garis panduan pembekalan peralatan makmal …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/garis...

20
GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013 Programme Management Office (Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Upload: vohanh

Post on 19-Jun-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Programme Management Office (Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

GARIS PANDUAN

PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK

DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2013

Page 3: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Latar Belakang 2

3.0 Objektif 4

4.0 Konsep Chromebook 4

5.0 Tempoh Pelaksanaan 5

6.0 Tempoh Jaminan 5

7.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Perancangan dan 5

Pelaksanaan Projek

8.0 Skop Kerja Kontraktor 7

9.0 Fungsi Peralatan 8

10.0 Tatacara Penggunaan 10

11.0 Keselamatan Fizikal Peralatan 11

12.0 Aduan Kerosakan 11

13.0 Kesimpulan 11

Page 4: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Makmal mudah alih merupakan konsep baru bagi melengkapkan

keperluan mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada

bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan ia selaras dengan konsep

1BestariNet dan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025.

1.2 Projek Pembekalan Chromebook adalah merupakan pembekalan

peralatan ICT di bawah projek penyediaan peralatan Makmal Komputer

secara konsep mudah alih.

1.3 Pembekalan peralatan Chromebook ini akan menggunakan perkakasan

Notebook Dengan Sistem Operasi Google Chrome.

1.4 Pelaksanaan projek ini bermula pada 18 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2014

(satu (1) tahun)

1.5 Perkakasan Chromebook yang dibekalkan adalah sebagai peranti

sokongan untuk mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

melalui internet dengan menggunakan Virtual Learning Environment

(VLE).

1.6 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah

mengenai panduan pembekalan peralatan makmal mudah alih

Chromebook.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Selaras dengan pelaksanaan konsep 1BestariNet dan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia, KPM berusaha untuk memastikan

bahawa kemudahan infrastruktur internet di semua sekolah dapat

disediakan menjelang 2015.

2.2 Bagi mencapai hasrat ini, pelaksanaan 1BestariNet telah bermula sejak

2012 secara berperingkat dan semua sekolah akan mendapat capaian

internet pada akhir tahun 2013.

Page 5: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

3

2.3 Bagi memastikan semua murid mendapat capaian internet dan

memulakan kaedah pembelajaran secara maya atau konsep VLE, KPM

mengambil langkah dengan membekalkan peralatan Chromebook.

Pelaksanaan ini mengambil kira keperluan masa hadapan pendidikan iaitu

melaksanakan konsep pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila

masa selari dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai hasrat ini,

konsep makmal komputer mudah alih dilaksanakan secara berperingkat

mulai April 2013.

2.4 Salah satu komponen penting dalam Projek Perkhidmatan 1BestariNet

ialah komponen VLE disediakan untuk memudahkan murid dan guru di

sekolah memuat naik bahan, memuat turun bahan, berkongsi bahan dan

mengakses kandungan yang disediakan secara menyeluruh dan meluas.

Sehubungan itu, satu alternatif dicadangkan dan dilaksanakan iaitu

menggunakan konsep dan kaedah teknologi Chromebook. Konsep yang

diperkenalkan akan dapat menambah baik kepada pelaksanaan PdP

khususnya dengan menggunakan platform VLE.

2.5 Penggunaan teknologi Chromebook akan dapat membantu guru dan

pelajar bergerak di mana-mana kawasan liputan 1BestariNet termasuk di

bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah yang lain yang mana akses kepada

1BestariNet dapat diperolehi.

2.6 Mulai tahun 2013, aplikasi dan bahan PdP adalah secara online dan

menggunakan akses internet. Persekitaran ini memerlukan perkakasan

yang sesuai. Bagi membolehkan matlamat ini dicapai, kerajaan

mengambil langkah membekalkan peralatan Chromebook dengan konsep

“cloud computing”.

Page 6: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

4

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai garis panduan dan maklumat asas kepada sekolah berkaitan

dengan pembekalan peralatan Chromebook.

3.2 Memastikan pelaksanaan pengagihan Chromebook mematuhi tatacara

dan prosedur yang telah ditetapkan.

3.3 Memastikan Chromebook di sekolah-sekolah KPM berfungsi dengan baik

untuk proses PdP.

3.4 Memastikan pihak kontraktor melaksanakan pembekalan mengikut skop

kerja yang telah ditetapkan.

3.5 Memaklumkan kepada pihak sekolah peraturan penerimaan bekalan

peralatan ICT makmal mudah alih Chromebook.

4.0 KONSEP CHROMEBOOK

4.1 Chromebook adalah peralatan ICT mudah alih yang digunakan untuk

mengakses internet dan VLE dengan menggunakan Sistem Operasi

Google Chrome.

4.2 Platform 1BestariNet yang dilaksanakan di sekolah adalah berasaskan

kepada teknologi “cloud-computing” yang menyokong sistem

pengoperasian Google Chrome.

4.3 Chromebook berfungsi menggunakan sambungan Internet yang

berkelajuan tinggi. Walaubagaimanapun, bagi penggunaan Chromebook

ini di sekolah, kelajuan minima yang ditetapkan adalah 4Mbps boleh sama

ada secara berwayar atau tanpa wayar.

4.4 VLE merupakan satu pelantar tunggal PdP yang berupaya untuk

mengurus dan menyimpan objek pembelajaran bagi membolehkan guru-

guru memuat naik, memuat turun dan mengaksesnya pada bila-bila masa

dan di mana-mana sahaja.

Page 7: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

5

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tempoh pelaksanaan projek adalah selama satu (1) tahun.

5.2 Jadual pelaksanaan seperti di Lampiran A.

6.0 TEMPOH JAMINAN

6.1 Tempoh jaminan peralatan adalah selama tiga (3) tahun.

6.2 Bagi perkhidmatan internet yang dibekalkan bersama dalam projek ini

adalah selama satu (1) tahun.

7.0 PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM PERANCANGAN DAN

PELAKSANAAN PROJEK

7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

i. Menyelaras pelaksanaan teknologi Chromebook dan Cloud

Technology dengan platform 1BestariNet.

ii. Memantau perjalanan projek secara keseluruhan.

iii. Menyelaras keperluan logistik dan senarai sekolah dengan pihak

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

iv. Menyelaras dan melaksana Program Kesedaran dan Pemindahan

Teknologi.

v. Menyelaras keperluan latihan dan Program Kesedaran dengan

pihak kontraktor.

vi. Mengurus proses perolehan, kontrak dan pembayaran projek.

vii. Memuktamadkan pemilihan sekolah.

viii. Prosedur, Arahan dan Garis Panduan Pelaksanaan.

ix. Pemantauan dan Laporan.

x. Menyelaras mesyuarat berkala dengan JPN dan Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD).

Page 8: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

6

7.2 JPN /PPD

i. Memilih, menentu dan menyemak senarai sekolah.

ii. Melaksanakan program kesedaran dan latihan.

iii. Pematuhan Service Level Agreement (SLA).

iv. Memantau dan melaporkan proses kerja yang dilaksanakan oleh

pihak kontraktor.

v. Pemantauan penggunaan dan penyediaan laporan.

7.3 Sekolah

i. Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

ii. Mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

iii. Menyemak senarai peralatan yang diterima sama dengan skop

pembekalan.

iv. Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap dan sempurna

serta menandatangani Delivery Order (DO) dan Sijil Akuan

Penerimaan (SAP).

Rujuk Lampiran B: Gambarajah Proses SAP

v. Memperakui dan menandatangani Sijil Pengujian dan Pentauliahan

(SPP) setelah pemasangan dan pengujian dilaksanakan.

Rujuk Lampiran C: Gambarajah Proses SPP

vi. Memastikan peralatan yang diterima didaftarkan di bawah tatacara

perolehan aset alih kerajaan dan rekod berkenaan disimpan

dengan sempurna.

vii. Memastikan tahap keselamatan peralatan berada dalam keadaan

terkawal dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan

sama ada dari segi kecurian, kebakaran, kehilangan, salah guna

dan penyimpanan.

viii. Memastikan prosedur penggunaan peralatan dipatuhi.

ix. Menentukan lokasi untuk penyimpanan peralatan yang sesuai,

selamat dan praktikal dengan memastikan mempunyai punca

kuasa elektrik.

Page 9: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

7

x. Melaporkan kerosakan dan melaksanakan 1stier troubleshooting

berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak kontraktor

(Contohnya: menyemak power failure pada peralatan, menyemak

fungsi pengecas, menyemak paparan dan sebagainya)

8.0 SKOP KERJA KONTRAKTOR

8.1 Pembekalan Peralatan

Senarai peralatan yang akan dibekalkan bagi satu (1) makmal komputer

mudah alih adalah seperti berikut:

8.1.1 41 unit Chromebook

8.1.2 1 unit Charging Cart

8.1.3 1 unit Super Zoom dengan fungsi WiFi

8.1.4 1 unit Wireless Access Point (WiFi AP)

8.1.5 1 unit perkakasan Content Cache

8.1.6 1 unit HDMI ke VGA Adapter

8.1.7 1 unit A3 Printer

8.1.8 1 unit CD atau Thumb Drive yang mengandungi perisian UBUNTU

dan Chrome OS.

8.1.9 41 unit Headset dan Microphone

Spesifikasi terperinci peralatan adalah seperti Lampiran B.

Nota: Sekolah-sekolah yang layak menerima dua (2) makmal akan menerima

dua (2) set peralatan.

8.2 Sesi penerangan - satu slot penerangan mengenai peralatan-peralatan

yang dihantar akan dilaksanakan semasa sesi User Acceptance Test

(UAT).

Page 10: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

8

8.3 Pihak kontraktor bertanggungjawab membekal dan menghantar peralatan

Chromebook berdasarkan arahan dan skema agihan yang telah

ditentukan.

8.4 Semua peralatan ini hendaklah diletakkan di makmal komputer sedia ada

atau di lokasi yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

Rujuk Lampiran D: Gambarajah peralatan yang akan dibekalkan dan

spesifikasi

8.5 Kriteria pemilihan lokasi penyimpanan peralatan termasuk charging cart:

i. Mudah akses dan saiz yang sesuai.

ii. Selamat dan berkunci.

iii. Mempunyai punca kuasa elektrik.

iv. Lokasi mestilah mempunyai pengudaraan yang baik.

8.6 Pihak kontraktor dikehendaki memberi taklimat dan penerangan kepada.

pihak sekolah mengenai kaedah penggunaan peralatan Chromebook.

8.7 Menyediakan dokumentasi dan menyerahkannya kepada sekolah dan

satu (1) salinan simpanan oleh pihak kontraktor:

i. Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

ii. Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP)

iii. User Acceptance Test (UAT)

iv. Borang Kew-PA 1, Kew- PA 2, Kew- PA 3

v. Project Documentation

8.8 Proses pelaksanaan kerja secara keseluruhan adalah seperti di

Lampiran D.

9.0 FUNGSI PERALATAN

9.1 Chromebook

i. Peralatan komputer yang mempunyai Sistem Operasi Chrome.

ii. Beroperasi dan berfungsi menggunakan teknologi cloud.

iii. Merupakan peralatan yang akan digunakan oleh pengguna untuk

mengakses Internet dan VLE.

Page 11: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

9

iv. Penggunaan chromebook boleh berada di mana-mana dalam

kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah tertakluk kepada

capaian internet. Walaubagaimanapun, kebenaran guru / pentadbir

sekolah hendaklah diperolehi sebelum dibawa ke mana-mana

kawasan.

v. Menggunakan sumber kuasa bateri untuk beroperasi dan perlu

dicaj semula selepas hayat kuasa bateri habis.

vi. Chromebook hendaklah dicaj semula di charging cart untuk tempoh

sekurang-kurangnya 4 jam.

vii. Chromebook hendaklah disimpan dalam charging cart selepas

digunakan oleh pengguna bagi memastikan ia sentiasa dalam

keadaan sedia guna.

9.2 Charging Cart

i. Lokasi / rak penyimpanan Chromebook.

ii. Tempat untuk mengecas bateri Chromebook.

iii. Charging cart hendaklah disambung ke punca kuasa elektrik pada

setiap masa kecuali atas tujuan keselamatan.

iv. Charging cart hendaklah ditempatkan di lokasi yang sesuai,

selamat dan mudah untuk diakses.

9.3 WiFi Access Point

i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi.

ii. Menyediakan fungsi capaian WiFi kepada Chromebook untuk

mengakses rangkaian Super Zoom dengan kemudahan capaian

WiFi.

9.4 Super Zoom

i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi.

ii. Menyediakan kemudahan capaian tambahan 4G 1BestariNet yang

berasingan dari 1BestariNet sedia ada.

Page 12: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

10

iii. Kapasiti lebar jalur adalah 4 – 10 Mbps.

iv. Memberi capaian WiFi kepada Chromebook untuk mengakses

internet.

9.5 Content Cache

i. Berfungsi sebagai lokasi penyimpanan bahan PdP sementara.

ii. Bertindak sebagai lokasi penyimpanan maklumat, bahan dan

kandungan yang telah / boleh diakses oleh pengguna bagi

mempercepatkan capaian untuk membantu proses PdP berjalan

dengan lancar.

iii. Sebagai ruang penyimpanan bahan dan kandungan sementara

pada tempoh tertentu bagi membolehkan dan mempercepatkan

proses akses oleh pengguna.

10.0 TATACARA PENGGUNAAN

10.1 Chromebook akan dikeluarkan dari charging cart.

10.2 Pelajar akan switch on Chromebook.

10.3 Chromebook secara automatik disambung dengan WiFi yang telah

disediakan.

10.4 Pengguna akan memasukkan user ID dan password yang diperolehi

daripada VLE Frog.

10.5 User ID dan password akan disahkan.

10.6 Pengguna boleh membuka browser dan melayari internet dan VLE.

10.7 Setelah siap digunakan, Chromebook hendaklah disimpan semula dalam

charging cart untuk dicaj bateri.

10.8 Selain dari langkah-langkah asas di atas, sekolah juga boleh memastikan

langkah-langkah yang sesuai dan sistematik bagi memastikan peralatan

sentiasa berada dalam keadaan sedia guna.

Page 13: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

11

11.0 KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN

11.1 Semua Chromebook yang telah digunakan hendaklah disimpan kembali

ke dalam charging cart yang disediakan selepas penggunaan bagi tujuan

pengecasan semula, penyelenggaraan dan keselamatan.

11.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan charging cart disimpan di tempat

yang selamat.

11.3 Pihak sekolah dinasihatkan mencatat / merekod pergerakan Chromebook

tersebut untuk memastikan ia mudah dikesan lokasinya atau individu yang

memegang atau menggunakannya sama ada di dalam atau di luar

kawasan sekolah (bergantung kepada pertimbangan Pengetua / Guru

Besar untuk membenarkan Chromebook berada di luar kawasan sekolah).

11.4 Jika berlaku sebarang kehilangan, pihak sekolah hendaklah melaporkan

berdasarkan kepada Arahan Pembendaharaan yang berkuatkuasa dan

kepada Helpdesk YTL bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

12.0 ADUAN KEROSAKAN

12.1 Sebarang kerosakan / kehilangan yang berlaku atau kegagalan peralatan

yang dibekalkan berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Helpdesk YTL

pada talian 018-7998787 atau pada emel [email protected].

13.0 KESIMPULAN

13.1 Garis panduan ini adalah sesuai untuk digunakan pada masa ini sahaja

dan sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari

semasa ke semasa.

Page 14: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

12

13.2 Garis panduan ini juga bertujuan untuk membantu Bahagian KPM, JPN,

PPD dan sekolah dalam melancarkan pelaksanaan projek peralatan

makmal mudah alih Chromebook di sekolah-sekolah KPM.

Page 15: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN A: Jadual Pelaksanaan Projek

Jadual Pelaksanaan Projek

18 25 1 8 15 22 29 6 13 20 27 3 10 17 24 1 8 15 22 29 5 12 19 26 2 9 16 23 30

1 24 1 108,

931 16

23 31 25 9 7 18

A

1 SELANGOR

2 KUALA LUMPUR

3 PUTRAJAYA

4 NEGERI SEMBILAN

B

1 PERLIS                                 

2 KEDAH

3 PERAK

4 PULAU PINANG

C

1 MELAKA

2 JOHOR

D

1 PAHANG

2 TERENGGANU

3 KELANTAN

C

1 SABAH

Central

Northern

Southern

Eastern

East Malaysia

SEP

PUBLIC HOLIDAYS

SCHOOL HOLIDAYS

MAR APR MAY JUN JUL AUG

Page 16: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN B: Proses Penghantaran (SAP)

DELIVERY PROCESS (SAP)

Sch

ool

MO

E-P

MO

/

JP

N /

PP

D

De

plo

ym

ent

Tea

m

Inform MOE-PMO

of delivery

schedule, 14

days in advance

2.1e 2.1f

Prepare Asset

Card (KEW-PA),

Delivery

Checklist and

SAP form

Notify Schools, 1

day prior to

delivery

2.2b

Schools

agreement

2.2e 2.2e

Verify Delivery

Order, KEW-PA,

receipt of

documentation

2.2e

Sign-Off SAP

Verify delivery

to schools

YN

Proceed with

Delivery Plan

YN

1. Collate SAP

Forms

2. Inform Ops

(mini-NOC

update) and

Helpdesk

Y

N N

Y

Page 17: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN C: Proses UAT dan SPP

UAT AND COMMISSIONING PROCESS (SPP)

MO

E-P

MO

/

JP

N /

PP

DS

ch

ool

De

plo

ym

ent

Tea

m

2.2e

YN Y

2.2e

Sign-Off SPPSchools

agreement

1. Collate SPP

Forms

2. Inform Ops

(mini-NOC

update) and

Helpdesk

N

Notify Schools, 1

day prior to

delivery

Y

N

Validate UAT

and

Commissioning

Proceed with

UATand

Commissioning

Plan

2.2e

2.2b

START

Page 18: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

Gambarajah Peralatan Yang Akan Dibekalkan dan Spesifikasi

BIL PERALATAN SPESIFIKASI

1. i) Chromebook Samsung

atau

ii) Chromebook Acer

i. Samsung Exynos 5 Dual Processor ii. 0.7 inches thin – 2.42 lbs/1.1kg iii. 6.5 hours for battery iv. 16GB SSD v. Wi-Fi 802.11 a/b/g/n vi. Built in WiMAX module

i. Dual-core Intel ® Celeron ® Processor ii. Dual band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n iii. 11.6” (1366x768) display iv. 16GB SSD v. Wi-Fi 802.11 a/b/g/n vi. 1 inch thin – 3 lbs/1.4kg

2 Charging Cart

i. 1 unit of Chromebook charging cart with a

storage and charging capacity of 41 Chromebooks. The cart is lockable.

Page 19: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

BIL PERALATAN SPESIFIKASI

3 Super Zoom

i. Supports maximum 10 Wi-Fi connections ii. Omni directional antenna, up to 15 meters iii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

Enterprise iv. Support SNMP V2C v. Capable for Voice, FAX and EDC vi. Remote access and check the device status

4 Wireless Access Point (WiFi AP) i) Engenius WiFi AP

atau

ii) Dlink WiFi AP

i. Supports 50 Wi-Fi connections ii. 802.3 at/af PoE Compatible iii. 2.4 and 5 GHz Frequency – dual bands iv. Up to 300 Mbps in both frequency bands v. Supports SNMP v1 and SNMP V2C vi. Omni directional antenna, up to 30 meters vii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

Enterprise

i. Supports 50 Wi-Fi connections ii. 4 x LAN, 1 x USB, 1 WAN iii. 2.4 and 5 GHz Frequency – dual bands iv. Up to 300 Mbps in both frequency bands v. Supports SNMP vi. Omni directional antenna, up to 30 meters vii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2

Enterprise

Page 20: GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/408/GARIS PANDUAN...garis panduan pembekalan peralatan makmal komputer mudah alih chromebook

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi

BIL PERALATAN SPESIFIKASI

5. Peplink Content Cache i. Video Caching format:-Youtube, Vimeo.com,

Khanacadamy.com, ted.com ii. Content Caching:-HTML, JavaScript, Image,

Flash Application iii. HDD Size: 500GB iv. Multi - WAN – Load balancing and failover v. Speed Fusion Bandwidth Bonding vi. Bandwidth Usage Monitoring (WAN only) vii. SNMP Functionality