panduan menulis buku kedatangan murid

3
PANDUAN MENULIS BUKU KEDATANGAN MURID. 1. Tulis nama murid mengikut nama yang tertulis dalam surat beranak. 2. Senaraikan nama murid mengikut abjad, tidak kira mengikut lelaki dan perempuan. 3. Tulis nama dan semua butiran dengan HURUF BESAR dengan kemas. 4. Isikan semua maklumat dengan pen berdakwat HITAM sahaja. 5. Tulis ’BWN’ sebelah nama murid yang bukan warganegara pada setiap mukasurat senarai nama murid. Kemudian ’Highlight’ nama tersebut dengan warna pink pada setiap mukasurat berkenaan. 6. Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir pada setiap hari. 7. Jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik / diletak di merata- rata tempat melainkan di pejabat. 8. Kiraan purata kedatangan murid mestilah disiapkan pada hari terakhir setiap bulan. 9. JANGAN sekali-kali menyuruh murid mengisi apa-apa butiran dalam jadual kedatangan. 10. Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau ’liquid paper’, Ia hanya boleh dipotong dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya. 11. Bagi murid-murid warga asing yang tidak dilahirkan di Malaysia, yuran warga asing sebanyak RM 120.00 hendaklah dibayar oleh ibu / bapa / penjaga murid berkenaan di JPWP. 12. Bagi murid baru, nama dan butir-butiran mereka hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pendaftaran untuk mendapatkan nombor bilangan pendaftaran. Nombor ini perlu dicatatkan dalam buku jadual kedatangan. 13. Sila lengkapkan alamat dan nombor telefon penjaga murid di belakang jadual kedatangan. Maklumat ini perlu ditukar jika terdapat perubahan. 14. Kira bilangan murid yang ponteng ( tidak hadir tanpa sebab ) dan juga jumlah bilangan hari ponteng pada setiap hujung bulan.

Upload: norzaibasima

Post on 22-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menulis Buku Kedatangan Murid

PANDUAN MENULIS BUKU KEDATANGAN MURID.

1. Tulis nama murid mengikut nama yang tertulis dalam surat beranak.

2. Senaraikan nama murid mengikut abjad, tidak kira mengikut lelaki dan perempuan.

3. Tulis nama dan semua butiran dengan HURUF BESAR dengan kemas.

4. Isikan semua maklumat dengan pen berdakwat HITAM sahaja.

5. Tulis ’BWN’ sebelah nama murid yang bukan warganegara pada setiap mukasurat senarai nama murid. Kemudian ’Highlight’ nama tersebut dengan warna pink pada setiap mukasurat berkenaan.

6. Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir pada setiap hari.

7. Jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik / diletak di merata-rata tempat melainkan di pejabat.

8. Kiraan purata kedatangan murid mestilah disiapkan pada hari terakhir setiap bulan.

9. JANGAN sekali-kali menyuruh murid mengisi apa-apa butiran dalam jadual kedatangan.

10. Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau ’liquid paper’, Ia hanya boleh dipotong dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya.

11. Bagi murid-murid warga asing yang tidak dilahirkan di Malaysia, yuran warga asing sebanyak RM 120.00 hendaklah dibayar oleh ibu / bapa / penjaga murid berkenaan di JPWP.

12. Bagi murid baru, nama dan butir-butiran mereka hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pendaftaran untuk mendapatkan nombor bilangan pendaftaran. Nombor ini perlu dicatatkan dalam buku jadual kedatangan.

13. Sila lengkapkan alamat dan nombor telefon penjaga murid di belakang jadual kedatangan. Maklumat ini perlu ditukar jika terdapat perubahan.

14. Kira bilangan murid yang ponteng ( tidak hadir tanpa sebab ) dan juga jumlah bilangan hari ponteng pada setiap hujung bulan.

16. Sila beri surat amaran sekiranya ketidakhadiran melebihi 3 hari, mengikut amaran pertama, kedua dan ketiga.

17. Tulis huruf ‘S’ di dalam bulatan sekiranya ketidakhadiran ada surat dan huruf ‘P’ sekiranya tiada surat.

18. Tulis huruf ’ W ’ di dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah untuk kegiatan diluar sekolah pada hari persekolahan, murid ini dianggapkan hadir untuk pengiraan.

19. Tulis huruf ’L” di dalam bulatan sekiranya murid datang lewat dengan menunjukkan SLIP LEWAT. Murid ini dianggapkan hadir.

20. Tulis C dalam bulatan untuk murid Tahun 5 yang menghadiri UPKK dan murid Tahun 6 yang menghadiri UPSRA ( wajib ada surat dari SR Agama). Murid-murid ini dikira tidak hadir dalam Jadual

Page 2: Panduan Menulis Buku Kedatangan Murid

Kehadiran tetapi dianggap hadir untuk anugerah kehadiran penuh pada hujung tahun. Guru kelas perlu membuat catatan senarai nama murid yang terlibat dalam ujian tersebut.

21. Guru ganti atau guru waktu pertama hendaklah menanda kedatangan murid-murid dijadual kedatangan pada atau sebelum waktu ke-2 jika guru kelas tersebut tidak hadir.

Kehadiran

Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Guru Besar berdasarkan jadual berikut:

Surat Hari Tidak Hadir (P)Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P)Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke - 10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas( Hari Ke - 11) Amaran Pertama (Hari Ke -

20)

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran(Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40)

* Surat Tunjuk Sebab Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari (Surat Berdaftar)

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari * Buang Sekolah

60 hari* Buang Sekolah

i. Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan – untuk waris murid, fail sekolah dan fail register.

ii. Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku JKM.

iii. Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan.