panduan kursus hbef 3603 amalan professional

3
PANDUAN KURSUS HBEF 3603 AMALAN PROFESSIONAL Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional. Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. OUM telah merangka kursus HBEF 3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG. Tiga Fasa tersebut adalah: Fasa 1: HBEF 2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan ( sila rujuk panduan kursus dalam myVLE) Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan A. KATEGORI PELAJAR Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu: 1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM. 1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM. 1. Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama

Upload: pk-cheah

Post on 27-Nov-2015

134 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Kursus Hbef 3603 Amalan Professional

PANDUAN KURSUS HBEF 3603 AMALAN PROFESSIONAL

 Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti  Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional.

Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

OUM telah merangka kursus  HBEF 3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG.

Tiga Fasa tersebut adalah:

Fasa 1: HBEF 2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan  ( sila rujuk panduan kursus dalam myVLE)

Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional

Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan

 A.   KATEGORI PELAJAR

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.

1. Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

1. Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

B.   CARA PERLAKSANAAN

1. Pelajar harus melaksanakan inovasi P & P sepertimana yang dicadangkan dalam HBEF

Page 2: Panduan Kursus Hbef 3603 Amalan Professional

2503.

1. Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum.

1. Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.

SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi P & P bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

Peringatan:

Setelah melaksanakan inovasi P & P; pelajar (guru) perlu mengumpul data untuk penyediaan laporanlengkap kajian di Fasa 3 HBEF 4303 mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF 2503.

C.   PELAPORAN

Bagi memenuhi kursus HBEF 3603, pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi P & P yang dijalankan seperti format yang ditetapkan.

PANDUAN KURSUS AMALAN PROFESSIONAL (HBEF 3603)

 – EPIC ONLINE SUPERVISOR (EOS)

EOS bertanggungjawab untuk:

  Membimbing pelajar dalam melaksanakan cadangan kajian seperti dalam HBEF 2503

  Berinteraksi di forum HBEF 3603

  Memeriksa tugasan, laporan dan portfolio yang disediakan oleh pelajar

  Tidak perlu perjumpaan secara bersemuka