panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

6
Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 1 PANDUAN TEMA GAMBAR BINA AYAT BAHASA MELAYU SJK DALAM UPSR (RUJUKAN UPSR 2015) 1. Contoh gambar dan ayat sebagai panduan untuk murid-murid UPSR SJK 2015. 2. Contoh ayat yang diberi dalam bentuk aras sederhana kepada murid-murid yang sederhana dalam bina ayat. 3. Perkataan yang dihitamkan dalam bina ayat menunjukkan kata kerja (aktiviti) manakala perkataan yang dihitamkan dan condong menunjukkan kata adjektif. 4. Murid-murid yang cemerlang boleh menulis ayat mengikut kemampuannya. 5. Murid-murid digalakkan menggunakan kata adjektif sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 ayat. 6. Panduan ini sebagai ulangkaji mutakhir yang diramal. Selamat menjawab peperiksaan ......................................

Upload: thuvas27

Post on 16-Apr-2017

3.559 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 1

PANDUAN TEMA GAMBAR BINA AYAT BAHASA MELAYU SJK DALAM UPSR (RUJUKAN UPSR 2015)

1. Contoh gambar dan ayat sebagai panduan untuk murid-murid UPSR SJK 2015.

2. Contoh ayat yang diberi dalam bentuk aras sederhana kepada murid-murid yang sederhana dalam bina ayat.

3. Perkataan yang dihitamkan dalam bina ayat menunjukkan kata kerja (aktiviti)

manakala perkataan yang dihitamkan dan condong menunjukkan kata adjektif.

4. Murid-murid yang cemerlang boleh menulis ayat mengikut kemampuannya.

5. Murid-murid digalakkan menggunakan kata adjektif sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 ayat.

6. Panduan ini sebagai ulangkaji mutakhir yang diramal.

Selamat menjawab peperiksaan ......................................

Page 2: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 2

TEMA : BERKELAH Gambar di bawah menunjukkan situasi berkelah di pantai. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Gambar di bawah menunjukkan situasi berkelah di kawasan air terjun. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Dua orang adik-beradik sedang membina istana pasir dengan seronok di tepi pantai.

2. Ranjit sedang mengejar seekor ketam di tepi pantai. 3. Dua orang pelancong makan angin sambil berjalan di tepi pantai. 4. Kamala dan emaknya menyediakan makanan di atas tikar di tepi pantai. 5. Bapa Kumar sedang membaca surat khabar dengan khusyuk di bawah sebatang

pokok.

1. Ramu dan keluarganya sedang menjamu selera di tepi air terjun. 2. Beberapa orang pelancong sedang bermandi-manda dengan seronok di air terjun. 3. Seorang pelancong sedang memerhati orang yang bermandi-manda di air terjun. 4. Seorang ayah memegang tangan anaknya yang sedang mandi dengan berhati-

hati di air terjun. 5. Sebuah tong sampah kelihatan dipenuhi dengan sampah-sarap di kawasan air

terjun.

Page 3: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 3

TEMA : KELUARGA Gambar di bawah menunjukkan situasi sebuah keluarga di ruang tamu. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Gambar di bawah menunjukkan situasi sebuah keluarga di ruang tamu. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Kakak Raja sedang menjahit baju dengan kemas di ruang tamu rumah. 2. Dua orang adik-beradik sedang bermain catur dengan seronok di ruang tamu. 3. Abang Raja sedang membaca surat khabar dengan khusyuk di ruang tamu

rumah. 4. Ibu bapa Raja menonton televisyen di ruang tamu rumah. 5. Keluarga Raja sibuk membuat kerja masing-masing di ruang tamu rumah.

1. Adik Kamal sedang menyusun buku dengan rapi di rak buku di sudut ruang tamu. 2. Emak Kamal sedang mengelap gambar di ruang tamu rumah. 3. Adik Kamal sedang bermain kereta mainan di ruang tamu rumah. 4. Kamal membersihkan akuarium di ruang tamu rumah. 5. Seorang tukang cat mengecat dinding dengan kemas di ruang rumah.

Page 4: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 4

TEMA : PERAYAAN / SAMBUTAN Gambar di bawah menunjukkan situasi Sambutan Hari Raya. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Gambar di bawah menunjukkan situasi Sambutan Hari Kebangsaan. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Emak Ramli sedang memasang langsir yang cantik di tingkap rumah. 2. Bapa Ramli memberi duit raya kepada anak saudaranya pada Hari Raya . 3. Dua orang kanak-kanak sedang bermain mercun dengan gembira di halaman

rumah. 4. Datuk Ramli sedang menyalakan pelita dengan berhati-hati di halaman rumah. 5. Kakak Ramli memujuk adik yang sedang menangis di halaman rumah.

1. Seorang penonton sedang mengambil gambar menggunakan kamera digital dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan.

2. Seorang adik sedang mengibarkan jalur gemilang dalam majlis itu. 3. Seorang pengacara majlis mengumumkan setiap acara yang diadakan dalam

majlis itu. 4. Perbarisan pancaragam kelihatan kemas dan teratur dalam majlis Sambutan Hari

Kebangsaan. 5. Sambutan Hari Kebangsaan disambut dengan meriah sekali di Dataran Merdeka.

Page 5: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 5

TEMA : SEKOLAH Gambar di bawah menunjukkan situasi di sebuah perpustakaan sekolah. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Gambar di bawah menunjukkan situasi di sebuah bilik darjah sekolah. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Seorang murid sedang meminjam buku cerita di kaunter perpustakaan. 2. Siti Aisyah sedang membaca surat khabar dengan teliti di perpustakaan sekolah. 3. Seorang pustakawan sedang menyusun buku di rak buku dengan rapi. 4. Seorang murid sedang memerhatikan kawan-kawannya yang mencari buku di

rak buku. 5. Seorang murid melihat buku sambil berdiri di perpustakaan sekolah.

1. Dua orang murid sedang mengelap cermin tingkap dengan bersih di bilik darjah. 2. Kumari, Tan Heng dan Aisyah sedang menyapu sampah dengan kemas di bilik

darjah pada waktu pagi. 3. Ranjit dan Zul menyusun meja mengikut barisan dengan teratur di bilik darjah. 4. Seorang murid perempuan sedang menampal gambar di papan kenyataan. 5. Siti sedang memadam papan putih dengan bersih di bilik darjah.

Page 6: Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015

Panduan Intensif BM Menjelang UPSR 2015/ Cikgu T.Thurairaj /SJKT Jenjarom 6

TEMA : KESELAMATAN Gambar di bawah menunjukkan situasi di sebuah persimpangan jalan raya. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Polis trafik sedang mengawal kenderaan yang lalu lintas di jalan raya. 2. Murid-murid sekolah sedang melintas jalan raya dengan berhati-hati di jalan

raya. 3. Dua orang pejalan kaki sedang menunggu untuk melintas jalan raya. 4. Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti di garisan lampu trafik di jalan

raya. 5. Keadaan di persimpangan lampu trafik sungguh sibuk pada waktu pagi.