panduan pentadbiran pentaksiran alternatif sekolah …

34
PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017

Page 2: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

2

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 DASAR PENTADBIRAN PASR 3

2.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN 10

3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON 18

4.0 PENGHANTARAN SKOR 21

5.0 PENTADBIRAN KES SALAH LAKU 23

CARTA ALIR PENGURUSAN SJP DAN SKOR CALON 25

GLOSARI 27

LAMPIRAN 28

Page 3: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

3

1.0

Page 4: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

4

1.0 DASAR PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

11.1 Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) yang merupakan pelengkap (compliment) kepada

Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu pencapaian murid dalam sesuatu mata

pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat penguasaan dan

keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga

Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran

yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.

1.1.2 Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) adalah komponen PP di

peringkat sekolah rendah bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang

mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR

PK) Masalah Pembelajaran.

1.2 FORMAT PENTAKSIRAN

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

1. Jenis

Instrumen

Instrumen Bersepadu Instrumen Bersepadu

2. Jenis Item i. Respons Terhad

ii. Respons Terbuka

i. Respons Terhad

ii. Respons Terbuka

3. Bilangan

Tugasan

1 Tugasan 1 Tugasan

4. Tempoh

Tugasan

8 Minggu 4 Minggu

5. Konstruk Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu)

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Menulis

Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris)

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Menulis

Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Numerasi (Matematik)

Kemahiran Asas Matematik

Kemahiran Aplikasi Matematik

Kemahiran Asas Sains

Pengetahuan dan Kefahaman

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Aplikasi Sains

Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Hidup Asas

Pengetahuan dan Kefahaman

Kemahiran Aplikasi

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Nilai Murni

Amalan Nilai Positif Bermasyarakat seperti

hormat-menghormati, toleransi, kerjasama dan

tolong-menolong

Nilai Murni

Amalan Nilai Positif Kendiri seperti kemas, berdikari

dan beradab

6. Kaedah

Penskoran

i. Analitik

ii. Holistik

i. Analitik

ii. Holistik

7. Pelaksanaan i. Waktu PdP

ii. Individu/Berkumpulan

i. Waktu PdP

ii. Individu/Berkumpulan

8. Cakupan

Konteks

Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah

Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Melayu,

Matematik dan Kemahiran Hidup Asas

Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah

Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Inggeris,

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

9. Bentuk

Pelaporan

Pelaporan berdasarkan konstruk dan tahap kompetensi

Page 5: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

5

1.3 CALON PASR

1.3.1 Calon Sekolah

a) Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada dalam Program Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI) atau MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa di sekolah

kerajaan/sekolah bantuan kerajaan/sekolah swasta; dan

b) mengikuti KSSR PK Masalah Pembelajaran Tahap 2; dan

c) berada pada tahun akhir persekolahan; dan

d) berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran; dan

e) mempunyai pengesahan pegawai perubatan hospital Kerajaan/hospital swasta/kad

OKU.

1.3.2 Calon yang mendaftar untuk menduduki PASR tidak boleh mendaftar untuk menduduki UPSR.

1.4 INSTRUMEN PASR

1.4.1 Instrumen ProKhas 1

1.4.2 Instrumen ProKhas 2

Instrumen ProKhas 1

Kod Mata Pelajaran

041 Kemahiran Hidup Asas (Penternakan), Bahasa Melayu, Matematik

042 Kemahiran Hidup Asas (Jahitan), Bahasa Melayu, Matematik

043 Kemahiran Hidup Asas (Masakan), Bahasa Melayu, Matematik

044 Kemahiran Hidup Asas (Perkebunan), Bahasa Melayu, Matematik

Instrumen ProKhas 2

Kod Mata Pelajaran

045 Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Page 6: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

6

1.5 PERSONEL

1.5.1 Personel Pentadbiran

Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan instrumen

pentaksiran dan pentadbiran PASR.

Personel Pentadbiran Singkatan

Guru Besar GB

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas

GPKPKhas

Guru Lantikan Guru Besar GLGB

Setiausaha Peperiksaan SuP

Guru Kelas GK

1.5.2 Personel Pentaksiran

Personel Pentaksiran bertanggungjawab menguruskan penskoran,

moderasi penskoran dan verifikasi skor.

Personel Pentaksiran Singkatan

Ketua Pentaksir Kebangsaan KPK

Ketua Pentaksir Negeri

KPN

Ketua Pentaksir Kawasan

KPKw

Ketua Pentaksir Sekolah

KPS

Ketua Pentaksir

KP

Pentaksir Pentaksir

1.6 PENGURUSAN ARAHAN KESELAMATAN

1.6.1 KPK dan KPN adalah lantikan oleh LP. Pelantikan KPK dan KPN adalah

sah untuk tahun semasa sahaja. Surat pelantikan dikeluarkan pada setiap

tahun.

1.6.2 KPKw adalah lantikan oleh JPN. Pelantikan KPKw adalah sah untuk tahun

semasa sahaja. Surat pelantikan dikeluarkan pada setiap tahun.

1.6.3 KPS adalah lantikan berasaskan penyandang jawatan GB.

1.6.4 KP adalah lantikan oleh GB. KP adalah Guru Penolong Kanan Pendidikan

Khas (GPK Khas)/Penyelaras Pendidikan Khas (PP Khas). Sekiranya

sekolah tidak mempunyai GPK Khas/PP Khas, GB boleh melantik mana-

mana guru yang sesuai sebagai KP. Pelantikan KP adalah sah untuk tahun

semasa sahaja. Surat pelantikan dikeluarkan pada setiap tahun.

Page 7: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

7

1.6.5 Pentaksir adalah lantikan oleh GB. Pentaksir adalah Guru Mata Pelajaran

Program Pendidikan Khas Integrasi. Pelantikan Pentaksir adalah sah untuk

tahun semasa sahaja. Surat pelantikan dikeluarkan pada setiap tahun.

1.6.6 Semua personel pentaksiran yang dilantik hendaklah menandatangani Akta

Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D Akta 88) sebagai perakuan

bertanggungjawab menjaga kerahsiaan instrumen pentaksiran, panduan

penskoran dan skor calon. Rujukan: Lampiran 1.

1.6.7 Akta Rahsia Rasmi 1972 perlu ditandatangani sekali sahaja dalam tahun

semasa dan disimpan oleh GB sehingga enam bulan dari tarikh

pengeluaran pelaporan PASR.

1.7 PENGURUSAN KES KHAS

Calon yang tidak dapat menduduki PASR pada tarikh yang ditetapkan sebab

sakit/sakit berpanjangan/kemalangan/berada di luar negara kerana mewakili

negara dalam pertandingan/penyertaan yang diiktiraf oleh negara/kes-kes lain

yang diputuskan munasabah oleh Pengarah Peperiksaan, boleh menduduki

atau menjalankan PASR selagi tempoh pentaksiran belum tamat.

1.7.1 Sakit/sakit berpanjangan – calon tidak berada di hospital:

GB hendaklah memastikan calon:

a) menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah; dan

b) mengemukakan surat pengesahan doktor sebagai bukti sakit.

1.7.2 Sakit/sakit berpanjangan – calon berada di hospital sehingga

tarikh/hari terakhir pentaksiran:

GB hendaklah memastikan calon:

a) menduduki/menjalani pentaksiran di hospital; dan

b) mengemukakan surat pengesahan doktor sebagai bukti sakit/berada di wad hospital

sehingga tarikh/hari terakhir pentaksiran.

i. Jika calon berada di wad hospital berhampiran sekolah

Tindakan GB:

a) memaklumkan kepada PPD dan JPN; dan

b) menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir dan instrumen kepada

calon.

Page 8: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

8

ii. Jika calon berada di hospital yang jauh tetapi masih dalam negeri

yang sama:

Tindakan GB:

memaklumkan kepada PPD dan JPN

Tindakan JPN:

menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir dan instrumen

kepada calon.

iii. Jika calon berada di hospital di negeri yang berlainan

Tindakan GB:

memaklumkan kepada PPD dan JPN

Tindakan JPN (Asal)

memaklumkan kepada JPN baharu

Tindakan JPN (Baharu)

menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir dan instrumen

kepada calon.

1.7.3 Calon Mewakili Negara (Pertandingan/Penyertaan):

GB hendaklah memastikan calon:

a) menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah; dan

b) mengemukakan surat pengesahan penganjur sebagai bukti calon mewakili negara

pada tarikh/hari pentaksiran berlangsung.

1.7.4 Calon Kemalangan

GB hendaklah memastikan calon:

a) menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah/hospital;

b) calon yang menjalani pentaksiran di hospital hendaklah diurus seperti syarat 1.7.2 (i),

1.7.2 (ii) atau 1.7.2 (iii) (mana-mana yang berkenaan); dan

c) mengemukakan surat pengesahan daripada pihak berkuasa sebagai bukti calon

mengalami kemalangan pada tarikh/hari pentaksiran berlangsung.

Page 9: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

9

1.7.5 Kes-kes Lain

GB hendaklah memastikan calon:

a) menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah/hospital;

b) calon yang menjalani pentaksiran di hospital hendaklah diurus seperti syarat 1.7.2 (i),

1.7.2 (ii) atau 1.7.2 (iii) (mana-mana yang berkenaan); dan

c) mendapat kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan

Page 10: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

10

2.0

Page 11: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

11

2.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

2.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP)

2.1.1 Dokumen

a) Menyediakan dokumen berikut:

i. Panduan Pentadbiran

ii. Panduan Penjaminan Kualiti

iii. Jadual Kerja

b) Memuat naik dokumen di portal LP: http://lp.moe.gov.my

c) Memaklumkan kepada JPN melalui surat siaran tentang muat turun dokumen

pentaksiran.

2.1.2 Instrumen

a) Menyediakan instrumen pentaksiran berikut:

i. Instrumen tugasan

ii. Arahan Penilaian Akhir (APA)

iii. Panduan penskoran

b) Memuat naik dokumen di portal LP: http://lp.moe.gov.my

c) Memaklumkan kepada sekolah kata laluan untuk muat turun instrumen.

2.1.3 Pelantikan

a) Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK).

b) Melantik Ketua Pentaksir Negeri (KPN).

c) Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau

pelaksanaan PASR bagi menjamin pentaksiran dijalankan mengikut tempoh dan

prosedur yang ditetapkan.

2.1.4 Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

Peringkat Kebangsaan

a) Menjalankan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran ProKhas

1 dan ProKhas 2 bersama KPK dan KPN.

2.1.4 Pemantauan

a) Menjalankan pemantauan pelaksanaan PASR

b) Menyediakan laporan keseluruhan pemantauan.

Page 12: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

12

2.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

2.2.1 Dokumen

Memanjangkan surat siaran LP tentang muat turun dan penggunaan

dokumen pada para 2.1.1 a) i, ii, iii

2.2.2 Instrumen

Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran seperti pada

para 2.1.2 a) i, ii, iii dari portal LP: http://lp.moe.gov.my

2.2.3 Pelantikan

a) Mencalonkan guru untuk dilantik sebagai KPN

b) Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor/Unit Penilaian dan

Peperiksaan JPN untuk memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pelaksanaan

pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2.2.4 Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

Peringkat Daerah/Sekolah

Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran peringkat

daerah dan sekolah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

2.2.5 Pemantauan

a) Menjalankan pemantauan pelaksanaan PASR

b) Menyediakan laporan pemantauan dan menyerahkan kepada LP.

2.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

2.2.1 Dokumen

Memastikan sekolah memuat turun dan menggunkan dokumen pada para 2.1.1 a) i, ii, iii

2.2.2 Instrumen

Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran seperti pada para 2.1.2 a) i, ii, iii

dari portal LP: http://lp.moe.gov.my

2.2.3 Pelantikan

Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan

untuk memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut

tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2.2.4 Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

Peringkat Daerah/Sekolah

Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran peringkat

daerah dan sekolah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Page 13: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

13

2.2.5 Pemantauan

a) Menjalankan pemantauan pelaksanaan PASR

b) Menyediakan laporan pemantauan dan menyerahkan kepada SPP, JPN

2.4 SEKOLAH

2.4.1 Arahan Am

Guru Besar

a) Memastikan murid yang layak dipelawa mendaftar sebagai calon PASR.

b) Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga calon tentang pelaksanaan PASR.

c) Menyediakan Jadual Kerja PASR peringkat sekolah berdasarkan Jadual Kerja PASR

yang disediakan LP.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

a) Mengedarkan Jadual Kerja PASR peringkat sekolah kepada personel pentadbiran dan

pentaksiran.

Setiausaha Peperiksaan

a) Mengurus pelaksanaan PASR mengikut Jadual Kerja PASR sekolah dalam tempoh

yang ditetapkan oleh LP.

2.4.2 Dokumen

Guru Besar

a) Menerima surat siaran LP tentang muat turun dan penggunaan dokumen pada para

2.1.1 a) i, ii, iii.

b) Memuat turun dokumen dari portal LP dan mengedarkan kepada personel pentadbiran

dan pentaksiran.

c) Memastikan personel pentadbiran dan pentaksiran mematuhi prosedur, peraturan dan

syarat yang digariskan di dalam dokumen yang diedarkan.

2.4.3 Pelantikan Personel

Guru Besar

a) Melantik personel pentadbiran dan pentaksiran peringkat sekolah mengikut prosedur

keselamatan.

b) Memastikan personel pentadbiran dan pentaksiran yang dilantik menandatangan Akta

Rahsia Rasmi 1972.

c) Memastikan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang ditelah ditandatangan oleh personel yang

dilantik disimpan sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PASR.

Page 14: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

14

2.4.4 Instrumen Pentaksiran

Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)

a) Memastikan Ketua Pentaksir (KP) menyediakan bahan dan alatan untuk pelaksanaan

pentaksiran mengikut senarai bahan dan alatan yang dikeluarkan LP.

b) Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada LP untuk memuat turun

instrumen, panduan penskoran dan Arahan Penilaian Akhir (APA)

c) Memastikan instrumen pentaksiran dimuat turun dari portal LP: http://lp.moe.gov.my

d) Membuat verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal.

e) Mengarahkan KP memperbanyakkan instrumen pentaksiran

f) Menerima instrumen pentaksiran yang telah diperbanyakkan daripada KP.

g) Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut panduan

pengurusan keselamatan.

h) Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada KP pada tarikh

pentaksiran bermula.

Ketua Pentaksir (KP)

a) Memuat turun instrumen pentaksiran dari portal LP: http://lp.moe.gov.my

b) Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada KPS untuk verifikasi teknikal

c) Menerima arahan KPS untuk memperbanyakkan instrumen pentaksiran

d) Memperbanyakkan instrumen pentaksiran.

e) Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah

diperbanyakkan kepada KPS untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

f) Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran daripada KPS pada tarikh

pentaksiran bermula.

g) Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada Pentaksir pada

tarikh pentaksiran bermula.

2.4.5 Pentadbiran Pentaksiran

Guru Besar

a) Memastikan pentaksiran dijalankan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan oleh

LP.

Ketua Pentaksir

a) Memastikan Pentaksir memberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan kepada calon.

b) Memastikan pelaksanaan pentaksiran dijalan semasa PdP.

c) Memastikan calon melengkapkan tugasan pentaksiran dalam tempoh lapan minggu

PdP.

Pentaksir

a) Pentaksir memberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan kepada calon.

b) Menjalankan pentaksiran mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan oleh LP.

Page 15: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

15

Guru Kelas

a) Memaklumkan kehadiran calon kepada Pentaksir pada setiap kali pentaksiran

dijalankan.Pentaksir memberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan kepada calon.

2.4.6 Pengurusan Skrip Jawapan Calon (SJC)

Guru Besar

a) Memastikan KP dan Pentaksir menguruskan SJC mengikut prosedur keselamatan

dokumen Kerajaan.

b) Melupuskan SJC mengikut prosedur pelupusan dokumen Kerajaan yang sedang

berkuatkuasa

Ketua Pentaksir

a) Memastikan SJC tidak didedahkan melalui apa sahaja medium yang boleh diakses

oleh pihak yang tidak berkenaan.

b) Memastikan Pentaksir menskor SJC Hasil Tugasan Semasa semasa tugasan atau

sebaik sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

c) Memastikan Pentaksir menskor SJC Hasil Tugasan Semasa semasa tugasan atau

sebaik sahaja tugasan selesai dilaksanakan

d) Memastikan Pentaksir menskor SJC Hasil Tugasan Bukan Semasa dalam tempoh

tugasan atau sebaik sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

e) Memastikan Pentaksir menyimpan SJC di tempat selamat.

f) Memastikan Pentaksir menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat

g) Menerima skor akhir calon daripada Pentaksir.

h) Menyimpan skor akhir calon mengikut prosedur keselamatan.

Pentaksir

a) Tidak mendedahkan SJC dalam apa sahaja medium yang boleh diakses oleh pihak

yang tidak berkenaan.

b) Menyimpan SJC di tempat yang selamat.

c) Menskor SJC Hasil Tugasan Semasa semasa tugasan atau sebaik sahaja tugasan

selesai dilaksanakan

d) Menskor SJC Hasil Tugasan Bukan Semasa dalam tempoh tugasan atau sebaik

sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

e) Menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat

f) Menyerahkan skor akhir calon kepada KP untuk disimpan mengikut prosedur

keselamatan.

2.4.7 Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

Peringkat Sekolah

Guru Besar

a) Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

peringkat sekolah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Page 16: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

16

Ketua Pentaksir

a) Menjalankan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran

peringkat sekolah

Pentaksir

a) Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran peringkat

sekolah.

2.4.8 Pengurusan Kes Khas

Guru Besar

a) Memastikan kes khas PASR ditadbir mengikut peraturan yang ditetapkan LP. Rujuk

para 1.7

b) Memantau pengurusan kes khas sehingga selesai.

c) Memaklumkan kes-kes khas PASR kepada PPD/JPN.

Ketua Pentaksir

a) Menguruskan pentadbiran instrumen PASR kes khas apabila calon hadir semula ke

sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan Instrumen ProKhas 1 atau

Instrumen ProKhas 2.

Pentaksir

a) Mentadbir instrumen pentaksiran apabila calon hadir ke sekolah sebelum

tarikh/tempoh pelaksanaan Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2 berakhir.

b) Tidak mendedahkan SJC dalam apa sahaja medium yang boleh diakses oleh pihak

yang tidak berkenaan.

c) Menyimpan SJC di tempat yang selamat.

d) Menskor SJC Hasil Tugasan Semasa semasa tugasan atau sebaik sahaja tugasan

selesai dilaksanakan

e) Menskor SJC Hasil Tugasan Bukan Semasa dalam tempoh tugasan atau sebaik

sahaja tugasan selesai dilaksanakan.

f) Menyimpan hasil akhir tugasan calon di tempat yang selamat

g) Menyerahkan skor akhir calon kepada KP untuk disimpan mengikut prosedur

keselamatan.

2.4.9 Pemantauan dan Penjaminan Kualiti

Guru Besar

a) Memastikan pemantauan pelaksanaan pentaksiran dan penjaminan kualiti

dilaksanakan dalam pelaksanaan PASR.

b) Memberi Taklimat Pemantauan Pentaksiran dan Penjaminan Kualiti kepada semua

personel pentadbiran dan pentaksiran.

c) Menjalankan pemantauan pelaksanaan pentaksiran dan penjaminan kualiti bagi

memastikan PASR ditadbir mengikut jadual dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP

d) Memastikan laporan pemantauan dihantar kepada PPD/JPN.

Page 17: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

17

GPK Pendidikan Khas dan Guru Lantikan Guru Besar

a) Menjalankan pemantauan.

b) Menyediakan laporan pemantauan dan penjaminan kualiti.

Page 18: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

18

3.0

Page 19: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

19

3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

3.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

3.1.1 Memantau penskoran supaya mematuhi jadual kerja dan panduan

penskoran.

3.1.2 Memantau pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK/KPN.

3.1.3 Memantau pelaksanaan verifikasi skor oleh KPS/JVS bagi menjamin

kesahan dan kebolehpercayaan skor.

3.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

3.2.1 Memantau penskoran supaya mematuhi jadual kerja dan panduan

penskoran.

3.2.2 Memantau pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK/KPN.

3.2.3 Memantau pelaksanaan verifikasi skor oleh KPS/JVS bagi menjamin

kesahan dan kebolehpercayaan skor.

3.2.4 Memantau pelaksanaan mesyuarat JVS sekolah.

3.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

3.3.1 Memastikan personel pentaksiran menghadiri mesyuarat penyelarasan

tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat daerah/sekolah.

3.3.2 Memastikan penskoran dilaksanakan mematuhi jadual kerja dan panduan

penskoran.

3.3.3 Memastikan pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK/KPN

dijalankan mengikut peraturan dan penjaminan kualiti.

3.3.4 Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi

Skor (JVS) calon sebelum dihantar ke LP.

3.3.5 Memastikan Guru Besar menghantar skor calon yang telah diverifikasi dan

dimuktamadkan dalam mesyuarat JVS ke LP.

3.4 SEKOLAH

3.4.1 Guru Besar/Ketua Pentaksir Sekolah

a) Memastikan KP menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan

penskoran peringkat daerah.

b) Memastikan KP menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan

penskoran peringkat sekolah.

c) Memastikan Pentaksir menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan

penskoran peringkat daerah/sekolah.

d) Menyerahkan panduan penskoran kepada KP.

e) Memastikan penskoran dilaksanakan mematuhi jadual kerja dan panduan penskoran.

f) Memastikan pelaksanaan moderasi penskoran SJC oleh KPK/KPN dijalankan mengikut

peraturan dan penjaminan kualiti.

g) Mempengerusikan mesyuarat JVS sebelum skor calon dihantar ke LP.

h) Mengesahkan skor calon setelah dimuktamadkan oleh JVS

i) Menghantar skor calon yang telah dimuktamadkan oleh JVS ke LP.

Page 20: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

20

3.4.1 Ketua Pentaksir

a) Menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat

daerah.

b) Menjalankan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat

sekolah.

c) Menyerahkan panduan penskoran kepada Pentaksir

d) Memastikan Pentaksir menggunakan panduan penskoran semasa membuat

pentaksiran

e) Memastikan Pentaksir melaksanakan penskoran di tempat tertutup dan selamat

f) Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor dilaksanakan mengikut

prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.

g) Memastikan SuP/Pentaksir key in skor calon dalam Aplikasi PASR

h) Memastikan SuP/Pentaksir mencetak Borang Kelompok Skor Calon (BKSC) dari

Aplikasi PASR.

3.4.1 Pentaksir

a) Menghadiri mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran peringkat

daerah/sekolah.

b) Menerima panduan penskoran daripada KP.

c) Menggunakan panduan penskoran semasa mentaksir.

d) Melaksana penskoran di tempat yang tertutup dan selamat.

e) Menghadiri mesyuarat JVS.

3.4.1 Setiausaha Peperiksaan/Pentaksir

a) Key in skor calon ke dalam Aplikasi PASR.

b) Mencetak BKSC dari Aplikasi PASR dan menyerahkannya kepada KP untuk disemak

dengan SJC sebelum dibentangkan dalam mesyuarat JVS.

3.5 KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN

a) Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran

peringkat kebangsaan.

b) Menjalankan moderasi penskoran SJC.

c) Memantau pelaksanaan PASR peringkat kebangsaan.

3.6 KETUA PENTAKSIR NEGERI

a) Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tugasan, pemeriksaan dan penskoran

peringkat daerah/sekolah.

b) Menjalankan moderasi penskoran SJC.

c) Memantau pelaksanaan PASR peringkat negeri.

Page 21: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

21

4.0

Page 22: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

22

4.0 PENGHANTARAN SKOR

4.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

4.1.1 Menyediakan Aplikasi PASR

4.1.2 Menyedia dan menghantar user id dan kata laluan kepada sekolah.

4.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

4.2.1 Memastikan sekolah key in skor calon dalam Aplikasi PASR mengikut

tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.2.2 Mengesahkan perubahan skor sekiranya skor berubah dalam mesyuarat

JVS.

4.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

4.3.1 Memastikan sekolah key in skor dalam Aplikasi PASR mengikut

mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.3.2 Memastikan sekolah menjalankan mesyuarat JVS sebelum skor

muktamad dihantar ke LP.

4.4 GURU BESAR

4.4.1 Memastikan skor calon di key in dalam Aplikasi PASR mengikut tarikh

yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.4.2 Memastikan KP menyemak BKSC dengan SJC.

4.4.3 Mempengerusikan mesyuarat JVS dan memuktamadkan skor akhir

calon pada BKSC.

4.4.4 Mengesahkan dan menandatangani hardcopy BKSC dan menyimpan

salinan tersebut sebagai rekod sekolah.

4.4.5 Memastikan KP dan Pentaksir melaksanakan keputusan mesyuarat

JVS.

4.5 KETUA PENTAKSIR

4.5.1 Menerima dan menyemak balas skor calon dalam BKSC dengan SJC

4.5.2 Mengesahkan semakan BKSC.

4.5.3 Membentangkan BKSC dalam mesyuarat JVS untuk dimuktamadkan.

4.5.4 Melaksanakan keputusan mesyuarat JVS

4.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

4.6.1 Menerima BKSC yang sudah disahkan oleh GB

4.6.2 Menghantar skor akhir calon melalui Aplikasi PASR ke LP.

Page 23: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

23

5.0

Page 24: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

24

5.0 KES SALAH LAKU

5.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

5.1.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku dari JPN.

5.1.2 Mengarahkan JPN menjalankan siasatan ke atas laporan yang

diberikan.

5.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

5.2.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah/KPN/KPK.

5.2.2 JPN akan mengarahkan KPK/KPN untuk membuat moderasi ketiga bagi memastikan laporan sekolah benar.

5.2.3 JPN membuat siasatan setelah menerima surat arahan menjalankan siasatan oleh LP.

5.2.4 JPN akan mengambil skrip calon sekiranya didapati ada berlakunya kes salah laku berdasarkan arahan surat dari LP.

5.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

5.3.1 PPD menerima maklumat berkaitan kes yang berlaku di daerahnya

melalui JPN.

5.4 GURU BESAR

5.4.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Integriti sekiranya terdapat kes

salah laku.

5.4.2 Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika terdapat

kes salah laku.

5.4.3 Menghantar laporan salah laku kepada JPN/ PPD.

5.4.4 Mengambil langkah awal untuk memastikan salah laku tidak berlaku.

5.4.5 Guru Besar menyerahkan SJC yang didapati berlakunya kes salah laku

kepada JPN mengikut arahan LP.

Page 25: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

25

CARTA ALIR PENGURUSAN SJC DAN SKOR CALON

Moderasi Skor oleh KPK/KPN

KPP membentangkan Kes Khas dalam Mesyuarat Kes Khas Sektor yang dipengerusikan oleh Ketua Sektor SPPMRR/SPPMALN.

Key Skor Calon dalam Aplikasi PASR

Pentaksir membuat pentaksiran

Tidak

Mula

Ya Tidak

SuP/Pentaksir cetak BKSC

KP semak BKSC dengan SJC

Betul

Pembetulan

A

Page 26: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

26

A

KP membentang BKSC dalam Mesyuarat JVS

Skor dimuktamadkan

GB mengesahkan keputusan JVS

SuP menghantar skor akhir calon ke LP melalui Aplikasi PASR

TAMAT

Tidak

GB memohon

kepada JPN untuk key in semula skor calon dalam

Aplikasi PASR

Page 27: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

27

GLOSARI

BKSC - Borang Kelompok Skor Calon

GB - Guru Besar

GPKPKhas - Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JVS - Jawatankuasa Verifikasi Skor

KPK - Ketua Pentaksir Kebangsaan

KPN - Ketua Pentaksir Negeri

KPS - Ketua Pentaksir Sekolah

KP - Ketua Pentaksir ProKhas

KSSR PK - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

LP - Lembaga Peperiksaan

MBK - Murid Berkeperluan Khas

OKU - Orang Kurang Upaya

PASR - Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

PP - Pentaksiran Pusat

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi

Pentaksir - Pentaksir ProKhas

PS - Pentaksiran Sekolah

SJC - Skrip Jawapan Calon

SuP - Setiausaha Peperiksaan

UPP - Unit Penilaian dan Peperiksaan

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Page 28: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

28

LAMPIRAN 1

AKTA RAHSIA RASMI 1972 (LAMPIRAN D AKTA 88)

Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran.

Ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar

Page 29: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

29

LAMPIRAN 2

AMPIRAN 1

CONTOH SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PASR KEPADA

IBU BAPA/PENJAGA

Nombor Rujukan dan Tarikh

Kepada Ibu Bapa/Penjaga

Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan melaksanakan Pentaksiran Alternatif

Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI) atau MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa yang berada pada

tahun akhir persekolahan rendah.

3. PASR adalah komponen Pentaksiran Pusat di peringkat sekolah rendah yang terdiri

daripada dua (2) instrumen iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2. Tempoh tugasan, mata pelajaran

dan kaedah pelaksanaan PASR adalah seperti yang tertera di bawah.

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

1. Tempoh

Tugasan

8 minggu 4 minggu

2. Mata

Pelajaran

Kemahiran Hidup Asas (Penternakan / Jahitan / Masakan / Perkebunan)

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

3. Kaedah

Pelaksanaan

Pentaksiran dijalankan sepanjang

waktu Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) secara

individu/berkumpulan

Pentaksiran dijalankan

sepanjang waktu Pengajaran

dan Pembelajaran (PdP) secara

individu/berkumpulan

4. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan/Puan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Sekian.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan

Nama dan Cap Rasmi

Page 30: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

30

LAMPIRAN 3

CONTOH SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama ]

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN .......

PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir

ProKhas.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk instrumen ProKhas 1 atau ProKhas 2;

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan

verifikasi skor;

3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam

tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan

tidak dapat menjalankan tugas ini.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh

membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di

atas.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang

diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan

Nama dan Cap Rasmi

Page 31: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

31

LAMPIRAN 4

CONTOH SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama]

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas 1 / PENTAKSIR ProKhas 2

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Pentaksir ProKhas

1 / Pentaksir ProKhas 2.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk satu instrumen sahaja;

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan

verifikasi skor;

3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam

tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan

tidak dapat menjalankan tugas ini.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh

membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di

atas.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang

diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan

Nama dan Cap Rasmi

Page 32: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

30

LAMPIRAN 5

CONTOH BORANG KELOMPOK SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 1)

Page 33: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

31

CONTOH BORANG KELOMPOK SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 2)

Page 34: PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH …

32

LAMPIRAN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN

REKOD PENYERAHAN DAN PENERIMAN SKRIP JAWAPAN CALON/EVIDENS PASR

NAMA PUSAT

KOD PUSAT

INSTRUMEN ProKhas 1 / ProKhas 2

BIL ANGKA GILIRAN CALON NO KAD PENGENALAN

CALON SKRIP JAWAPAN CALON

ADA TIADA

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Nama, Tandatangan dan Cap Guru Besar Tarikh:

Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai LP/JPN Tarikh: