panduan amali sains pertanian.doc

33
1

Upload: mnar68

Post on 19-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

I S I K A N D U N G A N Muka surat1. Menentukan keperluan cahaya untuk Fotosintisis 3

2. Menentukan tekstur tanah secara mendapan 4

3. Menguji pH tanah mengunakan kaedah pH meter5

4. Menguji pH tanah mengunakan kaedah kuhn6

5. Mengawal organism mengunakan kaedah kimia7

6. Pembiakan tumbuhan secara tut/markot9

7. Pembiakan tumbuhan secara cantuman mata tunas10

8. Pembiakan tumbuhan secara cantuman baji 11

9. Kesan Kalsium Karbida keatas kemasakan buah 12

10. Sistem Pencernaan Ayam 1311. Sistem Pengairan Titisan 1412. Sistem Pengairan percikan 1613. Penapaian 1814. Membuat Kompos 2015. Hidroponik 2116. Internet 2217. Membuat Laporan Projek 22

1. MENENTUKAN KEPERLUAN CAHAYA UNTUK FOTOSINTESISTuiuan

Menunjukkan cahaya diperlukan dalam proses fotosintesis

Bahan/Radas

Daun hijau, kepingan kad, klip kertas, larutan iodin, larutan etil alkohol, piring petri, rod kaca, bikar 250ml, gunting kertas, penunu bunsen, tungku kaki tiga , kasa dawai dan bikar.

Langkah-langkah

1. Pilih sepohon pokok dan lindungkan daripada cahaya matahari selama 48 jam.

2. Pilih sehelai daun hijau yang segar dari pokok tersebut .

3. Tutup sebahagian permukaan daun itu (atas dan bawah) dengan kad (telah digunting) menggunakan klip kertas.

4. Dedahkan kepada cahaya matahari yang terang lebih kurang 2 - 3 jam.

5. Petik daun itu dan tanggalkan kad penutupnya.

6. Didihkan air menggunakan bikar 250 ml

7. Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih (dalam bikar 250ml) selama 10 minit.

8. Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol (etil alkohol) yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair.

9. Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa.

10. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga menutupi daun.

11. Biarkan selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa.

12. Perhatikan warna yang dihasilkan pada daun.

Langkah-langkah keselamatan

1. Semasa eksperimen dijalankan jauhkan alkohol dari api kerana ianya bahan yang mudah terbakar.

2. Pemanasan alkohol hendaklah dilakukan dalam kukusan air dan tidak secara langsung bagi mengelakkan kebakaran. 2. MENENTUKAN TEKSTUR TANAH SECARA MENDAPAN

Tuiuan

Menentukan tekstur dan butir pepejal tanah cara mendapan.

Bahan/radas

Sampel tanah, balang gas, penutup balang.gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah dan air.

Langkah-langkah

1. Masukkan sampel tanah ke dalam balang gas sehingga separuh penuh.

2. Kemudian isi air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.

3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran supaya kumin tanah terpisah.

4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman tanpa gangguan.

5. Selepas 24 jam lakukan permerhatian dan6. Ukur ketinggian (gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap.

7. Hitungkan peratus pisahan tanah yang mendap menggunakan rumus di bawah dan lengkapkan jadual keputusan.

8. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan carta segi tiga tekstur tanah.

Langkah keselamatan

1. Meja yang digunakan untuk meletakkan balang gas mestilah rata.

2. Pastikan balang gas digoneang seeukupnya bagi mengasingkan kumin tanah.

% pisahan = Ketinggian Lapisan pisahan (cm) /

Jumlah ketinggian semua lapisan X 100

3. MENGUJI pH TANAH (METER pH)

Tuiuan

Menentukan pH tanah menggunakan meter pH

Bahan/Radas

Meter pH, air suling, 3 sampel tanah, 3 buah bikar 50 ml,dan 3 batang rod kaca.

Langkah-Iangkah

1. Tentukan ukuran (kalibrasi) pH meter menggunakan larutan penampan. 2. Labelkan setiap bikar dengan A, B, dan C.

3. Masukkan 10 gm setiap sampel tanah ke dalam setiap bikar.

4. Masukkan 30 ml air suling ke dalam setiap bikar tersebut 5. kacau dengan rod kaca. 6. Biarkan selama 10 minit.

7. Kacau semula campuran 8. Masukkan elektrod meter pH ke dalam campuran tanah. 9. Catatkan bacaan meter pH.

Langkah keselamatan

1. Cuci hujung elektrod dengan air suling sebelum membuat bacaan bagi sampel tanah yang lain.

2. Pastikan campuran tanah dan air dalam bikar dikacau rata.

4. MENGUJI pH TANAH MENGGUNAKAN KAEDAH KUHN

Tuiuan

Menentukan pH tanah dengan menggunakan larutan penunjuk universal

Bahan/radas

Sampel tanah, air suling, barium sulfat, larutan penunjuk universal, tabung uji, penyumbat tabung uji, rak tabung uji, spatula, dan carta warna.

Langkah-Ianakah

1. Masukkan 2 - 5 cm sam pel tanah ke dalam tabung uji.

2. Masukkan 2 - 5 cm barium sulfat ke dalam tabung uji tersebut.

3. Tambahkan air suling hingga penuh tabung uji itu.

4. Titiskan 2 - 3 titis larutan penunjuk universal.

5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat tabung uji.

6. Goncang tabung uji tersebut.

7. Letak tabung uji tersebut ke dalam rak tabung uji 8. Biarkan ia mendap.

9. Perhatikan warna yang terhasil.

10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.

11. Tentukan nilai pH.

Langkah-langkah keselamatan

1. Jangan menggunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang .5. MENGAWAL ORGANISMA MENGGUNAKAN KAEDAH KIMIA

Tuiuan

Mengawal organisma perosak melalui kaedah kimia

Bahan/Alatan

Sejenis racun kimia, air, baldi/bekas, penyembur sandang (knapsack)/penyembur tangan, silinder penyukat dan batang kayu.

Langkah-langkah

(A) Sebelum menyembur

1. Pakai pakaian pelindung yang sesuai.

2. Periksa alat penyembur dan pastikan berfungsi.

3. Baca maklumat pada label racun kimia.

4. Sukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan.

5. Masukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan.

6. Masukkan racun yang telah disukat ke dalam baldi itu.

7. Kacau campuran sehingga sebati menggunakan kayu.

8. Tuang campuran racun ke dalam tangki penyembur.

(B) Semasa menyembur

1-. Lakukan penyemburan pada sasaran.

2. Ulang penyemburan sehingga rata pada semua bahagian sasaran.

(C) Selepas menyembur

1. Bersihkan semua alatan dan keringkan.

2. Simpan racun yang berlebihan di tempat yang selamat.

3. Tanamkan bekas racun yang kosong.

4. Bersihkan diri.

Langkah keselamatan1. Guna racun kimia yang paling sesuai untuk sesuatu jenis organisma perosak. Jangan sentuh, hidu atau rasa racun kimia.

2. Bancuh racun di tempat terbuka.

3. Sembur mengikut arah angin.

4. Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.

5. Jangan tiup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum halus.

6. PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT/MARKOT

Tuiuan

Melakukan pembiakan tumbuhan secara tut (markot)

Bahan/Alatan

Tumbuhan yang sesuai (seperti pokok puding dan jambu batu), campuran tanah 2:1, helaian plastik lut sinar 20 cm x 30cm, tali rafia, hormon pengakaran, pisau cantuman, dan sekateur

Langkah-Iangkah

1. Sediakan medium tut yang mengandungi 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organik.

2. Lembabkan medium dengan air sehingga melekit dan bentukkannya menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.

3. Pilih dahan atau ranting yang sesuai (sederhana tua, berdiameter 1 - 2 cm).

4. Potong ranting kecil dan daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.

5. Buatkan dua kelaran mengikut liIitan ranting berjarak 3 4cm.

6. Buatkan satu kelaran memanjang antara dua kelaran di atas.

7. Tanggalkan semua kulit yang terletak antara dua kelaran itu.

8. Kikis lapisan kambium.

9. Sapu hormon pengakaran pad a bahagian kelaran atas.

10. Bahagikan bebola medium kepada dua bahagian dan lekapkan pada sekeliling kelaran itu.

11. Balut dengan plastik lut sinar.

12. Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium dengan kemas.

13. Perhatikan pertumbuhan akar selepas 2 - 3 minggu.

Langkah keselamatan

1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih.

2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.

7. PEMBIAKANAN TUMBUHAN SECARA CANTUMAN TUNASTuiuan

Melakukan pembiakan pokok secara cantuman mata tunas. Bahan/alatan Pokok penanti (seperti pokok jambu, durian, rambutan, mangga) ranting mata tunas (sion), pisau cantuman dan parafilm/pita politena

Langkah-Iangkah

1.Pilih pokok penanti yang sihat berumur 6 - 12 bulan.

2. T entukan tapak cantuman 8 - 10 cm dari pangkal pokok.

3. Buat dua turisan lurus ke bawah sepanjang 2 - 3 cm dan lebar 1/3 dari lilitan pokok.

4. Potong kulit di bahagian bawah antara dua turisan yang telah dibuat.

5. Siat kulit ke atas di bahagian yang di buat turisan menggunakan hujung pisau cantuman.Potong dan tinggalkan sedikit seperti lidah.

6. Pilih mata tunas sion dan potong bersama bahagian kayu sepanjang 2-3 cm.

7. Potong kepingan mata tunas bersaiz sama dengan tapak cantuman.8. Tampalkan kulit mata tunas pada tapak cantuman dengan kedudukan mata tunas menghala ke atas.

9. Balut kulit mata tunas di tapak cantuman dengan kemas menggunakan parafilm/pita politena.

10. Perhatikan cantuman selepas tiga minggu.

11. Kelar sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman untuk memastikan kejayaan cantuman .

..

Langkah Keselamatan

1. Gunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.

2. Lakukan kerja menampal cantuman dengan segera. 3. Pastikan tunas pada kepingan mata tunas tidak tertanggal.

4.Jangan dedahkan mata tunas pada cahaya terik.

5. Lakukan aktiviti mencantum mata tunas pad a awal pagi atau lewat petang.

8. PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA CANTUMAN BAJITuiuan

Melakukan pembiakan pokok secara cantuman baji.

Bahan/Alatan

Plastik aiskerim, pita politena (seperti parafilm), tali rafia, dua varieti bunga kertas, pisau cantuman/pisau tajam dan sekateur

Langkah-langkah

1. Pilih ranting berdiameter 3 - 5 mm pada pokok penanti

2. Potong pucuk penanti 7 - 8 cm dari atas

3. Buatkan belahan di tengah sedalam 2 cm dari

bahagian atas ranting itu.

3. Sediakan sion sepanjang 10 cm daripada pokok varieti kedua.

4. Buang daun dan tinggalkan pucuk daun sion.

5. Potong bahagian pangkal sion menjadi seperti bentuk baji.

6. Sisipkan bahagian baji ke dalam belahan pokok penanti.

7. Balut cantuman dengan pita politena dengan kemas.

8. Serkupkan bahagian cantuman dengan plastik aiskerim dan ikat di bahagian bawah plastik.

9. Letakkan di tempat teduh atau beri naungan.

10. Perhatikan cantuman selepas 5 - 7 hari.

Langkah keselamatan

1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih.

2. Jangan sentuh bahagian yang dipotong berbentuk baji.

3. Lakukan cantuman dengan seberapa segera selepas baji dibentuk 4. Lakukan cantuman pad a waktu awal pagi atau lewat petang.9. KESAN KALSIUM KARBIDA (CaC2) KE ATAS KEMASAKAN BUAH

Tujuan

Menentukan kesan kalsium karbida ke atas proses kemasakan buah.

Bahan/Alatan

Spatula, Kain belacu/pembungkus, 4 bekas plastik bertudung, CaC2, pisang hijau (telah matang) .Lanqkah-Ianqkah

Bahagian A

1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.

2. Masukkan 2 - 3 biji pisang hijau dalam setiap bekas 3. Labelkan A dan B.

4. Letakkan sudu pepejal Kalsium karbida (CaC2 )5. Kalsium karbida dibungkus dengan kain belacu ke dalam bekas A

6. Tutup bekas dengan segera.

7. Bekas B sebagai radas kawalan. 8. Lakukan pemerhatian selepas 3 - 4 hari 9. Catatkan perubahan ke atas buah pisang dalam bekas A dan bekas B.

Langkah Keselamatan

1. Kalsium karbida yang dilarutkan menghasilkan gas yang mudah terbakar/meletup jika termampat.

2. Jauhi punca api daripada kawasan eksperimen 3. Gas sampingan yang terhasil daripada CaC2 mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.

10. SISTEM PENCERNAAN AYAM

Tujuan

Melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti sistem pencernaan ayam.

Bahan/Radas

Ayam, kepingan papan, benang, set pisau bedah, dulang, sekateur, tukul dan paku dua inci, maker pen, jarum peniti, kertas tisu, sarung tangan, penutup mulut.

Langkah-langkah

1. Sediakan seekor ayam yang telah disembelih dan dicabut bulunya.

2. Letakkan ayam terlentang di atas papan, pakukan kepaknya

3. Tekan kedua-dua bahagian paha supaya kaki rata dan terbuka serta pakukan.

4. Buang bahagian kulit yang bertanda garisan bertitik-titik.

5. Bedah bahagian tengah dada hingga ke pangkal ke dua-dua paha.

6. Potong otot dada sepanjang 3cm sehingga tersentuh tulang dengan pisau.

7. Gunakan sekateur untuk memotong tulang kepak.

8. Keluarkan penutup abdomen .

9. Perhatikan kedudukan organ

10. Keluarkan organ-organ sistem pencernaan dengan berhati-hati. 11. Rungkai organ dan pamerkan di atas dulang.12. Lakar dan labelkan organ seperti esofagus, tembolok, perut, hempedal, hati, pankreas, pundi hempedu, ,usus dan sekumLangkah keselamatan

1. Guna alat yang tajam.

2. Lakukan pembedahan secara berhati-hati.

3. Asingkan lemak yang melekat pada organ-organ pencernaan dengan cermat.

11. SISTEM PENGAIRAN TITISAN

Tujuan Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dengan cara yang betul.

Langkah-Langkah

1. Aturkan tangki pam air, penapis, paip utama dan paip sisi di kawasan yang rata.

2. Sambungkan :

(a) Tangki air kepada injap kawalan 1 dan pam air

(b) Pam air kepada penapis

(c) Penapis kepada paip utama

(d) Paip utama ke paip sisi/lateral1, 2 dan 3

(e) Masukkan hujung paip sisi/lateral1 ke tangki

(f) Pasang injap kawalan pada setiap paip sisi I lateral selepas penyambung Tee.

(g) Pasang palam pad a bahagian hujung paip utama ..

3. Tebuk lubang pada paip sisi/lateral1 dan 2 dengan jarak 1 m (6 lubang bagi setiap paip sisi)

4. Pasangkan kepala penyebar Uenis penitis) pada lubang berkenaan.

5. Isikan air kedalam tangki sehingga penuh

6. Hidupkan pam untuk penyaliran air selama satu hingga dua minit dan tutup semula.

7. Palam atau bengkokkan dan ikat bahagian hujung paip sisi/lateral.

8. Hidupkan pam untuk menguji sistem beroperasi dengan memeriksa :

(a) Pam

(b) Penapis

(c) Penitis

(d) Bahagian penyambungan

(e) Bahagian yang dipalam

9. Laraskan injap kawalan 2 (pada paip sisi 1) untuk menyesuaikan tekanan air yang berlebihan (sambungan paip sisi ke tangki boleh menjimatkan penggunaan air).

10. Selenggara sistem dari semasa kesemasa dengan memeriksa ;

(f) Pam

(g) Penapis - tidak melebihi setiap 12 jam pam beroperasi

(h) Penitis

(i) Bahagian penyambungan Pastikan tiada kebocoran

Nota: (Disyorkan supaya menggunakan paip poly-ethelene. Ubah suai peralatan/bahan, penyambungan/langkah hendaklah dilakukan mengikut kesesuaian tempat atau ketersediaan alat/bahan/kawasan atau jenis pam yang digunakan (contohnya 'submercible pump') atau aplikasi semasa.)

1. Semasa kerja pemasangan dijalankan, pastikan sambungan ke sumber elektrik diputuskan. Pastikan pam beroperasi dengan air( jangan mengoperasikan pam tanpa air).

2. Kedudukan dasar tangki sekurang-kurangnya separas dengan pam dan sebaik-baiknya lebih tinggi daripada kedudukan pam.

3. Sambungan hendaklah dibuat dengan kemas menggunakan bahan dan alatan yang betul untuk mengelakkan kebocoran.

4. Lubang pad a paip sisi perlu dibuat dengan teliti dan tepat pad a poin penanaman. Bendasing Ilumpur hendaklah dialirkan keluar sebelum hujung paip sisi dipalam untuk mengelakkannya menghalang aliran air ke paip penitis.

5. Bilangan penitis yang digunakan mestilah sesuai dengan kuasa kuda pam.

6. Pemotongan paip hendaklah tepat (900) dan bersih untuk menghasilkan penyambungan yang sempurna.

12. SISTEM PENGAlRAN PERCIKAN

Tuiuan

Memasang dan menyelenggara sistem pengairan percikan dengan cara yang betul.

Bahan/Radas

1. Pam air elektrik (500-1000 watt)- 1 unit

2. Tangki 60 gelen -I unit

3. Paip utama - polypipe 25 mm x 40 m. p- 1 unit

4. Paip sisi - polypipe 25 mm x 40 m. p - 2 unit

5. Paip tetingkat - polypipe 20 mm x 2 m. pj. - 4 unit

6. Peralatan penyambungan (Tee Penyuai 25 mm - 2 unit, Tee 25/20 mm - 4 unit, soket - 4 unit)

7. Injap kawalan- 18 mm - 2 unit

8. Kepala perenjis/sprinkler - 4 unit

9. Kayu 1"x 1" x 6 kaki - 4 batang

10. Elbow 25 mm - 4 unit

Langkah-Langkah

1. Kenai pasti kawasan yang perlu dipasang dengan sistem pengairan percikan

2. Sediakan plan rekabentuk sistem (layout).

3. Tempatkan pam air berhampiran dengan sumber air.

4. Pasangkan paip utama dan sambungkan kepada pam.

5. Sambungkan paip utama dengan paip sisi pertama dan kedua.

6. Pasangkan injap kawalan pada paip sisi.

7. Sambungkan paip sisi dengan paip tetingkat

8. Pacakkan sebatang tiang kayu bagi setiap paip tetingkat.

9. Pasangkan kepala perenjis pad a paip tetingkat.

10. Pasangkan suis elektrik supaya pam beroperasi.

11. Periksa pam, paip sedutan, kepala perenjis dan bahagian-bahagian penyambung.

12. Selenggara sistem dari semasa ke semasa dengan memeriksa pam, kepala perenjis, dan bahagian penyambungan.

Langkah keselamatan.

1. Memeriksa semua sambungan pada paip utama, paip sisi dan paip tetingkat dan

elakkan dari berlaku kebocoran.

1. Menjaga kualiti air yang disedut bagi mengelakkan kepala sprinkler tersumbat.

2. Bersihkan pam dan buangkan air daripada pam jika tidak diperlukan.

4. Ikuti penjadualan penyenggaran pam mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

13. MEMBUAT TAPAI PULUT/UBI Tujuan

Mengaplikasikan prinsip bioteknologi dalam menghasilkan makanan melalui proses penapaian.

Bahan/radas

1. Beras pu!ut (2 kg)

2. Ragi dihancurkan

3. Bekas plastik lut sinar

4. Periuk kukus

5. Dulang /Talam

6. Senduk

7. Sudu

Lanqkah-Ianqkah

1. Beras pulut dibasuh dan direndamkan kira-kira tiga jam.

2. Tos dan kukuskan beras pulut hingga masak.

3. Pulut yang telah masak diangkat dan dijirus rata dengan 2 cawan air biasa.

4. Kukus sekali lagi kira-kira 10-15 minit.

5. Tuangkan pulut yang tetah masak ke dalam dulang dan dibiarkan sehingga suam.

6. Ragi yang telah dihancurkan ditabur di atas pulut yang telah suam, sedikit demi sedikit.

7. Gaul hingga rata menggunakan senduk.

8. Masukkan pulut ke dalam bekas plastik (kira-kira 3/4 penuh) dengan menggunakan sudu dan tutup rapat.

9. Biarkan selama 48 jam dan buat pemerhatian.

Langkah keselamatan

1. Peralatan yang digunakan mestilah bersih.

2. Pastikan pulut yang ditanak telah cukup masak.

3. Ragi yang digunakan hendaklah kering dan baru.

4. Pulut tidak dipadatkan semasa mengisi ke dalam bekas.

Nota:

Selain dikukus, beras pulut juga boleh dimasak seperti biasa menggunakan periok nasi elektrik .Sekiranya menggunakan ragi keluaran MARDI, kadarnya ialah 2g bagi setiap 1 kg beras pulut.

14. MEMBUAT KOMPOSTuiuan

Mengaplikasikan prinsip bioteknologi dengan menghasilkan baja kompos.

Bahan/radas

Bahan/sisa tumbuhan (seperti batang jagung, jerami padi, potongan rumpai, kapur, tinja haiwan, baja nitrogen (seperti urea atau ammonium sulfat), air, penyiram, serampang peladang dan kayu penguji.

Langkah-langkah

1. Bina tapak asas setebal10-15 cm daripada bahan kasar seperti batang jagung dan jerami di atas tapak seluas 2-3 meter persegi.

2. Buat lapisan kedua dengan sisa tumbuhan seperti potongan rumpai atau daun kering setebal 10-15 cm.

3. Tabur sedikit kapur di atas lapisan itu.

4. Buat lapisan ketiga dengan mengulang langkah kedua di atas.

5. Tabur tinja haiwan di atasnya setebal 2.5 cm.

6. Tabur baja nitrogen rata-rata di atas lapisan tinja haiwan.

7. Ulang langkah 2-6 sehingga timbunan menjadi 1.2 meter tinggi.

8. Tutup lapisan atas dengan bahan kasar.

9. Siram timbunan sehingga lembab.

10. Tutup timbunan dengan guni/plastik atau dirikan pondok.

11. Selepas 4-5 hari, cucuk kayu yang licin dan kering ke dalam timbunan selama 10-15 minit untuk menguji berlakunya proses penguraian dan pereputan.

12. Jika menunjukkan tanda-tanda pereputan berlaku, tunggu sehingga 4 minggu, balik-balikkan campuran dan bina semula timbunan.

Langkah keselamatan

1. Pastikan timbunan kompos sentiasa lembab.

2. Bahan sisa yang digunakan hendaklah mudah reput.

3. Tutup timbunan daripada hujan lebat.

4. Elak membina timbunan kompos di kawasan air mudah bertakung.

15. HIDROPONIKTuiuan

Mengaplikasi prinslp pertanian persekitaran terkawal dalam menghasilkan tanaman sayuran berdaun menggunakan kaedah hidroponik.

Bahan/Alatan

Baja Hidroponik, NaOH dan H2S04, biji benih sayuran daun, rod Kaca, spatula, bekas plastik (timba), takung hidroponik, raga, kain mop dan span.

langkah-Iangkah

1. Sediakan semaian sayuran dengan menggunakan span dalam bekas yang sesuai seperti besen plastik.

2. Biarkan sehingga anak benih 3 - 4 helai daun dengan penjagaan semaian yang sesuai.

3. Masukkan baja hidroponik ke dalam takung hidroponik mengikut sukatan yang betul.

4. Masukkan air ke dalam takung hidroponik itu dan kacau hingga sebati.

5. Pindahkan anak benih sayuran ke dalam raga yang mengandungi kain mop ke dalam takung hidroponik yang telah tersedia larutan nutrien.6. Lakukan penjagaan sayuran sehingga mengutip hasil.

langkah Keselamatan.

1. Pastikan kain mop pada raga hidroponik sentiasa basah dan mampu menyerap nutrien hidroponik.

2. Pastikan paras larutan baja hidroponik dalam takung mencukupi.

16. AKSES INTERNET DAN MEMILIH MAKLUMAT

Tujuan

1. Mengakses internet untuk mendapatkan maklulmat dan perhubungan.

2. Memilih maklumat yang sesuai dan berkaitan dari internet.

Alatan

1. Set komputer yang siap dipasang "operating system" yang sesuai (seperti "Windows atau Linux") dan perisian untuk melayari internet seperti 'Internet Explorer

2. Modem

3. Talian penyambungan ke pembekal perkhidmatan internet seperti Jaring atau Tmnet.

Langkah-langkah

1 . Boot sistem komputer.

2. Pad a desktop, klikkan ikon pelayar (browser) yang sesuai seperti "The Internet Explorer atau Nescape Navigator" dan sebagainya.

3. Sekiranya perlu, taipkan ID/"user name" dalam kotak nama pengguna.

4. Jika diperlukan dalam kotak password, taipkan kata laluan .

5. Klik"Connect" atau tekan kekunci "Enter", dan tunggu seketika sehingga penyambungan (dial-up connection) berjaya dan laman web Internet Start muncul.

6. Tentukan sumber maklumat yang hendak dipilih.

7. Sekiranya alamat lawan web maklumat tersebut diketahui, taipkan alamat itu dalam "address bar"(palang alamat.) contohnya http//www.moa.gov.my/8. Tekan kekunci "Enter".

9. Sekiranya alamat bagi maklumat tersebut tidak diketahui , klik ikon enjin carian yang sesuai seperti "Yahoo","Alta Vista" dan sebagainya dan tunggu sehingga kotak "Search" muncul.

10. Taipkan perkataan penting (kata pencarian) mengenai maklumat yang dikehendakki,misalnya"flower" dalam kotak search dan tekan kekunci Enter atau klik find atau search.

11. Alamat atau nama laman-Iaman web yang berkaitan dengannya akan disenaraikan.

12. Pilih alamat atau nama laman web tersebut dan klik .

13. Apabila laman web yang dipilih diakses/dipaparkan pilih maklumat yang dikehendaki.

14. Pilih/cari maklumat yang boleh dipindahturun (download) dengan melihat ikon "down load".

15. Klik ikon 'down load'pada maklumat yang dipilih untuk memindahturun.

16. Klik desktop apabila kotak dialog pertanyaan dimana maklumat hendak disimpan muncul.

17. Tunggu sehingga proses memindah turun selesai.

18. Untuk menghubungi "Webmaster" klik ikon Webmaster tersebut.

19. Taip maklumat pertanyaan dan klik "Send".

20. Tamatkan sambungan internet dengan mengklik ikon "disconnect"

21. "Shut down" computer.

17. MENYEDIAKAN LAPORAN PROJEK

Tuiuan

Menyediakan satu laporan projek menggunakan perisian komputer

Bahan/Alatan

1. Set Komputer yang siap dipasang "operating system" yangsesuai (sepeni Windows atau Linux) dan perisian yang sesuai seperti Word, Excel dan sebagainya. 2. Pencetak

3. Kertas

4. Disket

Langkah-langkah

1. Boot sistem komputer.

2. Klik Start ,klik program dan pilih perisian yang sesuai (Boleh juga terus mengklik ikon pada desktop, jika ikon perisian tersebut terdapat pada desktop). 3. Taipkan laporan projek4. Semak dan edit jika perlu mana-mana bahagian laporan5. Klik ikon 'save' untuk menyimpan laporan samada dalam cakera keras atau disket.

6. Masukkan kertas kepada'printer' dan cetak laporan tersebut.

7. Tutup program perisian8. "Shut down" computer.

Langkah keselamatan

1. Gunakan perisian yang memenuhi keperluan penyediaan laporan.2. Pastikan sambungan kabel dan cord betul3. Pastikan disket bersih dari virus

2