Berselawatlah dimana-mana tempat Perjuangan nabi tetap dihayati

Upload: muhammad-hazwan

Post on 21-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pantun

TRANSCRIPT

Page 1: pantun

kan Pari Ikan BawalDua jenis ikan lautLahir Nabi bulan RabiulawalDengan kepimpinannya hati terpaut

Ikan Bawal masak kariMakan malam bersama keluargaBerselawat kita setiap hariDapat syafaat mudahlah ke syurga

Air laut biasanya dalamHidup ikan berbagai jenisIkut jemaah menguatkan IslamBila berjuang terasa manis

Bulan Islam ada dua belasBulan Rabiulawal bulan ketigaDalam berjuang mestilah ikhlasTerbuka luas pintu syurga

Warga emas makan kanjiMudah bila berbuka puasaPemimpin sekulat suka berjanjiMembela rakyat sebelum berkuasa

Cincin emas cincin suasaBoleh dibeli di kedai emasBerlaku zalim bila berkuasaDi Laut Merah Firaun lemas

Isi rambutan dalam guniBawa ke pasar untuk dijualMari wujudkan masyarakat madaniBaru kos hidup tak mahal

Satu, dua, tiga empatKedengaran suara dari PastiBerselawatlah dimana-mana tempatPerjuangan nabi tetap dihayati

.Dari kemasul pergi ke Pekan,Singgah berhenti beli kelubi;Maulidur rasul kita raikan,Sempena mengingati kelahiran nabi.

Page 2: pantun

2. Singgah berhenti beli kelubi,Hampir bermalam di rumah penakan;Sempena mengingati kelahiran nabi,Selawat dan salam kita alunkan.

3. Hampir bermalam di rumah penakan,Menjamu hidangan siakap halia;Selawat dan salam kita alunkan,Kepada junjungan pembawa cahaya.

4. Menjamu hidangan siakap halia;Manis rasanya dibuang jangan;Kepada Junjungan pembawa cahaya,Al quran dan sunnahnya jadikan pegangan.

5. Penat rasanya mencari berangan,Dari Kuantan pergi ke Tioman;Al quran dan sunnahnya jadikan pegangan,Itulah ikutan sepanjang zaman.

6. Buah perah jatuh berguguran,Makan berebut helang berterbangan;Langit cerah bintang bertaburan,Tatkala menyambut kelahiran Junjungan.

7. Kayu dibelah di tepi paya,Sampai di Baruh gelap gelita;Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,menerangi seluruh alam semesta.

8. Sampai di Baruh gelap gelita,Suram cahayanya di rumah bonda;Menerangi seluruh alam semesta,Dengan berkatnya kelahiran baginda.

9. Bakar jerami tepi beranda,Akar kesum dicabut dialihUlul Azmi gelaran baginda,Rasul maksum lagi terpilih.

10. Akar kesum dicabut dialih,Seinci halia diricis dibelah;Rasul yang maksum lagi terpilih,itulah dia kekasih Allah.