panduan penentuan makanan halal menurut … kerja iceps/panduan penentuan makanan... · panduan...

13
PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ULAMA SERTA KESANNYA TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA Oleh: AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA ABSTRAK Makanan merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa ini kita dapat melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan. Di antara isu pemakanan yang sentiasa menjadi perbualan antara masyarakat di Malaysia adalah pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalutkan usus khinzir. Pembongkaran ini telah membuka mata masyarakat tentang berapa pentingnya pengetahuan tentang sumber pemakanan yang dimakan selama ini. Pihak–pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif bagi memastikan makanan, ubat-ubatan, kosmetik yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia benar-benar halal dan dibenarkan oleh Syarak. Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan isu pemakanan menurut perspektif Islam di samping panduan penentuan makanan halal menurut pandangan ulama. Penjelasan ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan terhadap hala tuju perkembangan Industri Kecil Sederhana Muslim di Malaysia. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak kedudukan hukum makanan halal dan haram yang terdapat di Malaysia dan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan kehalalan satu-satu produk itu. DEFINISI MAKANAN Menurut istilah bahasa Arab makanan diistilahkan sebagai at’imat iaitu jamak kepada to’am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. (Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi 2000). Manakala menurut Kamus Dewan makanan didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lain-lain (Kamus Dewan 2002). Makan juga boleh diertikan sebagai memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair.Secara umumnya, makan pada kebiasaannya ditujukan kepada perbuatan memakan makanan yang berketul, berbiji, berbuku, yang boleh dikunyah seperti nasi, roti, buah-buahan dan seumpamanya.(Mohamed Jusuh 1986) 1

Upload: duongnguyet

Post on 22-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ULAMA SERTA KESANNYA TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA

Oleh:

AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

ABSTRAK

Makanan merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa ini kita dapat melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan. Di antara isu pemakanan yang sentiasa menjadi perbualan antara masyarakat di Malaysia adalah pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalutkan usus khinzir. Pembongkaran ini telah membuka mata masyarakat tentang berapa pentingnya pengetahuan tentang sumber pemakanan yang dimakan selama ini. Pihak–pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif bagi memastikan makanan, ubat-ubatan, kosmetik yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia benar-benar halal dan dibenarkan oleh Syarak. Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan isu pemakanan menurut perspektif Islam di samping panduan penentuan makanan halal menurut pandangan ulama. Penjelasan ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan terhadap hala tuju perkembangan Industri Kecil Sederhana Muslim di Malaysia. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak kedudukan hukum makanan halal dan haram yang terdapat di Malaysia dan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan kehalalan satu-satu produk itu.

DEFINISI MAKANAN

Menurut istilah bahasa Arab makanan diistilahkan sebagai at’imat iaitu jamak kepada

to’am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan

sebagainya. (Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi 2000). Manakala menurut Kamus

Dewan makanan didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti

dan lain-lain (Kamus Dewan 2002).

Makan juga boleh diertikan sebagai memamah atau mengunyah sesuatu benda yang

bukan berbentuk cecair.Secara umumnya, makan pada kebiasaannya ditujukan kepada

perbuatan memakan makanan yang berketul, berbiji, berbuku, yang boleh dikunyah

seperti nasi, roti, buah-buahan dan seumpamanya.(Mohamed Jusuh 1986)

1

Page 2: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Menurut definisi ilmu sains makanan boleh didefinisikan sebagai apa sahaja sama ada

pepejal, cecair atau di antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi kimia yang

tersendiri dan apabila dimakan ia akan menjalankan beberapa tugas seperti menyediakan

bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu badan dan

sebagainya. (Krause dan Mahan 1972)

DEFINISI MAKANAN HALAL

Terdapat beberapa garis panduan untuk menentukan definisi makanan halal ia adalah seperti berikut:

a)Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda

dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak

disembelih mengikut hukum syarak.

b)Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut

hukum syarak.

c)Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak

bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau

berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b,

dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

(http://jaipp.penang.gov.my/jaipp/garis_panduan_makanan.htm.)

PRINSIP MAKANAN HALAL DAN HARAM

Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengikut ayat 145

dalam surah al-An’am, ayat 157 dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah

seperti berikut: (Zulkifli Mohamed al-Bakri 2005)

2

Page 3: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Prinsip Pertama:

Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada

zaman Rasullullah S.A.W Halal.

Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:

1- Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang

demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab,

2- Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab

dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal

oleh syarak.

Prinsip Kedua:

Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah

haram.

Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau

bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang

mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung

rajawali.

Prinsip ketiga:

Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan.

Binatang tersebut seperti ular, kala jengking, gagak, tikus dan semua binatang yang

memudharatkan.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP PENENTUAN MAKANAN HALAL

Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang

menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan

menetapkan 10 jenis binatang yang haram. Ayat ini menjadi panduan dalam menentukan

3

Page 4: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

kehalalan sesuatu makanan dan produk disamping ayat-ayat lain yang hanya

menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3:

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة وما أآل السبع إال ما ذآيتم وما ذبح على النصب وأن تستقسموا والمتردية والنطيحة

باألزالم ذلكم فسق اليوم يئس الذين آفروا من دينكم فال تخشوهم واخشون اليوم عليكم نعمتي ورضيت لكم اإلسالم دينا فمن اضطر في أآملت لكم دينكم وأتممت

مخمصة غير متجانف إلثم فإن الله غفور رحيم

Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ringkasnya: Secara umumnya binatang yang diharamkan untuk dimakan itu ada empat

jenis, dan secara terperincinya sebanyak sepuluh jenis iaitu: (Yusuf al-Qardhawi 1993

dan al-Ghazali 2000)

Makanan Pertama: Bangkai

Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang

memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

4

Page 5: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Makanan Kedua: Darah Yang Mengalir

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-

orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan

atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Makanan Ketiga: Daging Babi

Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Maka

tepatlah apa yang ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud :

"Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 156)

Makanan Keempat: Binatang Yang Disembelih Bukan kerana Allah

Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan

menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala Kaum penyembah berhala

(watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut nama-

nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain

Allah dan menyembah kepada selain asma' Allah yang Maha Besar.

Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah di sini

ialah semata-mata illah agama, dengan tujuan untuk melindungi aqidah tauhid,dan

kemurnian aqidah.

Kesimpulannya hanya empat jenis binatang dan makanan sahaja yang disebutkan di atas

tetapi diperincikan dalam surah al-Maidah ayat 3 dengan ditambah enam jenis lagi yang

menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 10 jenis seperti dibawah:

Makanan Kelima:Al-Munkhaniqah

Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit

leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan

sebagainya sehingga binatang tersebut mati.

5

Page 6: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Makanan Keenam: Al-Mauqudzah

Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

Makanan Ketujuh: Al-Mutaraddiyah

Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Yang

seperti ini ialah binatang yang jatuh dalam perigi.

Makanan Kelapan: An-Nathihah

An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.

Makanan Kesembilan: Maa akalas sabu

Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan

sebahagian dagingnya sehingga mati.

Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan makanan dari bilangan 5 sampai bilangan

9 ini kemudian Allah menyatakan "Kecuali binatang yang kamu sembelih," yakni apabila

binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Oleh itu,

binatang-binatang tersebut menjadi halal sekiranya ia disembelih.

Makanan kesepuluh: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala

Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama dengan

Manshub ertinya: yang ditegakkan. Maksudnya iaitu berhala atau batu yang ditegakkan

sebagai tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah biasanya

menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut dengan

maksud bertaqarrub kepada Tuhannya.Binatang-binatang yang disembelih untuk maksud

di atas termasuk salah satu daripada jenis penyembelihan yang dilakukan bukan kerana

Allah.

6

Page 7: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Ulama berselisih pendapat tentang keharusan penyembelihan, adakah halal binatang

–binatang ini (bilangan 5 sehingga 9) yang hukumnya seperti bangkai? (al-Sabuni

1999 dan al-Sais t.t)

Pendapat yang masyhur daripada mazhab Shafie dan Mazhab Hanafi, sekiranya binatang

itu ada menunjukkan tanda-tanda masih lagi hidup seperti pergerakan kaki dan

seumpamanya kemudian disembelih, maka sembelihan itu adalah halal.

Sebahagian daripada pengikut mazhab Hanafi dan Shafie, mereka mensyaratkan bahawa

binatang itu hendaklah dalam keadaan hayat mustaqirrah. Diriwayatkan daripada Malik

sekiranya binatang tersebut lebih hampir kepada mati, maka tidak diharuskan

penyembelihan tersebut dan sembelihan itu tidak halal dimakan.

Kesimpulannya, ulama semua bersetuju bahawa semua binatang yang disebutkan di atas

adalah haram dimakan, walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang 5 jenis

binatang iaitu Al-Munkhaniqah, Al-Mauqudzah, Al-Mutaraddiyah, An-Nathihah dan Maa

akalas sabu. Sebahagian berpendapat selagi mana binatang tersebut menunjukkan tanda-

tanda hidup maka diharuskan menyembelihnya dan halal dimakan, manakala pendapat

lain pula mengatakan walaupun binatang itu ada menunjukkan tanda-tanda hidup tetapi

lebih hampir kepada mati maka tidak diharuskan menyembelihnya dan tidak halal di

makan.

GARIS PANDUAN MAKANAN HALAL DI MALAYSIA

Di Malaysia pihak yang memainkan peranan terbesar dalam menentukan kehalalan

sesuatu makanan, minuman dan barangan gunaan orang Islam adalah Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM). Pihak Jakim ada menyediakan garis panduan berkaitan dengan

pemakanan berdasarkan sumber al-Quran dan pandangan ulama terhadapnya. Matlamat

garis panduan ini adalah untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pengusaha,

usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi penyediaan, pemprosesan,

penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman

dan barang gunaan Islam.

7

Page 8: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=80&parent_id=79

Sumber Bahan Makanan Dan Minuman Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan,

bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang

dihalalkan dan ada yang diharamkan. Garis panduan tersebut adalah berdasarkan

pembahagian di bawah:

1.0 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Haiwan Darat dan Haiwan Air.

Semua Haiwan Darat halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih mengikut

hukum syarak, babi, anjing, haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan

untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak

sumbu, kucing dan seumpamanya, burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam,

makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan

seumpamanya. Selain daripada itu haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk

dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya, haiwan

yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung

hud-hud dan labah-labah.

Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya,

haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut

dan seumpamanya dan semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh

bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah

satu keturunan dari babi atau anjing juga adalah haram dimakan.

Haiwan Air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya

adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan

kesihatan manusia.

8

Page 9: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

2.0 Tumbuh-tumbuhan Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa,

beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh

bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

3.0 Minuman Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan

kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.

4.0 Bahan Semulajadi Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang

bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

5.0 Bahan Kimia Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun,

memabukkan dan membahayakan kesihatan.

6.0 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan

seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-

tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

Secara keseluruhan, apa yang dapat dirumuskan disini bahawa ulama telah menentukan

garis panduan makanan halal itu berdasarkan ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran.

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut juga pihak Jakim telah memperincikan garis

panduan tersebut untuk mengelakkan kesangsian masyarakat terhadap kehalalan dan

keharaman sesuatu produk itu.

KESAN TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA

Para pengusaha, peniaga dan usahawan Muslim harus mengetahui semua aspek yang

berkaitan dengan pemakanan halal dalam mengembangkan Industri Kecil Sederhana di

Malaysia. Di antara kesan-kesan yang boleh dirumuskan dalam memastikan kemajuan

9

Page 10: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

Industri Kecil Sederhana di Malaysia khususnya dan Negara luar amnya adalah seperti

berikut:

1- Pengetahuan mendalam tentang pandangan ulama mengenai pemakanan halal dan

haram memberi kesan yang besar terhadap perkembangan IKS di Malaysia. Ini

adalah kerana sekiranya para usahawan Muslim yang mengendalikan urusan

pemakanan halal ini mengetahui secara terperinci tentang kehalalan dan

keharaman sesuatu pemakanan itu, ia dengan secara sendirinya dapat

menyakinkan para pelanggan dan pembeli Muslim untuk membeli produk yang

dikeluarkan oleh Industri Kecil Sederhana Muslim. Perkembangan ini secara tidak

langsung telah memberi kesan kepada peningkatan pasaran dan pengeluaran

disebabkan permintaan yang agak tinggi daripada pelanggan di Malaysia.

2- Ekoran daripada kesan yang pertama, ia bukan sahaja mendatangkan faedah

kepada negara kita malahan secara perlahan-lahan ia telah menyebabkan produk

IKS Muslim di Malaysia dikenali oleh Negara luar terutama Negara Islam Luar.

Terdapat beberapa Negara luar seperti Dubai, Doha, dan sebagainya yang

berminat dengan produk IKS Muslim yang dikeluarkan oleh Malaysia disebabkan

keyakinan mereka terhadap kehalalan sesuatu produk itu. Ini secara tidak

langsung telah memberikan kesan yang positif terhadap kemajuan ekonomi

Negara kita disebabkan permintaan yang tinggi dari Negara luar disamping

memperkenalkan dan mempromosikan produk IKS Muslim Malaysia di luar

Negara.

3- Para usahawan Muslim yang mengendalikan Industri Kecil Sederhana haruslah

bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menghasilkan sesuatu

produk. Sebagai contoh para usahawan Muslim hendaklah mempunyai sistem

rangkaian kerja Muslim bermula daripada penyediaan bahan mentah,

pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan

bagi produk yang ingin dihasilkan samada makanan, minuman dan barang gunaan

Islam. Sekiranya sistem ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya sudah tentu ia

dapat menyakinkan lagi para pembeli dan pelanggan untuk membeli barangan

yang akan dihasilkan dan dikeluarkan oleh IKS Muslim nanti.

10

Page 11: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

4- Terdapat banyak perniagaan Industri Kecil Sederhana yang mempunyai pasaran

dan permintaan tinggi dikalangan masyarakat Islam terutama jenis-jenis produk

makanan yang pada kebiasaannya dikuasai oleh golongan bukan Islam seperti

perniagaan kek, roti, biskut dan seumpamanya. Jika diperhatikan makanan seperti

ini sentiasa dibeli oleh masyarakat Islam dan ia juga merupakan salah satu

makanan asasi masyarakat Islam di Malaysia. Kadang-kadang timbul perasaan

was-was dikalangan pembeli tentang kehalalan jenis-jenis makanan sebagaimana

yang disebutkan tadi, namun kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa

membelinya. Inilah masa yang amat sesesuai yang perlu difikirkan oleh peniaga

Muslim agar mengorak langkah ke hadapan supaya membuka syarikat atau

perniagaan makanan seperti roti, biskut, kek dan sebagainya untuk menjadi

alternatif kepada umat Islam ketika membeli. Dengan pengetahuan tentang

konsep halal haram dan diserapkan perlaksanaannya didalam menghasilkan

sesuatu produk makanan itu, sudah pasti Industri Kecil Sederhana Muslim akan

berkembang maju dan mendapat sambutan yang mengalakkan dikalangan umat

Islam di Malaysia.

PENUTUP

Islam mempunyai garis panduan dan peraturan dalam semua aspek kehidupan

termasuklah perkara yang berkaitan dengan pemakanan halal dan haram. Semua garis

panduan itu telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah dan diperincikan dengan

pandangan-pandangan ulama dan cendikiawan. Namun begitu masih terdapat ramai

dikalangan masyarakat dan pengusaha Muslim yang mengambil mudah dan tidak

mengambil berat tentang soal halal haram ini. Sebagaimana hadis yang telah

diriwayatkan oleh Imam Bukhari; dari Abu Hurairah katanya: Rasullullah S.A.W

bersabda: “ Pada suatu masa akan tiba yang mana manusia-manusianya tidak lagi

memperdulikan dari mana memperoleh sumber kehidupannya, apakah dari sumber halal

atau dari sumber haram”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa adakah kita sebagai salah

seorang usahawan dan pelanggan Muslim termasuk dalam golongan sebagaimana yang

11

Page 12: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

disebutkan dalam hadis yang tidak mengendahkan hukum syarak dalam urusan

pemakanan dan pembelian sesuatu produk.

Dalam hal ini, kita sebagai usahawan dan pelanggan Muslim haruslah bersama

membendung masalah halal haram di Malaysia, disarankan agar semua pengusaha

Muslim diberikan kesedaran betapa pentingnya memahami konsep halal haram dalam

urusan perniagaan terutama dalam sektor Industri Kecil Sederhana samada yang

melibatkan pemakanan, minuman dan barang gunaan Islam. Keperihatinan semua pihak

dalam perkara ini akan dapat menyelamatkan umat Islam daripada terjerumus dengan

sumber makanan yang tidak dihalalkan oleh Islam, ini dikuatkan lagi dengan hadis dari

Jabir katanya: “ Rasulullah S.A.W bersabda: “ Tidak akan masuk syurga daging yang

tumbuh dari hasil yang haram, setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram, maka

api nerakalah yang sesuai menjadi tempat tinggalnya”.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Al-Ghazali. 2000. Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Al-Sabuni,Muhamad Ali. 1999. Tafsir ayat al-ahkam min al-Quran.Beirut: Dar al-Quran al-Karim.

Al-Sais, Muhamad Ali. t.t. Tafsir ayat al-ahkam.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. 2000. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Krause, M.V. Mahan, L.K. 1972. Food, Nutrition and Diet Theraphy. Philapedia. Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Jusuh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam.Kuala Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Yusuf al-Qardhawi. 1995. Halal dan Haram dalam Islam. Singapura. Pustaka Islamiyah PTE LTD.

Zulkifli Mohamed al-Bakri. 2005. Hukum Makan Katak dan Berubat Denganya. Selangor: Darul Fuqaha Enterprise.

12

Page 13: PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT … kerja iCEPs/Panduan Penentuan Makanan... · PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ... usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi

http://jaipp.penang.gov.my/jaipp/garis_panduan_makanan.htm

http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=80&parent_id=79

13