garis panduan tuntutan elaun latihan amali dan …...tuntutan elaun latihan amali dan elaun tesis...

11
1 GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis. 1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (a) Syarat-syarat Umum i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu; ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat; iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian. (b) Syarat-syarat Khusus PELAJAR TAJAAN PERIHAL Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal. Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali di Malaysia: a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar berkelayakan; dan b. Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan.

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

1

GARIS PANDUAN

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS

PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan

Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.

1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

(a) Syarat-syarat Umum

i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari

cuti awam/ umum/ hujung minggu;

ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi

25 km mana yang terdekat;

iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak

termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan

iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan

kursus pengajian.

(b) Syarat-syarat Khusus

PELAJAR

TAJAAN PERIHAL

Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi

KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK

membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/

Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/

Praktikal.

Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali

di Malaysia:

a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket

kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar

berkelayakan; dan

b. Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara

untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada

di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya

layak dibayar atas kadar tempatan.

Page 2: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

2

PELAJAR

TAJAAN PERIHAL

ii. Pelajar yang menjalani Latihan Amali di negara pengajian:

a. TIDAK LAYAK menerima Elaun Latihan Amali

sekiranya menerima apa-apa bayaran daripada

Firma/ Institusi sepanjang pelajar mengikuti latihan

tersebut; dan

b. Pelajar yang menjalani latihan amali melebihi 3 bulan

dan menerima bayaran yang sama atau melebihi

kadar Elaun Sara Hidup TIDAK LAYAK menerima

Elaun Sara Hidup di sepanjang tempoh latihan

tersebut. Sekiranya bayaran dari Firma/ Institusi

kurang daripada kadar Elaun Sara Hidup yang

diterima, maka JPA akan membayar perbezaan

kadar tersebut.

(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;

ii. Dokumen Sokongan

a. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti

Kepada Majikan seperti di Lampiran B; dan

b. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada

Majikan seperti di Lampiran C.

2. TUNTUTAN ELAUN TESIS

(a) Syarat-syarat

i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;

ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus

pengajian/bergraduat; dan

iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian.

(b) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A; dan

ii. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh

Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti

berkaitan seperti contoh di Lampiran D.

Page 3: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

3

3. KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari

selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat

dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan

syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap.

Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan

bayaran tidak akan dipertimbangkan.

(b) Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan

permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal)

melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,

ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,

MALAYSIA

(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)

Emel: [email protected]

(c) Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan

permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di

negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia,

Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar

Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

(d) Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar

Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos

2017.

Page 4: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

4

LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

NAMA PENUH : ________________________________________________

NO. KAD PENGENALAN : ________________________________________________

ALAMAT SURAT- : ________________________________________________

MENYURAT ________________________________________________

NO. AKAUN BANK : ________________________________________________

ALAMAT BANK : ________________________________________________

________________________________________________

NO. TELEFON : ________________________________________________

ALAMAT E-MEL : ________________________________________________

UNIVERSITI : ________________________________________________

PERINGKAT PENGAJIAN : ________________________________________________

PROGRAM / KURSUS : ________________________________________________

TAHUN PENGAJIAN : ________________________________________________

TEMPOH TAJAAN : ________________________________________________

JENIS TUNTUTAN : ________________________________________________

(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/

Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam

Bahasa Inggeris/ Malaysia)

JUMLAH TUNTUTAN : ________________________________________________

TANDATANGAN PELAJAR :

……………………………………………….

NAMA :

TARIKH :

Untuk Kegunaan Pejabat

Jumlah tuntutan yang diluluskan : ____________________________________________

Tandatangan pegawai : ____________________________________________

Nama pegawai : ____________________________________________

Jawatan pegawai : ____________________________________________

Tarikh penerimaan : ____________________________________________

Page 5: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

5

LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI

Letterhead Universiti

Ruj : Tarikh :

…………………………………

…………………………………

…………………………………

Tuan / Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI

Nama : No K/P :

No Pelajar : Bidang Pengajian :

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di fakulti

ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari _________ sehingga

_____________. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu syarat bergraduat

selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri yang berkaitan

dengan pengajian pelajar berkenaan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon bagi

menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang diberikan oleh

syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan jayanya.

Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima

kasih.

Sekian, terima kasih.

Daripada

…………………………………………..

(NAMA PEGAWAI)

JAWATAN PEGAWAI

BAHAGIAN/ UNIT

UNIVERSITI

Page 6: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

6

LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Letterhead Syarikat

Ruj :

Tarikh :

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan /

Alamat Universiti

Tuan / Puan,

PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah menamatkan

latihan amali seperti berikut:

Nama :

No K/P :

No Pelajar :

Universiti :

Tarikh Latihan Amali :

Lokasi Penempatan :

Pemberian Elaun : YA TIDAK

Sekian, terima kasih.

Daripada

…………………………………………..

( NAMA PEGAWAI )

JAWATAN PEGAWAI

NAMA & COP SYARIKAT

Page 7: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

LAMPIRAN D

TAJUK TESIS

NAMA PELAJAR

FAKULTI UNIVERSITI

TARIKH

7

Pengesahan Dekan/ Ketua Jabatan/

Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis

Tandatangan & Cop Pengesahan

Page 8: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

8

Page 9: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

9

NOTA PENTING :

MAKLUMAT DI ATAS PERLU

ADA DALAM SURAT

PENGESAHAN

DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH/BENAR

Page 10: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

10

NOTA PENTING :

MAKLUMAT DI ATAS PERLU

ADA DALAM SURAT

PENGESAHAN

DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH/BENAR OLEH UNIVERSITI

Page 11: GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN …...TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan

11

NOTA PENTING :

DOKUMEN PERLU DISAHKAN OLEH DEKAN/

KETUA JABATAN/ PENYELIA KURSUS/ PENYELIA TESIS