panduan pelaksanaan perkhidmatan · pdf filesaya percaya panduan pelaksanaan perkhidmatan ......

Download PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN · PDF fileSaya percaya Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan ... Saya juga berharap buku ini mampu menjadi bahan rujukan serta panduan kepada mereka yang

If you can't read please download the document

Upload: letram

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • !

    PANDUAN PELAKSANAAN

    PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

    (KHIDMAT NASIHAT, BIMBINGAN &

    KONSULTASI)

    MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM)

    2017

    PUSAT PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI (CRC)

    ! 1

  • MAKTAB KOPERASI MALAYSIA SIDANG REDAKSI PENERBITAN

    PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

    MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM)

    PENAUNG

    Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

    Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia

    PENASIHAT

    Tn. Hj. Ramlan Kamsin

    Timbalan Ketua Pengarah (Akademik)

    KETUA PENGARANG

    Hjh. Rahimah Abd. Samad

    Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan & Konsultasi (CRC)

    SIDANG PENGARANG

    Dr. Zurita Mohd Salleh

    Ashaari B. Arshad

    Rafedah Juhan

    Nazirah Bt Baharudin

    Pegawai Pusat Penyelidikan & Konsultasi (CRC)

    ! 2

  • PRAKATA

    PENGARAH KANAN PUSAT PENYELIDIKAN & KONSULTASI (CRC)

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Syukur Alhamdulillah,

    dengan limpah kurniaNya Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM telah

    dapat dihasilkan.

    Perkhidmatan Perundingan merupakan suatu aktiviti berbentuk khidmat nasihat, khidmat

    konsultasi dan khidmat bimbingan yang diberikan oleh MKM. Perkhidmatan ini perlu

    dikendalikan secara sistematik, holistik serta strategik bagi bertindak balas dengan

    keperluan pelanggan utama MKM iaitu gerakan koperasi di Malaysia.

    Justeru, Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM ini memberi

    panduan dan membantu para pegawai perunding MKM untuk melaksanakan

    Perkhidmatan Perundingan dari peringkat awal (persediaan) sehingga peringkat akhir

    (penilaian dan penamatan perjanjian antara pihak perunding dengan pelanggan). Buku

    panduan ini juga bertujuan untuk memastikan format laporan laporan Perkhidmatan

    Perundingan yang dihasilkan adalah komprehensif, konsisten dan sistematik sebagaimana

    yang telah digariskan.

    Secara amnya, buku panduan ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian 1:

    Tanggungjawab Dan Etika Sebagai Pegawai Perunding, Bahagian 2: Pelaksanaan dan

    Penilaian Perkhidmatan Perundingan 3: Dokumen-Dokumen Berkaitan.

    Saya percaya Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM yang diterbitkan

    ini akan dapat mencapai tujuan pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan yang lebih

    sistematik dan berstruktur. Walau bagaimanapun, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi

    ! 3

  • (CRC) mengalu-alukan cadangan untuk memperbaiki lagi Panduan Pelaksanaan

    Perkhidmatan Perundingan MKM ini dari semasa ke semasa.

    HJH. RAHIMAH ABD. SAMAD

    Pengarah Kanan

    Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC), Maktab Koperasi Malaysia

    KATA PENGANTAR

    KETUA PENGARAH MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM)

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

    kurniaNya, buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM ini dapat

    diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pelaksanaan Perkhidmatan

    Perundingan Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

    MKM merupakan satu-satunya pusat latihan dan pendidikan koperasi serta menjadi

    rujukan kepada gerakan koperasi di negara ini. Selain menganjurkan program latihan,

    aktiviti Perkhidmatan Perundingan dijadikan sebagai satu usaha berterusan bagi

    membangunkan modal insan yang kompeten, inovatif dan efektif. Dengan penerapan nilai

    dan prinsip koperasi, adalah diharapkan MKM akan terus kompeten menjadi pusat rujukan

    pendidikan, penyelidikan dan konsultasi yang mampu membantu koperasi ke arah

    penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan perniagaan koperasi.

    Penerbitan Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM ini adalah selaras

    dengan salah satu fungsi yang telah diletakkan di bawah KPI (Key Performance Index)

    Maktab Koperasi Malaysia untuk menjadikan MKM lebih mantap dan efisien serta

    diiktiraf sebagai penggerak dan penyumbang kepada perkembangan gerakan koperasi

    khususnya di Malaysia. Saya juga berharap buku ini mampu menjadi bahan rujukan serta

    panduan kepada mereka yang menceburi bidang konsultasi koperasi.

    ! 4

  • Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai Pusat Penyelidikan dan

    Konsultasi (CRC) yang telah berusaha gigih dan komited dalam merealisasikan penerbitan

    Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM ini.

    Sekian, terima kasih.

    PROF. MADYA DATO DR. ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAZAK SHAIK

    Ketua Pengarah

    Maktab Koperasi Malaysia

    ! 5

  • KATA PENGANTAR

    TIMBALAN KETUA PENGARAH, MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM)

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Tahniah dan Syabas kepada Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) kerana berjaya

    menerbitkan Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM.

    MKM sentiasa mempergiatkan aktiviti Perkhidmatan Perundingan bagi meningkatkan

    mutu perkhidmatan berasaskan kepada pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki oleh

    modal insan di MKM. Perkhidmatan Perundingan yang ditawarkan perlu seiring dengan

    isu semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia. Bagi memastikan

    Perkhidmatan Perundingan dilaksanakan dengan berstruktur dan berimpak tinggi, maka

    penerbitan Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan MKM sememangnya amat

    diperlukan.

    Harapan saya, inti pati buku ini dapat dijadikan sumber rujukan pegawai perunding MKM

    untuk melaksanakan Perkhidmatan Perundingan yang berkualiti dan memberi impak

    dalam mempertingkatkan usaha demi memartabatkan gerakan koperasi di Malaysia. Ia

    juga seharusnya memudahkan pegawai perunding menghasilkan satu laporan

    Perkhidmatan Perundingan berdasarkan format dan standard yang telah ditetapkan. Hasil

    laporan ini nanti dapatlah dijadikan sebagai asas rujukan dan panduan untuk pegawai

    perunding yang melaksanakan perkhidmatan yang sama.

    Justeru, diharapkan Perkhidmatan Perundingan yang dilaksanakan mampu menyediakan

    tenaga pakar dan para ilmuwan MKM yang sentiasa menjadi pusat rujukan yang unggul

    dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi di Malaysia. Selamat Maju Jaya, wassalam.

    TN. HJ. RAMLAN BIN KAMSIN

    Timbalan Ketua Pengarah Akademik

    Maktab Koperasi Malaysia

    ! 6

  • KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    Prakata i

    Kata Pengantar Ketua Pengarah MKM

    Kata Pengantar Timbalan Ketua Pengarah MKM

    Isi Kandungan

    Pendahuluan 1

    Objektif 1

    BAHAGIAN 1: TANGGUNGJAWAB & ETIKA

    PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Pentakrifan

    1.3 Polisi Perundingan

    1.4

    1.5

    1.6

    1.7

    Tujuan Perkhidmatan Perundingan

    Jenis Perkhidmatan Perundingan

    Tanggungjawab Pegawai Perunding

    Bidang Perkhidmatan Perundingan

    ! 7

  • B A H A G I A N 2 : P E L A K S A N A A N & P E N I L A I A N

    PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

    2.1 Pendekatan

    2.2 Kaedah Pelaksanaan Khidmat Nasihat

    2.3 Kaedah Pelaksanaan Khidmat Konsultasi

    2.4

    2.5

    2.6

    2.7

    Kaedah Pelaksanaan Khidmat Bimbingan

    Menerima Permintaan Daripada Pelanggan

    Penyediaan Kertas Cadangan Perkhidmatan Perundingan

    Surat Perjanjian Bagi Perkhidmatan Perundingan

    ! 8

  • 1. PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Maktab Koperasi Malaysia (MKM) berperanan mengendalikan program latihan kepada

    gerakan koperasi. Selain menganjurkan program latihan dan menjalankan penyelidikan

    mengenai isu-isu semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia, MKM juga

    berperanan untuk memberi Perkhidmatan Perundingan (khidmat nasihat, bimbingan dan

    konsultasi) bagi membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pentadbiran

    dan pengurusan serta prestasi perniagaan koperasi. Perkhidmatan Perundingan merupakan

    salah satu fungsi yang telah diletakkan di bawah KPI (Key Performance Index) Maktab

    Koperasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

    Kepenggunaan (KPDNKK) yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua

    pihak. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) bertanggungjawab

    untuk memberi Perkhidmatan Perundingan berdasarkan kepada visi dan misi yang telah

    ditetapkan iaitu:-

    a. Visi

    Menjadi perunding yang kompeten dan reliable dalam membangunkan koperasi ke

    arah yang berdaya saing.

    b. Misi

    Membantu koperasi melaksanakan penambahbaikan dalam aspek pentadbiran,

    pengurusan, kewangan, teknologi maklumat dan perniagaan koperasi serta

    BAHAGIAN 3: DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN

    1. Carta Alir Proses Perkhidmatan Perundingan

    2. Carta Alir Penyediaan Kertas Cadangan Perkhidmatan Perundingan

    3. Dokumen-Dokumen Berkaitan

    ! 9

  • penghasilan nilai ekonomi kepada satu tahap yang lebih tinggi melalui pendekatan

    program perundingan yang praktikal dan berimpak.

    Bagi memastikan visi dan misi yang telah ditetapkan tercapai, CRC mengambil inisiatif

    untuk menghasilkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Perundingan Maktab

    Koperasi Malaysia (MKM) 2017. Buku ini hendaklah menjadi panduan kepada pegawai

    perunding untuk melaksanakan Perkhidmatan Perundingan secara sistematik dan

    berstruktur. Sepanjang perundingan dilaksanakan elemen keseragaman serta standard

    proses