panduan mengajar_episod 1

Upload: hazri-mohd-hamzah

Post on 06-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

panduan mengajar

TRANSCRIPT

  • 1MODUL: Kesan Alam SekitarEpisod 1: Kehidupan tanpa pokok

    Hasil pembelajaran

    Pelajar akan dapat: Menjelaskan maksud penebangan hutan Menjelaskan dengan menggunakan data bagaimana penebangan hutan mempengaruhi landskap. Menyenaraikan cara-cara memulihara spesies pokok-pokok. Memberi hujah tentang isu penebangan hutan dan pemuliharaan.

    Panduan Mengajar Episod

    Kaitan kurikulum

    Tingkatan 2 Tema: Kesan alam sekitarKaitan 2.5 dan 2.6

    Menjalankan aktivitiWaktu 1 dan 2Pengenalan

    Pelajar akan mempelajari sesuatu tentang perubahan landskap negara sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Video itu hanyalah rangsangan namun direka untuk mengajak pelajar berfikir tentang masa depan mereka, masa depan landskap dan hidupan liar di negara ini. Pengenalan ini adalah permulaan kepada modul, jadi ambil masa 15 minit untuk menonton video tersebut. Bincangkan dengan pelajar apakah yang mereka fikir tentang kandungan video alam sekitar tersebut.

  • 2Lembaran Kerja 1.1 Hutan hujan tropika

    Aktiviti ini terdapat dalam tiga bahagian yang melibatkan lapisan hutan hujan. Bahagian ketiga ialah Aktiviti Luar Sekolah. Pelajar akan menyelesaikan aktiviti dengan penulisan satu perenggan esei, satu rajah dan sebahagian penulisan lanjutan yang semuanya berkaitan dengan lapisan hutan hujan:

    i. Aktiviti perkataan hilang. Pelajar akan memasukkan perkataan yang sesuai pada ruang kosong bagi melengkapkan ayat untuk menghasilkan satu perenggan tentang hutan hujan. Bagi pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perkataan yang sesuai, perkataan-perkataan berikut boleh disediakan iaitu 40; hujan; haiwan; lapisan lantai hutan; kanopi; 10; lapisan tengah; gelap; renjong. Soalan akhir akan menguji kemahiran aplikasi pelajar dengan meminta mereka menggunakan pengetahuan yang telah mereka pelajari dan menjawab soalan terbuka dengan menggunakan perkataan mereka sendiri.

    ii. Aktiviti ini menggunakan maklumat yang dilihat oleh pelajar dalam Slaid 4-7, yang memberikan butir-butir lanjut tentang lapisan yang berbeza. Pelajar mempunyai rajah yang sama dan perlu untuk melengkapkan penerangan bagi setiap lapisan. Pelajar mempunyai satu siri pernyataan untuk membantu mereka. Pelajar hanya perlu namakan setiap lapisan dalam gambar dan menyusun pernyataan tersebut dan menuliskannya pada ruang yang betul pada rajah berkenaan.

  • 3Jawapan

    A. Lapisan renjong

    Haiwan termasuk helang, kelawar dan monyet. Hanya terdapat satu atau dua pokok dalam setiap hektar. Keluasan kanopi pokok-pokok ini boleh mencapai saiz bersamaan dengan sebuah padang bola. Biji benih yang mempunyai sayap boleh disebarkan oleh angin. Ketinggian pokok-pokok boleh mencecah sehingga 60m.

    B. Lapisan kanopi

    Ketinggian pokok-pokok boleh mencecah 25m hingga 45m. Pada lapisan ini, kelebaran daun boleh mencecah sehingga 6m. Habitat kepada 90% organisma yang boleh ditemui dalam hutan hujan. Dedaun mempunyai hujung yang runcing supaya hujan boleh menitis dari atasnya. Dedaun adalah besar untuk menyerap sebanyak mungkin cahaya matahari.

    C. Lapisan tengah

    Tumbuh-tumbuhan hanya mendapat 2-15% cahaya matahari. Pada aras ini, udara adalah lembap dengan sedikit curahan hujan. Tumbuhan pemanjat dan menjalar tumbuh pada batang pokok bagi mendapatkan cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan sukar untuk menjalankan proses pendebungaan kerana kekurangan pergerakan udara. Tumbuh-tumbuhan jarang melebihi ketinggian 10m.

    D. Lapisan lantai hutan

    Penguraian bahan organik dan daun-daun gugur ditemui di sini. Hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan hanya memperoleh 1-2% daripada cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan jarang tumbuh lebih daripada ketinggian 3-5m. Haiwan-haiwan termasuk anai-anai, lipas, cacing tanah, kumbang dan lipan.

    iii. Aktiviti Luar Sekolah dipadankan dengan sesi ini. Aktiviti ini memerlukan pelajar menulis satu esei dengan menggunakan kreativiti sendiri untuk menerangkan tentang lapisan hutan hujan. Kerangka penulisan disediakan untuk membantu pelajar yang tidak tahu untuk memulakan

  • 4penulisan. Penulisan kreatif yang sebegini memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman mereka mengenai isi kandungan teras yang membina kemahiran pemahaman, penulisan dengan perkataan sendiri juga memerlukan keupayaan untuk menggunakan kedua-dua kemahiran iaitu aplikasi dan kemahiran sintesis.

    Waktu 3 dan 4Pengenalan

    Sebelum memulakan set aktiviti ini, Slaid 8 dan 9 perlu digunakan sebagai aktiviti pengenalan yang ringkas. Soal pelajar tentang apa yang mereka fikirkan setelah melihat slaid-slaid tersebut. Slaid 8 adalah imej satelit kawasan hutan hujan yang telah ditebang dan Slaid 9 adalah imej daripada angkasa yang menunjukkan asap daripada pembakaran hutan.

    Pelajar boleh berbincang mengenai perkara ini dalam kumpulan kecil dalam beberapa minit dan kemudian perbincangan seluruh kelas dalam beberapa minit lagi. Masa keseluruhan perbincangan tidak seharusnya melebihi 5 minit. Pada masa yang sesuai Slaid 10 boleh ditunjukkan untuk menekankan maklumat tertentu.

  • 5Lembaran Kerja 1.2 Penebangan hutan Penilaian

    Ini adalah latihan bagi analisis data. Pelajar perlu mengambil maklumat daripada jadual dan membentangkannya dalam bentuk graf. Kemudian, mereka perlu menjawab soalan-soalan berkaitan. Latihan ini akan membina kemahiran analitikal pelajar bersama dengan kemahiran penilaian tentang dapatan mereka.

    Jawapan

    1. Satu graf garis bagi setiap rantau ditunjukkan pada graf yang sama dengan masa mengikut tahun pada paksi-x dan kawasan hutan dalam unit juta hektar pada paksi-y. Paksi-paksi perlu dilabelkan, setiap garis perlu dilabel atau perlu diberi kekunci. Titik-titik perlu disambung dengan garisan lurus dan perlu ada tajuk.

    2. Rantau 1985-

    19901990-1995

    1995-2000

    2000-2005

    1985-2005

    Semenanjung Malaysia 0.08 0.38 -0.05 0.06 0.47Sabah 0.23 -0.08 0.1 0.06 0.31Sarawak 0.69 0.01 0.5 0.13 1.33Seluruh Malaysia 1.00 0.31 0.55 0.25 2.11

    3. Seluruh Malaysia menunjukkan perubahan terbesar tetapi bagi rantau, Sarawaklah yang menunjukkan perubahan terbesar.

    4. Sabah menunjukkan perubahan terkecil.

    Seluruh rantau menunjukkan pengurangan penurunan kawasan hutan manakala dua rantau iaitu Semenanjung Malaysia dan Sabah menunjukkan pertambahan kawasan hutan dari tahun 1995-2000 bagi Semenanjung Malaysia dan tahun 1990-1995 bagi rantau Sabah. Pengurangan bagi penurunan kawasan hutan kawasan hutan boleh dikaitkan dengan pembangunan kawasan pemuliharaan dan kawasan hutan yang dilindungi.

  • 6Setelah mengkaji perubahan keadaan litupan tanah hasil daripada kesan pembalakan, pelajar-pelajar kini akan mengkaji bagaimana aktiviti ini boleh mempengaruhi paras CO2 dalam atmosfera.

    Ini adalah latihan bagi analisis data dan membuat pentafsiran.

    1. Pelajar perlu mengkaji data dan menentukan cara terbaik untuk memaparkan data secara grafik. Grafik boleh jadi dalam bentuk carta pai atau carta palang. Kedua-dua aktiviti ini akan membina kemahiran analisis. Mereka diminta menukarkan maklumat daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain dan kemudian mereka akan melihat perubahan pola dan mengulas mengenainya. Mereka juga diminta menyatakan sesuatu pendapat yang menggambarkan penaakulan.

    Penilaian: Seterusnya pelajar perlu menjawab soalan yang berkenaan.

    2. Pelajar seharusnya dapat membuat kesimpulan bahawa kawasan yang banyak dilitupi pokok tidak semestinya mempunyai ketumpatan karbon yang inggi - 10% litupan dari kawasan yang terbesar mempunyai jumlah karbon yang tinggi sama ada di atas mahupun di bawah permukaan tanah. Penerangan pelajar sepatutnya dikaitkan dengan pokok-pokok mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan cahaya dalam hutan yang kurang tebal ini bermakna lebih banyak proses fotosintesis yang berlaku dan bermaksud lebih banyak karbon yang digunakan oleh tumbuhan. Apabila melakukan bahagian aktiviti ini, pelajar hendaklah memahami data yang mereka kendalikan dan gunakannya bagi membina satu kemungkinan penyiasatan. Ini memerlukan kemahiran sintesis (menggunakan idea terkini untuk mereka idea yang baharu) dan penaakulan (merancang sesuatu yang baharu).

    Waktu 5Lembaran Kerja 1.3 Akibat penebangan hutan

  • 7Sumber pembelajaran

    Persembahan Prezi Episod 1: Kehidupan tanpa pokok Persembahan PowerPoint Episod 1: Kehidupan tanpa pokok Klip video lawatan ke muzium pada tahun 2057 (dikaitkan dengan persembahan) Lembaran kerja 1.1 Hutan hujan (1 untuk setiap pelajar) Lembaran kerja 1.2 Penebangan hutan (1 untuk setiap pelajar) Lembaran kerja 1.3 Akibat penebangan hutan (1 untuk setiap pelajar)

    Peralatan

    Sebuah komputer dan skrin diperlukan. Cadangan strategi alternatif

    Jika anda tidak dapat menayangkan klip video atau menggunakan persembahan elektronik, anda boleh menggunakan struktur pembelajaran naratif dari persembahan PowerPoint yang tersedia dan juga nota di atas untuk melaksanakan episod pembelajaran ini.