pandangan ttg upsr

Upload: casbenx

Post on 06-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

Kenapakah kebocoran UPSR boleh berlaku baru-baru ini?

Pada pendangan saya, kebocoran kertas peperiksaan UPSR yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah kerana tiadanya integriti dalam diri pegawai yang diamanahkan untuk menggubal soalan terbabit, pencetak yang ditugaskan mencetak soalan tersebut seterusnya pegawai yang ditugaskan oleh KPM untuk menjaga Bilik Kebal. Jika mereka-mereka ini mempunyai integrity sudah tentulah perkara sulit seperti ini tidak akan didedahkan seterusnya menjejaskan masa depan bangsa dan negara. Faktor kedua pula adalah kerana kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam penyediaan dan pengendalian kertas peperiksaan itu sehingga membolehkan pihak yang mempunyai kepentingan mengambil kesempatan. Faktor ketiga pula adalah melibatkan keghairahan sesetengah pihak dalam mengejar keuntungan peribadi. Contohnya guru subjek terbabit yang inginkan jalan pintas dalam memastikan kejayaan subjek yang diajar untuk mengejar impian peribadinya. Faktor yang terakhir pula adalah kerana kemajuan teknologi yang membolehkan bahan yang telah bocor itu disebarkan dengan cepat kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Apakah cadangan langkah-langkah strategik untuk memastikan isu ini tidak berulang kembali?

Antara langkah yang boleh dicadangkan untuk memastikan isu seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan adalah seperti mengkaji semula keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) meliputi aspek penyediaan dan pengendalian kertas soalan peperiksaan seterusnya mengetatkan SOP pengendalian kertas peperiksaan awam di Malaysia. Selain itu, satu jawatankuasa bebas perlu dibentuk kerana insiden ini sebenarnya telah mencemarkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jawatankuasa tersebut perlu dibentuk bagi menyiasat secara lebih terperinci tentang insiden tersebut.

Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa)