36 pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dalam mata pelajaran hubungan etnik dari...

32
1 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan Dr Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM) [email protected] Warti bt Kimi (Jabatan Sains Sosial, IPG KPI) [email protected] Saipo bin Ayub (Jabatan Sains Sosial, IPG KPI) [email protected] ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut perspektif Islam. Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam kalangan siswa IPGM. Kandungan Program atau aktiviti dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu berbeza dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hasil daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG KPI. Pemahaman ini penting kerana apabila mengajar kelak, siswa IPGM akan berhadapan dengan para murid dari pelbagai kaum. Melalui pendekatan pendidikan multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik mereka akan berjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik dan semua murid daripada pelbagai kaum. Kata Kunci: Pendidikan multikultural, Kepelbagaian budaya, mata pelajaran Hubungan Etnik, perspektif Islam, PENGENALAN

Upload: ai-syah

Post on 12-Aug-2015

179 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

1

Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik

dari Perspektif Islam : Satu pandangan

Dr Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM) [email protected]

Warti bt Kimi (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) [email protected]

Saipo bin Ayub (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) [email protected]

ABSTRAK:

Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori

mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan

kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata

pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk

pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada

bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan

kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut

perspektif Islam. Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian

diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang

rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi

Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam

kalangan siswa IPGM. Kandungan Program atau aktiviti dalam mata pelajaran

Hubungan Etnik perlu berbeza dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hasil

daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran

Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan

kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG – KPI. Pemahaman ini penting kerana

apabila mengajar kelak, siswa IPGM akan berhadapan dengan para murid dari

pelbagai kaum. Melalui pendekatan pendidikan multikultural dalam mata pelajaran

Hubungan Etnik mereka akan berjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik dan

semua murid daripada pelbagai kaum.

Kata Kunci: Pendidikan multikultural, Kepelbagaian budaya, mata pelajaran Hubungan

Etnik, perspektif Islam,

PENGENALAN

Page 2: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

2

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat

berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri bangsa utama iaitu bangsa

Melayu, Cina dan India. Pendidikan multikultural atau kepelbagaian budaya wajar diberi

ruang dan peluang dalam mata pelajaran Hubungan Etnik untuk membantu meningkatkan

lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan siswa IPGM. Perlu disedari

bahawa unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia

perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di IPGM bagi

memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat,

peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta

mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa

Malaysia.

Oleh sebab itu, pentafsiran bahan-bahan sejarah hendaklah merangkumi

perspektif tertentu yang dapat mengarah kepada perpaduan dan integrasi nasional, di

mana setiap pelajar dapat menerima, memahami, mengiktiraf dan menghargai

keberadaan, kebudayaan, keterlibatan dan sumbangan kaum-kaum lain dalam agenda

pembangunan negara dan pembentukan bangsa Malaysia. Ini penting kerana para pelajar

di IPGM merupakan calon guru dan golongan yang paling sesuai memupuk semangat

patriotisme perpaduan dalam kalangan dengan generasi muda (Ahmad Ali Seman,

2011). Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, maka Islam

bukan setakat sebuah agama, ia dapat menjadi panduan kepada para pendidik untuk

mentafsir sebuah sistem masyarakat yang sesuai sepanjang zaman, sesuai dengan sifatnya

sebagai agama wahyu yang disampaikan melalui para Rasulnya. Dalam isu pendidikan

multikultural (kepelbagaian budaya) dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini,

Page 3: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

3

pemahaman tentang pendidikan multikultural boleh menggunakan prinsip-prinsip asas

yang berkaitan dengan isu kepelbagaian budaya seperti yang telah termaktub dalam

prinsip asas keadilan dan persefahaman yang dianjurkan agama Islam.

Berasaskan teori multikultural (kepelbagaian budaya) terdapat tiga perspektif

utama yang bersesuaian bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Hubungan Etnik untuk memupuk perpaduan dan pembentukan integrasi nasional.

Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya) melihat dari perspektif sejarah budaya

yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang unsur kepelbagaian budaya yang

wujud di negara kita Malaysia. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak

diwujudkan dalam diri pelajar ialah, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan

sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami

kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang

wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur

perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini,

persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. Menurut Fatimah

Daud (1984) persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui,

memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain. Selain daripada itu, melalui

persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang

terbuka dan tidak menimbulkan konflik.

Kedua, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik

yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara

hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi. Dengan pemahaman ini

tidak timbul prasangka, prejudis dan perasaan negatif terhadap kaum lain, setiap kaum

Page 4: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

4

akan lebih bersedia untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain sebagai

warganegara sebuah negara dan satu bangsa. Zakiah Hanum (1989) berpendapat setiap

kaum hendaklah mengetahui kedudukan dan peranan mereka, menerima kontrak sosial

yang telah dipersetujui bersama bagi mengelakkan konflik perkauman dan yang paling

penting sentiasa mengamalkan tolak ansur dalam hubungan antara kaum. Shamsul Amri

(2007) sendiri menegaskan kepentingan setiap kaum untuk mengenali perbezaan dan

mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah

kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada

berintegrasi membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia. Melalui

perspektif ini, asas-asas pembentukan negara bangsa melalui Falsafah Rukun Negara dan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diberikan kefahaman secara menyeluruh. Melalui cara

ini, siswa IPGM mengenal dan menghayati simbol-simbol dan lambang-lambang negara

serta memahami proses integrasi budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia sesuai

dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Umpamanya siswa IPGM menjadi begitu sensitif

dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan secara perundingan yang telah

melibatkan ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu sehingga wujud dalam diri siswa semangat

jati diri yang tinggi dan cintakan negara sehingga sanggup berkorban untuk memastikan

negara tidak dijajah buat kali kedua. Pengalaman yang melibatkan unsur emosi, afektif

dan kognitif inilah yang cuba diketengahkan dalam pendidikan multikultural

(kepelbagaian budaya) melalui mata pelajaran Hubungan Etnik di IPGM.

Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian budaya) dalam Mata pelajaran

Hubungan Etnik dari Perspektif Islam

Page 5: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

5

Hubungan etnik merujuk kepada interaksi antara etnik-etnik yang berbeza atau

interaksi dalam kumpulan etnik yang sama. Isu hubungan etnik di Malaysia telah menjadi

isu yang sering kali mendapat perhatian dalam merancang dasar pembangunan negara

sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Untuk mengeratkan hubungan etnik di

Malaysia, kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai alat perpaduan bangsa.

Perpaduan bangsa telah menjadi asas dalam perancangan pendidikan negara kita seperti

yang terdapat dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Bahasa Kebangsaan

dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam hal ini, pemupukan perpaduan ke arah

integrasi nasional diharap dapat dicapai untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan

dalam kalangan etnik di Malaysia. Oleh itu, pendidikan multikultural dalam mata

pelajaran Hubungan Etnik boleh menjadi wadah yang dipercayai untuk mencapai

matlamat tersebut (Ahmad Ali bin Seman, 2009).

Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam

sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986)

berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang

meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan

memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka

(1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat

yang memberi tumpuan kepada : (1) memahami fenomena perubahan setiap masyarakat

secara universal (perspektif universal), (2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap

etnik (perspektif etnik) dan (3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan

budaya mereka (perspektif budaya).

Page 6: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

6

Perlu disedari bahawa, kepelbagaian budaya di Malaysia adalah bersesuaian

dengan prinsip Islam dalam isu etnisiti. Dalam hal ini Islam mengiktiraf kemuliaan setiap

manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak

berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan

manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza

dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai

satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu

bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Saling faham memahami, kenal-

mengenal, menghormati, bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain agar

kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah

SWT dan bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari

lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa

dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra

antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi

Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih

keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah al-Hujurat 49: 13

Dalam mata pelajaran Hubungan Etnik konsep-konsep yang boleh mewujudkan

timbulnya semangat perkauman kesan daripada sentimen prejudis, rasisme, prasangka,

etnosentrisme dan pelbagai konsep sosiologi telah diterangkan. Dalam hal ini, Islam juga

menganjurkan agar menghormati peribadi orang lain dan melarang mencemuh, mengutuk

atau memanggil dengan panggilan yang tidak disukai terhadap orang lain. Justeru, setiap

orang perlu memelihara dan menghormati kehormatan peribadi dan kehormatan antara

warga masyarakat tanpa mengira agama seperti yang ditekankan dalam Surah al-Hujurat

yang bermaksud:

Page 7: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

7

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari

kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang

lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan

mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,

(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban

setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-

memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang

buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang

melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan

nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah),

sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka

merekalah orang-orang yang zalim.

Surah al-Hujurat 49: 11

Daripada maksud ayat tersebut dapat dibuat rumusan bahawa kewujudan pelbagai etnik,

bangsa dan suku kaum adalah satu realiti yang memang perlu disedari yang diadakan

oleh Allah swt, malah manusia telah diberi peringatan untuk tidak melakukan kejahatan.

Kesimpulannya, dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan kaum itu

sangat-sangat dikehendaki untuk saling menghormati antara satu sama lain dan hak orang

lain, pemahaman terhadap bangsa atau kelompok atau etnik lain sangat perlu agar dapat

melahirkan suasana yang aman antara kelompok-kelompok atau bangsa-bangsa tersebut.

Ghazali Basri (1991) menegaskan sikap asabiyyah itu diharuskan sehingga ia tidak

membawa kepada fahaman kesukuan melampau atau faham kebangsaan sempit sehingga

boleh membawa kepada persengketaan.

Menurut Nazri Muslim et al (2011), sikap atau perasaan asabiah sering

disalahtafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat dan bekerjasama di atas landasan

bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami sebagai semangat

perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang sangat

mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup

Page 8: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

8

berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Di sini kemenangan yang

penting, bukannya kebenaran. Mereka membela kaum sendiri walaupun perbuatan

tersebut membawa ketidakadilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan menjadi masalah

dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti kepada Islam

dan disertai dengan kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam (Yusuf,

1996: 24). Menurut Fathi (1997: 121), asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara

sehingga menghasilkan kepelbagaian manusia ini adalah satu keunikan dan

keistimewaan yang patut dihayati bagi merangsang serta menggalakkan berlakunya

interaksi, kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.

Manusia secara keseluruhannya tanpa mengira batas tempat dan masa adalah sama di sisi

Islam dalam konteks kemanusiaan dan harga diri lantaran di pandang satu di sisi Allah

meskipun berbeza sifat fizikal dan budaya. Begitu juga perbezaan agama di kalangan

manusia adalah berlaku dengan kehendak Allah yang memberi kebebasan kepada

makhluknya untuk membuat pilihan sama ada untuk beriman atau tidak. Dalam

pendidikan multikultural, konsep-konsep ini diterapkan melalui aktiviti yang terancang

dan tidak jumud hanya di dalam kelas sahaja. Haydin et. al. (1997) berpendapat untuk

menguruskan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah matlamat yang diinginkan, faktor

kepelbagaian kaedah menjadi indikator utama kejayaannya. Oleh itu melalui mata

pelajaran Hubungan Etnik, pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh

membawa mereka lebih memahami maksud kepelbagaian budaya dan kaum. Sewajarnya

mata pelajaran Hubungan Etnik ini diajar pada semester ke-2 yang mana ia mendekatkan

diri mereka ke arah suasana kemerdekaan, aktiviti menyelongkar budaya etnik dengan

Page 9: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

9

mengadakan temu bual dan kajian ke tempat-tempat terpilih akan menjadikan mata

pelajaran Hubungan Etnik berbeza dengan mata pelajaran Sejarah.

Inilah yang telah ditekankan oleh Banks (2001) yang menyatakan kepelbagaian

budaya merupakan konsep atau idea berkaitan kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan

terhadap keberagaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang

mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa.

Pendidikan kepelbagaian budaya bertujuan untuk: (1) membangunkan kefahaman tentang

budaya kaum lain, (2) Membentuk sikap terhadap kebudayaan dan kepelbagaian bangsa

dan (3) Merupakan proses mempelajari pengalaman baru tentang nilai-nilai dan budaya

orang lain. Pendidikan multikultural melalui mengikut pandangan Banks bukan sahaja

dapat menepati kehendak yang terpancar dalam Surah Hujarat tetapi juga dapat mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan multicultural juga bersesuaian dengan

konsep Islam dalam isu etnisiti, menurut Yusuf (1989: 4), Islam sentiasa menjalinkan

perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang kemas dan padu

merangkumi sifat toleransi, keadilan, amal kebajikan dan belas kasihan yang belum

pernah ditemui oleh sejarah kemanusiaan sebelum Islam. Maka, penganut Islam dituntut

berbuat amal kebajikan dan melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia biarpun

orang itu terdiri daripada orang bukan Islam selama mereka tidak menentang Islam.

Namun, yang menjadi kepada konflik antara manusia yang berlainan agama dan etnik

apabila manusia itu dikalahkan oleh hawa nafsu, perasaan fanatik, fikiran yang sempit

dan mementingkan diri sendiri. Nyatalah melalui mata pelajaran pendidikan multicultural

dalam Hubungan Etnik, konflik antara kaum dapat diatasi. Malah dapat meningkatkan

kefahaman terhadap kaum lain.

Page 10: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

10

Nyatalah di sini bahawa istilah kepelbagaian budaya (multy cultural), seperti

yang dinyatakan oleh Will Kymlieka (2002), merupakan fahaman atau idea berkaitan

penghargaan dan keadilan setiap etnik minoriti berhubung hak-hak universal bagi diri

dan komunitinya yang bersifat kesatuan untuk menonjolkan identiti budaya

masyarakatnya. Stavenhagen (1986) juga menegaskan konsep multikultural adalah realiti

sosial dalam kumpulan masyarakat yang heterogen iaitu perlu satu keyakinan, fahaman,

sikap atau pertimbangan untuk menghargai kemajmukan etnik dan budaya dalam

sesebuah negara untuk terus dipelihara perlu ditekankan dan dikembangkan dalam mata

pelajaran Hubungan Etnik. Dalam hal ini, kenyataan Blum (2001) menyokong pendapat

tersebut dengan menyatakan :

Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian

terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan

bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana

anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka.

Jadi jelas kepada kita kepelbagaian budaya merujuk akan dua kata tugas utama iaitu

perbezaan dan penghargaan. Oleh sebab itu pendekatan kepelbagaian budaya bukan

melihat kepada rasa kepunyaan tetapi lebih kepada pemahaman, kesedaran untuk

menghargai apa juga realiti yang wujud dalam konteks masyarakat yang majmuk dan

plural sifatnya bersesuaian dengan Islam, menurut Muhammad (1987: 273) yang

merupakan seorang pakar perundangan Islam telah menggambarkan perhubungan

masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan bukan Islam ditegakkan di

atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, lemah-lembut, permesyuaratan, kepentingan

bersama dan tolong-menolong serta mencegah dari keburukan yang boleh

menghancurkan masyarakat. Sifat-sifat ini dapat menjalinkan perpaduan di kalangan

Page 11: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

11

pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan. Menurut Blum (2001)

tiga sub nilai dalam pendekatan kepelbagaian budaya yang perlu difahami iaitu:

(1) menegaskan identiti budaya yang diterimanya;

(2) memahami dan belajar kebudayaan etknik-etnik lain; serta

(3) menilai dan menerima perbezaan budaya yang wujud tanpa rasa sangsi.

Dalam erti kata lain wujudnya kepelbagaian budaya tidak bermakna sesuatu kumpulan itu

telah hilang identiti budayanya, sebaliknya kepelbagaian itu merupakan kebaikan positif

untuk dihargai dan dikembangkan. Dalam multikulturalisme, terdapat dua perkataan yang

perlu diberi perhatian iaitu perbezaan dan penghargaan yang selama ini sering

dibincangakan dalam perdebatan pendidikan multikulturalism. Kerana itu dalam

pendekatan multikulturalisme, pemilikan memberi maksud memiliki atau dimiliki budaya

tertentu, tetapi berlandaskan pada kesedaran untuk menghargai dan menghormati yang

berasaskan semangat toleransi dan pakatan murni antara kaum terhadap rumusan-

rumusan berdasarkan realiti keperluan masyarakat yang sedia ada. Keanekaragaman

budaya bukan faktor penentu pemecah-belah bangsa, melainkan diharapkan mampu

menjadi “rencah kehidupan” bagi mengikat kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Nazaruddin Mohd Jali (2001) mengamati perubahan budaya dalam kalangan

masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih

(cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi.

Seterusnya, kepelbagaian budaya mengikut pendapat Aziz Deraman (1994) merujuk

kepada satu bentuk penerimaan, mempertemukan persamaan, menghargai keunikan dan

mewujudkan persefahaman bersama tentang budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia

telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) adalah

Page 12: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

12

tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya

turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu :

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima

3. Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK

Dalam Perlembagaan Malaysia telah termaktub dengan jelas larangan

membicarakan sebarang isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein

Ali, 1990). Oleh sebab itulah, satu formula bagi mengelakkan hal ini berlaku ialah perlu

didedahkan dengan pendidikan multikultural agar dapat pelajar memahami, menerima

kepelbagaian, menghargai keunikan, mengakui realiti hubungan dan dalam masa yang

sama memupuk perpaduan dan membuang jauh prasangka perkauman. Bakal guru

hendaklah mengetahui dan memahami kepelbagaian budaya ketika menerapkan elemen

perpaduan dalam pengajaran. Penjelasan dan aktiviti yang hendak dilaksanakan haruslah

memberi pertimbangan kepada unsur aplikasi nilai kepelbagaian budaya dan perkaitannya

dengan kehidupan realiti pelajar di tengah masyarakat.

Anderson (1983) menegaskan unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran perlu

diberikan perhatian dengan menonjolkan konsep sejarah budaya, sejarah etnik dan

sejarah bangsa yang mempunyai kaitan dengan kehidupan masa kini kerana ketiga-

tiganya memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat. Menanggapi persoalan ini,

Ahmad Ali Seman (2009) sendiri menegaskan keupayaan membina bangsa Malaysia

yang bersatu padu dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada

pendidikan di sekolah, institusi pendidikan perguruan dan pra sekolah secara amnya serta

pelaksanaan kurikulum kepelbagaian budaya dalam sejarah secara khususnya. Oleh sebab

Page 13: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

13

itu, kegagalan guru memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai

berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.

Pemikiran Dadang Supardan (2004) pula menyatakan perspektif pengajaran

kepelbagaian budaya amat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran sejarah ( diperingkat

IPG adalah mata pelajaran Hubungan Etnik) untuk membentuk Integrasi Nasional dalam

kalangan pelajar pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Perkara ini disokong

oleh Mansor Mohd Nor (2006) iaitu pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya

sebenarnya mampu membentuk sosialisasi dalam kalangan pelajar ke arah integrasi

nasional. Ramai tokoh akademik seperti Syed Hussein al-Attas (1982); Syed Hussein Ali

(1990); dan Shamsul Amri Baharuddin. (2007) menegaskan peri pentingnya menerapkan

pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya dan identiti kebangsaan dalam pengajaran di

sekolah tetapi sehingga kini kurang dilaksanakan secara berkesan. Berasaskan pengajaran

dan pembelajaran kepelbagaian budaya dengan menggunakan kaedah yang lebih inovasi

berorientasikan pelajar bagi menentukan keberkesanan ke arah pembentukan integrasi

nasional, pengajaran kepelbagaian budaya dalam subjek tersebut dapat menjadi satu

model alternatif pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam membentuk Integrasi

Nasional dan melahirkan satu bangsa Malaysia melalui guru-guru yang dilatih oleh IPG.

Isu dan masalah hubungan antara etnik ketara berlaku dalam kalangan negara

membangun yang belum melepaskan diri daripada pengaruh tradisi dan adat resam

berbanding negara-negara maju yang lebih terbuka, sebab itulah institusi pendidikan guru

seharusnya berfungsi sebagai agen penyatuan melalui kurikulum yang berlandaskan nilai-

nilai perpaduan. Jelaslah, perkembangan globalisasi telah mengubah persepsi pelajar

tentang hubungan kaum, polarisasi boleh dikurangkan dan persefahaman dapat

Page 14: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

14

diwujudkan melalui kebijaksanaan guru mengelola situasi belajar dan menyediakan

aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai-nilai perpaduan. Menurut Ahmad Ali

Seman (2009), etnik minoriti dalam sesebuah negara tidak boleh diketepikan dalam

program pendidikan, oleh sebab itu kurikulum yang digunapakai seharusnya

menggunakan elemen-elemen tempatan dan nasional menurut perspektif yang

menyeluruh, supaya menjadi model yang dapat digunakan untuk membentuk

keperibadian nasional.

Usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum terus

digerakkan secara konsisten, terutama setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei yang

mengingatkan kita betapa hubungan antara kaum adalah tonggak utama kestabilan dan

kemajuan Negara, tanpa sikap prejudis dan anti rasis. Kesedaran yang hendak diterapkan

dalam pemikiran rakyat berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : (1) menerima dan

menghargai identiti setiap kaum, (2) menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai,

adat resam dan cara hidup), (3) menghargai keunikan budaya dan (5) mempunyai

kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama dan (6) bersekutu memajukan

bangsa.

Semua elemen ini adalah cerminan daripada pengamalan prinsip-prinsip Rukun

Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dimuktamadkan ketika Kongres

Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1980. Unsur kekuatan bagi Negara Malaysia ialah

keutuhan hubungan antara kaum dengan satu kesedaran bahawa kepincangan hubungan

atau kewujudan jurang yang melebar akan memberi implikasi yang besar kepada isu-isu

perpaduan dan penyatuan bangsa. Manzo (2004), mengakui peranan pendidikan sejarah

sebagai alat yang berupaya membentuk generasi menyayangi pemimpin-pemimpin

Page 15: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

15

Negara, menghayati sejarah bangsa dan membentuk intergrasi kaum yang kukuh dan

mantap.

Dalam hal ini, bagi pelajar di IPGM sewajarnya bakal guru juga dilibatkan dengan

aktiviti yang menyerupai upacara yang akan berlaku di sekolah agar mereka juga

memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan

upacara tersebut sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah kelak.

Khoo Kay Kim (1997) menyatakan, tradisi nilai budaya, kepercayaan dan peralatannya

dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan, pengiktirafan dan

penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia walau di mana sahaja murid

berada. Berdasarkan kepada pengetahuan akan menjadi lebih mantap dan kukuh

sekiranya amalan menjadi pengalaman yang dilakukan setiap hari.

Menurut Awang Had Salleh (1980), Abdul Rahim Abdul Rashid, (1997) dan

Banks (1994), institusi pendidikan merupakan platform yang amat bersesuaian untuk

menjayakan matlamat perpaduan, kerana sekolah berupaya menjadi agen perwarisan nilai

dan kebudayaan disebabkan unsur keberagaman murid dan kepelbagaian yang wujud.

Pendapat ini memang wajar kerana institusi sekolah merupakan badan yang dekat dengan

masyarakat dan permulaan bagi kanak-kanak dan remaja membina karakter dan

memahami kepelbagaian. Omar Mohd Hashim (1992) menyokong hujah ini dengan

mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan prasangka baik terhadap orang lain

dan secara tidak langsung menggalakkan mereka menghormati perbezaan dan mencari

persamaan, agar tidak timbul konflik dan pertelingkahan. Hal ini selaras dengan

pandangan Anderson (1983) bahawa unsur kepelbagaian budaya perlu diberikan

Page 16: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

16

perhatian menurut konteks budaya, etnik dan kebangsaan kerana pengaruh besarnya

terhadap pembangunan negara dan pembentukan bangsa.

Malahan Lomas (1990) berpendapat pembelajaran sejarah sosial akan mudah

dihayati dan dipelajari jika latar belakang budaya, etnik dan nilai-nilai bangsa

diperincikan ketika pengajaran Hubungan Etnik. Berasaskan pandangan-pandangan ini,

pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik tidak boleh lagi berfokus kepada sistem

politik, sejarah negara, sejarah pembangunan negara semata-mata sebaliknya,

perbincangan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu mengarah dan melihat aspek

sosial kemasyarakatan kerana isu-isu yang berkaitan masyarakat adalah sesuai dengan

konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan menjadikan bahan pelajaran Hubungan

Etnik lebih dekat dengan pelajar.

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya

dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati

kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein

Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional

sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya,

interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan

dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan

wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia. Pengajaran dan

kaedah memang tidak dapat dipisahkan kerana jika bahan yang baik disediakan tetapi

kaedah yang diterapkan tidak proaktif dan hambar, pengajaran tidak akan berlangsung

dengan jayanya.

Page 17: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

17

Pada masa kini, mata pelajaran Hubungan Etnik yang diajar di IPGM

menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan persekitaran yang berlaku

melibatkan ledakan teknologi maklumat dan persepsi pelajar yang menganggap mata

pelajaran Hubungan Etnik adalah sama seperti mata pelajaran pelajaran Sejarah yang

bersifat statik, lapuk, stereotaip dan tidak menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum serta

lebih bersifat malay centris. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat industri yang

mementingkan keperluan tenaga kerja di bidang teknikal, mata pelajaran Hubungan Etnik

seringkali diabaikan dan tidak diberikan perhatian malah dipandang mudah oleh pelajar.

Inilah antara sebab kenapa pelajar bukan Melayu tidak berminat dengan mata pelajaran

Hubungan Etnik kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini sama dengan tajuk-tajuk

yang terpaksa mereka ulangi ketika berada di sekolah menengah dahulu.

Rata-rata pelajar yang ditemu bual tidak gemar dengan mata pelajaran Sejarah,

malah ada yang langsung tidak dapat mengingati fakta-fakta dalam Sejarah. Menyedari

akan hakikat inilah, pendekatan pengajaran Hubungan Etnik perlu diberi nafas baru iaitu

dengan menonjolkan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif Sejarah budaya,

Sejarah etnik dan Sejarah kebangsaan diketengahkan, bagi menjadikan mata pelajaran

Hubungan Etnik dan bahan pelajarannya lebih dekat dengan kehidupan pelajar pelbagai

kaum, bukan hanya memberi tumpuan kepada kehidupan masyarakat Melayu dan

perjuangan mereka sahaja, tetapi turut memberi tempat kepada kehidupan budaya,

keistimewaan kaum-kaum lain dan pemikiran kaum-kaum lain di negara ini yang lebih

membuka ruang ke arah elemen perpaduan dan membentuk persefahaman tentang situasi

masyarakat majmuk di negara ini.

Page 18: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

18

Senario pengajaran Sejarah di sekolah seolah-olah gagal untuk melengkapkan

pelajar dengan unsur jati diri seperti matlamat Pendidikan Sejarah. Syed Hussein Ali

(1990) telah lama menekankan kepentingan mewujudkan lambang-lambang identiti

kebangsaan (negara) agar mudah dikenal dan sekaligus menyatupadukan rakyat

Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas 53 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia,

khasnya dalam kalangan pelajar yang masih gagal mengenal identiti kebangsaan dan

simbol kebangsaan. Lee (2002) mengakui kurikulum Sejarah adalah saluran yang tepat

untuk membicarakan tentang transformasi sosial masyarakat di Malaysia dan

pembentukan identiti seragam. Keupayaan membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada pendidikan di sekolah secara

amnya dan pelaksanaan kurikulum sejarah secara khususnya. Oleh sebab itu, kegagalan

guru Sejarah memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan

akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.

Mimpi buruk ini seolah-olah diulang semula apabila pemerhatian dibuat di IPG

KPI mendapati bahawa ramai pelajar merasa tertekan ketika pertama kali diperkenalkan

dengan mata pelajaran Hubungan Etnik pada peringkat awal kerana tajuk dalam mata

pelajaran tersebut yang mengarah ke arah zaman penjajahan British, zaman Kesultanan

Melayu Melaka. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik memaksa

mereka untuk belajar semula sejarah, malahan mereka juga masih lagi tidak lupa dengan

gaya pengajaran guru yang hanya menggunakan buku teks untuk mengajar sejarah, chalk

and talk dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, pensyarah yang telah bersiap

siaga menghadapi pelajar, telah menyediakan aktiviti yang boleh merangsang pemikiran

dan minat pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan aktiviti

Page 19: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

19

yang melibatkan program-program ke luar daripada bilik darjah seperti Program Laluan

Etnik ke sebuah perkampungan Orang Asli di Hulu Tamu Hulu Yam Selangor. Program

ini bukan sahaja telah menaikkan semangat dan motivasi pelajar pelajar malah telah

berjaya mengubah persepsi pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Hubungan Etnik yang keluar daripada ruang lingkup pengajaran.

Ternyata Program Laluan Etnik yang mematangkan pelajar dengan realiti masyarakat

dan budaya Orang Asli Temuan yang sebenar. Situasi yang tidak pernah dikecapi ketika

berada di bangku sekolah dan ini benar-benar telah memberi kesedaran dan pemahaman

yang tinggi kepada para pelajar tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.

Keupayaan pelajar untuk menerima, memahami dan menghargai perbezaan yang

wujud antara kaum dalam konteks budaya, dapat dilihat lebih baik dan berjaya

membentuk persefahaman yang baik tentang cara hidup dan keberagaman yang wujud

dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima perbezaan bererti mengakui

setiap kaum mempunyai keunikan dan keistimewaan. Sanusi Osman (1989) menganggap

kerapuhan dalam membentuk persefahaman antara etnik boleh diatasi jika setiap daripada

kaum tidak melihat perbezaan sebagai satu halangan dan berusaha memahami antara satu

sama lain. Peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar ke arah memahami kepelbagaian

dan keberagaman antara kaum melalui pengajaran kepelbagaian budaya membuktikan

bahawa inovasi yang dilaksanakan melalui perspektif Sejarah Budaya yang menerapkan

tentang warisan budaya masyarakat seperti cara hidup, adat resam dan kepercayaan serta

keunikan dan keistimewaan setiap kaum telah membentuk kesedaran dan persefahaman

yang baik dalam diri pelajar.

Page 20: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

20

Pelajar-pelajar menunjukkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara

hidup, adat resam dan budaya kaum lain berdasarkan pandangan, idea dan pemikiran

yang diluahkan melalui tugasan dan aktiviti pembelajaran. Pelajar juga dapat bergaul

dengan baik tanpa sebarang prasangka antara kaum. Hal ini dibuktikan berdasarkan

pemerhatian yang dilaksanakan di mana pergaulan yang wujud antara kaum dalam

melaksanakan aktiviti adalah memberangsangkan dan amat baik. Majoriti pelajar juga

mengakui dapat bekerjasama dengan kaum-kaum lain, biarpun berlainan budaya malah

terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar mengetahui dan ingin mendalami budaya

kaum lain. Setidak-tidaknya pengetahuan dan kefahaman mereka tentang budaya kaum

lain ini telah mengubah persepsi mereka dan membentuk sikap yang lebih positif

terhadap unsur kepelbagaian budaya.

Peningkatan positif dapat dilihat dari segi sikap dan pemikiran pelajar tentang

aspek demografi etnik berkaitan asal usul dan latar belakang mereka, termasuklah

berkaitan cara hidup, amalan kepercayaan dan adat resam mereka. Budaya Malaysia

yang merujuk kepada budaya etnik dapat diterima oleh pelajar kerana realiti yang dilihat

oleh mereka setiap hari telah menghakis sebarang prasangka malah dapat berkongsi cita

rasa dan menjunjung tinggi nilai-nilai muhibah yang diakui antara faktor utama keunikan

budaya bangsa Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa peranan dan sumbangan

mata pelajaran boleh diperluaskan jika strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang

digunakan menyokong kegiatan pembelajaran dan menepati ciri-ciri pengajaran yang

dikehendaki oleh pelajar. Cara pensyarah mentafsir bahan, membuat ulasan dan

mengaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku baik di dalam atau di luar negara tentang

perpaduan juga dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan sikap

Page 21: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

21

tolak ansur antara kaum dalam pelbagai aspek, tambahan pula Malaysia memang terkenal

sebagai salah sebuah negara yang mempunyai nilai perpaduan yang tinggi.

Sesuai dengan saranan oleh Cheah Boon Kheng (2002) yang menyatakan bahawa

semua kaum perlu diberikan peranan dan usaha mereka perlu diberikan pengiktirafan,

barulah toleransi dapat wujud secara harmoni dan tanpa paksaan semuanya ini bermula di

peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar dan generasi muda masa kini tidak mengambil

endah dan tidak memberi perhatian terhadap ciri-ciri identiti kebangsaan, sedangkan

dalam membentuk dan mewujudkan perpaduan, pengetahuan, pemahaman dan

penghayatan terhadap nilai-nilai kebangsaan dan identiti sepunya ini amatlah penting

seperti pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Kebudayaan Kebangsaan,

Perlembagaan Negara, logo dan jata Negara, lagu Negara ku, Jalur Gemilang dan

pelbagai lagi simbol dan lambang yang lain. Malahan identiti sepunya ini tidak terhad

kepada lambang-lambang negara tetapi juga lambang-lambang budaya yang telah

diterima umum seperti pakaian setiap kaum, makanan setiap kaum, perayaan setiap

kaum, kebudayaan kaum dan permainan setiap kaum. Semuanya ini perlu diterima,

dihargai dan menjadi satu unsur keunikan bagi negara kita Malaysia. Jika ada usaha,

kaum lain yang berminat mempelajari adat resam dan budaya kaum lain melalui kajian

ilmiah, hal ini merupakan sumbangan besar yang perlu diiktiraf dan diperkembangkan.

Sikap dan semangat untuk berintegrasi akan wujud jika seseorang telah mempunyai

kefahaman dan nilai persefahaman tentang budaya kaum-kaum lain, sedia bertolak ansur

dengan kaum-kaum lain yang turut memberi sumbangan dan usaha ke arah pembangunan

negara serta memahami dan menghayati lambang-lambang identiti kebangsaan yang

melibatkan lambang negara atau lambang kebudayaan.

Page 22: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

22

Sanusi Osman (1985) mengakui hanya melalui pelajaran tentang etnik dan

budaya, integrasi nasional dapat dibentuk dan dikembangkan. Dalam situasi masyarakat

heterogen pada hari ini, isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum perlu

diketengahkan secara bijaksana, agar pelajar mendapat kefahaman yang mendalam,

melalui pemikiran sebenar yang telah dipupuk sejak sekolah, pelajar akan meningkat

dewasa dan kembali kepada masyarakat dengan pemahaman sejarah yang sebenar. Hal

ini akan mempengaruhi cara dan bentuk tindakannya pada masa akan datang. Mereka

memahami sejarah dan bertindak dengan cara yang lebih rasional. Konflik antara kaum

yang pernah dialami dan berlaku di negara kita dapat dijadikan satu pengajaran termasuk

juga memberikan contoh-contoh pergolakan yang berlaku di luar negara, agar pelajar

menghargai nikmat perpaduan dan sedia berkongsi dengan kaum lain satu identiti yang

sama, sebagaimana saranan gagasan 1 Malaysia, menjadi satu bangsa yang harmoni

dalam unsur kepelbagaian dan kemajmukan.

Oleh kerana elemen perpaduan bersangkutan dengan perasaan, ekspresi,

imaginasi, pengalaman empatik dan pengetahuan sedia ada, idea sejarah boleh

dikembangkan juga melalui potensi bakat pelajar berasaskan keingintahuannya tentang

tajuk pelajaran (Abdul Rahim Rashid, 1999) misalnya ketika membahaskan aspek

kebudayaan antara etnik, pelajar perlu diberikan kebebasan untuk memperlihatkan

kefahaman mereka melalui aktiviti emosi dan unsur-unsur imaginatif seperti

mendeklamasikan sajak tentang budaya masyarakat, bercerita, berdialog, berdrama dan

melagukannya dalam bentuk koir, boria atau syair. Pengajaran Hubungan Etnik akan

menjadi lebih pelbagai dan ada gabungjalin dengan aspek bahasa serta unsur sastera.

Page 23: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

23

Mansor Mohd Nor (1998) menyatakan bahawa kaum Cina tegar dengan prinsip

yang dipegang oleh mereka berbanding kaum lain. Selain daripada itu terdapat perbezaan

yang signifikan toleransi kaum bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

berdasarkan etnik. Ini menunjukkan perubahan sikap ke arah kerjasama antara kaum

diperlihatkan oleh pelajar-pelajar kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini

menunjukkan dengan jelas kaedah yang digunakan dalam pengajaran terhadap kumpulan

rawatan adalah berkesan. Sebenarnya kesediaan kaum lain untuk menerima dan

mengiktiraf identiti kebangsaan seperti Lagu Kebangsaan, Falsafah Negara, Bunga

Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain masih pada tahap yang belum memuaskan

melainkan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana pengaruh persekitaran dan realitinya

masyarakat tidak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda tentang aspek-

aspek tersebut, malahan bahasa kebangsaan terus dipinggirkan dalam masyarakat

perniagaan dan ekonomi, malahan perlakuan masyarakat sendiri tidak menggambarkan

kefahaman mereka tentang ciri-ciri identiti kebangsaan tersebut..

Mohd Taib Osman (1969), mengamati perubahan budaya dalam kalangan

masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih

(cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi. Jadi

persefahaman, toleransi dan identiti kebangsaan adalah acuan yang perlu ada sebelum

nilai-nilai integrasi dapat diperkukuhkan. Sebab itulah dalam Perlembagaan Malaysia,

telah termaktub dengan jelas larangan membicarakan sebarang isu sensitif berkaitan

unsur kebudayaan setiap kaum kerana boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein Ali,

1990). Hal ini demikian, kerana aspek persefahaman budaya adalah yang paling

menyumbang ke arah proses integrasi itu sendiri.

Page 24: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

24

Hasil temu bual yang dijalankan dengan pensyarah dan pelajar, mereka

memberikan respons yang positif tentang interaksi yang berlaku dalam kelas Hubungan

Etnik setelah menggunakan pengajaran berteraskan perspektif kepelbagaian budaya,

malahan pelajar-pelajar menyatakan keseronokan mereka melibatkan diri dalam aktiviti

yang dikelolakan oleh pensyarah kerana menerapkan pelbagai kaedah yang menarik dan

memudahkan mesej di dalam topik Mata Pelajaran Hubungan Etnik untuk difahami

seperti apa yang telah dialami melalui Program Laluan Etnik.

Rumusan dan cadangan Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam

Mata Pelajaran Hubungan Etnik di IPG

Pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan kepelbagaian budaya ternyata

bersesuaian dengan prinsip asas Islam, malah mempunyai tujuan yang murni untuk

melahirkan generasi pelajar dan pewaris masa depan negara yang mempunyai pola fikir

dan persepsi terbuka, iaitu :

... memahami, menerima dan berupaya menilai kebudayaan bangsa sendiri

dan memahami, menerima dan menilai kebudayaan bangsa lain untuk

mewujudkan pemikiran yang konstruktif dan membina dan melihat cara

bangsa lain mengekpresikan pemikiran dan cara hidup berdasarkan budaya

bangsa itu (Blum, 2001)

Sebagai sebuah negara beragama rasmi Islam, unsur kepelbagaian budaya Malaysia telah

diterima oleh semua, malah gabungan budaya beberapa kaum telah memperkayakan

khazanah budaya bangsa melalui proses asimilasi dan adaptasi aspek-aspek tertentu

budaya pelbagai bangsa yang menjadi anggota dalam sebuah negara. Dalam konteks

Malaysia kepelbagaian budaya masyarakat Melayu (berserta nilai kedaerahannya) dengan

budaya kaum India, China, Siam dan Orang Asli telah diterima sebagai budaya

Page 25: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

25

kebangsaan dan membentuk sikap, cara pandang, amalan sosial dan kebijaksanaan

kerajaan. Terdapat beberapa alasan, mengapa kita harus menerima kebenaran dan

keharusan multikulturalisme. Dapat dianalogikan, jika di Malaysia dapat dikaji

bagaimana sejarah kontribusi perjuangan kaum Melayu, Cina, dan India terhadap

perjuangan bangsa khususnya zaman kolonial British mahupun Jepun. Para pendukung

multikulturalisme (Barat) dalam menanggapi terhadap contoh pernyataan serupa itu, pada

umumnya sangat setuju atas pelajaran seperti itu (Pendidikan Multikultural dalam

Hubungan Etnik) diajarkan di sekolah-sekolah (Saunders, 1982: 121-122).

Secara keseluruhannya bangsa Malaysia yang plural memiliki banyak potensi

untuk memupuk pendidikan multikulturalism. Saat ini multikulturalisme telah diangkat

sebagai suatu keyakinan, ideologi, sikap, maupun kebijakan yang menghargai pluralisme

etnik dan budayanya sebagai sesuatu yang berharga, berpotensi, yang harus dipelihara

dan dikembangkan. Perlu diketahui bahawa dalam masyarakat majmuk (plural society),

terdapat dua tradisi dalam sejarah pemikiran sosial.

Multikulturalisme sebagai praktik sosial dan kebijakan pemerintah, dewasa ini

telah diterima di banyak negara sebagai sesuatu yang penting. Pendidikan Multikultural

menjadi semacam ideologi dalam pengembangan kebudayaan serta upaya menciptakan

masyarakat yang sehat. Potensi multikulturalisme juga dapat dikatakan sebagai upaya

memberikan kebebasan berekspresi dalam kehidupan demokrasi. Dworkin (2001: 68) dan

Kymlicka (2002: 50-51) berpendapat, bahawa jika ditinjau dari aspek hak-hak asasi

manusia maka multkulturalisme di samping melindungi hak-hak individu, mencakup hak-

hak kolektif ataupun budaya komuniti. Howard (2000: 315) dan Gould (1993: 69-70)

berkeyakinan bahawa dalam multikulturalisme mencakup apa yang disebut demokrasi

Page 26: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

26

sosial, iaitu suatu jenis liberalisme tersendiri yang menjadi jurang antara hak-hak

individu dengan komuniti.

Demokrasi sosial secara politik memberikan dan melindungi seluruh hak asasi

manusia. Pandangan demikian ini agak berbeza dengan definisi yang sering dijadikan

aras tentang demokrasi sosial sebagai “suatu etos dan cara hidup yang dicirikan oleh

penghapusan perbedaan-perbedaan status secara umum” (Sartori, 1968: 113). Howard

(2000: 316), lebih jauh menjelaskan bahwa dalam demokrasi sosial tidak mensyaratkan

adanya penghapusan perbezaan ekonomi secara radikal. Sebab penghapusan itu

menghalangi inisiatif yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi pada tingkat kolektif dan

individu, bahkan mampu mengakibatkan aras kehidupan masyarakat merosot secara

umum, seperti yang terjadi pada masyarakat bekas komunis Eropah Timur. Demokrasi

sosial dengan demikian bukan menghapuskan kapitalisme, melainkan memperbaiki

kapitalisme radikal.

Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik

dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, sosial, perundangan

mahupun beragama. Hal ini jelas dalam pembangunan negara Malaysia, etnik Cina dan

India diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam

bidang pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri dan bebas mengamalkan ajaran

agama mereka. Hal itu mengingatkan keperluan kita untuk membimbing bakal guru kita

agar mereka agar bertanggung-jawab dalam suatu dunia yang memiliki saling bergantung

antara kaum. Dengan demikian pula mereka dapat mengenali peranan sekolah untuk

mengembangkan sikap dan menilai penting bagi suatu masyarakat demokratik,

khususnya dalam menilai perbezaan budaya dan menyatakan cermin pluralisme para

Page 27: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

27

siswa, masyarakat, maupun para guru mereka. Ini bersesuaian dengan konsep persamaan

dalam Islam pula perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang

berbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu

diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang

tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta

kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama

Dengan demikian pendidikan multikultural dapat diertikan sebagai suatu proses

komprehensif pembaharuan di sekolah dan dasar pendidikan untuk semua siswa IPGM

menerusi mata Pelajaran Hubungan Etnik yang bersesuaian dengan prinsip Islam. Ia

merupakan cabaran iaitu penolakan rasisme dan bentuk diskriminasi lain di sekolah dan

masyarakat dan penerimaan serta menegaskan pluralisme (etnik, rasial, linguistik,

keagamaan, ekonomi, dan gender, di antara orang yang lain) adalah keistimewaan dalam

kaum di Malaysia yang perlu difahami oleh semua siswa IPGM, komuniti mereka, dan

gambaran para guru kelak. Pendidikan multikultural menembus kurikulum dan strategi

pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah, seperti halnya interaksi antara para

guru, siswa, dan anggota masyarakat lain dan sistem pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Sebab dengan menggunakan pengajaran danpembelajran pendidikan

multikultural yang kritis itu sebagai dasar pemikiran pendidikan sejarah di peringkat

institusi tinggi di Malaysia agar dapat memusatkan pada pengetahuan, refleksi, dan

tindakan sebagai asas untuk perubahan sosial, maka pendidikan multikultural

mempromosikan prinsip keadilan yang demokratik bersesuaian dengan prinsip keadilan

dalam Islam. Firmannya;

Page 28: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

28

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa

menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana

sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada

Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan

apa yang kamu lakukan.

Surah al-Maaidah 5: 8

Pembentukan integrasi nasional melalui platform pendidikan menjadi misi penting negara

kerana penerapan dan penghayatan nilai-nilai kebersamaan, kesatuan dan perpaduan

perlu dipupuk sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi, agar sebati, kekal dalam minda

dan menjadi budaya kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Pendapat ini disuarakan

oleh Omar Mohd Hashim. (1992) dalam bukunya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh

sebab itu, usaha konkrit perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat ini. Bagi menggalas

tanggungjawab besar ini, tidak dapat tidak peranan pensyarah dan guru sebagai perantara

kurikulum dan penterjemah dasar kerajaan menjadi begitu crucial kerana pensyarah dan

guru menjadi pegawai barisan hadapan bagi menjayakan hasrat murni untuk memupuk

perpaduan dalam kalangan pelajar (Jemaah Nazir Persekutuan, 1997). Usaha konkrit

yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah dan guru ialah memilih model dan pendekatan

yang strategik bagi membolehkan pelajar menghayati elemen perpaduan kaum dan

perspektif integrasi agar merasai semangat kekitaan dan kesatuan, tanpa prejudis atau

perkauman. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik menjadi faktor penentu

Page 29: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

29

keberkesanan matlamat integrasi nasional sesuai dengan amalan dan peraturan yang telah

ditetapkan dalam Islam.

Rujukan

Ahmad Ali bin Seman, (2011) “Penerapan Nilai-nilai Etnik pelbagai Budaya dalam

Pengajaran Sejarah”, dalam Pendidikan & Hubungan Etnik, Bangi: Penerbit

UKM.

Ahmad Ali bin Seman, (2009). Pendekatan kepelbagaian budaya dan sejarah etnik ke

arah pemupukan integrasi nasional dalam Transformasi pengajaran dan

pembelajaran Sejarah. Pekan Baru: Cendikia Insani

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1997). Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam

Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru

Sumber Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Air Keroh, Melaka. 10 – 14 Mac.

Adler, P.S (1982) “Beyond Cultural Identity: Reflection on Cultural and Multicultural

Man” dalam L, Samovar & R Porter, ed., Intercultural Comunication: A Reader.

Ed -3 , Belmont: Wadsworth.

Anderson, Benedict (1983) Imagined Communities: Reflections on the Origin and Spread

of Nationalism, London: The Thetford Press Ltd.

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya

Pantai

Banks, J.A. (1994) An Introduction to multicultural education, Boston: Allyn and Bacon.

Berry, J.W, Ed. (1999) Psikologi Lintas Budaya Riset dan Aplikasi, Alih Bahasa: Edi

Suhardono, Jakarta: PT Gramedia.

Blum, A. Lawrence, (2001) Antirasisme, Multikulturalisme, dan Komunitas Antar Ras,

Tiga Nilai yang Bersifat Mendidk Bagi Sebuah Masyarakat Multikultural, dalam

Larry May, dan Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan

Multikultura, Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta:

Tiara Wacana.

Page 30: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

30

Cheah Boon Kheng, 2002. Malaysia: The making of a nation. Singapore: Institute of

Southern Asian Studies

Dworkin, Ronald (2001) “Menganggap Serius Masalah Hak”, dalam Larry May, dan

Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura,

Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara Wacana.

Dadang Supardan. 2004. Pembelajaran kesedaran Sejarah berteraskan pendekatan

multicultural dari perspektif sejarah lokal, etnik dan nasional dalam integrasi

bangsa. Disertasi yang tidak diterbitkan. Bandung: UPI

Fathi Osman. (1997). Concepts of the Quran: A topical reading. Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam Malaysia.

Fatimah Daud. 1984. Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia Profile 13(2):

117-29

Fletcher, H,B. (1989). History: The School and The University. Teaching History, 23

(3) , 25 – 29.

Garvey, B & Krug, M 1987. Models of History Teaching in The Secondary School.

Oxford University Press

Ghazali Basri (ed). (1991) An Integrated Education System In a Multi-Faith and Multi-

Cultural Country. Kuala Lumpur: ABIM

Gould, Carol C. (1993) Demokrasi Ditinjau Kembali, Penerjemah Samodra Wibawa,

Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya.

Hasan, S.H., (1994) Sejarah Sebagai Alat Pendidikan, Modul: Jakarta: Universitas

Terbuka.

Howard, Rhoda E. (2000) HAM: Penjelajahan Dalih Relativisme Budaya, Penerjemah:

Nugraha Kartjasungkana, Yogyakarta: Graviti

Haydin. T, Arthur. J & Hunt. M. (1997). Learning to teach history in the secondary

school. London: Routledge

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Islam Hadhari: Satu penjelasan. Kuala

Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Khoo Kay Kim, 1997. Faktor-ffaktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah

SPM. Berita Minggu, 26 Mac 2009

Kymlicka, Will (1999) “Misunderstanding Nationalism” dalam Theorizing Nationalism,

diedit oleh R. Beiner, Albany: State University of New York.

Page 31: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

31

Kymlicka, Will (2002) Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini Eddin,

Jakarta: LP3ES.

Lomas, T (1990). Teaching and Assesing Historical Understanding. London: Historical

Association.

Manzo, K.K, 2004. Countries torn over baring warts in history text. Education week, 24

(11): 8-11

Mickhael, (1994) Multicultural Education in Elementary and Secondary Schools, ERIC

Digest Number 67.

Muhammad Abu Zahrah. 1987. Penyusunan masyarakat dalam Islam. Trans. Osman

Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Nazri Muslim et al. (2011) Hubungan Etnik Di Malaysia Dari Perspektif Islam, Kajian

Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 1–28

Nazaruddin Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia: kenegaraan dan kewarganegaraan.

Kuala Lumpur: Prearson-Prentice Hall

Omar Mohd Hashim. 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia

cawangan Wilayah Persekutuan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sanusi Osman, 1989. Kajian tentang sikap terhadap integrasi nasional. Bangi: UKM

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul hubungan etnik. Kuala Lumpur: Maskh Sdn.

Bhd

Sartori, Giovani (1968) “Democracy” dalam David L. Sills, editor, International

Encyclopedia of Social Sciences, vol.4, New York: Macmillan and Free Press.

Saunders, M. (1982) Multicultural Teaching: Aguide for the classroom, London:

McGraw-Hill Company.

Stavenhagen, R.(1986) Problems and Prospects of Multiethnic States, Tokyo: United

Nations University Press.

Syed Hussein Alatas (1982), Modernisation and Social Changein Southeast Asian.

Sydney : Angus & Robertson

Syed Hussein Ali, 1990. A note a malay society and cultural. Universiti Malaya: Jabatan

Pengajian Melayu

Toffler, Alvin (1992) Pergeseran Kekuasaan: Pengetahuan, Kekayaan, dan Kekerasan

Di Penghujung Abad ke 21 (Bagian Kedua), Alih Bahasa: Hermawan Sulistyo

dkk. Jakarta: PT Pantja Simapti.

Page 32: 36 Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) Dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Satu Pandangan

32

Yusuf al-Qaradawi. (1996). Membangun ummah: Suatu kenyataan bukan khayalan.

Trans. Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves: Thinker's Library.

______. (1989). Kedudukan non-Muslim dalam negara Islam. Trans. Mat Saad Abd.

Rahman. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Wan Mohd Zahid Noordin. 1988. Pendidikan ke arah Wawasan 2020. Laporan kajian.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Zakiah Hanum, 1989. Maka merdekalah negara kita. Kuala Lumpur: Pustaka Idaman

Zakaria Abdul Wahab. 2000. Di sebalik tabir Sekolah Wawasan. Dewan Masyarakat:

Dewan Bahasa dan Pustaka.