tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan...

11
TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU KOD PROJEK: K-ECO/4 (UNISZA-11) IPTA: UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. KAMARUL ‘AIN BINTI MUSTAFA AKADEMIA: PROFESOR DR. CHE ABDULLAH BIN ABU BAKAR EN. WAN MUSA BIN WAN MUDA EN. ROSLAN BIN ARSHAD RAKAN KOMUNITI: YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI TERENGGANU (YPU) BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH: 1 OGOS 2011 30 JULAI 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Di Malaysia, pengesahan halal dan logo halal merupakan pengiktirafan yang menunjukkan bahawa status halal sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan kegunaan orang Islam berasaskan hukum syarak. Hal ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul kepada pengguna Islam terhadap makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan. Oleh itu, projek Pensijilan Halal Sektor Industri Makanan di Terengganu dibangunkan dengan bertujuan untuk memindahkan ilmu kepada usahawan kecil dan sederhana ke arah menghasilkan produk makanan pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN. Projek yang dijalankan ini juga bertujuan membangunkan satu modul pendedahan dan latihan supaya usahawan memahami syarat-syarat dan keperluan pensijilan halal bagi produk makanan. Modul ini juga adalah hasil kerjasama antara UNISZA dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) bagi mengenal pasti usahawan yang perlu dibimbing. Melalui projek ini usahawan dapat mengaplikasikan modul tersebut dalam penghasilan produk makanan halal dengan baik dan berkesan supaya mendapat pengiktirafan sijil halal. Modul ini seterusnya meningkatkan pengetahuan usahawan dalam penghasilan makanan berkualiti dan selamat yang dapat memenuhi permintaan bagi mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM atau JAIN.

Upload: vanthuy

Post on 05-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

TAJUK PROJEK:

PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU

KOD PROJEK:

K-ECO/4 (UNISZA-11)

IPTA:

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

KETUA PROJEK:

PROFESOR MADYA DR. KAMARUL ‘AIN BINTI MUSTAFA

AKADEMIA:

PROFESOR DR. CHE ABDULLAH BIN ABU BAKAR

EN. WAN MUSA BIN WAN MUDA

EN. ROSLAN BIN ARSHAD

RAKAN KOMUNITI:

YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI TERENGGANU (YPU)

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH:

1 OGOS 2011 – 30 JULAI 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Di Malaysia, pengesahan halal dan logo halal merupakan pengiktirafan yang menunjukkan

bahawa status halal sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan kegunaan orang Islam

berasaskan hukum syarak. Hal ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang

timbul kepada pengguna Islam terhadap makanan, minuman dan bahan gunaan yang

dikeluarkan. Oleh itu, projek Pensijilan Halal Sektor Industri Makanan di Terengganu

dibangunkan dengan bertujuan untuk memindahkan ilmu kepada usahawan kecil dan sederhana

ke arah menghasilkan produk makanan pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN. Projek yang

dijalankan ini juga bertujuan membangunkan satu modul pendedahan dan latihan supaya

usahawan memahami syarat-syarat dan keperluan pensijilan halal bagi produk makanan. Modul

ini juga adalah hasil kerjasama antara UNISZA dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri

Terengganu (YPU) bagi mengenal pasti usahawan yang perlu dibimbing. Melalui projek ini

usahawan dapat mengaplikasikan modul tersebut dalam penghasilan produk makanan halal

dengan baik dan berkesan supaya mendapat pengiktirafan sijil halal. Modul ini seterusnya

meningkatkan pengetahuan usahawan dalam penghasilan makanan berkualiti dan selamat yang

dapat memenuhi permintaan bagi mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM atau JAIN.

Page 2: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk membimbing usahawan kecil dan sederhana di Negeri

Terengganu supaya menghasilkan produk makanan yang mempunyai pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN.

2) Untuk memberi pendedahan dan latihan agar usahawan kecil dan sederhana di Terengganu dapat memahami dan menghayati syarat-syarat dan keperluan pensijilan halal bagi produk makanan.

AKTIVITI

UNISZA dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu telah mengenal pasti usahawan yang mempunyai potensi untuk dibimbing sehingga mendapat pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan. Selepas usahawan dikenal pasti, mereka diberi pendedahan dan latihan tentang syarat-syarat dan keperluan untuk mendapatkan pensijilan halal. Usahawan yang dikenal pasti adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

a) Mereka sedang terlibat dengan pemprosesan makanan. b) Produk mereka telah berada di pasaran tetapi belum mendapat

pensijilan halal. c) Mereka mempunyai tempat pemprosesan dan lesen premis yang

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.

Premis diaudit oleh kumpulan petugas program untuk pengesahan. Usahawan diberi latihan berikut:

a) Kursus asas makanan halal. b) Amalan pengeluaran makanan halal. c) Bengkel kaedah pensijilan halal. d) Kursus amalan pengilangan yang baik (GMP) untuk pemprosesan

makanan. e) Bengkel penyediaan manual GMP. f) Bengkel permohonan pensijilan halal dalam talian.

OUTPUT

Komuniti: 1) Sebanyak 46 premis makanan yang berminat mendapatkan pensijilan

halal telah diaudit oleh sekumpulan pengaudit yang dilantik. 2) Pengusaha makanan di Terengganu telah diberi latihan tentang asas

dan amalan pengeluaran makanan halal yang mematuhi keperluan pensijilan halal.

Page 3: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

3) Pengusaha dapat melihat contoh pengilangan yang bukan sahaja memenuhi piawaian Halal JAKIM, malah mempunyai nilai tambah tersendiri.

4) Pengusaha diberikan peluang perniagaan dalam bentuk yang baharu melalui kerjasama dengan komuniti Amalan Perkilangan Islam (Islamic Manufacturing Practices) atau (IMP).

5) Pengusaha dapat menambah pengetahuan tentang amalan yang dipraktikkan dalam penghasilan makan halal dan selamat. Bengkel yang diadakan membuka minda para pengusaha tentang aspek-aspek penting yang harus dititikberatkan.

6) Pengusaha dapat menambah pengetahuan tentang sistem amalan yang terancang yang mematuhi piawaian KKM melalui skim pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri” (MESTI). Skim pensijilan MESTI adalah satu skim yang dijenamakan semula pada 1 Julai 2012 menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia (SK1M).

7) Pengusaha dapat mempelajari cara untuk melakukan dokumentasi dan mewujudkan sistem yang diperlukan oleh KKM bagi melaksanakan modul Permohonan Program Jaminan Keselamatan Makanan.

IPTA: 1) Peluang kerjasama antara UNISZA dengan komuniti IMP dalam usaha

mendalami industri pengilang makanan berkonsepkan 100% Halalan Thoyyiban.

2) Laluan kerjasama dengan pengusaha makanan di Terengganu melalui pemindahan maklumat dan prosedur permohonan Program Jaminan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihtan Malaysia.

3) Peluang UNISZA mengenal pasti masalah dan cabaran semasa yang dihadapi oleh pengusaha dalam hal memajukan perniagaan.

4) Peluang Pembantu Penyelidik mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari kepada pihak komuniti dengan lebih berkesan.

Pembangunan Modal Insan:

1) Pengusaha makanan mendapat khidmat pakar runding bagi melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan seperti halal, GMP, HACCP dengan percuma.

2) Proses pemindahan maklumat dan ilmu kepada para usahawan dapat membuka minda dan menambah pengetahuan menghasilkan produk makanan yang selamat dan berkualiti.

3) Kesedaran usahawan tentang kebersihan makanan yang berkait rapat dengan penghasilan produk halal meningkat. Makanan halal yang dihasilkan merangkumi segenap aspek yang bermula daripada kawalan kebersihan hingga kepada tingkah laku pengendali.

4) Pengusaha IKS berpotensi mendapat pensijilan halal mendapat ilmu pengetahuan tentang proses dan keperluan dalam permohonan halal.

Page 4: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sultan Zainal Abidin 2) Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU)

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Industri makanan di Terengganu mendapat nafas baharu terutamanya

bumiputera yang mendominasi IKS dengan pensijilan halal. 2) Kos semakin rendah, proses dan masa menunggu permohonan

pensijilan halal menjadi lebih cepat dengan bantuan penasihat dari UNISZA.

3) Pertambahan bilangan pengusaha makan di Terengganu yang memohon pensijilan halal.

4) Hubungan baik antara IPTA dengan jabatan yang terlibat dalam pensijilan halal seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu meningkat.

5) Peningkatan amalan pengendalian makanan yang meningkatkan pengeluaran makanan halal dan mengembangkan lagi pasaran produk halal ke luar negara.

6) YPU yang menaungi pengusaha-pengusaha di Terengganu dapat memperkukuh hubungan baik dengan pengusaha melalui persetujuan persefahaman (MOU) dan memberikan alternatif kepada pengusaha dalam hal memajukan dan memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

7) Premis makanan di bawah bimbingan KTP telah mendapat pensijilan halal JAKIM, khususnya Adi food Product Sdn. Bhd., Jelira Rasa Enterprise, Maperow Sdn. Bhd., Nuriq Enterprise dan Waja Best Enterprise.

IPTA:

1) Peluang mengenal pasti kumpulan sasaran, khususnya pengusaha IKS yang berpotensi mendapatkan pensijilan halal dalam hal menjayakan projek yang dijalankan.

2) IPTA menjadi penasihat untuk membantu usahawan melakukan penambahbaikan terhadap struktur kilang dari segi aliran keluar masuk bahan mentah dan produk siap serta susun atur peralatan dalam premis dan cara-cara mengendalikan proses sanitasi dan pembersihan menggunakan kaedah yang betul.

3) Wujudnya tatacara operasi standard (SOP) di kilang berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam manual Program Jaminan Keselamatan Makanan.

4) Promosi Skim Keselamatan Makanan kepada pengusaha makanan di Terengganu sebagai langkah pertama bagi memudahkan urusan pensijilan halal.

5) Promosi Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) yang dijenamakan semula daripada SK1M.

Page 5: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

6) UNISZA dan YPU menganjurkan seminar, bengkel dan latihan mengikut keperluan pengusaha.

Pembangunan Modal Insan: 1) Kerjasama pintar antara universiti, rakan komuniti dan industri makanan

di Terengganu bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan. 2) Peningkatan jumlah usahawan IKS yang mendapat pensijilan halal

daripada JAKIM. 3) Terengganu menjadi destinasi produk makanan yang mendapat

pengiktirafan JAKIM dan produk makanan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

4) Keselamatan pengguna dipertingkatkan melalui penghasilan makanan yang selamat, bersih dan halal.

Page 6: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 7: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) Tarikh Lawatan : 12 Ogos 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UTM) 2) En. Fong Sew Khuan (USM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 28%

B AKADEMIA (10%) 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 20%

MARKAH KESELURUHAN (%) 72%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 3/5

Page 8: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

- Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Hasil penilaian ke atas cadangan, laporan kemajuan berkala dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati lebih berkonsepkan perundingan, bukan konsep pemindahan ilmu. Projek ini berada pada kategori ungu.

Page 9: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

LAMPIRAN

Lawatan ke Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu

Sesi perbincangan bersama Ketua Projek

Page 10: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

Lawatan ke industri kecil dan sederhana

Sesi perbincangan dan soal jawab bersama Panel Penilai dan Ketua Projek

Page 11: TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO4(UNISZA-11).pdf · tajuk projek: pensijilan halal sektor industri makanan

Sesi pembentangan projek oleh Ketua Projek dan penilaian projek oleh Panel Penilai