panduan meletakkan harga ebook oleh neal izham

11

Click here to load reader

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

309 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Panduan meletakkan harga ebook.

Page 2: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham
Page 4: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh

masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 5: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Pendahuluan.

Harga ebook memainkan peranan yang penting di dalam jualan ebook. Jika terlalu

tinggi, ebook anda mungkin tidak akan laku. Jika terlalu rendah, anda pula akan

rasa rugi. Untuk lebih selamat, anda letakkan harga ebook pada harga yang

mampu untuk di beli oleh orang ramai.

Ada di kalangan penjual ebook, meletakkan ebook mereka pada harga yang

sangat mahal di sebabkan mereka percaya bahawa maklumat yang mereka ada

perlulah di jual pada harga yang sangat mahal. Ini berlaku kerana mereka tidak

menjana pendapatan melalui ebook tetapi melalui teknik yang terdapat di dalam

ebook mereka.

Ada juga yang merasakan maklumat yang ada di dalam ebook mereka adalah

maklumat terbaru di dalam pasaran, jadi mereka akan meletakkan harga ebook

mereka pada harga yang sangat tinggi berbanding biasa. Tidak kisahlah berapa

harga yang penjual ebook ingin letakkan pada ebook mereka, semuanya terletak

pada niat anda.

Page 6: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Niat jual ebook.

Ada perbezaan ketara di antara ingin jana pendapatan melalui ebook dan ingin

jana pendapatan secara sampingan melalui jualan ebook. Jika anda ingin jana

pendapatan melalui ebook, harga yang anda letakkan pada ebook haruslah harga

yang mampu di beli oleh semua orang.

Matlamat anda adalah ingin jana pendapatan. Jadi, anda perlu pastikan ebook

anda memang terjual. Tanpa mengira harga maklumat di dalam ebook anda, anda

haruslah meletakkan harga yang mampu untuk di beli oleh orang ramai.

Kajian harga ebook.

Jika di malaysia, harga ebook yang laku di jual adalah berkisar dari RM 10 hingga

RM 80. Jika lebih dari RM 80, ia di anggap sebagai ebook yang mahal. Malah ada

juga di kalangan pembeli yang menganggap ebook yang berharga RM 50 adalah

mahal. Jadi, harga sebenar yang mampu di miliki adalah dari RM 1 hingga RM 30.

Page 7: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Tangga harga ebook.

Bagi ebook pertama, anda seharusnya janganlah meletakkan harga yang terlalu

mahal. Lainlah jika anda ingin jadikan ia sebagai pendapatan sampingan. Pada

permulaan, anda letakkan pada harga RM 10 atau RM 20. Harga yang rendah

akan memberi pembeli yang banyak kepada anda jika kaedah promosi anda

bagus.

Melalui pembeli yang banyak ini anda boleh lebarkan pengaruh anda dan

seterusnya boleh menjual ebook yang berprofil tinggi pada harga yang tinggi.

Untuk membina pengaruh, anda perlulah bersifat pemurah. Harga yang ebook

yang murah boleh memikat ramai orang untuk mengikuti anda.

Pengaruh harga.

Walau sehebat mana ebook anda, surat jualan anda, pembeli akhirnya akan

memandang pada harga ebook juga. Melalui harga itulah mereka membuat

keputusan sama ada hendak membeli atau tidak. Surat jualan hanyalah wakil

anda sebagai jurujual di internet.

Page 8: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Harga tetap menjadi penentu sama ada ebook anda terjual atau tidak. Harga yang

mahal boleh membantutkan usaha anda manakala harga yang terlalu murah akan

merugikan anda pada akhirnya.

Harga eksklusif.

Salah satu cara untuk membina pengaruh dan menjana pendapatan melalui

ebook adalah melalui harga eksklusif. Harga eksklusif adalah harga yang tidak

terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah. Ini bermakna, mereka yang

berkemampuan tidak ragu-ragu dengan kualiti ebook berdasarkan harga

manakala mereka yang kurang berkemampuan mampu untuk membeli ebook

tersebut.

Cara meletakkan harga eksklusif.

Untuk mencari harga yang ekslusif bagi ebook anda, anda perlu lakukan kajian

dari segi permintaan dan saingan.

Jika permintaan bagi ebook anda adalah banyak dan saingan anda pula kecil,

harga ebook anda eloklah di letakkan pada harga yang sederhana. Ini kerana anda

Page 9: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

mempunyai ramai pembeli yang dahagakan maklumat yang anda ada itu, tidak

salahnya untuk anda memungut seramai mungkin pengikut anda..

Jika permintaan bagi ebook anda adalah kurang dan saingan juga kurang, harga

ebook anda eloklah di letakkan pada harga yang rendah. Jika permintaan bagi

ebook anda adalah banyak dan saingan juga banyak, eloklah anda meletakkan

ebook anda pada harga mampu milik oleh golongan kurang berkemampuan.

Jika permintaan bagi ebook anda adalah kurang dan saingan juga banyak, anda

boleh letakkan harga ebook anda pada harga yang tinggi. Ini kerana saingan yang

banyak membuatkan peluang anda untuk menonjol adalah kurang, tetapi di

sebabkan harga ebook anda yang mahal, pengguna mungkin mengganggap

maklumat di dalam ebook anda adalah sangat bernilai.

Page 10: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 11: Panduan Meletakkan Harga Ebook oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com