panduan pbs 17 ogos 2012 bab 1

19
PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: nur-atiqah-abdullah

Post on 24-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENGURUSAN

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • ii

    KANDUNGAN HALAMAN

    PRAKATA

    BAB 1 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1.1 Punca Kuasa

    2

    1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    4

    1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    11

    1.4 Dokumen Rujukan

    15

    BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia - Peringkat Negeri - Peringkat Daerah - Peringkat Sekolah

    17

    2.2 Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    24

    2.3 Penjaminan Kualiti - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan

    25

    2.4 Pengurusan Evidens - Definisi Evidens - Evidens Pentaksiran Sekolah - Evidens Pentaksiran Pusat - Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

    Kokurikulum - Evidens Pentaksiran Psikometrik

    41

  • iii

    BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH

    3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

    53

    3.2 Pentaksiran Rujukan Standard

    55

    3.3 Standard Prestasi

    56

    3.4 Kerangka Standard Prestasi

    57

    3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

    59

    3.6 Instrumen Pentaksiran - Jenis-jenis Instrumen - Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

    61

    3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan - Perekodan - Pelaporan

    62

    BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

    4.1 Objektif Pentaksiran Pusat

    63

    4.2 Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah

    65

    4.3 Prinsip Pentaksiran Pusat

    67

    4.4 Jenis Instrumen

    68

    4.5 Tugasan Pentaksiran Pusat

    69

    4.6 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat

    71

    4.7 Peranan Pihak yang Terlibat

    73

  • iv

    BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

    5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    75

    5.2 Pentaksiran SEGAK

    76

    5.3 Pentaksiran BMI

    77

    5.4 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

    78

    5.5 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum

    80

    5.6 Borang - Borang PAJSK

    81

    BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

    6.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik

    85

    6.2 Ujian Aptitud Khusus

    86

    6.3 Ujian Personaliti

    87

    BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN

    SEKOLAH (SPPBS)

    92

    AKRONIM

    93

  • v

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN 1 - PINDAAN SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1 TAHUN 2011 : PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2011 KP.LP.003.07.14 (3) BERTARIKH 22 FEBRUARI 2011

    LAMPIRAN 2 - PINDAAN SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 2 TAHUN 2011 : PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MULAI TAHUN 2012 KP.LP.003.07.14 (2) BERTARIKH 14 FEBRUARI 2011

    LAMPIRAN 3 - SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 3 TAHUN 2011: PEMAKLUMAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH KP.LP.003.07.14.05 (1) BERTARIKH 29 JULAI 2011

    LAMPIRAN 4 - SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 6 TAHUN 2011: PENGGUNAAN BUKU PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SEKOLAH RENDAH KP.LP.003.07.14.05 (3) BERTARIKH 15 SEPTEMBER 2011

  • vi

    PRAKATA

    Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,

    Lembaga Pepriksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini

    untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak

    yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

    Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha

    Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah

    (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta

    Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-

    Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan

    mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta

    menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

    Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir,

    pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

    Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas

    penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini

    sebagai rujukan.

    Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan

    komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini

    amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap

    budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu

    Adil, Sahih dan Amanah.

    Terima kasih. DR. NAIMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

  • BAB 1

    DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

  • 2

    1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:

    1.1 PUNCA KUASA

    Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:

    1.1.1 Akta Pendidikan

    Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah:

    a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang

    penilaian berasaskan sekolah;

    b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

    c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

    1.1 Punca Kuasa 1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 Dokumen Rujukan

  • 3

    1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri

    Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan:

    a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011.

    b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.

    c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah - KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

    d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

  • 4

    1.2 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    AKADEMIK

    BUKAN AKADEMIK

    Pentaksiran

    Pusat

    Pentaksiran

    Sekolah

    Pentaksiran

    Aktiviti Jasmani,

    Sukan dan Kokurikulum

    Pentaksiran Psikometrik

    Rajah 1: Komponen PBS

  • 5

    1.2.1 Pentaksiran Sekolah

    Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

    PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    1.2.2 Pentaksiran Pusat

    Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.

    1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

    1.2.4 Pentaksiran Psikometrik

    Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

    a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

    b. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

  • 6

    1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS

    PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).

    Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

    BIL KOMPONEN PBS PERKARA

    Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam Pendidikan Moral

    Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Tiada

    c. Pentaksiran Psikometrik

    Tiada

    d. Pentaksiran Pusat

    Tiada

  • 7

    Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).

    Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

    BIL KOMPONEN PBS PERKARA

    Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Sains Reka Bentuk dan

    Teknologi Teknologi Maklumat dan

    Komukikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

    Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Semai

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum

    c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti

    d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  • 8

    Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.

    Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3

    BIL KOMPONEN PBS PERKARA

    Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

    Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan Kemahiran Hidup

    Bersepadu Kemahiran Teknikal

    Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

    Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

    Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Mulai tingkatan 1 tahun 2012

    c. Pentaksiran Psikometrik

    Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti

    d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 :

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

    Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan Kemahiran Hidup

    Bersepadu Kemahiran Teknikal

    Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

    Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

    Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

  • 9

    1.3 PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1.3.1 Syarat Pelaksanaan

    1.3.2 Pengurusan Kes Khas

    Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas.

    a. Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.

    b. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah.

    c. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

    a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

    ii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    iii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iv. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

  • 10

    b. Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

    ii. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.

    iii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    iv. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    v. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

    c. Murid Orang Kurang Upaya (OKU) Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU.

    Kategori murid OKU adalah seperti berikut: Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain, Disleksia / Attention Deficit

    Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)

    Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy

    ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut: Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan

    Masyarakat sebagai OKU

    iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

  • 11

    iv. mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut: Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa

    membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.

    Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari

    Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.

    v. melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang

    pengecualian diberikan kepada murid berkenaan Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

    vi. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    vii menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

    d. Murid bertukar sekolah. Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

    ii. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.

    iii. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.

    Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima.

    ii. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak

    melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu.

    iii. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

  • 12

    e. Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

    f. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

    g.

    Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i.

    memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

  • 13

    1.4 DOKUMEN RUJUKAN

    Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP.

    a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    i. LP menghantar buku kepada JPN / PPD.

    ii. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.

    iii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua.

    b. Dokumen Standard Prestasi (DSP)

    i. LP menghasilkan DSP.

    ii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata

    pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua.

    iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

    c. Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

    i. LP menyediakan Manual SPPBS.

    ii. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua.