panduan b sc

10
Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 1 Hafiztech Enterprise Panduan Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian B 1. Inferens 1.1 Inferens Tunggal Memberi satu penerangan (sebab) yang munasabah berdasarkan pemerhatian Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas berdasarkan pemerhatian atau masalah yang dikemukakan. Pemerhatian yang diberi mungkin dalam bentuk gambarajah, pernyataan, data/jadual, carta, atau dialog. Contoh Semasa cikgu Aminah memasuki kelas 6 Intan didapati satu daripada tiga kipas siling di bilik tersebut tidak berpusing. a) Berdasarkan kepada maklumat di atas berikan satu inferens yang sesuai tentang kipas yang tidak berpusing itu. Jawapan : Suis tidak di buka / Kipas rosak / Litar elektrik kipas itu terputus / dsb. 1.2 Inferens Berbanding Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas dan dalam bentuk perbandingan berdasarkan pemerhatian yang dikemukakan. Contoh 1 Kelapa A dan kelapa B terapung di dalam sebuah kolam seperti dalam rajah di bawah. a) Berdasarkan kepada pemerhatian di atas beri satu inferens tentang perbezaan keapungan kedua-dua kelapa tersebut. Jawapan : - kelapa A lebih ringan daripada kelapa B - kelapa A lebih tua berbanding kelapa B - kelapa B lebih banyak air/isi daripada kelapa A - sabut kelapa A lebih tebal daripada kelapa B - dsb. Jawapan dalam bentuk perbandingan

Upload: share-with-me

Post on 25-May-2015

1.421 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 1 Hafiztech Enterprise

Panduan Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian B

1. Inferens 1.1 Inferens Tunggal Memberi satu penerangan (sebab) yang munasabah berdasarkan pemerhatian

Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas berdasarkan pemerhatian atau

masalah yang dikemukakan. Pemerhatian yang diberi mungkin dalam bentuk gambarajah, pernyataan,

data/jadual, carta, atau dialog.

Contoh

Semasa cikgu Aminah memasuki kelas 6 Intan didapati satu daripada tiga kipas siling di bilik tersebut tidak berpusing.

a) Berdasarkan kepada maklumat di atas berikan satu inferens yang sesuai tentang kipas yang

tidak berpusing itu.

Jawapan : Suis tidak di buka / Kipas rosak / Litar elektrik kipas itu terputus / dsb.

1.2 Inferens Berbanding

Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas dan dalam bentuk perbandingan

berdasarkan pemerhatian yang dikemukakan.

Contoh 1

Kelapa A dan kelapa B terapung di dalam sebuah kolam seperti dalam rajah di bawah.

a) Berdasarkan kepada pemerhatian di atas beri satu inferens tentang perbezaan keapungan kedua-dua kelapa tersebut.

Jawapan : - kelapa A lebih ringan daripada kelapa B - kelapa A lebih tua berbanding kelapa B - kelapa B lebih banyak air/isi daripada kelapa A - sabut kelapa A lebih tebal daripada kelapa B - dsb.

Jawapan dalam bentuk perbandingan

Page 2: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 2 Hafiztech Enterprise

Contoh 2

Rajah di bawah menunjukkan dua tumbuhan selepas dua minggu tumbuh. a) Beri satu inferens (sebab) yang sesuai tentang perbezaan yang diperhatikan.

Jawapan : - Pokok A mendapat baja/air/cahaya matahari yang mencukupi/lebih berbanding pokok B. - Baka pokok A lebih baik berbanding pokok B - Pokok B diserang penyakit, pokok A tidak.

1.3 Menjitukan/Menyokong Inferens

Menyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens yang telah diberi.

Murid perlu menyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens yang telah diberi. Pemerhatian boleh

didapati daripada pokok soalan, gambarajah, carta atau jadual yang diberi atau daripada pemikiran murid,

bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan.

Contoh (Sambungan daripada soalan a) di atas) b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens anda dalam a). Murid boleh mengambil mana-mana pemerhatian yang sesuai daripada gambarajah.

Jawapan: - Pokok A mempunyai lebih banyak daun - Pokok A lebih tinggi - Daun/batang pokok A lebih besar

c) Selain daripada pemerhatian yang diberikan pada gambarajah, nyatakan satu pemerhatian lain untuk menyokong inferens anda itu. Murid perlu memikirkan satu pemerhatian yang munasabah.

Jawapan: - Akar pokok A lebih panjang - Akar pokok A lebih banyak - Pokok A lebih berat.

A B

Jawapan dalam bentuk perbandingan

Pemerhatian daripada

gambarajah

Pemerhatian yang difikirkan

Page 3: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 3 Hafiztech Enterprise

2. Meramal

2.1 Ramalan Biasa

Menyatakan apa yang akan berlaku dengan menggunakan data atau maklumat yang diberi.

Murid perlu mengenalpasti pola perubahan data/maklumat yang diberi dan seterusnya dapat menjangka

data/maklumat selepas atau sebelumnya. Bagi soalan yang meminta ramalan data, jawapan mistilah

dalam bentuk angka bulat. Manakala soalan yang meminta ramalan situasi jawapannya perlulah dalam

bentuk pernyataan tentang situasi yang diramalkan itu.

Contoh 1 ( Ramalan data)

Jadual di bawah menunjukkan suhu secawan kopi panas setiap 2 minit yang diletakkan di atas sebuah meja.

a) Ramalkan suhu kopi panas tersebut pada minit ke 12.

Jawapan: - 74 oC b) Nyatakan suhu kopi tersebut pada minit ke 5.

Jawapan: - 81 oC

Contoh 2 (Ramalan situasi)

Rajah di bawah menunjukkan 12 ekor anak ayam dimasukkan ke dalam kotak K yang mempunyai 8 lubang ditebuk ditepinya. Selepas 4 jam didapati tidak ada seekor pun daripada anak-anak ayam tersebut yang mati.

Kotak K

Anak-anak ayam dalam kotak K dipindahkan ke dalam kotak L seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kotak L serupa dengan kotak K tetapi hanya mempunyai empat lubang yang ditebuk di tepinya.

Masa (minit) 2 4 6 8 10

Suhu (oC) 84 82 80 78 76

Penutup Plastik

Page 4: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 4 Hafiztech Enterprise

Kotak L c) Ramalkan apa yang berlaku kepada anak-anak ayam itu selepas 4 jam.

Jawapan: - Ada anak-anak ayam yang mati/pengsan - Anak-anak ayam kelihatan letih/pucat - Anak-anak ayam lemas/tercungap-cungap - dsb 2.2 Ramalan Ekstrapolasi Data

Menyatakan apa yang akan berlaku dengan mengekstrapolasi data Murid perlu mengenalpasti pola perubahan data. Selepas itu boleh menjangka apa yang akan berlaku

apabila eksperimen diulang semula atau diteruskan pada situasi yang sama atau berbeza. Jika julat ramalan yang dikehendaki agak jauh, murid perlu menggunakan kemahiran matematik untuk membuat pengiraan ramalan.

Contoh

Dalam satu eksperimen sebatang lilin dinyalakan. Panjang lilin itu dicatat setiap lima minit.

Jadual berikut menunjukan keputusan eksperimen itu.

d) Berapa panjangkah lilin yang tinggal selepas satu jam menyala?

Jawapan: - 4 cm

Jawapan ini boleh didapati dengan menyambung data sehingga satu jam (60 minit) atau dengan membuat pengiraan matematik.

Masa (minit) 0 5 10 15 20

Panjang Lilin (cm) 28 26 24 22 20

Penutup Plastik

Ramalan situasi

Page 5: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

3. Mengenal Maklumat Dalam Penyiasatan

3.1 Menyatakan Maklumat Yang Diubah (Manipulasi

3.2 Menyatakan Maklumat Yang Diperhatikan/

3.3 Menyatakan Maklumat Yang Ditetapkan (

Murid perlu mengenal pasti ketiga

yang diubah di dalam penyiasatan

Maklumat Yang Diperhatikan/Diukur

Ianya diperhatikan dan diukur semasa eksperimen.

yang ditetapkan (tidak berubah) semasa eksperimen dijalankan.

Maklumat Yang Diubah atau

soalan atau gambarajah yang ditunjukk

Contoh

Rajah di bawah menunjukkan beberapa ketulbilik. Berat ketulan dan masa untuk semua

Penyiasatan diulang dengan menggunakan berat ketulandidapati dicatat dalam jadual di bawah

a) Nyatakan maklumat yang diubah dalam penyiasatan ini.

Jawapan: - Berat ketulan b) Nyatakan maklumat yang diukur dalam penyiasatan ini.

Jawapan: - Masa melebur

c) Nyatakan maklumat yang dimalarkan

Jawapan: - Suhu bilik - Tempat - Saiz kiub ais - Jenis kiub ais - dsb.

Berat Ketulan Ais (g)

Masa Melebur (minit)

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 5

Dalam Penyiasatan

Yang Diubah (Manipulasi)

Menyatakan Maklumat Yang Diperhatikan/Ukur (Bergerak Balas)

Maklumat Yang Ditetapkan (Malar)

Murid perlu mengenal pasti ketiga-tiga maklumat ini. Maklumat Yang Diubah (Manipulasi

ubah di dalam penyiasatan. Sebelum sesuatu eksperimen dibuat datanya sudah dinyatakan.

Diperhatikan/Diukur ialah perkara yang diperolehi semasa eksperimen dijalankan.

Ianya diperhatikan dan diukur semasa eksperimen. Maklumat Yang Dimalarkan ialah perkara

yang ditetapkan (tidak berubah) semasa eksperimen dijalankan. Maklumat ini tidak boleh sama dengan

atau Maklumat Yang Diukur. Ianya boleh diperolehi samada

soalan atau gambarajah yang ditunjukkan.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa ketulan kiub ais dibiarkan melebur di dalam sebuah asa untuk semua ketulan ais itu melebur dicatat.

Penyiasatan diulang dengan menggunakan berat ketulan ais yang berbeza-beza. didapati dicatat dalam jadual di bawah.

maklumat yang diubah dalam penyiasatan ini.

ketulan ais

maklumat yang diukur dalam penyiasatan ini.

Masa melebur

Nyatakan maklumat yang dimalarkan (tidak berubah) dalam penyiasatan.

Suhu bilik Tempat eksperimen Saiz kiub ais Jenis kiub ais

Ais (g) 30 40 50 60

elebur (minit) 4 8 12 16

Diperolehi daripada pokok soalan atau

gambarajah

Hafiztech Enterprise

anipulasi) ialah perkara

Sebelum sesuatu eksperimen dibuat datanya sudah dinyatakan.

semasa eksperimen dijalankan.

ialah perkara -perkara

Maklumat ini tidak boleh sama dengan

samada daripada pokok

dibiarkan melebur di dalam sebuah

beza. Keputusan yang

dalam penyiasatan.

70

20

Page 6: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 6 Hafiztech Enterprise

Jika soalan hanya meminta satu maklumat sahaja tanpa menyebut samada yang diubah atau yang

diukur, murid boleh bemberi mana-mana satu maklumat samada Maklumat Yang Diubah atau

Maklumat Yang Diukur.

Contoh

d) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

Jawapan: - Berat ketulan ais /Masa belebur 4. Mentafsir Maklumat

4.1 Menyatakan Maksud/Tujuan Maklumat Dikumpul

Menyatakan tajuk eksperimen/penyiasatan

Murid perlu mengetahui cara menulis tajuk eksperimen. Biasanya dibuat dengan menggunakan format berikut:

Menyiasat/mengkaji hubungan/kaitan (antara) (Maklumat Yang Diubah) dengan (Maklumat Yang Diukur).

atau

Menyiasat/mengkaji kesan (Maklumat Yang Diubah) ke atas (Maklumat Yang Diukur).

Contoh

Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk meleburkan ketulan ais yang berbeza-beza beratnya.

c) Nyatakan tajuk eksperimen yang sesuai bagi penyiastan ini.

Jawapan: - Menyiasat/mengkaji hubungan antara Berat Ketulan Ais dengan Masa Melebur. - Menyiasat/mengkaji kesan Berat Ketulan Ais ke atas Masa melebur 4.2 Menyatakan Pola atau Corak Perubahan Data atau Maklumat

Murid perlu memerhati corak pertambahan atau penurunan bacaan pada data atau maklumat yang diberi.

Kemudian murid memberi penerangan tentang corak tersebut samada ianya menaik, menurun atau sekata (tidak berubah).

Berat Ketulan Ais (g) 30 40 50 60 70

Masa Melebur (minit) 4 8 12 16 20

Page 7: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 7 Hafiztech Enterprise

Contoh

Jadual di bawah menunjukkan paras air setiap 5 jam selama 6 hari yang dicatat di sebuah anak sungai pada suatu musim banjir.

Waktu (Pukul)

Paras Air (cm)

Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

05 152 cm 170 cm 175 cm 174 cm 160 cm 150 cm

10 154 cm 172 cm 176 cm 172 cm 159 cm 150 cm

15 156 cm 173 cm 176 cm 170 cm 153 cm 150 cm

20 158 cm 175 cm 175 cm 168 cm 150 cm 150 cm

a) Nyatakan corak perubahan bacaan data pada hari Isnin

Jawapan: - Menaik / meningkat

Corak perubahan bacaan data:

Ahad - menaik / menaik sekata

Isnin - menaik

Selasa - menaik dan menurun

Rabu - menurun / menurun sekata

Khamis - menurun

Jumaat - tidak berubah / tetap / sekata / sama

4.3 Menyatakan Hubungan Antara Maklumat Yang Dikumpul

4.4 Membuat Kesimpulan Berdasarkan Maklumat Yang Dikumpul

Murid perlu membuat pernyataan atau kesimpulan bagi menerangkan hubungan atau kaitan di antara

Maklumat Yang Diubah dengan Maklumat Yang Diukur . Format jawapannya seperti berikut:

Semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diubah) semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diukur).

Atau

Jika (Maklumat Yang Diubah) meningkat /menurun maka (Maklumat Yang Diukur).meningkat /

menurun

Contoh (Sambungan daripada soalan a) di atas)

b) Daripada data dalam jadual di atas nyatakan hubungan antara Waktu dengan Paras Air pada hari Ahad.

Jawapan: - Semakin meningkat waktu semakin meningkat paras air. - Jika waktu meningkat maka paras air meningkat.

Page 8: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 8 Hafiztech Enterprise

c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang maklumat yang dikumpul pada hari Jumaat?

Jawapan: - Semakin meningkat waktu semakin menurun paras air.

4.5 Membuat Rumusan Berdasarkan Data Atau Jadual Keputusan Murid perlu membuat satu pernyataan bagi menerangkan maksud atau pengertian secara menyeluruh

tentang keputusan sesuatu penyiasatan dengan mengambil kira perubahan data pada Maklumat Yang

Diubah dan Maklumat Yang Diukur.

Contoh 1

Rajah di bawah menunjukkan susunan mentol dalam dua litar yang berlainan. Kecerahan mentol-mentol itu direkodkan.

Cerah Lebih cerah a) Apakah kesimpulan (rumusan) yang boleh kamu buat berdasarkan penyiasatan ini?

Jawapan: - Mentol dalam litar selari lebih cerah daripada mentol dalam litar siri.

Contoh 2

Carta di bawah menunjukkan suhu cecair X yang diletakkan diluar makmal sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada suatu hari yang cerah.

d) Berdasarkan kepada keputusan dalam jadual di atas buat satu rumusan yang sesuai.

Jawapan: - Pada pukul 12.00 dan pukul 2.00 cuaca paling panas/cerah berbanding dengan waktu-waktu yang lain. - Pada pukul 12.00 dan pukul 2.00 pancaran cahaya matahari

26

27

28

29

30

31

32

33

8 10 12 2 4

Suhu

(o C)

Waktu (Pukul)

Page 9: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 9 Hafiztech Enterprise

paling kuat berbanding dengan waktu-waktu yang lain. - dsb.

5. Membuat Hipotesis

5.1 Hipotesis Biasa (Data diberi pada soalan)

Mencadangkan penerangan tentang hubungan antara dua maklumat

Murid perlu menyataka suatu penerangan dalam bentuk membuat hubungan antara Maklumat Yang

Diubah dengan Maklumat Yang Diukur. Oleh kerana itu jawapan yang perlu dibuat sama seperti soalan

Menyatakan Hubungan antara Maklumat Yang Dikumpul sebagaimana dalam penerangan pada kriteria

4.3 di atas, iaitu dengan menggunakan format berikut:

Semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diubah) semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diukur).

atau

Jika (Maklumat Yang Diubah) meningkat/menurun maka (Maklumat Yang Diukur) meningkat/menurun.

Contoh

Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk meleburkan ais yang berbeza beratnya. a) Berdasarkan data dalam jadual di atas nyatakan satu hipotesis yang sesuai bagi ujikaji ini.

Jawapan: - Semakin meningkat berat ais semakin meningkat masa melebur. - Jika berat ais meningkat maka masa melebur pun meningkat.

5.2 Hipotesis Prinsip Sains (Data tidak diberi)

Menyatakan Hipotesis Berdasarkan Prinsip atau Pernyataan Yang Diberi

Murid perlu membuat hipotesis (penerangan tentang hubungan) berdasarkan kepada suatu pernyataan

atau prinsip (sains) yang diberi. Sebelum membuat hubungan murid perlul terlebih dahulu mengenal pasti

kedua-dua maklumat yang diperlukan. Iaitu Maklumat Yang Diubah dan Maklumat Yang Diukur.

Kedua-dua maklumat ini boleh didapati daripada pernyataan yang diberi itu.

Contoh 1 (Sambungan daripada soalan a) di atas)

“Dalam satu penyiasatan lain didapati masa melebur juga dipengaruhi oleh suhu bilik.” b) Berdasarkan pernyataan di atas buat satu hipotesis yang sesuai.

Berat Ais (g) 30 40 50 60 70

Masa Melebur (minit) 4 8 12 16 20

Page 10: Panduan b sc

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR 10 Hafiztech Enterprise

Sebelum membuat jawapan sila buat analisa begini:

Pernyataan: Dalam satu penyiasatan lain didapati masa melebur juga dipengaruhi oleh suhu bilik.

Jawapan: - Semakin meningkat/menurun suhu bilik semakin meningkat / menurun masa melebur // Sebaliknya // Terbalik.

Contoh 2

“ Dalam satu penyiasatan tentang kestabilan, telah didapati bahawa berat sesebuah bangku mempengaruhi kestabilannya.” b) Buat satu hipotesis berdasarkan pernyataan di atas.

Jawapan: - Semakin meningkat/berkurang berat sesebuah bangku semakin meningkat/berkurang kestabilanya // Sebaliknya // Terbalik.

Panduan Menjawab Bahagian B Tamat

Dapatkan buku latihan Sains UPSR yang bermutu tinggi sebagaimana berikut:

Hafiztech Enterprise

Maklumat yang diukur

Maklumat yang diubah