sumber air alternatif negeri selangor

29
SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR 11 JULAI 2014 HAJI MD KHAIRI BIN SELAMAT PENGARAH LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Upload: duongphuc

Post on 16-Jan-2017

268 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

11 JULAI 2014

HAJI MD KHAIRI BIN SELAMAT

PENGARAH

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Page 2: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

KANDUNGAN

1 • LATAR BELAKANG

2 • PASUKAN PETUGAS SUMBER AIR ALTERNATIF

3 • PEMBANGUNAN KOLAM

4 • INISIATIF LAIN

5 • KESIMPULAN

Page 3: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

KRISIS AIR

TAHUN 1998

Page 4: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Kronologi krisis bekalan air di Selangor dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada 27 Mac hingga

16 September 1998. Berpunca dari musim kemarau yang

ketara dan melibatkan 690 kawasan dan taman

perumahan di Lembah Klang, 1.8 juta pengguna.

Sehingga akhir 1997, JBAS (ketika itu) berupaya

mengeluarkan sejumlah 2553 JLH air bersih manakala

permintaan sebanyak 2454 JLH dengan rizab pengeluaran

3.9%.

April 1999, Dewan Undangan Negeri Selangor telah

meluluskan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999,

dan Lembaga dilancarkan pada 18 Ogos 2000.

LATAR BELAKANG

Page 5: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif telah ditubuhkan

pada 16 September 2005 untuk mengenal pasti kolam,

tasik, bekas lombong dan juga sumber air bawah tanah

yang sesuai dibangunkan sebagai sumber air alternatif

untuk bekalan air dan seterusnya merangka pelan tindakan

yang perlu bagi pengurusan sumber alternatif tersebut.

Objektif pembangunan sumber air alternatif ialah

menyediakan sumber air tambahan daripada kolam, tasik,

bekas lombong dan air bawah tanah bagi mengatasi

masalah kekurangan bekalan air semasa berlakunya

musim kemarau atau krisis air di Negeri Selangor.

PASUKAN PETUGAS SUMBER AIR ALTERNATIF

Page 6: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Kriteria pemilihan kolam adalah seperti berikut :-

i. Tasik dan bekas lombong adalah berdasarkan

saiznya (>10 ekar);

ii. Lokasi yang berhampiran dengan sungai;

iii. Mempunyai akses masuk yang mudah;

iv. Kedudukan yang berhampiran dengan

mukasauk; dan

v. Kualiti air mematuhi piawaian.

KRITERIA PEMILIHAN KOLAM, TASIK DAN BEKAS

LOMBONG SEBAGAI SUMBER AIR ALTERNATIF

Page 7: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan

Aliran Air Banjir, Bestari Jaya untuk meningkatkan

kebolehdapatan sumber air bagi Negeri Selangor. Laporan

Akhir Kajian telah diterima daripada Jurutera Perunding

Zaaba Sdn. Bhd pada 31 Disember 2013.

Berdasarkan daripada 8 titik pensampelan yang telah

dijalankan semasa kajian di dalam kawasan kolam bekas

lombong, didapati bahawa 4 titik pensampelan dalam

kategori Kelas II, satu titik pensampelan kelas III dan 3 titik

pensampelan kelas IV bagi Indeks Kualiti Air.

PEMBANGUNAN KOLAM SUMBER AIR ALTERNATIF (HORAS 3000)

Page 8: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

KEDUDUKAN KOLAM SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR DI

LEMBANGAN SUNGAI SELANGOR

Muka Sauk LPA

di Sg Selangor

Page 9: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR
Page 10: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Keluasan kolam takungan adalah 4,200 hektar.

Pembinaanya dilaksanakan secara berfasa yang

mengandungi beberapa kolam dengan fungsi tertentu

dengan anggaran keupayaan (yield) sumber air di antara

2,000 juta liter sehari (JLH) hingga 5,000 JLH. Bagi tujuan

unjuran perancangan, hanya 3000JLH diperakukan.

Terdiri daripada tanah-tanah anak syarikat Kerajaan Negeri

seperti KDEB, PKPS, PNSB, MBI dan ada beberapa tanah

swasta seperti KL Larut (pajakan lombong) dan Maxisegar.

Page 11: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

PELAN TABURAN KOLAM /LOMBONG PASIR

Page 12: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Lampiran 1

Page 13: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Fungsi projek pembangunan kolam ini adalah untuk

meningkatkan kebolehdapatan dan simpanan sumber air

Negeri serta mengurangkan kesan banjir di kawasan hilir

termasuk kawasan muka sauk di Bestari Jaya.

Analisa dan permodelan telah dilaksanakan untuk

mengenal pasti keupayaan kolam tersebut sebagai kolam

sumber air alternatif.

Page 14: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Sg. Selangor Model (Existing model in InfoWorks ICM)

Page 15: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Pelan Risiko Banjir Sedia Ada

Page 16: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Model Pelan Risiko Banjir Dengan Cadangan Kolam Takungan

Page 17: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Pelaksanaan pembinaan kolam takungan di Bestari

Jaya adalah sebagai kesinambungan sumber bekalan

air mentah Negeri ketika musim kemarau selain dapat

menyimpan aliran air banjir dari Sungai Selangor.

Berdasarkan permodelan yang dijalankan keluasan

kawasan yang mengalami banjir pada masa ini adalah

9,075 hektar dan dapat dikurangkan kepada 4,308

hektar iaitu sekitar 50% kawasan yang terlibat.

Page 18: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (KSAN

2000-2050) bagi analisis hidrologi yang telah dijalankan

adalah didapati bahawa kadar aliran banjir di Stesen

Sungai Selangor (Stesen JPS, Rantau Panjang) bagi

tahun (1960-2010) adalah seperti berikut :

i) 1: 50 ARI (Average Recurrence Interval) ialah 461

m3/s (39,830 JLH)

ii) 1:100 ARI ialah 541 m3/s (46,742 JLH).

iii) ‘7 day low flow’ ialah 9.85 m3/s (851 JLH).

Terdapat banyak lebihan air yang boleh ditakung semasa

aliran air banjir di Sungai Selangor.

Page 19: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

14000

16000

18000

20000

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

RES

IDU

AL

FLO

W (

JLH

)

BAKI ALIRAN/RESIDUAL FLOW DI BARAJ BESTARI JAYA

JAN2014

FEB2014

MAC2014

APRIL2014

MEI2014

JUN2014

JULAI2014

DATE

10 Julai 2014, 0 JLH

Page 20: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Mengambil kira baki aliran air di Baraj Bestari Jaya yang

mengalir ke hilir Sungai Selangor yang mana ada

kalanya lebih 16,000 JLH.

Memanfaatkan kewujudan air bumi di kawasan kajian

membantu pengisian semula apabila air di gunakan

sebagai sumber LPA.

Pelaksanaan fasa 1 akan mengeluarkan 1000 JLH untuk

menampung keperluan pembangunan.

Hasil pasir yang dikeluarkan digunakan untuk

menampung kos pelaksanaan projek.

Page 21: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

21

HORAS 3000

Page 22: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

HORAS 600 dimulakan selepas kajian rekabentuk

HORAS 3000 dilaksanakan.

Bagaimanapun, pelaksanaan berperingkat bermula

dengan HORAS 600 berdasarkan keperluan air mentah

semasa bagi projek mitigasi bekalan air dan jumlah rezab

yang boleh disimpan.

Pelaksanaan HORAS 600 juga sebagai petunjuk

kebolehlaksanaan dan keberkesanan rekabentuk

HORAS 3000 yang lebih besar.

PELAKSANAAN BERPERINGKAT

Page 23: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

23

HORAS 600

MAIN POND

FILTER PONDS

INLET

PUMP STATION

Page 24: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Untuk meningkatkan kebolehdapatan dan kadar

simpanan sumber air Negeri ketika musim kemarau atau

aliran rendah di sungai.

Untuk mengurangkan kebergantungan sumber air

daripada pelepasan air empangan dan aliran air sungai.

Untuk mengurangkan kesan banjir di kawasan hilir

termasuk kawasan muka sauk di Bestari Jaya.

Untuk digunakan ketika kecemasan sebagai sumber

menggantikan air sungai dan takungan pemendapan

kelodak.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN PROJEK HORAS

Page 25: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

OPERASI PEMBENIHAN AWAN

LUAS bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah

menjalankan operasi pembenihan awan dengan kerjasama pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan juga pihak

swasta.

LUAS juga telah mensasarkan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan bermula 27 Mac 2014 sehingga ke hujung

tahun dengan kerjasama pihak JMM dan syarikat swasta bagi

meningkatkan paras air Empangan Sungai Selangor tertakluk

kepada kesesuaian cuaca oleh pihak JMM.

Menjalankan operasi pembenihan awan bersama pakar dari Royal Rainmaking Thailand bagi memperbaiki kaedah dan

teknologi pembenihan awan. Antaranya adalah pembakaran hygroscopic flare di dasar serta di dalam awan dan

penerbangan sehingga 5000 kaki.

INISIATIF LAIN UNTUK MEMASTIKAN SUMBER AIR

MENCUKUPI

Page 26: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

OPA bersama JMM di Empangan Klang Gates, Sg. Tinggi dan Sg. Selangor.

Proses pembakaran

‘hygroscopic flare’ di

udara semasa OPA

bagi menggalakkan

penghasilan hujan jika

terdapat awan

bersesuaian jenis

‘towering kumulus’.

OPERASI PEMBENIHAN AWAN

Page 27: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

KESIMPULAN LUAS bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri

Selangor komited untuk membekalkan sumber air

yang mencukupi dan selamat untuk keperluan

penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Inisiatif yang dilakukan adalah jaminan bahawa

sumber air di Negeri Selangor boleh diperolehi

dengan pengurusan yang cekap.

Keputusan analisa pensampelan yang dikeluarkan

oleh JKM bagi tahun 2011 hingga 2013 dan yang

terkini adalah mematuhi Kualiti Air Mentah yang

Disyorkan (Recommended Raw Water Quality) dan

Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan (National

Standard for Drinking Water Quality).

Page 28: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

Sumber air sebagai pemacu

pembangunan dan penjana ekonomi

negeri dalam pelbagai sektor.

KOMITMEN KE HADAPAN

Page 29: SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR

TERIMA KASIH