panduan latihan industri ppkk -...
TRANSCRIPT
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
1
2.1 Di antara objektif khusus program LI ialah memberi peluang kepada pelajar untuk :
a) Memahami tanggungjawab alam pekerjaan yang sebenar;
b) Mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing;
c) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
d) Menghayati nilai etika profesional;
e) Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan;
f) Meningkat kemahiran berkomunikasi;
g) Mempertingkat kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing;
h) Menyemai, memupuk dan seterusnya membangun ciri-ciri keusahawanan melalui pendedahan kepada realiti dan peluang kerjaya; dan
i) Membina jaringan profesional dalam industri berkaitan
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
2
Selepas tamat tempoh program LI, pelajar dapat :
a) Mempertingkatkan kemahiran dan daya saing dalam bidang pengkhususan masing-masing;
b) Menghubungkaitkan pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajari di IPT;
c) Mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja di bawah seliaan penyelia industri;
d) Menambahbaik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan; serta
e) Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian kelak.
5.1 Jawatankuasa Latihan Industri PPKK
a) Memastikan pelaksanaan LI mengikut garis panduan LI PPKK b) Menyelaras surat menyurat LI c) Menyelaras kerjasama dengan industri dalam penempatan pelajar LI d) Memantau masalah LI pelajar e) Bekerjasama dengan Penyelaras LI untuk menyelaras maklumbalas dari
industri untuk penambahbaikan program
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
3
6.2 Jam Kredit dan Tempoh
a) Tempoh LI bergantung kepada program pengajian masing masing sebagaimana yang diluluskan oleh Senat UMT. Tempoh LI bagi program pengajian di PPKK adalah dalam julat 12-24 minggu. Bilangan jam kredit LI bagi program pengajian di PPKK ialah dalam julat 6-12.
b) Pengiraan jam kredit adalah mengikut garis panduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu 1 jam kredit bersamaan dengan 2 minggu
6.3 Kehadiran
Pelajar perlu menghadiri LI sepenuhnya tertakluk kepada peraturan di organisasi, institusi atau organisasi penempatan yang terlibat. Sebarang ketidakhadiran mesti mendapat kelulusan daripada pihak organisasi dan PPKK.
6.4 Penyeliaan oleh Penyelia LI PPKK, UMT
a) Penyelia LI PPKK, UMT mestilah terdiri daripada pegawai akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Pegawai bukan akademik yang mempunyai kepakaran boleh dilantik sebagai penilai bersama.
b) Penyelia LI PPKK, UMT perlu melakukan penyeliaan dan pemantauan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh LI.
6.5 Penilaian
a) Penilaian LI adalah berdasarkan laporan penyelia industri, laporan penyelaras LI PPKK UMT, pembentangan, buku log dan laporan akhir LI.
b) Penggredan adalah berdasarkan gred abjad dan mata nilaian seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Akademik UMT.
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
4
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
5
7.1 Penyelaras Latihan Industri a) Memastikan pelaksanaan LI mengikut silibus program pengajian dan
peraturan universiti atau seperti yang ditetapkan oleh badan profesional program.
b) Mengenalpasti dan menentukan kesesuaian organisasi untuk penempatan LI pelajar.
c) Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum mereka menjalani LI.
d) Menyelaras penyeliaan LI. e) Menyelaras pemilihan organisasi, penempatan pelajar, proses penyeliaan dan
pemantauan LI. f) Menyelaras pemarkahan LI program. g) Membantu pengerusi program untuk memenuhi keperluan organisasi
berkaitan LI. h) Melaporkan sebarang masalah berkaitan LI kepada pihak pengurusan PPKK.
7.2 Penyelia LI PPKK, UMT
a) Melakukan penyeliaan dan pemantauan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh LI pelajar.
b) Memastikan Penyelia Industri menghantar Borang Penilaian Penyelia Industri bagi pelajar yang diselia kepada Penyelaras LI selewat-lewatnya seminggu selepas LI tamat.
c) Menilai buku log dan laporan akhir LI pelajar. d) Menilai pembentangan laporan akhir LI pelajar.
7.3 Penyelia Industri
e) Menentukan penempatan dan perincian tugas pelajar. f) Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar. g) Memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh pelajar. h) Membuat penilaian prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian
Penyelia Industri dan mengembalikan kepada Penyelaras LI. e) Memaklumkan kepada Penyelaras LI mengenai sebarang masalah semasa
pelajar menjalani latihan di organisasi.
7.4 Pelajar
a) Mendaftar kursus semasa proses pra-pendaftaran. b) Mengesahkan pendaftaran LI. c) Menghadiri taklimat LI yang diadakan oleh pihak PPKK. d) Memohon dan melengkapkan proses penempatan LI (Borang PPKK LI-01). e) Pelajar wajib membuat pengesahan tempat LI melalui penyelaras LI dan
memastikan pengesahan tempat telah diterima oleh organisasi tersebut. f) Pelajar mestilah menolak tawaran yang selebihnya secara rasmi kepada
organisasi berkaitan dan satu salinan surat penolakan tersebut hendaklah diberikan kepada penyelaras LI.
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
6
g) Melapor diri dan menjalani LI di tempat yang dipersetujui mengikut tempoh waktu seperti yang telah ditetapkan.
h) Mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh UMT dan organisasi. i) Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi. j) Tanggungjawab pelajar berbincang dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan di organisasi tersebut dengan penyelaras LI industri. k) Pelajar dan Penyelaras LI industri mengenalpasti mini projek yang bersesuaian
untuk dilaksanakan. l) Melaporkan kepada Penyelaras LI jika menghadapi sebarang masalah. m) Sebarang aktiviti pelajar yang tidak berkaitan dengan LI hendaklah mendapat
kelulusan penyelaras LI dan pelajar wajib memaklumkan kepada penyelaras LI industri semasa melapor diri di organisasi tersebut.
n) Melengkapkan borang-borang yang berkaitan dengan LI dan menyerahkan kepada Penyelaras LI dalam masa yang ditetapkan.
o) Membuat catatan dalam Buku Log mengikut aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan disahkan oleh penyelaras industri.
p) Menyediakan dan menghantar laporan akhir LI pada masa yang ditetapkan. q) Membentang laporan akhir LI pada masa yang ditetapkan.
9.1 Proses Penempatan Pelajar
i) Ciri-Ciri Umum Organisasi
Ciri-ciri umum organisasi adalah:
a) Syarikat swasta, organisasi kerajaan atau badan berkanun yang mempunyai kaitan dengan program pengajian yang diikuti.
b) Organisasi yang diluluskan oleh PPKK.
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
7
ii) Kaedah Permohonan dan Penempatan Pelajar
Jadual 1 menunjukkan proses penempatan LI pelajar
Untuk melapor diri, pelajar dikehendaki
a) Melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. b) Menghantar borang lapor diri (Borang PPKK LI-02) pada minggu
pertama latihan kepada Penyelaras LI.
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
8
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
9
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
10
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
11
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
12
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
13
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
14
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
15
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
16
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
17
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
18
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
19
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
20
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
21
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
22
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
23
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
24
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
25
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
26
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
27
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI