pamplet taklimat kssr,linus edit.docx

2
TAKLIMAT KSSR LINUS, PBS DAN JQAF. ( HARI SUAI KENAL DAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2015) TARIKH: 28 DISEMBER 2014 TEMPAT: DEWAN SKKP SK KANGKAR PULAI PBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH) PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. 6 PERINGKAT BAND. . BAND MAKSUD 1 Tahu 2 Tahu dan faham 3 Tahu, faham dan boleh buat 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab. 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji. 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. OBJEKTIF TAKLIMAT KSSR 1. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada ibu bapa tentang KSSR dan dasar- dasar KPM – LINUS, PBS dan J-QAF. 2. Sebagai panduan kepada ibu bapa untuk bekerjasama membantu dan membimbing anak-anak dalam pembelajaran di rumah bertepatan dengan matlamat sarana ibu bapa demi kecemerlangan mereka. KSSR KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan,

Upload: anita-ibrahim-anitaibrahim

Post on 18-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

TAKLIMAT KSSRLINUS, PBS DAN JQAF.( HARI SUAI KENAL DAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2015)TARIKH: 28 DISEMBER 2014TEMPAT: DEWAN SKKPSK KANGKAR PULAIPBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH)PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.6 PERINGKAT BAND..BANDMAKSUD1Tahu2Tahu dan faham3Tahu, faham dan boleh buat4Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab.5Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji.6Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali.OBJEKTIF TAKLIMAT KSSRMemberi pendedahan dan kefahaman kepada ibu bapa tentang KSSR dan dasar-dasar KPM LINUS, PBS dan J-QAF.Sebagai panduan kepada ibu bapa untuk bekerjasama membantu dan membimbing anak-anak dalam pembelajaran di rumah bertepatan dengan matlamat sarana ibu bapa demi kecemerlangan mereka.KSSRKURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

LINUSLITERASI (BM, BI) & NUMERASI (MATEMATIK)Definisi LINUS:LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening.LINUSmerupakan program intervensiyang dirangka untuk membolehkan muridmemperoleh asasliterasi (Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M).Literasi:Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal danayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian dalam bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Numerasi: Definisi numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.MATLAMAT LINUSMatlamat program ini adalah untuk memastikan semua muridTahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi (Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris) dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas.J-QAFJAWI, AL QURAN, BAHASA ARAB DAN FARDU AINProgram j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah.Dalam j-QAF terdapat4 model pengajaran dan pembelajaran.Pemulihan Jawi,. Khatam al-Quran dan Tasmik al-Quran. Bahasa Arab Komunikasi.Kem Bestari Solat.TERIMA KASIH