panduan mengisi tov dan etr 2in1

Upload: chewhc00

Post on 18-Jul-2015

431 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Langkah 1 Masuk Sistem Headcount

1. Klik pada butang Sistem Headcount.

Langkah 2 - Memasukkan Markah TOV

1. Klik pada butang Ke Markah TOV dan ETR.

Terdapat 2 cara. Cara 1 (Cara ini digunakan jika anda tidak menggunakan Sistem Markah/Sistem HeadCount bagi tahun sebelumnya.) 1 2 3 Pada Menu Utama, Klik butang "Ke Markah TOV dan ETR". Taipkan Rujukan Kelas, Nama Pelajar, Nama Kelas, Jantina, Bangsa dan No Kelas Ujian1 dahulu, kemudian taipkan No Kelas TOV. Taipkan Markah TOV bagi semua subjek yang diambil. Biasanya markah TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun bagi tahun sebelumnya. Kosongkan jika pelajar tersebut tidak ambil subjek itu. Contoh, utk tingkatan 5, TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 nya; utk tingkatan 3, TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 nya. 4 Setelah taipkan semua markah, klik Save untuk simpan data yang anda telah taipkan.

Cara 2 (Cara ini digunakan jika anda menggunakan Sistem Markah/Sistem HeadCount bagi tahun sebelumnya.) Berikut ialah contoh untuk menyediakan TOV dari sistem markah/sistem headcount T2. 1. Pada Menu Utama Sistem Markah, klik butang "Import Data". Taipkan 1 jika import data menggunakan Sistem Markah; Taipkan 2 jika import data menggunakan Sistem Headcount/Sistem 2in1. 2. Buka fail Sistem Markah/HC yang mengandungi data markah semua peperiksaan bagi semua kelas T2 tahun sebelumnya . 3. Setelah data telah diimport, perbetulkan maklumat Tahun, Tingkatan, nama-nama peperiksaan, nama-nama kelas dan nama guru tingkatan. 4. Semak maklumat-maklumat lain yang terdapat pada helaian setup ini dan perbetulkan jika perlu. 5. Klik butang Ke Masuk Markah, perbetulkan nama kelas (Cth 2A menjadi 3A) dan nombor kelas Ujian1 jika ada perubahan. 6. No kelas Ujian1 yang bertanda B hendaklah diubah kepada no kelas di mana pelajar itu ditempatkan. 7. Pelajar yang telah berhenti hendaklah dipadamkan dengan menghighlight semua maklumatnya dari rujukan kelas sehingga ke hujung (sehingga markah TOV/ETR) dan tekan kekunci "Delete". Baris kosong boleh dihilangkan dengan menekan butang "Susun Ikut Kelas". 8. Jika ada pelajar baru, sila taipkan namanya di bahagian bawah. Pastikan no kelas Ujian1 diisi mengikut no kelas pelajar itu ditempatkan. 9. Markah TOV boleh dipindahkan ke ruangan TOV seperti berikut. Pada Menu Utama, klik butang Ke TOV dan ETR, kemudian klik butang "Import TOV Dari Keputusan Tahun Sebelum (butang ini terletak di sebelah atas) dan ikut arahan yang dipaparkan. 10 Sekarang markah TOV telah dipindahkan. Markah TH hendaklah digantikan dengan markah yang sepadan. 11 Setelah markah TOV telah dipindahkan, klik butang "Hapus Markah" untuk menghapuskan markah peperiksaan T2 supaya anda boleh menggunakan fail ini untuk memasukkan markah peperiksaan T3 yang akan datang.

Langkah 3 - Memasukkan nama guru subjek

1. Klik pada butang Senarai Nama Guru Subjek.

1. Taipkan nama guru subjek pada ruangan berkenaan.2. Taipkan juga nama panitia pada baris teratas.Nama Panitia boleh diubah mengikut Nama Panitia sekolah masing-masing. 3. Perhatian: Nama Kelas dan Nama Guru Kelas tidak boleh diubah di sini, untuk ubah, sila ubah di helaian setup.

Kembali ke Menu Utama Klik pada Menu Utama

Langkah 4 - Memasukkan Rekod Keputusan SPM/PMR

1. Klik pada butang Rekod Keputusan SPM/PMR Tahun-tahun Lepas.

1. 2. 3. 4.

Nama Subjek pada helaian ini boleh diubah mengikut susunan subjek yang ditawarkan di sekolah anda. Sila taipkan nama subjek mengikut susunan subjek yang ditawarkan di sekolah anda. Jika mahu, susunan tidak sama dengan susunan sekolah pun boleh. Jika subjek anda belum ada lagi, sila taipkan subjek baru anda. Taipkan rekod keputusan SPM/PMR tahun-tahun lepas. Anda hanya perlu taipkan bilangan sahaja, peratus dan GP adalah automatik. Nota: Taipkan sekurang-kurangnya satu tahun. Taipkan x pada kolum Tahun Terbaik untuk tahun terbaik yang mana anda akan gunakan sebagai rujukan untuk ETR dlm helaian HC1.

5.6. 7. 8. 9.

Untuk mencetak, highlight pada subjek yang anda hendak cetak, kemudian klik butang "Cetak Highlight".Anda juga boleh cetak rumusan untuk semua subjek dengan klik pada butang "Cetak Rumusan". Untuk lihat rumusan, sila skrol ke bahagian bawah. Ingat kod mata pelajaran ini, 1 untuk BM dan 2 untuk BI. Kod ini akan digunakan dalam helaian HC1 nanti. Nota: Jika keputusan sesuatu subjek tidak ditaipkan, maka ia tidak dipaparkan pada borang HC1. Anda boleh taipkan kemudian.

Kembali ke Menu Utama Klik pada Menu Utama

Langkah 5 - Cara Untuk Memasukkan Markah ETR (Cara 5)1. Pada menu utama, klik Ke Markah TOV dan ETR.

2. Lihat pada markah-markah bagi subjek yang anda hendak mencari markah ETR, markah TH hendaklah digantikan dengan markah yang sepatutnya. Pelajar baru yang tiada markah hendaklah diisi dengan markah yang sepatutnya. 3. Kemudian klik pada butang "Mencari Markah ETR" 4. Ikut arahan yang dipaparkan.

5. Taipkan markah tambahan minimum pada markah TOV.6. Taipkan peratus tambahan yang hendak ditambah pada peratus terbaik PMR/SPM/STPM. 7. Taipkan nombor subjek yang anda hendak mencari markah ETR. (Contohnya, taipkan 1 untuk matapelajaran BM dan klik OK)

Langkah 5 - Cara Untuk Memasukkan Markah ETR (Cara 5) Sambungan8. Sistem telah mencari bilangan pelajar yang lulus mengikut peratus lulus yang ditetapkan tadi. Lihat pada jadual. 9. Pastikan mata pelajaran Rekod PMR (**) dan Mata Pelajaran diset (***) adalah sama. Jika tak sama, sila taipkan no mata pelajaran mengikut no bil. dalam rekod keputusan PMR di tempat warna kuning(**). 10. Anda boleh guna sel berwarna kuning (baris 5 dalam jadual) untuk mengira ETR Pindaan. Berdasarkan ETR pindaan yang diubahsuai, klik pada butang "Cari ETR Mengikut ETR Pindaan Yang Diubah" atau cuba ubah markah ETR supaya mendapat bilangan pelajar yang mendapat markah dalam julat gred masing-masing. 12. Selepas markah-markah ETR telah diubah/disesuaikan, klik butang "Pindah Markah ETR ke Helaian ETR.

Sekarang Anda Boleh Cetak Borang-Borang yang diperlukan menggunakan menu utama.Borang-borang HC1, HC2, HC4, HC5, dan HC6 hanya perlu dicetak sekali sahaja iaitu pada awal tahun. Borang HC3-1, HC3-2, PM1 dan PM2 perlu dicetak

selepas taip-tiap peperiksaan(OTI1 dan OTI2).

Apabila mencetak borang HC2, gunakan butang cetak Semua Subjek Sekaligus

Selamat Menjalankan TugasUntuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Mr Chew Tel HP:012-4593412Untuk Versi percubaan, sila download dari http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html

Untuk Cetak Nota Slide Show ini, sila masuk powerpoint dahulu dan kemudian bukan fail ini. Jangan buka dengan cara dwiklik pada fail ini. Sebelum anda keluar dari Excel, jangan lupa simpan data dengan klik pada ikon Excel . Selamat menjalankan tugas Terima Kasih Sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Chew 012-4593412