pentadbiran akta - bank negara malaysia | central bank … kendiri yang berkala terhadap profi l...

7
1 Pentadbiran Akta Perundangan Industri insurans di Malaysia dikawal oleh Akta Insurans 1996 (Akta) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1997. Akta ini dilengkapi dengan Peraturan-Peraturan Insurans 1996 (Peraturan) yang menetapkan butir-butir terperinci keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukan tertentu Akta. Selain itu, Akta memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia (Bank) untuk menetapkan perkara menurut peruntukan Akta. Pindaan kepada Akta dan Peraturan Pada tahun 2005, Akta ini telah dipinda buat pertama kali sejak dikuatkuasakan dengan memperuntukkan undang-undang berhubung dengan rangka kerja pelesenan penasihat kewangan (PK) di Malaysia. Pindaan ini, yang antara lain, menjelaskan bentuk penubuhannya dan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh PK, berkuat kuasa pada bulan Ogos 2005 apabila Akta Insurans (Pindaan) 2005 diwartakan. Seterusnya, pada bulan Oktober 2005, Peraturan Pentadbiran Akta rendah dengan memasukkan pelaburan tertentu oleh penanggung insurans, meningkatkan had pelaburan bagi kemudahan kredit untuk kumpulan wang insurans hayat dan memasukkan pelaburan berkaitan harta dalam rangka kerja aset diizinkan. Semakan ini dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Bab 2. Pengecualian Seksyen 198 Akta memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengecualikan seseorang atau kelas orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta jika Menteri fikirkan ia selaras dengan kehendak Akta atau demi kepentingan orang ramai. Pada tahun 2005, Menteri telah meluluskan pengecualian terhadap Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM), sebuah bank pembangunan milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), daripada keperluan dilesen di bawah Akta bagi tujuan menjalankan perniagaan kredit eksport dan insurans jaminan kredit lain. Pengecualian ini diberikan kepada EXIM memandangkan penggabungannya dengan telah dipinda melalui Peraturan-Peraturan Insurans (Pindaan) 2005 bagi menetapkan keperluan modal minimum dan fi pelesenan bagi PK. Spesifikasi Seksyen 46(2) Akta menghendaki penanggung insurans mengekalkan aset yang digunakan bagi menampung margin kesolvenan dalam bentuk yang ditentukan oleh Bank. Pada tahun 2005, semakan telah dibuat terhadap spesifikasi aset sedia ada supaya penanggung insurans mempunyai lebih kefleksibelan untuk melabur. Semakan ini meluaskan lagi definisi aset berisiko Malaysia Export Credit Insurance Berhad (sebuah entiti yang dahulunya dikecualikan daripada keperluan Akta). Pelesenan dan Struktur Pasaran Pelesenan Penanggung Insurans, Broker Insurans dan Ajuster Pada 31 Disember 2005, sejumlah 49 penanggung insurans telah dilesenkan di bawah Akta seperti yang berikut: 26 penanggung insurans menjalankan perniagaan insurans am langsung; Akta Insurans 1996 dipinda buat kali pertama bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan perundangan untuk penasihat kewangan.

Upload: trinhcong

Post on 16-May-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

1

Pentadbiran Akta

Perundangan

Industri insurans di Malaysia dikawal oleh Akta Insurans 1996 (Akta) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1997. Akta ini dilengkapi dengan Peraturan-Peraturan Insurans 1996 (Peraturan) yang menetapkan butir-butir terperinci keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukan tertentu Akta. Selain itu, Akta memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia (Bank) untuk menetapkan perkara menurut peruntukan Akta.

Pindaan kepada Akta dan Peraturan Pada tahun 2005, Akta ini telah dipinda buat pertama kali sejak dikuatkuasakan dengan memperuntukkan undang-undang berhubung dengan rangka kerja pelesenan penasihat kewangan (PK) di Malaysia. Pindaan ini, yang antara lain, menjelaskan bentuk penubuhannya dan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh PK, berkuat kuasa pada bulan Ogos 2005 apabila Akta Insurans (Pindaan) 2005 diwartakan. Seterusnya, pada bulan Oktober 2005, Peraturan

Pentadbiran Akta

rendah dengan memasukkan pelaburan tertentu oleh penanggung insurans, meningkatkan had pelaburan bagi kemudahan kredit untuk kumpulan wang insurans hayat dan memasukkan pelaburan berkaitan harta dalam rangka kerja aset diizinkan. Semakan ini dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Bab 2.

Pengecualian Seksyen 198 Akta memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengecualikan seseorang atau kelas orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta jika Menteri fi kirkan ia selaras dengan kehendak Akta atau demi kepentingan orang ramai. Pada tahun 2005, Menteri telah meluluskan pengecualian terhadap Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM), sebuah bank pembangunan milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), daripada keperluan dilesen di bawah Akta bagi tujuan menjalankan perniagaan kredit eksport dan insurans jaminan kredit lain. Pengecualian ini diberikan kepada EXIM memandangkan penggabungannya dengan

telah dipinda melalui Peraturan-Peraturan Insurans (Pindaan) 2005 bagi menetapkan keperluan modal minimum dan fi pelesenan bagi PK.

Spesifi kasiSeksyen 46(2) Akta menghendaki penanggung insurans mengekalkan aset yang digunakan bagi menampung margin kesolvenan dalam bentuk yang ditentukan oleh Bank. Pada tahun 2005, semakan telah dibuat terhadap spesifi kasi aset sedia ada supaya penanggung insurans mempunyai lebih kefl eksibelan untuk melabur. Semakan ini meluaskan lagi defi nisi aset berisiko

Malaysia Export Credit Insurance Berhad (sebuah entiti yang dahulunya dikecualikan daripada keperluan Akta). Pelesenan dan Struktur Pasaran

Pelesenan Penanggung Insurans, Broker Insurans dan AjusterPada 31 Disember 2005, sejumlah 49 penanggung insurans telah dilesenkan di bawah Akta seperti yang berikut:

• 26 penanggung insurans menjalankan perniagaan insurans am langsung;

Akta Insurans 1996 dipinda buat kali pertama bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan perundangan untuk penasihat kewangan.

Page 2: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

2

• tujuh penanggung insurans menjalankan perniagaan insurans hayat langsung;

• sembilan penanggung insurans menjalankan perniagaan insurans hayat dan am langsung;

• lima penanggung insurans semula profesional menjalankan perniagaan insurans semula am;

• satu penanggung insurans semula profesional menjalankan perniagaan insurans semula hayat; dan

• satu penanggung insurans semula profesional menjalankan perniagaan insurans semula hayat dan am.

Jumlah bilangan pemegang lesen dalam industri insurans pada akhir tahun 2005 ialah 119, terdiri daripada 49 penanggung insurans, 34 broker insurans dan 36 ajuster seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Senarai penanggung insurans dan penanggung insurans semula, broker insurans dan ajuster berlesen ditunjukkan dalam Lampiran II, III dan IV kepada Laporan ini.

EjenWalaupun ejen tidak diselia secara langsung oleh Bank, mereka perlu berdaftar dengan persatuan insurans mandatori di bawah Akta, iaitu Persatuan Insurans Hayat Malaysia bagi ejen insurans hayat dan Persatuan Insurans Am Malaysia bagi ejen insurans am. Bagi memastikan tahap minimum profesionalisme di kalangan tenaga agensi, keperluan kemasukan minimum bagi seseorang ejen baru dinaikkan kepada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan

yang setaraf dengannya. Selain itu, semua ejen diwajibkan lulus Peperiksaan Pra-Kontrak bagi Ejen Insurans yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia.

Terdapat sebanyak 126,898 (2004: 131,229) ejen insurans berdaftar pada akhir tahun 2005. Bilangan ejen insurans hayat menurun 4.5% kepada 78,810 (2004: 82,551) manakala bilangan ejen insurans am berkurang 1.2% kepada 48,088 (2004: 48,678).

Penukaran Status Syarikat Seksyen 14 Akta menghendaki semua penanggung insurans berlesen (selain penanggung insurans semula profesional asing yang dibenarkan beroperasi sebagai cawangan di Malaysia) ditubuhkan sebagai syarikat awam di bawah Akta Syarikat 1965. Pada tahun 2005, tiada perubahan dalam status penanggung insurans langsung berlesen menurut peruntukan seksyen ini. Senarai penanggung insurans asing yang telah disusun semula menjadi penanggung insurans yang ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 1975 adalah seperti di Lampiran V.

Pejabat Pemegang LesenSeksyen 36 Akta menghendaki pemegang lesen mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu untuk menubuhkan sesebuah pejabat di dalam atau di luar Malaysia. Pada tahun 2005, sejumlah 28 pejabat cawangan telah diluluskan. Berikutan perasionalan beberapa pejabat cawangan sedia ada dan kelewatan pembukaan beberapa pejabat cawangan yang telah diluluskan, jumlah keseluruhan pejabat cawangan yang beroperasi pada akhir tahun 2005 kekal tidak berubah, iaitu sebanyak 891 (Jadual 1.2).

Perubahan EkuitiSeksyen 18 Akta menghendaki pemegang lesen yang ditubuhkan di Malaysia mengekalkan

Penanggung insurans langsung Ditubuhkan di Malaysia 40 40 Ditubuhkan di luar negara 2 2

Jumlah kecil 42 42

Penanggung insurans semula profesional Ditubuhkan di Malaysia 2 2 Ditubuhkan di luar negara 5 5

Jumlah kecil 7 7

Jumlah penanggung insurans 49 49

Broker insurans 34 34

Ajuster 37 36

2004 2005Pada akhir Disember

Jadual 1.1Bilangan Pemegang Lesen

Diluluskan pada tahun 2005 11 2 15 Beroperasi pada 31 Disember 2005 720 27 144

Jadual 1.2Bilangan Cawangan

Penang-gung

Insurans

BrokerInsurans

Ajuster

Page 3: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

3

Pentadbiran Akta

modal berbayar minimum yang ditetapkan oleh Bank. Penanggung insurans diperbadankan asing berlesen dikehendaki mengekalkan lebihan aset berbanding dengan liabiliti yang sepadan di Malaysia. Modal berbayar/lebihan aset berbanding dengan liabiliti minimum semasa yang ditetapkan bagi penanggung insurans adalah seperti yang berikut:

• RM100 juta bagi penanggung insurans langsung tempatan/asing dan penanggung insurans semula am profesional tempatan;

• RM50 juta bagi penanggung insurans semula hayat profesional tempatan; dan

• RM20 juta bagi penanggung insurans semula hayat dan am profesional asing.

Broker insurans dan ajuster dikehendaki mengekalkan modal berbayar yang tidak terjejas akibat kerugian, masing-masing sebanyak RM500,000 dan RM150,000.

Pada akhir tahun 2005, jumlah permodalan penanggung insurans yang ditubuhkan di Malaysia meningkat 3.7% kepada RM5,059.9 juta

(2004: RM4,879.9 juta) (Jadual 1.3). Peningkatan itu disebabkan oleh peningkatan modal berbayar dua penanggung insurans, termasuk satu penanggung insurans semula yang menjalani usaha penyusunan semula korporat pada tahun itu. Sejajar dengan itu, permodalan purata bagi penanggung insurans yang ditubuhkan di Malaysia juga meningkat kepada RM120.5 juta (2004: RM116.2 juta).

Pada akhir tahun 2005, jumlah modal berbayar broker insurans berlesen meningkat 7.8% kepada RM48.1 juta (2004: RM44.6 juta) (Jadual 1.4), manakala jumlah permodalan ajuster berlesen menurun 2.8% kepada RM14 juta (2004: RM14.4 juta) (Jadual 1.5). Peningkatan jumlah modal berbayar broker insurans disebabkan terutamanya oleh suntikan modal beberapa broker insurans untuk memenuhi keperluan modal berbayar minimum sebanyak RM0.6 juta bagi melayakkan mereka memperoleh lesen broker takaful.

Untung tertahan penanggung insurans yang ditubuhkan di Malaysia berjumlah RM4,091.5 juta sebelum perisytiharan dividen oleh penanggung insurans bagi tahun kewangan

Dipegang oleh warganegara Malaysia 2,811.5 57.6 2,908.8 57.5 Bumiputera 1,383.2 28.3 1,565.6 30.9 Bukan Bumiputera 1,428.3 29.3 1,343.3 26.6 Dipegang oleh bukan warganegara Malaysia 2,068.4 42.4 2,151.1 42.5 Jumlah 4,879.9 100.0 5,059.9 100.0

2004 2005Pada akhir Disember

Jadual 1.3Agihan Modal Berbayar Penanggung Insuransyang Ditubuhkan di Malaysia

RMj RMj% %

Dipegang oleh warganegara Malaysia 42.2 94.6 45.5 94.6 Bumiputera 33.5 75.1 36.2 75.3 Bukan Bumiputera 8.7 19.5 9.3 19.3 Dipegang oleh bukan warganegara Malaysia 2.4 5.4 2.6 5.4 Jumlah 44.6 100.0 48.1 100.0

2004 2005

Jadual 1.4Agihan Modal Berbayar Broker Insurans

Pada akhirDisember RMj % %RMj

%

Dipegang oleh warganegara Malaysia 13.3 92.4 11.9 85.0 Bumiputera 6.5 45.2 6.2 44.3 Bukan Bumiputera 6.8 47.2 5.7 40.7 Dipegang oleh bukan warganegara Malaysia 1.1 7.6 2.1 15.0 Jumlah 14.4 100.0 14.0 100.0

2004 2005Pada akhirDisember RMj % RMj

Jadual 1.5Agihan Modal Berbayar Ajuster

Modal berbayar 4,879.9 5,059.9

Keuntungan tertahan 3,514.4 4,091.5

Rizab lain 565.3 479.9

Jumlah 8,959.6 9,631.3

Jadual 1.6 Ekuiti Pemegang Saham Penanggung Insurans yang Ditubuhkan di Malaysia

Pada akhir Disember20052004

RM juta

Page 4: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

4

berakhir Disember, sementara kumpulan wang pemegang saham berjumlah RM9,631.3 juta (Jadual 1.6).

Margin Kesolvenan

Bahagian IX Peraturan menetapkan margin kesolvenan yang perlu dikekalkan oleh penanggung insurans berlesen bagi setiap kelas perniagaan insurans seperti yang berikut:

• bagi perniagaan insurans hayat, agregat peratusan yang ditetapkan bagi liabiliti penilaian aktuari, nilai berisiko dan premium bersih bagi kesemua peluasan polisi hayat, ditambah jumlah liabiliti kumpulan wang insurans hayat yang ditentukan pada akhir tahun kewangan; dan

• bagi perniagaan insurans am, agregat peratusan yang ditetapkan atas tuntutan atau premium bersih, ditambah jumlah liabiliti kumpulan wang insurans am yang ditentukan pada akhir tahun kewangan.

Amaun yang dikira berdasarkan cara yang dihuraikan di atas bagi setiap kelas perniagaan tertakluk kepada amaun minimum RM50 juta bagi penanggung insurans langsung berlesen dan penanggung insurans semula profesional yang ditubuhkan di Malaysia, dan RM10 juta bagi cawangan penanggung insurans semula profesional asing. Aset yang menyokong margin kesolvenan mestilah dalam bentuk aset diizinkan yang ditentukan oleh Bank.

Jumlah agregat lebihan kesolvenan (aset diizinkan melebihi keperluan margin kesolvenan)

industri meningkat 21.3% kepada RM7,368.3 juta bagi akhir tahun kewangan bagi tempoh dari 1 Julai 2004 sehingga 30 Jun 2005 (Jadual 1.7). Sejumlah tiga penanggung insurans memindahkan atau menyerahkan hak aset daripada kumpulan wang pemegang saham mereka untuk memenuhi keperluan margin kesolvenan. Satu penanggung insurans yang mengalami kekurangan kesolvenan pada tempoh itu sedang dalam proses memulihkan kekurangan kesolvenan melalui pemindahan perniagaan. Walau bagaimanapun, penanggung insurans itu mempunyai aset yang mencukupi untuk memenuhi liabiliti perniagaan insuransnya.

Penyeliaan ke atas Pemegang Lesen

Sepanjang tahun 2005, aktiviti penyeliaan tertumpu pada usaha menggalakkan lagi kestabilan industri insurans sejajar dengan pengembangan dan peningkatan kekompleksan landskap kewangan. Pengawasan di luar premis serta pemeriksaan di premis yang berterusan telah dikendalikan berdasarkan rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko yang baru dipertingkatkan, yang menumpukan perhatian penyeliaan dan pengagihan sumber menurut profi l risiko institusi berkenaan. Dengan menggunakan metodologi ini, tindakan awal boleh dilaksanakan untuk memastikan entiti yang diselia mengambil langkah yang sesuai dan kena pada masanya untuk mengurangkan risiko yang dihadapi.

Sementara perhatian penyeliaan telah diberikan kepada penilaian profi l risiko entiti yang diselia, Bank sentiasa menilai dan mentaksir amalan

Jumlah

Kumpulan WangPemegang Saham/

Kerja1

2003 2004 2003 2004 2003 2004 2003 2004

Margin kesolvenan 14,135.6 14,376.1 54,728.2 60,347.9 t.b. t.b. 68,863.8 74,724.0 Aset diizinkan 15,617.7 16,410.2 58,509.0 65,591.7 810.7 90.4 74,937.4 82,092.3

Lebihan kesolvenan 6,073.6 7,368.3

Jadual 1.7Lebihan Kesolvenan

Kumpulan WangInsurans Hayat

Kumpulan WangInsurans Am

Pada AkhirTahun

Kewangan

RM juta

1 Aset boleh diserah hak daripada kumpulan wang pemegang saham/kerja dengan kelulusan Bank terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan margin kesolvenant.b. Tidak berkenaan

Page 5: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

5

Pentadbiran Akta

tadbir urus korporat entiti yang diselia bagi memastikan standard amalan yang baik dalam semua aspek operasi mereka. Ini dilengkapi dengan dialog yang kerap diadakan dengan lembaga pengarah dan pihak pengurusan entiti yang diselia. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan entiti yang diselia membuat penilaian kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus, dan juga mengurangkan risiko yang dikenal pasti. Pengawasan Bank juga memfokus kepada menilai keberkesanan lembaga pengarah dan pengurusan kanan dalam melaksanakan peranan mereka untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan entiti yang diselia untuk berhadapan dengan cabaran masa hadapan.

Bagi menggalakkan lagi amalan pasaran yang baik untuk memastikan hak empunya polisi dan orang ramai dilindungi secukupnya, Bank terus mempertingkatkan pengawasannya terhadap pengendalian pasaran. Satu siri pemeriksaan pengendalian pasaran telah dijalankan atas beberapa bidang yang kritikal. Selain itu, Bank juga memberi tumpuan pada mempertingkatkan rangka kerja penyeliaan pengendalian pasaran selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa.

Dari segi penipuan insurans, Bank terus berikhtiar secara usaha sama dengan industri insurans dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, melalui pelbagai inisiatif jawatankuasa bersama anti penipuan. Antara lain, tumpuan jawatankuasa ini termasuk berkongsi tip anti penipuan dan bertukar maklumat sesama ahli, dialog dan perbincangan berterusan serta latihan. Satu sistem pengawasan penipuan telah dilaksanakan bagi memantau kejadian penipuan. Ini memudahkan pengenalpastian dan perkongsian modus operandi penipuan baru dan yang baru muncul bagi mencegah berlakunya lagi kejadian penipuan dan kerugian kepada penanggung insurans dan empunya polisi.

Bidang lain yang diberi lebih penekanan ialah penilaian mengenai langkah-langkah yang diambil oleh entiti yang diselia berhubung dengan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan [anti-money laundering/counter-fi nancing of terrorism (AML/CFT)]. Bank telah mengkaji semula kecukupan langkah-langkah AML/CFT yang diambil oleh entiti yang diselia terutamanya yang berhubung dengan lima bidang fungsian umum iaitu kualiti pengawasan lembaga pengarah dan pengurusan kanan, dasar dan prosedur yang menyeluruh, keberkesanan kawalan dalaman, kecukupan dan ketepatan sistem pengurusan maklumat dan juga kualiti sumber manusia.

Menyedari tentang bertambahnya cabaran serta kekompleksan yang dihadapi oleh penyelia

Bank terus meningkatkan pengawasan pengendalian pasaran bagi menggalakkan lagi amalan pasaran yang sihat.

insurans, Bank terus berusaha untuk meneruskan pembinaan kapasiti bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran penyelia sentiasa dipertingkatkan untuk menghadapi tuntutan landskap kewangan yang semakin sofi stikated.

Mengkompaun Kesalahan

Seksyen 211(1) Akta memberi kuasa kepada Gabenor Bank untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta atau Peraturan. Pada tahun 2005, denda telah dikenakan atas lapan pemegang lesen (Jadual 1.8) bagi kesalahan-kesalahan berikut:

• ketidakpatuhan terhadap keperluan Tunai Sebelum Perlindungan bagi insurans motor yang melarang penanggung insurans menerima risiko polisi motor sebelum menerima bayaran premium berkenaan; dan

• pelantikan juruaudit luar tanpa mendapat kelulusan Bank terlebih dahulu.

Aduan Orang Ramai

Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP) di Bank menyediakan saluran kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan dan pertanyaan mengenai

Page 6: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

6

hal berkaitan insurans. BPP bekerjasama dengan industri dan persatuan berkaitan untuk menyelesaikan aduan terhadap pemegang lesen. Selain itu, BPP juga menganalisis trend jenis aduan yang diterima untuk mengenal pasti perkembangan baru yang muncul dalam amalan insurans yang mungkin memerlukan perhatian pengawalseliaan.

Pada tahun 2005, BPP mengendalikan sebanyak 2,628 aduan, peningkatan sebanyak 10.6% daripada 2,376 aduan yang diterima pada tahun 2004. Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, insurans motor kekal sebagai sektor yang mempunyai jumlah aduan tertinggi, iaitu 51.8% (2004: 50.7%) daripada jumlah aduan yang diterima. Aduan yang utama termasuk kelewatan dalam pemprosesan tuntutan, ketidakpuasan hati tentang nilai penyelesaian, penolakan liabiliti dan kelewatan dalam melayani pertanyaan. Aduan berhubung insurans hayat pada tahun 2005 berjumlah 696, meningkat 43.5% daripada 485 aduan yang diterima pada tahun 2004. Sejumlah besar aduan berkaitan dengan perilaku ejen dan penolakan liabiliti.

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK), yang ditubuhkan hasil penggabungan Biro Pengantaraan Bank dan Biro Pengantaraan Insurans (BPI) pada akhir tahun 2004 merupakan satu lagi saluran bagi orang ramai untuk menyelesaikan pertelingkahan atau aduan terhadap penanggung insurans. BPK yang mula beroperasi pada bulan Januari 2005, mengendalikan sebanyak 1,326 kes insurans pada tahun 2005 berbanding dengan 1,105 kes insurans yang dikendalikan oleh BPI pada tahun 2004. Sebanyak 66.7% (2004: 55.8%) kes berkaitan dengan insurans am. Aduan yang lazim dikendalikan oleh BPK adalah yang berkaitan dengan polisi insurans kemalangan diri/hilang upaya dan polisi insurans kemasukan hospital/perubatan.

Kumpulan Wang Skim Jaminan Insurans

Seksyen 173(1) Akta memberi kuasa kepada Bank untuk menubuhkan dan menyelenggarakan kumpulan wang skim jaminan insurans (KWSJI) yang berasingan bagi perniagaan insurans am dan hayat berhubung dengan polisi insurans Malaysia bagi tujuan memenuhi sebahagian daripada liabiliti mana-mana penanggung insurans yang tidak solven. KWSJI yang diselenggarakan menurut Bahagian XIV Akta, dibiayai terutamanya oleh levi yang dikenakan atas penanggung insurans berlesen. Di bawah Akta, sumber pendapatan lain KWSJI merangkumi pendapatan daripada pelaburan kumpulan wang, perolehan daripada realisasi pelaburan, dividen yang diserah hak oleh pihak yang menuntut sebagai balasan terhadap bayaran yang diterima daripada KWSJI dan 50% daripada kutipan denda daripada kompaun bagi kesalahan yang dilakukan oleh penanggung insurans berlesen di bawah Akta.

Pada masa ini, levi hanya dikenakan atas perniagaan insurans am. Jumlah kutipan levi pada tahun 2005 berdasarkan 0.25% daripada premium langsung kasar ialah sebanyak RM21.8 juta (2004: RM20.6 juta). Pada tahun 2005, KWSJI bagi perniagaan insurans am juga menerima pendapatan sebanyak RM32.5 juta hasil penyerahan hak dividen yang diisytiharkan oleh pelikuidasi Mercantile Insurance Sdn. Bhd. (MISB). KWSJI terkumpul berjumlah RM609.3 juta pada 31 Disember 2005 (2004: RM534.3 juta). Walaupun ketika ini tiada levi dikenakan atas perniagaan insurans hayat, denda yang dikutip bagi kesalahan berkaitan dengan perniagaan insurans hayat dikreditkan ke dalam KWSJI bagi perniagaan insurans hayat. Pada 31 Disember 2005, amaun dalam KWSJI untuk perniagaan insurans hayat berjumlah RM0.5 juta.

Tuntutan insurans daripada tiga penanggung insurans yang telah dibubarkan, iaitu First General Insurance (M) Sdn. Bhd. (FGI), SEG Insurance Sdn. Bhd. (SEG) dan MISB dibayar daripada KWSJI bagi perniagaan insurans am. Pada tahun 2005, bayaran sebanyak RM1.4 juta telah dibuat daripada KWSJI bagi penyelesaian 171 tuntutan terhadap MISB. Jumlah pembayaran terkumpul yang dibuat daripada KWSJI bagi perniagaan insurans am sehingga kini ditunjukkan dalam Jadual 1.9.

Pelanggaran:

Seksyen 141(1) 7

Seksyen 74(1) 1

Bilangan PemegangLesen yang Didenda

Jadual 1.8Mengkompaun Kesalahan

JenisKesalahan

Page 7: Pentadbiran Akta - Bank Negara Malaysia | Central Bank … kendiri yang berkala terhadap profi l risiko mereka, membangunkan pilihan alternatif dan merumuskan rancangan untuk mengurus,

7

Pentadbiran Akta

Jadual 1.9KWSJI: Pampasan dan Perbelanjaan

RM’000

FGI SEG MISB Jumlah

2004 2005 2004 2005 2004 2005 2004 2005

1 Merujuk kepada fi peguam dan ajuster

Amaun diselesaikan sehingga kini

Award mahkamah 4,856 4,856 11,326 11,326 67,477 67,771 83,659 83,953

Penyelesaian di luar mahkamah 1,295 1,295 517 517 117,090 117,916 118,902 119,728

Perbelanjaan: MIB (Unit Pentadbiran) 269 269 269 269

Bayaran profesional 763 763 763 763

Bayaran balik premium 1,977 1,977 1,977 1,977

Bayaran balik deposit (bon) 409 409 409 409

Lain-lain1 8 8 11,702 11,951 11,710 11,959

Jumlah 7,191 7,191 11,843 11,843 198,655 200,024 217,689 219,058

% perubahan 2.5 0.7 2.3 0.6

Bilangan kes diselesaikan pada tahun 605 171 605 171

Bilangan kes diselesaikan sehingga kini 883 883 1,227 1,227 46,530 46,701 48,640 48,811