panduan lengkap makmal ict.rtf

140
  Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah KANDUNGAN Kata Pengantar Prakata Penyumbang  Pendahuluan BAB 1  Perancangan Sekolah BAB 2  Pengisian Program Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran BAB 3  Pengurusan dan Pentadbiran ICT BAB 4  Peningkatan Kemahiran ICT BAB 5 Bahan Sumber Digital BAB 6 Dasar Keselamatan  Penglibatan Swasta Lampiran losari !ujukan Penghargaan BAB 7

Upload: idihsar

Post on 02-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah KANDUNGAN Kata Pengantar Prakata Penyumbang Pendahuluan BAB 1 Perancangan Sekolah BAB 2 Pengisian Program Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran BAB 3 Pengurusan dan Pentadbiran ICT BAB 4 Peningkatan Kemahiran ICT BAB 5 Bahan Sumber Digital BAB 6 Dasar Keselamatan Penglibatan Swasta Lampiran Glosari Rujukan Penghargaan BAB 7 Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah Perincian Bab BAB 1 Perancangan ICT Sekolah Perancangan Jangka Panjang Perancangan Jangka Pendek BAB 2 Pengisian Program Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Komputer Teknologi Maklumat E-Pembelajaran Penggunaan ICT dalam P & P Projek Khas ICT Untuk Pendidikan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Kelab Komputer Sekolah BAB 3 Pengurusan dan Pentadbiran ICT Perolehan Penyenggaraan Waranti Ubahsuai/naik taraf Pelupusan Penggantian BAB 4 Peningkatan Kemahiran ICT Garis Panduan Menjalankan Kursus ICT di Sekolah Perincian Kursus Kursus Aplikasi ICT dalam P & P bagi Guru Kursus Pengurusan Pendidikan ICT oleh IAB BAB 5 Bahan Sumber Digital Penggunaan Internet Portal Pembelajaran Atas Talian CD Rom / VCD / DVD / CD Audio Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah BAB 6 Dasar Keselamatan Tanggungjawab Keselamatan Fizikal Keselamatan Sistem Keselamatan Data Etika Penggunaan Internet Bab 7 Penglibatan Swasta Perkara yang dibenarkan oleh KPM Persediaan pihak sekolah sebelum menerima sumbangan Tatacara penerimaan sumbangan Tanggungjawab JPN dan PPD/PPB Kesinambungan projek Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah Prakata Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Keperluan ini akan menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. Panduan Pengkomputeran ini dihasilkan dengan harapan agar dapat menjadi one stop reference kepada semua pentadbir, pendidik dan pelajar serta orang ramai. Dengan adanya panduan ini, pihak sekolah khususnya bolehlah membuat perancangan yang lebih rapi serta dapat menentukan halatuju program yang dirancang bagi mengoptimumkan pengunaan infrastruktur dan peralatan yang terdapat di sekolah masing-masing. Bahagian Teknologi Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan usaha semua pihak yang terlibat untuk menghasilkan one stop reference bagi memudahkan kerja dan memastikan proses pentadbiran dilakukan secara telus untuk semua pihak sama ada di sekolah, PPD/PPB, JPN dan Bahagian dalam Kementerian Pendidikan . Penghasilan panduan ini merupakan usaha sama Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Institut Aminudin Baki, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. Saya berharap agar panduan yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga pendidik khususnya dan masyarakat umum amnya dalam menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan ke taraf dunia. Dr.Nor Hayati bt. Abd Rasid Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah PENYUMBANG Penasihat Dr. Nor Hayati bt. Abd Rasid Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Penasihat Editorial Bab 1 : Perancangan BAB 1 : PERANCANGAN ICT SEKOLAH Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang menggerakkannya, segala-galanya akan menjadi sia-sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Visi, misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa-apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperolehi dari pelbagai sumber. Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang (lima tahun) dan Perancangan Jangka Pendek (satu tahun). Perancangan jangka panjang membantu sekolah mengaturkan program untuk pembangunan berterusan untuk mencapai matlamat ICT sekolah. Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah. Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah/seboleh-bolehnya dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan. Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan, mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya. Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain-lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah bagi sekolah. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan sebagai panduan. 1-1 1-1 Bab 1 : Perancangan 1.1 Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah akan menggariskan secara umum pencapaian yang dihasratkan dalam masa lima tahun. Hasrat ini boleh merangkumi tiga aspek berikut: Penghasilan warga sekolah yang celik ICT. Peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kelas bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Peningkatan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah merangkumi enam(6) aspek yang penting : apa, mengapa, bila, siapa, bagaimana, dan kos. Aspek APA & MENGAPA termaktub dalam penyataan Visi, Misi, Matlamat, Objektif ICT Sekolah dan kumpulan sasar. Aspek SIAPA, dan BAGAIMANA dimaktub dalam Strategi Pelaksanaan.Peranan dan beban tugas individu boleh diperjelaskan melalui Carta Organisasai Jawatankuasa ICT Sekolah, Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa ICT Sekolah. Peraturan dalam Pelaksanaan ICT Sekolah dan carta gantt menerangkan aspek BAGAIMANA DAN BILA. Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah juga perlu mengambil kira kos aktiviti yang dirancangkan dan unjuran sasaran yang meningkat bagi aktiviti tersebut. Ini boleh dimasukkan dalam Pelan Tindakan Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Penekanan kepada peraturan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti ICT adalah penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sekolah. Panduan Keselamatan di sekolah, Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi, Etika Penggunaan Internet dan Peraturan Penggunaan Makmal Komputer bagi sekolah adalah disediakan sama seperti dalam Bab 6: Dasar Keselamatan. 1-2 1-2 Bab 1 : Perancangan 1.2 Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah menggariskan secara umum perancangan aktiviti tahunan bagi mencapai matlamat dan objektif Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Dalam Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah, Visi, Misi dan Matlamat ICT Sekolah hendaklah sama dengan Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah. Objektif Perancangan Jangka Pendek ICT pula, ditentukan oleh aktiviti yang dirancang dan perlu dinyatakan dengan jelas. Kertas kerja perlu disediakan untuk setiap aktiviti yang dirancang untuk memudahkan kesefahaman dan pemantuan. Pelan Tindakan Perancangan dan Carta Gantt perlu disertakan. Perincian yang lain seperti Jadual Penggunaan Makmal perlu juga disediakan bagi memoptimumkan penggunaan peralatan ICT yang ada. Contoh seperti di lampiran 1-4. Perancangan Jangka Pendek perlu direviu sekurang-kurang dua kali setahun untuk memantau status pelaksanaan. Reviu pada akhir tahun pelaksanaan akan digunakan untuk merangka perancangan tahun yang berikutnya. Laporan reviu perlu disediakan untuk dokumentasi dan makluman serta tindakan Jawatankuasa ICT Sekloah. 1-3 1-3 Bab 1 : Perancangan Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT SMK Sri Kiara (2002 - 2006) 1. VISI Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian. 2. MISI 2.1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran. 2.2. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan. 2.3. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan. 2.4. Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT. 3. MATLAMAT 3.1. Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia. *(Rujukan: Pembangunan Pendidikan 2001 2010. Bab 8, BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 2002). 4. OBJEKTIF 4.1. Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah. 4.2. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT. 4.3. Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT. 4.4. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah. 4.5. Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi. 1-4 1-4 Bab 1 : Perancangan 5. KUMPULAN SASARAN 5.1. Kakitangan Sekolah (Pentadbir, Guru dan Staf Sokongan) 5.2. Pelajar 5.3. Komuniti (PIBG dan pihak luar) 6. STRATEGI PELAKSANAAN 6.1. Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubalkan dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah adalah seperti di Rajah 1-1, Lampiran 1-1. 6.2. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut : Jawatankuasa Ketua a. Perkembangan Staf AAA b. Pengajaran dan Pembelajaran BBB c. Pengurusan dan Penyenggaraan CCC d. Tugas-tugas Khas DDD e. Pengurusan Stok dan EEE Dokumentasi f. Penyenggaraan dan Keselamatan FFF g. Keceriaan GGG 6.3 Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri. Senarai tugas jawatankuasa adalah seperti di Lampiran 1-2. 7. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 7.1. Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2002 hingga tahun 2006 adalah seperti di Jadual 1. 1-5 1-5 Bab 1 : Perancangan 8. PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH 8.1. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika berikut : a) Panduan Keselamatan di sekolah, b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi, c) Etika Penggunaan Internet dan d) Peraturan Penggunaan Makmal Komputer 9. PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 9.1. Perancangan Jangka Panjang SMK Sri Kiara akan direviu pada tahun 2004. 9.2. Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka. 9.3. Contoh penilaian yang dibuat oleh SMK Sri Kiara adalah seperti di Jadual 2. 1-6 1-6 Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-1 Carta Organisasi Jawatankuasa ICT SekolahP eng eru siSet ia usa haPeno lon g Set ia usa haJaw at an kuas a Jaw at an kuasa Jawa t anku asa Pe ng aja ran Pe rkemb an gan T u gas-T ug as da n Pemb ela jara n Jawa ta nku asa Pe ng urusa n da n Peny ele ngg ara nSta fKh asJaw at an kuas a Ja wa ta nku asa Pe nye len ga raan P eng uru san Ja wa ta nku asa dan Sto k d an K eceri aa n Ke sel ama ta nDo kume nt asi Rajah 1-1 : Carta Organisasi Jawatankuasa ICT SMK Sri Kiara 1-7 1-7 Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-2 Senarai Tugas Jawatankuasa ICT SMK Sri Kiara I. PENGERUSI (PENGETUA/GURU BESAR) a. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah. b. Mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan & bekalan. c. Mempengerusikan segala mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah. d. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan progam ICT sekolah. e. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. f. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar. g. Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua pihak h. Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahannya dan pelajar. i. Memastikan keselamatan kawasan sekolah. 1-8 1-8 Bab 1 : Perancangan II SETIAUSAHA a. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah. b. Menguruskan latihan dan kursus dalaman. c. Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT Sekolah. d. Memantau pembangunan web sekolah . e. Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah. f. Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah. g. Menyediakan jadual penggunaan makmal i. Jadual pengajaran dan pembelajaran ii. Jadual kelab iii. Jadual guru bertugas h. Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah. i. Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah. III PENOLONG SETIAUSAHA Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas. IV Jawatankuasa Perkembangan Staf a. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf. b. Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut. c. Menguruskan pangkalan data sumber manusia dalam ICT. d. Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan menguruskan dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah. e. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti. 1-9 1-9 Bab 1 : Perancangan V Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran a. Mengerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT b. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru. c. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. d. Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. e. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT. f. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Powerpoint. g. Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. h. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. VI Jawatankuasa Pengurusan dan Penyenggaraan Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu : A. Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi B. Jawatankuasa Keceriaan C. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan Tugas jawatankuasa kecil ini adalah seperti di Lampiran 1-3. 1-10 1-10 Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-3 A Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi a. Menguruskan stok, inventori dan harta modal. b. Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lesen perisian. c. Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisian kursus. d. Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer. e. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. B Jawatankuasa Keceriaan a. Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal. b. Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal. c. Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer. d. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. C Jawatankuasa Penyenggaraan Dan Keselamatan a. Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisian serta mempamerkannya di tempat yang strategik. b. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal. c. Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. (Contoh penyenggaraan: Servis air-con, mencuci pemacu, mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk) d. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. 1-11 1-11 Bab 1 : Perancangan D Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Program ICT a. Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar. b. Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah. c. Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa. . d. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan. 1-12 1-12 Bab 1 : Perancangan Lampiran 1-4 Perancangan ICT SMK Sri Kiara bagi Tahun 2002 1. MATLAMAT 1.1. Membangunkan infrastruktur ICT sekolah 1.2. Menghasilkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT 1.3. Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian 2. OBJEKTIF 2.1. Membangun infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya. 2.2. Melahirkan 20% guru (5 orang) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.3. Melahirkan 100% staf sokongan (1 orang) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. 2.4. Melahirkan 40% pelajar yang celik ICT. 3. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 3.1. Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT JPN 3.2. Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus Microsoft Office di Syarikat XYZ. Yuran ditanggung oleh PIBG. 3.3. Latihan untuk staf sokongan (semua) oleh guru terlatih 3.4. Menjalankan kelas Literasi Komputer untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2. 4. CARTA GANTT 4.1. Carta Gantt pula dibuat bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT SMK Sri Kiara Tahun 2002. Ia disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan . Carta Gantt Tahun 2002 bagi SMK Sri Kiara adalah seperti di Jadual 3.. 5. KERTAS KERJA (ISNT THIS A KERTAS KERJA BY ITSELF?) 5.1. Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan akan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan. 1-13 1-13 Bab 1 : Perancangan 5.2. Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru bagi Meningkatkan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. (Sila Rujuk Lampiran 1) 6. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL 6.1. Jadual Penggunaan Makmal Komputer SMK Sri Kiara dirangka bagi membenarkan penggunaan optimum makmal bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal yang berulang setiap 4 minggu akan digunakan. 6.2. Perincian jadual adalah seperti di .. 7. SEMAKAN SEMULA (REVIU) 7.1. Semakan status pelaksanaan Pelan akan diadakan pada 1 April 2002 dan 1 Jun 2002. 7.2. Semakan status pencapaian Pelan akan diadakan pada 1 November 2002. 1-14 1-14 Bab 1 : Perancangan CONTOH KERTAS KERJA LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JANGKAMASA : BAHAGIAN 1: 28 29 Mei 2002 BAHAGIAN 2: 9 10 September 2002 BAHAGIAN 3: 2 Disember 2002 RASIONAL: Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif, sejak tahun 1996. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri. Bagi mencapai matlamat ICT SMK Sri Kiara perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep sekolah bestari bagi guru-guru SMK Sri Kiara Pada masa ini, SMK Sri Kiara mempunyai dua orang guru yang mahir dalam IT tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran-pembelajaran. Tambahan pula, tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam mengenai konsep Sekolah Bestari. Dengan ini, latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu agar sekolah SMK Sri Kiara tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan semasa. MATLAMAT: Menghasilkan tenaga pengajar SMK Sri Kiara yang fasih dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran dan pembelajaran, dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. OBJEKTIF : Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Mengadakan latihan dalam aspek-aspek tersebut: Kemahiran generik Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran 1-15 1-15 Bab 1 : Perancangan TARIKH/ ASPEK/ KUMPULAN SASARAN: Bahagian Tarikh Aspek Kumpulan Bilangan Sasaran 1 28 29 Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Semua Guru 50 orang Mei 2002 2 9 Sept. Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif Guru Matematik 5 orang 2002 3 2 Dis. Bahan Internet Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sains. 20 orang dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOS/JUSTIFIKASI KOS/SUMBER KEWANGAN: Bahagian Tarikh Aspek Kos Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 28 29 Mei OS 29000: RM 350 50 orang 2002 OS 29000: RM 50 2 9 Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif 5 orang September 2002 3 2 Disember Bahan Internet dalam OS 29000: RM 150 20 orang Pengajaran dan Pembelajaran 1-16 1-16 Bab 1 : Perancangan JADUAL AKTIVITI /STRATEGI PELAKSANAAN: Pegawai, pensyarah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan dijemput ke sekolah untuk memberi latihan. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi daripada Pusat Kegiatan Guru yang terhampir. BAHAGIAN 1: 28 29 Mei 2002 Tarikh Masa Aspek Startegi Kumpulan Sasaran Pelaksanaan 8.00 pagi -Konsep Sekolah Bestari -Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Bestari Taklimat oleh Penyelaras PKG 28 Mei Semua guru 12.00 tgh 2002 2.00 4.00 ptg Stategi Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber SMK AAA Pembelajaran Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran 29 Mei 8.00 pagi Taklimat, Bengkel dan Latihan oleh Pensyarah Maktab Perguruan 2002 4.00 ptg BAHAGIAN 2: 9 September 2002 Tarikh Tarikh/Masa Aspek Startegi Kumpulan Sasaran Pelaksanaan 8.00 10.00 Pengenalan kepada aplikasi Microsoft Excel Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB 9 Sept. 5 guru Matematik pagi 2002 10.30 1.00 Penggunaan aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SMK BBB ptg Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber Matematik SMK AAA 2.00 5.00 ptg Penggunaan Excel dalam P&P 1-17 1-17 Bab 1 : Perancangan BAHAGIAN 3: 2 Disember 2002 Tarikh Tarikh/Masa Aspek Startegi Kumpulan Sasaran Pelaksanaan 2 Disember 8.00 10.00 pagi Pengenalan kepada Internet sebagai Sumber Maklumat , Kaedah Muat Turun Laman Web untuk penggunaan kelas Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SMKBBB 2 Dis. 2002 20 guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains 10.30 1.00 tgh Bahan Sumber Mata Pelajaran daripada Internet Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SMKAAA 2.00 ptg 5.00 ptg Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Sesi Kumpulan (mengikut mata pelajaran) dan Bengkel dengan Guru Sumber Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sains SMK AAA sebagai pemudah cara PENILAIAN: Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat setiap bahagian dari segi : Pencapaian objektif latihan Kesesuaian program Kesesuaian Isi kandungan Kesesuaian bahan Keberkesanan Penceramah/ Pemudahcara 1-18 1-18C AD AN G AN PEN IL A IA N PEL A N TI N DA KA N PE RA N CAN G AN IC T J AN G KA P AN JA N G20 02 Sas aran 20 03Li te r as i P e la ja r 4 0% me n gu a sa i L it er a si Pe la ja rke ma h ir an I CT a sa sLi te r as i G ur u 2 0% me n gu a sa i L it er a si Gu r uke ma h ir an I CT a sa sPe ni ngkatan ke m ahi ran I CTLi te r as i S t af So k on g a n 3 0% me n gu a sa i L it er a si S ta f S o ko n ga nke ma h ir an I CT a sa sK u r su s Lit e r asi I CT b a gi K o mu n it iLa t ih an Gu r u 2 0% me n gg u n ak a n L at ih a n Gu r u I CT d a la m P & PB ah a n S u mb e rM at e ma tik P en in g ka t an 3 0% d ala m p er o le ha n b a h an P &P B a h an S um be rS a in sB ah a n S u mb e r B a ha sa Me la yu P en in g ka t an 3 0% d ala m p er o le ha n b a h an P &P B a h an S um be r Pe n ingka tan I CT dalam B a h as a I n gg e r isP e ngaj aran dan Pe m be l ajar anB en g k el P en g h as ila n B ah a n S u mb e r 2 b e ng k el B e n g ke l P e n gh a sila n B a h an S um be rPe ni ngkatan La t ih an S ta f S o ko n ga nd ala m Ap lik asi P e ng u r u sa n 4 0 % sta f d ila t ih me n g g un a ka n a p lik asi p e ng u r u sa n L at ih a n S t af S o k on g a nPe ngg unaan ICT d a la m Ap lik a si Pe n g ur u sa ndal am Pe ngur usanP en y ele n g ga r a an ko mp u t er 2 k al i s et a hu n b ag i se mu a ko mp u t er P e n ye len g g a ra a n k o mp ut e rP em be lia n P e r ala t an K o mp ut e r 2 k om p ut e r P e mb el ian P er a lat a n K o mp u te rPe ni ngkatan In f rastr uktur I CTP e ni lai an Pe la n Tin d a ka nSas aran 200 4 S asaran7 0% me n gu a sa i ke ma h ir an I CT a sa s3 0% ke ma h ir an in te r me di at e Lit e r as i P e laj a r 10 0 % m en g u as ai ke ma hi ra n I CT as as60 % ke ma hi ra n in t e rm ed ia t e5 0% me n gu a sa i ke ma h ir an I CT a sa s1 0% ke ma h ir an in te r me di at e Lit e r as i G ur u 70 % men g u a sai ke ma hi ra n I CT as as30 % ke ma hi ra n in t e rm ed ia t e6 0% me n gu a sa i ke ma h ir an I CT a sa s1 0% ke ma h ir an in te r me di at e Lit e r as i S t af So k on g a n 70 % men g u a sai ke ma hi ra n I CT as as30 % ke ma hi ra n in t e rm ed ia t e1 k ur s us , 20 p ese r t a K u rs us L it er a si I CT b ag i K om un it i 2 ku r su s X 2 0 p e se r ta4 0% me n gg u n ak a nI CT d a la m P &P La t ih an Gu r u 60 % men g g u na k anICT d al am P &PP en in g ka t an 30 % d ala m p er o le ha n b a h an P& P B ah a n S u mb e r Pe n in g ka ta n 3 0 % d a la m p e r ol eh a n b a ha n P & PS ej ar a hP en in g ka t an 30 % d ala m p er o le ha n b a h an P& P B ah a n S u mb e r Ge o g ra f i Pe n in g ka ta n 3 0 % d a la m pe r o leh a n b a ha n P & P3 b e ng k el B en g k el P en g h as ila n B ah a n S u mb e r 3 b en g ke lK aj ia n T in d ak a n 4 ma ta p e laj ar a n8 0 % s ta f d ila t ih me n g gu n a ka n a p lika si p e ng u r u san La t ih an St a f S o ko n ga n 10 0 % st af di lat ih me ng g u n ak an ap lik a si pe n g ur u sa nd ala m Ap lika si P e ng u r u san2 k ali se t ah u n b ag i se mu a ko mp u t er P en y ele n g ga r aa n ko mp u t er 1 ka li se t ah u n ba g i sem ua ko mp u te r5 b u ah ko mp u t er1 p e ng im ba s1 p e nc et a k la se r P emb e lia n P e ra la t an K o mp ut e r 5 b ua h ko mp u te r1 p ro j ek to r LCD1 ka me r a d ig it alP e ni lai an Pe la n Tin d a ka n CA D AN G A2005 Sas aran 2 006 S asar anLi te r as i P e la ja r 7 0% ke ma h ir an in te r me di at e Lit e r as i P e laj a r 1 0 0 % k em ah ir a n in t er me d ia te3 0% ke ma h ir an ti ng g i5 0 % k e ma hir a n t in g g iLi te r as i G ur u 1 00 % men g u a sai Lit e r as i G ur u 7 0 % k e ma hir a n in t e rm ed ia teke ma h ir an I CT a sa s6 0% ke ma h ir an in te r me di at e3 0 % k e mah ir a n t in g g iLi te r as i S t af So k on g a n 1 00 % men g u a sai Lit e r as i S t af So k on g a n 7 0 % k e ma hir a n in t e rm ed ia teke ma h ir an I CT a sa s6 0% ke ma h ir an in te r me di at e3 0 % k e mah ir a n t in g g iK u rs us L it er a si I CT b ag i K om u ni ti 3 k ur s us X 20 p ese r t a K u rs us L it er a si I CT b ag i K om un it i 3 ku r su s X 2 0 p e se r taLa t ih an Gu r u 8 0% me n gg u n ak a n La t ih an Gu r u 1 0 0 % me n g g un a ka nI CT d a la m P &PI CT d ala m P &PB ah a n S u mb e rS ain s T u le n P en in g ka t an 30 % d ala m p er o le ha n b a h an P& P B ah a n S u mb e r P e n in gk a ta n 3 0 % d a la m p e r ol eh a n b ah a n P &PM at e ma tikB ah a n S u mb e r M a te ma ti k T amb a h an P en in g ka t an 30 % d ala m p er o le ha n b a h an P& P B ah a n S u mb e r B a ha sa P e n in gk a ta n 3 0 % d a la m p e r ol eh a n b ah a n P &PM ela y u:B en g k el P en g h as ila n B ah a n S u mb e r 2 b e ng k el B en g k el P en g h as ila n B ah a n S u mb e r 2 b en g ke lLa t ih an St a f S o ko n ga nd ala m Ap lik asi P e ng u r u san 4 0 % s ta f d ila t ih se mu la ( r e tr a in in g ) d a lam a pl ika si p en g u r us an La t ih an St a f S o ko n ga n 6 0 % st a f d ila tih se mu la ( r et r a in in g) d ala m ap lik a si pe n g ur u sa nd ala m Ap lika si P e ng u r u sanP en y ele n g ga r a an ko mp u t er 1 k ali se t ah u n b ag i se mu a ko mp u t er P en y ele n g ga r aa n ko mp u t er 1 ka li se ta h u n b a g i s em ua k o mp u te rP em be lia n P e r ala t an K o mp ut e r 5 b u ah ko mp u t er1 p e lay a n P emb e lia n P e ra la t an K o mp ut e r 5 b ua h k o mp u te r1 p ro j ek to r LCD1 p er a ka m vid e o d ig it alM er a n gk a ika n ko mp u t er se ko la h ( WAN ) 2 0 ko mp u t er P e ni lai an Pe la n Tin d a ka nA N PEN I L AI AN P EL AN T IN D AK AN P ER AN CA N GA N I CT J AN G K A PAN J AN GPe ni lai an9 5% me n gu a sa i k e mah ir a n a sa s, 90 % int e r me dia t e, 3 0% ke ma h ir an ti ng g i ke r an a :1 .L ima p e ra t u s p e la ja r t id ak men g h ad ir i ke la s ko mp u te r2 . Du a p e ra t u s p e la ja r b u ta hu r u f t id ak d a p at m en g ik ut i ke la s3 . Du a p e ra t u s p e la ja r fo b ia k o mp ut e r d a n t id ak m en ye n t uh ko mp u t er9 5% me n gu a sa i k e mah ir a n a sa s, 60 % int e r me dia t e, 20 % k e ma hir a n t in g g i k er a n a:1 .L ima p e ra t u s g u r u y an g ba r u d ip in d ah ma su k ke sek o lah t an p a k ema h ir an I CT2 . Du a p e ra t u s g u r u k em ah ir a n I T t in g g i p in d a h ke se ko la h la in1 00 % men g u a sai k em ah ir a n in te r me d iat e d a n 5 0% ke ma h ir an ti ng g i ke r an a :1 . Pe mi nd a h an mas u k st af y a ng ma hi r I T2 . La t ih an ta mb a ha n d i ja la n ka n b a gi st a f o leh Ja ba t an Pe n d id ika n N eg e r iS er a ma i 3 0 0 a h li ko mu n iti t e lah d ilat ih d ala m I CT ( me le b ih i sa sa ra n y a ng te t ap k an )7 5% me n gg u n ak a n I CT d a la m P & P ke r a na :1 .L ima p e ra t u s g u r u y an g ba r u d ip in d ah ma su k ke sek o lah t an p a k ema h ir an I CT2 . S ep u lu h p e ra t u s g u r u k em ah ir a n I T t in g g i p in d a h ke se ko la h la in3 . B elu m a d a b ah a n p er is isa n b a gi ma t ap e la ja ra n t e r te n tuK o lek si b ah a n P &P se ko la h t ela h be r ta mb a h se b an y ak1 50 % ( men g ik ut i sa sa r an ya n g d ite t ap k an )1 5 b en g ke l p em bin a a n b ah a n t e lah d ija la nk a n( me leb ih i sa sa r an ) ke ra n a : 1 . K ep e r lu an ba h an b ag i P &P o le h g u r u2 . K ep e r lu an men d e da h ka n g u r u y an g ba r u p in d ah ke p ad a p r o se s p e mb in a an ba h anK aj ia n t in da k an ba g i B ah a sa M e la yu , B a ha sa I n g g er is , M at e mat ik d a n S a in s t e la h d ija la n ka n d a n h as il ka jia n d ig u n ak an u n tu k me mp e rb a iki mu t u P &P .S em ua sta f s ok o ng a n t e lah d ilat ih da n men e r ima la t ih an se mu la d a lam a p lika si p en g u r us anP en y ele n g ga r a an te la h d ib u at sep e r ti y an g d ir a n ca ng k an .P er o le ha n t e la h d ib u at s ep e r ti y an g d ir a n ca ng k an .Ra ng k ai an ko mp u te r t e la h d ib ua t b a g i 4 0 b u a h k omp u t er ( me leb ih i sa sa r an ) k e ra n a :1 . Gu r u I T s ek o lah te la h m er a ng k ai ka n 2 0 k om pu t e r d en g a n me n g gu n a ka n k ep a ka r an se nd ir iP e ni lai an Pe la n Tin d a ka n Bab2 : Pengisian Program BAB 2 PENGISIAN PROGRAM PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bab ini bertujuan untuk mengenalkan program-program yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah apabila kemudahan ICT disediakan. Sekolah boleh menyertai satu atau lebih daripada satu pengisian program yang disenaraikan berasaskan kemudahan dan kemampuan. Program-program ini boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran atau kemahiran pelajar dalam bidang ICT. A. Literasi Komputer B. Teknologi Maklumat C. e-Pembelajaran D. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran E. Projek Khas ICT untuk Pendidikan F. Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif G. Kelab Komputer 2-1 Bab2 : Pengisian Program 2A. LITERASI KOMPUTER 1. LATAR BELAKANG 1.1. Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah merupakan satu usaha ke arah mempertingkatkan literasi komputer di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 60 buah sekolah menengah pada tahun 1992 dan sehingga kini terdapat 575 buah sekolah KDP di seluruh negara. 1.2. Projek Pengkomputeran Kementerian Pendidikan yang sedang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan untuk melengkapkan prasarana ICT di sekolah-sekolah supaya pendidikan tentang ICT dan yang berkaitan dapat diperkembangkan dengan lebih luas lagi. Dengan ini progran KDP dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai guru dan pelajar melalui garis panduan serta laman web KDP untuk penataran maklumat dan bahan bagi program Literasi Komputer. 1.3. Literasi Komputer, program KDP, mengambil perspektif ICT itu sebagai satu peralatan teknologi. Oleh yang demikian , Literasi komputer mempunyai dua objektif khusus : 1.3.1. Memberi pengetahuan asas tentang komputer. 1.3.2. Membina kemahiran menggunakan komputer. 2-2 Bab2 : Pengisian Program 2. KANDUNGAN 2.1. Dengan perkembangan bidang ICT yang begitu pesat, rancangan pendidikan Literasi Komputer yang dilaksanakan tahun 1992 telah dikaji semula. Dalam penyemakan semula program untuk literasi komputer ini, pengetahuan dan kemahiran komputer dibahagikan kepada lapan peringkat. Maklumat mengenai peringkat ini boleh didapati daripada garis panduan Literasi Komputer. (laman web http://kdp.ppk.kpm.my) 2.2. Pelaksanaan program Literasi Komputer berdasarkan struktur lapan (8) peringkat. Berikut adalah maklumat mengenai pelaksanaannya: 2.2.1. Peringkat 1 hingga 3 dimulakan pada Tahap Dua pada tahun 4 dan disusuli pada Tahun 5 dan 6. 2.2.2. Bagi sekolah-sekolah rendah yang berkemampuan dari segi perkakasan, tenaga pengajar dan kemampuan murid-murid, program literasi ini boleh dilaksanakan untuk murid-murid tahap 1. 2.2.3. Peringkat 4 hingga 8 diteruskan di sekolah menengah untuk pelajar Tingkatan 1 dan disusuli pada Tingkatan 2 dan 3. 2.2.4. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 boleh mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi mengukuh dan mendalami bidang ICT sekiranya mereka berminat. 2.2.5. Merujuk kepada garis panduan Literasi Komputer, kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar sekolah rendah ialah kemahiran yang terdapat pada Peringkat 1, manakala kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar Tingkatan 1 adalah merujuk kepada kemahiran yang terdapat pada peringkat 4. (Rujuk Rajah A). 2-3 Bab2 : Pengisian Program Sekolah Menengah Sekolah Rendah Peringkat P8P7P6P5P4P3P2P1Kemahiran Rajah 2-1: Tahap kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar Kemahiran Asas Sekolah Menengah Kemahiran Asas Sekolah Rendah 2.2.6. Penstrukturan berdasarkan peringkat 1 hingga 8 ini adalah luwes (flexible) dan tidak terhad kepada sekolah rendah atau sekolah menengah. Pelajar boleh melangkah ke peringkat seterusnya berdasarkan pencapaian masing-masing. 2.2.7. Selain daripada penguasaan kemahiran asas MS Office dan kemahiran berkomunikasi menerusi rangkaian dan Internet, tumpuan juga harus diberi kepada perkembangan terbaru dalam bidang ICT seperti penggunaan laman web dan portal-portal pendidikan sebagai sumber maklumat. 2.2.8. Pelajar juga berpeluang untuk menggunakan grafik berasaskan MS Windows 98 (perisian Paint) dan MS Office 2000 (menu Word Art, Drawing, dan sebagainya) . 2.2.9. Sekiranya pihak sekolah berkemampuan untuk memperolehi bahan-bahan daripada pihak luar, bahan tersebut perlulah dinilai dahulu supaya ianya memberi manfaat kepada murid-murid. Guru-guru mata pelajaran boleh membantu semasa membuat penilaian. 2.2.10. Sekolah seharusnya memperuntukkan masa yang mencukupi di peringkat sekolah rendah dan menengah supaya pelajar dapat menguasai setiap peringkat literasi komputer. 2-4 Bab2 : Pengisian Program 3. SYARAT PENAWARAN 3.1. Latihan dalaman kepada guru perlu diberi tumpuan dan sasaran penguasaan kemahiran guru ditetapkan. Bantuan latihan boleh didapati dalam Bab 4. 3.2. Oleh kerana tiada guru tambahan dibekalkan, tenaga pengajar untuk program ini diambil daripada kalangan guru yang sedia ada serta berkemahiran dalam ICT, dan tidak semestinya Guru Penyelaras ICT. 3.3. Sasaran Program Literasi Komputer 3.3.1. Sekolah yang mendapat bekalan komputer daripada KPM di bawah program KDP atau Projek Pengkomputeran KPM. 3.3.2. Sekolah yang mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi melalui sumber-sumber lain. 3.3.3. Sekolah swasta yang berminat untuk melaksanakan program ini. 4. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 4.1. Sekolah boleh memulakan program ini di atas inisiatif sendiri tetapi sebaik-baiknya dimaklumkan kepada JPN . 4.2. Sekolah menengah sebaiknya bermula daripada Tingkatan 1 dan sekolah rendah disarankan bermula pada Tahap Dua. 4.2.1. Jumlah komputer yang kecil bukan merupakan faktor penghalang kepada program ini. Pendekatan yang sesuai seperti menggilirkan penggunaan komputer boleh digunakan. Contohnya untuk sebuah kelas yang mempunyai 40 orang pelajar: Untuk lima (5) PC, 10 pelajar boleh menjalankan latihan literasi komputer dengan menggunakan modul-modul yang disediakan. Pelajar yang lain boleh meneruskan pelajaran dengan bahan sumber yang lain. 2-5 Bab2 : Pengisian Program 4.3. Penggunaan freeware dan shareware yang boleh dimuat turun dari Internet boleh digunakan untuk membantu P & P. (Rujuk laman web http://kdp.ppk.kpm.my) 4.4. Penyusunan jadual waktu adalah bergantung kepada kesesuaian dan kebijaksanaan pihak pengurusan sekolah. Berikut adalah contoh langkah yang boleh diambil oleh sekolah: Jadual waktu sesi pagi atau sesi petang dilanjutkan. Kelas komputer diadakan pada hari Sabtu. Kelas malam diadakan untuk Sekolah Berasrama Penuh. Program literasi komputer diserapkan dalam P&P, contohnya, pelajar dibawa masuk ke makmal komputer untuk menggunakan CD-ROM mata pelajaran yang berkaitan semasa waktu mata pelajaran tersebut. Kemudahan rakam salin CD-ROM pembelajaran keluaran Bahagian Teknologi Pendidikan boleh didapati di Pusat Sumber Pendidikan Negeri atau di setengah Pusat Kegiatan Guru. program literasi komputer dijalankan dalam aktiviti kelab komputer. 4.5. Tiada peruntukan kewangan yang khusus untuk program ini tetapi sekolah boleh berusaha untuk mendapatkan dana tambahan menerusi sumber-sumber lain seperti sumbangan daripada PIBG, JKKK,dll. Panduan mendapatkan sumbangan pihak luar adalah seperti di Bab 7. 5. UKURAN PENCAPAIAN 5.1. Ukuran pencapaian adalah berasaskan garis panduan dan modul pembelajaran akses kendiri yang disediakan untuk tujuan program ini. Ia dilihat berdasarkan kadar penguasaan asas pelajar daripada peringkat 1 (Sekolah Rendah) dan peringkat 4 (Sekolah Menengah). 5.2. Rekod pencapaian pelajar yang dibawa daripada sekolah rendah ke sekolah menengah boleh digunakan untuk mengesan tahap penguasaan murid. 5.3. Sasaran jumlah pelajar dan guru yang melalui program ini dalam tempoh yang tertentu. 2-6 Bab2 : Pengisian Program 6. RUJUKAN 6.1. Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah. 6.2 http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, garis panduan program, bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di muat turun untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer) 6.3 http://myschoolnet.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran berbentuk Modul Interaktif Pengajaran dan Pembelajaran boleh di muat turun untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer) 2-7 Bab2 : Pengisian Program 2B. MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SPM 1. LATAR BELAKANG 1.1. Mata pelajaran Teknologi Maklumat ( TM ) merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan di peringkat SPM mulai tahun 2000. 1.2. Bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, mata pelajaran ini dikendalikan secara terarah kendiri (self-directed), akses kendiri (self-accesed) dan berdasarkan kadar kendiri (self-paced). Pengajaran secara kelas tidak digalakkan. 1.3. Kemajuan dan pencapaian di peringkat sekolah direkodkan sendiri oleh pelajar dalam rekod pembelajaran yang disediakan . 1.4. Terdapat enam (6) bidang dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat yang memerlukan penekanan yang serata dan seimbang yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. 2. KANDUNGAN 2.1. Dokumen kurikulum seperti Sukatan Pelajaran , Huraian Sukatan Pelajaran, Senarai Elemen Pentaksiran dan modul pembelajaran telah disediakan dan boleh diakses melalui laman web http:// kdp.ppk.kpm.my. 2.2. Setiap pelajar yang mengambil mata pelajaran ini mesti mengakses laman WEB yang berkenaan dan melaksanakan aktiviti yang terdapat pada setiap modul. Tiada buku teks yang khusus diperuntukan untuk mata pelajaran ini. 2.3. Guru mata pelajaran TM digalakkan untuk berinteraksi sesama mereka supaya kefahaman mereka terhadap pelaksanaan mata pelajaran ini dapat dipertingkatkan. Mereka juga diharapkan dapat berkongsi idea, strategi dan bahan pengajaran dengan menggunakan e-mail atau persidangan video (contohnya, menggunakan MSN Messenger, Yahoo Messenger, Web Communities, dll.). 2.4. Pentaksiran peringkat sekolah mesti dilaksanakan oleh guru, maklumat tentang perkara yang ditaksir dalam mata pelajaran ini dan panduan 2-8 Bab2 : Pengisian Program pelaksanaannya boleh didapati daripada laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) http://www2.moe.gov.my/~lp. 3. SYARAT PENAWARAN 3.1. Syarat penawaran TM berdasarkan surat makluman KPM KP(PPK) 016/62/Jld.1(49) bertarikh 15/2/2000. 3.2. Bilangan pelajar mestilah sekurang-kurangnya 16 orang untuk mengambil mata pelajaran tersebut. 3.3. Keperluan asas perkakasan yang perlu ada adalah seperti berikut: 3.3.1 20 + 1 pelayan/komputer guru 3.3.2 5 komputer (digunakan sebagai standby jika berlaku kerosakan, hanya perlu disediakan semasa pentaksiran pusat) 3.3.3 Akses Internet 3.3.4 Kad tangkap video (video capture card) 3.3.5 Rangkaian Setempat (LAN) + hub 3.3.6 Pencetak 3.3.7 Pengimbas 3.4 Perisian yang diperlukan adalah : 3.4.1 Windows 95/98 (untuk setiap PC) - untuk 20 + 5 unit 3.4.2 MS Office (untuk setiap PC) - untuk 20 + 5 unit 3.4.3 Adobe Photoshop (pc guru) - 1 unit 3.4.4 Adobe Premier (pc guru) - 1 unit 3.4.5 Comil Versi Zamrud (pc guru) - 1 unit 3.3.8 Window NT( untuk rangkaian dan kawalan) - 1 unit 3.5 Perisian-perisian keluaran Microsoft boleh diperolehi dengan harga istimewa (Educational Price) melalui JPN. Proses perolehan boleh didapati dalam Bab 3. 3.6 Adalah diingatkan bahawa sekolah yang ingin menawarkan mata pelajaran ini sendiri perlu membeli sendiri perisian-perisian yang diperlukan. Sila rujuk www.moe.gov.my/pekeliling/panduan.htm untuk mendapatkan senarai harga terkini perisian-perisian tersebut. 2-9 Bab2 : Pengisian Program 4. TENAGA PENGAJAR 4.1. Guru yang mengajar mesti mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. 4.2. Bagi komponen pengaturcaraan, tumpuan harus diberi kepada bahasa pengaturcaraan yang pelbagai dengan pemberatan kepada Visual Basic. 4.3. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan, aplikasi persembahan dan aplikasi hamparan data, pemberatan diberikan kepada penggunaan MS Office. 4.4 Penggunaan freeware dan shareware adalah digalakkan supaya pelajar didedahkan kepada kepelbagaian aplikasi sebahagiannya boleh dimuat turun melalui laman web http://kdp.ppk.kpm.my. 5. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 5.1. Sekolah perlu membuat permohonan kepada JPN (u.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri) untuk menawarkan mata pelajaran Teknologi Maklumat di peringkat SPM. (Sila rujuk Rajah B1). 5.2. Sekolah juga harus memohon kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk berdaftar sebagai pusat peperiksaan untuk Teknologi Maklumat (Sila rujuk Rajah B2 ). Untuk itu makmal dan kemudahan ICT sekolah harus menepati syarat-syarat yang dinyatakan dalam pekeliling LPM seperti menunjukkan bukti lesen. 5.3. Pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan atau LPM akan membuat lawatan ke sekolah untuk memastikan sekolah menepati syarat pekeliling daripada LPM dan membuat laporan mengesahkan sekolah sebagai pusat peperiksaan. 2-10 Bab2 : Pengisian Program Mula B1 Memohon Menulis Surat Kepada Pengarah JPN (u.p. KSPA) Pegawai JPN akan membuat lawatan Sekolah melengkap JPN memaklumkan Hasil kepada PPK dan PemantauanLembaga Tidak diluluskan PikDiluluskan SEKOLAH LAYAK MENAWARKAN MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMATB2 Menulis Surat Kepada Memohon Pengarah JPN (u.p. Unit Penilaian ) Sekolah Pegawai Unit melengkap Penilaian JPN akan membuat pemantauan JPN memaklumkan Hasil Tidak diluluskan kepada PPK dan PemantauanLembaga Pik DiluluskaSEKOLAH LAYAK MENJADI PUSAT PEPERIKSAAN UNTUK PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 2-2 : Proses Permohonan Untuk Menawarkan Mata Pelajaran dan Permohonan Untuk Menjadi Pusat Peperiksaan Teknologi Maklumat. 2-11 Bab2 : Pengisian Program 6. UKURAN PENCAPAIAN 6.1. Contoh bagaimana pencapaian dalam Teknologi Maklumat dapat diukur adalah:- 6.1.1. Rekod pelajar 6.1.2. Kadar penguasaan pelajar 6.1.3. Kerja Kursus 6.1.4. Peperiksaan Berpusat 7. RUJUKAN 7.1 Laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di http://www2.moe.gov.my/~lp (Untuk mendapatkan maklumat dan panduan pentaksiran yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan) 7.2 Laman web Pusat Perkembangan Kurikulum di http://www.ppk.kpm.my (Untuk mendapatkan maklumat mengenai Sukatan dan Huraian mata pelajaran Teknologi Maklumat) 7.3 Laman web Kementerian Pendidikan di http://www.moe.gov.my/pekeliling/panduan.htm (Untuk mendapatkan maklumat am serta pekeliling yang berkaitan dengan ICT ) 7.4 Laman web Unit Komputer Dalam Pendidikan, PPK di http://kdp.ppk.kpm.my (Untuk mendapatkan garis panduan penawaran, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, modul-modul pembelajaran, dan maklumat am mengenai mata pelajaran Teknologi Maklumat) 7.5 http://www.sabine.k12.la.us/vrschool/complab.htm (Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkakasan komputer - versi Bahasa Inggeris) 7.6 http://www2.famvid.com/i101/internet.html (Untuk mendapatkan maklumat mengenai internet - versi Bahasa Inggeris) 2-12 Bab2 : Pengisian Program 7.7 http://www.putera.com/tanya/ (Untuk mendapatkan maklumat dan rumusan sebarang masalah berkenaan komputer) 7.8 http://www.rad.net.id/homes/edward/intranet/intradex.htm (Untuk mendapatkan maklumat mengenai jaringan dalaman dan intarnet versi Bahasa Indonesia) 7.9 http://www.rad.net.id/homes/edward/intbasic/basic.htm (Mengandungi artikel tentang Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di dalamnya- versi Bahasa Indonesia.) 7.10 http://www.sabah.edu.my/istilah-it/index.html (Untuk mendapatkan maklumat mengenai istilah ICT, terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia) 2-13 Bab2 : Pengisian Program 2C. e-PEMBELAJARAN 1. LATAR BELAKANG 1.1. Pembelajaran yang berasaskan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer dan rangkaian melalui Internet dan /atau Intranet dan bersumberkan komputer pelayan , pusat data atau portal pendidikan. 1.2. e-Pembelajaran seharusnya melibatkan penggunaan e-mail, fungsi chat, video conferencing dan lain-lain bentuk komunikasi elektronik. 2. KANDUNGAN Program e-Pembelajaran yang khusus telah dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti program pendidikan jarak jauh UNITAR, pendekatan tutorial di portal dan laman pendidikan yang tertentu dan projek-projek Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. SYARAT PELAKSANAAN 3.1. Perlu ada rangkaian dan akses internet 3.2. Menggunakan URL/laman web yang sesuai untuk P & P. 3.3. Kakitangan yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk melaksanakan program 3.4. Perlu menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan pencarian maklumat melalui kemudahan ICT. 4. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 4.1. Kesediaan, kesedaran dan kemampuan guru 4.2. Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah 2-14 Bab2 : Pengisian Program 5. UKURAN PENCAPAIAN 5.1. Penguasaan kemahiran ICT berdasarkan hasil pembelajaran. 5.2. Pelajar dapat mencari maklumat (browse), menghantar e-mail dan menyusun semula maklumat yang didapati dengan menggunakan peralatan ICT. 6. RUJUKAN Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my 2-15 Bab2 : Pengisian Program 2D. PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. LATAR BELAKANG Merupakan kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan ICT bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. 2. KANDUNGAN 2.1 Berdasarkan perancangan rapi sebelum sesuatu masa P&P 2.2 Berdasarkan objektif pelajaran dan kesesuaian (relevan) 2.3 Berfikrah dan bijaksana 3. PENDEKATAN/KAEDAH 3.1 Penggunaan ICT secara tutoran bahan yang berdasarkan susunan yang tetap atau modul dalam portal pendidikan di mana penjelajahannya dikawal oleh sistem. 3.2 Penggunaan ICT secara penerokaan penggunaan bahan CD, portal maklumat atau Internet untuk mengumpul maklumat untuk tugasan yang tertentu di mana muatan dan penerokaan dikawal oleh murid. 3.3 ICT sebagai alat aplikasi - penggunaan aplikasi untuk menjanakan produk dan melaksanakan tugas pembelajaran, contohnya membuat persembahan hasil perbincangan menggunakan aplikasi Power Point. 3.4 ICT sebagai alat komunikasi berhubung dengan pihak lain atau sumber maklumat daripada lokasi yang berbeza menerusi aplikasi komunikasi seperti e-mail, video conferencing, chat, messenger ,dsb. 4. PRODUK /HASIL 4.1 Kerja kursus dan penilaian hasil projek pelajar. 4.2 Pembinaan laman web yang boleh diakses secara offline sekolah. (Bahan laman web disimpan dalam server dan diakses secara Intranet) 4.3 Kemahiran mencari, mengumpul dan memilih maklumat daripada Internet. 4.4 Berkomunikasi secara e-mel, chatting atau video-conferencing untuk tujuan pendidikan. 2-16 Bab2 : Pengisian Program 5. SYARAT PELAKSANAAN 5.1 Perancangan rapi oleh guru bersesuaian dengan objektif pengajaran. 5.2 Penguasaan kemahiran belajar oleh pelajar iaitu dapat memilih, menyusun, memetik maklumat dan mempersembahkan maklumat. 6. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 6.1 Tahap literasi komputer guru yang baik 6.2 Kesediaan dan kesedaran guru 6.3 Sokongan oleh pihak pengurusan 7. UKURAN PENCAPAIAN 7.1. Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar. 7.2. Pentaksiran autentik berdasarkan hasil sebenar 7.3. Briged pelajar yang dapat membantu pelajar lain dalam P & P dan masalah komputer. 7.4. Briged guru yang mampu membantu guru lain dalam P & P dan masalah komputer. 8. RUJUKAN 8.1. Laman web http://kdp.ppk.kpm.my atau http://igalaksi/mercury/kdp 8.2 Laman web http://www.bestarinet.my 8.3 Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my 2-17 Bab2 : Pengisian Program 2E. PROJEK KHAS ICT UNTUK PENDIDIKAN 1. LATAR BELAKANG Projek Khas ICT untuk pendidikan merupakan mana-mana projek ICT yang diperkenalkan oleh KPM atau pihak swasta yang melibatkan pengujian perisian, pembangunan portal, pengujian aplikasi khusus termasuk perangkaian dan peralatan komputer yang dijalankan di sekolah-sekolah kerajaan. 2. KANDUNGAN 2.1. KPM telah memperkenalkan berbagai-bagai projek ICT untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah sebagai projek rintis. Peluasan projek-projek ini adalah bergantung kepada: 2.1.1. Keberkesanan penggunaan ICT dalam projek rintis tersebut. 2.1.2. Sumbangan serta potensinya untuk membantu mempertingkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar. 2.1.3. Sumbangan kepada pengurusan sekolah dan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. 2.2. Penerangan ringkas tentang projek-projek Kementerian Pendidikan yang telah dan sedang dijalankan adalah seperti berikut: 2.2.1 Projek Buku Elektronik atau e-Book i. Sebanyak 50 buah sekolah telah dikenal pasti terlibat dalam Projek Rintis Buku Elektronik di Sekolah Menengah. Guru dan pelajar di sekolah-sekolah yang terlibat akan menggunakan perkakasan untuk pengajaran dan pembelajaran ii. Syarikat pembekal telah menyediakan infrastruktur asas yang terdiri daripada pemasangan talian ISDN dan wireless base station di setiap sekolah. Latihan pengurusan e-Book telah diberi kepada pengetua dan pegawai JPN serta latihan aplikasi e-Book kepada guru-guru yang terlibat. 2-18 Bab2 : Pengisian Program iii. 35 buah sekolah telah mula dibekalkan dengan perkakasan e-Book untuk penggunaan dalam proses P & P menerusi capaian kepada portal Pendidikan e-Book. iv. Portal ini mengandungi buku teks untuk mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran Sastera ikhtisas yang seharusnya boleh dimuatturun (download) oleh pelajar dan guru mengikut keperluan mereka. v. Penilaian projek menyeluruh telah dibuat pada bulan Oktober 2001 oleh KPM tentang keberkesanan penggunaan perkakasan buku elektronik. 2.2.2 Projek Pemasangan Sendiri Komputer (PSK) i. Projek ini telah dilaksanakan di 14 buah sekolah rintis di seluruh Malaysia. ii. Pemilihan sekolah untuk tujuan peluasan projek ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Pada tahun 2002, sebanyak 30 buah sekolah lagi telah dipilih untuk tujuan peluasan projek ini. iii. Projek ini bertujuan melatih pelajar mengenai pemasangan komponen komputer termasuk hardware dan software . iv. Pelajar juga dapat dilatih untuk mengenal pasti dan membaikpulih kerosakan yang mudah. v. Garis panduan projek ini boleh didapati dari laman web http://kdp.ppk.kpm.my. 2.2.3 Projek ICT Swasta i. Projek ICT Swasta adalah merujuk kepada projek-projek yang dikendalikan oleh syarikat swasta di sekolah-sekolah kerajaan. Antara projek ini ialah pengujian perisian pendidikan, pengujian aplikasi khusus dan aplikasi web. ii. Berikut adalah garis panduan untuk sekolah sebelum terlibat dalam projek-projek ini: 2-19 Bab2 : Pengisian Program Sekolah perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri. Bahagian Sekolah KPM perlu dimaklumkan mengenai projek itu. Syarikat perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri sebelum mengadakan projek di sekolah. Penyelaras ICT Negeri boleh dianggap pakar rujuk untuk sekolah mendapat nasihat agar dapat dielakkan projek yang mungkin mempunyai kos tersembunyi atau implikasi Projek yang berkaitan tidak seharusnya melibatkan kutipan wang daripada pelajar atau kos berulang kepada sekolah. 3.0 UKURAN PENCAPAIAN 3.1 Peningkatan minat di kalangan pelajar menerusi indikator seperti kedatangan yang lebih baik, penglibatan individu dalam aktiviti ICT, dsb. 3.2 Peningkatan literasi komputer di kalangan guru dan pelajar. 3.3 Pembelajaran secara kolaboratif menerusi ICT. 4.0 RUJUKAN 4.1 Buku Panduan Sekolah Bestari 4.2 Laman web http://www.bestarinet.edu.my 4.3 Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my 4.4 Laman web http://kdp.ppk.kpm.my atau http://igalaksi/mercury/kdp 2-20 Bab2 : Pengisian Program 2F. Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif 1 Pengenalan Komputer telah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui program-program Pengajaran-Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Dengan kemunculan teknologi hipermedia yang berkembang dengan pesatnya, PBK telah dipertingkatkan rekabentuknya dengan pengintegrasian fitur-fitur multimedia dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pengguna. Pada masa kini dan masa-masa akan datang, pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan pesatnya melalui komputer, berdasarkan kepada hakikat bahawa ia adalah alat yang berpotensi tinggi untuk menjadi pelantar ilmu dan maklumat. 2. Definisi Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif atau juga dikenali sebagai perisian kursus adalah perisian PBK yang dibangunkan berasaskan kepada perancangan sistematik. Ia merangkumi prinsip-prinsip rekabentuk pengajaran, rekabentuk skrin, dan rekabentuk interaktif. Fakta-fakta yang dipersembahkan dapat diperkukuhkan dengan elemen-elemen multimedia seperti audio, video, ilustrasi grafik dan animasi. Perisian ini dapat digunakan secara interaktif dimana pengguna mengawal perkembangan pembelajaran mengikut tahap pencapaian kendiri. 3. Penggunaan Perisian Kursus Terdapat dua kelebihan utama apabila melaksanakan pembelajaran berasaskan perisian kursus. Pertamanya ialah kelebihan teknologi multimedia yang antara lainnya dapat: Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar kerana pembelajaran akan lebih menyeronokkan Membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah kerana dapat dipersembahkan dalam konteks dan juga dapat dilihat secara lebih konkrit 2-21 Bab2 : Pengisian Program Kepelbagaian elemen multimedia membolehkan pelajar memilih pendekatan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Contohnya sesetengah pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih berkesan apabila mencuba sendiri dan dibantu oleh ilustrasi grafik. Keduanya ialah berdasarkan kepada keupayaan perisian pengarangan yang membolehkan pelajar belajar: Secara pembelajaran kendiri Mengikut pencapaian kendiri Secara terarah kendiri Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan pembinaan perisian kursus melalui dua program utama. Mereka terdiri daripada pasukan pembangun diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Projek Rintis Sekolah Bestari. 4 Komponen Perisian Kursus Multimedia Semua perisian kursus multimedia yang dibangunkan oleh BTP dan rangkaiannya mengandungi komponen-komponen seperti berikut: 4.1 Objektif Perisian Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran pelajar di akhir penggunaan perisian kursus. Komponen Asas: 4.2 Menu Tajuk-tajuk utama bagi isi kandungan perisian kursus. 4.3 Submenu Tajuk-tajuk kecil bagi setiap tajuk utama. 4.4 Bantuan Memberi penerangan kepada cara menggunakan alat navigasi dan beberapa simbol yang digunakan di dalam perisian kursus. 2-22 Bab2 : Pengisian Program 4.5 Aktiviti Terdiri daripada pelbagai bentuk tugasan pelajar secara hands-on sama ada dalam bentuk permainan, kuiz dan latihan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar dapat menilai status pencapaian pembelajaran masing-masing dan membantu pelajar membuat pemilihan seterusnya. 4.6 Ujian Soalan-soalan yang dibina dan dijanakan secara rawak untuk menguji pemahaman pelajar. 4.7 Maklumbalas Pelaporan yang diberikan secara teks/visual/kesan bunyi/suara latar tentang setiap cubaan pelajar terhadap ujian/kuiz/latihan. 5 Pengintegrasian Perisian Kursus dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Setiap perisian kursus boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut objektif pembelajaran yang diinginkan. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ini bukanlah terhad dan terpulang kepada kreativiti guru sebagai pengurus pengajaran. 5.1 Secara Kendiri Melalui cara ini, pelajar membuat pemilihan sendiri ke atas perkara yang hendak dipelajari. Strategi-strategi yang digunakan ialah: Penjelajahan Penemuan Pengembaraan Penceritaan Permainan Simulasi Tutoran 2-23 Bab2 : Pengisian Program 5.2 Secara Kooperatif Pendekatan ini memerlukan perancangan rapi oleh guru. Pelajar-pelajar diberi arahan dan bimbingan berdasarkan kepada model-model pembelajaran yang menyokong kepada kemahiran-kemahiran khusus. Contoh-contoh adalah seperti : 5.2.1 Model Selektif 5.2.2 Model Berurutan 5.2.3 Model Stesen 5.2.4 Model Cabang Berikut adalah ciri-ciri model di atas. Model Selektif Mengikut model ini, guru memilih satu daripada aktiviti yang terdapat di dalam perisian kursus dalam satu masa pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Model ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kumpulan murid yang homogenus Model Berurutan Mengikut model ini, guru memilih beberapa aktiviti alternatif yang kesemuanya akan mencapai hasil pembelajaran yang sama dan menjalankan aktiviti secara berurutan. Urutan disusun berasaskan kepada beberapa criteria, contohnya tahap kesukaran, iaitu dari tahap asas kepada tahap tinggi atau dari tahap mudah kepada tahap rencam. Model ini sesuai digunakan untuk pelajar yang memerlukan pelbagai aktiviti untuk membantu mereka menguasai hasil pembelajaran tertentu. 2-24 Bab2 : Pengisian Program Model Stesen Mengikut model ini, guru memilih beberapa aktiviti yang akan mencapai hasil pembelajaran yang sama atau berlainan dan menjalankan aktiviti secara kumpulan kecil. Model ini sesuai digunakan untuk kumpulan murid heterogenus dan juga apabila kemudahan tidak mencukupi (contohnya komputer). Model ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan stesen statik atau pendekatan stesen dinamik. Stesen statik - Dalam stesen statik,setiap kumpulan pelajar hanya menjalankan aktiviti dalam stesen masing-masing. Pemilihan ke atas aktiviti-aktiviti adalah berdasarkan kepada tahap kebolehan kumpulan pelajar tersebut. Cara ini sesuai bagi kumpulan pelajar yang heterogenus. Stesen dinamik - Dalam stesen dinamik, kumpulan pelajar akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir. Cara ini sesuai bagi kumpulan yang berupaya untuk menentukan pelbagai aktiviti mereka sendiri untuk mencapai hasil pembelajaran mereka. Model Cabang Mengikut model ini, aktiviti-aktiviti pelajar adalah secara tersusun mengikut pencapaian hasil pembelajaran dari peringkat rendah ke peringkat lebih tinggi. Pada permulaannya, semua kumpulan pelajar akan bermula dengan aktiviti yang sama dan mencapai hasil pembelajaran yang sama. Seterusnya, setiap kumpulan akan meneruskan dengan aktiviti lain mengikut tahap pencapaian kumpulan. Pemilihan aktiviti oleh setiap kumpulan perlu dibimbing oleh guru agar setiap kumpulan dapat mencapai hasil pembelajaran yang optimun. 2-25 Bab2 : Pengisian Program 6 Pembekalan Perisian Kursus Perisian-perisian kursus yang diterbitkan oleh BTP diedar secara percuma kepada sekolah-sekolah. Buat masa ini, pengedaran dihadkan ke beberapa buah sekolah yang dikenalpasti oleh Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, pengedaran ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa. Berikut adalah senarai judul perisian kursus yang telah diterbit dan diedarkan ke sekolah-sekolah. JUDUL PERISIAN KURSUS TERBITAN RANGKAIAN BTP/PSPN/BTPN/PKG EDARAN 1999 2002 BIL JUDUL SUBJEK SASARAN BAHASA INGGERIS 1 Mr. Banana and Universal Truth BI Sek. Ren 2 Learn About Fruits BI Sek. Ren 3 Things In The Classrooms and Home BI Sek. Ren 4 Fun With Numbers BI Sek. Ren 5 Tiggys Animal World BI Sek. Ren 6 Tiggys Classroom BI Sek. Ren 7 Plants and Flowers BI Sek. Ren 8 More Insects BI Sek. Ren 9 Life cycle of insects BI Sek. Ren 10 People BI Sek. Ren 11 Insects BI Sek. Ren 12 Numbers with Robo BI Sek. Ren 13 Buildings and Places BI Sek. Ren 14 Animals BI Sek. Ren 15 Habitul Actions BI Sek. Ren 16 Fruits and Vagetables BI Sek. Ren 17 Dwarfie Explores Buildings and Places BT SeK. Ren 18 Places Building and Monument BI Sek. Men 19 Giving Direction BI Sek. Men 20 The Nightingale BI Sek. Men 21 The Tortoies Who Could Not Keep Its BI Sek. Men Mouth Shut 22 Introduction to Prepositions BI Sek. Men BAHASA MELAYU 23 Cerita Rakyat BM Sek. Ren 24 Lubuk Kulit BM Sek. Ren 25 Belajar Penjodoh Bilangan Bersama Tiki BM Sek. Ren 26 Pekerjaan BM Sek. Ren 27 Kenalkan Warna Dengan Tiki BM Sek. Ren 2-26 Bab2 : Pengisian Program 28 Cerita Nenek BM Sek. Ren 29 Perihal Air BM Sek. Ren 30 Pekerjaan BM Sek. Ren 31 Penjodoh Bilangan BM Sek. Ren. 32 Surat Kiriman BM Sek. Men 33 Golongan Kata BM Sek. Men 34 Pantun BM Sek. Men 35 Permata Desa BM Sek. Men 36 Orang Utan BM Sek. Men 37 Zapin BM Sek. Men 38 Sajak BM Sek. Men AGAMA ISLAM 39 Bersuci A.ISLAM Sek. Men MATEMATIK 40 Pecahan Tahap 2 MAT Sek. Ren 41 Darab 9 x 9 MAT Sek. Ren 42 Pecahan Tahun 4 MAT Sek. Ren 43 Masa dan Waktu MAT Sek. Ren 44 Tambah dalam Lingkungan 500,000 MAT Sek. Ren 45 Isipadu, Kubus dan Kuboid MAT Sek. Ren 46 Tambah Dalam Lingkungan 100 MAT Sek. Ren 47 Bahagi 45 9 MAT Sek. Ren 48 Graf MAT Sek. Ren 49 Mendarab nombor Hingga Dua Digit MAT Sek. Ren dengan Satu Digit 50 Tangen bagi Bulatan MAT Sek. Ren 51 Nombor 1 10 MAT Sek. Ren 52 Penjelmaan MAT Sek. Men 53 Perimeter dan Luas MAT Sek Men 54 Sisi 4 MAT Sek. Men 55 Trigonometri MAT Sek. Men 56 Nombor Negatif I MAT Sek. Men 57 Pepejal dan Isipadu MAT Sek. Men 58 Sudut Dongak dan Sudut Tunduk MAT Sek. Men 59 Jarak, Masa, Laju dan Pecutan MAT Sek. Men 60 Kecerunan dan Luas di Bawah Graf MAT Sek. Men 61 Lokus Dalam Dua Matra MAT Sek. Men 62 Nombor Negatif II MAT Sek. Men 63 Tuas MAT Sek. Men 64 Peratus MAT Sek.. Men 65 Gandaan MAT Sek. Men 66 Pecahan MAT Sek. Men 67 Nombor Bulat MAT Sek. Men 68 Kebarangkalian MAT Sek. Men 2-27 Bab2 : Pengisian Program SAINS 69 Sifat-sifat Cahaya SAINS Sek. Ren 70 Pernafasan SAINS Sek. Ren 71 Tabiat Makanan Haiwan SAINS Sek. Ren 72 Pengelasan Haiwan SAINS Sek. Ren 73 Permakanan Haiwan SAINS Sek. Ren 74 Kemandirian Spesis (Ren) SAINS Sek. Ren 75 Katak Borneo SAINS Sek. Ren 76 Pemakanan Haiwan dan Tumbuhan SAINS Sek. Ren 77 Alam Tumbuhan SAINS Sek. Ren 78 Ciri-ciri Tunbuhan SAINS Sek Ren 79 Alam Kehidupan Haiwan SAINS Sek Ren 80 Ciri-ciri Tumbuhan SAINS Sek. Ren 81 Biosfera Bumi SAINS Sek. Ren. 82 Pengelasan Haiwan SAINS Sek. Men 83 Sistem Sokongan SAINS Sek. Men 84 Pengelasan Benda-benda Hidup SAINS Sek. Men 85 Tenaga SAINS Sek. Men 86 Elektrik SAINS Sek. Men 87 Koordinasi dalam Badan Kita SAINS Sek. Men 88 Tanah Tanih SAINS Sek. Men 89 Mata SAINS Sek. Men 90 Kulit SAINS Sek. Men 91 Vetebrata dan Invetebrata SAINS Sek. Men 92 Menjelajah Angkasa SAINS Sek. Men 93 Pembiakan dan Pertumbuhan SAINS Sek. Men 94 Haiwan Vetebra SAINS Sek. Men 95 Meiosis dan Mitosis SAINS Sek. Men 96 Haba dan Pemindahannya SAINS Sek. Men 97 Sumber Tenaga SAINS Sek. Men 98 Jadual Berkala Unsur SAINS Sek. Men 99 Dadah SAINS Sek. Men 100 Kesan Rumah Hijau SAINS Sek. Men 101 Penyakit Gigi SAINS Sek. Men 102 Kemandirian Spesis (Men) SAINS Sek. Men 103 Jirim SAINS Sek. Men 104 Rumbia SAINS Sek. Men 105 Prinsip Bernoulli SAINS Sek Men 106 Peredaran Darah SAINS Sek Men 107 Organ Deria Manusia SAINS Sek Men 108 Koordinasi Dalam Badan (2) SAINS Sek Men 109 Kesan Haba SAINS Sek Men 110 Kitaran Air Semula Jadi SAINS Sek Men 2-28 Bab2 : Pengisian Program KAJIAN TEMPATAN 111 Sekolah Kita K.TEMPATAN Sek. Ren 112 Kejiranan K.TEMPATAN Sek. Ren 113 Sumber Negara K.TEMPATAN Sek. Ren 114 Perihal setempat K.TEMPATAN Sek. Ren 115 Kelapa GEOGRAFI Sek. Men Catatan: Bilangan judul sebanyak 115 adalah sehingga tahun 2002 dan akan bertambah tahun demi tahun. JUMLAH 115 2-29 Bab2 : Pengisian Program 2 G. KELAB KOMPUTER SEKOLAH LATAR BELAKANG 1.1. Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami kemahiran ICT dan mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat Pekeliling Ikhtisas bil.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000, lampiran surat KP(BS)8591/Jld.XVI/(8) untuk : 1.2.1. Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah. 1.2.2. Merancang aktiviti kelab. 1.2.3. Mengurus dan mentadbir kelab. 1.3. Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta, PIBG, dan sebagainya, Kelab Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang sedia ada di bawah program perkomputeran KPM seperti Program Komputer Dalam Pendidikan, Program Perkomputeran Reka Cipta, Sekolah Bestari, Perkomputeran Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat. 1.4. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah. 2-30 Bab2 : Pengisian Program 2. KANDUNGAN 2.1 Untuk aktiviti kelab, pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kepakaran tenaga pengajar yang boleh dipilih di kalangan guru atau pihak luar. Aktiviti yang dicadangkan ialah: 2.1.1 Sesi pendedahan kepada komputer. 2.1.2 Pengajaran pengaturcaraan. 2.1.3 Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi. 2.1.4 Penggunaan perisian pengarangan dan pembangunan bahan multimedia. 2.1.5 Komputer Grafik. 2.1.6 Internet dan komunikasi. 2.1.7 Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya. 2.1.8 Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian. 3. SYARAT PELAKSANAAN 3.1 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat. 3.2 Sekurang-kurangnya dua orang guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar. 3.3 Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang 3.4 Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan perkomputeran. 3.5 Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen. 3.6 Untuk keselamatan perkakasan, bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jeriji pada pintu dan tingkap. 2-31 Bab2 : Pengisian Program 4. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 4.1 Kesediaan dan kesedaran guru. 4.2 Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah. 4.3 Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik. 5. UKURAN PENCAPAIAN Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar. Contohnya, penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan menggunakan PowerPoint, merekacipta aturcara komputer atau perisian dsb. 6. RUJUKAN 6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000 bil. KP(BS)8591/Jld.XVI/(8). 6.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah 6.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan menjalan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah, bertarikh 29 Jun 1988, bil KP(BS)8591/Jld.III/(31) 6.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar, bertarikh 28 April 1992, bil KP(BS)8591/Jld.IV/(110) 6.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/atau Pungutan Wang, bertarikh 2 Mei 1997, bil KP(BS)8591/Jld.VIII/(74) 6.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001: Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah, bertarikh 6 Jun 2001, bil KP(BS)8591/Jld.XVII/(6) 6.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah, bertarikh 17 Feb 1992, bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.II(91) 2-32 Bab2 : Pengisian Program 6.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan Kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 7 Mac 1986, bil KP(BS)8591/Jld.II/(43) 6.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 11 Mac 1986. bil KP(BS)8591/Jld.II/(45) 6.10Laman web http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer) 2-33 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT BAB 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ICT Salah satu aspek penting untuk membantu kejayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah kebolehan pihak pentadbiran sekolah untuk mentadbir dan mengurus sumber-sumber secara berkesan. Bab ini bertujuan: 1. menggariskan satu standard pengurusan dan pentadbiran pengkomputeran; 2. melaksanakan tindak-ikut mengikut prosedur yang ditetapkan untuk kebaikan pengguna; 3. membantu membangunkan pelaksanaan kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran; dan 4. mencari koleksi yang komprehensif tentang sumber-sumber yang boleh diguna dan menyediakan satu bekalan sumber untuk membangunkan penggunaan pengkomputeran secara efektif dan optimum. 3-1 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pengurusan dan pentadbiran ICT melibatkan proses yang berikut iaitu :- a. Perolehan; b. Penyenggaraan; c. Waranti d. Ubahsuai / Naik Taraf; e. Pelupusan; dan f. Penggantian 3.1.1 Perolehan Bekalan komputer, perisian dan peralatan bagi tujuan pentadbiran sekolah dan pengajaran dan pembelajaran boleh diperolehi melalui pelbagai kaedah, sama ada melalui kerajaan ataupun dengan kerjasama dan sumbangan pihak luar (sila rujuk BAB 7 Penglibatan, Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar). Semua perolehan yang dilakukan oleh pihak sekolah haruslah memenuhi peraturan-peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan, Kementerian Pendidikan, INTAN dan Jabatan Pendidikan Negeri mengenai perkara ini telah dihantar ke sekolah-sekolah bagi menentukan segala perolehan kerajaan dilaksanakan dengan baik. Proses perolehan ini dibahagikan kepada 4, iaitu:- a. Perolehan komputer dan peranti ( Rujuk rajah 3.1 ) b. Bahan habis guna ( Rujuk rajah 3.2 ) c. Bahan-bahan perisian pengajaran dan pembelajaran ( Rujuk rajah 3.3 ) d. Perisian MS-Office ( Rujuk rajah 3.4 ) 3-2 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3.1.2 Waranti / Jaminan Bagi bangunan dan peralatan baru, pihak sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa waranti/jaminan, terma dan syarat waranti terdapat di dalam perjanjian. Sebarang masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam tempoh jaminan hendaklah dikemukakan terus kepada panel pengurusan projek ataupun kontraktor terbabit dan sesalinan laporan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi Projek Pengkomputeran yang Baru Mengikut TOR (Terms of Reference), kontraktor yang dilantik perlu menyediakan perkhidmatan penyenggaraan selama dua (2) tahun bagi penyenggaraan peralatan dan lima (5) tahun untuk penyenggaraan bangunan. Sebarang masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam tempoh jaminan hendaklah dikemukakan terus kepada Project Management Consultant (PMC) dan sesalinan laporan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan, KPM dan JPN. KPM juga menjalankan program-program pengkomputeran seperti Komputer Dalam Pendidikan (KDP), Reka Cipta, Projek Rintis Sekolah Bestari, dan Mata Pelajaran Pengkomputeran Tingkatan 6. Sebarang masalah berkaitan dengan penyenggaraan hendaklah dirujuk terus ke Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah. 3-3 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3.1.3 Penyenggaraan Kemudahan asas, bilik/makmal komputer yang disediakan dan peralatan yang dibekalkan mempunyai jangka hayat tertentu. Penyenggaraan yang teratur dan sistematik boleh memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan malah boleh mengelakkan sebarang bencana atau kerosakan. Keadaan ini akan menghasilkan penjimatan dari segi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Matlamat utama penyenggaraan ialah keselamatan, keselesaan dan kecekapan. Standard penyenggaraan ini dibahagikan kepada tiga iaitu : penyenggaraan pencegahan, penyenggaraan pemulihan dan penyenggaraan kecemasan. Bagi standard penyenggaraan pencegahan ianya terbahagi kepada perkara-perkara seperti berikut:- a. Penyenggaraan Bangunan ( Rujuk jadual 3.5 ) b. Penyenggaraan Mekanikal ( Rujuk jadual 3.5 ) c. Penyenggaraan Elektrikal ( Rujuk jadual 3.5 ) d. Penyenggaraan Perabot ( Rujuk jadual 3.5 ) e. Penyenggaraan Komputer dan Peranti ( Rujuk rajah 3.6 ) Sementara penyenggaraan pemulihan terbahagi kepada perkara-perkara seperti berikut : a. Penyenggaraan pemulihan bangunan ( Rujuk rajah 3.7 ) b. Penyenggaraan pemulihan PC dan peranti ( Rujuk rajah 3.8 ) c. Penyenggaraan pemulihan elektrikal ( Rujuk rajah 3. 9 ) 3-4 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Penyenggaraan Kecemasan Kementerian Pendidikan memang prihatin dan peka terhadap aspek-aspek keselamatan seperti di bawah yang berlaku di peringkat sekolah. Lantaran itu, panduan menyenggara hal-hal kecemasan yang berkaitan juga disediakan di dalam buku ini. Penyenggaraan-penyenggaraan kecemasan berkaitan adalah seperti berikut; i. Kebakaran ( Rujuk rajah 3. 10 ) ii. Bencana Alam ( Rujuk rajah 3.11 ) iii. Kecurian ( Rujuk rajah 3.12 ) iv. Litar Pintas ( Rujuk rajah 3.13 ) 3.1.4 Ubahsuai dan Naik Taraf Pihak sekolah dibenarkan untuk melakukan ubahsuai dan naik taraf mengikut keperluan. Walau bagaimanapun proses-proses yang melibatkan bilik/makmal, elektrikal (plug dan pendawaian), perabot, mekanikal (alat pendingin hawa), dan lightning arrestor, pihak sekolah perlu merujuk ke Unit Perancangan Pembangunan dan Bekalan JPN melalui PPD/PPB untuk kelulusan dan peruntukan kewangan. Bagi keperluan komputer, naik taraf hanya meliputi penambahan Ingatan Capaian Rawak (RAM) dan cakera keras sahaja. Naik taraf yang melibatkan pemprosesan dan motherboard tidak dibenarkan. (Sila rujuk ke Bahagian Sistem Maklumat, KPM bagi semua proses naik taraf komputer dan rujuk rajah 3. 14 ). 3-5 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3.1.5 Pelupusan Pelupusan barang-barang kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Malaysia yang telah menetapkan peraturan seperti terkandung di dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Memandangkan hakikat bahawa sesebuah sistem komputer itu mempunyai tempoh kegunaan yang singkat akibat daripada keusangan dan perkembangan teknologi semasa, pelupusan peralatan komputer haruslah dilaksanakan dengan cepat, licin dan teratur. Bagi maksud pelupusan peralatan komputer peraturan-peraturan dalam garis panduan ini adalah merupakan tambahan kepada tatacara pelupusan dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa pada masa ini. ( Rujuk rajah 3.15 ) 3-6 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT PEGAWAI RUJUKAN. Peringkat Tanggungjawab Sekolah Penyelaras ICT Daerah Penyelia Pembangunan PPD/PPB Negeri Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan JPN Penyelaras Program ICT Kementerian Pendidikan Bahagian Pembangunan, Bekalan dan Penswastaan Bahagian Sistem Maklumat RUJUKAN PEKELILING DAN SURATKUASA Rujuk Pekeliling dan Arahan Perbendaharaan. 1. Surat Pekeliling Komputer Bil 1/1997 KP.BSM(S)01/179/01.7 Jld 2(31) Garis Panduan Perancangan Keperluan Pengkomputeran untuk Kelulusan Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Kementerian. 2. Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1990 Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan bagi JKPK. (Jawatan Kuasa Kecil Piawaian dan Kos) 3-7 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT 3. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/90 Garis Panduan bagi memasang (mengganti alat penyaman udara di bangunan-bangunan kerajaan persekutuan) PP Bil. 3 Tahun 95 (pindaan) 4. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1995 Garis Panduan Pelupusan Peralatan Komputer 5. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan 6. Borang C, Lampiran Pekeliling Perbendaharaan Bil 9/90 a. Penyenggaraan dan Pembaikan 7. Surat Makluman Bahagian Sistem Maklumat KP.BSM(S) 1/07/001/02 Jld. 2 (13), bertarikh 3 Januari 2000 Penyelarasan Penyenggaraan Komputer Di Jabatan/Bahagian Kementerian. 8. Surat Makluman Bahagian Sistem Maklumat KP.BPK(S) 01/158/02.1 Jld. V (78), bertarikh 10 Mei 1993 Permohonan Perolehan Peralatan Komputer dari Sekolah-sekolah dengan Menggunakan Wang Akaun SUWA. 3-8 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-1 : Carta Alir Perolehan Komputer Dan PerantiPPD/Sekolah JPN BahagianPPBKeperluan Kumpul Dan Kemukakan Tapis PermohonanMaklumatTIDAK YAPermohonan Lulus TerimaSemulaTIDAK YALulus Urus Setia JMPKMesyuarat JMPKMakluman LulusJPNA 3-9 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT PPD/PPB BahagianSekolah JPNAMemberitahu Pihak Sekolah Proses TenderTerima Bekalan BekalMenyelaras Dan Tandatangan Ke SekolahBekalanSAPKemukakan SAP Semak Dan Buat Kepada JPNBayaranRekod Kad Daftar SelesaiHarta Modal 3-10 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-2 : Carta Alir Perolehan Bahan Habis GunaPPD/Sekolah BahagianPPB JPNMenentukan KeperluanKemukakan Terima PermohonanPermohonanTIDAKPermohonan LulusSemula YA Sebut HargaTerima Bahan Memilih Dan Tandatangan PembekalSAPKemukakan SAP Semak Dan Buat Kepada JPNBayaran Selesai 3-11 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-3 : Carta Alir Perolehan Perisian KursusPPD/SekolahPPB JPN BahagianTentukan Kualiti (KPM)/Harga/PembekalSumber Kewangan Terima Peruntukan DalamanPermohonanJPN PeruntukanTIDAKTIDAKCUKUPMohon LulusPeruntukanYA Keluarkan Proses Pesanan PembelianTempatanSelesai 3-12 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-4 : Carta Alir Perolehan Perisian MS-Office ( Site Licence )PPD/SekolahPPB JPN BahagianMengenal Pasti Bilangan KeperluanDapatkan Harga Site LicenceKemuka Terima PermohonanPermohonanKeluarkan Pesanan TempatanTerima PerisianLakukan InstalasiSelesai 3-13 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Jadual 3.5 Prosedur Standard Penyenggaraan Pencegahan a. Bangunan Komponen Standard a. Struktur Pemeriksaan dilakukan setiap tahun b. Asas Pemeriksaan dilakukan setiap tahun c. Dinding Pemeriksaan dilakukan setiap tahun d. Lantai Pemeriksaan dilakukan setiap tahun e. Bumbung Pemeriksaan dilakukan setiap tahun f. Siling Pemeriksaan dilakukan setiap tahun g. Kerangka Pemeriksaan dilakukan setiap tahun h. Cat Mengecat semula setiap lima tahun i. Pemeriksaan Anai-anai Pemeriksaan dilakukan setiap tahun c. Mekanikal a. Alat Pemadam Api Diperiksa setiap 6 bulan. b. Alat Pendingin Hawa Diservis setiap 3 bulan d. Elektrikal a. Pendawaian Pendawaian semula setiap 10 tahun. b. Kelengkapan Elektrik Diselenggara setiap 3 bulan dan diganti segera jika rosak. e. Perabot Perlu diganti sekiranya rosak. NOTA: Pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh pihak sekolah dan JKR (mengikut keperluan). 3-14 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Komputer dan Peranti Komputer dan peranti hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali. (Sila rujuk Carta Aliran Proses Penyenggaraan Komputer dan Senarai Semak Penyenggaraan). Rajah 3.6 Penyenggaraan Pencegahan (PC dan Peranti)Sekolah PPD/PPB JPNKeperluan Semak Kontrak PenyenggaraanPenyenggaraan TIADATerma Bantuan Dari PerjanjianJPN ADAHubungi Menjalankan SyarikatPenyenggaraanSelesai 3-15 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-7 : Carta Alir Penyenggaraan Pemulihan (Bangunan)PPD/ JPNSekolahPPBKenal Pasti Kerosakan Makluman Terima Buat LaporanLaporanPemeriksaan bersama PPD/ Baiki/GantiJPNDapatkan Anggaran KosPilih KontraktorKeluarkan Pesanan TempatanA 3-16 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT PPD/SekolahPPB JPN AKontraktor Laksanakan KerjaTIDAKKerja SiapSemak KerjaOKLaporan BayaranKerja MaklumanSelesai 3-17 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-8 : Penyenggaraan Pemulihan (PC dan Peranti)Sekolah PPD / PPB JPNTentukan KerosakanPengguna / PerisianPunca Unit Maklumat KerosakanJPNPembekal / PengilangPembaikanDALAM SELEPAS SwastaTempoh JaminanPersonelJPNHubungi Terima Sebut PembekalLaporanHarga Keluarkan Pesanan TempatanPembaikanKemas kini Kad Daftar Harta ModalSelesai 3-18 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-9: Carta Alir Penyenggaraan Pemulihan (Elektrikal) PPD/Sekolah JKR ElektrikPPB JPNKenal Pasti KerosakanTerima Sedia laporan Makluman MaklumanLaporanPemeriksaanAnggaran KosPilih KontraktorKeluarkan Pesanan TempatanA 3-19 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT PPD/Sekolah JKR JPN ElektrikPPBAKontraktor Laksanakan KerjaKerja siapTIDAK Semak KerjaLaporanOK ? YA Bayaran Makluman MaklumanSelesai 3-20 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-10 : KebakaranSekolah PPD/ BahagianPPB JPNBuat Laporan Polis / BombaDapatkan laporan polisSalinan Terima Sedia LaporanLaporanLawatan TapakBuat senarai Inventori Dan SalinanTerima Laporan Maklumat PeruntukanKerosakanA 3-21 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ BahagianPPB JPNA Ganti Peralatan Dan Perabot TIDAKKeselamatan Struktur (JKR) PeruntukanYASelesaiBaiki / Kekal 3-22 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-11 : Bencana AlamSekolah PPD/ BahagianPPB JPNSemak Kerosakan/Kerugian SALINANSedia TerimaLaporanSenarai Semak InventoriPemeriksaan & Pengesahan Pembaikan/Gantian PeruntukanKemas Kini Inventori &Bekal/GantiKad Daftar Harta ModalSelesai 3-23 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-12 : KecurianSekolah PPD/ BAHPPB JPN SALINANLaporan TerimaPolisDapatkan Salinan LaporanSenarai Semak Kewangan PeruntukanInventori CUKUPBekal/GantiTerimaKemas Kini Inventori &Kad Daftar Harta ModalSelesai 3-24 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-13 : Litar PintasPPD/Sekolah JKR JPNElekrikPPBKenal Pasti Litar Pintas SALINANSedia TerimaLaporanPemeriksaan Pemeriksaan dan Anggaran BersamaKosLaporan PembaikanTIDAKLaporan Kerja YABayaranSelesai 3-25 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-14 : Ubahsuai & Naik TarafSekolah PPD/ BahagianPPB JPNPemeriksaanYA Terima KeperluanPermohonanTIDAK Pastikan YAKeperluan/Selesai PeruntukanKewangan TIDAKKaji SemulaTerima PeruntukanPemeriksaan + Cadangan (JKR)A 3-26 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Sekolah PPD/ BahagianPPB JPNA Lantik PelaksanaanKontraktorTIDAKLaporan Pelaksanaan OK BayaranSelesai 3-27 Bab 3 : Pengurusan dan Pentadbiran ICT Rajah 3-15: Carta Alir Proses Pelupusan Peralatan KomputerPPD/SekolahPPB JPN B